folio geografi tingkatan 1

19
NAMA MOHD SYAFIQ BIN MOHAMAD TAHUN 1GAMMA NAMA GURU PEMBIMBING PUAN ZULITA MARKAH ____________

Upload: syafiq

Post on 13-Jun-2015

18.624 views

Category:

Documents


40 download

TRANSCRIPT

Page 1: folio geografi tingkatan 1

NAMAMOHD SYAFIQ BIN MOHAMAD

TAHUN 1GAMMA

NAMA GURU PEMBIMBINGPUAN ZULITA

MARKAH

____________

Page 2: folio geografi tingkatan 1

1.Penghargaan………………………………………….... 1-2

2.Pendahuluan…………………………………………..... 3

3.Objektif Kajian…………………………..................... 4

4.Kawasan Kajian…………………………………………. 5

5.Peta Daerah & Kawasan Kajian……………………….6-7

6.Kaedah Kajian………………………………………..... 8

7.Dapatan Kajian…………………………………………9-14

8.Rumusan Kajian……………………………………….15

9.Lampiran-lampiran Penting……………………… 16-20

Page 3: folio geografi tingkatan 1

10. Rujukan ……………………………………………….. 21

3.Penghargaan

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengetua sekolah saya iaitu Puan Khalijah Binti Abdul Rahman kerana memberi keizinan atau kebenaran untuk menjalankan kajian saya.Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Puan Zulita yang telah banyak memberi segala bimbingan, tunjuk ajar, teguran dan nasihat yang amat berguna kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana banyak memberi sokongan moral dan kewangan yang telah diberikan sehingga saya dapat menjalankan dan menyempurnakan kajian ini. Selain itu, ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya iaitu Ali Iskandar, Aiman dan Shahrul Hafiz kerana membantu saya dalam menyiapkan kajian ini. Akhir sekali, ribuan terima kasih kepada pihak luar iaitu Encik harun seorang pekebun kerana dapat memberi sedikit pengetahuan kepada saya.

Page 4: folio geografi tingkatan 1

4.Pendahuluan

Saya pelajar Tingkatan 1 Gamma di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Dol Said, Alor Gajah, Melaka.Tajuk kajian saya ialah “Pengaruh Bentuk Muka Bumi Terhadap Kegiatan Ekonomi Taman Seri Kelemak’.Kawasan kajian saya ialah Taman Seri Kelemak yang terletak 3 kilometer dari Bandar Alor Gajah, Melaka. Bentuk muka bumi di kawasan kajian saya ialah tanah pamah. Sebab saya ingin memilih kawasan kajian saya ialah untuk mengetahui bentuk-bentuk yang ada dalam kawasan kajian saya. Tempoh masa untuk menyiapkan kajian ini mengambil masa yang amat lama dan saya dapat menyiapkan kajian ini dalam masa sebulan.

Page 5: folio geografi tingkatan 1

5.Objektif Kajian

Saya menjalankan Kajian Geografi Tempatan dengan tujuan untuk memenuhi objektif berikut:

1.Mengetahui Bentuk Muka bumi dan cirri-cirinya

2.Mengenal pasti potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia

3.Mengetahui Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia

4.Mengesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

5.Mengenal pasti langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

6.Penerapan nilai dan unsure patriotisma terhadap alam sekitar.

Page 6: folio geografi tingkatan 1

6.Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya ialah Taman Seri kelemak yang terletak di Daerah Alor Gajah,Melaka.Kawasan ini tidak jauh daripada Pekan Alor Gajah dianggarkan dalam 3km meter jauhnya.Kawasan kajian saya berada di tanah pamah yang beralun.Kawasan saya senang untuk menjalankan kegiatan antaranya ialah pertanian dan perindustrian.taman seri kelemak terletak di di utara dari Melaka.

Page 7: folio geografi tingkatan 1

Peta Daerah

Page 8: folio geografi tingkatan 1

Peta Kawasan Kajian

Page 9: folio geografi tingkatan 1

7.Kaedah Kajian

Kaedah Rujukan :Saya membuat rujukan melalui pelbagai sumber iaitu melalui Buku Teks

Geografi Tingkatan Tiga dan Buku Rujukan Total Tingkatan 1,2, dan 3.

Saya mendapat banyak maklumat penting mengenai tajuk yang saya pilih

untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus ini.

Kaedah Soal Selidik : Saya telah menyoal selidik beberapa orang individu seperti ibu saya, bapa

saya, jiran saya dan orang yang tertentu . Kaedah ini memberi banyak

maklumat yang diperlukan kepada saya.

Kaedah Pemerhatian :

Saya telah memilih kaedah pemerhatian ini sebagai salah satu kaedah untuk

mendapatkan isi-isi penting yang boleh dijadikan isi-isi dalam folio saya.

Saya telah melakukan sedikit pemerhatian di kawasan–kawasan kajian

untuk melihat keadaan Bentuk Muka Bumi di kawasan kajian ini.

Page 10: folio geografi tingkatan 1

CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI

Setelah menjalankan semua kaedah kajian, saya mendapati Taman Seri Kelemak

mempunyai beberapa jenis bentuk muka bumi, iaitu tanah pamah dan lembangan sungai.

Kawasan tanah pamah di kampung ini mempunyai beberapa ciri-ciri yang biasa didapati

di kawasan tanah pamah lain. Ia mempunyai ciri-ciri tanah pamah yang rata dan luas.

Manakala jenis tanih di kawasan ini ialah tanih aluvium. Bagi kawasan lembangan sungai

pula, ia mempunyai beberapa ciri-ciri lembangan sungai seperi likuan sungai dan

sebagainya.

POTENSI BENTUK MUKA BUMI

Kesemua jenis bentuk muka bumi di kawasan kampung ini sememangnya mempunyai

pelbagai potensi yang dapat meningkatkan taraf kemajuan di kawasan ini .Kawasan ini

mempunyai tanah yang rata dan ia sememangnya sesuai dan mudah untuk membina

kemudahan jalan raya di kawasan ini. Di samping itu,Taman Seri Kelemak turut

berpotensi untuk dijadikan kawasan petempatan. Sememangnya kawasan kampung ini

mempunyai kepadatan penduduk yang agak tinggi. Dengan keadaan bentuk muka bumi

yang rata dan luas, ia memudahkan untuk membina petempatan di kawasan ini.Selain

itu,kawasan Taman seri Kelemak turut berhampiran dengan kegiatan perindustrian.

Akhir sekali, Taman Seri Kelemak mempunyai banyak potensi bagi menjalankan

pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan ini. Selain itu, kampung ini sememangnya

mempunyai potensi bagi kegiatan pertanian terutamanya kegiatan penanaman buah naga

dan getah. Hal ini demikian kerana jenis tanih aluvium dan kawasan yang rata serta luas .

Page 11: folio geografi tingkatan 1

8.3.Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia

1. Saliran

Di kawasan ini, air sungai agak mudah melimpah keluar. Hal ini demikian kerana sungai

di kawasan ini mempunyai kedalaman yang agak cetek disebabkan oleh proses

pemendapan yang berlaku.Oleh itu, sungai hanya mampu menampung kuantiti air yang

sedikit dan kejadian limpahan sungai mudah berlaku.

2. Tanah pamah

Di kawasan ini terdapat banyak tanah pamah dan ia banyak halangan bentuk muka bumi

kepada manusia antaranya ialah tanah yang sempit di Alor Gajah ini.Selain itu, Tanah

pamah sering berlakunya banjir kerana kedudukannya yang rendah.oleh sebab itu Alor

Gajah selalunya berlakunya banjir.

Page 12: folio geografi tingkatan 1

8.4.Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

1.Hakisan Tanah dan tanah runtuh

Hakisan Tanah berlaku kerana bandar Alor Gajah ini tidak banyak

pokok.oleh itu,kerajaan haruslah memantau pembalak yang haram.

2.Sungai cetek dan banjir kilat

Apabila pembalakan secara meluas berlaku ia akan berlakunya

banjir kilat dan akan menyebabkan sungai semakin cetek di kawasan

Alor Gajah ini.

3. Pencemaran

Sikap penduduk yang tidak menghiraukan kepentingan alam sekitar telah

menyebabkan berlakunya banyak pencemaran di kawasan ini. Sikap suka membuang

sampah di merata-rata tempat telah mencacatkan pemandangan di kawasan ini

terutamanya di kawasan pinggir sungai. Penduduk suka membuang sisa-sisa makanan

dan sampah ke dalam sungai yang telah memyebabkan turut berlaku pencemaran air di

kawasan ini. Masalah pembakaran terbuka turut berleluasa di kawasan ini. Tambahan

pula, pusat pembakaran arang di kawasan ini sememangnya mengeluarkan asap yang

banyak yang menyebabkan pencemaran udara yang agak teruk.

4.Kepupusan flora dan fauna

Kawasan kajian saya ini tidak banyak mempunyai hutan atau hutan

simpan,ini menyebabkan haiwan dan tumbuhan hilang habitatnya.Kita

seorang manusia harus lah menyanyangi binatang dan kita haru

melindungi flora dan fauna.

5.Penigkatan suhu

Page 13: folio geografi tingkatan 1

Seperti yang kita tahu, kawasan saya iaitu Taman Seri Kelemak

tidak mempunyai hutan dan tidak berhampiran dengan laut.Ini

menyebabkan penigkatan suhu yang menigkat.

8.5.Langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi manusia

terhadap manusia

1. Kempen Kesedaran

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, terdapat pelbagai langkah yang dapat diambil.

Antaranya ialah melalui kempen kesedaran. Pihak kerajaan mahupun swasta perlu

bekerjasama bagi mengadakan kempen kesedaran terutamanya mengenai alam sekitar

dan lain-lain lagi.

2. Penggunaan Baja Organik / Kaedah Biologi

Dengan penggunaan baja organik, ia dapat meningkatkan lagi kualiti dan jumlah

pengeluaran hasil pertanian di kawasan ini. Ia juga dapat mengurangkan kos perbelanjaan

bagi melaksanakan kegiatan pertanian. Tambahan pula, kebanayakan petani di kawasan

ini merupakan golongan yang berpendapatan rendah.

3. Penggiliran Tanaman

Bagi mengatasi masalah kesuburan tanih, teknik penggiliran tanaman sememangya

sesuai. Petani perlulah menjalankan kegiatan pertanian secara bergilir-gilir di kawasan

pertanian mereka. Hal ini demikian kerana ia bagi membantu tanih mengemballikan

kesuburan tanih selepas kegiatan pertanian dijalankan.

Page 14: folio geografi tingkatan 1

11.Rujukan

1. Peta Negeri Melaka dan peta Alor Gajah

2. laman web http://www.mpag.gov.my/home

3. Buku teks Geografi muka surat 179

4. Merujuk kepada cikgu Zulita guru Geografi

Page 15: folio geografi tingkatan 1

10.Lampiran

Pekan Alor Gajah yang terletak di utara Melaka.