folio arca

3
APRESIASI Alhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T yang memberikan nikmat kesihatan kepada saya untuk menyiapkan folio tugasan amali yang menghendaki setiap pelajar menghasilkan satu arca yang bertemakan kraf tradisional. Selama satu bulan tempoh yang diberikan iaitu bermula pada 1 september dan tamat pada 28 september. Pada tempoh itu saya telah membuat beberapa kajian tentang tema dan bentuk arca yang hendak saya hasilkan. Akhirnya setelah berhempas pulas arca yang bertajuk selepas berperang siap di hasilkan. Arca selepas berperang ini menggunakan bahan yang major iaitu polisterin dan kayu. Penghasilannya tidaklah begitu susah dan tidak juga begitu mudah kerana ia menuntut sedikit kesabaran. Antara bahan dan alat yang digunakan ialah seperti yang dinyatakan diatas iaitu kayu dan polisterin, kemudian kertas warna, hot glue gam, pemotong plosterin, pisau, cat putih, pembaris dan kertas pasir Arca selepas berperang ini dihasilkan kerana ingin menonjolkan dan menceritakan suasana selepas berperang, dimana keris yang patah dah tonjolan-tonjolan tajam keris bermaksud orang yang terkorbang. Begitu juga keadaan perisai yang tercalit sedikit darah yang melambangkan semangat yang berkobar-kobar ingin mati sebagai pejuang daripada mati bertahan. Dari segi pewarnaan saya tidak menggunakan warna yang yang banyak hanya mengguna dua jenis warna sahaja iaitu warna emas, gangsa dan merah, saya memilih warna ini kerana saya fikir warna ini mempunyai nilai seni yang sesuai diketengahkan untuk arca saya. Eleman kraf tradsional yang saya masukkan ialah daripada bentuk keris, perisai dan corak pucuk rebung. Kombinasi elemen-elemen bentuk ini sesuai dengan entiti masyarakat dan budaya kita di Malaysia.

Upload: wan-man

Post on 29-Sep-2015

25 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

folio

TRANSCRIPT

APRESIASIAlhamdulillah segala puji bagi Allah S.W.T yang memberikan nikmat kesihatan kepada saya untuk menyiapkan folio tugasan amali yang menghendaki setiap pelajar menghasilkan satu arca yang bertemakan kraf tradisional. Selama satu bulan tempoh yang diberikan iaitu bermula pada 1 september dan tamat pada 28 september. Pada tempoh itu saya telah membuat beberapa kajian tentang tema dan bentuk arca yang hendak saya hasilkan. Akhirnya setelah berhempas pulas arca yang bertajuk selepas berperang siap di hasilkan. Arca selepas berperang ini menggunakan bahan yang major iaitu polisterin dan kayu. Penghasilannya tidaklah begitu susah dan tidak juga begitu mudah kerana ia menuntut sedikit kesabaran.Antara bahan dan alat yang digunakan ialah seperti yang dinyatakan diatas iaitu kayu dan polisterin, kemudian kertas warna, hot glue gam, pemotong plosterin, pisau, cat putih, pembaris dan kertas pasirArca selepas berperang ini dihasilkan kerana ingin menonjolkan dan menceritakan suasana selepas berperang, dimana keris yang patah dah tonjolan-tonjolan tajam keris bermaksud orang yang terkorbang. Begitu juga keadaan perisai yang tercalit sedikit darah yang melambangkan semangat yang berkobar-kobar ingin mati sebagai pejuang daripada mati bertahan. Dari segi pewarnaan saya tidak menggunakan warna yang yang banyak hanya mengguna dua jenis warna sahaja iaitu warna emas, gangsa dan merah, saya memilih warna ini kerana saya fikir warna ini mempunyai nilai seni yang sesuai diketengahkan untuk arca saya.Eleman kraf tradsional yang saya masukkan ialah daripada bentuk keris, perisai dan corak pucuk rebung. Kombinasi elemen-elemen bentuk ini sesuai dengan entiti masyarakat dan budaya kita di Malaysia.

REFLEKSIAlhamdullilah segala puji bagi Allah S.W.T atas kurniaan kesihatan sepanjang melakukan tugasan folio dalam menghasilkan arca kraf tradisional. Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada En Zakarai bin Awang, YM Raja Zaid bin Raja Kadir, En Abdullah bin Deraman selaku pensyarah pendidikan seni visual untuk subjek ini kerana telah banyak memberi saya idea dan maklumat tambahan sepanjang dalam menghasilkan arca yang bertemakan kraf tradisional. Kepada rakan-rakan engkaulah yang menjadi tempat luahan hati, kerana ketegangan dalam menyiapkan tugasan ini sedikit sebanyak menipiskan sabar yang sekian lama dibina. Atas semangat dan nasihat, sabar yang kian nipis kembali menebal. Terima kasih juga kepada pihak perpustakaan Al Basuti yang menjadi wadah mencari ilmu bagi yang kekeringan.Penghasilan arca dan folio ini, banyak memberikan ilmu kepada saya untuk menjadi insan guru yang kreatif. Hal ini kerana dalam menyiapkan tugasan ini saya dapat mengetahui bahan dan alat yang sesuai untuk menghasilkan arca. Selain itu juga, dalam setiap penghasilan arca juga kita tidak seharusnya menghasilkan arca terus tetapi perlu ada perancangan awal melalui sumber idea, olahan, lakaran awal, kajian warna dan reka letak. Semua ini disiapkan terlebih dahulu barulah ia diterjemahkan dalam bentuk 3d iaitu arca yang sudah disiapkan. Selain perancangan awal, saya juga dapat belajar bagaimana ingin membuat arca yang menggunakan konsep pemiuhan iaitu penghasilan yang arca yang tidak seratus peratus bentuk arca yang betul. Melalui konsep ini, orang akan lebih tertarik untuk mengetahui disebalik penceritaan arca yang dihasilkan.Antara kesusahan yang dilalui yang sudah tentu menjadi guru kepada saya ialah apabila kesusahan dalam membentukkan arca itu untuk menjadi bentuk keris. Saya terpaksa meluangkan sedikit masa untuk mengikis dan menggosok dengan kertas pasir secara perlahan dan teliti agar bentuk keris dapat dihasilkan dengan sedikit sempurna. Selain itu, untuk melakukan pemiuhan dalam arca yang sedikit mengganggu proses dalam pembuatan arca, kerana bentuk pemiuhan yag saya hasilkan perlulah mempunyai maksud dan perlu menarik minat orang ramai untuk mengetahui maksud disebalik arca yang dihasilkan itu.Kesimpulannya saya berharap folio dan arca yang dihasilkan ini dapat menjadi aspirasi dan manfaat kepada setiap pengkarya dan pencinta seni keindahan. Penghasilan ini juga membawa saya selangkah bersedia menjadi seorang guru kelak.