fizo omar · pdf filetiada ilmu, cari ilmu! buang ego ... jadi, langkah seterusnya ialah anda...

34
12 TIPS ‘REMPIT’ SALES KAEDAH FIZO OMAR

Upload: trannhan

Post on 04-Feb-2018

244 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

12 TIPS ‘REMPIT’ SALES KAEDAH

FIZO OMAR

Page 2: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 2

PERHATIAN

Jutaan terima kasih kerana anda telah mendownload e-book bertajuk 12 tips ‘rempit’ sales kaedah Fizo

Omar ini dari www.fizoomar.com. Sebelum itu, kami ingin memaklumkan dengan ebook percuma ini

kami tidak menjanjikan sebarang jaminan hasil selepas anda menggunakan kesemua tips yang

dikongsikan.

Pihak fizoomarchannel juga tidak bertanggungjawab dengan apa-apa perubahan samada yang baik

ataupun buruk yang bakal berlaku selepas anda praktikkan apa yang dikongsikan.

InshaAllah, dengan perkongsian tips-tips ringkas ini, ianya pasti akan dapat membantu anda untuk

tingkatkan jualan lebih dari biasa dalam perniagaan anda. Tak kira sama ada sikit ataupun banyak, yang

penting pasti anda akan dapat sesuatu dalam ebook percuma ini.

Tiada ilmu, cari ilmu! Buang ego dan menuntut untuk tambahkan ilmu pengetahuan. Dah ada ilmu?

Amalkan segera, jangan tunggu lagi. It’s now or never! Panduan ini disebarkan tiada sebab lain

melainkan hanya untuk mengembangkan lagi ilmu perniagaan kepada masyarakat Malaysia.

Untuk dapatkan info-info terkini, tips terkini dan idea bisnes terkini, fizoomarchannel sarankan anda :-

1) Like fanpage kami di fb.com/fizoomarchannel

2) Ikuti tips-tips di blog kami di http://www.fizoomar.com

Sekian.

Fizo Omar

FIZO FOC

www.fizoomar.com

Page 3: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 3

12 TIPS ‘REMPIT’ SALES KAEDAH FIZO OMAR

Ramai yang mengenali Fizo Omar hanya sebagai seorang artis, namun di sebalik kerjayanya

sebagai seorang artis, beliau juga merupakan seorang usahawan yang berjaya sebenarnya!

Beliau sentiasa dahagakan ilmu untuk meningkatkan perniagaannya, beliau telah menimba ilmu

dengan pelbagai guru antaranya DR Azizan Osman, Sifu Jamal dan juga Irfan Khairi.

Pelbagai formula dan resepi kejayaan telah dipelajarinya, dan kini beliau akan kongsikan

beberapa tips dan juga formula yang boleh membantu anda untuk tingkatkan jualan perniagaan

anda!

Antara formula yang menjadi kegemaran beliau ialah FOC. Apakah yang dimaksudkan dengan

FOC ni?? Free of charge ke? Bukan….

FORMULA FOC

F – FACEBOOK/FANPAGE/FB ADS.

Ya! Perkara pertama yang anda perlu ada ialah Facebook! Saya pasti ramai di antara

anda dah pun memiliki facebook tetapi tiada facebook page ataupun fanpage. Apa

Fanpage ni? Fanpage lebih mudah di fahami sebagai kedai/butik secara visual di dunia

online. Ianya percuma sahaja! Kalau anda masih belum ada, bina satu ya!

Apabila anda sudah membinanya, anda boleh dapatkan trafik dengan menggunakan fbads

iaitu medium pengiklanan yang disediakan oleh facebook sendiri. Untuk pengetahuan

anda, fbads merupakan salah satu medium pemasaran online yang terbaik di dunia! Rugi

kalau anda tak gunakannya!

Page 4: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 4

O – OPTIMIZATION.

Apabila anda sudah buat pengiklanan di facebook, anda perlu lakukan optimization, ia

sangat penting! Anda perlu perbaiki iklan anda dari masa ke semasa terutama dari segi

gambar, copywriting dan audiens. Jangan abaikan perkara ni kalau taknak kos iklan anda

mahal dan tidak berkualiti! Rugi tu.. duit keluar tapi takde convertion!

C – CONVERTION.

Setelah anda lakukan optimization, dah tentu kualiti iklan anda akan semakin meningkat.

Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. Cop!

Bukan itu sahaja, anda juga perlu tahu berapakah roi, respons rate dan closing rate.

Aduh.. Banyaknya nak kena kira! Yup, jika semua ini melepasi syarat-syaratnya, saya

jamin anda boleh tingkatkan lagi sales anda berganda-ganda! Jika tak lepas, anda perlu

ulang semula step optimization tersebut..

FORMULA FOC SEMUDAH ABC!

Page 5: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 5

TIPS #1 BUAT IKLAN MASA ORANG

‘BERDUIT’

Page 6: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 6

Dalam menjalankan marketing sudah tentu kita juga perlu memikirkan dari sudut sebagai

seorang pembeli. Kenalpasti keadaan kewangan prospek kita, penting tu! Jangan main redah je..

Elakkan atau kurangkan kos marketing pada pertengahan bulan kerana pada waktu tu

perbelanjaan mereka agak terbatas.

“Erm, habis tu nak buat apa time pertengahan bulan kalau tak boleh nk buat iklan?”

Rileks.. Bukan tak boleh buat iklan langsung.. Cuma anda perlu ubah strategi marketing anda..

Contohnya pada masa pertengahan bulan anda boleh buat perkara seperti berikut :-

1) LIKE MARKETING – kumpul fans berkualiti dan educate mereka dahulu

2) ENGAGEMENTS – beramah mesra dengan prospek kita dan bila mereka ‘berduit’ kita tukar

mereka menjadi pelanggan kita!

3) DATABASE – Dapatkan no telefon dan email supaya anda boleh blast semasa hari gaji

mereka nanti!

Itu antara kaedah yang anda boleh gunakan di pertengahan bulan. Apabila prospek anda sudah

‘berduit’ barulah anda boleh mulakan kempen marketing besar-besaran!

p/s – Pastikan anda tahu bilakah mereka akan perolehi gaji atau bonus. Apabila anda sudah

kenalpasti, mulakan kempen 2-3 hari sebelum itu!

Page 7: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 7

TIPS #2

GAMBAR YANG MENARIK

DAN BERKUALITI

Page 8: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 8

Dalam dunia pemasaran, gambar memainkan peranan yang sangat penting untuk menarik

perhatian audiens anda. Perkara pertama yang mereka akan lihat adalah gambar iklan anda

dahulu! So, kalau pandangan pertama dah gagal, melepaslah anda!

Anda tahu tak gambar yang berkualiti dan menarik juga mampu meningkatkan kepercayaan

audiens anda. Kalau gambar ala kadar je memang susah nak convert!

TIPS SIMPLE UNTUK MENYEDIAKAN GAMBAR YANG OHSEM

Pastikan gambar yang anda ingin gunakan adalah relevan dengan audiens yang anda

pilih. Apabila gambar tersebut menyentuh emosi audiens anda, pasti mereka akan buat

langkah seterusnya!

Gunakan warna background yang menyerlah! Warna biru ke merah ke kuning ke.. Semua

tu memang boleh menarik perhatian audiens anda! Yang penting, jgn biarkan message

yang anda nak smpaikan tu tenggelam!

Gambar yang bercerita! Yes! Bila audiens anda lihat pada gambar je mereka dah faham

apa yang anda cuba nak sampaikan. Kerja anda lebih mudah dan mereka lebih tertarik utk

tahu lebih lanjut. Ingat! Gambar yg terlalu rumit boleh beri risiko melainkan anda

merupakan jenama yg sudah terkenal.

Pastikan gambar yang anda gunakan sharp dan kemas!

Page 9: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 9

TIPS #3 HEADLINE BEREMOSI BOLEH

‘PUKAU’ PROSPEK

Page 10: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 10

Headline yang memukau adalah headline yang menguatkan lagi gambar iklan anda. Apabila

mereka lihat gambar yang menarik kemudian di sokong dengan ayat headline yang memukau,

pasti mereka akan lebih tertarik untuk baca info selanjutnya.

“ Ingat! Anda hanya ada 5saat sahaja untuk membuatkan

prospek anda teruskan bacaan ataupun tidak! ”

Pastikan setiap headline yang anda ingin gunakan adalah berkaitan dengan gambar iklan anda.

Jangan biarkan prospek anda perlu berfikir panjang tentang apa yang anda cuba sampaikan,

mereka tak suka perkara yang merumitkan!

Dengan kelebihan yang ada dalam fbads, anda boleh pilih

audiens yang bersesuaian dengan ayat headline yang anda

inginkan. Jangan pula anda pilih audiens kategori makanan tapi

guna headline – “ingin tambah berat badan?...” , emosi mereka

pastinya tak akan tersentuh! Kecuali jika anda tukar headline

kepada – “sehari makan 2kilo lemak!...”

Susah ke nak buat ayat headline ni? Jangan risau, saya akan kongsikan beberapa tips mudah

untuk anda menulis ayat headline yang memukau dan beremosi.

HEADLINE SOALAN – Anda boleh letakkan tanda soal pada akhir tajuk iklan, headline

seperti ini sesuai untuk produk yang mampu menyelesaikan masalah orang. Contohnya…

“ DAH CUBA MACAM-MACAM PRODUK TAPI HASIL SAMA JER? “

“ ANAK MALAS BELAJAR? ASYIK MAIN GAME JE? “

Headline jenis ini seperti mengarahkan soalan pada prospek, jika ‘YA’ mereka akan teruskan

bacaan, jika ‘TIDAK’ mereka akan abaikan iklan anda.

Page 11: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 11

HEADLINE DREAM – Selain itu, anda juga boleh gunakan headline tentang impian atau

harapan yang audiens anda inginkan. Contohnya seperti berikut…

“ RAMAI GADIS MULA TERPIKAT BILA BADAN DAH SADO! “

“ RIMAS! SUAMI ASYIK PUJI CAKAP MUKA PELOLESS SANGAT! “

Headline jenis ini mampu menarik perhatian prospek kerana ia telah memberikan harapan dan

impian yang prospek inginkan selama ini. Mereka pasti berminat untuk tahu lebih lanjut kerana

mereka juga ingin jadi seperti apa yang telah anda katakan.

HEADLINE INSPIRASI – Selain memberikan mereka harapan dan impian. Anda juga boleh

inspirasi mereka dengan testimoni-testimoni yang telah membuahkan hasil selepas menggunakan

produk anda. Lihat contoh headline berikut…

“ AMAZING! AIDAN UMUR 4 TAHUN DAH HAFAZ JUZ AMMAR… “

“ NICELAH! CIK KIAH SLAMBER BUANG 10KG LEMAK YG ‘KERAS KEPALA’ TU… “

Headline jenis ini sangat bersesuaian digunakan pada semua jenis produk, ia lebih menarik

perhatian prospek untuk tahu lebih lanjut tentang kebenaran cerita inspirasi ini. Pastikan anda

buat kesinambungan kisah inspirasi ini di bahagian intro iklan anda.

HEADLINE PERKENALKAN PRODUK – Anda boleh perkenalkan produk anda dan

beritahu secara ringkas apakah manfaat yang bakal mereka perolehi. Teknik ini sesuai digunakan

semasa pelancaran produk. Lihat contoh berikut..

“ MYQALAM KIDS BANTU ANAK ANDA BACA ABC, ALIP BA TA SEAWAL 2 TAHUN.. “

“ MESOTROPIN BANTU BESARKAN OTOT DALAM MASA 14HARI “

Headline jenis ini mampu menarik minat prospek untuk tahu lebih lanjut tentang produk anda.

Page 12: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 12

TIPS #4 KONSISTEN POST

Page 13: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 13

Saya sarankan anda post secara konsisten sekurang-kurangnya 1 kali sehari, maksimum

sebanyak 3-5 kali sehari. Pastikan anda tidak lakukan post dengan jarak masa yang terlalu rapat.

Anda boleh setkan pada waktu pagi pukul 9 kemudian sebelum lunch atau petang dalam pukul 2

dan akhir sekali pada pukul 8 malam pula.

“ KONSISTEN POST SEKURANGNYA 1 KALI SEHARI, LEBIH BAGUS

KALAU BUAT 3-5 KALI SEHARI ”

Tips untuk dapatkan respons dari audiens, anda perlu biasakan akhiri post anda dengan soalan. Ia

bertujuan untuk mendapakan engagement di fanpage anda, selain itu anda juga akan mula

diingati jika anda kerap berinteraksi dengan audiens anda.

Ingat! Jika anda kerap bina engagement dengan audiens, anda boleh dapatkan kos iklan yang

murah kerana fans anda sudah mula mengenali anda!

Page 14: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 14

TIPS #5 URGENCY FACTOR

Page 15: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 15

Apakah yang dimaksudkan dengan urgency factor ni? Ia merupakan boost button atau pressure

button pada prospek anda. Semasa menulis ayat copywriting, cuba masukkan beberapa elemen

urgency untuk paksa prospek bertindak.

Ada pelbagai jenis urgency yang boleh anda gunakan dalam ayat copywriting, terdapat tiga jenis

urgency yang boleh digunakan dalam pemasaran Facebook.

URGENCY – TEMPOH TAWARAN

Semasa menulis ayat headline pada copywriting anda, nyatakan tarikh atau tempoh,

mula dan berakhirnya promosi anda. Anda perlu update post anda dari hari ke hari

supaya Nampak real kempen iklan anda. Lihat contoh berikut…

“ OFFER tinggal 7 hari sahaja lagi! “

“ AMARAN : OFFER bakal tamat tak lama lagi..”

“ LAST CALL! OFFER tinggal 24 jam sahaja lagi..! “

URGENCY – KUANTITI STOK

Pelanggan memang gemar menangguhkan pembelian, ini kerana tiada paksaan atau

tekanan untuk memaksa mereka untuk dapatkan produk ini dengan segera. Antara cara

yang anda boleh gunakan ialah memaklumkan kuantiti stok yang masih tinggal. Anda

boleh masukkan urgency tersebut di dalam gambar ataupun ayat headline copywriting.

URGENCY – KUOTA TERHAD

Ini antara teknik urgency yang paling berkesan untuk digunakan. Teknik ini mampu

memaksa prospek untuk bertindak membeli dengan lebih aggresif. Pastikan kuota yang

anda nyatakan adalah betul dan bukan gimik sahaja. Ini kerana kebanyakkan prospek

akan berasa ia hanyalah gimik semata-mata.

Jadi, pastikan apabila kuota sudah habis, sila TUTUP TAWARAN anda.. Bila prospek

tanya, bagitahu dah “SOLD OUT”, kalau berminat kita boleh bagi offer lain bla bla….

Tujuannya untuk timbulkan rasa excited bila anda buat semula promosi nanti.

Page 16: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 16

TIPS #6 INSPIRASI PROSPEK

Page 17: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 17

Berikan kisah inspirasi atau testimoni pada prospek anda. Tapi, bila waktu yang paling sesuai

untuk berikan inspirasi ni? Waktu yang paling sesuai adalah seminggu atau dua minggu sebelum

hari mereka ‘berduit’. Jangan jual apa-apa atau hardselling semasa kempen kisah inspirasi

di berikan.

Tujuannya, untuk menimbulkan rasa minat, tak sabar, tertanya-tanya dan sebagainya

tentang apakah rahsia kejayaan mereka. Apabila tiba hari mereka ‘berduit’ barulah anda

lancarkan SPECIAL OFFER secara besar-besaran tentang rahsia kejayaan kisah-kisah inspirasi

anda!

“ Seeding prospek anda dengan kisah-kisah yang

buatkan mereka rasa excited untuk tahu apakah rahsia di sebaliknya… “

Dalam tempoh 2 minggu tersebut, anda perlu sekurang-kurangnya 3 kisah inspirasi yang boleh

mainkan emosi prospek anda, kemudian pastikan anda bina iklan fbads pada audiens anda

tentang post inspirasi tersebut.

Page 18: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 18

TIPS #7 BRANDING – TRUST – MONEY

Page 19: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 19

BRANDING - tak kira anda bisnes tepi jalan ke bisnes dari rumah ataupun bisnes korporat, anda

perlu kenalpasti apakah objektif dan misi yang anda ingin janjikan pada audiens anda nanti..

Ingat! Penjenamaan produk ini sangat penting dalam strategi bisnes anda.

Kenalpasti brand anda - tidak dinafikan, ramai peniaga iaitu pemilik perniagaan sendiri tidak

pasti apakah objektif yang mereka cuba nak sampaikan. Perjalanan untuk mengenali brand anda

sama seperti perjalanan untuk kenali diri anda. Ia memakan masa dan amat menyulitkan. Untuk

lebih mudah anda kenali brand anda, jawab beberapa soalan di bawah ini..

Apakah misi dan objektif syarikat anda?

Apakah faedah, ciri-ciri dan manfaat produk/servis anda?

Apakah yang prospek fikir tentang syarikat anda?

Apakah perbezaan nilai & kualiti (USP) yg prospek perlu tahu tentang anda?

Buat KAJIAN terhadap persoalan di atas dan kenal pasti apakah sebenar-benarnya yang mereka

fikirkan dan mahukan. Ambil tahu identiti bakal prospek anda, ketahui tabiat, keperluan, dan

keinginan mereka. Dari situ anda boleh mainkan emosi mereka apabila buat iklan fbads nanti.

TIPS SIMPLE POPULARKAN BRAND ANDA

1. BINA LOGO – Letakkan logo anda di setiap tempat di media sosial.

2. SHARING – Kongsi tips, kata-kata semangat atau aktiviti yang berkaitan dengan bisnes

anda. Kongsikan dalam bentuk gambar, video ataupun text. Lakukan setiap hari secara

konsisten!

3. TAGLINE – Bina satu tagline yang mudah diingati, gunakan tagline tersebut di akhir

post anda dengan hashtag. Ia mengambil masa, tapi percayalah ia pasti berhasil jika anda

konsisten.

4. JUJUR - Pastikan anda benar-benar jujur dengan servis/produk yang anda janjikan.

Pelanggan tidak akan kembali pada anda jika anda tidak jujur dengan brand anda.

5. KONSISTEN – Kalau anda ingin brand anda dikenali, anda perlu konsisten melakukan

4 perkara di atas ini. Memang sukar untuk buatkan brand anda dikenali ramai, tapi jalan

penyelesainnya ialah kerap melabur MASA dan TENAGA pada brand anda!

Page 20: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 20

Susah ke nak branding servis/produk anda? Untuk pengetahuan anda, Facebook adalah antara

medium yang paling mudah untuk buatkan brand anda dikenali ramai. Namun berita buruknya

ialah, kini terlalu ramai peniaga yang sudah mula branding bisnes mereka di Facebook.

Untuk bersaing dengan mereka, anda perlu lebih KREATIF dan gunakan fbads untuk tarik trafik

kepada channel online yang lain.

STEP UNTUK MULA BRANDING SERVIS/PRODUK ANDA

1. BINA FANPAGE – Saya pasti ramai di antara anda yang sudah memiliki fanpage

sendiri. Jika belum, bina sekarang! Letak LOGO company anda di profile picture dan

juga timeline cover.

2. LIKE MARKETING – Jangan buat like guna apps atau servis yang murah-murah kat

luar tu! Ada yang offer RM1000 dapat 100,000 likers, itu semua tahyul. Jangan percaya!

Nanti anda dapat fans yang tak berkualiti. Kita nak kualiti bukan kuantit, ingat tu! Buat

like marketing sendiri, dan sasarkan pada audiens yang anda sudah kenalpasti. LOGO

syarikat jangan lupa!

3. BINA WEBSITE – Saya tahu ramai yang masih belum ada website. Bina sekarang!

Kalau belum, anda dah melakukan kesilapan yg sgt besar dalam bisnes anda! Kenapa

saya cakap camtu? Untuk pengetahuan anda, convertion rate di website jauh lebih

tinggi berbanding di facebook!

Kos mahal buat website? Tipulah! Harga sekarang dah tak macam dulu lagi, kalau dulu

memang ribu ribu dekat puluh ribu. Tapi sekarang dah ramai buat servis website/minisite

harga RM500-RM1000 jer (kena pandai cari). Bina website anda sekarang!

Di website nanti anda boleh tonjolkan LOGO anda, letakkan USP produk/servis anda.

Yang paling best ialah anda boleh retargeting semula pelawat yang pernah masuk

website anda di fbads!

4. BINA INSTAGRAM – Instagram juga merupakan salah satu social media yang hebat

dalam pemasaran online. Kalau belum ada, bina sekarang! Nanti boleh buat insta ads!

Page 21: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 21

5. BINA ARTIKEL DI WEBSITE – Bina artikel yang bermanfaat, pastikan ia berkaitan

dengan bisnes anda. Anda juga boleh kongsikan aktiviti perniagaan anda untuk tunjukkan

kredibiliti anda. Banyakkan sharing dan semestinya konsisten!

6. SHARE ARTIKEL – Selepas anda bina artikel di website/blog, post pula di fanpage

anda tetapi dengan penulisan yang pendek sahaja. Tujuannya untuk menarik audiens ke

website anda.

7. PROMOSI ARTIKEL – Ya promosikan guna fbads, jujur saya cakap tak cukup kalau

anda harapkan organic reach dari facebook tu. Kalau dulu 100% tapi sekarang nak dapat

10% reach pun dah susah. Jalan penyelesaiannya ialah buat saja fbads, laburkan sedikit

duit untuk dapatkan audiens yang lebih besar! Ini kaedah softselling, percayalah untuk

long-term ia sangat berbaloi-baloi!

8. EMAIL MARKETING – Relevan lagi ke? Macam kuno jer? Anda silap 100%! Email

marketing masih menguasai pemasaran walau dah lebih 10tahun di perkenalkan. Kumpul

database anda sekarang!

Berikut adalah beberapa step mudah yang anda boleh follow untuk meluaskan lagi jenama anda.

Laburkanlah MASA dan TENAGA, pulangannya pasti akan tiba tak kira lambat atau cepat!

TRUST.. Apabila branding anda sudah mula dikenali ramai atau sedang hangat di social-media.

Apa yang anda harus lakukan ialah ‘bina engagement terlampau’! Berikut adalah beberapa

perkara yang anda perlu lakukan untuk bina lagi kepercayaan kepada fans anda.

Reply inbox dengan pantas!

Layan satu per satu komen di page, boleh suruh staff kalau ada.

Ada database? Tanya khabar mereka.

Layan dengan ramah

Buat peraduan untuk hiburkan fans.

MONEY.. Apabila brand anda sudah mula dikenali ramai, tambahan pula kepercayaan yang

semakin meningkat. Percayalah, hanya dengan beberapa strategi lagi selepas ini pasti jualan anda

akan meningkat berlipat kali ganda!

Mereka dah tak perlu berfikir lagi tentang harga, atau offer yang anda berikan. Mereka hanya

inginkan produk/servis anda kerana mereka sudah jatuh cinta pada servis/produk anda!

Page 22: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 22

TIPS #8 MSOI

Page 23: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 23

MSOI, Multiple Source of Income.. Apa benda ni? Ya kalau anda nak tahu, inilah rahsia

bagaimana sesuatu perniagaan boleh meningkat jualannya sehingga berganda-ganda! Saya bagi

satu contoh mudah untuk anda fahamkan konsep MSOI ni,

“ anda ada satu produk beharga RM90, apa yang anda perlu lakukan ialah buat pakej

beli 2 dengan harga PROMOSI iaitu RM150 sahaja. Bila mereka ingin beli satu unit,

anda upsell tentang betapa untungnya jika dapatkan 2 unit. Target anda untuk buat

jualan 2pcs dan bukannya 1pc, tekankan ayat yang menyatakan mereka akan untung

sebanyak RM60 jika dapatkan 2pcs dan produk ini lebih berkesan jika digunakan

sebanyak 60biji, tambah hanya untuk 39 orang TERAWAL sahaja.. “

Secara tak langsung ia juga boleh menambah margin keuntungan perniagaan anda!

Selain itu, anda juga boleh gunakan beberapa teknik lain. Rangka bagaimana sales funnel anda

akan berfungsi. Jadikan produk murah dihadapan, apabila prospek anda sudah mula bertanya dan

ingin membuat pembayaran. Anda boleh lakukan strategi upsell, back end sale, cross sell dan

OTO. Pastikan produk yang anda ingin MSOI ialah berkaitan denagan perniagaan anda!

TIPS UNTUK GUNAKAN KAEDAH MSOI

1. PILIHAN PAKEJ – Anda berikan mereka pilihan A – RM90, pilihan B – RM150, dan

pilihan C – RM500 (harga borong).

2. PAKEJKAN – Margin produk anda rendah? Jangan risau! Jual sekali dua atau tiga unit

terus! Cakap kita tak jual satu unit, dan ia kurang berkesan kalau pakai satu unit…

3. BUNDLE – Sasarkan pada jualan pukal, walaupun untung kecil tapi kalau repeat order

best tuh! Main volume!

4. OTO – One time offer, buat satu tawaran yang tak masuk akal, dan berikan tawaran tu

pada pelanggan anda tetapi hanya sah pada hari tersebut sahaja! Esok dah tak boleh!

5. KUPON – Berikan pelanggan yang sudah beli kupon diskaun, tujuannya untuk memaksa

mereka repeat order!

Page 24: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 24

TIPS #9 FOLLOW-UP

Page 25: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 25

Siapakah orang yang perlu kita follow up? Sudah tentu ia adalah prospek kita, dari situ kita akan

tukarkan prospek ini kepada pembeli.

Siapakah prospek tersebut? Mereka adalah orang yang pernah bertanyakan tentang produk anda,

dan mereka juga pernah ada minat terhadap produk anda akan tetapi mereka menangguhkan

pembelian atas sebab-sebab tertentu.

Dari sinilah bermulanya tindakan follow up, ia bertujuan untuk memujuk prospek yang minat

dengan produk kita tapi masih belum membuat pembelian.

“ anda masih memiliki 20%-40% untuk memujuk prospek lama

anda menjadi pembeli. Follow up prospek anda! “

Terdapat banyak kaedah yang anda boleh gunakan untuk follow-up semula prospek anda.

PM Fanpage

Whatsapp / SMS

Email

Telefon

Di antara kaedah yang ada di atas ini, sudah tentu penggunaan WhatsApp adalah yang paling

sering digunakan oleh rakyat Malaysia. Kenapa? Kerana ia adalah kos interaksi yang paling

PANTAS, JIMAT dan MUDAH!

Mengapa perlu follow up prospek? Tujuannya ialah untuk mengurangkan kos iklan anda

daripada mencari prospek yang baru. Lebih baik anda follow up atau educate semula prospek

anda dengan ayat yang betul. Lebih banyak prospek kita dapat tukarkan kepada pembeli lebih

baik! Lebih untung! Kos iklan pun jimat!

Sesetengah prospek akan rasa bersalah apabila kita sudah berikan maklumat pembayaran tapi

tiada respons dari mereka. Kes seperti ini jika anda follow up, peratusan untuk bertukar kepada

pembeli lebih tinggi! Selain itu, mereka juga akan berterima kasih jika kita ingatkan mereka,

kerana kadang-kadang mereka memang terlupa untuk lakukan pembayaran!

Page 26: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 26

Berapa kali kita boleh follow up prospek kita? Cuba maksimumkan sebanyak 4kali sahaja

dengan mengikut waktu dan masa yang bersesuaian. Contohnya..

Selepas sejam – Tanya pada prospek anda semula, adakah mereka masih berminat kerana anda

sudah ingin lakukan penghantaran, jika berminat anda boleh tuliskan alamat mereka terus…

Selepas 24jam – Nyatakan pada mereka tentang offer yang anda berikan tadi hanya sah dalam

tempoh 24jam sahaja, jika mereka masih berminat, anda boleh reservekan dahulu stok tersebut..

Waktu gaji/bonus – Ini adalah waktu yang paling wajib untuk anda follow-up customer anda.

Ingatkan semula mereka bahawa mereka pernah bertanyakan tentang produk anda dan adakah

mereka masih berminat? Berikan offer special pada mereka..

LAST CALL – Berikan offer terakhir pada mereka, update info terkini seperti stok akan habis,

kuota dah nak penuh dan akhir sekali anda bagitahu ini adalah follow-up terakhir selepas ini tiada

lagi harga promosi..

“ jangan terlalu banyak keluarkan kos iklan untuk dapatkan pelanggan baru.

Jaga hubungan dengan pelanggan sedia ada! “

TIPS MUDAH UNTUK FOLLOW UP PROSPEK

Mulakan dengan ayat pengenalan – Salam bro, selamat sejahtera bro..

Sebut nama mereka – Assalam puan Siti..

Akhiri perbualan anda dengan soalan – Masih berminat?

Jangan ulang info yang lepas-lepas.

Gunakan gambar testimoni produk anda.

Gunakan emoticon yang bersesuaian supaya nampak lebih mesra.

Jangan terlalu mendesak prospek anda.

Gunakan nama anda – Kalau sis masih berminat, Mimie boleh bagi…

Tanya apakah masalah sebenar mereka – Berbual santai dengan prospek..

Tak jadi beli? Akhiri perbualan anda seperti ini – Terima kasih kerana berurusan dengan

kami, minta maaf jika ada kesilapan dari kami.. Mereka akan ingat pada kita dan akan

beli dengan kita satu hari nanti..

Page 27: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 27

TIPS #10 GANDAKAN KOS MARKETING

Page 28: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 28

Takut nak belanja besar untuk kos pengiklanan? Rileks, jangan melabur sembarangan. Ada

beberapa syarat yang anda perlu pastikan terlebih dahulu, kemudian baru boleh belanja besar.

Kalau main langgar je nanti anda boleh rugi besar!

Apakah syarat penting untuk gandakan kos pengiklanan?

Anda perlu kenal pasti beberapa perkara dahulu, langkah pertama, kira berapakah convertion rate anda..

fbads = peroleh 500 klik dari iklan di fbads

Pembeli = 10 orang

convertion rate = (10/500) x 100 = 2%

* Matematik fbads syorkan sekurang-kurangnya 1%

Langkah seterusnya, kirakan berapa ROI (return on investment) anda..

kos iklan = RM500

untung bersih = RM3500

ROI = (3500-500)/500 = 6

* Matematik fbads syorkan anda perlu perolehi 3x ganda ROI sekurang-kurangnya

Untuk memantapkan lagi syarat-syarat untuk gandakan kos pengiklanan, kirakan closing rate..

respons (pm/whatsapp) = 100

pembeli = 7

closing rate = (7/100) x 100 = 7%

* Matematik fbads syorkan anda perlu perolehi 30% ke atas.

Apabila semuanya sudah melepasi syarat minima, barulah anda boleh gandakan kos pengiklanan

anda. Jika syarat-syarat tersebut masih tidak mencukupi anda perlu lakukan optimization pada

iklan anda. Beberapa perkara yang anda perlu perbaiki ialah…

Kaji semula sasaran audiens anda

Perbaiki kualiti gambar

Perbaiki ayat headline

Tukar copywriting anda

Perbaiki ayat followup

Gunakan elemen urgency factor

Perbaiki CTA (call to action) anda

Page 29: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 29

TIPS #11 LEVERAGE

Page 30: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 30

LEVERAGE.. Antara kaedah yang paling superb untuk gandakan sales syarikat anda. Tetapi

malangnya kaedah ini lebih sesuai digunakan pada owner business dan stokis besar.

Untuk buat jualan sebulan 1000unit memang agak sukar jika dilakukan seorang diri, tetapi tidak

jika anda mempunyai tentera-tentera dalam perniagaan anda. Memang untung kalau dapat buat

jualan sendiri sebanyak 1000unit, tetapi berapa lamakah masa yang perlu diambil untuk capai

jualan sebanyak tu?

“Biar margin keuntungan kecil, yang penting volume dan pantas!”

Saya bagi anda contoh begini..

Seunit untung RM80, agen/stokis untung RM40

Jualan sendiri untuk 1000unit = ambil masa 3 bulan, untung RM80,000

Jualan agen/stokis sahaja untuk 1000unit = ambil masa 1 bulan, untung RM40,000 x 3 bulan =

RM120,000.. Mana lagi untung?? Itu belum campur jualan anda sendiri tu.. Inilah magiknya!

TIPS MUDAH ‘BOOST’ PERNIAGAAN ANDA

1. Rekruit agen – Ya! Dapatkan agen untuk jual produk anda, mereka tak perlu keluarkan

kos untuk dapatkan produk anda, hanya kos pengiklanan sahaja!

2. Rekruit stokis – Dapatkan stokis di setiap negeri, ajar mereka marketing, bina

networking dengan mereka. Jaga stokis dengan betul, merekalah yang akan meluaskan

lagi pasaran produk anda!

3. Buat cabaran – Berikan intensif/bonus kepada mereka yang berjaya capai jualan yang

ditetapkan oleh anda. Boleh berikan hadiah dalam bentuk wang tunai, percutian atau

barang elektronik. Tujuannya untuk buatkan mereka bersaing dan berlumba-lumba untuk

buat jualan.

4. Seminar percuma – Ajar mereka cara-cara untuk menambahkan pendapatan mereka

dengan menjual produk anda. Turunkan semua ilmu marketing yang anda ada!

5. LEVERAGE – Sengaja saya letakkan di point akhir, anda perlu lakukan 4 point di atas

untuk berjaya dan pergi lebih jauh dalam perniagaan anda. Mula leverage bisnes anda!

Page 31: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 31

TIPS #12

USP

Page 32: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 32

USP (UNIQUE SELLING PROPOSITION).. Ramai orang dah mula berniaga apabila mereka

dihimpit ekonomi semasa. Persaingan di facebook juga semakin sengit, hari-hari ada je orang

baru yang berniaga.

Persaingan semakin sengit….

Dah tak boleh berniaga ke? Oh tidak! Kalau anda kata begitu, begitulah jawapannya.

Kalau anda seorang usahawan yang professional. Anda akan anggap itu cabaran dan pastinya ia

mengerah anda untuk dapatkan idea-idea yang lebih kreatif dan unik!

Contohnya trend zaman sekarang ialah air minuman dari Thailand, green tea, red tea dan lain-

lain. Harini ada seorang buka gerai minuman ala Thailand, esok lusa berduyun-duyun orang nak

berniaga benda yang sama juga. Yang lagi bestnya, mereka akan kurangkan harga untuk

dapatkan pelanggan dengan cepat. Tindakan ni sangat tak betul dan ia akan memakan diri

sendiri! Sebab bila seorang turunkan harga, akhirnya semua akan turunkan harga dan berebut

untuk memperolehi keuntungan yang kecil! Last-last melingkup…

“ Jangan buang harga! Sebaliknya tambah nilai dan timbulkan

keunikan dalam perniagaan anda! “

So, apa nak buat kalau dah kena camni?

Jika anda tersekat di antara persaingan yang sengit ini, anda perlu timbulkan USP anda. Apakah

yang memberikan perbezaan anda dengan pesaing dari segi kualiti, servis, layanan, packaging

dan lain-lain lagi.

Unique selling proposition adalah faktor utama yang anda perlu cari dan perah otak untuk

membezakan anda dengan pesaing yang lain. Ia umpama ‘port’ baru yang tidak pernah dijumpai

orang lain. Contohnya seperti..

Peniaga A = Jual air green tea biasa dengan harga RM5.00

Peniaga B = Jual air green tea, bekas minuman yg unik dan toping oreo dgn harga RM5.00.

Kalau anda sebagai seorang pembeli, sudah tentu akan beli dengan peniaga B bukan?

Page 33: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 33

Harga yang sama tapi ada keunikan tersendiri. Ingat! Jangan buang harga, tapi tambah nilai

dalam bisnes anda!

Untuk mempunyai USP yang jelas, anda perlu sediakan jawapan kepada persoalan berikut..

Apakah keunikan bisnes anda?

Apakah yang membezakan anda dengan pesaing lain?

Kenapa mereka perlu beli dengan anda tetapi tidak peniaga lain?

Kenapa mereka perlu ambil tahu tentang perniagaan anda?

Apakah keuntungan yang mereka dapat jika berurusan dengan anda?

Sediakan jawapan kepada soalan diatas dan gunakan dalam strategi marketing anda.

Saya bagi beberapa contoh USP produk yang hangat di pasaran..

GEL AMANI – Produk mereka secara umumnya mampu merawat semua sakit sendi tulang,

tetapi USP yang mereka cuba tonjolkan ialah “merawat sakit lutut & bantu ibu ayah kembali

solat berdiri seawal 7-14hari..” Walaupun produk anda ada banyak kelebihan dan manfaat, cuba

fokus pada satu masalah dan kembangkannya.

MESOTROPIN – Ternyata produk kesihatan ini mampu berikan tenaga, stamin dan kekuatan

yang menakjubkan. Tetapi USP yang mereka cuba tonjolkan ialah “besarkan otot dalam masa 14

hari..”. Itulah USP yang mereka cuba tekankan selain itu dari segi packaging yang nampak

garang dan menarik juga memainkan peranan penting.

Itulah sebahagian perniagaan anak tempatan yang telah berkembang maju dengan masa yang

singkat. Cukup sekadar anda faham bagaimana untuk tonjolkan USP dalam perniagaan anda.

TIPS SIMPLE UNTUK BINA USP PERNIAGAAN ANDA

Nyatakan manfaat dan kelebihan servis/produk anda.

Unik! Lain dari yang lain..

Berikan bukti/testimoni tentang servis/produk anda

Selesaikan masalah semasa! Biar mereka yang gilakan produk/servis anda.

SPEED! Orang suka benda yang cepat..

Ringkas tapi padat! Mesej yang nak disampaikan mestilah jelas.

Berikan jaminan! Orang lain tak buat, tapi anda buat!

Page 34: FIZO OMAR · PDF fileTiada ilmu, cari ilmu! Buang ego ... Jadi, langkah seterusnya ialah anda perlu kira berapakah convertion rate iklan anda. ... Bukan tak boleh buat iklan langsung

www.fizoomar.com

Page | 34