fakulti seni gunaan dan kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan...

24
PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAT TENUN TANGAN TRADISIONAL DALAM MENGHASILKAN SUTERA TENUN TANGAN OLEH PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD DI CHENDERING TERENGGANU Nafiza Azira Bt Mohd Naru 12484 Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2007 Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Upload: ngothuy

Post on 08-Feb-2018

258 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAT TENUN TANGAN

TRADISIONAL DALAM MENGHASILKAN SUTERA TENUN TANGAN

OLEH PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD DI CHENDERING

TERENGGANU

Nafiza Azira Bt Mohd Naru

12484

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni) 2007

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

Page 2: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAT TENUN TANGAN

TRADISIONAL DALAM MENGHASILKAN SUTERA TENUN TANGAN

OLEH PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD DI CHENDERING

TERENGGANU

NAFIZA AZIRA BINTI MOHD NARU

Projek ini merupakan salah satu keperluan

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2007

Page 3: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS / LAPORAN

JUDUL: PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAT TENUN TANGAN

TRADISIONAL DALAM MENGHASILKAN SUTERA TENUN

TANGAN OLEH PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD DI

CHENDERING TERENGGANU

SESI PENGAJIAN : 2004 - 2007

Saya NAFIZA AZIRA BINTI MOHD NARU

Mengaku membenarkan tesis / Laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,

Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis / Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis / laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi.

5. * sila tandakan

SULIT

TERHAD

TIDAK TERHAD

Disahkan

____________________ ______________________

Tarikh : Tarikh :

Alamat tetap

144 FELDA TENANG

22010 JERTEH

TERENGGANU

Catatan : * Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa /

organisas berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan

sebagai SULIT atau TERHAD.

(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan

atau kepentinganseperti termaktub di dalam AKTA

RAHSIA RASMI 1972)

(mengandungi maklumat Terhad yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan

Page 4: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

i

PENGAKUAN

Projek bertajuk “Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alat Tenun Tangan Tradisional

Dalam Menghasilkan Sutera Tenun Tangan oleh Permint SuteraSemai Sdn.Bhd di

Chendering Terengganu” telah disediakan oleh Nafiza Azira Binti Mohd Naru dan

telah diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi

syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan kepujian (Pengurusan

Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

...............................................

Puan Noria Tugang

Penyelia Program Pengurusan Seni

Tarikh:

___________________

Page 5: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

ii

PENGHARGAAN

Bismillahirahmannirahim

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnianya, Penyelidikan dan Projek

Tahun Akhir (PTA) ini dapat disiapkan tepat pada masa yang telah ditentukan.

Walaupun pelbagai rintangan yang terpaksa saya hadapi namun akhirnya saya

berjaya. Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda dengan

Kepujian (Pengurusan Seni) bagi keperluan untuk bergraduat.

Penyelidikan ini banyak menggunakan dan mengadaptasikan bahan-bahan dari

sumber lain sebagai bahan untuk memantapkan penjelasan dan huraian tentang perkara-

perkara yang dibincangkan dalam memelihara dan memulihara alat tenun tradisional

sebagai khazanah warisan negeri Terengganu iaitu alat tenun „kei‟ atau „kek

tenun‟. Dengan ini saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak-pihak

yang terlibat dalam menjayakan dan membantu menyiapkan hasil kerja penyelidikan ini.

Sehubungan dengan itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada

penyelia projek penyelidikan saya, Puan Noria Tugang yang banyak memberikan tunjuk

ajar dan kerjasama dalam menyiapkan penyelidikan tentang “Pemeliharaan dan

Pemuliharaan Alat Tenun Tangan Tradisional Dalam Menghasilkan Sutera Tenun

Tangan Oleh Permint SuteraSemai Sdn.Bhd”. Jasa dan pengorbanan beliau amatlah

dihargai.

Page 6: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

iii

Tidak lupa kepada pensyarah-pensyarah Pengurusan Seni iaitu Puan Qistina

Donna Lee Abdullah, Cik Karen Audrey Samy, Puan Rahah Hj Hasan dan Cik

Emma Shuhada yang banyak membantu memberi komen-komen yang membina dan

berguna semasa pembentangan dan dalam menyiapkan penyelidikan dan projek tahun

akhir ini. Segala bantuan dan pengorbanan mereka akan dikenang selamanya.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada pengawai Permint

SuteraSemai Sdn.Bhd, Puan Idawati Jaafar dan Encik Sorita B. Ngah kerana telah

memberi kerjasama dalam menyumbangkan maklumat yang berkaitan dengan

penyelidikan ini. Perhargaan juga buat pegawai di kilang tenun Tersat Terengganu

yang memberi maklumat berkaitan dengan alat tenun tangan tradisional iaitu Encik

Iberahim Bin Mohd, Encik Saipudin Taib, Habibah Embung dan Mohd Azam

Bin Abdullah.

Tidak lupa juga, ribuan terima kasih ditujukan khas buat kedua ibubapa saya,

Mohd Naru B. Omar yang banyak membantu saya semasa menyiapkan penyelidikan

ini. Selain itu ibu, Zainong Bt Husin yang banyak memberi peransang dan semangat

dalam menyiapkan penyelidikan ini. Di samping itu, mereka juga banyak memberi

nasihat agar saya tidak berputus asa. Ucapan terima kasih juga kepada sahabat baik

saya Mohd Azran Bt Jusoh yang banyak membantu dalam menyiapkan kajian

ini.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-

rakan seperjuangan yang banyak memberi komen membina, di samping membantu

Page 7: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

iv

dalam proses pembinaan idea, bantuan fizikal dan mental serta kata-kata semangat.

Kenangan bersama kalian di UNIMAS merupakan pengalaman yang paling manis dan

akan dikenangi selamanya. Semoga kita semua akan berjaya dalam hidup.

Wassalam

Page 8: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

v

Isi kandungan HALAMAN

PENGAKUAN i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK viii

ABSTRACT ix

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.1.1 Sejarah Penubuhan Permint SuteraSemai Sdn.Bhd 7

1.1.2 Sejarah penubuhan Terengganu 10

1.1.3 Matlamat dan misi Permint SuteraSemai Sdn.Bhd 12

1.1.4 Objektif Syarikat 13

1.2 Definisi 14

1.3 Objektif kajian 19

1.4 Hipotesis 20

1.5 Skop kajian 21

1.6 Permasalahan kajian 23

1.7 Kepentingan kajian 25

1.8 Kesimpulan 28

Page 9: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

vi

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2.1 Pengenalan 29

(Maklumat bibliografi / rujukan) 30-99

Kandungan Umum

Kaitan dengan kajian

2.2 Kesimpulan 100

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 102

3.2 Lokasi Kajian 105

3.3 Sumber Data 107

3.3.1 Data Primer 109

3.3.2 Data Sekunder 113

3.4 Populasi 115

3.5 Persampelan 116

3.6 Instrumen Kajian 118

3.7 Limitasi Kajian 120

3.8 Kesimpulan 122

Page 10: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

vii

BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan 124

4.2 Penganalisaan data

4.2.1 Borang Soal Selidik 125

4.2.2 Temuramah 149

Pegawai Permint SuteraSemai Sdn.Bhd

Pegawai Kilang Tenun, Tersat Terengganu

Temuramah dengan pekerja di Kilang Tenun

Temuramah dengan penenun sambilan

4.3 Pemerhatian 166

4.4 Kesimpulan 167

BAB 5 CADANGAN DAN RUMUSAN KAJIAN

5.1 Pengenalan 168

5.2 Rumusan kajian 170

5.3 Cadangan 173

5.4 Cadangan Untuk Kajian Akan Datang 187

5.5 Kesimpulan 188

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 11: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

viii

ABSTRAK

Kei atau kek tenun merupakan salah satu alat tenunan tangan tradisional

orang Melayu yang sangat berharga. Menyedari hakikat ini pengkaji cuba

mengkaji usaha Permint SuteraSemai Sdn.Bhd dalam pemeliharaan dan

pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun dan

memperkenalkan alat tenun tangan ini kepada masyarakat. Di samping itu,

pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun penting demi memastikan alat tenun

terus wujud dan digunakan sekaligus menjadikannya alat tenun kraftangan

tradisional orang Melayu yang masih kekal.

Page 12: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

ix

ABSTRACT

Preservation and conservation of the traditional weaving tool to produce

silk fabrics by Permint SuteraSemai Sdn.Bhd in Chendering Terengganu. The

“Kei” or “Kek” loom is one of the valuable tools in Malay traditional handicraft.

This research investigates the efforts of Permint SuteraSemai Sdn.Bhd in

conserving this traditional weaving tool to produce better silk fabrics, as well as

their efforts to introduce this tool to society. Preservation and conservation are

very important to ensure the tool‟s continued survival.

Page 13: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

1

BAB SATU: PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Perkembangan pesat sektor ekonomi negara menjadi pemangkin dalam

mewujudkan masyarakat yang maju dan membangun. Perkembangan semula

sektor ekonomi ini dilihat memungkinkan hasrat untuk menjadikan Malaysia

sebagai sebuah negara maju. Pelbagai langkah terus diperkasa bagi memelihara

dan memulihara alat tenun tangan tradisional ini. Bagi mencerminkan sesebuah

kehidupan masyarakat terutamanya apabila kita melihat dari segi keunikkan

material yang dihasilkan oleh alat tenun tangan tradisional tersebut mampu

memberikan kepuasan disebabkan hasil yang halus serta lembut. Penggunaan alat

tenun tangan ini memerlukan idea dan kepakaran untuk menghasilkan kain tenun

tangan yang berkualiti.

Menurut kajian pengkaji, latar belakang alat tenun amat sukar diperoleh.

“Peringkat awal agar sukar untuk menentukan asal usul peralatan tenun yang di

gunakan oleh manusia” (p.19). “Memang tidak ada catatan rasmi tentang tarikh

awal penggunaan, peralatan tenun kei ( Loom )” (p.23). “Dari dua jenis tenunan

yang dihasilkan itu jelas bahawa peralatan tenun duduk lebih awal digunakan

dengan teknologi purba sebelum budaya Dongson (Siti Zainon Ismail, 1994,

Tekstil Tenunan Melayu Keindahan Budaya Tradisional Nusantara).

Page 14: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

2

Walaupun asal usul peralatan tenun tersebut sukar diperoleh, tetapi

masyarakat Melayu masih lagi menggunakan alat tenun tradisional tersebut. Tetapi

dalam petikan tersebut turut menyatakan bahawa peralatan tenun duduk lebih

awal digunakan oleh masyarakat dulu. Oleh itu, alat tenun duduk yang digunakan

oleh masyarakat Melayu dahulu adalah alat tenun yang pertama dihasilkan. Di

sini pengkaji hendak mengkaji usaha pihak PSSB dalam memelihara dan

memulihara alat tenun tersebut agar terus dikekalkan dan digunakan.

Dalam kajian ini, pengkaji ingin mengkaji peranan Permint SuteraSemai

Sdn.Bhd yang memainkan peranan dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alat

tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan yang berkualiti.

Peranan yang dimainkan oleh syarikat ini adalah perlu supaya alat tenun ini

tidak pupus dan dikenali oleh masyarakat.

Selain itu, mengikut hasil kenyataan atau kapsyen yang terdapat di

Muzium Bukit Losong iaitu tentang sejarah wujudnya alat tenun tangan

tradisional ini ialah, “Industri penenunan bermula sejak pemerintahan Sultan

Mansur Syah Satu atau Almarhum Janggut ( 1733 – 1793 ) dua ratus tahun lalu.

Bermulanya pelabuhan sehingga terkenal tumpuan pedagang terutamanya dari

Eropah, Cina dan India yang membawa hasil dagang seperti emas, kapas dan

sutera. Barang tersebut ditukar dengan rempah, beras dan garam. Bahkan,

pedagang datang bukan sahaja membawa barang-barang dagangan bahkan

memperkenalkan teknik-teknik menenun kain menggunakan alat tenun kepada

penduduk tempatan. Menjelang kurun ke-19 industri penenunan menjadi semakin

Page 15: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

3

pesat terutama di zaman Pemerintahan Sultan Zainal Abidin Tiga @ Marhum

Haji (Tahun 1881-1918 )”.

Sekiranya usaha memperkenalkan alat tenun ini kepada masyarakat tidak

dilakukan dan pihak Permint SuteraSemai Sdn.Bhd (PSSB) mengambil sikap

sambil lewa tidak mustahil masyarakat tidak mengetahui kepentingannya. Dalam

kajian ini, pengkaji telah memilih satu syarikat yang masih mengamalkan alat

tenun secara manual, iaitu “kek tenun” atau “kei”. Malah, usaha PSSB dikuatkan

lagi dengan adanya alat tenun tangan mereka sendiri untuk menghasilkan kain

tenun. Buktinya pengkaji memetik daripada buku profil syarikat iaitu “PSSB

mempunyai 40 buah mesin Tenun Tangan di Tersat Terengganu termasuk 5 buah

di Chendering dan sebuah kilang batik sutera yang dianggarkan seluas kira-kira

50 meter persegi yang digunakan bagi memproses sutera batik canting dan blok”.

Selain itu, semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin Tiga industri

penenunan telah berkembang pesat. “Orang-orang Melayu Terengganu juga

membuat berjenis-jenis barang seperti bertenun kain, membuat barang-barang

daripada tembaga dan besi, dan ada pula yang membuat perahu”. “Mereka

yang bertenun itu menenun kain benang kapas dan benang sutera atau kain

benang kapas berbunga sutera dan perkerjaan bertenun kain itu terutama

dibuat oleh orang-orang perempuan dan besi itu”. ( Buyong bin Adil, 1982 ).

Malah untuk menghasilkan kain tenunan yang berkualiti penenun

hendaklah mempunyai kepakaran dalam aktiviti menenun dan menggunakan alat

Page 16: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

4

tenun tradisional tersebut. Buku Songket Malaysia juga menyatakan “Pada zaman

dahulu, pengetahuan menenun merupakan suatu pengetahuan yang penting untuk

seseorang, kerana mereka perlu menenun kain untuk kegunaan sendiri”. (

Norwani Mohd. Nawawi, 2002 ).

Menurut buku The Tradisional Malay Handicraft Design “According to

history, Kelantan dan Terengganu were part of the Sriwijayan Empire in

Palembang. Beginning from the ninth century, this kingdom spread to

Langkasuka (the earliest Buddha-Malaya Kingdom in Kedah), Kelantan,

Terengganu and Pahang.R.O”. “Pada abad ke-19, Kelantan dan Terengganu

adalah sebahagian daripada tenunan yang berasal daripada Empayar Sriwijayan

di Palembang”.( Siti Zainon Ismail, (1997). Melalui kenyataan tersebut

menerangkan bahawa alat tenun kei wujud sejak dahulu lagi.

“Songket adalah hasil tenunan tangan tradisional orang melayu yang

sangat berharga”. “Ia ditenun dengan alat „Kek” yang menggunakan kaki

sebagai pengayuh”. Pernyataan tersebut menerangkan bahawa alat tenunan orang

Melayu dikenali sebagai “kek”. “Alat tenunan Melayu ( kek ) mempunyai rangka

empat persegi tepat dengan ketinggian tiang rangka setinggi empat kaki”. ( the

technique of songket weaving, (1997). Kenyataan tersebut menerangkan tentang

alat tenunan songket yang dipanggil kek, Oleh itu, hampir sama dengan alat

tenunan sutera.

“Di satu bahagian hujung terdapat tempat duduk penenun yang tingginya

dua kaki”. “Bertentangan dengan tempat ini iaitu di bahagian hujung hadapan

Page 17: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

5

kek terdapat papan gulung benang (loseng) yang dimasukkan kedalam kayu

pasung”. “Kayu pasung digantungkan enam inci dari lantai”. “Sebarisan benang

loseng dipasang menegak ke atas hingga ke kayu pesa”. ( Norwani

Mohd.Nawawi, 2002 ).

Di sini pengkaji ingin membuat kajian tentang peranan pihak Permint

SuteraSemai Sdn.Bhd dalam menjaga, melindungi dan mengekalkan alat tenun

tangan tersebut. Kajian yang pengkaji kaji ialah “Pemeliharaan dan

Pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun

tangan oleh Permint SuteraSemai Sdn.Bhd di Chendering Terengganu”.

Walaupun dunia masa kini mengalami perubahan kepada alat-alat tenun

moden dan canggih seperti komputer dan mesin tenun elektrik tetapi pengkaji

memilih sebuah syarikat yang masih menggunakan alat tenun manual. Iaitu

syarikat PSSB masih menggunakan alat tenun manual ini untuk menghasilkan

kain sutera tenun tangan. Walaupun syarikat ini mampu untuk membeli alat

tenun elektrik tetapi syarikat berkenaan masih menggunakan alat tenun manual.

Kebaikan menggunakan alat tenun manual ini ialah sentuhan tangan

manusia menghasilkan kerja yang berkualiti, kemas dan disertai dengan nilai

kejiwaan. Ini berbeza dengan menggunakan mesin elektrik yang bergantung

sepenuhnya dengan mesin tersebut tanpa menitik beratkan kualiti kain tersebut.

Oleh itu, pengkaji memilih syarikat tersebut dalam penyelidikan ini kerana

pengkaji hendak membuat kajian tentang usaha yang dilakukan oleh pihak

Page 18: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

6

Permint SuteraSemai Sdn.Bhd dalam memelihara dan memulihara alat tenun

tradisional (kei / kek tenun) ini. Di samping itu, pengkaji juga hendak

menggalakkan masyarakat untuk menjaga dan mengenali benda budaya ini.

Pemuliharaan terhadap benda budaya boleh disifatkan sebagai prinsip dalam

aspek penjagaan dan pengekalan kraftangan daripada dimusnah dan diubah tanpa

perancangan, pengawalan dan pengurusan yang sempurna serta sistematik.

Page 19: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

7

1.1.1 SEJARAH PENUBUHAN PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD

PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD. ( PSSB ) merupakan sebuah Anak

Syarikat Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu dan telah

diperbadankan pada 20 November 1984 dengan modal berbayar sebanyak RM13

Juta. PSSB memulakan operasinya pada 1 Mac 1985 dan beribu pejabat di

Kawasan Perindustrian Chendering iaitu kira-kira lapan kilometer di selatan

bandar Kuala Terengganu.

Secara umumnya, “PSSB menjalankan dua aktiviti perniagaan utama

sebagaimana singkatan daripada nama syarikat iaitu Sutera dan Semai”. “Sutera

merujuk kepada aktiviti-aktiviti pembuatan dan pengeluaran produk kain sutera

dan batik manakala semaian pula merujuk kepada aktiviti-aktiviti semaian dan

juga lanskap”. “Aktiviti semaian dan lanskap merupakan perniagaan utama

(core business) syarikat PSSB selain daripada pengeluaran sutera tulen dan batik

yang diusahakan bersama”. ( Kamisah Harun,2001)

Oleh yang demikian, PSSB terkenal sebagai sebuah syarikat hotrikultur

yang terkemuka di Negeri Terengganu khasnya dan juga di kawasan Pantai Timur

Malaysia. Dalam bidang hotrikultur, syarikat PSSB menjalankan aktiviti-aktiviti

seperti penanaman, pengeluaran dan pembekalan pokok-pokok hiasan kepada

pengguna. Segala aktiviti-aktiviti tersebut dijalankan di Tapak Semaian Lanskap

di Chendering Kuala Terengganu, Ketengah Jaya di Dungun dan juga Tersat di

Page 20: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

8

Hulu Terengganu dengan keluasan kira-kira lapan hektar persegi (20 ekar)

kesemuanya.

Bahagian pengeluaran sutera dan batik, PSSB menetapkan sasaran

pasarannya di seluruh negara khususnya dan juga pelancong-pelancong asing yang

melawat ke PSSB. Manakala bagi produk lanskap dan semaian lebih tertumpu

kepada projek-projek dalam negeri dan juga seluruh negara.

PSSB juga telah membuat beberapa pendekatan bagi memajukan dan

mencapai misi syarikat. Diantaranya adalah “ Memperkembangkan lagi pasaran

dengan memperkenalkan beberapa “consignee” baru bagi produk batik dan

sutera”. “PSSB juga memperhebatkan lagi promosi produk keluaran dengan

menjadi penaja dalam rancangan-rancangan televisyen seperti rancangan

pengacara Jemputan Nona di TV3”. “Selain itu, PSSB juga banyak menyertai

pameran-pameran perdagangan dan jualan diseluruh negara”. (Profil Syarikat

Pemasaran, PSSB). Pendekatan-pendekatan ini dibuat bagi memperkenalkan dan

mempromosikan lagi syarikat PSSB sebagai sebuah syarikat yang maju dan

berdaya saing.

Di sini sutera lukisan tangan dan rekabentuk batik digabungkan untuk

menghasilkan sutera emas yang berkualiti. PSSB merupakan pengeluar utama

sutera di Malaysia. Ia mengintegrasikan proses pengeluaran sutera dari

pemeliharaan ulat sutera sehingga kain sutera. Produk utama syarikat termasuk

kain sutera tenun tangan, lukis tangan dan blok. Pada awal penubuhan PSSB,

Page 21: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

9

“Syarikat menternak sendiri ulat sutera dan menanam pokok malbery (Sejenis

makanan ulat sutera)”. “Kerja-kerja menternak, memberi makan dan dari seluruh

proses dari benang sehingga menjadi kain akan dilakukan sendiri oleh pekerja

syarikat oleh kerana kos overheadnya terlalu tinggi, maka operasi ini terpaksa

dihentikan dan syarikat mengambil keputusan untuk mengimport terus benang

dari Negara Cina”. “Tapak ladang malbery di Tersat, terkini telah diganti

dengan tanaman kelapa sawit”.( Mohd Ali bin Awang, 2002 )

PSSB mengeluarkan pelbagai jenis produk sutera termasuk pakaian siap,

kemeja, tie, skaf, dan alas meja bagi memenuhi permintaan pelanggan. Semua

produk sutera di keluarkan di bawah jenama SUTERAMAS.

Page 22: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

10

1.1.2 SEJARAH TERENGGANU

Terengganu terbentuk daripada beberapa daerah iaitu Besut, Dungun,

Kemaman, Kuala Berang atau Ulu Terengganu, Marang, dan Paka. “Ibu negeri

Terengganu ialah Kuala Terengganu” (Muhammad Yusoff Hashim, 1991). Sultan

Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhun Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

merupakan Sultan Terengganu ke-16 yang memerintah negeri Terengganu

sekarang.

Terengganu sangat terkenal dengan dengan hasil fabrik seperti batik,

sutera, kain pasang dan songket. Selain itu, Terengganu juga terkenal dengan

pusat pelancongan yang menarik perhatian pelancong, contohnya Pulau Perhentian,

Pulau Redang, Tasik Kenyir dan Air Terjun. Kegiatan utama ekonomi di

Terengganu ialah perikanan. Selain itu, hasil petroleum menguatkan lagi ekonomi

negeri Terengganu ini.

Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri yang terletak

di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Malah kebanyakannya penduduk

Terengganu terdiri daripada masyarakat yang peribumi Melayu. Oleh itu,

kebanyakan masyarakat bekerja sebagai nelayan.

“Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan

lintang 4 hingga 5.50”. “Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan

dengan Kelantan; manakala di bahagian selatan dan barat daya pula

bersempadan dengan Pahang”.

Page 23: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

11

Terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu.

Nama Terengganu berasal daripada “Terangnya ganu”, “Taring anu”, dan

“Terangan nu”. “Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar

Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu sendiri.

“Terangnya ganu‟ ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar

Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di

langit. Mereka menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke

Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ".

Selain itu, Taring anu berasal daripada cerita semasa pemerintahan Sultan

Terengganu yang kesembilan, baginda Omar ( 1839-1876 ). Sebelum wujud nama

negeri Terengganu, satu rombangan Pahang telah datang memburu di kawasan

hulu. “Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai

Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang

taring”. “Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang

daripadanya menyatakan – "Taring anu " kerana ia tidak dapat mengingatkan

nama taring tersebut”. “Tidak lama kemudian, di antara mereka di dalam

rombongan ini dapat memburu seekor rusa”. Salah seorang daripada mereka

bertanya tempat rusa diburu dan mereka menyatakan berburu di “Taring anu”.

“Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya,

mereka menyatakan di "Taring anu". “Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu”.

(www.pmn.gov.my/terengganu/sejarahtrg.htm-45).

Page 24: Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif - ir.unimas.my dan pemuliharaan alat... · pemeliharaan dan pemuliharaan alat tenun tangan tradisional dalam menghasilkan sutera tenun tangan oleh

12

1.1.3 MATLAMAT DAN MISI PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD

MATLAMAT ORGANISASI

PERMINT SUTERASEMAI SDN.BHD ingin mencapai matlamat utama

iaitu menjadikan sebagai syarikat hortikultur dan landskap yang terunggul di

Terengganu, pantai timur dan di Malaysia. Di samping itu, PSSB juga sebagai

pengeluar sutera yang termasyur di Malaysia dan mampu bersaing dengan negara-

negara pengeluar sutera yang terkenal. Pelbagai usaha dan pendekatan yang

dibuat bagi mencapai matlamat tersebut. Selain itu, bahagian pemasaran akan

mempertingkatkan kualiti dan kuantiti produk supaya memenuhi citarasa pengguna

mengikut perkembangan semasa.

MISI

Misi PSSB ialah dengan adanya komitmen para pekerja yang berdedikasi

dan selaras dengan matlamat syarikat. PSSB bersedia memikul tugas dalam

memberi perkhidmatan dan produk yang berkualiti dan terbaik kepada pelanggan.