file3.pdf

9
INISIATIF PPPM PROJEK INOVASI KELAB/PERSATUAN BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROJEK INOVASI ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN ) KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

Upload: norazman-man

Post on 03-Oct-2015

10 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • INISIATIF PPPM PROJEK INOVASI KELAB/PERSATUAN

    BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    1

    GARIS PANDUAN PELAKSANAANPROJEK INOVASI

    ( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN )KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

  • INISIATIF PPPM PROJEK INOVASI KELAB/PERSATUAN

    BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    2

    1.0 TUJUAN

    Garis panduan ini bertujuan untuk membantu pihak pengurusan sekolah berhubung pelaksanaan

    kegiatan kelab persatuan sekolah melalui penghasilan projek berinovasi sebagai kegiatan mingguan

    secara terancang dan teratur dari aspek pelaksanaannya.

    2.0 DEFINISI INOVASI

    Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovasi dalam mana-mana aspek kerja yang

    dilaksanakan dalam aktiviti kelab/persatuan di sekolah dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti dan

    produktiviti kelab/persatuan, Pelaksanaan idea-idea ini dapat meningkatkan kecekapan dan

    keberkesanan sistem penyampaian, perkhidmatan serta memberi faedah kepada warga sekolah dan

    komuniti setempat. Idea-idea ini, boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem,

    prosedur, kaedah dan cara bekerja mahu pun pengenalan teknologi yang terkini.

    3.0 PENGENALAN

    Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab dan persatuan dan;

    1Murid 1Sukan adalah sebahagian ilmu yang wajib dipelajari oleh semua murid dalam sistem

    pendidikan negara (Akta Pendidikan 1996). Selain berperanan sebagai penyumbang dan pelengkap

    kepada pengajaran dalam bilik darjah, bidang ilmu yang dijalankan di luar bilik darjah juga berperanan

    dalam membentuk perwatakan dan jati diri individu serta memupuk semangat patriotisme dan

    perpaduan.

    Budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid lebih sesuai didedahkan melalui kegiatankokurikulum kerana kegiatan ini berlaku di luar bilik darjah dan boleh dilaksanakan di dalam dan di luarwaktu sekolah. Pendedahan awal dan kepelbagaian aktiviti secara kumpulan yang ada terutama dalamkegiatan kelab dan persatuan sekolah akan memberi peluang kepada murid untuk meneroka, mencubaatau mencuba jaya sesuatu tugasan/projek yang dipertanggungjawabkan, apatah lagi jika kerja yangdilakukan itu memenuhi citarasa dan minat serta kebolehan diri yang ada pada mereka. Ini terbuktidengan kejayaan murid-murid dalam pembuatan projek seperti Program Robotik dan F1 In Schoolmaka amatlah wajar pembelajaran di peringkat sekolah yang mengarah kepada inovasi diperluaskan.

    Maklum balas Bahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan kegiatankokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum yang berunsurkan kelab danpersatuan kurang digemari oleh murid. Di antara faktor penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yanglengkap, guru kurang berinisiatif dan aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokongoleh hasil tinjauan yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2011) ke sekolah-sekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan kelab dan persatuan tidak popular sebagaimanakegiatan badan beruniform dan sukan/permainan. Isu ini memerlukan penelitian yang menyeluruhterhadap pelaksanaan kegiatan kelab dan persatuan di sekolah agar suatu arah tuju yang baru selarasdengan keperluan negara di masa akan datang dapat dihasilkan.

    4.0 KONSEP

    Projek inovasi kelab/persatuan merupakan sesuatu penghasilan projek berinovasi dalamkelab/persatuan sebagai kegiatan mingguan di sekolah-sekolah. Pelaksanaan sepenuhnya oleh muridsecara maksimum dengan mendapat bantuan dari aspek pengurusan dan kewangan dari pihaksekolah secara minimum.

  • INISIATIF PPPM PROJEK INOVASI KELAB/PERSATUAN

    BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    3

    5.0 MATLAMAT

    Melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif melalui penghasilan projek secara menyeluruh

    bagi setiap murid dalam kegiatan kelab/persatuan di sekolah-sekolah sepanjang tahun.

    6.0 OBJEKTIF

    6.1 Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang yang diperolehi

    semasa P&P.

    6.2 Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan dikalangan murid.

    6.3 Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti kelab dan persatuan.

    6.4 Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea, masalah,

    penyelesaian secara jelas dan menyakinkan.

    6.5 Penyediaan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) bagi murid-murid dan warga

    sekolah.

    6.6 Memenuhi objektif Plan Pembangunan Pendidikan ke arah tranfomasi pendidikan yang

    dapat memenuhi aspek aspirasi sistem dan murid bagi membentuk hala tuju yang jelas

    untuk menghasilkan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa.

    6.7 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Khas

    yang dapat membentuk keseimbangan murid dari aspek intelek, jasmani ,emosi, rohani

    dan sosial.

    6.8 Memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid untuk memperkembangkan bakat,

    minat dan potensi dalam menghasilkan projek inovasi dengan mengikut kreativiti murid

    berdasarkan garis panduan yang disediakan.

    7.0 TAFSIRAN

    Dalam melaksanakan Projek Inovasi Kelab/Persatuan, melainkan jika konteksnya menghendaki makna

    yang lain:

    kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses

    pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah,

    mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.

    murid ertinya seseorang tanpa mengira umurnya, yang kepadanya pendidikan atau latihan sedang

    diberikan di sesuatu institusi pendidikan;

    murid berkeperluan khas ertinya mana-mana murid yang mempunyai masalah pembelajaran,

    masalah pendengaran dan masalah penglihatan;

  • INISIATIF PPPM PROJEK INOVASI KELAB/PERSATUAN

    BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    4

    kelab/persatuan ertinya Sesuatu kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan, berperaturan dan

    berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang mempunyai minat, kegemaran, hasrat

    dan kecenderungan yang sama serta bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan

    berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah

    ditetapkan dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat persatuan

    atau pihak sekolah dengan mengikut kecenderungan kebitraan sekolah masing-masing.

    guru penasihat ertinya mana-mana guru yang dilantik atau mana-mana guru yang di arahkan oleh

    pihak sekolah untuk mengurus dan mengendalikan projek inovasi sekolah pada tahun semasa.

    8.0 TATACARA PELAKSANAAN

    Perlu menyediakan kertas cadangan projek terlebih dahulu sebelum sesuatu projek dilaksanakan.

    8.1 Kandungan kertas cadangan projek adalah seperti berikut;

    Tajuk projek

    Pengenalan

    Rasional projek

    Pernyataan masalah projek atau persoalan kajian

    Objektif projek

    Skop dan limitasi projek

    Kepentingan dan impak projek

    Anggaran kos projek

    Tinjauan / Kajian literature

    Kaedah penyelidikan atau metodologi projek

    Pelan perancangan projek

    Kesimpulan

    8.2 Maklumat tambahan

    Hasil projek adalah hak milik sekolah itu sendiri dan pihak sekolah boleh menimbangkan

    permohonan untuk berkongsi hak milik dengan murid dan atau penaja luar.

    Murid digalakkan untuk menyertai pertandingan dan pembentangan hasil inovasi di

    seminar dan kolokium di semua peringkat.

    Sekolah digalakkan mengemukakan permohonan bagi mendaftar harta intelek projek

    murid.

    Murid digalakkan memasarkan produk akhir yang mempunyai nilai komersial dengan

    kerjasama kelab koperasi, kelab keusahawanan, kolaborasi, jualan terus dan organisasi

    atau agensi.

  • INISIATIF PPPM PROJEK INOVASI KELAB/PERSATUAN

    BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    5

    8.3 Mempunyai titik mula dan titik tamat yang jelas ( dalam tempoh masa tertentu)

    8.4 Mempunyai objektif tertentu untuk dicapai

    8.5 Mempunyai satu siri aktiviti kerja

    8.6 Melibatkan penggunaan sumber-sumber masukkan seperti tenaga, modal, bahan dan

    peralatan.

    8.7 Hanya dibenarkan apabila dipersetujui oleh guru pembimbing dengan kelulusan Ketua

    Jabatan masing-masing.

    8.8 Murid perlu mendapatkan surat kebenaran menjalankan aktiviti luar daripada pihak sekolah dan

    ibu bapa. Semua aktiviti yang dijalankan di luar kawasan sekolah mestilah diiringi oleh guru

    pengiring.

    8.9 Pelaksanaan projek perlu dilaksanakan dalam tempoh masa sekurang-kurangnya dua belas

    (12) kali perjumpaan sepanjang tahun.

    9.0 PERANAN MURID

    Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut standard yang ditetapkan.

    Bertemu dengan guru pembimbing atau menghadiri sesi pembelajaran mengikut jadual

    yang telah ditetapkan.

    Membuat kajian awal dalam menentukan pemilihan tajuk, keaslian idea, hala tuju projek

    yang mempunyai nilai komersial.

    Projek yang dihasilkan mestilah memperlihatkan pengetahuan dan kemahiran analitikal

    yang diperolehi sepanjang pengajian dan menunjukkan kebolehan dalam menyepadukan

    semua.

    Melengkapkan borang-borang kemajuan murid dan dokumen-dokumen lain sekiranya

    perlu.

    Menyerahkan buku log potfolio projek kepada guru penasihat untuk semakan dan

    pengesahan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

    Menyediakan laporan akhir projek berserta produk untuk proses penilaian.

  • INISIATIF PPPM PROJEK INOVASI KELAB/PERSATUAN

    BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    6

    10.0 PERANAN GURU PENASIHAT

    Memastikan pelajar memilih projek yang selaras dengan objektif Projek Inovasi.

    Melantik dan memandu jawatankuasa menjalankan tugas.

    Menguruskan permohonan kelulusan kewangan melaksanakan projek, kebenaranwaris , kebenaran penglibatan pihak luar daripada pengurusan sekolah danstakeholder.

    Merancang dan memastikan strategi dan jadual operasi projek dengankerjasama pelajar.

    Memastikan jawatankuasa menguruskan kewangan dan harta benda/peralatan diurusdengan baik.

    Menentukan pelajar melaksanakan projek dengan berkesan.

    Memastikan jawatankuasa menyediakan minit mesyuarat danmendokumentasikan laporan projek.

    Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan di luar kawasansekolah .

    Bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan laporan kehadiran ahli danlaporan kewangan.

    Memastikan aspek bimbingan , pengawasan disiplin dan keselamatan kepada ahli-ahlidititikberatkan.

    Penghargaan kepada pelajar dalam bentuk hadiah dan sijil.

    Merakamkan penghargaan kepada pihak luar yang menyumbangkan bantuan khidmatterhadap pelaksanaan projek.

    11.0 PERANAN PENGETUA

    Membincangkan pelaksanaan projek inovasi dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk

    Kokurikulum dan jawatankuasa lain seperti JK Pemantauan dan Penilaian Kokurikulum.

    Mempertimbang dan meluluskan permohonan melaksanakan projek.

    Melantik jawatankuasa pelaksana di peringkat kelab dan persatuan.

    Memantau pelaksanaan projek dan peruntukan kewangan.

    Menyemak dan mengesahkan penilaian penghasilan projek inovasi.

    Menyelaras bantuan khidmat agensi luar, pihak swasta , dan komuniti setempat.

  • INISIATIF PPPM PROJEK INOVASI KELAB/PERSATUAN

    BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    7

    12.0 PENILAIAN PROJEK INOVASI

    Penilaian projek inovasi murid dilakukan secara berterusan bagi menilai pencapaian dan kebolehan

    murid dalam menyiapkan sesuatu projek. Ini akhirnya akan memberikan markah akhir penglibatan

    murid dalam kokurikulum.

    Bentuk Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek-aspek seperti berikut:

    Kertas Cadangan

    Kertas cadangan untuk mengadakan atau menjalankan sesuatu projek.

    Buku Log

    Buku log digunakan untuk merekod kemajuan projek dan pencapaian murid seperti

    catatan aktiviti, isu, cabaran dan penyelesaian yang telah dilaksanakan. Buku log

    disemak, dinilai dan disahkan oleh guru pembimbing.

    Laporan Projek

    Satu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau maklumat lengkap

    tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh ahli projek.

    Pembentangan

    Murid dikehendaki membentangkan hasil projek dalam sesi pembentangan yang telah

    ditetapkan. Sesi pembentangan ini memberi peluang kepada murid untuk berhujah

    mempertahankan hasil projek serta bertukar pendapat secara ilmiah.

    Hasil Projek

    Potfolio

    Pengumpulan sistematik hasil kerja murid yang mempamerkan keupayaan

    perkembangan dan pencapaian dalam projek yang dijalankan.

    Manual Pengguna

    Dokumen komunikasi teknikal yang bertujuan untuk memberi bantuan kepada

    pengguna menggunakan sistem tertentu. Kebanyakkan manual pengguna

    mengandungi kedua-dua panduan bertulis dan imej-imej berkaitan.

    Perisian

    Arahan-arahan lengkap dalam bentuk carta alir dan prosedur yang mengawal,

    mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktiviti-aktiviti pemprosesan

    maklumat.

    Bahan Fizikal

    Perkhidmatan

  • INISIATIF PPPM PROJEK INOVASI KELAB/PERSATUAN

    BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    8

    PENUTUP

    Semua pihak dikehendaki mematuhi tatacara dan prosedur inovasi kelab dan persatuan. Semua pihak

    dimestikan mengikuti sebarang peraturan yang terkandung dalam Surat Pekeliling Iktisas yang sedang

    berkuatkuasa terutamanya yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan kewangan. Sekiranya

    terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan inovasi kelab dan persatuan bolehlah

    menghubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia.

  • INISIATIF PPPM PROJEK INOVASI KELAB/PERSATUAN

    BAHAGIAN KOKURIKULUM DAN KESENIAN, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    9

    CARTA ALIRAN PROSES PELAKSANAAN PROJEK

    Mula

    Taklimat Projek

    Pemilihan Tajuk Projek dan

    Penyediaan Kertas Cadangan

    Pembentangan Kertas

    Diterim

    Aktiviti Projek

    Pembetulan

    YA

    Penyerahan hasil

    projek dan draf laporan

    Diterim

    a?

    Membentang projek

    Menghantar laporan

    Menyemak laporan

    dan menilai hasil

    Tamat

    Penambahbaikan

    Guru Pembimbing

    Murid

    Ketua Kumpulan

    Guru Pembimbing

    Murid

    Murid

    Panel/Guru

    TIDA

    TIDA YA