faqs - sistem e-pelaporan upd

20
FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF (Update 07042015) Unit Program j-QAF Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia

Upload: fadhil1486

Post on 18-Dec-2015

36 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

E-pelaporan

TRANSCRIPT

  • FAQS SISTEM e-PELAPORAN

    BERSEPADU

    PROGRAM j-QAF (Update 07042015)

    Unit Program j-QAF

    Bahagian Pendidikan Islam

    Kementerian Pendidikan Malaysia

  • 1 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU

    PROGRAM j-QAF

    KANDUNGAN MUKA SURAT

    PENGENALAN SISTEM ............................................................ 2

    KEPERLUAN SISTEM ................................................................ 5

    PROSEDUR KERJA ................................................................... 6

    PENGISIAN DATA .................................................................... 7

    MENYEMAK RALAT ............................................................... 11

    PENGHANTARAN DATA ........................................................ 12

    GLOSARI ............................................................................... 13

    RUJUKAN .............................................................................. 14

    SENARAI SEMAK AGIHAN TUGAS ......................................... 15

    CARTA ALIR ........................................................................... 16

    Perhatian: Untuk kemudahan sila klik pada perkara yang ingin diketahui di atas.

  • 2 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    PENGENALAN SISTEM

    Soalan: Apakah yang dimaksudkan Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF?

    Jawapan: Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF merupakan evolusi

    penambahbaikan Sistem e-Pelaporan Program j-QAF yang telah digunakan untuk

    menganalisa pencapaian model-model Program j-QAF sejak tahun 2007 hingga 2013.

    Sistem yang baru ini mempunyai pelbagai fungsi yang disepadukan dalam satu sistem

    seperti berikut:

    i. Pangkalan data merangkumi data guru, murid, kelas dan sekolah; ii. Pelaporan pencapaian model-model Program j-QAF bagi sekolah aliran Perdana; iii. Pelaporan pencapaian model-model Program j-QAF bagi sekolah atau kelas

    Pendidikan Khas; iv. Pelaporan Perkara Asas Fardu Ain (PAFA); v. Pelaporan Pelaksanaan Pemantauan Program j-QAF peringkat daerah, negeri dan

    kebangsaan.

    Sistem ini dibangunkan oleh barisan Guru Pendidikan Islam dan Guru j-QAF

    menggunakan platform Microsoft Access 2007 dengan mengambil kira keperluan pengguna

    di semua peringkat; Sekolah, PPD, JPN dan KPM.

    Soalan: Apakah kelebihan sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF?

    Jawapan: Kelebihan sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF:-

    i. Data murid diimport daripada Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Guru

    hanya perlu mengisi markah murid sahaja;

    ii. Menggunakan hanya satu sistem berpusat untuk kegunaan di setiap peringkat

    sekolah, PPD, JPN dan KPM berbanding sistem terdahulu yang menggunakan

    sehingga tujuh sub sistem;

    iii. Mengambil kira kemudahan kepada pengguna yang menggunakan komputer atau

    laptop yang dilengkapi skrin sesentuh;

    iv. Kapasiti saiz sistem yang lebih kecil, kira-kira 20 Mb berbanding sebelumnya 60 Mb;

    v. Data dan sistem disimpan dalam ruang storan yang berasingan sebagai langkah

    keselamatan;

    vi. Sistem boleh berfungsi pada komputer yang berspesifikasi rendah;

    vii. Proses eksport dan import data berlaku dengan lebih pantas;

    viii. Saiz data yang telah diproses lebih kecil; dan

    ix. Laporan dan analisis dijana dengan lebih sistematik dan spesifik.

  • 3 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    Soalan: Apakah perbezaan sistem e-Pelaporan dan Sistem e-Pelaporan Bersepadu

    Program j-QAF?

    Jawapan: Perbezaan antara kedua-dua sistem seperti berikut :-

    Sistem e-Pelaporan Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF

    Menggunakan Microsoft Office Excel Menggunakan Microsoft Office Access

    Proses data mengambil masa yang lama Proses data mengambil masa yang cepat

    Kurang mesra pengguna Lebih mesra pengguna

    Memerlukan perkakasan komputer yang berkeupayaan tinggi

    Boleh menggunakan Perkakasan komputer yang minima

    Saiz data yang besar Saiz data yang kecil

    Nama murid perlu ditaip atau copy paste Nama murid dan guru diperolehi daripada data

    HEM

    Soalan: Kenapakah saya perlu mengisi Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF?

    Apakah kepentingannya?

    Jawapan: Pencapaian murid dalam pelaksanaan Program j-QAF amat penting untuk

    dilaporkan kerana :

    i. Memastikan pencapaian semua murid yang terlibat dengan Program j-QAF seluruh negara direkodkan secara terancang dan tersusun.

    ii. Guru dapat mengenal pasti perkembangan setiap murid secara headcount bagi setiap model dalam Program j-QAF.

    iii. Guru boleh merancang dan mengambil tindakan susulan terhadap murid yang belum menguasai kemahiran yang dicadangkan.

    iv. Pencapaian dan pelaksanaan Program j-QAF dibuat secara Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR) bukannya Berasaskan Peperiksaan (Exam Oriented), oleh itu pelaporan perlu dibuat secara terperinci dan berterusan supaya penghayatan guru dan murid sentiasa dapat dinilai dan dikenalpasti.

    v. Pelaksanaan Program j-QAF yang berperanan sebagai memperkasakan Pendidikan Islam diambil kira dalam Pelaksanaan Teras ke 3 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan ( PIPP ).

  • 4 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    Soalan: Bilakah Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF ini perlu diisi dan dihantar

    ke PPD?

    Jawapan: Pengisian Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF perlu diisi pada minggu

    awal Mei dan minggu awal Oktober dan dihantar ke PPD mengikut tarikh yang ditetapkan

    oleh JPN masing-masing.

    Kembali Ke Menu Utama

  • 5 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    KEPERLUAN SISTEM

    Soalan: Apakah keperluan minimum untuk menggunakan Sistem e-Pelaporan Bersepadu

    Program j-QAF?

    Jawapan: Keperluan minimum ialah:-

    i. Sistem Pengoperasiaan (Operating System) berasaskan Microsoft Windows samada

    windows VISTA, windows XP, windows 7 atau windows 8;

    ii. Microsoft Access 2007 ke atas;

    iii. Paparan skrin (cadangan) minima 12 inci dan ke atas; skrin resolusi minima 1024 x

    768 piksel; dan

    iv. Data Sistem Maklumat Murid (SMM) terkini.

    Soalan: Adakah Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF boleh berfungsi dengan

    semua Sistem Operasi Windows atau Microsoft Office?

    Jawapan: Boleh, KECUALI komputer atau laptop yang mempunyai gabungan Sistem Operasi

    Windows 8.1 Pro 64 bit dan Microsoft Office Access versi 2010 @ 2013 64 bit. Ini

    berdasarkan ujilari yang dijalankan oleh pihak admin.

    Soalan: Adakah Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF berfungsi dengan perisian

    Microsoft Office Access 2003 atau lebih bawah?

    Jawapan: Tidak boleh, kerana sistem ini dibangunkan menggunakan perisian Microsoft Office

    Access 2007 dan ia berfungsi kepada perisian Microsoft Office Access 2007 ke atas.

    Soalan: Adakah sistem ini berfungsi dengan Sistem Operasi Macintosh @ Mac OS X?

    Jawapan: Boleh, dengan syarat memenuhi keperluan berikut:-

    i. Menggunakan perisian VMWare atau Parallel Desktop (dalam persekitaran Mac OS X; ii. Menggunakan perisian Boot Camp untuk menjalankan Microsoft Windows (dalam

    persekitaran Dual Boot).

    Soalan: Adakah boleh mengisi data menggunakan komputer yang dilengkapi touchscreen?

    Jawapan: Boleh.

    Kembali Ke Menu Utama

  • 6 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    PROSEDUR KERJA

    Soalan: Bagaimanakah data ini dikumpulkan?

    Jawapan: Peringkat pengumpulan data adalah seperti berikut:

    Soalan: Apakah tatacara pengagihan pengisian data yang praktikal untuk saya ikuti?

    Jawapan: Tatatacara yang praktikal adalah seperti berikut:

    i. Guru setiap bidang menyediakan data mentah bidang yang diajar. ii. Data mentah yang lengkap dilaporkan di dalam mesyuarat panitia. iii. Data mentah tadi diagihkan mengikut kelas. Contohnya:

    Data Tahun 1 Dahlia (sekiranya guru mencukupi) diisi oleh seorang guru X,yang mana

    guru X perlu mengisi semua data berkaitan Kem Bestari Solat, Ujian Jawi, Ujian Bahasa Arab

    dan Al-Quran 6 Bulan/Khatam Al-Quran.

    Soalan : Siapakah yang patut mengisi Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF?

    Jawapan : Panitia Pendidikan Islam perlu melantik seorang Penyelaras Data daripada

    kalangan guru Pendidikan Islam atau guru Bahasa Arab yang berkebolehan yang akan

    menyelaras dan menyeragamkan agihan tugas kepada semua guru dalam panitia Pendidikan

    Islam. Bagi sekolah yang terdapat Kelas Program Pendidikan Khas Integrasi PPKI atau di

    Sekolah Kebangsaan Pendidikan Islam (SKPK), seorang penyelaras kelas perlu dilantik untuk

    membantu penyelaras kelas. Tugasan ini perlu dijalankan secara kerjasama berpasukan.

    Soalan: Adakah senarai nama murid perlu ditaip ke dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu

    Program j-QAF ?

    Jawapan: Boleh. Namun senarai nama murid dan guru boleh dimuatkan pada sistem melalui

    cara-cara seperti berikut:-

    i. Melalui Data APDM (Data Murid). (Untuk keterangan lanjut sila rujuk Manual Pengguna)

    Kembali Ke Menu Utama

    KELAS SEKOLAH PEJABAT

    PENDIDIKAN DAERAH

    JABATAN PENDIDIKAN

    NEGERI

    BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KPM

  • 7 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    PENGISIAN DATA

    Soalan: Adakah Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF boleh beroperasi pada

    selain folder C:\BPI seperti pada Thumbdrive atau External Harddisk?

    Jawapan: Tidak boleh, Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF hanya boleh beroperasi

    pada folder C:\BPI.

    Soalan: Adakah terdapat perbezaan pengisian model-model Sistem e-Pelaporan Bersepadu

    Program j-QAF antara murid-murid di SK, SABK SJKC, SJKT dan Pendidikan Khas?

    Jawapan: Ya, perbezaan pengisian adalah seperti berikut:-

    Model SK & SABK SJKC & SJKT Kelas PPKI & SKPK

    Khatam al-Quran

    Jawi X

    Bahasa Arab X X

    KBS Solat

    Soalan: Adakah kaedah pengisian Model Khatam Quran pada Sistem e-Pelaporan

    Bersepadu Program j-QAF sama dengan Sistem e-Pelaporan yang lama?

    Jawapan: Berbeza. Kaedah pengisian seperti berikut:-

    i. Untuk Tahun 1, murid yang yang masih Iqra 1 hingga 6 tidak perlu memasukkan muka surat pada ruangan MUKA SURAT (AQ) dan kekalkan sebagai 0. Jika murid telah membaca Al-QURAN, sila masukkan Muka Surat Semasa murid berkenaan pada ruangan MUKA SURAT. Jika murid telah Khatam, memadai hanya tandakan pada KHATAM sahaja.

    ii. Untuk Tahun 2 hingga Tahun 6, murid yang yang masih Iqra 1 hingga 6 perlu memasukkan muka surat pada ruangan MUKA SURAT (AQ) berdasarkan ayat dibaca di dalam kelas berdasarkan Buku Rekod Bacaan Khatam murid dan MARKAH KUALITI berdasarkan markah yang disediakan. Jika murid telah membaca Al-QURAN, sila masukkan Muka Surat Semasa murid berkenaan pada ruangan MUKA SURAT(AQ). Jika murid telah Khatam, memadai hanya tandakan pada KHATAM sahaja dan MARKAH KUALITI berdasarkan markah yang disediakan.

  • 8 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    Soalan: Adakah terdapat perbezaan pengisian Khatam al-Quran antara murid di SK, SABK

    SJKC, SJKT dan murid di Pendidikan Khas?

    Jawapan: Ya, pengisian data untuk semua model sama kecuali untuk model Khatam al-

    Quran. Untuk pengisian untuk murid Pendidikan Khas hanya perlu mengisi SKALA

    PENCAPAIAN BACAAN iaitu (Skala 1 hingga Skala 5). Sekiranya murid Pendidikan Khas boleh

    membaca al-Quran, maka ada pilihan surah-surah yang dibaca atau dikuasai oleh murid pada

    ruangan SURAH JUZUK AMMA/AL-QURAN.

    Sementara untuk model KBS Solat, untuk Pendidikan Khas terdapat tambahan

    CATATAN PPKI iaitu mengikut (Skala 1 hingga Skala 5).

    Perkara Penerangan

    Skala 1 Sangat lemah

    Skala 2 Lemah

    Skala 3 Sederhana

    Skala 4 Baik

    Skala 5 Sangat Baik

    Soalan: Apakah kesan sekiranya laporan khatam al-Quran diisi tidak mengikut sukatan?

    Jawapan: Sekiranya laporan khatam al-Quran tidak diisi mengikut sukatan yang telah

    ditetapkan peningkatan prestasi pelajar tidak akan berlaku dan akan memberi kesan kepada

    objektif program j-QAF secara keseluruhan.

    Soalan: Dari manakah sumber soalan untuk mengisi markah pelaporan Jawi dan Bahasa

    Arab?

    Jawapan: Soalan Sumatif untuk Jawi dan Bahasa Arab akan disediakan oleh pihak Bahagian

    Pendidikan Islam KPM.

    Soalan: Bolehkah saya menggunakan soalan yang disediakan oleh pihak sekolah, Majlis

    Guru Besar atau Jabatan Pelajaran Negeri untuk tujuan penilaian pengisian pencapaian

    pelajar j-QAF?

    Jawapan: Tidak boleh. Guru perlu mengikut soalan atau instrumen yang disediakan oleh

    pihak BPI KPM untuk tujuan pengisian data pelaporan. Tetapi, tidaklah menjadi kesalahan

    bagi pihak sekolah untuk melaksanakan penilaian dalaman pencapaian semasa murid.

  • 9 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    Soalan: Adakah perbezaan mengisi data pencapaian Bahasa Arab antara Tahun Satu

    hingga Empat dengan Tahun 5 dan 6?

    Jawapan: Data Pencapaian Bahasa Arab untuk Tahun 1 hingga Tahun 6 berdasarkan Ujian

    Sumatif akan dilaporkan dalam pelaporan. Untuk Tahun 5 dan 6 boleh digunakan sebagai

    soalan Ujian Pertengahan Tahun serta dilaporkan dalam Sistem Dalam Talian SAPS.

    Soalan: Adakah data pencapaian Bahasa Arab murid non-muslim perlu untuk diisi?

    Jawapan: Ya, sekiranya murid non-muslim mengambil kelas dan ujian Bahasa Arab. Ia perlu

    diisi dan direkodkan mengikut lajur yang telah disediakan dalam format pelaporan.

    Soalan: Adakah saya perlu memahami instrumen dalam ujian Sumatif Bahasa Arab yang

    disediakan sebelum mengisi data pelaporan?

    Jawapan: Ya. Guru Bahasa Arab perlu memahami konsep dan instrumen yang disediakan

    dalam ujian Sumatif sebelum mengisi data pelaporan.

    Soalan: Bagaimana kaedah pengisian Model-Model Kem Bestari Solat?

    Jawapan: Pengisian untuk Model-Model Kem Bestari Solat (Model Wudhuk, Model Solat

    Perlakuan, Solat Bacaan, Hafazan dan Solat Tambahan) adalah dengan menanda (tick) salah

    satu pilihan samada Menguasai (M) atau Belum Menguasai (BM).

    Soalan: Adakah Model Solat Tambahan wajib diisi kepada semua Murid.?

    Jawapan: Model Solat Tambahan hanya diisi kepada murid Tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Ia tidak

    akan memberi kesan kepada analisis e-Pelaporan j-QAF sekolah secara keseluruhan.

    Soalan: Adakah saya perlu mengisi semula data pencapaian murid untuk bulan Oktober?

    Jawapan: Data daripada bulan Jun akan dibawa ke pelaporan seterusnya. Guru hanya perlu

    menyemak berdasarkan pencapaian semasa setiap murid. Bagaimanapun murid yang belum

    menguasai sesuatu perkara atau item data tersebut perlu ditanda kembali.

    Soalan: Adakah data disimpan secara automatik?

    Jawapan: Ya, perisian Microsoft Office Access akan menyimpan data yang dimasukkan secara

    automatik.

  • 10 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    Soalan: Adakah data akan hilang sekiranya semasa proses memasukkan data berlaku

    masalah terputus sambungan elektrik?

    Jawapan: Tidak, perisian Microsoft Office Access akan menyimpan data yang dimasukkan

    secara automatik.

    Soalan: Bolehkah saya memberhentikan pengisian data sebelum melengkapi

    keseluruhannya kemudian menyambung kembali tugasan tersebut?

    Jawapan: Boleh. Guru boleh menyambung semula pengisian data.

    Kembali Ke Menu Utama

  • 11 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    MENYEMAK RALAT

    Soalan: Setelah saya mengisi semua laporan di dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu

    Program j-QAF, apakah yang perlu saya lakukan?

    Jawapan : Anda perlu memastikan data setiap kelas selesai diisi kemudian di eksport dan

    dihantar kepada Penyelaras Data j-QAF untuk diimport gabung. Kemudian Penyelaras Data

    j-QAF akan menghantar data mentah di eksport ke PPD masing-masing.

    Soalan: Bagaimanakah cara untuk memastikan terdapat kesalahan dalam pengisian Sistem

    e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF sebelum menghantar EPPD kepada PPD ?

    Jawapan : Terdapat dua situasi penting untuk mengesan data yang tidak lengkap iaitu

    berdasarkan:

    i. Guru perlu menyemak data yang tidak lengkap melalui ANALISIS STATUS KEMASKINI DATA yang terdapat pada paparan setiap Model. Sekiranya pada ruangan STATUS DATA menunjukkan Tidak Lengkap, ia menunjukkan data tidak lengkap.

    ii. Penyelaras Data j-QAF serta para pentadbir sekolah boleh mengesan data Tidak Lengkap melalui Lampiran Pengesahan Data Pelaporan yang perlu disahkan oleh pihak pentadbir sekolah masing-masing.

    Tindakan :

    (a) Penyelaras Data j-QAF perlu menyerahkan data kembali kepada guru pengisi data untuk

    pembetulan.

    Soalan: Sekiranya berlaku masalah atau kesalahan di dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu

    Program j-QAF, apakah yang perlu saya lakukan?

    Jawapan : Penyelaras Data j-QAF perlu memastikan kesalahan dan meminta guru yang

    mengisi data untuk membetulkan kesalahan yang dikesan tadi. Guru perlu mengimport dan

    eksport kembali kesalahan yang dibetulkan ke dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu

    Program j-QAF.

    Kembali Ke Menu Utama

  • 12 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    PENGHANTARAN DATA

    Soalan: Apakah yang perlu dihantar kepada PPD bersama data?

    Jawapan: Data Eksport Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF bersama surat

    pengesahan yang ditandatangani oleh guru besar atau pentadbir sekolah .

    Soalan: Apakah kesan sekiranya saya menghantar laporan yang salah atau tidak lengkap

    kepada PPD ?

    Jawapan : Sekiranya laporan yang tidak lengkap atau salah dihantar ke PPD akan

    menyebabkan pihak PPD tidak dapat dapat mengumpul data daerah tersebut dengan

    sempurna. Laporan PPD kepada Jabatan Pelajaran Negeri tidak berfungsi dan gagal.

    Kesilapan dari satu sekolah menyebabkan keseluruhan laporan JPN akan gagal (sila ambil

    perhatian serius).

    Soalan: Apakah kesan sekiranya saya tidak jujur di dalam mengisi data Sistem e-Pelaporan

    Bersepadu Program j-QAF?

    Jawapan: Semua guru perlu memahami faktor kejayaan program j-QAF adalah berdasarkan

    data pencapaian yang dilaporkan dalam format pelaporan program j-QAF. Sekiranya berlaku

    kesilapan atau ketidakseimbangan pelaporan disebabkan kecuaian guru dalam mengisi data,

    ini akan memberi kesan kepada kayu ukur kejayaan program j-QAF yang dilaksanakan untuk

    memperkasakan Pendidikan Islam.

    Soalan: Perlukah saya menyimpan data bulan Jun sehingga mengisi data bulan Oktober?

    Jawapan: Ya, perlu.

    Soalan: Adakah saya perlu memastikan prestasi pencapaian murid sentiasa meningkat dari

    laporan JUN ke OKTOBER , dan laporan dari tahun semasa ke tahun berikutnya?

    Jawapan: Ya. Guru perlu memastikan prestasi pencapaian murid dalam program j-QAF

    sentiasa meningkat dan cemerlang. Oleh itu, kesilapan mengisi data akan menjejaskan

    pelaporan prestasi pencapaian murid. Guru perlu peka dalam mengisi pelaporan ini kerana ia

    memberi kesan kepada prestasi laporan peringkat daerah dan negeri.

    Kembali Ke Menu Utama

  • 13 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    GLOSARI

    ISTILAH PENGERTIAN

    PPKI Program Pendidikan Khas Integrasi

    SKPK Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas

    PAFA Perkara Asas Fardu Ain

    PIPP Pelan Induk Pembangunan Pendidikan

    APDM Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid

  • 14 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    RUJUKAN

    Soalan: Dimanakah sumber yang boleh kami rujuk untuk sebarang maklumat berkenaan

    sistem?

    Jawapan: Sila rujuk ke Laman Sesawang, http://jqafbpi.blogspot.com/

    Soalan: Pihak manakah yang perlu dirujuk sekiranya terdapat sebarang masalah atau

    kemusykilan?

    Jawapan : Sebarang masalah atau kemusykilan boleh dirujuk kepada:-

    i. Jurulatih Utama Daerah atau Negeri masing-masing; ii. Manual Pengguna @ FAQ ini. iii. Pembangun Sistem. Email: [email protected].

    Kembali Ke Menu Utama

  • 15 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    SENARAI SEMAK AGIHAN TUGAS

    * Tandakan ( ) pada kotak yang disediakan

    Bil Perkara ( )

    1. Melantik Penyelaras Data Sekolah

    2. Memasang Sistem e-Pelaporan Program j-QAF

    3. Penetapan Sistem Operasi (Setting Access 2007 Ke Atas)

    4. Mendapatkan Data APDM Daripada Guru Data Sekolah

    5. Convert Data ePelaporan 2014 ke Data 2015

    6. Masuk Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF

    7. Convert Data Asas Daripada SMM Ke Dalam Sistem e-Pelaporan Bersepadu

    Program j-QAF

    8. Kemaskini Maklumat Asas Sekolah, Guru Serta Penetapan Bulan Kutipan

    9. Eksport Data Mengikut Agihan Kelas

    10. Memberi taklimat kepada guru-guru penyelaras kelas

    11. Pengagihan Data Kelas Untuk Pengisian

    12. Pengumpulan Data daripada guru penyelaras kelas

    13. Import Data Daripada Kelas Dan Buat Semakan

    14. Eksport Data Sekolah Dan Cetak Lampiran Pengesahan

    15. Membentang Laporan Kepada Guru Besar atau Pentadbir serta mendapatkan

    Tandatangan Pengesahan

    16. Serah Data Dan Lampiran Pengesahan Kepada Jurulatih Utama PPD

    Disediakan oleh Disahkan oleh

    ........................................ ........................................

  • 16 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    CARTA ALIR

    BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KPM

    JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

    PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

    SEKOLAH

  • 17 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    KELAS

    SEKOLAH

    PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH

    JABATAN PENDIDIKAN NEGERI

    BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM KPM

    DATA TIDAK

    LENGKAP

    DATA TIDAK

    LENGKAP

  • 18 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    MULA

    PENETAPAN SISTEM OPERASI (SETTING ACCESS 2007 KE ATAS)

    INSTALL SISTEM e- PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    MENDAPATKAN DATA APDM DARIPADA GURU DATA SEKOLAH

    COVERT DATA SISTEM e-PELAPORAN 2014 MENGGUNAKAN CONVERTER2015

    MASUK SISTEM e- PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    KEMASKINI MAKLUMAT ASAS SEKOLAH, GURU SERTA PENETAPAN BULAN KUTIPAN

    PROSES NAIK KELAS

    CONVERT DATA ASAS DARIPADA APDM KE DALAM SISTEM e- PELAPORAN

    MELAKSANAKAN STREAMING KELAS

    PENGAGIHAN DATA KELAS UNTUK PENGISIAN

    EKSPORT DATA UNTUK PENGUMPULAN DATA

    IMPORT DATA DARIPADA KELAS DAN BUAT SEMAKAN

    EKSPORT DATA SEKOLAH DAN CETAK LAMPIRAN PENGESAHAN

    MEMBENTANG LAPORAN KEPADA GB/PENTADBIR DAN MENDAPATKAN TANDATANGAN PENGESAHAN

    SERAH DATA DAN LAMPIRAN PENGESAHAN KEPADA JURULATIH UTAMA PPD

    TAMAT

  • 19 FAQS SISTEM e-PELAPORAN BERSEPADU PROGRAM j-QAF

    Kembali Ke Menu Utama

    MULA

    PENETAPAN SISTEM OPERASI (SETTING ACCESS 2007 KE ATAS)

    INSTALL SISTEM e- PELAPORAN

    MENDAPATKAN DATA KELAS DARIPADA PENYELARAS DATA j-QAF

    MASUK SISTEM e- PELAPORAN

    IMPORT DATA KELAS KE DALAM SISTEM e- PELAPORAN

    KEMASKINI MAKLUMAT DATA INDIVIDU MURID (STATUS MURID DAN PROGRAM BAHASA)

    ISI KESELURUHAN DATA j-QAF DENGAN LENGKAP

    EKSPORT DATA KELAS KE DALAM FOLDER KELAS

    SERAH DATA KELAS KEPADA PENYELARAS DATA SEKOLAH

    TAMAT