folio bab 9 f4

Upload: ssproject

Post on 02-Jun-2018

233 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    1/20

    9.1

    Aktiviti Manusia

    yang Mengancam

    Ekosistem

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    2/20

    9.1 Aktiviti Manusia yang Mengancam Ekosistem

    Aktiviti Manusia yang Membawa Kesan Buruk terhadap Alam Sekitar

    Penyahhutanan

    membawa

    kepada

    Hakisan tanah

    Banjir kilat

    Tanah runtuh

    Perubahan iklim

    Pemanasan global

    Kesan rumah

    hijau

    Kehilangan

    biokepelbagaian

    Pembakaran

    bahan api fosil

    Kesan rumah hijau

    Pemanasan global

    Pencemaran udara

    membawa

    kepada

    Penggunaan baja berlebihan

    dalam pertanian

    Eutrofikasi

    Pencemaran air

    membawa

    kepada

    Pembuangan

    bahan domesti

    dan industri

    Pencemaran air

    Pencemaran udara

    Pencemaran terma

    membawa

    kepada

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    3/20

    IMPAK AKTIVITI MANUSIA TERHADAP EKOSISTEM

    Penyahhutanan dan kesannya

    Penyahhutanan mengakibatkan hakisan tanah, tanah runtuh dan banjir kilat

    Apabila pokok-pokok hutan ditebang dan kawasan baharu diterokai untuk pertanian ,

    permukaan tanah akan terdedah kepada hakisan oleh angin dan hujan.

    Hakisan tanah berlaku apabila permukaan tanah terutamanya lapisan atas tanah yang

    dilitupi bahan organik dan butiran halus sentiasa ditiup oleh angin dan dialirkan oleh air

    hujan.

    Tanpa sistem akar untuk mencengkam tanah, struktur tanah menjadi tidak stabil. Apabila

    hujan turun dengan lebat untuk suatu jangka masa yang panjang, lapisan atas tanah terhakis

    dengan mudah dan ini menyebabkan tanah runtuhterutamanya di lereng bukit. Tanah yang terhakis dibawa oleh air hujan dan termendap di dasar sungai.

    Enapan lumpur di sungai menyebabkan sungai menjadi semakin cetek. Apabila hujan lebat

    turun, air sungai melimpahi tebing menyebabkan banjir kilat terutamanya di kawasan

    lembah yang rendah.

    Banjir kilat berlaku dengan cepat pada musim tengkujuh. Aras air sungai naik dan susut

    dengan cepat.

    Banjir merosakkan harta benda dan juga tanah untuk pertanian. Banjir yang berterusan akan

    mengganggu usaha dan aktiviti pertanian.

    Secara lazimnya, hakisan tanah dan banjir menghakis permukaan tanah dan menyebabkan

    larut resap serta mengurangkan kandungan nutrien dalam tanah apabila air banjir

    mengalirkan nutrien ke tempat lain.

    Penyahhutanan menyebabkan kehilangan biokepelbagaian

    Penyahhutanan memusnahkan pelbagai spesies flora dan fauna dalam hutan dan

    menyebabkan sebahagiannya hampir pupus. Ini mengurangkan biokepelbagaian.

    Spesies tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan menghadapi ancaman kepupusan.

    Habitatbanyak spesies flora dan fauna termusnah.

    Rantai makanan terganggu.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    4/20

    Peningkatan kandungan gas karbon dioksida

    Penyahhutanan menyebabkan kurang gas karbon dioksida diserap oleh tumbuhan. Oleh itu,

    kandungangas karbon dioksida dalam atmosfera meningkat.

    Pada masa yang sama, kandungan oksigendi atmosfera berkurangkerana kurang oksigen

    dibebaskan oleh tumbuhan semasa fotosintesis.

    Kitar karbon dan kitar oksigen terganggu.

    Pembakaran hutan menyebabkan pencemaran udara dengan membebaskan lebih banyak

    karbon dioksida ke atmosfera.

    Pengumpulan gas karbon dioksida di atmosfera memerangkap haba dan ini menyumbang

    kepada kesan rumah hijau.

    Kesan terhadap iklim

    Hampir separuh daripada hujan yang turun di kawasan hutan hujan tropika berasal daripada

    proses transpirasi tumbuhan di hutan itu sendiri.

    Awan yang terbentuk daripada air yang tersejat melalui transpirasi membantu memantulkan

    sinaran matahari dan menyebabkan keadaan persekitaran menjadi kurang panas serta

    lembap.

    Apabila penyahhutanan diteruskan, sumber air yang membentuk awan berkurang dan kitar

    air terganggu. Keadaan ini menyebabkan keadaan cuaca menjadi panas dan kering.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    5/20

    Pembakaran bahan api fosi l dan kesannya

    Pembakaran bahan api fosil menyumbangkan kira-kira 75% karbon dioksida ke dalam

    atmosfera.

    Peningkatan aras karbon dioksida dalam atmosfera menyumbang kepada kesan rumah hijau

    dan pemanasan global.

    Pertanian intensi f dan kesannya

    Penggunaan tanah untuk pertanian intensifmengurangkan ruang dan sumber untuk spesies

    lain.

    Dalam pertanian intensif, petani menggunakan baja tak organik yang mengandungi ion

    nitrat, fosfat dan kalium untuk meningkatkan hasil pertanian.

    Ion nitrat dan ammonium adalah sangat larut dan akan melarut resap serta dialirkan ke

    dalam sungai dan tasik.

    Keadaan ini membawa kepada eutrofikasi.

    Kesan peningkatan bahan buangan domestik dan industr i

    Penambahan bilangan penduduk meningkatkan pembuangan bahan buangan domestik dan

    industri

    Pembuangan bahan buangan di tapak pelupusan sampah membahayakan organisma hidup

    kerana bahan toksik dan bahan pencemar mudah meresap ke dalam tanah dan mencemarkan

    sumber air yang berhampiran.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    6/20

    PENCEMARAN

    Pencemaran udara

    Pencemaran udara berlaku kerana terdapat pembebasan bahan pencemar ke atmosfera

    sehingga mengganggu dan membahayakan kehidupan manusia serta organisma lain.

    Kehadiran bahan pencemar di udara juga menyebabkan perubahan iklim.

    Punca utama pencemaran udara termasuk:-

    a) Kenderaan bermotor

    b) Kilang perindustrian

    c) Pembakaran terbuka

    d) Penggunaan bahan agrokimia

    e)

    Penjanaan tenaga elektrik

    Semasa pembakaran bahan api fosil, unsur dalam bahan api dioksidakan dan pelbagai bahan

    pencemar udara terbentuk termasuklah karbon dioksida, sulfur dioksida dan oksida nitrogen.

    Punca, jenis dan kesan bahan pencemar udara diringkaskan dalam Jadual 9.1.

    I ndeks Pencemaran Udara

    Indeks Pencemaran Udara (Air Pollution Index, API) digunakan untuk mengukur kualiti

    udara bagi mengetahui tahap pencemaran yang berlaku.

    Indeks ini adalah berdasarkan sub-indeks bagi lima parameter kualiti udara iaitu PM10, CO,

    ozon, SO2dan NO2. PM10 merujuk kepada zarah yang saiznya lebih kecil daripada 10 mg.

    Hanya parameter yang menyumbangkan nilai tertinggi diambil sebagai nilai indeks

    pencemaran udara untuk hari tersebut.

    Tahap pencemaran udara boleh dibahagi kepada beberapa jalur seperti berikut:-

    API Penerangan

    0-50 Baik51-100 Sederhana

    101-200 Tidak sihat

    201-300 Sangat tidak sihat

    >300 Berbahaya

    Apabila bacaan API berada dalam julat 201-300, bilangan pesakit asma yang menghadapi

    kesukaran bernafas akan bertambah. Keadaan pesakit dengan masalah jantung dan peparu

    menjadi lebih teruk.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    7/20

    Jadual 9.1 Punca, jenis dan kesan bahan pencemar udara

    Jenis Punca Kesan

    Asap, jelaga, debu,

    habuk dan zarah

    kecil

    Ciri: Mengandungizarah karbon hasil

    daripada pembakaran

    bahan api. Asap

    mengandungi zarah

    halus yang disebut

    jelaga.

    Pembakaran bahan

    api dan sampah

    sarap secara

    terbuka. Cerobong asap

    kilang.

    Kenderaan

    bermotor.

    Sektor industri.

    Kesan terhadap kesihatan:-

    Zarah besar terenap di bahagian atas salur

    respirasi manakala zarah kecil meresap

    masuk dan terenap jauh di dalam alveoluspeparu untuk jangka masa yang panjang.

    Zarah kecil ini membenarkan bahan

    pencemar lain yang bersifat karsinogen

    meresap ke dalamnya dan boleh

    menyebabkan penyakit kanser.

    Jerebu boleh mengakibatkan

    konjunktivitis, sakit tekak, selesema dan

    serangan lelah kepada pesakit asma.

    Jerebu juga menyebabkan penyakit sistem

    respirasi misalnya bronkitis. Bronkitis

    ialah radang pada salur respirasi dan

    peparu. Pesakit mengalami sesak nafas,

    demam dan batuk yang berterusan.

    Debu dari kuari dan kilang asbestos

    menyebabkan penyakit peparu.

    Kesan terhadap pertanian:-

    Asap menyumbat liang stoma dan

    menghalang pertukaran gas pada daun

    tumbuhan. Kadar fotosintesis berkurang. Debu melekat pada permukaan daun dan

    mengurangkan jumlah cahaya yang

    diterima oleh tumbuhan. Oleh itu, kadar

    fotosintesis berkurang.

    Jerebu menghalang penembusan cahaya

    matahari dan mengurangkan kadar

    fotosintesis. Hasil pertanian turut

    berkurang.

    Kesan terhadap iklim:- Penggabungan debu, asap dan jelaga

    daripada pembakaran hutan dengan wap air

    di atmosfera menyebabkan kejadianjerebu

    dan asbut.

    Jerebu mengurangkan jarak penglihatan.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    8/20

    Jenis Punca Kesan

    Karbon dioksida

    Ciri: Gas berasid, tidak

    berwarna dan tidak

    berbau.

    Pembakaran secara

    terbuka.

    Pembakaran bahan

    api fosil (petrol,

    arang batu dan gas

    asli).

    Kesan terhadap kesihatan:-

    Karbon dioksida yang terperangkap dalam

    alveolus menyebabkannya melembung dan

    pecah. Ini mengurangkan luas permukaan

    untuk pertukaran gas. Pesakit cepat berasa

    letih, sesak nafas dan kerap batuk.

    Kesan terhadap iklim:-

    Membawa kepada kesan rumah hijau dan

    pemanasan global.

    Menyebabkan kenaikan suhu atmosfera.

    Menyebabkan perubahan iklim.

    Kesan terhadap bangunan:-

    Menyebabkan bata pada struktur bangunan

    menjadi buruk dan rosak.

    Karbon monoksidaCiri: Gas toksik, tidak

    berbau dan tidak

    berwarna.

    Pembakaran bahanapi yang tidak

    lengkap.

    Ekzos kenderaan.

    Kilang-kilang.

    Kesan terhadap kesihatan:- Melembapkan pemikiran, menyebabkan

    badan menjadi letih dan sakit kepala.

    Bersaing dengan oksigen untuk berpadu

    dengan hemoglobin.

    Ini menghalang pembentukan

    oksihemoglobin, sebaliknya

    karboksihemoglobin yang terbentuk akan

    mengurangkan jumlah oksigen yang

    diangkut ke tisu badan.

    Peratus karbon monoksida yang tinggi

    dalam darah boleh membawa maut.

    Oksida nitrogen

    Ciri: Gas reaktif.

    Nitrogen dioksida

    berwarna perang.

    Oksida nitrogen

    terhasil daripada

    pembakaran bahan

    api pada suhu yang

    tinggi dalam

    kenderaan atau

    kilang

    perindustrian,semasa ribut petir

    dan tindakan

    bakteria pengikat

    nitrogen dalam

    tanah.

    Kesan terhadap kesihatan:-

    Menyebabkan pengoksidaan asid lemak

    dalam sel.

    Menyebabkan bronkitis, pneumonia dan

    merendahkan rintangan terhadap penyakit

    peparu.

    Memedihkan mata dan mengganggu

    respirasi.

    Kesan terhadap pertanian:-

    Merosakkan daun dan akar tumbuhan.

    Hujan asid merendahkan pH tanah dan

    menjadikannya tidak sesuai untuk

    pertumbuhan tanaman.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    9/20

    Jenis Punca Kesan

    Kesan terhadap iklim:-

    Larut dalam air hujan untuk membentuk

    hujan asid.

    Kesan terhadap bangunan:-

    Hujan asid mengakis bahan logam seperti

    aluminium, kuprum dan besi.

    Hujan asid menyebabkan batu kapur,

    marmar dan mortar yang digunakan untuk

    membina bangunan menjadi lemah akibat

    larut resap dan hakisan.

    Sulfur dioksida

    Ciri: Gas berasid dan

    tidak berwarna. Sulfur

    dioksida terbentuk

    apabila sebatian sulfurbertindak dengan

    oksigen semasa

    pembakaran.

    Pembakaran bahan

    api yang

    mengandungi sulfur

    misalnya dalam

    petroleum danarang batu serta

    relau.

    Ekzos kenderaan

    bermotor.

    Kesan terhadap kesihatan:-

    Memedihkan mata

    Meresap ke bahagian atas sistem respirasi

    dan merosakkan tisu peparu.

    Mengganggu pernafasan normal, seranganasma dan batuk.

    Menurunkan rintangan badan terhadap

    penyakit peparu.

    Menyebabkan bronkitis

    Menyebabkan hujan asid yang boleh

    mengakibatkan kulit terkakis dan penyakit

    kulit.

    Kesan terhadap iklim:-

    Larut dalam air hujan untuk membentukhujan asid.

    Kesan terhadap pertanian:-

    Merosakkan daun dan akar tumbuhan.

    Merendahkan pH tanah, sungai dan tasik.

    Kesan terhadap bangunan dan harta

    benda:-

    Hujan asid mengakis bahan logam seperti

    aluminium, kuprum dan besi.

    Hujan asid menyebabkan batu kapur,

    marmar dan mortar yang digunakan untuk

    membina bangunan menjadi lemah akibat

    larut resap dan hakisan.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    10/20

    Jenis Punca Kesan

    Ozon

    Ciri: Tidak berbau dan

    tidak berwarna. Ozon

    yang merupakan bahan

    pencemar ialah ozon

    yang beradaberhampiran dengan

    muka bumi.

    Ozon dihasilkan

    melalui satu siri

    tindak balas

    kompleks antara

    bahan organik yang

    meruap denganoksida nitrogen

    dalam kehadiran

    cahaya matahari.

    Kesan terhadap kesihatan:-

    Merosakkan tisu peparu dan mengurangkan

    kecekapan fungsi peparu.

    Sesak nafas, batuk dan selesema.

    Menyebabkan pengoksidaan sel.

    Kesan terhadap pertanian:-

    Agen pengoksidaan kuat yang merosakkan

    tisu tumbuhan.

    Kesan terhadap bangunan:-

    Menyebabkan warna objek menjadi pudar

    dan bahan yang diperbuat daripada getah

    mudah meretak.

    Plumbum

    Ciri: Ditambah ke

    dalam petrol.

    Petrol berplumbum.

    Kilang bateri.

    Pembuangan bahan

    logam berat.

    Ekzos kenderaan.

    Kesan terhadap kesihatan:-

    Anemia

    Kecacatan otak atau tahap kecerdasan yang

    lebih rendah daripada kanak-kanak.

    Merosakkan sel hati dan sistem respirasi.

    Mengganggu keupayaan badan untuk

    membina sel darah.

    Boleh menyebabkan koma dan kematian.

    Hidrokarbon

    Ciri: Sebatian organik

    yang meruap.

    Pembakaran bahanapi yang tidak

    lengkap.

    Ekzos kenderaan.

    Asap rokok.

    Kesan terhadap kesihatan:-

    Hidrokarbon bersifat karsinogen seperti

    benzo-()-pirena merosakkan sel badan,

    asid deoksiribonukleik (DNA) danseterusnya menyebabkan mutasi.

    Menyebabkan kanser peparu.

    Membantutkan pertumbuhan.

    Bahan agrokimia

    Ciri: Baja, pestisid,

    insektisid dan herbisid.

    Dibebaskan ke

    udara semasa

    penyemburan

    dilakukan ke atas

    tanaman.

    Kesan terhadap kesihatan:-

    Pestisid dan baja kimia terkumpul dalam

    badan manusia yang merupakan pengguna

    terakhir dalam rantai makanan.

    Boleh membawa maut jika mencapai aras

    toksik.

    Sinaran radioaktif Kesan terhadap kesihatan:-

    Menyebabkan mutasi dan pertukaran kod

    genetik pada kromosom organisma.

    Menyebabkan penyakit kanser misalnya

    leukemia.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    11/20

    Hujan Asid

    Punca pembebasan gas berasid ialah:-

    Pembakaran bahan api fosil (arang batu, udara dan gas) di stesen jana kuasa, kawasan

    perindustrian dan kenderaan bermotor yang membebaskan gas berasid seperti sulfur

    dioksida(SO2) dan oksida nitrogen(NO dan NO2) ke atmosfera.

    Kedua-dua gas ini larut dalam air hujan untuk membentuk asid sulfurus, asid sulfurik, asid

    nitrus dan asid nitrik yang turun sebagai hujan asid.

    Air hujan biasanya mempunyai pH 5.6 kerana karbon dioksida dalam udara melarut dalam

    air hujan membentuk asid karbonik.

    Nilai pH hujan berasid kurang daripada 5.0.

    Kesan Hujan Asid

    a) Pertanian

    Tanah menjadi sangat berasid dan tidak sesuai untuk penanaman tanaman.

    Daun tumbuhan bertukar menjadi kuning dan gugur ke atas tanah. Akar tumbuhan

    menjadi rosak dan tidak dapat menyerap garam mineral. Akhirnya, tumbuhan mati.

    Hujan asid melarutresapkan nutrien seperti kalsium, magnesium dan kalium dari tanah.

    Ini mengganggu pertumbuhan tumbuhan dan membunuh pengurai dalam tanah.

    Tumbuhan yang lemah akibat kekurangan nutrien lebih mudah diserang penyakit danpertumbuhannya terbantut.

    b) Ekosistem akuatik

    Hujan asid menyebabkan logam seperti besi, kuprum dan aluminium terkakis dan

    berkumpul di dalam tasik dan kolam.

    Kepekatan ion logam mencapai tahap yang toksik dan organisma akuatik seperti ikan

    dan invertebrat terbunuh.

    Sekiranya pH sungai dan tasik jatuh di bawah nilai 5.5, banyak haiwan dan tumbuhan

    akuatik serta fitoplankton akan mati. Rantai makanan di habitat ini terganggu

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    12/20

    c) Kesihatan

    Tanah berasid membebaskan ion logam berat seperti kadmium, plumbum dan merkuri

    dari tanah yang melarut resap ke dalam sungai da tasik. Seterusnya, pemendapan logam

    berat dalam sungai dan tasik berlaku.

    Ini mencemarkan sumber air paip.

    d) Bangunan

    Struktur binaan dan jambatan yang diperbuat daripada besi terkakis.

    Batu kapur, marmar dan mortar juga mudah terkakis

    Kejadian hujan asidboleh dikurangkandengan:-

    a)

    Membersihkan gas dari kilang perindustrian sebelum dibebaskan ke atmosfera misalnya

    dengan memancutkan air untuk memerangkap bahan pencemar.

    b) Membersihkan gas dari ekzos kenderaan menggunakan penukar bermangkin. Bahan

    pencemar bertindak antara satu sama lain untuk menghasilkan bahan yang kurang

    berbahaya.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    13/20

    Pencemaran air

    Pencemaran air berpunca daripada pembuangan bahan buangan ke dalam sumber air seperti

    tasik, kolam dan sungai sehingga menjadikan sumber air tidak lagi sesuai untuk kehidupan

    organisma akuatik dan kegunaan manusia.

    Bahan yang mencemarkan air termasuk bahan buangan domestik, iaitu sampah sarap dankumbahan, bahan buangan industri, bahan buangan pertanian dan tumpahan minyak dari

    kapal tangki minyak.

    Bahan buangan dari sektor industri termasuk pepejal tak organik, bahan sisa radioaktif,

    logam berat dan sebatian organik daripada industri pertanian.

    Jadual 9.1 Punca, jenis dan kesan bahan pencemar udara

    Punca Bahan pencemar dan kesannya PenyelesaianSektor pertanian Baja organik dan baja kimia(baja nitrat dan

    fosfat).

    Nitrat dan fosfat yang berlebihan

    membawa kepada eutrofikasi, iaitu

    pertumbuhan alga yang pesat di dalam

    kolam dan tasik.

    Mengawal

    penggunaan baja

    dengan:-

    Menggunakan baja

    mengikut sukatan

    yang betul.

    Tidak menyembur

    baja pada musim

    hujan.

    Sisa pestisid danherbisid

    Pengumpulan bahan-bahan kimia ini

    mempunyai kesan toksik terhadap

    organisma akuatik dan manusia sekiranya

    air digunakan sebagai air minuman.

    Bahan-bahan kimia ini berkumpul di

    sepanjang rantai makanan dan mencapai

    aras yang tinggi dalam tisu pengguna

    terakhir iaitu karnivor ataupun manusia.

    Bahan kimia ini akan membunuh ataumempengaruhi metabolisme pengguna

    terakhir.

    Kajian juga menunjukkan bahawa pestisid

    menyebabkan bilangan sperma yang

    rendah, kecacatan lahir dan kesukaran

    untuk mengandung.

    Menggunakan racun

    perosak yang

    terbiodegradasikan.

    Menggunakan

    kaedah kawalan

    biologi.

    Menanam tanaman

    yang diubahsuai

    secara genetik dan

    tahan seranganhaiwan perosak. Ini

    dapat

    mengurangkan

    keperluan untuk

    menggunakan bahan

    kimia bagi

    mengawal serangga

    perosak.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    14/20

    Punca Bahan pencemar dan kesannya Penyelesaian

    Kumbahan yang

    tidak dirawat terdiri

    daripada tinja manusia

    dan bahan buangan

    domestik.

    Bahan pepejal terampai

    Mengurangkan penembusan cahaya

    matahari ke dalam air.

    Pepejal terampai terbiodegradasikan boleh

    diuraikan oleh mikroorganisma dan proses

    ini memerlukan kandungan oksigen yangtinggi.

    Merawat kumbahan

    sebelum dialirkan

    ke sungai.

    Mengelakkan sisa

    baja dan racun

    serangga cecair dariladang ternakan

    mengalir masuk ke

    dalam sungai.

    Bahan buangan

    domestik (detergen

    dan sisa makanan)

    Detergen

    Detergen terbiodegradasikan mempunyai

    kandungan fosfat yang tinggi yang

    menyebabkan eutrofikasi.

    Detergen yang menghasilkan buih yang

    banyak mengurangkan kandungan oksigen

    untuk organisma dalam air.

    Gunakan detergenterbiodegradasikan.

    Bahan buangan dari

    ternakan ladang

    Mikroorganisma (bakteria dan protozoa)

    Sumber air yang digunakan untuk

    minuman perlu dirawat terlebih dahulu. Air

    yang tercemar akan menyebabkan penyakit

    seperti kolera.

    Minum air yangtelah dirawat dan

    dididihkan.

    Efluen dari industri

    Bahan buangan

    industri dari kilang

    elektronik dankilang penyaduran

    elektrik

    mengandungi

    logam berat.

    Sisa kelapa sawit

    dan getah yang

    tidak dirawat dari

    industri

    pemprosesan.

    Logam berat (kuprum, merkuri, zink dan

    kromium)

    Sangat toksik dan berkumpul dalam

    organisma melalui rantai makanan. Merkuri menyebabkan kerosakan sistem

    saraf dalam manusia.

    Logam berat ini terkumpul dalam tisu

    organisma akuatik dan dipindahkan dari

    satu aras trof ke aras trof yang lain melalui

    rantai makanan sehingga kepada manusia

    yang merupakan pengguna terakhir.

    Minyak,gris danpepejal terampai

    Merawat efluen

    sebelum dibuang ke

    dalam sumber air.

    Mengambiltindakan undang-

    undang terhadap

    sesiapa yang

    membuang bahan

    buangan toksik ke

    dalam sumber air.

    Paip bawah tanah Plumbum

    Plumbum ialah logam berat yang sangat

    toksik yang boleh berkumpul dalam tisu

    organisma.

    Boleh menyebabkan kecacatan otak dalam

    kanak-kanak.

    Gunakan paip yang

    diperbuat daripada

    kuprum.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    15/20

    Eutrofikasi

    Eutrofikasi merupakan pengayaan sumber air seperti sungai dan tasik dengan nutrien

    organik atau nutrien tak organik yang membolehkan sumber air tersebut menyokong

    pertambahan pesat populasi organisma berfotosintesis terutamanya alga.

    1) Pengaliran nutrien berlebihan ke dalam tasik, kolam atau sungai menggalakkan

    pertumbuhan cepat organisma berfotosintesis seperti alga. Ini menyebabkan

    pertambahan populasi alga secara pesat (blum alga).

    2) Pertumbuhan alga berlaku secara pesat dan menutupi permukaan air. Ini

    menghalang penembusan cahaya ke dalam air. Oleh itu, tumbuhan akuati tidak

    boleh berfotosintesis dan kandungan oksigen dalam air berkurang.

    3)

    Alga merupakan sumber makanan bagi haiwan akuatik yang kecil. Namun

    demikian, populasi haiwan akuatik tidak bertambah secepat populasi alga. Oleh itu,

    banyak alga mati tanpa dimakan.

    4) Apabila alga mati, bahan organik terkumpul di dasar air. Bakteria pengurai iaitu

    bakteria aerob akan menguraikan alga dan menggunakan oksigen. Kandungan

    oksigen dalam air semakin berkurang.

    5) Peningkatan keperluan oksigen biokimia (BOD) menyebabkan kandungan oksigen

    berkurang dengan cepat.

    6)

    Kandungan oksigen yang rendah membunuh organisma akuatik yang lebih besarseperti udang dan ikan.

    7) Dalam kes ekstrem, sekiranya kandungan oksigen semakin berkurang dan air

    menjadi tidak beroksigen, bakteria anaerob aka tumbuh dan membebaskan gas

    toksik seperti hidrogen sulfida yang menyebabkan kematian banyak organisma

    akuatik.

    8) Pada masa yang sama, bakteria biru-hijau juga menghasilkan toksin yang

    menyebabkan kematian ikan.

    9) Pada nilai BOD yang tinggi, bilangan organisma yang toleran terhadap keadaan

    kandungan oksigen terlarut yang rendah bertambah.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    16/20

    Stesen Minda

    Kandungan bahan organik rendah

    Metilena biru terluntur dengan cepat

    Kepekatan oksigen terlarut rendah

    Kandungan bahan organik tinggi

    Nilai BOD tinggi

    Sumber air tercemar

    Kualiti air tidak baik

    Metilena biru terluntur dengan perlahan

    Kepekatan oksigen terlarut tinggi

    Kandungan bahan organik rendah

    Nilai BOD rendah

    Kualiti air baik

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    17/20

    Pencemaran bunyi

    Pencemaran bunyi berlaku apabila persekitaran yang bising mengganggu keselesaan,

    ketenteraman serta menjejaskan kesihatan manusia dan hidupan lain.

    Kenyaringan bunyi diukur dalam unit desibel(dB).

    Nilai kenyaringan yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalahkurang daripada 55 dB.

    Kesan pencemaran bunyi:-

    a) Pendedahan kepada kenyaringan bunyi yang melebihi 80 dB untuk suatu jangka masa

    yang berterusan boleh menyebabkan seseorang mengalami sakit kepala, tekanan darah

    tinggi, penyakit koronari, ulser dan masalah mental. Seseorang juga boleh mengalami

    kehilangan pendengaran secara sementara atau kekal.

    b) Bunyi yang melebihi 140 dB boleh memecahkan gegendang telinga dan seterusnya

    menjadikan seseorang itu pekak.

    c) Kadang-kadang pencemaran bunyi mengakibatkan seseorang mempunyai julat

    pendengaran yang kurang. Misalnya, seseorang yang mempunyai pendengaran normal

    dapat mengesan bunyi pada 5 dB tetapi bagi orang yang mengalami julat pendengaran

    yang kurang, dia mungkin hanya dapat mengesan bunyi pada 15 dB.

    d) Bunyi yang mengejutkan boleh menyebabkan tekanan darah, kadar denyutan jantung

    dan kadar pernafasan seseorang meningkat serta proses pencernaan terganggu. Salur

    darah mengecut dan otot menjadi tegang.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    18/20

    Pencemaran terma

    Pencemaran terma ialah penyingkiran haba yang berlebihan ke alam sekitar yang boleh

    mengganggu dan membahayakan kehidupan organisma.

    Punca:-

    Punca utama ialah reaktor nuklear, stesen jana kuasa elektrik dan kilang-kilang.

    Air lazimnya digunakan sebagai agen penyejukdalam industri perkilangan dan stesen jana

    kuasa elektrik serta nuklear.

    Air dari sungai dan tasik dialirkan melalui kondenser sistem penyejuk kilang elektronik dan

    stesen jana kuasa elektrik. Air yang panas kemudian disalurkan kembali ke sungai dan tasik.

    Haba berlebihan yang dibebaskan menyebabkan kenaikan suhu air sungai dan tasik. Ini

    membawa kepada pencemaran terma.

    Pencemaran terma menyebabkan kenaikan suhu antara 5C hingga 10C.

    Kesan:-

    Suhu air yang tinggi:-

    Meningkatkan keterlarutansesetengah bahan kimia yang mungkin berbahaya.

    Mengurangkan kandungan oksigenterlarut dalam air.

    Mempercepat penguraian bahan organik dan kadar pertumbuhan alga. Ini

    menyebabkan nilai BOD(keperluan oksigen biokimia) meningkat. Akibatnya, keterlarutan

    oksigen dalam air sungai berkurang.

    Meningkatkan kadar metabolismeorganisma akuatik kerana organisma ini peru bersaing

    untuk mendapatkan bekalan oksigen yang semakin berkurangan bagi menjalankan respirasi.

    Mengganggu proses biokimia dalam organisma kerana biasanya setiap organisma

    mempunyai julat toleransi suhu untuk kemandiriannya. Kenaikan suhu sebanyak 5C

    melebihi suhu air yang normal boleh menyebabkan kematian organisma akuatik. Kematian

    sesuatu spesies mengganggu rantai makanan.

    Cara mengatasi:-

    Mengawal kandungan air panas yang disalurkan dari stesen jana kuasa elektrik dan efluen

    industri ke dalam sungai air atau tasik.

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    19/20

    9.2

    Fenomena Kesan

    Rumah Hijau

    dan

    Penipisan Lapisan

    Ozon

  • 8/10/2019 Folio Bab 9 F4

    20/20

    9.3

    Kepentingan

    PengurusanTerancang

    Aktiviti

    Pembangunan dan

    Ekosistem