folio kelab pencegahan jenayah

12
KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ) i. Huruf KPJ bermaksud singkatan kepada KELAB PENCEGAHAN JENAYAH. ii. Bulatan berbentuk mata : Melambangkan ahli kelab yang sentiasa prihatin terhadap perkembangan persekitaran secara berterusan. iii. Warna MERAH : Melambangkan keberanian ahli dalam mencegah kegiatan jenayah. iv. Warna BIRU : Melambangkan perpaduan dikalangan ahli. v. Warna KUNING : Melambangkan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang Negara.

Upload: nurul-izzah-khalil

Post on 13-Jan-2016

372 views

Category:

Documents


41 download

DESCRIPTION

VISI DAN MISIMOTTO KPJPENGENALAN KEPADA KPJLOGO KPJ

TRANSCRIPT

Page 1: FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)

i. Huruf KPJ bermaksud singkatan kepada KELAB PENCEGAHAN JENAYAH.

ii. Bulatan berbentuk mata :

Melambangkan ahli kelab yang sentiasa prihatin terhadap

perkembangan persekitaran secara berterusan.

iii. Warna MERAH :

Melambangkan keberanian ahli dalam mencegah kegiatan jenayah.

iv. Warna BIRU :

Melambangkan perpaduan dikalangan ahli.

v. Warna KUNING :

Melambangkan kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang

Negara.

vi. Latar belakang WARNA PUTIH :

Melambangkan keikhlasan sumbangan ahli terhadap usaha

pencegahan jenayah.

Latar Belakang KPJ.

Page 2: FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Kelab Pencegahan Jenayah ialah kelab yang ditubuhkan di semua sekolah

rendah dan sekolah menengah kerajaan merujuk kepada Surat Pekeliling

Ikhtisas Bil 5/2006, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Matlamat Penubuhan KPJ.

1. Membangkitkan kesedaran dan kepekaan murid-murid terhadap

kemungkinan wujudnya gejala antisosial di sekeliling mereka.

2. Mewujudkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dan pihak polis

dalam usaha mencegah perbuatan jenayah sama ada di dalam atau di luar

sekolah.

3. Membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran tinggi terhadap

aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman tentang

penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan masyarakat

yang harmoni dan aman.

Objektif KPJ.

Page 3: FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

1. Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam pencegahan jenayah.

2. Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi di kalangan murid.

3. Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih baik daripada

memerangi jenayah.

4. Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan dan

menjalankan aktiviti yang bersesuaian.

5. Melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dalam hal menangani

jenayah demi agama, bangsa dan negara.

Peranan Ahli KPJ.

Peranan Ahli KPJ adalah untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang mengambil

kira lima domain pembangunan murid Kementerian Pelajaran Malaysia:

1. Pembudayaan Adab Murid

2. Peningkatan Disiplin Murid

3. Perpaduan Murid

4. Patriotisme

5. Jatidiri

VISI

Page 4: FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

Matlamat penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah adalah

untuk membentuk komuniti murid yang mempunyai kesedaran

tinggi terhadap aspek pencegahan jenayah dan mempunyai kefahaman

tentang penguatkuasaan undang-undang dalam konteks mewujudkan

masyarakat yang harmoni dan aman.

MISI

Melahirkan kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam

pencegahan jenayah.

Menanamkan nilai-nilai moral yang tinggi dalam kalangan murid.

Menimbulkan kesedaran bahawa pencegahan adalah lebih

baik daripada memerangi jenayah.

Menyediakan garis panduan tentang cara-cara pencegahan

dan menjalankan  aktiviti yang berfaedah.

Melahirkan murid yang bertanggungjawab kepada agama, bangsa dan

negara dalam hal menangani jenayah.

MOTTO

“Mencegah lebih baik daripada Memerangi”

CARTA ORGANISASI KPJ

SK WIRA 2014

Page 5: FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

PENGERUSI

DATIN HAJJAH NOORAZIZA BT SABARUDIN (GB)

NAIB PENGERUSI

PN. NOORHAYATI BT. RASUL

KETUA

CIK NURUL IZZAH BINTI KHALIL

GURU PENASIHAT

PN NOORZURAINI BT AWANG

PN NORKAMISAH BT HARUN

AHLI JAWATANKUASA KPJ

GURU PENASIHAT : CIK NURUL IZZAH KHALIL (K)

PN NOORZURAINI BT AWANG (PK)

PN NORKAMISAH BT HARUN

PENGERUSI : MUHAMAD AIMAN BIN MUHD AKMAN

Page 6: FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

NAIB PENGERUSI : NUR ADLIN SOFIYA BT AHAMAD

SETIAUSAHA : MUHD LUQMAN HAKIM B FAIZUL KHAN

BENDAHARI : NUR SABRINA BT SHARULNIZAM

NAIB BENDAHARI : AIMAN RUSYAIDI BIN AHMAD HAJIZI

AJK :

TAHUN 6 :

1. FAZLIN BINTI RAZAK

2. AHMAD FARID AIZAD B KHARUDIN

TAHUN 5 :

1. MUHAMAD AFIF BIN KAMZURI

2. AHMAD HAKIM BIN ABDUL RAHMAN

TAHUN 4 :

1. ROSE AFRINA BINTI SABRI

2. MUHAMMAD NAZRULLAH B BAHAROM

MINIT MESYUARAT KELAB PENCEGAHAN JENAYAH (KPJ)

SK WIRA, JALAN PANCHING, KUANTAN, PAHANG.

TARIKH : 15 JANUARI 2014

TEMPAT : 5 AMMAR

MASA : 1.30 PETANG

Page 7: FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

AGENDA

i. Ucapan Aluan

ii. Pencalonan dan perlantikan AJK baru

iii. Cadangan kutipan yuran keahlian

iv. Penerangan etika pemakaian uniform TKRS

v. Aktiviti-aktiviti KPJ yang akan dijalankan

vi. Hal-Hal Lain

Ucapan Aluan

Cik Nurul Izzah binti Khalil mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada

murid-murid yang telah terpilih untuk menyertai Kelab Pencegahan Jenayah

(KPJ). Beliau juga turut mengalu-alukan kedatangan semua ahli pada

perjumpaan pertama kali ini. Ahli – ahli KPJ turut diperkenalkan dengan guru-

guru penasihat yang menjadi peneraju kepada KPJ tahun ini.

Pencalonan dan Pelantikan Ahli Jawatkuasa bagi Sesi 2014

Setelah sesi pencalonan dan pengundian dijalankan, berikut merupakan

nama-nama ahli jawatankuasa yang telah terpilih dan dilantik.

PENGERUSI : MUHAMAD AIMAN BIN MUHD AKMAN

NAIB PENGERUSI : NUR ADLIN SOFIYA BT AHAMAD

SETIAUSAHA : MUHD LUQMAN HAKIM B FAIZUL KHAN

BENDAHARI : NUR SABRINA BT SHARULNIZAM

NAIB BENDAHARI : AIMAN RUSYAIDI BIN AHMAD HAJIZI

Page 8: FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

AJK :

TAHUN 6 :

1. FAZLIN BINTI RAZAK

2. AHMAD FARID AIZAD B KHARUDIN

TAHUN 5 :

1. MUHAMAD AFIF BIN KAMZURI

2. AHMAD HAKIM BIN ABDUL RAHMAN

TAHUN 4 :

1. ROSE AFRINA BINTI SABRI

2. MUHAMMAD NAZRULLAH B BAHAROM

Cadangan Kutipan Yuran ahli

Tiada kutipan yuran yang akan dibuat, kecuali apabila hendak mengadakan

aktiviti khas yang memerlukan kutipan wang seperti jamuan akhir tahun.

Penerangan Etika Pemakaian Uniform TKRS

Guru menerangkan ahli KPJ wajib memakai pakaian uniform lengkap unit

beruniform masing-masing sepertimana pertauran pakaian pada hari

kokurikulum iaitu hari Rabu yang ditetapkan di sekolah.

Aktiviti-Aktiviti KPJ yang akan dijalankan

i. Mencipta logo

ii. Sumbang saran tajuk jenayah

iii. Pameran pencegahan jenayah

iv. Ceamah

v. Tayangan video

Page 9: FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH

vi. Pertandingan buku log

Hal-Hal Lain

Guru Penasihat memaklumkan kepada ahli bahawa perjumpaan akan

diadakan pada hari Rabu, jam 1.30 – 2.30 petang mengikut jadual kelab

yang ditetapkan pihak seolah. Jika terdapat sebarang pindaan, para ahli akan

dimaklumkan. Para ahli diingatkan sekali lagi agar mematuhi segala

peraturan, undang-undang dan tatalaku serta arahan yang telah dan akan

dimaklumkan samada secara bertulis ataupun lisan. Ahli-ahli KPJ juga

dinasihatkan dan diberi amaran bagi mengelakkan berlakunya gejala

ponteng pada setiap perjumpaan mingguan.

Mesyuarat ditangguhkan jam 2.30 petang.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh,

MUHD LUQMAN HAKIM B FAIZUL KHAN NURUL IZZAH BINTI KHALIL

SETIAUSAHA KPJ GURU PENASIHAT KPJ

SK WIRA, KUANTAN. SK WIRA, KUANTAN.

Page 10: FOLIO KELAB PENCEGAHAN JENAYAH