folio geo pembetulan

12
5. 0 KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan beberapa kaedah selama tempoh pelaksanaan kerja kursus Geografi ini. Kaedah-kaedah ini secara tidak langsung telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Antara kaedah yang saya gunakan untuk menyiapkan kerja kursus ini ialah: Pemerhatian Saya telah menggunakan kaeadah pemerhatian dan sedikit penyelidikan terhadap kawasan Taman Sri Selayang, Gombak, Selangor untuk melihat jenis pengangkutan awam di Taman Sri selayang Gombak, Selangor. Temu bual Saya telah menggunakan kaedah temu bual dengan menemu bual tiga orang responden yang terdiri daripada pengguna pengangkutan awam di Taman Sri Selayang, Gombak, Selangor iaitu, Encik Mohamad Kamil b. Ihsan, Puan Shima bt Ali Musa dan Cik Nurul Huda bt Hamid. Perbualan kami kebanyakannya berkisar tentang kepentingan pengangkutan awam di Taman Sri Selayang, Gombak, Selangor, masalah perkembangan pengangkutan awam di Taman Sri Selayang, Gombak, Selangor dan cadangan untuk mengurangkan masalah

Upload: nurul-awatif

Post on 17-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Folio Geo Pembetulan

TRANSCRIPT

5. 0 KAEDAH KAJIAN Saya telah menggunakan beberapa kaedah selama tempoh pelaksanaan kerja kursus Geografi ini. Kaedah-kaedah ini secara tidak langsung telah membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini. Antara kaedah yang saya gunakan untuk menyiapkan kerja kursus ini ialah: PemerhatianSaya telah menggunakan kaeadah pemerhatian dan sedikit penyelidikan terhadap kawasan Taman Sri Selayang, Gombak, Selangor untuk melihat jenis pengangkutan awam di Taman Sri selayang Gombak, Selangor. Temu bualSaya telah menggunakan kaedah temu bual dengan menemu bual tiga orang responden yang terdiri daripada pengguna pengangkutan awam di Taman Sri Selayang, Gombak, Selangor iaitu, Encik Mohamad Kamil b. Ihsan, Puan Shima bt Ali Musa dan Cik Nurul Huda bt Hamid. Perbualan kami kebanyakannya berkisar tentang kepentingan pengangkutan awam di Taman Sri Selayang, Gombak, Selangor, masalah perkembangan pengangkutan awam di Taman Sri Selayang, Gombak, Selangor dan cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam di Taman Sri Selayang, Gombak, Selangor. RujukanSaya telah menggunakan kaedah ini dengan merujuk buku Teks Geografi Tingkatan 2 dan Internet. Melalui kaeadah ini saya dapat mencari konsep pengangkutan awam di Taman Sri Selayang Gombak Selangor.

6. 0 DAPATAN KAJIAN 6. 1. . KONSEP PENGANGKUTAN AWAMBerdasarkan Wikipedia, pengangkutan awam ialah sistem pengangkutan yang mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Pengangkutan awam juga dikenali sebagai transit awam. Contoh-contoh pengangkutan awam ialah bas awam, bas sekolah, van sekolah, kereta api, Light Trail Transit (LRT), Express Rail Link (ERL), kapal terbang, kapal penumpang, feri, bot penambang dan sebagainya. KTM komuter mengenakan sejumlah tambang yang tertentu antara laluannya dari Rawang ke Seremban kepada orang ramai yang menaikinya.

6. 2. . JENIS PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN SRI SELAYANG GOMBAK, SELANGOR Berdasarkan pemerhatian yang saya jalankan di kawasan kajian saya, terdapat beberapa jenis pengangkutan awam yang digunakan iaitu bas awam. Antara bas awam yang digunakan ialah Bas Rapid dan Bas Metro. Bas awam pertama di kawasan kajian ini mula beroperasi seawal jam 6:00 pagi setiap hari. Kadar tambang yang dikenakan pada hari persekolahan ialah 50sen manakala pada hari Sabtu dan Ahad RM1.00. Selain itu, di kawasan kajian ini, disediakan juga perkhidmatan bas atau van sekolah. Kebiasannya, bas dan van sekolah berwarna kuning. Bayaran dikenakan secara harian atau bulanan. Kadar bayaran harian yang dikenakan ialah RM1.00 manakala, kadar bayaran bulanan pula ialah antara RM40.00-RM50.00.Akhir sekali, di kawasan kajian ini juga menyediakan perkhidmatan teksi. Kebiasannya kadar tambang yang dikenakan ialah 50sen untuk 1 kilometer.

6. 3. . KEPENTIGAN PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN SRI SELAYANG GOMBAK, SELANGORBerdasarkan temubual saya bersama Encik Mohamad Kamil bin Ihsan, beliau telah memberitahu saya beberapa kepentingan pengangkutan awam di Taman Sri Selayang Gombak, Selangor. Antara kepentingannya ialah untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas. Hal ini berlaku apabila penumpang tidak menggunakan kenderaan sendiri secara tidak langsung boleh mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas. Contohnya penggunaan bas awam, Komuter KTM, Light Rail Transit dan sebagainya. Selain itu, pengangkutan awam juga boleh digunakan untuk mengangkut penumpang. Contohnya mengangkut pelajar sekolah, kolej mahupun universiti, mengangkut pekerja awam dan swasta, suri rumah yang mahu pergi ke pasar dan penumpang yang lain. Contoh pengangkutan awam yang boleh mengangkut penumpang pada bila-bila masaialah bas, Komuter KTM, LIGHT Rapid Transit (LRT), ERK. Dengan menggunakan pengangkutan awam ini, secara tidak langsung boleh menjimatkan wang pengguna dan mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas. Di samping itu, menjimatkan kos. Hal ini demikian kerana, kos menaiki pengangkutan awam adalah jauh lebih murah berbanding menaiki kereta sendiri. Hal ini dapat dibuktikan jika kita menaiki pengangkuatan awam, kita tidak perlu membayar tempat letak kereta, tidak perlu mengisi minyak dan tidak perlu membayar tol. Secara tidak langsung boleh menjimatkan perbelanjaan rumah bulanan. Akhir sekali, pengangkutan awam juga menyediakan peluang pekerjaan yang banyak. Contohnya, sebagai pemandu teksi, pemandu bas dan penjual tiket. Peluang pekerjaan ini juga secara tidak langsung boleh meningkatkan taraf hidup penduduk dan menjana lain-lain kegiatan ekonomi.Secara kesimpulannya, saya bersyukur pengangkutan awam di kawasan kajian saya telah memberi banyak faedah dari segi mobiliti, kos dan masa kepada penduduk setempat. '

6. 4. . MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN SRI SELAYANG GOMBAK, SELANGORBerdasarkan temubual saya bersama Pn Shima bt Ali Musa beliau telah menyatakan beberapa masalah perkembangan pengangkutan di Taman Sri Selayang Gombak, Selangor. Antaranya ialah, pencemaran udara. Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang disebabkan oleh habuk, debu dan asap yang berterbangan di udara yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon (CFC), bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif. Selain itu, pencemaran bunyi. Pencemaran bunyi biasanya disebabkan oleh enjin diesel dan enjin petrol. Contohnya, bunyi yang dikeluarkan oleh bas awam dan van sekolah yang lama dan uzur. Pencemaran bunyi juga mengganggu aktiviti seharian manusia. Di samping itu, masalah perkembangan pengangkutan awam ialah kenderaan lama. Kenderaan yang lama menyebabkan rasa tidak selesa, panas dan asap yang banyak serta keadaan kerusi penumpang yang uzur. Seterusnya, masalah perkembangan pengangkutan awam di Taman Sri Selayang Gombak, Selangor ialah kadar tambang yang dikenakan agak mahal bagi orang ramai terutamanya bagi pelajar sekolah. Hal ini demikian kerana, para pelajar sekolah menengah biasanya menggunakan bas sekolah untuk pergi dan balik ke sekolah dan tambang bas yang dikenakan ialah sebanyak RM45.00 hingga RM50. 00 sebulan. Hal ini secara tidak langsung membebankan ibu bapa terutamanya yang mempunyai anak yang ramai.Akhir sekali, masalah perkembangan pengangkutan awam ialah penipuan. Hal ini disebabkan oleh, sikap pemandu teksi tidak bertanggung jawab. Sebahagian pemandu teksi tidak menggunakan meter lalu mengenakan tambang yang lebih mahal kepada penumpang terutamanya para pelancong dari luar negara yang menggunakan perkhidmatan teksi. Namun demikian, saya berasa bersyukur kerana saya tidak pernah mengalami situasi penipuan dalamn kalangan pemandu teksi.

6. 5. . CADANGAN UNTUK MENGURANGKAN MASALAH PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN AWAM DI TAMAN SRI SELAYANG GOMBAK, SELANGORBerdasarkan temubual saya bersamaCik Nurul Huda bt Hamid beliau telah memberikan beberapa cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan di Taman Sri Selayang Gombak, Selangor. Antara cadangan yang saya cadangkan untuk mengurangkan masalah berkaitan dengan perkembangan pengangkutan awam di Taman Sri Selayang ialah, menguat kuasa undang-undang oleh pihak berwajib seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis di Raja Malaysia (PRDM). Contohnya, tindakan tegas tegas perlulah diambil terhadap syarikat bas dan teksi yang mengeluarkan asap kotor. Selain itu, memenjarakan pemandu yang melakukan kesalahan berulang-ulang. Saya berasa berbangga kerana tindakan ini telah dijalankan untuk mengurangkan pengeluaran asap kotor yang dikeluarkan oleh pemandu pengangkutan awam.Selain itu, dengan menggunakan penapis asap ataupun lebih dikenali sebagai Catalytic Converter. Dengan menggunakan Catalytic Converter boleh mengurangkan pengeluaran asap merbahaya daripada kenderaan seperti bas atau lori yang menggunakan minyak diesel. Maka, para pemandu pengangkutan awam amatlah digalakkan menggunakannya. Seterusnya, cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam ialah dengan menggunakan petrol tanpa plumbum. Dengan menggunakan petrol tanpa plumbum, kita boleh mengurangkan kandungan plumbum dalam pelepasan asap kenderaan ke udara. Akhir sekali, cadangan untuk mengurangkan masalah perkembangan pengangkutan awam ialah dengan menggunakan bahan api alternatif. Contohnya, dengan menggunakan bahan api mesra alam, diesel diganti dengan Natural Gas for Vehicle (NGV) dan menggunakan elektrik bersumberkan tenaga suria. Melalui cara ini, kita kan mengurangkan pencemaran udara akibat pelepasan asap hitam dari kenderaan bermotor.

4. 2. . PETA KAWASAN KAJIAN DI TAMAN SRI SELAYANG, GOMBAK, SELANGOR

4. 2. . PETA KAWASAN KAJIAN DI TAMAN SRI SELAYANG, GOMBAK, SELANGOR

U

MASJID

PADANG P. B

P. P

SEK.

PETUNJUK Kawasan Kajian Perhentian Bas Kedai-kedai Sekolah Pejabat Pos

P. B

SEK.

P. P

4. 1. . PETA DAERAH GOMBAK

PETUNJUK Sempadan Mukim Jalan Kereta Api Sempadan Daerah. Bandar Sempadan Negeri Peta Kawasan Taman Sri Selayang Gombak Selangor