asas sebuah kebaikan kandungan dr. paul cox – “sang ... · pdf filetiada tangisan...

9

Upload: trinhtruc

Post on 07-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asas Sebuah Kebaikan KANDUNGAN Dr. Paul Cox – “Sang ... · PDF fileTIADA TANGISAN – HANYA KERIANGAN KETIKA MANDI ... Sabun mandian berbusa tanpa- ... bayi–bayi mereka
Page 2: Asas Sebuah Kebaikan KANDUNGAN Dr. Paul Cox – “Sang ... · PDF fileTIADA TANGISAN – HANYA KERIANGAN KETIKA MANDI ... Sabun mandian berbusa tanpa- ... bayi–bayi mereka

KAND

UNG

AN

KISAH BERTEMA Asas Sebuah Kebaikan

INDIVIDU Dr. Paul Cox – “Sang Nafanua”

PRODUKPENJAGAAN KULIT: Kecantikan Semula Jadi PENJAGAAN KESIHATAN: Anugerah Dari Laut

BUDAYAMemugar Jantung, Menyelamatkan Nyawa

PELUANGSnapshots

04

06

08

12

14

06

08 10

12

04

Page 3: Asas Sebuah Kebaikan KANDUNGAN Dr. Paul Cox – “Sang ... · PDF fileTIADA TANGISAN – HANYA KERIANGAN KETIKA MANDI ... Sabun mandian berbusa tanpa- ... bayi–bayi mereka

54

LIVE THE DIFFERENCE JILID 2 2016 | KISAH BERTEMA LIVE THE DIFFERENCE JILID 2 2016 | KISAH BERTEMA

Nu Skin diasaskan dengan misi untuk mem-

perbaiki kehidupan di serata dunia. Pada 1998, Nu Skin menubuhkan

Yayasan Force for Good dan ianya setakat ini merupakan perkara paling mengesankan di dalam pakej Nu Skin!

Sejak dari mula lagi, Nu Skin sentiasa berpegang teguh dengan misinya – untuk menjadi daya kebaikan di seluruh dunia dengan membantu mengubah kehidupan melalui peluang perniagaan yang menguntungkan, rangkaian produk yang inovatif dan juga amalan budaya berhemah. Melalui usaha tanggungjawab sosial korporat syarikat, Nu Skin telah menyatukan keluarga Pemimpin Jualan, Pelanggan dan Pekerja di dalam pelbagai usaha inovatif yang meningkatkan keupayaan kami untuk memberikan kehidupan yang lebih baik kepada kanak-kanak di serata dunia.

Memberi semula kepada masyarakat sentiasa menjadi tunjang kepada misi Nu Skin untuk menjadi suatu “menjadi daya kebaikan

di seluruh dunia”. Kempen asal untuk menjadi daya kebaikan telah diperkenalkan bersempena dengan rangkaian produk Nu Skin Epoch. Pihak Syarikat yang berpegang kepada salah satu daripada elemen utama falsafah, “Dibekalkan oleh Alam Semulajadi. Dibuktikan oleh Sains.” dalam inovasi produk-produknya, telah bekerjasama dengan pakar etnobotani terkemuka dunia, Dr. Paul Cox dalam mengembeling apa yang terbaik yang boleh didapati secara alami, digabungkan pula dengan penyelidikan saintifik yang terbukti untuk membangunkan rangkaian produk penjagaan diri dan kesihatan yang meningkatkan kesejahteraan secara keseluruhan, serta pada masa yang sama memberi kembali kepada masyarakat yang kurang bernasib baik.

Rekaan yang berteraskan keseimbangan dengan alam semula jadi, jenama unik rangkaian produk penjagaan diri dan kesihatan - Epoch dan Pharmanex® MarineOmega dan OptiOmega® - bukan sahaja menyediakan cara yang semulajadi, terapeutik dan sihat untuk menjalani kehidupan yang lebih baik, tetapi Nu Skin juga mendermakan US$0.25 daripada setiap jualan produk Epoch® dan US$0.25 daripada setiap botol MarineOmega dan OptiOmega masing-masing kepada Yayasan Force for Good Nu Skin dan Dana Jantung Kanak-Kanak Asia Tenggara.

Dan selama hampir 15 tahun, budaya daya kebaikan Nu Skin di Malaysia telah bekerja keras untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak di serata dunia dengan memberikan harapan untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik bila-bila masa diperlukan. Menyedari kanak-kanak adalah taruhan terbaik kita untuk masa hadapan yang cemerlang dan terjamin, Nu Skin Malaysia komited untuk membawa perbezaan kepada ribuan jika tidak jutaan kanak-kanak generasi mendatang!

Walaupun budaya tersebut sememangnya wujud dalam apa jua gerak kerja syarikat, ianya ternyata sangat menonjol dalam projek-projek amal Nu Skin. Daripada Yayasan Force for Good dan Tabung Jantung Kanak-kanak Asia Tenggara, hinggalah ke inisiatif Nourish the Children, Nu Skin telah membelanjakan dana, menggunakan produk-produknya dan dengan usaha serta ikrar untuk menjadikan kehidupan lebih baik dengan mencipta lebih banyak harapan dan senyuman di seluruh dunia!

Menjadi suatu daya untuk kebaikan mungkin

hanya 5% daripada apa yang kita lakukan setiap

hari, tetapi 95% adalah daripada siapa diri kita.

- Blake Roney

ASAS SEBUAH KEBAIKAN

Page 4: Asas Sebuah Kebaikan KANDUNGAN Dr. Paul Cox – “Sang ... · PDF fileTIADA TANGISAN – HANYA KERIANGAN KETIKA MANDI ... Sabun mandian berbusa tanpa- ... bayi–bayi mereka

76

LIVE THE DIFFERENCE JILID 2 2016 | INDIVIDU LIVE THE DIFFERENCE JILID 2 2016 | INDIVIDU

Dr. Cox adalah seperti sebuah ensaiklopedia bergerak, mempunyai pengetahuan meluas tentang etnobotani – satu cabang ilmu mengenai bagaimana penduduk peribumi menggunakan tumbuhan, khususnya penekanan terhadap perubatan tradisional dan penggunaan tumbuhan dalam bidang perubatan kuno dan juga moden. Ianya juga adalah satu kepakaran yang jarang didapati sehingga membuatkan ahli etnobotani ini menjadi saintis yang sangat terkenal dalam kedua-dua budaya barat dan budaya asli di dalam bidang kajian etnobotani.

Sebagai seorang saintis, beliau bukan hanya terlibat aktif dalam menjalankan penyelidikan dan membantu membangunkan produk yang lestari, beliau juga sangat berminat untuk mengekalkan budaya pelbagai yang terdapat di dalam setiap kumpulan suku kaum peribumi.

DR. PAUL COX – “SANG NAFANUA”

Mencari tumbuhan yang boleh menyembuhkan penyakit, mengembara

ke serata dunia, mempertahankan hutan belantara sehingga puak Samoa menamakan

beliau sebagai “Nafanua” – salah satu gelaran tertinggi puak Samoa, Dr. Paul Alan Cox,

merupakan ikon Nu Skin dalam menjadi suatu Daya Untuk Kebaikan.

Sepertimana Dr. Cox menerapkan wawasan beliau di dalam kerjayanya, dan sebagai Pengarah Institut Ethnomedicine dan juga ahli Lembaga Penasihat Saintifik di Nu Skin, beliau menggunakan pengetahuannya dalam etnobotani dengan memberikan sumbangan besar terhadap pembangunan rangkaian produk Epoch.

Nu Skin sentiasa berpegang kepada misinya – untuk menjadi daya kebaikan di seluruh dunia dengan membantu mengubah kehidupan. Apa yang benar-benar membezakan kami daripada orang lain adalah bukan sahaja warga Nu Skin menjadi contoh; produk kami juga tidak dapat dipisahkan dengan budaya ini. Bagi setiap jualan dari rangkaian produk Epoch, $0,25 akan didermakan kepada Yayasan Force for Good Nu Skin - sebuah pertubuhan bukan bermotifkan keuntungan yang didedikasikan untuk memupuk penambahbaikan ber-panjangan di seluruh dunia.

Ini bukan sahaja merangkumi visi Dr. Cox yang menyalurkan usaha untuk menyumbang kembali kepada masyarakat yang telah berkongsi kebijaksanaan mereka sehingga menghasilkan pelbagai kejayaan bagi rangkaian produk Epoch; ianya juga merupakan kempen asal daya untuk kebaikan yang diperkenalkan bersempena dengan rangkaian produk Epoch Nu Skin.

Disamping rangkaian produk Epoch, visi beliau juga telah memberikannya satu lagi kejayaan apabila dia bersama-sama mengasaskan

7

Yayasan Seacology di penghujung 1980an, di mana projek pertama melalui yayasan ini adalah mengumpul dana bagi membina sebuah sekolah di Falealupo, Samoa. Pada masa yang sam, projek tersebut turut melindungi hutan hujan seluas 30,000 ekar yang pada asalnya dijadualkan untuk ditebang sebagai pertukaran bagi sokongan kewangan untuk membina sekolah tersebut. Pada tahun 1989, Dr. Cox telah diberikan kurnia oleh rakyat Samoa atas segala usaha dan kegigihan beliau dalam pemuliharaan hutan hujan. Hingga kini, Yayasan Seacology bekerjasama dengan Dr. Cox dan Nu Skin Enterprises masih membantu penduduk peribumi di pulau-pulau di seluruh dunia untuk mendapatkan infrastruktur yang lebih baik.

Sepanjang kerjayanya, beliau telah menghasilkan lebih daripada 150 buah artikel saintifik dan 3 buah buku khusus dalam bidang ini, menjadikan beliau terkenal dalam kedua-dua budaya kuno dan moden. Pada masa kini, selain daripada menjadi ahli Lembaga Penasihat Saintifik Nu Skin, Dr. Cox juga berkhidmat sebagai Pengerusi Yayasan Seacology, bekerjasama sekali lagi dengan Nu Skin Enterprises untuk memelihara pulau hutan hujan dan budaya di seluruh dunia, juga pada waktu yang sama mencari kaedah inovatif bagi menjaga kulit anda dan dunia di sekeliling anda.

Page 5: Asas Sebuah Kebaikan KANDUNGAN Dr. Paul Cox – “Sang ... · PDF fileTIADA TANGISAN – HANYA KERIANGAN KETIKA MANDI ... Sabun mandian berbusa tanpa- ... bayi–bayi mereka

98

LIVE THE DIFFERENCE JILID 2 2016 | PRODUK LIVE THE DIFFERENCE JILID 2 2016 | PRODUK

KECANTIKAN SEMULA JADI

Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Bermula dengan obsesi

Cleopatra terhadap celak mata kohl serta minyak wangi dan haruman hinggalah

kepada pemakaian inai India, juga solekan Geisha Jepun, resepi kecantikan purba masih lagi diamalkan hingga kini oleh mereka yang tidak jemu mencari cara

semula jadi untuk kelihatan jelita!

Direka agar wujud keseimbangan dengan alam semula jadi, jenama unik rangkaian produk kulit dan rambut ini bukan hanya menawarkan cara hidup yang semula jadi dan terapeutik, tetapi bagi setiap unit penjualan produk Epoch®, Nu Skin turut mendermakan sebanyak US$0.25 kepada Yayasan Nu Skin Force for Good – dengan memberi semula kepada masyarakat yang telah berkongsi kebijaksanaan dan rahsia mereka, membantu memelihara alam sekitar, bahasa, gaya hidup dan tradisi suku kaum peribumi di seluruh pelosok dunia. Kini anda boleh mengalami sendiri kehebatan Epoch® dan temui cara baru menghargai diri dan alam semula jadi di sekeliling anda!

BEKALKAN KHASIAT KEPADA RAMBUT

Menggunakan hanya ekstrak nektar bunga Ava Puhi yang asli - Epoch® Ava Puhi Moni Anti-Dandruff Shampoo, Epoch® Ava Puhi Moni Conditioner dan Epoch® Ava Puhi Moni Shampoo & Light Conditioner memberikan anda pengalaman sebenar suku kaum Polynesian membersih dan melembapkan rambut secara semula jadi!

KAKI KEKAL CANTIK

Digunakan sejak turun temurun di Amerika Tengah, Epoch® Sole Solution Foot Treatment mengandungi buah beri allspice yang dihancurkan bagi memberikan kelegaan buat tumit dan tapak kaki yang terlalu kering dan merekah, lalu menghasilkan kulit kaki yang lebih halus serta lembut. Solusi kepada perawatan kaki menggunakan sumber alam semula jadi.

LUMPUR YANG ISTIMEWA

Belai dan rawat wajah dan tubuh anda menggunakan Epoch® Glacial Marine Mud, lumpur glasier yang mengandungi lebih daripada 50 jenis mineral termasuklah zink dan bahan botani laut yang berupaya menarik keluar kotoran, menghapuskan sel-sel kulit mati dan membekalkan khasiat semula jadi kepada kulit. Pengalaman berharga untuk kulit yang bersih dan sihat!

KULIT BEBAS CELA

Diformulasikan dengan menggunakan biji benih Job’s tears, Epoch® Blemish Gel telah diamalkan sejak dulu lagi di Asia bagi mengurangkan kemerahan kulit, melegakan kerengsaan akibat masalah jerawat, menghasilkan kulit wajah yang lebih halus dan bebas cela dalam masa yang singkat!

TIADA TANGISAN – HANYA KERIANGAN KETIKA MANDI

Mengandungi ekstrak bunga raya dalam formulasi tanpa-airmata, Epoch® Baby Hibiscus Hair and Body Wash menjadikan kulit bayi anda sentiasa segar, bersih dan lembap! Sabun mandian berbusa tanpa-airmata ini selamat digunakan, menjadikan mandian suatu momen istimewa sepertimana yang dilalui oleh ibu-ibu di Asia Tenggara dan Amerika Tengah.

Sejak berkurun lamanya, suku kaum peribumi bergantung penuh kepada tumbuh-tumbuhan dan keberkesanannya dalam merawat serta menyembuhkan penyakit, melindungi serta mencantikkan lagi wajah secara semula jadi. Masyarakat suku kaum peribumi ini yang telah menetap di sesebuah kawasan selama beberapa generasi pastinya mahir tentang jenis-jenis tumbuhan yang berguna ataupun tidak. Menggabungkan bahan-bahan semulajadi daripada tumbuh-tumbuhan ke dalam rutin penjagaan diri harian mereka, individu-individu asli mencuci dan melembapkan rambut dengan perahan nektar bunga-bungaan dan menggunakan ekstrak tumbuhan bagi menghaluskan kulit serta membersihkan kulit bayi–bayi mereka.

Kini, cetusan idea di sebalik ramuan kecantikan moden telah diinspirasikan bukannya dari makmal, tetapi daripada ilmu pengetahuan dan budaya kuno masyarakat suku kaum peribumi yang amat arif tentang alam semula jadi dan tumbuh-tumbuhan yang terkandung di dalamnya. Digarap dari budaya tradisional bagi membentuk visi kecantikan moden, Nu Skin memartabatkan salah satu daripada falsafah inovasi produknya “Dianugerahkan oleh Alam.Dibuktikan oleh Sains.”, dengan berganding bahu bersama pakar etnobotani dari seluruh dunia bagi menghasilkan rangkaian produk Epoch®. Diformulasikan dengan ramuan botani dan ekstrak eksotik alam semula jadi, kini anda boleh menangani masalah penjagaan diri dengan cara semula jadi, memberikan keselesaan dan menenangkan, dan kesemuanya ini dapat dilakukan di rumah!

Page 6: Asas Sebuah Kebaikan KANDUNGAN Dr. Paul Cox – “Sang ... · PDF fileTIADA TANGISAN – HANYA KERIANGAN KETIKA MANDI ... Sabun mandian berbusa tanpa- ... bayi–bayi mereka

1110

LIVE THE DIFFERENCE JILID 2 2016 | PRODUK LIVE THE DIFFERENCE JILID 2 2016 | PRODUK

ANUGERAH DARI LAUT

Gaya hidup sihat merupakan trend masa kini, di mana ramai yang mahu kekal

sihat dan kelihatan cergas. Apabila topik mengenai kegemukan dibincangkan,

ramai yang berpaling, malu atau takut mendengarnya, dan melabel “lemak”

sebagai musuh paling utama. Namun begitu, tahukah anda bahawa terdapat juga lemak

yang baik?

Lemak telah dianggap mempunyai reputasi yang buruk, hinggalah ke tahap pengilang perlu melabelkan makanan mereka menjadi ‘bebas lemak’ untuk kekal berdaya saing dalam pasaran.Tetapi tidak semuanya tidak baik. Apabila berbicara tentang lemak, terdapat satu jenis yang anda tidak mahu kurangkan pengambilannya. Asid lemak Omega-3 telah dibuktikan sebagai lemak yang paling sihat. Malahan, pengambilan Omega-3 di dalam diet anda boleh dianggap sebagai suatu keperluan!

Asid Lemak Omega-3 adalah asid lemak penting yang baik untuk tubuh dan tidak boleh dihasilkan sendiri oleh tubuh. Ianya mesti diperolehi daripada diet dan pemakanan tambahan yang diambil. Terdapat bukti yang menyatakan bahawa peningkatan pengambilan lemak Omega-3 mampu mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, depresi, dan juga mungkin boleh mengurangkan keradangan saluran pernafasan akibat penyakit lelah1 2. Sekarang anda mungkin bertanya kepada diri, “Adakah saya telah mendapat lemak Omega-3 yang mencukupi di dalam diet saya?” Jawabannya mungkin tidak.

Menurut saranan WHO, cara terbaik untuk mendapatkan keseimbangan Asid Lemak Omega-3 dan Omega-6 yang sihat adalah dengan mengambil makanan seperti ikan salmon, makerel, dan kacang walnut. Walau bagaimanapun, berapa ramai di kalangan kita yang mengambil makanan tersebut di dalam diet harian? Dengan Pharmanex® MarineOmega dan OptiOmega®, anda kini dapat meningkatkan pengambilan lemak asid Omega-3 dengan cara yang lebih selamat dan mudah!

RUJUKAN:1. Simopoulos, A. P. (2008). The importance of the omega-6/omega-3 fatty acid ratio in cardiovascular disease and other chronic diseases. Experimental biology and medicine, 233(6), 674-688.2. Su, K. P., Huang, S. Y., Chiu, T. H., Huang, K. C., Huang, C. L., Chang, H. C., & Pariante, C. M. (2008). Omega-3 fatty acids for major depressive disorder during pregnancy: results from a randomized, double-blind, placebo-controlled trial. Journal of Clinical Psychiatry, 69(4), 644.3. O. K. W. Ng, S. N. A. Hamid, S. R. Wong, S. L. Chee, and C. A. Augustine, “Omega-6 and omega-3 fatty acid nutrition amongst Malaysians are far from desirable,” IeJSME, vol. 6, no. 2, pp. 4–9, 2012.

MARINEOMEGAMengapa Ianya Unik?

OPTIOMEGA Mengapa Ianya Unik?

Sumber terbaik asid lemak omega-3 yang penting. Sumber ultra-tulen minyak ikan segar yang telah diuji bebas toksin, tanpa bahan tercemar dan logam berat. Mengandungi minyak krill yang membekalkan EPA dan DHA bioaktif tinggi di dalam bentuk fosfolipid unik, mensasarkan kegunaannya kepada otak dan membran sel di seluruh tubuh. Mengandungi antioksidan kuat carotenoid astaxanthin. Juga mengandungi minyak lemon asli bagi menerbitkan aroma yang menyenangkan dan meminimakan rasa hanyir ikan. Menyokong kesihatan kardiovaskular, menggalakkan fungsi otak, memodulatkan tindakbalas keradangan, memperbaiki fungsi sendi dan pergerakan, dan menggalakkan keadaan kulit yang sihat.

Sumber terbaik asid lemak omega-3 yang penting. Sumber ultra-tulen minyak ikan segar yang telah diuji bebas toksin, tanpa bahan tercemar dan logam berat. Terdapat vitamin E dan bawang putih yang telah dinyahbau bagi mengekalkan kesucian dan keberkesanan kandungan EPA dan DHA di dalamnya.

Berikutan dengan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap tahap toksin yang tinggi dan kandungan logam berat yang terdapat di dalam populasi ikan, yang juga menjadi bekalan di pasar ikan seluruh dunia, sumber ikan segar bukan menjadi opsyen terbaik bagi pengguna (dan ikan yang diternak lebih rendah kandungan Omega-3). Pharmanex MarineOmega dan OptiOmega® adalah penyelesaian praktikal & mudah bagi memperolehi asid lemak Omega-3 untuk kesihatan otak dan jantung yang optimum!

Di samping itu juga, bagi setiap unit pembelian, sejumlah US$0.25 akan didermakan kepada Dana Jantung Kanak-Kanak Asia Tenggara (Southeast Asia Children’s Heart Fund). Sumbangan kepada dana tersebut akan digunakan bagi menyelamatkan kanak-kanak yang mengidap penyakit jantung kongenital di Thailand, Filipina, Malaysia, Indonesia, Singapura dan Vietnam. MarineOmega dan OptiOmega bukan hanya membekalkan anda dengan kesihatan yang baik, tetapi ianya turut membekalkan hati dan jiwa anda dengan daya kebaikan untuk berbakti kepada masyarakat!

Page 7: Asas Sebuah Kebaikan KANDUNGAN Dr. Paul Cox – “Sang ... · PDF fileTIADA TANGISAN – HANYA KERIANGAN KETIKA MANDI ... Sabun mandian berbusa tanpa- ... bayi–bayi mereka

12 13

LIVE THE DIFFERENCE JILID 2 2016 | BUDAYA LIVE THE DIFFERENCE JILID 2 2016 | BUDAYA

MEMUGAR JANTUNG

MENYELAMATKAN NYAWA

Sejak penubuhannya pada tahun 1984, Nu Skin berpegang teguh dengan misinya – untuk menjadi daya kebaikan di seluruh dunia dengan membantu mengubah kehidupan melalui perkongsian produk dan perniagaan, serta kebaikan yang dilakukan oleh syarikat yang akhirnya menyumbang kembali kepada masyarakat. Nu Skin bukan sahaja menyediakan landasan ke arah mencapai kebebasan diri, masa dan kewangan, tetapi juga peluang yang luar biasa kepada rakan kongsi perniagaan kami untuk berbakti kepada masyarakat!

Pad awal ketika Nu Skin Enterprises mula ditubuhkan pejabat-pejabatnya di Malaysia, ia bekerja dengan “P.S. The Children”, “The Harvest Centre” dan “New Covenant Community” di Sentul pada 2002, dengan memupuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan kasih sayang dan penjagaan yang mereka perlukan. Namun, selain daripada projek-projek dan usaha yang lebih kecil, Nu Skin Malaysia berhasrat untuk terus menyentuh kehidupan lebih ramai lagi dengan menawarkan harapan dan sokongan melalui pelbagai projek kemasyarakatan yang lebih besar.

DANA JANTUNG KANAK-KANAK ASIA TENGGARA (SEA CHF)

Setiap tahun, lebih daripada 50,000 kanak-kanak dilahirkan dengan penyakit jantung kongenital di Asia Tenggara. Kebanyakan keluarga kanak-kanak ini terpaksa menang-guhkan pembedahan kerana kekurangan sumber kewangan. Sesetengah kanak-kanak tersebut mati sebelum berpeluang mendapatkan rawatan; sesetengahnya menjadi kurang upaya, manakala yang lain perlu menunggu lebih lama lagi untuk mendapatkan rawatan, yang memakan masa antara dua hingga tiga tahun.

Bermula di Thailand pada tahun 1999 dan kemudiannya dikembangkan menjadi sebuah projek serantau, Dana Jantung Kanak-kanak Asia Tenggara (SEA CHF) Nu Skin telah dirasmikan pada tahun 2003 dengan matlamat untuk memperbaiki kehidupan kanak-kanak yang kurang bernasib baik dengan membantu mereka menjalani kehidupan yang bebas daripada penyakit jantung kongenital. SEA CHF melalui pejabat Nu Skin di Thailand, Filipina, Singapura, Malaysia, Brunei, Indonesia dan Vietnam telah mengumpul sumbangan untuk rawatan perubatan melalui penjualan produk, acara-acara korporat dan sumbangan daripada Yayasan Force for Good Nu Skin.

Samada melalui integriti produk kami, peluang yang kami tawarkan atau budaya

yang kami tonjolkan, kami cuba untuk menjadi suatu daya untuk kebaikan.

- Truman Hunt

KERJASAMA DI ANTARA NU SKIN MALAYSIA DAN YAYASAN IJN

Institut Jantung Negara (IJN) adalah pusat jantung terulung di Malaysia. Ditubuhkan pada September 1992, IJN menyediakan perkhidmatan pembedahan kardiologi dan kardiotorasik untuk kedua-dua orang dewasa dan kes-kes pediatrik. Yayasan IJN ditubuhkan pada tahun 1995 untuk mengumpul sumbangan daripada dermawan untuk IJN, membantu mengumpul dana bagi pesakit yang memerlukan bantuan kewangan bagi pembedahan jantung.

Pada Jun 2008, Nu Skin Malaysia telah mengadakan kerjasama dengan Yayasan IJN untuk mewujudkan Projek Pembedahan Jantung untuk Kanak-kanak Nu Skin Malaysia – Yayasan IJN bertujuan untuk membiayai pembedahan pembetulan jantung bagi kanak-kanak yang memerlukan dari keluarga miskin. Perkongsian itu bermula dengan penajaan awal sebanyak RM100,000 kepada Yayasan IJN.

Dengan kemurahan hati dan sumbangan ikhlas yang dibuat oleh Nu Skin Angels, kos pembiayaan untuk pembedahan pembetulan jantung telah dapat ditaja melalui program SEA CHF, seterusnya menyelamatkan nyawa kanak-kanak ini yang mana mereka secara persendirian tidak mungkin dapat menanggung kos pembiayaan rawatan tersebut.

Dengan sokongan yang berterusan daripada Nu Skin Angels yang berpegang kepada misi syarikat untuk menjadi suatu daya untuk kebaikan dalam memperkasakan orang ramai untuk memperbaiki kehidupan, kita akan dapat menyelamatkan lebih ramai kanak-kanak di rantau ini dan memberikan mereka masa depan yang lebih baik.

Page 8: Asas Sebuah Kebaikan KANDUNGAN Dr. Paul Cox – “Sang ... · PDF fileTIADA TANGISAN – HANYA KERIANGAN KETIKA MANDI ... Sabun mandian berbusa tanpa- ... bayi–bayi mereka

1514

LIVE THE DIFFERENCE JILID 2 2016 | PELUANG LIVE THE DIFFERENCE JILID 2 2016 | PELUANG

SNAPSHOTS

u2016 STAR CREATOR TRIP EUROPEAN CRUISE

29 April – 3 Mei 2016Belgium, Paris & England

1514

tNU SKIN AGELOC® EXPO 201613 & 14 Mei 2016Johor Bahru Distributor CenterPenang Distributor Center

27 & 28 Mei 2016PNB Darby Park Retail Lobby Kuala Lumpur

LIVE THE DIFFERENCE JILID 2 2016 | PELUANG

Page 9: Asas Sebuah Kebaikan KANDUNGAN Dr. Paul Cox – “Sang ... · PDF fileTIADA TANGISAN – HANYA KERIANGAN KETIKA MANDI ... Sabun mandian berbusa tanpa- ... bayi–bayi mereka

www.nuskin.com.my