falsafah pendidikan jawi dalam … · falsafah seringkali dirujuk sebagai satu usaha yang...

12
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21 st Century eISBN: 978-967-13705-0-6 574 FALSAFAH PENDIDIKAN JAWI DALAM MEMPERKASAKAN TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA Asyraf Ridwan Ali & Berhanundin Abdullah Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia. [email protected] [email protected] Abstrak Penemuan tulisan jawi telah membuka satu era baru dunia Melayu. Sejarah tamadun Melayu mencatatkan bahawa tulisan jawi berjaya membangunkan keintelektualan Melayu dan menyatukan ummah Melayu sehingga meniti arus kecemerlangan sistem pendidikan. Tulisan jawi bukan sahaja mendidik bangsa melalui didikan para ulama, malah wahana persuratan ini dipilih untuk dicoretkan pada watikah pengisytiharan kemerdekaan negara sebagai lambang penyatuan ummah dan jati diri negara. Metodologi kajian berteraskan kaedah Systematic Literature Review” (SLR) dan analisis kandungan telah digunapakai bagi membuat analisis dapatan kajian. Berdasarkan tema “pendidikan jawi”, dapatan kajian menunjukkan terdapat 13 artikel daripada jurnal terpilih berkaitan bidang kajian sejak tahun 2005 hingga kini. Makalah kajian ini turut mengupas mengenai elemen falsafah pendidikan jawi yang menjadi asas kepada pembentukan tamadun Islam di Malaysia yang merangkumi aspek : (i) pendidikan jawi; (ii) fungsionalisme tulisan jawi; (iii) jawi sebagai satu identiti negara bangsa; dan (iv) jawi dalam tamadun Malaysia. Tuntasnya, falsafah pendidikan jawi kini sedang menghadapi cabaran yang amat getir yang memungkinkan tulisan ini lenyap di muka bumi “Tanah Melayu”. Justeru, kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mempertahankan tulisan jawi sebagai lambang seni warisan budaya bangsa Malaysia dan jati diri warganya agar terus kembali ke persada tamadun dunia. Kata Kunci : Falsafah pendidikan jawi dan tamadun Islam. 1. PENGENALAN Falsafah seringkali dirujuk sebagai satu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencari hikmah dan kebenaran (Al-Syaibani 1991; Yaljin 1991; Mohd Yusuf 2004). Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu “Philosophia” dan telah terserap masuk ke dalam bahasa Arab yang bermaksud cintakan hikmah (kebijaksanaan). Perkataan hikmah pula seringkali digunakan dalam al-Quran dengan maksud berilmu pengetahuan (surah al-Baqarah: 269) dan bijaksana (surah an-Nahl : 125). Firman Allah : Maksudnya: Dia (Allah) mengurniakan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan sesiapa yang diberikan hikmah (ilmu pengetahuan), maka sesungguhnya dia telah dikurniakan kebaikan yang banyak.” (surah al-Baqarah: 269)

Upload: lequynh

Post on 17-Sep-2018

302 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

574

FALSAFAH PENDIDIKAN JAWI DALAM MEMPERKASAKAN TAMADUN ISLAM DI MALAYSIA

Asyraf Ridwan Ali & Berhanundin Abdullah

Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia.

[email protected] [email protected]

Abstrak Penemuan tulisan jawi telah membuka satu era baru dunia Melayu. Sejarah tamadun Melayu mencatatkan bahawa tulisan jawi berjaya membangunkan keintelektualan Melayu dan menyatukan ummah Melayu sehingga meniti arus kecemerlangan sistem pendidikan. Tulisan jawi bukan sahaja mendidik bangsa melalui didikan para ulama, malah wahana persuratan ini dipilih untuk dicoretkan pada watikah pengisytiharan kemerdekaan negara sebagai lambang penyatuan ummah dan jati diri negara. Metodologi kajian berteraskan kaedah “Systematic Literature Review” (SLR) dan analisis kandungan telah digunapakai bagi membuat analisis dapatan kajian. Berdasarkan tema “pendidikan jawi”, dapatan kajian menunjukkan terdapat 13 artikel daripada jurnal terpilih berkaitan bidang kajian sejak tahun 2005 hingga kini. Makalah kajian ini turut mengupas mengenai elemen falsafah pendidikan jawi yang menjadi asas kepada pembentukan tamadun Islam di Malaysia yang merangkumi aspek : (i) pendidikan jawi; (ii) fungsionalisme tulisan jawi; (iii) jawi sebagai satu identiti negara bangsa; dan (iv) jawi dalam tamadun Malaysia. Tuntasnya, falsafah pendidikan jawi kini sedang menghadapi cabaran yang amat getir yang memungkinkan tulisan ini lenyap di muka bumi “Tanah Melayu”. Justeru, kita mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mempertahankan tulisan jawi sebagai lambang seni warisan budaya bangsa Malaysia dan jati diri warganya agar terus kembali ke persada tamadun dunia. Kata Kunci : Falsafah pendidikan jawi dan tamadun Islam.

1. PENGENALAN

Falsafah seringkali dirujuk sebagai satu usaha yang bersungguh-sungguh untuk mencari hikmah dan kebenaran (Al-Syaibani 1991; Yaljin 1991; Mohd Yusuf 2004). Perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani kuno iaitu “Philosophia” dan telah terserap masuk ke dalam bahasa Arab yang bermaksud cintakan hikmah (kebijaksanaan). Perkataan hikmah pula seringkali digunakan dalam al-Quran dengan maksud berilmu pengetahuan (surah al-Baqarah: 269) dan bijaksana (surah an-Nahl : 125). Firman Allah :

Maksudnya: “Dia (Allah) mengurniakan hikmah (ilmu pengetahuan) kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan sesiapa yang diberikan hikmah (ilmu pengetahuan), maka sesungguhnya dia telah dikurniakan kebaikan yang banyak.” (surah al-Baqarah: 269)

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

575

Firman Allah lagi :

Maksudnya: “Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan nasihat yang baik serta berdebatlah dengan mereka dengan sebaiknya”. (surah an-Nahl : 125)

Manakala pendidikan bermaksud proses mengasuh, mendidik, membimbing dan mengajar manusia ke arah pembentukan diri yang berintelek (Hassan Langgung 1995) dan pembinaan akhlak yang baik. Tulisan jawi pula merujuk kepada tulisan Arab dan disesuaikan dengan fonem-fonem bahasa Melayu. Tulisan jawi ialah tulisan huruf-huruf Arab yang digunakan di kepulauan Melayu atau tulisan Melayu huruf Arab. Perkataan jawi berasal dari bahasa Arab dan dipanggil Yawi diPattani, ialah sejenis abjad Arab yang disesuaikan untuk menulis bahasa Melayu. Perkataan ini adalah kata adjektif bagi kata nama Arab “Jawah” dan apabila dijadikan kata adjektif “Jawah” menjadi “Jawi” (Amat Juhari 1996).

Justeru falsafah pendidikan jawi merupakan satu proses interaksi yang mendidik akal dan rohani manusia bagi mencari kebenaran. Tulisan jawi yang muncul seiring dengan ajaran Islam di alam Melayu bertujuan untuk melahirkan insan yang beramal soleh dan bertanggungjawab untuk mengenali Tuhannya. 2. PERNYATAAN MASALAH

Pendidikan Jawi merangkumi pelbagai jenis kemahiran mengenal, mengeja, menyebut, membaca dan menulis jawi dengan matlamat untuk membolehkan pelajar menguasai pelbagai mata pelajaran dalam pendidikan Islam seperti Asuhan Tilawah Al-Qur’an, Ulum Syariah yang meliputi Akidah, Ibadah dan Sirah serta Adab dan Akhlak Islamiah selain daripada Pengajaran Jawi. Ini bermakna kebolehan membaca dan menulis Jawi amat penting bagi seseorang pelajar dalam memahami dan menguasai pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam (Che Siah Che Man 2006). Ini kerana hampir semua bahan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam menggunakan tulisan Jawi.

Sungguhpun begitu, tulisan ini tidak lagi diminati dan tidak mampu dikuasai dengan baik oleh generasinya. Kajian yang dilakukan oleh Madihah (2007) serta Faisal dan Niswa (2009) menunjukkan penguasaan Jawi dalam kalangan pelajar dan mahasiswa masih berada pada tahap yang membimbangkan. Menurut Mohd Yusuf et. al. (2012), anak-anak muda dalam kalangan bangsa Melayu sendiri sudah tidak berminat membaca dan menulis jawi. Pandangan masyarakat Melayu sekarang kurang meminati tulisan jawi dapat dibuktikan dengan terhentinya pengeluaran akhbar jawi Utusan Melayu Mingguan. Kelemahan dalam penguasaan ejaan ini turut membelenggu para guru yang menggunakan tulisan jawi. Kajian yang telah dijalankan sebelum ini, mendapati tahap penguasaan ejaan jawi bakal guru adalah sederhana (Sabariah 2011; Asyraf Ridwan 2011 dan 2012; Niswa 2014).

Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk menghalusi beberapa dapatan kajian sebelum ini berkaitan dengan sumbangan dan peranan yang dimainkan oleh tulisan jawi sehingga ianya mampu mencorak jati diri dan kecemerlangan sistem pendidikan negara pada suatu masa dahulu.

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

576

3. OBJEKTIF KAJIAN

Penyelidikan ini bertujuan untuk mengenal pasti bentuk-bentuk kajian berkaitan dengan bidang jawi dalam beberapa jurnal terpilih. Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah untuk mengenal pasti apakah topik utama berkaitan dengan bidang kajian pendidikan jawi dan tamadun Islam untuk tahun 2005 hingga kini (2015) ? 4. METODOLOGI

Oleh kerana bidang jawi agak kecil dan terbatas di alam nusantara, maka kajian ini dilaksanakan dalam ruang lingkup yang amat terhad. Dua kaedah analisis telah dipilih untuk diemplementasikan dalam kajian ini iaitu kajian literatur bersistematik (systematic literature review) dan analisis kandungan (content analysis). Limitasi kajian tertumpu kepada bidang jawi, manakala isu dan pembangunan persisian jawi ataupun perkomputeran dikecualikan daripada kajian.

Rumusan dan laporan data bertulis berkaitan dengan topik kajian daripada artikel terpilih dianalisis dan dikategorikan mengikut persamaan kata kunci dalam abstrak, kupasan isu serta skop kajian. Sepanjang analisis data yang telah dilaksanakan, setiap kategori telah dikenal pasti ini dimurnikan secara berterusan. Pada akhir analisis, artikel-artikel kajian dikategorikan mengikut tema dan pola ; (i) permasalahan tulisan jawi, (ii) penguasaan jawi; dan (iii) tamadun Islam. 5. DAPATAN Daripada 13 artikel yang dikenal pasti dan dikaji, bilangan artikel bukan berasaskan kajian adalah lebih banyak berbanding dengan bilangan artikel berasaskan kajian, iaitu terdapat sebelas artikel yang diterbitkan adalah merupakan penulisan ilmiah yang mengupas teori dan kosa ilmu dalam bidang jawi.

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

577

Jadual 1 : Analisis Kandungan Berasaskan Isu Berkaitan Pendidikan Jawi

Bil.

Tajuk Topik Pengarang/ Tahun Jurnal/ Muka

Surat

Reka bentuk/ Kaedah

Analisis Data

1

The jawi writing system and vocabulary of the Earliest legal Malay

inscription and manuscripts.

Perkembangan tulisan jawi

(BBT)

Adi Yasran AA, M.Z. Mohd Zin, Hashim M,

Halimah H, Mohd Sharifudin Y, Syed

Nurulakla S.A., Nurhidayah J, A. Asmadi

Sakat and M. Roslan Mohd Nor /2012.

Journal of Applied Sciences

Research, 8(7) : 3225-3234.

Kualitatif Analisis perbandingan

2 Sistem ejaan jawi dan kosa

kata pada Batu Bersurat Piagam Terengganu.

Perkembangan tulisan jawi

Adi Yasran Abdul Aziz dan Nurhidayah Jumaat

/2010.

Jurnal Aswara 5.1 :3-17.

Kualitatif Analisis dokumen

3 Isu homograf dan

cabarannya dalam usaha pelestarian tulisan jawi.

permasalahan tulisan jawi

Adi Yasran dan Hashim Musa /2008.

Jurnal Arwara 3.1.:109-126.

Kualitatif Analisis perbandingan

4

Teachers Perception Towards The Model of

Jawi Writing In Malaysian Education System.

Perkembangan tulisan jawi

Asmawati Suhid, Kamariah Abu Bakar,

Lukman Abd. Mutalib and Muhd. Fauzi Muhammad.

/2008.

The International of Interdisplinary Social Sciences,

3.5. 47-52,

Kualitatif Analisis perbandingan

5

Penguasaan Tulisan Jawi Di Kalangan Mahasiswa Islam: Kajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam

(IPTA) Tempatan,

Penguasaan jawi

Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid /2009.

Jurnal al-Tamaddun, bil.4

Kualitatif Soal selidik

6 Pemerkasaan kembali

tulisan jawi. permasalahan

tulisan jawi Hashim Haji Musa, dan Adi Yasran Abdul Aziz

Jurnal ASWARA 4 (1):159-176.

Kualitatif Kajian literatur

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

578

/2009.

7

Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya

dalam masyarakat Islam di Malaysia.

Perkembangan tulisan jawi

Mohd. Alwee bin Yusoff /2005.

Jurnal Usuluddin Universiti Malaya,

21, 23-36.

Kualitatif Analisis dokumen

8

Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat dan Pencapaian

Pelajar dalam Pendidikan Islam,

Penguasaan jawi

Nik Rosila Nik Yaakob /2007.

Jurnal Pendidik dan Pendidikan ,Jil 22, 161172 Kementerian

Pelajaran Malaysia.

Kuantitatif Soal selidik

Ujian bertulis

9 Peranan Tulisan Jawi dalam Perkembangan

Islam di Malaysia

Perkembangan tulisan jawi

Hashim Hj. Musa /2005. Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 16:

87-115

Kualitatif Kajian literatur

10

Isu Kritikal Penggunaan Tulisan Jawi dalam

Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Peringkat

Sekolah Menengah: Pandangan Pakar

Permasalahan jawi

Norhazliana et. al. /2010. Jurnal

Pendidikan, 30; 63-84.

Kualitatif Temu bual Teknik delphi

11

Kitab Melayu Jawi: Analisis Metodologi Karya

Tasawuf Hidayah Al-Salikin oleh Sheikh 'Abd Al-Samad

Al-Falimbani,

Kajian kitab jawi Ishak Suliaman dan

Khadher Ahmad /2011.

Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22:

137-163 Kualitatif

Analisis fonologi/ teks

12

Penilaian ke atas Kerumitan Kognitif dalam Proses Membaca Jawi,

Permasalahan jawi

Khazriyati Salehuddin /2012.

GEMA Online™, Journal of

Language Studies Volume 12(4),

Kualitatif Analisis bahasa

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

579

November 2012: 1179-1192.

13

Arabic Script of Written Malay: Innovative

Transformations towards a Less Complex Reading

Process,

Permasalahan jawi

Khazriyati Salehuddin /2013.

Pertanika J. Social Sciences &

Humanities 21 (S): 63 – 76.

Kualitatif Analisis perbandingan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

580

6. PERBINCANGAN DAN CADANGAN Perbahasan kajian ini turut mengupas mengenai elemen-elemen utama yang

berkaitan dengan falsafah pendidikan jawi sebagai asas kepada pembentukan tamadun Islam di Malaysia merangkumi aspek-aspek seperti berikut : 6.1 Pendidikan Jawi

Kecelaruan dan perbahasan mengenai kedudukan bidang jawi sebagai satu mata pelajaran dalam sistem pendidikan negara sama ada diajar dalam subjek Pendidikan Islam atau Bahasa Melayu tidak dapat disangkal lagi (Hashim Musa & Adi Yasran 2009; Akmariah & Sofiah 2010). Penolakkan hak pengajaran dengan pelbagai alasan mengambarkan bahawa tulisan jawi kurang mendapat tempat di hati bangsanya sendiri. Terkini, Model Kelas Pemulihan Jawi yang sebelum ini dilaksanakan oleh guru-guru j-QAF bagi memulihkan murid-murid keciciran jawi telah terkubur dengan sendiri apabila guru-guru tersebut dilantik kembali sebagai guru Pendidikan Islam. Sebelum ini program j-QAF telah dilihat sebagai pemangkin utama dalam memperkasakan tulisan jawi dalam kalangan pelajar sekolah rendah.

Pengajaran dan pembelajaran jawi di sekolah rendah terputus kesinambungan ilmu apabila tidak lagi diajar di sekolah menengah. Implikasinya menyebabkan generasi muda agak lemah penguasaan tulisan dan bacaan jawi. Manakala di peringkat pendidikan tinggi seperti di IPTA, IPTS dan IPG, bidang jawi hanya diajar dalam bidang pendidikan Islam dan bahasa Melayu (M. Bukhari Lubis 2012). Sebaliknya di fakulti-fakulti pengajian Islam seperti usuluddin, syariah, dakwah dan sebagainya tidak menekankan pendidikan jawi sedangkan para mahasiswa-mahasiswinya merupakan pengamal tegar tulisan ini. Impaknya, generasi bakal bergelar ustaz dan ustazah ini tidak terdedah dengan sistem ejaan jawi yang terkini (Asyraf Ridwan & Berhanundin 2014a).

Ketidakfahaman dan kurangnya pengguasaan terhadap sistem ejaan jawi terkini dalam kalangan generasi kini akan terus diwarisi dari generasi kepada generasi seterusnya sekiranya tidak diambil tindakan segera. Cabaran untuk menguasai bacaan dan penulisan jawi yang baik dan mantap bukan sahaja membelenggu masyarakat awam ataupun generasi pelajar di sekolah rendah dan menengah, bahkan turut dirasai oleh guru agama itu sendiri. Kajian-kajian sebelum ini menunjukkan bahawa tahap pengguasaan bacaan dan tulisan jawi pelajar (Madihah 2007; Saifuddin Sarbini 2009; Faisal & Niswa 2009), mahasiswa (Misnan Jemali 2008; Faisal & Niswa 2009), dan guru (Asyraf Ridwan 2012) berada pada tahap membimbangkan dan sederhana. Kelemahan penguasaan tersebut boleh membawa kepada kesilapan dalam proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran.

Sehingga kini rata-rata guru dan buku-buku mengajar hanya terdapat tiga huruf vokal jawi kepada anak-anak, sedangkan terdapat empat huruf vokal jawi iaitu huruf “alif, wau, ya” dan “ye” sepatutnya diajar sejak tahun 2005 lagi apabila Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM) dilancarkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP 2008; Azman Ahmad 2014). Kurang perihatinan ini menyebabkan fungsi dan kelemahan sistem ejaan ini sering kali dipersalahkan. 6.2 Fungsionalisme Tulisan Jawi

Sejarah telah mencatatkan bahawa bahasa Melayu bertulisan Jawi telah menjadi bahasa perantaraan seluruh genap lapisan masyarakat sama ada raja dan sultan, bangsawan, ilmuwan agama mahupun masyarakat awam di nusantara pada satu

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

581

masa dahulu (Mohd Alwee 2005; Nik Safiah 2010; Abd. Jalil 2012). Tulisan jawi telah digunakan secara meluas untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah sultan, puisi dan juga hubungan sesama saudagar di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Aceh dan Ternate di abad ke-15. Manakala ikhtisar perundangan seperti Hukum Kanun Melaka, Undang-Undang Johor, Pahang, Kedah, Brunei dan Batu Bersurat Terengganu ditulis dalam tulisan jawi. Tulisan jawi juga merupakan abjad dan tulisan rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu pada zaman pemerintahan British.

Segala surat-menyurat bertulisan jawi seperti surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja João III dari Portugal (1521), surat Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England (1615), surat Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719), dan sebagainya mengambarkan pengiktirafan terhadap tulisan jawi tersebut di persada dunia.

Namun setelah tulisan rumi diperkenalkan dan dijadikan agenda bagi mengantikan tulisan jawi oleh tokoh barat seperti Cornelis de Houtman (1598M), John Carwford (1852M), Hendry Hudson (1892M), William Marsden (1812M), W.G.Shellabear (1902M), dan R.J. Wilkilson (1902M) menyebabkan tulisan rumi semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Melayu. Akhirnya sistem ejaan Wilkinson1 berteraskan tulisan rumi telah diperkenalkan.

Susulan itu, kedudukan tulisan rumi semakin kuat apabila ia dipilih sebagai tulisan rasmi bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan dengan dokongan Penyata Razak 1956 dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67. Penyata Razak 1956 menyatakan bahawa “Kami telah menimbangkan dengan halus berkenaan dengan perkara menggunakan tulisan Rumi atau Jawi di dalam Bahasa Kebangsaan itu dan cadangan digunakan Rumi dengan syarat diadakan pelajaran jawi bagi murid-murid Islam.” Langkah perumian tersebut telah dikuatkan lagi dengan Akta Bahasa Kebangsaan 1963 yang menjelaskan bahawa “Tulisan bagi Bahasa Kebangsaan ialah tulisan rumi dengan syarat bahasa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan jawi bagi bahasa kebangsaan”.

Ironinya, walaupun lebih 30 tahun tulisan jawi diperkenal kembali menerusi sistem pendidikan sejak tahun 1983, namun masih belum mampu bersaing dengan tulisan rumi dan memikat hati bangsanya. Fungsi tulisan jawi pada hari ini sekadar menjadi coretan-coretan khat di masjid dan surau, papan-papan iklan, tanda nama jalan dan kampung, logo-logo serta kepala surat. Sedangkan nilai ekonomi tulisan tersebut lebih daripada itu. Sekiranya dikomersialkan secara terancang, meluas dan bersistematik melalui penulisan buku serta alih bahasa filem melayu, tulisan ini mungkin mendapat tempat di negara-negara timur tengah kerana faktor bentuk tulisan dan juga kosa kata serapan bahasa Arab yang banyak digunakan dalam perkataan Melayu. 6.3 Jawi Sebagai Satu Identiti Negara Bangsa

Terhentinya penerbitan akhbar Utusan Melayu Mingguan bertulisan jawi pada tanggal 29 Januari 2006 telah memperlihatkan sikap tidak ambil peduli dan kurang minat yang mendalam dalam kalangan bangsa melayu sendiri terhadap seni warisan bangsa ini (Asyraf Ridwan & Berhanundin 2014b). Berbanding dahulu, tulisan jawi

1 Pada tahun 1902M, R.J.Wilkinson yang merupakan seorang penolong nazir sekolah Jabatan Pelajaran Negeri

Melayu Bersekutu ketika itu telah mempengerusi satu jawatankuasa bagi merencana dan membina satu sistem

ejaan rumi bagi mengantikan tulisan jawi dan memperkenalkan sistem ejaan Wilkinson.

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

582

dengan penuh kebanggaan dan penghormatan telah dipilih untuk digunakan dalam Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia.

Tulisan jawi sebagai satu identiti negara bangsa amat jelas perlu dipertahankan sebagaimana titah Raja Dr. Nazrin Shah ;

“Usaha memastikan tulisan Jawi terus hidup dan tidak pupus adalah perjuangan bangsa kerana ia sebahagian khazanah yang wajib dikekal, diberi keutamaan dan dipertahankan selagi Melayu tidak hilang di dunia. Ketidakupayaan umat Islam untuk menguasai tulisan jawi dikhuatiri menjauhkan mereka daripada sumber dan naskhah asal ilmu hasil karya pujangga serta ilmuan Islam.”

(Berita Harian ; 14 Januari 2011) Penguasaan terhadap ilmu pengetahuan yang benar akan mampu membentuk

jati diri muslim yang sejati dan masyarakat yang lebih bertamadun. Malah hasil karya ilmuan bertulisan jawi juga dilihat mampu dijadikan benteng akidah (Hasmadi 2012) masyarakat Islam yang menghubungkan kehidupan manusia dengan ketuhanan. Kekuatan sesuatu bangsa juga akan lebih utuh apabila masyarakatnya berjaya menegakkan kekuatan akidah dan akhlak serta dasar-dasar kemerdekaan dan keadilan mengikut syariat Islam. 6.4 Jawi dalam Tamadun Malaysia.

Pembentukan tamadun Islam di Malaysia dibina berasaskan falsafah pemikiran dan sifat asasi masyarakat Melayu. Konsep Melayu sebagai satu entiti budaya yang beragama Islam, berbudaya Melayu dan berbahasa Melayu begitu tebal sehingga seseorang yang masuk Islam digelar sebagai ‘masuk melayu’. Malah kekuatan pegangan terhadap ajaran Islam telah menjadikan mereka berjaya membentuk satu tamadun yang unggul pada satu masa dahulu.

Pembentukan tamadun yang berasaskan falsafah pemikiran Melayu dan agama Islam sebagai satu amalan ini mampu melahirkan satu peradaban yang dimanifestasikan dalam bentuk perlakuan, adat resam, akhlak, budi bahasa dan budaya yang tersendiri. Berteraskan Fasa 3 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan Islam sebagai agama rasmi negara dan adat istiadat Melayu penting dalam menentukan kelangsungan tamadun Malaysia.

Falsafah pemikiran Melayu Islam terhasil daripada gerakan dakwah yang dibawa oleh para mubaligh Islam ke alam Melayu. Para daie telah menjadikan tulisan jawi yang bersusur galur dari huruf Arab dalam menyampaikan dakwah mereka dalam bentuk penulisan. Melalui tulisan jawi ini, bahasa Melayu turut mengalami proses islamisasi (S.M.Naquib al-Attas 1969). Serapan pinjaman bahasa Arab yang masih kekal sehingga hari ini bukan sahaja bertujuan untuk mengekalkan bahasa al-Quran tersebut sebagai tunjang agama Islam (Amat Juhari 1996), malah turut menekankan konsep keseragaman (Mohd Alwee 2005) dan juga kesatuan Islam di rantau nusantara.

Justeru huruf jawi menjadi pilihan utama dan merupakan skrip paling awal digunakan dalam penulisan Melayu (S.M.Naquib al-Attas 1969) dalam usaha menyampaikan dan memudahkan penghayatan ilmu-ilmu Islam (Faridah 1997) serta pembelajaran al-Quran, pengajaran dan pendidikan, amalan adat istiadat dan seni budaya Melayu (Kang Kyong Seock 1986; Mohd Alwee 2005). Malah buku-buku dan kitab jawi lama masih kekal sebagai sumber pengajaran dan bahan bacaan secara formal dalam sistem pengajian pondok dan madrasah, masjid serta surau.

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

583

Kecemerlangan institusi pengajian pondok yang masih mampu bertapak hingga ke hari ini khususnya di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah turut memberi sumbangan yang besar dalam pembentukan tamadun Islam di Malaysia. Kewujudan pondok-pondok dan kitab-kitab yang ditulis sendiri mahupun diterjemah ke tulisan jawi oleh para ulama dalam proses penyampaian ilmu pengetahuan (Amran Kasimin 1987). Kelangsungan penggunaan tulisan ini sebagai wadah penyampaian ilmu hingga ke hari ini amat membanggakan dan boleh dicontohi.

Segala sumbangan dan peranan tulisan jawi yang bersemadi dalam pembentukan tamadun negara seperti manuskrip-manuskrip, surat-menyurat lama, puisi dan syair, kitab dan hikayat lama di arkib mahupun muzium perlu diketengahkan untuk pengetahuan umum. Malah lebih baik sekiranya segala bahan bukti sejarah tersebut dikenal pasti, diajar dan dimasukkan sebagai satu tajuk khusus dalam pengajaran TITAS di IPTA, IPTS dan IPG supaya generasi baru sedar akan sumbangan tulisan jawi. KESIMPULAN Pendidikan jawi mestilah mengandungi falsafah khusus yang muncul daripada roh dakwah Islamiyah dan pendidikan al-Quran. Pembinaannya yang berteraskan realiti kehidupan masyarakat Islam di Malaysia yang merangkumi aspek pendidikan, sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi negara. Ini kerana falsafah pendidikan jawi berusaha untuk melahirkan individu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dan membentuk negara bertamadun.

Justeru, tulisan ini amat wajar dipertahankan dan disebarkan dalam pelbagai bidang berkaitan. Tulisan ini juga perlu kembali diajar dalam bahasa Melayu bagi memartabatkan kembali seni tulisan Melayu ke persada dunia. Ini adalah kerana tulisan jawi memiliki roh dan identiti tersendiri melalui kewujudan huruf-huruf Melayu asli berbanding tulisan rumi yang sepenuhnya diambil daripada huruf-huruf bahasa eropah. Melalui tulisan jawi dan ajaran Islam, dunia Melayu secara amnya dan negara Malaysia (Tanah Melayu) secara khususnya telah diperkenalkan kepada dunia luar sama ada di Timur mahupun Barat.

Tuntasnya, sekiranya pembentukan negara bangsa sekarang tidak sesuai dengan falsafah pendidikan jawi dan bercanggah dengan ketamadunan Islam, maka ia akan menghakis identiti bangsa dan masa depan tamadun tersebut. RUJUKAN Abd Jalil Bin Borham, Tulisan Jawi: Tulisan Serantau,Seminar Tulisan Jawi dan

Teknologi 2012, Peringkat Kebangsaan, Pahang: Universiti Malaysia Pahang 18 Oktober, 2012.

Adi Yasran & Hashim Musa, Isu Homograf dan Cabarannya dalam Usaha Pelestarian Tulisan Jawi. Jurnal ASWARA 3.1: 109-126, 2008.

Adi Yasran Abdul Aziz dan Nurhidayah Jumaat, Sistem Ejaan Jawi dan Kosa Kata pada Batu Bersurat Piagam Terengganu. Jurnal ASWARA 5.1: 3-17, 2010.

Adi Yasran AA, M.Z. Mohd Zin, Hashim M, Halimah H, Mohd Sharifudin Y, Syed Nurulakla S.A., Nurhidayah J, A. Asmadi Sakat And M. Roslan Mohd Nor, The

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

584

Jawi Writing System and Vocabulary of The Earliest Legal Malay Inscription and Manuscripts. Journal of Applied Sciences Research, 8(7): 3225-3234, 2012.

Akmariah Mamat dan Sofiah Ismail, Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru Pemulihan Jawi di Malaysia, Proceedings of The 4th International Conference on Teacher Education: Join Conference UPI & UPSI, 2010.

Al-Syaibani, Falsafah Pendidikan Islam (Terj. Hassan Langgulung). Shah Alam: HIZBI, 1991.

Amat Juhari Moain, Sejarah Askara Jawi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996.

Amran Kasimin, Perbendaharaan Kata Arab dalam Bahasa Melayu, Bangi: Penerbit UKM, 1987.

Asmawati Suhid, Kamariah Abu Bakar, Lukman Abd. Mutalib and Muhd. Fauzi Muhammad. Teachers Perception Towards The Model of Jawi Writing In Malaysian Education System. The International of Interdisplinary Social Sciences, 3.5. 47-52, 2008.

Asyraf Ridwan Ali, Pola-Pola Kesalahan Ejaan Jawi dalam Kalangan Guru Pelatih J-QAF Ambilan 2011, Prosiding Seminar Penyelidikan Zon Timur, Besut: IPG Kampus Sultan Mizan, Bertarikh 10-12 Mei 2011.

Asyraf Ridwan Ali, Cabaran Program Pemulihan Jawi J-QAF dalam Memperkasakan Tranformasi Ejaan Jawi Yang Disempurnakan, Prosiding Seminar Penyelidikan Jawi Dan Manuskrip Melayu 2012, Shah Alam: Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM,Bertarikh 19-20 Jun 2012.

Asyraf Ridwan Ali & Berhanundin Abdullah, Pendidikan Jawi dalam Mendidik Murid-Murid Sekolah Rendah Orang Asli, dalam Pembangunan Dakwah Orang Asli, Siti Rugayah Hj. Tibek, Fariza Md. Sham dan Muhammad Hilmi Jalil (Penyunting). Bangi: Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2014.

Asyraf Ridwan Ali & Berhanundin Abdullah, Kaedah Transliterasi Beraneka: Satu Inovasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran Jawi, Seminar Antarabangsa Pengajian Melayu 2014, Keningau: Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, 2014.

Azman bin Ahmad, Kaedah Pembelajaran Jawi: Peringkat Asas, Kuala Lumpur : Perpustakaan Negara Malaysia, 2014.

Che Siah Che Man, Pendekatan Pengajaran Jawi, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2006.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi, Cetakan 3. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008.

Faridah Binti Mohamed, Bahasa Al-Quran dan Hubungannya dengan Tulisan Jawi: Suatu Kajian Terhadap Pelaksanaan Tulisan Jawi di Sekolah-Sekolah Kota Baru Kelantan. Kuala Lumpur : Tesis Ijazah Sarjana Usuluddin, Akademi Islam, Universiti Malaya, 1997.

Faisal@Ahmad Faisal Bin Abdul Hamid dan Niswa@ Noralina Abdullah, Penggunaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Mahasiswa Pengajian Islam : Kajian di Institut Pengajian Tinggi Awam Tempatan, Jurnal At-Tamadun, Bil.4, 2009.

Hafizan Mat Som, Jasni Mohamad Zain and Amzari Jihadi Ghazali, Application of Threshold Techniques For Readability Improvement of Jawi Historical Manuscript Images, Advanced Computing: An International Journal ( Acij ), Vol.2, No.2,; 60-69 March 2011.

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

585

Hashim Hj. Musa, Peranan Tulisan Jawi dalam Perkembangan Islam di Malaysia, Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 16, 2005: 87-115, 2005.

Hashim Haji Musa dan Adi Yasran Abdul Aziz, Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi. Jurnal ASWARA 4 (1):159-176, 2009.

Hasmadi Bin Hassan, Tulisan Jawi : Perkembangan dan Peranannya Menuju Kemandulan dan Kepupusan, Seminar Tulisan Jawi dan Teknologi 2012 Peringkat Kebangsaan, Pahang: Universiti Malaysia Pahang,18 Oktober 2012.

Ishak Suliaman dan Khadher Ahmad, Kitab Melayu Jawi: Analisis Metodologi Karya Tasawuf Hidayah Al-Salikin Oleh Sheikh 'Abd Al-Samad Al-Falimbani, Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 22: 137-163, 2011.

Kang Kyong Seock, Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu, Tesis Sarjana Sastera Di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya, 1986.

Khairuddin Omar, Abd. Rahman Ramli,Ramlan Mahmod and Md. Nasir Sulaiman, Skew Detection And Correction Of Jawi Images Using Gradient Direction, Universiti Teknologi Malaysia, Jurnal Teknologi, 37(D) Dis. 2002: 117–126

Khazriyati Salehuddin, Penilaian ke atas Kerumitan Kognitif dalam Proses Membaca Jawi, GEMA Online™, Journal Of Language Studies Volume 12(4), November 2012: 1179-1192, 2012.

Khazriyati Salehuddin, Arabic Script Of Written Malay: Innovative Transformations Towards A Less Complex Reading Process, Pertanika J. Social Sciences & Humanities 21 (S): 63 – 76, 2013.

Madihah Mohamad, Penguasaan Kemahiran Jawi di Kalangan Murid Tingkatan Dua di Sekolah Menengah Kebangsaan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dissertation (M.Ed.), Fakulti Pendidikan, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 2007.

Misnan Bin Jemali, Tahap Penguasaan Jawi Baru Kalangan Pelajar Siswazah Pengajian Islam, Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Tulisan Jawi dan Terjemahan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2008.

Muhammad Bukhari Lubis, Perkembangan Tulisan Jawi dalam Sistem Pendidikan di Malaysia, Seminar Tulisan Jawi dan Teknologi 2012, Peringkat Kebangsaan, Pahang: Universiti Malaysia Pahang 18 Oktober, 2012.

Mohd. Alwee Bin Yusoff, Perkembangan Tulisan Jawi dan Aplikasinya dalam Masyarakat Islam di Malaysia. Jurnal Usuluddin Universiti Malaya, 2005.

Mohd Yusuf Ahmad, Falsafah dan Sejarah Pendidikan Islam, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2004.

Nik Rosila Nik Yaakob, Penguasaan Jawi dan Hubungannya dengan Minat Dan Pencapaian Pelajar dalam Pendidikan Islam, Jurnal Pendidik Dan Pendidikan, Jil.22, 161172 Kementerian Pelajaran Malaysia, 2007.

Niswa @ Noralina Abdullah, Penguasaan dan Penggunaan Tulisan Jawi dalam Pembelajaran: Kajian di Kalangan Guru Pelatih Pendidikan Islam, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kuala Lumpur. Disertasi Sarjana Usuluddin, Fakulti Usuluddin, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, 2014.

Norhazliana Mohd Hasan Abdullah,Saedah Siraj, Zaharah Hussin, Norlidah Alias, Isu Kritikal Penggunaan Tulisan Jawi dalam Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Peringkat Sekolah Menengah: Pandangan Pakar, Jurnal Pendidikan, 30; 63-84, 2010.

Syed Muhammad Naquib al-Attas, Preliminary Statement on a General Theory of The Islamization of the Malay Archipelago. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969.