asas lukisan

76

Click here to load reader

Upload: zafarin-salleh

Post on 31-Jan-2016

69 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

asas dan peralatan yang di perlukan dalam lukisan teknik

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Lukisan

ASAS LUKISANSistem Penilaian Lukisan teknikSemasa membuat lukisan teknik terdapat beberapa amalan biasa yang perlu dilakukan oleh setiap pelajar untuk menentukan setiap lukisannya diterima mengikut peraturan lukisan. Diantaranya ialah:-a) KetepatanSetiap lukisan teknik hendaklah dibuat dengan mengikut ukuran yang tepat. Ini termasuklah ketepatan ukuran saiz dan penggunaan jenis-jenis garisan mengikut jenis pensel ataupun sepertimana yang telah ditentukan. Lukisan yang tidak mengikut ciri-ciri yang disebutkan tadi akan menghasilkan lukisan yang tidak bermutu dan berkemungkinan tidak dapat diterima.b) Teknik melukisLukisan hendaklah dilukis mengikut teknik-teknik yang telah ditetapkan termasuk teknik membina garisan, cara membentuk objek supaya lukisan kelihatan lebih jelas dan mudah difahami. Ini memandangkan kepada pelbagai jenis garisan dan simbol-simbol  tertentu yang boleh digunakan bagi membantu pembikinan lukisan yang lebih baik. Suatu lukisan yang dilukis dengan tidak mengikut teknik-teknik yang betul akan menampakkan lukisan tersebut tidak bermutu, susah difahami dan mengelirukan kerana garisan-garisan nampak kabur.c) kebersihan lukisanSetiap pelukis mestilah menanamkan perasaan untuk menghargai lukisan yang dibuatnya. Dengan itu pelukis akan lebih berhati-hati  semasa membuat lukisan dengan mengambil kira langkah-langkah tertentu termasuk cara pengendalian alatan lukisan untuk memastikan kekemasan pada kebersihan lukisannya. Amalan begini dapat menjadikan pelukis sebagai seorang yang berkebolehan  menghasilkan kerja yang baik. Pelukis yang tidak menghargai lukisannya akan menghasilkan yang kotor dan tidak kemas. Kebersihan dan penjagaan lukisan adalah satu amalan yang baik bagi setiap pelajar.d) Masa menyiapkan lukisanMasa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu lukisan teknik itu sebaik-baiknya dengan secepat mungkin yang boleh. Apabila pelukis memulakan lukisannya, bermakna dia memulakan latihan dalam ciri-ciri lukisan teknik yang memerlukan kemahiran-kemahiran yang tertentu.

Peralatan LukisanPensel

Pensil sesuai digunakan ialah bergred 2H, HB, dan 2BHujung mata pensil hendaklah sentiasa tajam

Page 2: Asas Lukisan

Kertas LukisanKertas lukisan biasa digunakan untuk melukis lukisan prespektik, lukisan ortografik, lukisan oblik dan lukisan isometrik

Papan LukisanDigunakan untuk meletakkan kertas lukisan

Page 3: Asas Lukisan

Sesiku TDigunakan membina garisan lurus mendatarDigunakan juga sebagai tapak untuk membina garisan tegak dan serong/condong dengan set sesiku

Set sesiku

Page 4: Asas Lukisan

Jangka tolokDigunakan untuk memindahkan jarak daripada pengukur ke atas garisan di atas kertas

Jangka lukis

Pensil mechanical

Page 6: Asas Lukisan

Penghurufan Dan Angka Segala keterangan atau maklumat yang terdapat pada lukisan teknik biasanya menggunakan tulisan tangan. Ini termasuk ukuran dimensi, keteangan lukisan, blok tajuk dan lain-lain. Sunggguhpun terdapat alat-alat tambahan yang boleh digunakan bagi  membantu penulisan yang baik, tetapi cara penulisan tangan lebih diutamakan. Terdapat tiga jenis huruf yang boleh digunakan untuk tulisan dalam lukisan iaitu gothic, roman dan text. Setiapnya boleh ditulis dalam huruf besar ataupun huruf kecil. Daripada tiga jenis ini, tulisan yang jenis gothic lazim digunakan kerana ia mempunyai stail penghurufan yang mudah ditulis dan juga mudah difahami. Untuk penghurufan gunakan pensel gred sederhana lembut seperti gred HB. Mata pensel hendaklah diasah tajam berbentuk kon. Penggunaan huruf dan angka mestilah berpandukan kepada syarat-syarat ketebalan garisan yang telah ditetapkan oleh BS 308 seperti jadual berikut:-

Ketebalan Penggunaan5mm atau 6mm Tajuk lukisan atau penerangan penting3mm Dimensi dan nota penting2mm Nota-nota tambahan

a) Penghurufan tegak

Setiap huruf dibentuk dalam petak-petak empat persegi kecil dan petak-petak ini menentukan saiz lebar dan tinggi bagi

huruf tersebut. Jika diperhatikan dengan teliti, kita dapati ukuran lebar mengandungi enam petak dan juga ukuran tinggi

mengandungi enam petak. Tidak semua huruf dan angka dibentuk dalam saiz ini. Ada huruf yang dibentuk kurang dari saiz

enam petak dan ada yang dibentuk melebihi sehingga kepada lapan petak. Huruf  I dan 1 tiada kelebarannya dan huruf W

yang paling lebar. Teknik membentuk huruf mengikut garisan-garisan tertentu yang bertanda dengan anak panah megikut

susunan giliran yang dilabelkan dengan angka. Membentuk garisan melintang dilakukan dari kri ke kanan dan untuk

membentuk garis tegak dilakukan dari arah atas ke bawah. Untuk garisan lengkok dan bulatan adalah dari arah atas ke

bawah.

b)Penghurufan condong

Bagi huruf condong hendaklah mengikut teknik menghuruf yang telah dicadangkan. Segala teknik membentuk huruf adalah

sama dengan teknik menghuruf tegak, cuma berlainan sedikit iaitu huruf dibentuk dalam keadaan condong. Untuk

memudahkan penghurufan condong, bina garis panduan condong seperti yang ditunjukkan dalam rajah dibawah.

Kecondongan arah ke kanan dengan membuka sudut 68 darjah

Page 7: Asas Lukisan

Penyediaan Kertas Lukisan

Sebelum bermula sesuatu latihan lukisan di bilik kuliah, beberapa perkara awal hendaklah dibuat untuk menjimatkan masa.

Ini adalah termasuk penyediaan peralatan dan kertas lukisan. Setiap kertas lukisan hendaklah disediakan terlebih dahulu

dengan membuat garisan tepi dan maklumat sebagaimana rajah dibawah:-

Page 8: Asas Lukisan

Belajar Asas Lukisan kejuruteraan

1

Geometri

Objektif

 Setelah tamat mempelajari bab ini, pelajar haruslah:

         Tahu menggunakan piawaian dalam melukis dan mendimensi.

         Tahu untuk menggunakan alatan-alatan lukisan dengan baik.

         Dapat membina lukisan geometri mengikut kaedah yang ditetapkan.

         Boleh menghasilkan lukisan yang tepat dan kemas.

         Dapat meningkatkan kemahiran membaca dan menghasilkan lukisan.

Page 9: Asas Lukisan

1.1         Pengenalan

Lukisan adalah kaedah visual untuk mempersembahkan cadangan reka bentuk yang berkesan. Keperluan terhadap kaedah

penghasilan lukisan yang baik sangat penting. Setiap lukisan yang dihasilkan perlu memenuhi ciri-ciri tertentu yang telah

ditetapkan.Pertimbangan ini begitu penting untuk memastikan lukisan yang berkualiti dapat dihasilkan.

        Oleh itu konsep-konsep pembinaan akan dibincangkan bermula daripada asas pembinaan garisan, bulatan, pendimensian

sehinggalah kepada penghasilan satu bentuk lukisan yang lengkap. Pemahaman asas perlu dimulai dengan pengetahuan kod dan

piawai.Piawaian British (BS) dan Piawaian Amerika (ANSI) akan digunakan di mana-mana bahagian di dalam buku ini.

1.2         Kod dan Piawaian

Lukisan kejuruteraan yang perlu dihasilkan hendaklah mematuhi dua piawaian berikut:

     (1) BS308:Part 1: Engineering Drawing principles. Recommendation for general principles.

     (2) BS308:Part 2 : Engineering Drawing Practice. Recommendation for dimensioning and Tolerance of Size.

1.3         Keperluan dan Kepentingan Lukisan Kejuruteraan

Mengapa seorang jurutera perlu berkemampuan untuk melakar dan memahami lukisan kejuruteraan? Ada dua sebab mengapa

seorang jurutera perlu mempunyai kemahiran tersebut. Pertama kerana lukisan kejuruteraan adalah kaedah penyimpanan idea,

rancangan, cadangan reka bentuk, susunatur dan sebagainya sehingga ia dapat memapar dan menyampaikan semua maklumat

yang berkaitan. Oleh itu, jurutera dapat merujuk dan mendapatkan maklumat daripada lukisan ini pada bila-bila masa. Lukisan juga

dapat memindahkan maklumat yang ada kepada yang lain, untuk memahami dan mengetahui reka bentuk yang dicadangkan.

        Sebab yang kedua, ialah semasa merancang, jurutera akan terus berhubung dengan pihak lain dari masa ke masa untuk

menunjukkan reka bentuk yang dihasilkan dalam keadaan yang lebih tersusun dan teratur. Di sini jelas

menunjukkan akan kepentingan kemahiran tersebut dari menjadi masalah sekiranya mereka tidak boleh berkomunikasi disebabkan

kelemahan dalam menghasilkan lukisan atau lakaran, lebih-lebih lagi sekiranya tidak tahu membaca lukisan, kepincangan akan

berlaku.

1.4         Geometri

        Lukisan kejuruteraan terdiri daripada gabungan beberapa elemen asas geometri, iaitu seperti titik, garisan, lengkungan dan

juga bulatan. Pelajar perlu memahami kaedah pembinaan geometri yang betul supaya dapat menghasilkan lukisan geometri yang

betul dan tepat. Pada asasnya alatan-alatan berikut (Rajah 1.1) dapat membantu dalam kerja pembinaan bentuk geometri:

Page 10: Asas Lukisan

Pembaris Skala (Rujuk Rajah 1.1A)

Pembaris skala digunakan untuk mendapatkan ukuran lukisan. Ukuran lukisan boleh diambil dalam unit inci atau milimeter.

Sesiku 30o, 60o dan 45o (Rujuk Rajah 1.1A)

Sesiku 30o, 60o dan 45o digunakan untuk melukis garisan condong bersudut dan melukis garis selari.

Getah Pemadam (Rujuk Rajah 1.1C)

Getah pemadam digunakan untuk mengemas lukisan daripada kesilapan yang dilakukan. Getah pemadam perlu dipilih dari jenis

yang lembut.

Jangka Sudut (Rujuk Rajah 1.1D)

Jangka sudut digunakan untuk mengukur dan memindahkan ukuran sudut yang tidak dapat diperolehi dengan menggunakan

Sesiku 300, 600 atau 450.

Pensil HB (Rujuk Rajah 1.1E)

Pensil HB digunakan untuk membina garis panduan atau garis binaan semasa lukisan dibentuk seperti garis unjuran pendimensian

dan ortografik, garis binaan pembinaan elips dan segibanyak.

Pensil Mekanikal 2B saiz 0.5 mm (Rujuk Rajah 1.1F)

Pensil mekanikal 2B berketebalan 0.5 mm akan membantu melukis garissusur  dengan ketebalan dan kehitaman garisan yang

sama. Pensil ini hendaklah sentiasa dalam keadaan tajam untuk memastikan proses melukis lebih cepat dan tepat. Dalam

penghasilan garis dimensi pensil mekanikal 2B yang berketebalan 0.3 mm dapat membentuk garis dimensi yang lebih baik.

Jangka Pembahagi (Rujuk Rajah 1.1G)

Jangka pembahagi digunakan untuk melakukan pemindahan ukuran dari pembaris berskala atau dari lukisan yang dibaca. Semasa

pemindahan ukuran tersebut, bahagian yang perlu diubah pada bukaan kaki dan pegang bahagian pemegang semasa pemindahan

untuk mengelakkan ukuran berubah.

Page 11: Asas Lukisan

Jangka Lukis (Rujuk Rajah 1.1H)

Jangka lukis akan membantu dalam pembinaan lengkungan dan bulatan.

Sesiku T (Rujuk Rajah 1.1I)

Sesiku T digunakan untuk melukis garis mendatar dan digunakan bersama Sesiku 300, 600 dan 450.            

               

               

        .

       

       

       

                 

       

Page 12: Asas Lukisan

       

                 

Rajah 1.1  Alatan asas untuk membina lukisan geometri

1.5         Kaedah penggunaan alatan lukisan

Setiap peralatan lukisan yang disediakan  perlu digunakan dengan cara yang betul.Beberapa alatan penting dibincangkan kaedah

penggunaannya di sini.

1.5.1  Pensil Mekanikal Biasa

Untuk melukis garisan dan lengkungan, pensil mesti dicondongkan dalam lingkungan 450hingga 600 mengikut arah binaan garisan

dan pusingkan pensil agar garisan yang dibentuk menghasilkan ketebalan yang sekata.

Page 13: Asas Lukisan

 

Rajah 1.2  Kedudukan dan pergerakan pensil dalam binaan garisan

1.5.2  Sesiku T

        Pergerakan Sesiku T boleh dilakukan dengan memegang kepala sesiku menggunakan tangan kiri yang ditetapkan di

sepanjang tepi meja lukisan, sementara tangan kanan membantu untuk mengimbangi pergerakan.

 

Page 14: Asas Lukisan

Rajah 1.3  Kedudukan Sesiku T di atas meja lukisan

        Untuk memastikan kertas lukisan tetap di atas papan lukis, jajaran kertas mudah dilakukan dengan bantuan sesiku T dengan

mengambil tepi kertas selari dengan pembaris datar Sesiku T dan tetapkan kertas dengan pita pelekat.

 

Rajah 1.4  Garisan mendatar dibina menggunakan sesiku T

Page 15: Asas Lukisan

        Pembinaan  garis mendatar boleh dihasilkan dengan menggunakan bantuan sesiku T. Garisan dapat dibina seperti

ditunjukkan dalam Rajah 1.4.

1.5.3  Penggunaan Sesiku Segi Tiga

 

Rajah 1.5   Kedudukan Sesiku Segi Tiga untuk melukis garisan

Sesiku Segi Tiga boleh digunakan seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.5. Dalam kes ini binaan garisan boleh dilukis dengan

berpandukan kepada kedudukan Sesiku Segi Tiga yang ditetapkan kedudukannya dengan tangan kiri, sementara tangan kanan

memegang pensil yang dicondongkan 60o bergerak ke arah atas.

        Pembinaan garisan selari boleh dibina dengan

bantuan sesiku T bersama sesiku segi tiga ini. Rajah

1.6 dan Rajah 1.7 menunjukkan kaedah penggunaan dan

pengendalian sesiku-sesiku tersebut.

 

Page 16: Asas Lukisan

Rajah 1.6   Pembinaan garisan selari bersama Sesiku T

       

Page 17: Asas Lukisan

Rajah 1.7   Pembinaan garisan selari menggunakan dua Sesiku Segi Tiga

        Dalam Rajah 1.7, garisan selari 30o dibina dengan bantuan sesiku T. Pembinaan dapat dilakukan dengan menetapkan

kedudukan sesiku T diikuti dengan pergerakan Sesiku Segi Tiga ke arah kanan. Rajah 1.7 menunjukkan pembinaan garisan selari

dengan gabungan dua Sesiku Segi Tiga. Garisan selari dapat dibina dengan berpandukan kepada kedudukan awalan sesiku

45o pada garisan yang akan dibina serta menetapkan kedudukan sesiku oleh sesiku 60o. Gerakkan sesiku 45o untuk menghasilkan

garisan-garisan selari.

1.5.4  Penggunaan Jangka Lukis dan Jangka Pembahagi

Jangka Lukis digunakan untuk melukis lengkungan atau bulatan dari satu titik tengah yang diberikan seperti ditunjukkan dalam

Rajah 1.8. Manakala Jangka Pembahagi digunakan dalam pemindahan jarak dari skala pembaris ke lukisan yang dibina.

 

Rajah 1.8  Penggunaan Jangka Lukis dan Jangka Pembahagi

1.6         Penghurufan dan angka

(b)

 

(c)

 

Page 18: Asas Lukisan

Huruf dan angka sangat penting dari segi memberi nota ringkas dan kenyataan tentang ukuran lukisan. Oleh itu, pelajar hendaklah

seboleh-bolehnya menggunakan bentuk huruf dan angka yang dicadangkan supaya maklumat lukisan dapat disampaikan dengan

jelas dan tepat serta kekemasan lukisan dapat dijamin. Perlu diingatkan bahawa penulisan huruf dan angka dalam lukisan

kejuruteraan tidak boleh dilakukan dengan menggunakan bantuan pembaris. Penulisan huruf dan angka hendaklah dilakukan

dengan gerakan tangan yang bebas. Pelajar dinasihatkan melukis garisan panduan mengikut ketinggian huruf sebelum sesuatu

penulisan huruf dan angka ditulis.

        Ketinggian minimum huruf dan angka untuk kertas lukisan bersaiz A3 adalah 3mm.

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Abcdefghijklmnopqrstuvwxyz

1234567890

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

1234567890

Rajah 1.9   Bentuk-bentuk huruf teknikal

        Penulisan huruf dan angka memerlukan garisan panduan untuk memastikan kekemasan lukisan. Tulisan hendaklah berada di

dalam lingkungan garisan panduan yang dilukiskan. Garisan panduan ini dilukis menggunakan garisan binaan yang kabur atau

menggunakan pensil HB bersaiz 0.3 mm.

        Ilustrasi dalam Rajah 1.10 menunjukkan kaedah pembinaan huruf dan angka dengancara mengikut panduan anak panah yang

diberikan. Huruf dan angka tersebut perlu dilukis dengan tangan bebas menggunakan pensil 2B saiz 0.5 mm.

 

 

Page 19: Asas Lukisan

Rajah 1.10   Binaan huruf teknikal

        Telah dijelaskan bahawa garis binaan perlu digunakan supaya huruf dan angka yang dihasilkan lebih kemas. Berikut ialah dua

langkah perlu untuk menghasilkan huruf dan angka yang lebih kemas:

  (1)   Mula-mula tandakan ketinggian huruf yang dikehendaki dan kemudian lukis garis binaan menggunakan pensil HB saiz 0.3 mm, iaitu

garis yang nipis dan halus.

 

  (2)   Kemudian gunakan pensil 2B saiz 0.5 mm untuk membentuk huruf dan angka.

 

       

Berikut adalah beberapa perkara lanjut berkaitan dengan penulisan huruf dan angka sebagai panduan:

  (1)   Kecondongan huruf dibolehkan condong ke kiri atau ke kanan dalam lingkungan 150.

 

Page 20: Asas Lukisan

  (2)   Ketinggian huruf hendaklah seragam.

  (3)   Huruf yang dibina berpandukan garis binaan tidak semestinya menyentuh garisan tersebut. Jangan melepasi ketinggian yang

ditetapkan.

       

 

Page 21: Asas Lukisan

(4)   Gunakan huruf teknikal yang lebih baik, elakkan daripada menggunakan bentuk huruf seperti di bawah.

 

  

 

1.6.1  Penyediaan Garisan Tepi dan Kotak Tajuk

       

Page 22: Asas Lukisan

Rajah 1.11   Penyediaan kertas lukisan berserta dengan perincian maklumat lukisan

Garisan tepi ialah garisan yang dilukis pada setiap bahagian tepi kertas lukisan kejuruteraan bagi membentuk satu sempadan

kawasan lukisan. Manakala kotak tajuk pula ialah kotak yang disediakan di bahagian bawah kertas lukisan untuk menulis maklumat

ringkas mengenai pelukis.

        Garisan tepi dan kotak tajuk digunakan pada setiap helai kertas lukisan kejuruteraan.Penyediaannya perlu dilakukan sebelum

memulakan sebarang bentuk kerja-kerja lukisan kejuruteraan. Garisan tepi dilukis menggunakan garisan objek yang jelas dan

terang. Iamembentuk sempadan atau kawasan lukisan. Sebarang garisan untuk lukisan kejuruteraan tidak boleh dilukis melebihi

garisan ini. Jarak garisan tepi ini adalah 10 mm daripada bahagian tepi kertas lukisan. Ia dilukis menggunakan bantuan Sesiku T.

        Kotak tajuk dilukis di bahagian bawah kertas lukisan. Ia dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil. Bahagian-bahagian

ini mempunyai  maksud-maksud yang tertentu. Perkara yang perlu dimasukkan ke dalam kotak-kotak ini adalah seperti yang

ditunjukkan dalam Rajah 1.11. Jarak yang diperlukan untuk melukiskan kotak tajuk adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah

tersebut.

Page 23: Asas Lukisan

        Rajah 1.12 menunjukkan kertas lukisan saiz A3 yang sedia untuk digunakan pada sebarang lukisan kejuruteraan. Kawasan

kosong di tengah-tengah kertas lukisan adalah ruang untuk melukis. Kertas lukisan sebegini hendaklah disediakan terlebih dahulu

sebelum memulakan kerja melukis.

 

Rajah 1.12  Kertas lukisan saiz A3 yang

sedia digunakan

1.7  JenisGarisan       

Dalam pembinaan lukisan kejuruteraan, terdapat berbagai-bagai jenis garisan yang perlu digunakan. Garisan-garisan tersebut

dibina mengikut fungsi yang telah ditetapkan. Antara garisan-garisan tersebut ialah:

 

Page 24: Asas Lukisan

       

 

Page 25: Asas Lukisan

Rajah 1.13    Jenis garisan dan penggunaannya

        Pembinaan garisan harus mengambil kira beberapa faktor penting untuk menghasilkan sebuah lukisan yang tepat dan

berkualiti. Antara faktor tersebut ialah:

(1)       Guna pensil yang sesuai untuk pembinaan garisan. Pensil 2B (0.5 mm) untuk pembinaan garis susur/ objek, pensil 2B (0.3 mm)

untuk pembinaan garis tengah, garis keratan dan dimensi,  dan pensil HB (0.3 mm) digunakan untuk pembinaan garis unjuran atau

binaan. Perbezaan ketebalan garisan seperti ditunjukkan mengikut jenis garisan yang dibina.

 

(2)     

Garisan yang dibina mesti memberi kehitaman dan ketebalan yang seragam.

(3)      Garisan sambungan bertemu tepat untuk membentuk pepenjuru

tajam dan garisan tangen.

Page 26: Asas Lukisan
Page 27: Asas Lukisan

(4)      Garisan dibina mengikut saiz skala dan jarak garisan yang sesuai.

 

Rajah 1.14   Bentuk binaan garisan

dan lengkungan yang salah

Page 28: Asas Lukisan

        Lukis semula lukisan yang ditunjukkan dalam Rajah 1.15 sambil mempelajari maksudnya.

   

1.8         Elemen Geometri

        Dalam pembinaan bentuk

geometri, beberapa elemen-elemen

asas seperti ditunjukkan dalam Rajah

1.16 akan digunakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Page 29: Asas Lukisan

     

Rajah 1.16  Bentuk elemen-elemen geometri.

        Rajah 1.16 menunjukkan elemen geometri yang biasa diperolehi dalam semua lukisan kejuruteraan. Bentuk-bentuk elemen

yang ditunjukkan dari (i) hingga (vi) boleh dipelbagaikan untuk penghasilan lukisan dari bentuk yang mudah sehingga bentuk yang

sukar.

 1.8.1  Kaedah Pembinaan Geometri

Berikut dibincangkan beberapa kaedah pembinaan geometri lazim yang perlu diketahui oleh pelajar.

1.8.1.1  Pembinaan Garis bersudut tepat melalui titik ARujuk Rajah 1.17 untuk pembinaan garis tersebut mengikut langkah berikut.

(i)       Garis BC diberi untuk melukis garis tepat melalui titik A.

(ii)     Lukis lengkungan jejari RA di atas titik A supaya bersilang dengan garis BC untuk memperolehi titik D dan E. Lukis lengkungan

jejari RB pada titik D dan E untuk memperolehi titik F. Jejari RB mesti lebih besar daripada RA dan diambil dengan anggaran.

Garis tepat dibina berbantukan pembaris dan pensil dengan melukis garisan  melalui titik Fdan A.

 

Page 30: Asas Lukisan

Rajah 1.17   Pembinaan garis tepat melalui titik A

1.8.1.2  Pembahagian Dua GarisanRujuk Rajah 1.18 untuk pembinaan garis tersebut mengikut langkah berikut.    

 

Rajah 1.18   Pembahagi dua garisan

(i)       Garisan AB diberi.

(ii)     Lukis lengkungan pada sebarang jejari R pada titik A dan  B untuk mendapatkan titik persilangan C dan D.

(iii)    Lukis garisan melalui titik C dan D untuk mendapatkan titik E iaitu titik pembahagi dua garisan.

Page 31: Asas Lukisan

1.8.1.3  Pembahagi Dua SudutRujuk Rajah 1.19 untuk pembinaan garis tersebut mengikut langkah berikut.

 

Rajah 1.19  Membahagi dua sudut

(i)       Garis bersudut CAB diberi.

(ii)     Lukis lengkungan berjejari R pada titik A untuk memperolehi titik D dan E. Gunakan jejari R yang sama dengan melukis lengkungan

pada titik D dan E supaya titik persilangan F diperoleh.

(iii)    Lukis satu garisan melalui titik A dan F sebagai garis pembahagi dua sudut.

1.8.1.4  Garisan Selari Pada Jarak Diberi 

Page 32: Asas Lukisan

Rajah 1.20   Pembinaan garis selari dengan jarak R

Rujuk Rajah 1.20 untuk pembinaan garis tersebut mengikut langkah berikut.

(i)       Lukiskan garis selari dengan jarak R dari garis AB.

(ii)     Gunakan jangka lukis dengan mengambil jarak R dilukis dua lengkungan di atas garisAB.

(iii)    Letakkan pembaris di lengkungan bersentuh dengan titik tangen C dan D.

(iv)   Lukis garisan yang bersentuh dengan lenkungan tersebut untuk membentuk garis selari dengan AB.

1.8.1.5  Pembinaan Garis Selari melalui titik A

 

Page 33: Asas Lukisan

Rajah 1.21   Pembinaan garis selari melalui titik A

Rujuk Rajah 1.21 untuk pembinaan garis tersebut mengikut langkah berikut.

(i)       Titik A dan garisan BC diberi.

(ii)     Lukis lengkungan dengan jejari R pada titik A untuk memperoleh titik F atas garis BCdiikuti dengan jejari R yang sama dilukis pada

titik F dan titik E diperoleh atas garis BC.

(iii)    Lukis lengkungan pada titik E melalui jarak RB pada titik A, dipindahkan pada titik Funtuk memperoleh titik G.

(iv)   Berbantukan pensil dan pembaris, lukis garis selari melalui titik A dan G.

1.8.1.6  Pembahagian Garisan Kepada Beberapa Bahagian Sama

Page 34: Asas Lukisan

 

Page 35: Asas Lukisan

Rajah 1.22   Pembinaan pembahagi garisan

Rujuk Rajah 1.22 untuk pembinaan garis tersebut mengikut langkah berikut.

(i)       Garis AB diberi untuk dibahagikan kepada 4 bahagian sama.

(ii)     Lukis garis AC pada kedudukan yang sesuai dari garis AB. Berbantukan jangka lukis, lukis lengkungan berjejari R untuk

membahagikan garis AC.

(iii)    Gunakan bantuan pembaris skala dan sesiku segi tiga 60o untuk melukis garisan selari. Letakkan sesiku segi tiga 60o di atas

titik B dan titik 4, pegang pembaris skala dan gerakkan sesiku segi tiga 60o ke bawah diikuti melukis garis melalui titik 3, 2 dan 1.

(iv)   Tandakan titik pembahagian sama di atas garis AB dan labelkan garis bahagi tersebut.

1.8.1.7  Pembinaan Garis dan Lengkung Tangen

(1) Pembinaan lengkung tangen antara dua garisan

Page 36: Asas Lukisan

Diberi dua garisan supaya bersentuh dengan sebuah bulatan.

 

Rajah 1.23   Pembinaan jejari kambi R

(i) Dari garisan AB dan CD yang diberi, lukis garis selari dengan mengambil jejari lengkung tangen R. Titik persilangan E diperolehi.

(ii)     Lukis lengkung tangen yang menyentuh garisan pada titik E dengan jejari R.

 

Page 37: Asas Lukisan

(2) Pembinaan lengkung tangen antara bulatan dengan garisan

Membina sebuah bulatan supaya bersentuhan antara garisan dengan bulatan yang diberi.

 

Rajah 1.24   Pembinaan lengkung tangen antara bulatan dengan garisan

(i)       Dari bulatan A dan garis BC, bina bulatan tangen berjejari R. Dari bulatan A, lukiskan bulatan hasil campur jejari bulatan A dan

jejari R. Lukis garis selari dengan jarak R dari garis BC. Titik persilangan D diperolehi.

(ii)     Lukis bulatan berjejari R pada titik D, yang bersentuh dengan bulatan A dan garisan BC.

(3)   Binaan bulatan tangen sentuhan luar bulatan C

 

Page 38: Asas Lukisan

Rajah 1.25   Pembinaan lengkung R tangen terhadap bulatan A dan B

Bulatan A dan B diberi, bina bulatan C berjejari R tangen terhadap bulatan tersebut

(i)       Lukis bulatan dengan jejari RA+R pada titik A dan bulatan jejari RB+R pada titik B. Persilangan titik C diperolehi.

(ii)     Bina bulatan C dengan jejari R pada titik C akan menyentuh dengan bulatan A dan B.

(4) Binaan bulatan tangen sentuhan luar dan dalam bulatan C

 

Page 39: Asas Lukisan

Rajah 1.26   Pembinaan lengkung R tangen dengan bulatan A dan B

(i)       Lukis bulatan dengan jejari RA+R pada titik A dan bulatan jejari RB-R pada titik B. Persilangan titik C diperolehi.

(ii)     Bina bulatan C dengan jejari R pada titik C yang akan menyentuh bulatan A dan B.

(5) Binaan bulatan tangen sentuhan dalam bulatan C

(i)       Lukis bulatan dengan jejari RA-R pada titik A dan bulatan jejari RB-R pada titik B. Persilangan titik C diperolehi.

(ii)     Bina bulatan C dengan jejari R pada titik C yang akan menyentuh bulatan A dan B.

Page 40: Asas Lukisan

 

Rajah 1.27    Bulatan tangen sentuhan dalam

1.8.2  Pembinaan Elips

       

Elips adalah satu bentuk geometri yang dibina daripada gabungan lengkungan yang mempunyai dua paksi berbeza yang dikenali

sebagai paksi major dan paksi minor. Rajah 1.28 menunjukkan spesifikasi elips yang akan dibentuk.

 

Page 41: Asas Lukisan

Rajah 1.28  Bentuk elips yang dibina.

Terdapat dua kaedah untuk membina elips iaitu kaedah pembahagian segi empat tepat dan pembahagian bulatan.

Page 43: Asas Lukisan

Rajah 1.29    Peringkat pembiaan elips

Langkah-langkah atau prosedur membina elips menggunakan kaedah ini adalah seperti berikut dengan merujuk Rajah 1.29:

(i)               Bina  segi empat selari dengan mengambil ukuran jarak major dan jarak minor elips yang akan dibentuk.

(ii)           Bahagikan bahagian paksi major AB kepada   lima bahagian dan paksi sisi minor BC kepada bahagian yang sama

dengan menggunakan kaedah pembahagian garisan.

(iii)    Lakukan penomboran seperti dalam rajah untuk memudahkan binaan garis unjuran. Lukis garis unjuran dari titik D1 dan E1,

seterusnya lukis pula garis unjuran untuk titikD2 dan E2. Titik persilangan diperolehi untuk setiap garis unjuran tersebut.

(iv)   Sambung titik-titik persilangan untuk membentuk elips pada sukuan tersebut. Lakukan peringkat (iii) untuk sukuan-sukuan

berikutnya.

(v)     Bentuk elips yang lengkap terbina.

(2) Pembinaan elips daripada pembahagian bulatan

 

 

Page 44: Asas Lukisan

Rajah 1.30    Pembinaan elips dengan pembahagian bulatan

Dengan merujuk Rajah 1.30, berikut adalah langkah-langkah perlu diambil untuk membina elips menggunakan kaedah

pembahagian bulatan:

(i)               Lukis dua bulatan sepusat dengan mengambil ukuran garis pusat major dan minor elips.

(ii)     Bahagi bulatan sepusat kepada beberapa bahagian dengan bantuan Sesiku Segi Tiga. Garis binaan akan merentasi kedua-dua

bulatan.

Page 45: Asas Lukisan

(iii)    Bina garis tegak dan mendatar pada titik persilangan bulatan EF untuk memperoleh titik G. Lakukan untuk persilangan berikutnya.

(iv)   Lengkapkan binaan elips dari persilangan yang diperolehi.

1.8.3 Segi Banyak

(1) Pembinaan Segi Enam

 

Rajah 1.31    Pembinaan segi enam

Segi enam dapat dibina dengan langkah-langkah berikut (Rajah 1.31):

(i)       Dari jarak sisi segi enam AB yang diberi, lukis separuh bulatan dengan mengambil jarak sisi yang diberi. Titik C diperolehi.

Page 46: Asas Lukisan

(ii)     Lukis satu bulatan lengkap pada titik C supaya merentasi sisi titik A dan B. Titik D danE diperolehi. Dapatkan titik F dan G dengan

jarak mengambil sisi AB.

(iii)    Lengkapkan bentuk Segi Enam dengan melukis garisan melalui titik-titik A, B, E, G, F, D dan A.

(2) Pembinaan segi banyak lebih sisi

 

Page 47: Asas Lukisan

Rajah 1.32    Membina segi banyak lebih daripada tiga sisi

Segi banyak dengan sisi lebih daripada tiga dapat dibina dengan langkah-langkah berikut (Rajah 1.32):

(i)       Diberi jarak sisi AB. Bahagi dua jarak tersebut dan lukis garisan pembahagi.

(ii)     Lukis separuh bulatan berjejari R pada titik pembahagi dua garis AB, bersilang pada garis tegak di titik C4.

(iii)    Lukis lengkungan pada titik B dengan jejari AB untuk memperolehi titik C6.

(iv)   Bahagi dua jarak titik C4 dan C6 untuk mendapatkan titik C5.

(v)     Pindahkan jarak dari titik C4 dan C5 untuk mendapatkan titik C7, C8 dan seterusnya.

(vi)   Pembinaan segi tujuh dapat dilukis dengan melukis bulatan pada C7 melalui titik sisiAB.

(vii)  Pindahkan jarak AB pada ukur lilit bulatan C7.

Nota: Label C4, C5, C6 … adalah titik tengah untuk segi banyak yang akan dibentuk.

  1.9  Dimensi

Setiap lukisan dapat dibaca dan dibina kembali sekiranya lukisan tersebut dilengkapi dengan dimensi. Untuk melengkapkan

sesuatu lukisan dengan dimensi, beberapa dimensi umum perlu disertakan. Antara dimensi umum ini ialah seperti pendimensian

linear dengan dimensi menegak dan mendatar, pendimensian bulatan atau lengkungan untuk memperoleh garispusat dan jejari dan

dimensi sudut. Jenis-jenis dimensi ini akan dibincangkan di sini.

1.9.1  Pendimensian Linear

Jenis pendimensian linear boleh dibahagikan kepada dimensi linear mendatar, menegak dan condong.

Page 48: Asas Lukisan

        Garis dimensi boleh dilukis dengan bantuan pembaris dan pensil 2B saiz 0.3 mm. Komponen penting dalam pendimensian

ialah bentuk anak panah, kedudukan garis unjuran, garis dimensi dan teks. Rajah 1.33 menjelaskan lagi tentang komponen dimensi

tersebut.Kaedah pembinaannya akan dibincangkan secara ringkas selepas ini.

 

Page 49: Asas Lukisan

Rajah 1.33   Komponen-komponen dimensi.

        Komponen dimensi pertama ialah anak panah. Bentuk anak panah untuk sesuatu dimensi boleh dipelbagaikan mengikut

kesesuaian lukisan yang dibentuk. Rajah 1.34mempamerkan contoh bentuk anak panah dan saiz yang dibenarkan dalam lukisan

kejuruteraan. Kedudukan anak panah yang dibina mesti menyentuhi garisan unjuran.

 

Rajah 1.34    Bentuk anak panah yang dibina dalam bentuk terbuka, tertutup dan titik

       

Rajah 1.35    Perancangan awal kedudukan garis dimensi dengan bantuan garis binaan

Selain daripada bentuk anak panah, perancangan perlu dilakukan untuk menentukan kedudukan yang sesuai untuk sesuatu

dimensi. Oleh yang demikian, penggunaan bantuan garisan unjuran yang halus dibina dengan pensil HB bersaiz 0.3 mm diperlukan

Page 50: Asas Lukisan

seperti yangdilakarkan  dalam Rajah 1.35. Garis unjuran binaan yang dibina adalah untuk memastikan bahawa dimensi

yang akan ditulis berada pada kedudukan yang betul.

        Setiap dimensi yang

dilukis mesti disertai dengan penentuan jarak ukuran diantara titik-titik asalan. Jarak ukuran akan ditulis dengan menggunakan

kaedah pembinaan huruf teknikal. Ketinggian teks dimensi akan diambil sebagai 3 mm. Teks mesti dilukis supaya berkeadaan

sebaris dengan garis dimensi, di atas garis dimensi atau mendatar. Orientasi teks yang dibenarkan adalah seperti yang ditunjukkan

dalam Rajah 1.36.

 

Page 51: Asas Lukisan

Rajah 1.36    Kedudukan orientasi teks dimensi

        Untuk menulis teks tersebut, garis panduan perlu dilukis terlebih dahulu mengikut ketinggian teks dengan bantuan pembaris

seperti ditunjukkan dalam Rajah 1.37. Kedudukan garis panduan untuk binaan teks berada 1 mm di atas garis dimensi. Binaan

dibuat dengan garis nipis pensil HB bersaiz 0.3 mm.

 

Rajah 1.37    Panduan lukisan teks dimensi

        Setelah merancang jenis anak panah yang digunakan, kedudukan garis dimensi dan orientasi teks dipilih, peringkat akhir

adalah untuk melukis dimensi akhir dengan menggunakan garisan nipis gelap pensil 2B bersaiz 0.3 mm. Garis panduan binaan

dimensi tidak perlu dipadamkan. Rajah 1.38 menunjukkan hasil akhir proses pendimensian dilakukan pada objek geometri.

Page 52: Asas Lukisan

 

Rajah 1.38   Pembentukan dimensi dengan pensil 2B bersaiz 0.3 mm

1.9.2  Pendimensian Bulatan dan Lengkungan

Pendimensian bulatan dan lengkungan dibina untuk menyatakan ukuran garis pusat atau jejari seperti yang ditunjukkan dalam

Rajah 1.39. Setiap pembinaan garis dimensi ini perlu disertai tanda label garis pusat dan jejari, disamping tandaan garisan garis

pusat atau tanda tengah pada lukiasn tersebut. Label untuk garis pusat ialah  dan jejari R.

 

Page 53: Asas Lukisan

Rajah 1.39    Pendimensian bulatan dan lengkungan

1.9.3  Pendimensian Sudut

 Untuk menyatakan ukuran sudut dalam lukisan kejuruteraan, ukuran bolehlah dilukis seperti dalam Rajah 1.40.

 

Rajah 1.40   Pendimensian untuk sudut

Page 54: Asas Lukisan

1.9.4   Kedudukan  dan Bentuk Dimensi

Dimensi yang dilengkapkan mestilah mematuhi Piawaian British BS308. Antara perkara yang perlu dipatuhi semasa mendimensi

adalah seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.41.

 

 

  

Rajah 1.41   Kedudukan dimensi dan kawalan saiz

Rajah 1.41 menunjukkan kaedah pembinaan dimensi mengikut piawaian yang dilebelkan sebagai (i) hingga (vi). Berdasarkan

kepada rajah tersebut, keadaan yang perlu diikuti adalah:

(i)       Saiz anak panah 3 mm

(ii)     Ketinggian teks 3 mm

(iii)    Garisan unjuran melepasi anak panah 1.5 mm

(iv)   Jarak diantara garis dimensi dengan objek 1.5 mm

Page 55: Asas Lukisan

(v)     Kedudukan garis dimensi 15 mm  dari objek

(vi)   Jarak diantara dimensi berikut adalah 10 mm (label vi).

 

Rajah 1.42   Kesilapan pada pendimensian.

        Perlu diperhatikan semasa pembinaan dimensi, kesilapan sering dilakukan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah

1.42. Kesilapan tersebut dilabelkan dari (i) hingga (vi). Antara kesilapan-kesilapan tersebut ialah:

(i)       Kedudukan titik asalan dimensi jauh dari objek.

(ii)     Garisan unjuran dimensi merentasi garis dimensi.

Page 56: Asas Lukisan

(iii)    Garis unjuran tidak perlu dipecahkan semasa melalui garis objek.

(iv)   Garis unjuran tidak dilukis, garis dimensi berada di atas garis tengah bulatan.

(v)     Persilangan diantara garisan dimensi berlaku dan berada di dalam objek.

(vi)   Kedudukan dimensi tidak dikumpulkan berdekatan supaya berdekatan dengan dimensi lain.

(vii)  Kedudukan dimensi terlalu dekat dengan objek.

        Masalah pendimensian ini perlu diperbaiki untuk menghasilkan lukisan yang betul dan menurut piawaian yang

ditetapkan. Pendimensian yang betul dan memenuhi kehendak piawai untuk kes ini ditunjukkan dalam Rajah 1.43.

  

Page 57: Asas Lukisan

Rajah 1.43   Pendimensian yang telah dibetulkan

       

Page 58: Asas Lukisan

Latihan

 Lukis semula rajah yang diberi menggunakan piawaian lazim.

1.                                                             2.

 

Rajah 2

 

Page 59: Asas Lukisan

3.                                                             4.

 

Rajah 3

  Rajah 4

 

Page 60: Asas Lukisan

5.                                                             6.

 

7.                                                                         8.

 

Rajah 6

 

Page 61: Asas Lukisan

           10.

 

Page 62: Asas Lukisan

11.

12.

 

Rajah 11

 

Page 63: Asas Lukisan

Rajah 12

13.

Rajah 13

14.

 

Page 64: Asas Lukisan

Rajah 14

15.

 

Page 65: Asas Lukisan

Rajah 15

16.

 

Rajah 16

17.

Page 66: Asas Lukisan

 

Page 67: Asas Lukisan

Rajah 17

18.

 

Rajah 18

Page 68: Asas Lukisan

UNIT 1 : PENGENALANPENGENALAN LUKISAN KEJURUTERAAN

Memahami tujuan lukisan dalam kejuruteraan, jenis – jenis lukisan kejuruteraan dan

kepentingan lukisan kejuruteraan.

Objektif Khusus

Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat:

 Mengenalpasti   peralatan   lukisan   kejuruteraan   dan   mengetahui   cara

menggunakannya.

 Membina jenis – jenis garisan dalam lukisan kejuruteraan dengan ciri – ciri

yang piawai.

 Membina lukisan kejuruteraan dengan berpandukan piawaian am yang betul.

1.0 PENGENALAN

Lukisan   kejuruteraan   merupakan   lukisan   garisan   –garisan   yang   dibentuk

daripada pensel. Lukisan berbentuk garisan ini dibuat dengan menggunakan

peralatan lukisan kejuruteraan, bukannya secara bebas tanpa menggunakan

peralatan.   Lukisan   ini  merupakan  gambaran   sebenar   bagi   sesuatu   bentuk

objek dengan lebih  terperinci   dan disertakan  dengan   saiz dan ukuran  dari

semua arah pandangan.

1.1 TUJUAN DAN JENIS – JENIS LUKISAN KEJURUTERAAN

Secara teknikalnya lukisan kejuruteraan boleh dipecahkan kepada dua iaitu:

i. Lukisan   mesin;   Iaitu   lukisan   pemasangan   yang   dikhususkan   kepada

proses   mencantum   dan   membuka   komponen   untuk   memenuhi   tujuan

Page 69: Asas Lukisan

pembuatan, selenggaraan atau persembahan.

ii. Lukisan kerja; Iaitu lukisan yang menerangkan dengan terperinci 

bagaimana sesuatu komponen itu harus dihasilkan dan apakah yang patut

dicapai oleh sesuatu pengeluaran itu. Lukisan ini juga menunjukkan sifat 

akhir sesuatu komponen. Lukisan ini termasuklah Lukisan Terperinci, 

Lukisan Butir, Lukisan Bahagian-bahagian dan Lukisan Pembuatan.

Page 70: Asas Lukisan
Page 71: Asas Lukisan

Rajah 1.12 Cara menggunakan lengkung Perancis

1.2.9   Pensel

Pensel   boleh   dibahagikan   kepada   dua   jenis   iaitu   pensel   kayu   dan

pensel mekanikal (  isian  ),  seperti  dalam  rajah 1.13.  Dalam  lukisan

kejuruteraan,   pensel   mekanikal   lebih   sesuai   digunakan.   Ini   kerana

pensel   mekanikal   tidak   perlu   diasah   dan   dengan   itu   kerja   –   kerja

lukisan  akan  menjadi kemas. Pensel boleh dibahagikan kepada tiga

bahagian   iaitu   keras,   sederhana   dan   lembut.   Setiap   bahagian

digunakan untuk satu tugasan sahaja seperti yang ditunjukkan dalam

jadual kumpulan pensel.

Rajah 1.13 Pensel kayu dan pensel mekanikal 

Page 72: Asas Lukisan
Page 73: Asas Lukisan

1.2.10 Getah Pemadam

Getah pemadam adalah satu alat lukisan yang perlu ada pada setiap

pelajar.Ianya   digunakan   untuk   memadam   garisan   yang   dibentuk

dengan pensel. Getah pemadam yang berkualiti tinggi diperlukan bagi

mengelakkan garisan yang dipadam tidak meninggalkan kesan kepada

permukaan kertas lukisan.