topik 1 2xbahasa melayu zaman islam, inggeris · pdf file3. menghuraikan sumbangan kedatangan...

22
PENGENALAN Perkembangan bahasa telah melalui tiga periodisasi, iaitu zaman purba, zaman kuno dan zaman klasik. Setiap zaman tersebut mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bentuk bahasa Melayu. Dalam topik 1, anda telah mengimbas kembali tentang jenis bahasa yang lahir dalam periodisasi tersebut. Topik ini pula akan membicarakan pengaruh luar terhadap bahasa Melayu khususnya pengaruh bahasa dari Eropah (Portugis dan Inggeris) dan juga kesan perkembangan agama Islam yang tersebar luas di Alam Melayu melalui perdagangan saudagar dari Tanah Arab. Agama Islam telah memberikan kesan yang penting terhadap bahasa Melayu kerana kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu diperkukuhkan oleh faktor tersebut. T T o o p p i i k k 2 2 Bahasa Melayu Zaman Islam, Portugis, dan Inggeris HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Memerihalkan perkembangan Bahasa Melayu pada zaman kedatangan Islam; 2. Menghuraikan sumbangan kedatangan Portugis kepada Bahasa Melayu; dan 3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu.

Upload: doanliem

Post on 01-Feb-2018

248 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

PENGENALAN

Perkembangan bahasa telah melalui tiga periodisasi, iaitu zaman purba, zaman kuno dan zaman klasik. Setiap zaman tersebut mempunyai pengaruh yang kuat terhadap bentuk bahasa Melayu. Dalam topik 1, anda telah mengimbas kembali tentang jenis bahasa yang lahir dalam periodisasi tersebut. Topik ini pula akan membicarakan pengaruh luar terhadap bahasa Melayu khususnya pengaruh bahasa dari Eropah (Portugis dan Inggeris) dan juga kesan perkembangan agama Islam yang tersebar luas di Alam Melayu melalui perdagangan saudagar dari Tanah Arab. Agama Islam telah memberikan kesan yang penting terhadap bahasa Melayu kerana kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu diperkukuhkan oleh faktor tersebut.

TTooppiikk 22 Bahasa Melayu Zaman Islam, Portugis, dan Inggeris

HASIL PEMBELAJARANPada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:1. Memerihalkan perkembangan Bahasa Melayu pada zaman

kedatangan Islam; 2. Menghuraikan sumbangan kedatangan Portugis kepada Bahasa

Melayu; dan 3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa

Melayu.

Page 2: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 16

BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN ISLAM

Islam telah membawa huruf Arab dalam penulisan bahasa Melayu dan berkembang menjadi bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah baharu yang dipinjam daripada perbendaharaan kata bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang berkaitan dengan falsafah, kesusasteraan, keagamaan dan dijadikan bahasa pengantar dalam kegiatan dakwah Islam. Magellan telah mengatakan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di alam Melayu dari Aceh hingga ke kepulauan Maluku. Bahasa Melayu juga telah menjadi baku melalui penggunaannya dalam kitab-kitab agama Islam yang dibaca oleh penduduk di alam Melayu.

Pada zaman kedatangan Islam juga, bahasa Melayu telah berkembang dalam pelbagai bidang yang sebelum ini ditulis dalam bahasa Jawa. Melalui peminjaman daripada bahasa Arab, banyak istilah bidang teologi, falsafah dan tasauf dikembangkan dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dalam kerajaan-kerajaan di alam Melayu. Surat-surat raja Melayu pada abad ke-16 ditulis dalam bahasa Melayu kepada Raja Portugis. Dengan demikian raja-raja daripada kerajaan Aceh juga menggunakan bahasa Melayu dalam urusan diplomatik untuk berhubung dengan kerajaan asing.

Kedatangan Islam pada akhir abad ke-13 telah mempengaruhi keseluruhan cara hidup masyarakat di Asia Tenggara khususnya alam Melayu. Zaman ini telah memberikan ciri baru kepada bahasa Melayu, iaitu bentuk bahasa Melayu Klasik. Pengaruh agama Islam bukan sahaja kelihatan dari aspek sosio budaya malah seluruh kehidupan termasuklah unsur budaya yang penting, iaitu bahasa.

Abad ke-13 hingga abad ke-14 merupakan zaman peralihan di alam Melayu. Apabila kita memperkatakan tentang pengaruh Islam terhadap bahasa Melayu, terdapat tiga buah kerajaan Islam yang penting: kerajaan Samudera-Pasai, kerajaan kesultanan Melaka dan kerajaan Islam Aceh.

2.1.1 Kerajaan Samudera-Pasai

Menurut Amat Juhari Moain (1994), apabila kerajaan Samudera-Pasai didirikan di Sumatera Utara, pengembangan bahasa Melayu semakin aktif. Kerajaan Samudera Pasai (Rajah 2.1) dikenali juga sebagai Samudera, Pasai dan Samudera Darussalam atau Sumatera. Kerajaan ini terletak di Aceh dan merupakan kerajaan Islam pertama di Indonesia. Perkataan "Samudera" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu Samundra atau Samandara, yang membawa pengertian "lautan". Menurut Hikayat Raja-raja Pasai, Merah Silu dikatakan ternampak seekor semut sebesar kucing. Baginda menangkap dan memakannya lalu

2.1

Page 3: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 17

menamai tempat itu sebagai "Samandara". Kesultanan Samudera Pasai adalah kerajaan Islam yang terletak di pesisir pantai utara Sumatera, kurang lebih di sekitar Kota Lhokseumawe, Aceh Utara sekarang. Kerajaan ini didirikan oleh Merah Silu, yang bergelar Malik al-Saleh, pada sekitar tahun 1267 dan berakhir dengan dikuasai oleh Portugis pada tahun 1521. Nama lainnya ialah Malik al Salih, Merah Silu, Merah Silau, Mara Silu dan Muerah Silu. Setelah mangkat, baginda digantikan oleh Sultan Mahmud Malik az-Zahir.

Rajah 2.1: Kedudukan kerajaan Samudera Pasai. Sumber: http://images.google.com/imgres? Dipetik pada 15 Julai 2008.

Ahli Pelayaran Maghribi bernama Ibnu Batuta sempat mengunjungi Pasai pada 1346 Masihi. Ketika di China, Ibnu Batuta mendapati kapal Pasai berlabuh di China untuk membayar ufti. Inskripsi Cina mencatatkan kerajaan Pasai menghantar ufti ke China setiap tahun. Sultan Pasai dikatakan pernah mengirim utusan ke Quilon, benua kecil India (Keling) pada 1282 kerana urusan diplomasi dan perdagangan.

Pada zaman kegemilangannya, kerajaan Pasai merupakan pusat perdagangan yang dikunjungi oleh pedagang daripada pelbagai negeri seperti China, India, Arab, Siam, Parsi dan lain-lain. Kerajaan ini juga menggunakan mata wang yang dinamakan dirham. Banyak karya sastera Melayu telah dilahirkan misalnya Hikayat Raja-Raja Pasai. Zaman ini diikuti pula oleh perkembangan zaman Melaka. Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera.

Page 4: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 18

Pada zaman ini juga, banyak karya telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. Golongan cendekia Pasai menjadi pakar rujuk dalam bidang keagamaan. Abad ke-13 juga merupakan permulaan bahasa Melayu Klasik yang berkembang sewaktu zaman pemerintahan kerajaan Melayu Pasai. Bahasa Melayu Klasik merupakan kesan langsung pengaruh agama Islam yang berkembang dengan pesat bertunjangkan tulisan Jawi yang menggunakanaksara Arab. Ragam bahasa persuratan inilah yang menjadi bukti wujudnya bahasa Melayu Klasik. Tradisi persuratan Melayu Klasik juga merupakan asas kepada kemunculan bahasa Melayu baku khususnya dari segi tatabahasa yang lahir dalam penulisan klasik sebagai sumber korpus data.

Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan Jawi). Namun demikian, tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada masa itu tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan pada cerita lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar. Perhatikan bahagian awal petikan Hikayat Raja-Raja Pasai yang berikut ini:

„Alkisah peri mengatakan cerita raja yang pertama masuk agama Islam ini Pasai; maka adalah diceriterakan oleh orang yang empunya cerita ini, negeri yang di bawah angin ini, Pasailah yang pertama membawa iman akan Allah dan akan Rasulullah. Maka ada raja dua bersaudara seorang namanya Raja Ahmad dan seorang namanya Raja Muhammad. Adapun yang tua Raja Ahmad. Maka baginda kedua bersaudara itu hendak berbuat negeri di Samarlanga. „

Teks ini ditulis dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan tangan huruf Jawi pada lembaran-lembaran berbentuk buku. Penyelidik menyatakan teks asal ditulis sekitar 1360 Masihi kerana sezaman dengan buku tasauf Durru al Mazlum /Darul Mazlum karya Maulana Abu Ishak. Hikayat Raja-Raja Pasai terbahagi kepada tiga bahagian: Pembukaan dan Pengislaman Pasai, Pasai di bawah pemerintahan Sultan Ahmad Perumudal Perumal dan Peluasan Kekuasaan Majapahit. Hikayat Raja-Raja Pasai tergolong dalam genre sastera sejarah. Karya sastera sejarah biasanya menceritakan pembukaan negeri, corak organisasi pentadbiran, keadaan sosial budaya dan corak politiknya. Cerita ini termasuklah kewujudan sesebuah negeri, perkembangannya, zaman keemasan, zaman kekalahan dan keruntuhan. Oleh itu, Hikayat Raja-Raja Pasai bukanlah sebuah buku teks sejarah yang murni. Sebaliknya, unsur mitos dan legenda diterapkan dalam bahan sejarah yang memerlukan interpretasi yang mendalam untuk mengetahui objektif dan tujuan pengarang istana ini.

R.O. Winstedt menjangka Hikayat Raja-Raja Pasai selesai ditulis pada abad ke-15, Amin Sweeney berpendapat abad ke-14, dan A.H. Hill mengatakan antara tahun 1383 M hingga 1390 M manakala Hooykaas mendakwa bahawa Hikayat

Page 5: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 19

ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir Hikayat Raja-Raja Pasaiyang diusahakan oleh R. Jones (1987) tercatat:

Tamat Hikayat Raja Pasai. Selamat sempurna yang membaca dia dan segala yang menengarkan dia, istimewa yang menyuratkan dia, dipeliharakan Allah subhanahu wataala apalah kiranya dari dunia datang ke akhirat, berkat syafaat Nabi Muhammad mustafa, sallallahu alaihi wasaalam. Tamat hari Isnin, kepada hari dua puluh sa, kepada bulan Muharam, sanat za Hijratul Nabi 1230 Sangking Kyai Suradimanggala, bupati sapu (pu) nagari Demak nagari Bagor, warsa 1742.

Tarikh yang tercatat pada bahagian akhir Hikayat Raja Pasai ini bukanlah bermakna penulisan pertama cerita tersebut, melainkan merupakan salinan daripada beberapa salinan cerita yang terdahulu. Penyalinan ini juga memperlihatkan bahawa ketika itu kesusasteraan Melayu tersebar luas di seluruh Nusantara. Karya ini merupakan bukti terbaik bagi mengkaji perkembangan bahasa Melayu pada zaman kerajaan Aceh.

2.1.2 Kerajaan Kesultanan Melaka

Zaman penting bagi bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka. Zaman ini bermula pada abad ke-13. Kesultanan Melayu Melaka (Rajah 2.2) diasaskan oleh Parameswara, seorang putera Srivijaya beragama Hindu yang berasal dari Palembang antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan yang beragama Islam. Hal ini berubah pada tahun 1414 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Beliau menukarkan namanya kepada Megat Iskandar Shah. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahannya itu berkembang dengan pesat dan menjadi sebuah pelabuhan yang terpenting di kepulauan Melayu pada abad ke-15 dan ke-16. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah dengan berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka. Ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata, "Sesiapa yang menguasai Melaka, dia dapat menguasai perdagangan dunia" (He who is lord of Malacca has his hand on the throat of Venice.) Faktor-fakor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, India, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula.

Page 6: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 20

Semasa pemerintahan Parameswara, ramai orang Cina menetap di Melaka, berdekatan kawasan Bukit Cina yang mempunyai feng shui yang terbaik pada masa itu. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih kurang satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 24 Ogos 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan yang terakhir Kesultanan Melayu Melaka.

Islam mulai bertapak melalui kerajaan Melayu Melaka dan berjaya membina empayar yang luas; dan meningkatkan kemajuan dan perkembangan bahasa Melayu di rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti perdagangan serta menjadi lingua franca para pedagang. Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Bahasa Melayu juga telah mendapat bentuk tulisan baru, iaitu tulisan Jawi. Perbendaharaan kata juga telah bertambah dengan wujudnya keperluan untuk mengungkapkan idea-idea yang dibawa oleh peradaban Islam.

Iskandar Shah mangkat pada tahun 1424 dan diwarisi oleh anaknya, Sri Maharaja, yang mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah" (1424-1444). Pada kemangkatannya dalam tahun 1444, beliau diganti oleh putera bongsunya, Raja Ibrahim. Raja Ibrahim kemudian dibunuh dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid". Raja Kassim menaiki tahta pada tahun 1445 dan memakai gelaran "Sultan Muzaffar Shah" (1445-1459) menaiki takhta dan mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh Sultan ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina. Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa pemerintahannya, pihak Siam membuat serangan pertama ke atas Melaka pada tahun 1447 tetapi ditewas tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Tun Perak menjadi bendahara dengan gelaran "Bendahara Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat Sultan dan merupakan tulang belakang kepada perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di kepulauan Melayu.

Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan Mansur Shah juga menghantar Tun Perpateh Puteh dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Salah satu kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu hasil daripada perkahwinan campur di antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum Peranakan ini juga dikenali sebagai orang Baba dan Nyonya pada hari ini.

Page 7: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 21

Semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada semenanjung Tanah Melayu, Singapura dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut telah gagal.

Rajah 2.2: Kegemilangan Kesultanan Melaka Sumber: http://images.google.com/imgres? Dipetik pada 20 Jun 2008

Prosa dalam bahasa Melayu yang terkenal ialah Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu. Keagungan Kesultanan Melaka jelas tergambar di dalam Sejarah Melayuoleh Tun Seri Lanang, sebuah karya dalam bahasa Melayu yang sangat tinggi nilainya disusun pada tahun 1612. Prosa ini mengungkapkan beberapa genre Melayu, iaitu pantun, syair puisi, gurindam dan seloka. Terdapat sekurang-kurangnya 29 versi tetapi versi yang paling mashyur adalah versi Shellabear. Menurut pengenalan Sejarah Melayu naskah Shellabear, Yang diPertuan Raja di Hilir Sultan Abdullah Mu'ayat Syah ibni'l Sultan Abdul Jalil Syah telah mengutuskan Seri Nara Wangsa Tun Bambang untuk memerintah Bendahara Paduka Raja Tun Muhammad@Mahmud (Tun Sri Lanang) pada hari Khamis, 12 Rabiul Awal 1021 bersamaan 13 Mei 1612 agar menyunting salinan Sejarah Melayu yang dibawa oleh Orang Kaya Sogoh dari Goa/Gowa, India. SejarahMelayu Sulalatus Salatin (Rajah 2.3 & 2.4) dianggap penting kerana karya ini memberikan perincian tentang adat istiadat kerajaan, susunan raja Melayu dan sejarah kerajaan Melayu dan boleh dikatakan menyerupai konsep Sejarah Sahih

Page 8: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 22

China. Dikatakan bahawa pada setiap pertukaran dinasti di China, sejarah Dinasti sebelumnya akan ditulis dan disimpan di arkib negara tersebut. Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) merupakan satu karya sejarah mengenai kebangkitan, kegemilangan dan kejatuhan zaman Kesultanan Melayu Melaka yang ditulis oleh beberapa orang pengarang Melayu. Ketika Feringgi (Portugis) menakluk Melaka, salinan Sejarah Melayu telah dibawa ke Goa.

Rajah 2.3: Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) Penulis: A. Samad Ahmad Penerbit: DBP.

Sumber: http://www.dawama.com/index.php?ch=11&pg=381&ac=868&tpt_id=11

Rajah 2.4: Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) Sejarah Melayu, versi buku yang disusun oleh Cheah Boon Kheng, dengan teks Rumi oleh Abdul Rahman Haji Ismail. Sumber: http://images.google.com/ SejarahMelayu.jpg&imgrefurl=http://

Page 9: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 23

Pada kemuncak kerajaan Melayu Melaka, terdapat beberapa karya kesusasteraan yang dipengaruhi oleh tulisan Arab seperti Hikayat Muhamad Ali Hanafiah, Hikayat Amir Hamzah, dan Hikayat Nabi Bercukur. Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Ali Hanafiah telah memberi semangat serta kekuatan kepada orang Islam untuk menentang musuh di medan peperangan. Kerajaan Melayu-Melayutelah menggunakan bahasa Melayu dalam sistem pentadbirannya. Kejatuhan Melaka menyebabkan era kerajaan Melayu berakhir di Tanah Melayu Melaka.

Namun begitu kegemilangan bahasa Melayu diteruskan oleh kerajaan Aceh dan seterusnya kerajan Johor-Riau. Kerajaan Johor-Riau merupakan warisan kerajaan Melayu-Melaka telah berusaha untuk mengembalikan kegemilangan kerajaan Melaka. Walaupun kerajaan Melayu-Melaka tewas ditangan Portugis pada tahun 1511, hal ini tidak bermakna hilangnya pengaruh bahasa Melayu. Malah, bahasa Melayu semakin berkembang ke persisiran Sumatera, khususnya di Palembang dan Aceh yang menggantikan Melaka sebagai pusat kebudayaan dan keintelektualan Melayu.

Hikayat Muhammad Hanafiah merupakan antara teks Melayu terawal. Hikayat ini mengisahkan kisah percintaan dan mengandungi kandungan mengenai aspek emosi, nilai kebudayaan dan nilai sosio politik. Hikayat ini sudah dikenali sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-16. Hikayat ini juga dikenali sebagai 'hikayat perang' kerana hampir keseluruhan isi hikayat penuh dengan kisah peperangan. Hikayat ini mengisahkan peristiwa yang berlaku sewaktu Sayidina Ali dipilih menjadi khalifah dan pemberontakan dilancarkan oleh Muawiyah terhadapnya. Setelah Ali dibunuh oleh seorang pengikut Khawarij, Muawiyah dilantik sebagai Khalifah. Sebelum meninggal dunia, Muawiyah melantik puteranya bernama Yazid sebagai raja. Dalam masa pemerintahannya, Yazid merancang pembunuhan terhadap dua putera Ali, iaitu Hasan dan Husin. Sebelum itu, berlaku beberapa peristiwa yang menyebabkan Yazid iri hati dan berdendam dengan kedua-dua mereka. Dengan menggunakan tipu helah, dia akhirnya berjaya membunuh kedua-dua putera Sayidina Ali itu.

Apabila Muhammad Hanafiyyah, saudara Hasan dan Husin yang menjadi Amir di negeri Baniar mendapat berita kematian saudaranya dan putera Husin bernama Ali Asghar atau kemudiannya dipanggil Zain al-Abidin dan ahli keluarga Rasulullah s.a.w ditawan, dia menyiapkan satu angkatan tentera dan menyerang Yazid. Yazid berjaya dikalahkan oleh Muhammad Hanafiyyah dan Yazid terbunuh apabila dia terjatuh ke dalam telaga api. Zain al-Abidin kemudiannya dilantik sebagai raja. Pada suatu hari, apabila Muhammad Hanafiyah mendapat tahu terdapat pengikut Yazid sedang berhimpun di dalam sebuah gua, dia menyerang mereka. Tanpa menghiraukan suara ghaib yang melarangnya beberapa kali supaya jangan keterlaluan, dia terus membunuh musuhnya, sehinggalah akhirnya pintu gua tertutup dan dia terkurung.

Page 10: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 24

Hikayat Amir Hamzah daripada Naskah A - DBP MSS 4, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Hikayat Amir Hamzah menceritakan perihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu Amir Hamzah, pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam. Ia ditulis kemungkinannya dari awal abad ke-16. Menurut pendapat orang-orang yang ahli dalam lapangan kesusasteraan, Hikayat Amir Hamzah ialah salinan daripada bahasa Parsi sungguh pun dalam bahasa 'Arab ada juga hikayat yang demikian. Hikayat Amir Hamzah adalah merupai sebuah buku yang tebal mengandungi 90 bab; di dalamnya meriwayatkan kisah keberanian dan kegagahan Sayyidina Hamzah mengepalai tentera Islam dalam peperangan menentang tentera-tentera kafir. Seperti yang tersebut di dalam riwayatnya bahawa Amir Hamzah ialah bapa saudara kapada Nabi Muhammad s.a.w iaitu putera kepada Abdul Mutalib. Amir Hamzah di-katakan mulai menerima agama Islam sesudah dua tahun Rasulullah menerima walinya yang pertama dan telah bersama-sama mengikut Nabi Muhammad berhijrah (berpindah) ke Madinah. Amir Hamzah adalah terkenal sebagai pahlawan Islam yang terbilang; keberanian dan jasa-jasanya di medan-medan perang terutama sekali dalam peperangan Badar amatlah besar ertinya di sisi sejarah perkembangan agama Islam. Sayyidina Hamzah telah tewas tatkala melawan orang-orang kafir Makkah yang banyak bilangannya di kaki bukit Uhud, dekat Madinah. Maka kerana itulah riwayat Amir Hamzah sentiasa di-kenang oleh umat Islam; dan di dalam hikayatnya banyak pula diadakan tokok tambah oleh pengarangnya.

Kesimpulannya, kerajaan Kesultanan Melaka telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan bahasa Melayu melalui pentadbiran, perkahwinan, ekonomi, perdagangan dan ruang lingkup kehidupan masyarakat di Melaka dan kawasan jajahannya. Kejatuhan Melaka tidak bermakna pupusnya bahasa Melayu di rantau ini kerana kemunculan Aceh sebagai kuasa yang menggantikan kerajaan Melaka telah memberikan kesan yang besar terhadap pengembangan bahasa Melayu di rantau ini.

2.1.3 Kerajaan Aceh

Kejatuhan kerajaan Melayu Melaka kepada Portugis membawa kebangkitan Aceh di bawah kepimpinan Sultan Ali Mukayat Syah (1514-1528), Sultan Salehuddin (1528-1537), Sultan Alauddin Riayat Syahal Kahar (1537-1568), Sultan Ali Riayat Syah (1568-1573), Sultan Seri Alam (1576), Sultan Muda (1604-1607) dan Sultan Mahkota Alam (1604-1607). Semua serangan Portugis dapat ditangkis oleh sultan-sultan Aceh ini. Zaman keemasan kerajaan Aceh telah menjadikan bahasa Melayu semakin berkembang luas dan menjadi bahasa rasmi negara. Aceh menjadi pusat perkembangan ilmu khususnya perbincangan ilmiah tentang ilmu tasauf dan akidah Islam dan wadahnya ialah bahasa Melayu.

Page 11: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 25

Rajah 2.5: Kerajaan Aceh Sumber: Ahmad Haji Saleh (1975) Ringkasan Sejarah Dunia

Kerajaan Aceh (Rajah 2..5) memberi perlindungan kepada pedagang yang berniaga di bawah kekuasaan Aceh. Surat raja Aceh (Sultan Alauddin Shah) kepada Harry Middleton ditulis dalam bahasa Melayu pada tahun 1601 semasa kapal tersebut berlabuh di pelabuhan Aceh. Perkataan-perkataan telah ditransliterasikan daripada huruf Jawi kepada huruf Rumi memperlihatkan sebahagian besar bahasa Melayu yang digunakan dalam surat ini dikatakan serupa dengan bahasa Melayu sekarang. Terdapat beberapa perkataan yang mengalami perubahan, misalnya sarwa=segala;sekalian=seluruh; pertuha=pertua/ketua; taÊkluk=takluk; Inglitir=Inggeris;kapitan=kapten; memeli=membeli; suhbat=sahabat; meli berjual=berjual-beli dan lain-lain.

Page 12: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 26

Bahasa yang hampir sama juga kelihatan dalam surat kebenaran berniaga daripada raja Aceh kepada James Lancester bertarikh 1602. Pada abad ke-16 juga kerajaan Aceh banyak berutus surat dan juga mengikat perjanjian dengan kerajaan Belanda. Kitab Thamaratul Matlub fi Anuaril Qulub memuatkan pelbagai surat dan perjanjian antara raja-raja Melayu dengan raja-raja Bugis dengan Belanda, serta natara Belanda dengan Inggeris.

Banyak karya serta kitab diterbitkan di pulau ini, seperti kitab „Al-Hakim‰ oleh Tajuddin Abdul Fadzil Ahmad ibn Abdul Karim (1863 M) dan „Sabil Al-Hidayat‰ oleh Sayyed Aluwi BaÊaluwi (1899 M). Hasil penulisan yang terkenal dan terpenting dalam dunia persuratan Melayu ialah karya Raja Ali Haji, iaitu „Bustan Al-Katibin‰ (1857 M), „Pengetahuan Bahasa‰ (1859 M), „Salasilah Melayu dan Bugis‰ (1865 M) dan „Tuhfat Al-Nafis‰ (1865 M). Di Aceh juga, terdapat penulis tempatan yang telah menarik pembaca untuk menghayati Islam. Palembang dan Aceh telah menggantikan Melaka sebagai pusat keintelektualan Melayu. Antara tokoh-tokoh di Aceh ialah:

(a) Sheikh Nuruddin Al-Raniri („Bustanul Salatin‰)

(b) Shamsuddin Al-Sumaterani („Mirat Al-Mukmin‰)

(c) Abdul Rauf Singkel („Mirat Al-Tullab‰)

(d) Hamzah Fansuri („Syair Perahu‰)

Di Palembang pula terdapat Abdul Samad Al-Falembani dengan kitab „Hikayat Al-Salakin‰. Selain daripada Aceh dan Palembang, beberapa tokoh juga timbul di tempat-tempat lain. Di Brunei, Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh (Pengiran Indera Muda) telah menghasilkan „Syair Rakis‰, manakala di Banjarmasin pula terkenal dengan Arshad Al-Banjari dengan kitab „Sabil Al-Muhtadin‰. Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani di Pattani pula menghasilkan „MatlaÊal Badrain‰ dan „FuruÊ Al-Masail‰.

Hamzah Fansuri merupakan penulis zaman ini yang sangat terkenal. Beliau dikatakan berasal dari Barus, Sumatera dan suka mengembara ke pelbagai tempat untuk menambah pengetahuannya. Antaranya ialah Makkah, Baghdad, Pahang dan Kudus di Pulau Jawa. Beliau menguasai bahasa Arab dan Parsi di samping bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibundanya. Hamzah Fansuri menghasilkan karyanya pada masa Sultan Iskandar Mahkota Alam yang memerintah Aceh pada tahun 1606-1636M. Karya ciptaannya merupakan prosa dan syair dicipta pada awal abad ke-17. Hamzah Fansurilah yang mula-mula memperkenalkan bentuk syair dalam bahasa Melayu. Antara prosanya yang terkenal ialah Asrarul fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al-Muntahi dan Sharabul-Ashiqin atau Zinatul-Muwahiddin. Syairnya pula ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-Suluk wal-tawhid dan Syair Perahu.

Page 13: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 27

Syamsuddin Pasai yang menjadi ulama istana Aceh pada masa pemerintahan Mahkota Alam (1607-1636) terkenal sebagai pengikut Hamzah Fansuri. Karyanya menyentuh bidang tasauf. Antara karyanya yang terkenal ialah MirÊat al-Mukmin, MirÊat al-Muhakkihin, MirÊat al-Qulub, Kitab Siri al-Arifna dan Kitab fi DhikrdaÊira kab al-Kansayna. Seorang lagi tokoh pada zaman ini ialah Abdul Rauf Singkel yang menghasilkan kitab MirÊat aÊt-Tullab fi Tashli Makrifat al-Ahkam aÊsh Shariyyah li Malik aÊl-Wahhab, Umdat al-Muhtajia, terjemahan tafsir Baidhawi dan autobiografi.

Pada masa itu juga di Johor terdapat beberapa hasil penulisan seperti „Hikayat Negeri Johor‰ dan „Kitab Pemimpin Johor‰. Kerajaan Melayu Johor-Riau terus menjadi pusat pengembangan bahasa Melayu sehingga menjadi bahasa persatuan di seluruh Nusantara. Menurut Syed Naquib Al-Attas, karya keagamaan yang tertua dalam bahasa Melayu ialah terjemahan bahasa Melayu al-Nasafi, iaitu ÂAqaÊid. Karya ini mengemukakan pernyataan masalah tentang kewujudan hakikat benda, hakikat ilmu, teori cakerawala, hakikat Tuhan dan diri manusia. Karya ini merupakan asas pengilmuan dalam bahasa Melayu yang kemudiannya dikembangkan oleh penulis lain. Analisis kedua terhadap kitab ini dilakukan oleh Asmah Haji Omar yang telah memberikan maklumat tentang bahasa Melayu abad ke-16 dan seterusnya sejarah evolusi bahasa Melayu. Pertemuan kitab ini merupakan jambatan hubungan perkembangan bahasa Melayu antara abad ke-14 dengan abad ke-17.

Huraikan kepentingan Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dalam membicarakan perkembangan bahasa Melayu zaman kesultanan Melaka.

AKTIVITI 2.1

(a) Bincangkan kecemerlangan bahasa Melayu sewaktu zaman kerajaan Aceh.

(b) Jelaskan peranan Hamzah Fansuri dalam penghasilan karya bercorak keagamaan.

SEMAK KENDIRI 2.1

Page 14: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 28

BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN PORTUGIS

Era kedatangan Barat ke tanah Melayu bermula dengan bertapaknya kuasa Portugis di Melaka dengan kejatuhan kesultanan Melaka pada tahun 1511. Penjajahan Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 di wilayah kebudayaan Melayu di Asia Tenggara telah mencetuskan pelbagai jenis penentangan oleh bangsa Melayu terhadap penjajahan. Namun begitu, keruntuhan kerajaan Melayu Melaka tidak meruntuhkan bahasa Melayu. Banyak pengkaji terus menjalankan penyelidikan tentang bahasa Melayu. Antaranya ialah Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali dalam pelayarannya bersama Magellan, telah menyusun kamus Melayu-Itali semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Dokumen ini merupakan daftar kata daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400 patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. Kedudukan Pulau Tidore yang terletak jauh dari tempat asal bahasa Melayu menggambarkan betapa luasnya bahasa Melayu tersebar. Seorang lagi pengkaji ialah Jan Hugen Van Linschotten, seorang bangsa Belanda pernah tinggal di Indonesia antara tahun 1586 hingga 1592 dan berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah Portugis. Beliau ada mencatatkan dalam bukunya bahawa bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.

Penulisan tentang bahasa Melayu yang penting pada zaman ini ialah daftar kata Pigafetta yang merakamkan perbualan Magellan dengan lelaki Melayu beragama Kristian bernama Hendrick. Pigafetta mempelajari bahasa yang dituturkan dan menyalin beberapa perkataan dalam bahasa Itali dan dipadankan dengan perkataan Melayu. Oleh sebab beliau bukan ahli bahasa, maka pertuturan yang disalin adalah berdasarkan ejaan Itali. Beliau telah berjaya mengumpulkan 426 perkataan dan rangkai kata bahasa Melayu. Senarai ini kemudiannya disusun semula oleh Alessandrio Bausani dan dijadikan buku Perbendaharaan kata Itali-Melayu yang pertama.

Sarjana Barat yang berusaha mengembangkan bahasa Melayu ialah Casper Wittens yang menyusun kamus bahasa Melayu-Belanda dan diperbaiki oleh Sebastian Danckaerts dan diterbitkan oleh Gravenhaghe pada tahun 1623 Masihi dan di Batavia pada tahun 1707 Masihi. Kamus ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh David Haex dan diterbitkan di Rom pada tahun 1631 Masihi.

Pada awal abad ke-18, Francios Valentijn, seorang pendeta dan ahli sejarah bangsa Belanda yang banyak menulis mengenai wilayah kepulauan Melayu, telah menggambarkan kepentingan bahasa Melayu seperti berikut, „Bahasa mereka, bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut, tetapi juga digunakan di seluruh kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap orang.‰

2.2

Page 15: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 29

Selain daripada itu, penggunaan bahasa Melayu meluas dalam warkah-warkah rasmi sebagai utusan daripada raja Melayu. Antaranya ialah surat Sultan Aceh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601), surat Sultan Alauddin Shah dari Aceh kepada Harry Middleton (1602) dan surat sultan Aceh kepada raja Inggeris, King James (1612). Ketiga-tiga surat ini tersimpan di Perpustakaan Bodelein, London.

Thomas Bowrey menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1701 Masihi dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. George Werndley seorang sarjana Bahasa Melayu menulis „Nahu Melayu‰ yang diterbitkan di Amsterdam pada tahun 1736 Masihi, M. John Howison menyusun kamus Inggeris-Melayu pada tahun 1801 dan P. Farve menyusun kamus Perancis-Melayu pada tahun 1871 Masihi.

Zaman kedatangan Portugis merupakan detik permulaan pengaruh bangsa Eropah kepada bahasa dan kebudayaan Melayu. Selain daripada kuasa Portugis, pengaruh bahasa Belanda juga kelihatan dalam bahasa Melayu khususnya perkembangan di Indonesia. Bagi Tanah Melayu pula, pengaruh Barat yang paling banyak mempengaruhi bahasa Melayu ialah kedatangan kuasa Inggeris pada awal abad ke-19. Pengaruh ini masih lagi kelihatan khususnya dalam perkembangan ilmu Bahasa Melayu dan perkembangan peristilahan dalam pelbagai bidang.

Pilih satu surat Raja Melayu kepada pemerintah asing (Barat) dan bincangkan kandungannya dalam hubungan dengan perkembangan bahasa Melayu.

AKTIVITI 2.2

Bincangkan kepentingan daftar kata Pigafetta dari segi perkembangan bahasa Melayu.

SEMAK KENDIRI 2.2

Page 16: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 30

BAHASA MELAYU ZAMAN KEDATANGAN INGGERIS

Sebelum Inggeris bertapak di semenanjung Tanah Melayu, bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa perantaraan bagi penduduk negara ini. Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pentadbiran di semua pusat pemerintahan dan menjadi bahasa pengantar di institusi pendidikan yang ada pada ketika itu seperti pusat pengajian Islam dan kelas agama. Perhubungan antara rakyat juga menggunakan bahasa Melayu, termasuk di pusat-pusat perniagaan seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura yang sebahagian besar penduduknya terdiri daripada orang Melayu. Sebelum penjajahan Inggeris, bahasa Melayu mencapai kedudukan yang tinggi, berfungsi sebagai bahasa perantaraan, pentadbiran, kesusasteraan, dan bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam.

Pada abad ke-19 bermula dengan karangan Munsyi Abdullah, zaman ini dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu Moden. Beberapa karya terkenal pada zaman ini ialah hasil tulisan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Karya pertama beliau ialah Syair Singapura Terbakar. Abdullah Munsyi bukan sahaja memperlihatkan keunggulan bahasa Melayu melalui karya kesusasteraan, malahan memberikan kesedaran tetantang betapa pentingnya nahu bahasa Melayu. Bagi beliau, sekiranya nahu bahasa Melayu ditulis oleh orang asing maka nahu bahasa Melayu yang ditulis itu hanyalah merupakan pengubahsuaian nahu bahasa mereka sendiri yang cuba dipaksakan terhadap bahasa Melayu. Perkembangan bahasa Melayu yang diperjuangkan oleh Abdullah Munsyi tidaklah menghairankan kerana latar pendidikannya yang berbahasa Inggeris.

Tokoh yang terkenal pada zaman ini juga ialah Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munsyi menulis Kitab Pemimpin Johor sejak tahun 1871 Masihi dan diterbitkan pada tahun 1878 Masihi. Beliau menggunakan banyak ibu perkataan dalam kitabnya kerana bentuk ini dikatakan dapat membanyakkan beberapa perkataan lain sehingga menjadi ayat dan juga perenggan. Yang dimaksudkan dengan ibu perkataan tersebut ialah perkataan istimewa, adapun, arakian, alkisah, bermula, bahawasanya, bahawa, hatta, dan, dewasa, sebermula, sebagai lagi, sebagai pula, sekali persetua, seyogiayanya, syahdan, kalian, dan maka.Kitab ini beracuankan bahasa Inggeris namun penggunaan bahasanya terlihat masih lebih banyak dipengaruhi oleh struktur bahasa Arab dan berusaha mengelakkan perkataan yang keinggerisan. Muhammad Ibrahim juga telah menubuhkan organisasi yang diberi nama Pakatan Mengajar Bahasa (1888 M). Tujuan penubuhan ini adalah untuk mengkaji dan mempelajari bahasa Melayu agar pengetahuan bahasa Melayu itu lebih mudah disebar luaskan.

Tokoh lain yang sezaman dengan Abdullah Munsyi ialah Raja Ali ibni Raja Haji Ahmad. Walaupun sezaman dengan Abdullah Munsyi tetapi Raja Ali

2.3

Page 17: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 31

mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Abdullah Munsyi berpendidikan Inggeris manakala Raja Ali Haji berpendidikan Arab serta seorang pendakwah. Bukunya Bustanul Katibin bertarikh 1850 Masihi didasarkan kepada nahu bahasa Arab. Walaupun nahu ini berdasarkan nahu bahasa Arab, buku ini dianggap penting kerana inilah buku nahu berbahasa Melayu yang ditulis oleh orang Melayu. Kitab Pengetahuan Bahasa pula dihasilkan pada tahun 1859 Masihi. Hasil ini merupakan sebuah kamus Melayu. Bahagian awalnya membincangkan kamus Melayu secara ringkas dan sederhana. Namun begitu tidak semua abjad dalam kamus diakhiri dengan sebahagian perkataan ca. Erti perkataan disertakan dengan penjelasan walaupun berdasarkan kaedah dalam bahasa Arab.

Raja Ali Haji dilahirkan pada tahun 1909 Masihi dan dibesarkan di Pulau Penyengat, iaitu sebuah pulau kecil yang tidak jauh dari Tanjung Pinang di Riau yang pada ketika itu menjadi pusat kebudayaan Melayu dan pusat ilmu pengetahuan. Beliau telah menghasilkan kitab tatabahasa Melayu yang dinamakan Bustanil Katibina Lis SubyaniÊil Mutaalamin atau diterjemahkan sebagai Kitab Perkebunan Juru Tuli bagi Kanak-Kanak yang Hendak Menuntut Belajar Akan Dia merupakan buku pelajaran ejaan dan tatabahasa. Kitab ini setebal 70 halaman mengandungi bahagian pendahuluan, 31 fasal dan khatimah (penutup). Kitab ini dibahagikan kepada dua bahagian: bahagian pertama terdiri daripada penulisan tentang bahasa Melayu dan bahagian kedua, mengenai tatabahasa bahasa Arab. Di sini penulisnya cuba menyesuaikan dan menerapkan sistem tatabahasa Arab ke dalam struktur ayat bahasa Melayu. Penggunaan kata-kata dan struktur ayat bahasa Melayu dipindahkan dan diklasifikasikan secara langsung dalam bahasa Arab agar sesuai dengan kata dan tatabahasa Arab.

Pada zaman penjajahan Inggeris di Tanah Melayu, khususnya ketika sebelum berlaku Perang Dunia Kedua, bahasa Melayu terus digunakan untuk tujuan urusan rasmi di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu. Pegawai-pegawai Inggeris yang bertugas di Negeri-Negeri Melayu sebelum Perang Dunia Kedua dikehendaki mempelajari Bahasa Melayu dan mesti lulus dalam peperiksaan Bahasa Melayu sebelum disahkan dalam jawatan. Sebahagian daripada pegawai-pegawai itu terus menaruh minat yang tinggi terhadap bahasa Melayu, sehingga dikenali sebagai sarjana Bahasa Melayu. Antaranya ialah R.O. Winstedt, J.R. Wilkinson, C.C. Brown, W.E. Maxwell, W. Marsden, W.G. Shellabear dan J. Crawford.

William Marsden telah menulis A Grammar of Malayan Language pada tahun 1812 masihi. Beliau telah mengutarakan beberapa hal penting dalam perkembangan bahasa Melayu, iaitu bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunya sederhana. Penyebutannya juga mudah dan mudah diselaraskan dengan kata pinjaman. Bahasa Melayu dikatakan bukan berasal

Page 18: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 32

daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskritlah yang memperkayakan bahasa Melayu. Tajuk-tajuk kecil dalam buku ini ialah abjad Jawi, konsonan dan vokal, tanda bacaan tulisan Jawi, golongan kata, bahagian ayat, nama sifat, perbandingan, bilangan, ganti nama, penunjuk, sendi, keterangan, penghubung, seruan, pengimbuhan, binaan ayat, dialek, prosodi dan praksis. Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telah mengambil 28 huruf Arab, dan mencipta beberapa huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada.

Tokoh besar dunia Melayu yang lahir pada zaman Inggeris ialah Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama ZaÊba. Beliau dilahirkan di Kampung Bukit Kerdas, Batu Kikir, Negeri Sembilan pada 16 September 1895 dan banyak menghabiskan hayatnya dalam bidang kebahasaan. Beliau mendapat pendidikan Inggeris dengan kelulusan Senior Cambridge di St. PaulÊs Institution di Seremban, di samping lulus di peringkat tertinggi di sekolah Melayu. Beliau telah menghasilkan Pelita Bahasa Melayu (PBM) bertujuan untuk menyusun kaedah buku nahu (tatabahasa) bahasa Melayu dengan lebih lengkap daripada buku-buku nahu bahasa Melayu oleh tokoh-tokoh pengkaji Melayu sebelumnya. Buku nahu ini menghuraikan kaedah nahu bahasa Melayu atau aturan rangkanya mengikut pengaruh atau acuan nahu bahasa Inggeris dan sedikit pengaruh nahu bahasa Arab yang dipadankan dengan pembawaan tabiat sejati bahasa Melayu serta pendekatan khasnya yang tersendiri. Oleh itu, nahu ZaÊba ini lebih menekankan ciri-ciri makna dan struktur dalam penggolongan kata. Pelita Bahasa Melayu (1) diterbitkan pada tahun 1940 oleh Pejabat Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Pada cetakan pertamanya, buku ini diterbitkan dalam tulisan Jawi yang membicarakan masalah huruf, tulisan, ejaan, saraf dan nahu Melayu. Pelita Bahasa Melayu (2) merupakan lanjutan terbitan yang pertama mengandungi 12 bab yang merangkumi beberapa aspek yang dimulai dengan permulaan mengarang, latihan membuat ayat, mengarang ayat-ayat tunggal, pemakaian tanda-tanda berhenti, cakap pindah sehingga kepada penghabisan karangan. Buku ini dikarang untuk murid-murid darjah 2 , 3 dan 4 sekolah Melayu pada masa itu.

Seperkara yang menarik dapat dikatakan bentuk bahasa Melayu pada era ini ialah gaya bahasanya masih mengikut cara lama, iaitu bahasa Melayu Klasik seperti penggunaan sahaya, arakian, kemudian daripada itu, adapun, maka, sekalian danlain-lain. Fonem-fonem bahasa Melayu ditambah dengan fonem-fonem baharu daripada bahasa Arab masih kekal. Kata-kata istilah baharu juga muncul buat pertama kali terutama dalam pentadbiran moden yang diamalkan sewaktu zaman pemerintahan keluarga Temenggung Ibrahim. Pada masa yang sama, beberapa istilah Inggeris juga diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu untuk urusan pentadbiran seperti jawatankuasa, setiausaha, pejabat, pesuruhjaya dan jabatan. Kata-kata bahasa asing dari Barat seperti kata Belanda di Indonesia juga meresap masuk ke dalam bahasa Melayu seperti kompeni, gabenor dan lain-lain.

Page 19: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 33

Selepas Perang Dunia Kedua, British mengubah dasar menjadikan bahasa Inggeris sebagai pengantar dalam sistem pendidikan. Semasa Malaysia mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Persekutuan Perkara 152 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Laporan Razak 1956 mencadangkan bahasa Melayu sebagai pengantar dalam sistem pendidikan negara. Hanya selepas Perang Dunia Kedua kedudukan serta peranan bahasa Melayu mula terancam. Pegawai-pegawai Inggeris baru yang jahil terhadap bahasa Melayu membawa tekanan kepada kehidupan rakyat di negara ini, menerusi nilai-nilai baru yang diperkenalkan. Orang-orang Inggeris menjadi „tuan‰ dan segala yang bersangkutan dengan cara hidup mereka diberi nilaian yang tinggi termasuk bahasa mereka. Ini diperkukuhkan dengan dasar menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem persekolahan. Dalam keadaan bahasa Melayu menerima tekanan, kesusasteraan Melayu terus dihasilkan, bukan oleh cendiakawan berpendidikan Barat tetapi cerdik pandai lulusan sekolah Melayu atau Arab.

Pada awal abad ke-20, semangat kebangsaan bergema dan orang-orang Melayu mula mengorak langkah untuk memperjuangkan bahasa ibunda mereka. Wartawan, sasterawan, budayawan, guru-guru Melayu dan ahli-ahli politik berganding bahu memperjuangkan cita-cita ini. Akhbar dan majalah menjadi saluran utama untuk menyuarakan hasrat ini. Perjuangan bahasa Melayu digerakkan serentak dengan perjuangan politik membebaskan tanah air daripada penjajahan.

Akhirnya kejayaan tercapai dengan termaktubnya Artikel 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, yang menyebut bahawa „Bahasa Kebangsaan negara ini adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan sebagaimana yang diperuntukan dengan undang-undang Parlimen‰. Dengan perakuan ini, maka bermulalah era baru bagi bahasa Melayu, satu bahasa yang pernah menjadi lingua franca bagi seluruh kepulauan Melayu. Perbincangan tentang perkembangan bahasa seterusnya akan dibincangkan dengan lebih perinci dalam topik-topik seterusnya.

Bincangkan pemikiran ZaÊba tentang perkembangan bahasa Melayu berdasarkan karya penulisannya yang dihasilkan sewaktu pemerintahan Inggeris di Tanah Melayu.

AKTIVITI 2.3

Page 20: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 34

Islam telah membawa huruf Arab dalam penulisan bahasa Melayu dan berkembang menjadi bahasa yang kaya dengan pelbagai istilah baharu yang dipinjam daripada perbendaharaan kata bahasa Arab dan Parsi. Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang berkaitan dengan falsafah, kesusasteraan, keagamaan dan dijadikan bahasa pengantar dalam kegiatan dakwah Islam.

Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi dalam kerajaan-kerajaan di alam Melayu. Surat-surat raja Melayu pada abad ke-16 ditulis dalam bahasa Melayu kepada Raja Portugis. Dengan demikian juga raja-raja daripada kerajaan Aceh juga menggunakan bahasa Melayu dalam urusan diplomatik untuk berhubung dengan kerajaan asing.

Kerajaan Samudera Pasai dikenali juga sebagai Samudera, Pasai dan Samudera Darussalam atau Sumatera. Kerajaan ini terletak di Aceh dan merupakan kerajaan Islam pertama di Indonesia. Perkataan "Samudera" berasal daripada perkataan Sanskrit, iaitu Samundra atau Samandara, yang membawa pengertian "lautan".

Abad ke-13 juga merupakan permulaan bahasa Melayu Klasik yang berkembang sewaktu zaman pemerintahan kerajaan Melayu Pasai. Bahasa Melayu Klasik merupakan kesan langsung pengaruh agama Islam yang berkembang dengan pesat bertunjangkan tulisan Jawi yang menggunakan aksara Arab.

Hikayat Raja-Raja Pasai dianggap hasil kesusasteraan Melayu, mengisahkan masyarakat Melayu dan menggunakan bahasa Melayu (tulisan Jawi). Namun demikian, tidak dapat dipastikan tarikh awal hikayat ini ditulis kerana pada masa itu tradisi menceritakan semula cerita orang lain (seperti yang dilakukan pada cerita lisan) berlaku dan dianggap sebagai sesuatu yang wajar.

Hamzah Fansuri menghasilkan karyanya pada masa Sultan Iskandar Mahkota Alam yang memerintah Aceh pada tahun 1606-1636M. Karya ciptaannya merupakan prosa dan syair dicipta pada awal abad ke-17.

(a) Huraikan sumbangan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi dalam perkembangan bahasa Melayu.

(b) Bincangkan peranan Raja Ali Haji dalam perkembangan nahu bahasa Melayu.

SEMAK KENDIRI 2.3

Page 21: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 35

Hamzah Fansurilah yang mula-mula memperkenalkan bentuk syair dalam bahasa Melayu. Antara prosanya yang terkenal ialah Asrarul fi bayan Ilm al-Suluk wal-Tawhid, al-Muntahi dan Sharabul-Ashiqin atau Zinatul-Muwahiddin. Syairnya pula ialah Syair Dagang, Syair Jawi fasal fi bayan Ilm al-Suluk wal-tawhid dan Syair Perahu.

Era kedatangan Barat ke tanah Melayu bermula dengan bertapaknya kuasa Portugis di Melaka dengan kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Penjajahan Barat pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 di wilayah kebudayaan Melayu di Asia Tenggara telah mencetuskan pelbagai jenis penentangan oleh bangsa Melayu terhadap penjajahan.

Penulisan tentang bahasa Melayu yang penting pada zaman ini ialah daftar kata Pigafetta yang merakamkan perbualan magellan dengan lelaki Melayu beragama Kristian bernama Hendrick. Pigafetta mempelajari bahasa yang dituturkan dan menyalin beberapa perkataan dalam bahasa Itali dan dipadankan dengan perkataan Melayu.

Pada abad ke-19 bermula dengan karangan Munsyi Abdullah, zaman ini dianggap sebagai permulaan zaman bahasa Melayu moden. Beberapa karya terkenal pada zaman ini ialah hasil tulisan Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Karya pertama beliau ialah Syair Singapura Terbakar .

Tokoh lain yang sezaman dengan Abdullah Munsyi ialah Raja Ali ibni Raja Haji Ahmad. Walaupun sezaman dengan Abdullah Munsyi tetapi Raja Ali mempunyai latar pendidikan yang berbeza. Abdullah Munsyi berpendidikan Inggeris manakala Raja Ali Haji berpendidikan Arab serta seorang pendakwah. Bukunya Bustanul Katibin bertarikh 1850 M didasarkan kepada nahu bahasa Arab.

William Marsden telah menulis A Grammar of Malayan Language pada tahun 1812 Masihi. Beliau telah mengutarakan beberapa hal penting dalam perkembangan bahasa Melayu, iaitu bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur dan nahunya sederhana.

Tokoh besar dunia Melayu yang lahir pada zaman Inggeris ialah Zainal Abidin Ahmad atau lebih dikenali dengan nama ZaÊba. Beliau telah menghasilkan Pelita Bahasa Melayu (PBM) bertujuan untuk menyusun kaedah buku nahu (tatabahasa) bahasa Melayu dengan lebih lengkap daripada buku-buku nahu bahasa Melayu oleh tokoh-tokoh pengkaji Melayu sebelumnya.

Seperkara yang menarik dapat dikatakan bentuk bahasa Melayu pada era ini ialah gaya bahasanya masih mengikut cara lama, iaitu bahasa Melayu Klasik seperti penggunaan sahaya, arakian, kemudian daripada itu, adapun, maka, sekalian dan lain-lain.

Page 22: Topik 1 2XBahasa Melayu Zaman Islam, Inggeris · PDF file3. Menghuraikan sumbangan kedatangan Inggeris kepada Bahasa Melayu. ... ini dikarang sekitar tahun 1350 M. Pada bahagian akhir

TOPIK 2 BAHASA MELAYU ZAMAN ISLAM, PORTUGIS, DAN INGGERIS 36

Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi Bahasa Melayu Klasik Bahasa ibunda Bahasa pengantar Hamzah Fansuri Lingua franca Muhammad Ibrahim bin Abdullah Munsyi

Nahu Melayu Perlembagaan Perkara 152 PigafettaRaja Ali ibni Raja Haji Ahmad Samudera Pasai Surat-surat Raja Melayu William Marsden Zainal Abidin Ahmad

Amat Juhari Moain. (1992). Perancangan Bahasa: Sejarah Akasara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain. (1992a). Daerah penutur Asli Bahasa Melayu. dlm. Jurnal Bahasa. Jil. 1, bil. 2: 153-161.

Amat Juhari Moain. (1994). Sejarah Kebangsaan Bahasa Melayu. Serdang. Universiti Putra Malaysia.

Amat Juhari Moain. 2001. Sejarah dan Rumpun Bahasa Melayu. Serdang: IDEAL. Universiti Putra Malaysia.

Arbak Othman. (2001). Pembangunan Bahasa Melayu. Serdang: IDEAL. Universiti Putra Malaysia.

Asmah Haji Omar. (1986). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Fajar bakti Sdn. Bhd.

Darwis Harahap. (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Melayu. Universiti sains Malaysia: Pulau Pinang.

Ismail Hussein. (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zaiton Ab. Rahman & Zaini Mohamed Zain. (1990). Pensejarahan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Warisan Kesultanan Melayu Melaka

http://www.speedfinger.org/html/modules.php?name=News&op=NEArticle&sid=199 dipetik pada 2 Jun 2008

Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Hanafiah

Dipetik http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat_Amir_Hamzah pada 15 Julai 2008.