fakulti perniagaan dan pengurusan …docshare02.docshare.tips/files/26596/265961960.pdf · untuk...

Download FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN …docshare02.docshare.tips/files/26596/265961960.pdf · untuk produk yang unggul dan selamat ... iaitu meningkatkan minda,badan dan jiwa ... dalam

If you can't read please download the document

Upload: trinhtu

Post on 06-Feb-2018

265 views

Category:

Documents


14 download

TRANSCRIPT

  • FAKULTI PERNIAGAAN DAN PENGURUSAN

    SEMESTER 9 / SEPT 2014

    BBPS4103

    PENGURUSAN STRATEGIK / STRATEGIC MANAGEMENT

    KAJIAN KES ESTEE LAUDER 2011

    E-MEL : [email protected]

    [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN BANGI

  • BBPS4103

    ISI KANDUNGAN

    1.0 PENGENALAN 2

    2.0 ANALISIS LUARAN 3

    3.0 ANALISIS DALAMAN 7

    4.0 ANALISIS SWOT 9

    5.0 CADANGAN 12

    6.0 RUJUKAN 17

    7.0 LAMPIRAN 18

    1

  • BBPS4103

    1.0 PENGENALAN

    ABSTRAK

    Kajian ini merupakan sebuah kajian terhadap industri kosmetik yang telah lama

    menembusi pasaran global iaitu Syarikat Estee Lauder [Estee Lauder Companies, Inc.(EL)]

    berkenaan perniagaan pada tahun 2011. EL diklasifikasikan sebagai sebuah syarikat dibawah

    inndustri barangan persendirian dan isi rumah dimana mereka merupakan peneraju dalam

    indutri kecantikan berprestijsebagai pengeluar alatan solek, produk penjagaan kulit, minyak

    wangi dan produk penjagaan rambut yang telah diiktiraf di serata dunia. Syarikat yeng beribu

    pejabat di Bandar New York, Amerika Syarikat ini telah beroperasi di Benua Amerika itu

    sendiri, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan di rantau Asia Pasifik.

    Syarikat Estee Lauder mula ditubuhkan pada tahun 1946 oleh Puan Estee Lauder dan

    suaminya, Joseph Lauder dengan memasarkan barangan kecantikan yang dibangunkan oleh

    ahli kimia John Schotz yang merupakan pakciknya. Pada awal penubuhannya, EL gagal

    meyakinkan Madison Avenue untuk memasarkan produk mereka. Tetapi itu tidak menghalang

    mereka untuk memasarkan sendiri produk mereka terus kepada pelanggan dan seterusnya

    mensasarkan butik-butik eksklusif dan kedai-kedai jualan sehingga dua tahun kemudian

    berjaya membuka kedai jualan pertama mereka di Saks Fifth Avenue di New York. Kini, EL

    mempunyai lebih 26 jenama produk dan dijual di lebih 150 negara di seluruh dunia. Biarpun

    pada tahun 2004 syarikat ini kehilangan pengasas mereka iaitu Puan Estee Lauder,namun

    beliau patut berbangga dengan pencapaian yang dicapai oleh syarikat yang bermula dari

    sebuah perusahaan kecil kepada sebuah jenama yang dikenali di serata dunia.

    Biarpun mengalami sedikit kejatuhan pada tahun 2009, syarikat ini memperbaiki

    ekonominnya pada tahun kewangan 2010. Tahun kewangan bagi syarikat Estee Lauder

    berakhir pada 30 Jun setiap tahun. Kejayaan EL pada tahun 2010 ialah mereka berjaya

    menggandakan pendapatan bersih dari $218 juta pada tahun 2009 ke $478 juta pada tahun

    2010. Jualan bersih pula mencatatkan peningkatan sebanyak 6.4 peratus berbanding tahun

    kewangan 2009. Pendapatan pada tahun 2010 pula sebanyak $7,811.5 juta berbanding

    $7331.9 juta pada tahun 2009.

    KENYATAAN VISI

    Bringing the best to everyone we touch and being the best in everything we do. By the

    best we mean the best products, the best people and the best ideas.

    2

  • BBPS4103

    KENYATAAN MISI

    Misi kami adalah untuk memasarkan produk berkualiti tinggi dalam penjagaan kulit, minyak

    wangi,kosmetik dan produk penjagaan rambut (2) untuk lelaki dan wanita di semua peringkat

    umur tanpa mengira bangsa (1) di seluruh dunia (3). Dengan menggunakan teknologi yang

    terkini (4) dalam rekabentuk kosmetik, kami dapat memastikan permintaan tinggi pelanggan

    untuk produk yang unggul dan selamat mampu dipenuhi atau lebih dalam setiap produk yang

    dibeli (5). Menyediakan produk yang terbaik kepada pelanggan-pelanggan membolehkan

    falsafah kami (6) iaitu meningkatkan minda,badan dan jiwa diteruskan dari satu generasi ke

    generasi (7). Dengan adanya ahli kimia yang berpengalaman (8) dalam mereka bentuk produk

    baru yang selamat dan berkesan, kami berusaha untuk terus mengembangkan rangkaian

    produk kami. Kami juga berusaha untuk menjalankan kesedaran sosial dengan menyediakan

    produk yang yang mesra alam dan bebas dari ujian haiwan (9).

    1. Pelanggan2. Produk atau perkhidmatan3. Pasaran4. Teknologi5. Konsep kendiri6. Falsafah7. Kebimbangan untuk terus bersaing, keuntungan dan pembangunan8. Keprihatinan terhadap pekerja9. Keprihatinan terhadap masyarakat dan tanggungjawab sosial.

    2.0 ANALISIS LUARAN

    CPM MATRIK PROFIL PESAING ( COMPETITIVE PROFILE MATRIX)

    Matrik profil pesaing menunjukkan pesaing utama syarikat dalam industri yang sama

    dan kekuatan serta kelemahan berhubung dengan kedudukan strategik syarikat. Tujuan matrik

    ini adalah untuk menilai kedudukan daya saing syarikat dalam industri. Syarikat Estee Lauder

    bersaing secara terus dalam industri ini dengan jenama lain seperti Avon Product, Inc.,

    kumpulan Loreal dan syarikat Procter & Gamble (P&G).

    Syarikat Avon

    3

  • BBPS4103

    Syarikat ini menjual produk kecantikan dan berkaitan yang terdiri daripada kosmetik,

    minyak wangi, penjagaan kulit dan kelengkapan peribadi. Pejabat utama terletak di

    New York dan merupakan sebuah syarikat jualan langsung produk peribadi yang

    terbesar. Pasaran Avon di lebih 100 negara menerusi lebih 5 juta wakil jualan bebas di

    seluruh dunia. Ini membuatkan Avon merupakan salah satu pesaing yang

    menggerunkan.

    Kumpulan Loreal

    Kumpulan Loreal merupakan salah satu peneraju di seluruh dunia dalam industri

    kosmetik dan mengedarkan produk di lebih 130 buah negara dengan 19 jenama global

    dan pejabat di 58 buah negara. Memiliki banyak jenama produk pengguna, produk

    profesional dan produk mewah.

    Syarikat Procter & Gamble (P&G)

    P&G secara konsisten dalam mengejar globalisasi dengan lebih 127,000 pekerja di

    lebih 80 buah negara dan pengedaran produk di 140 negara. Syarikat ini merupakan

    syarikat yang memiliki kepelbagaian dalam barisan produk, berterusan menunjukkan

    pertumbuhan dalam jualan dan keuntungan.

    Estee Lauder Avon Loreal P&GFaktor-faktor

    kejayaan kritikalWajaran

    Kadar Skor

    wajaran

    Kadar Skor

    wajaran

    Kadar Skor

    wajaran

    Kadar Skor

    wajaranKualiti Produk 0.1 4 0.4 3 0.3 4 0.4 3 0.3Kesetiaan

    pelanggan0.1 4 0.4 4 0.4 4 0.4 4 0.4

    Nilai jenama 0.1 4 0.4 4 0.4 4 0.4 4 0.4Pengiklanan 0.1 4 0.4 4 0.4 4 0.4 4 0.4Harga 0.1 3 0.3 3 0.3 4 0.4 4 0.4Penyelidikan dan

    Pembangunan

    (R&D)

    0.1 4 0.4 3 0.3 4 0.4 4 0.4

    Pasaran Global 0.1 4 0.4 3 0.3 4 0.4 4 0.4Rangkaian

    pengedaran0.1 2 0.2 4 0.4 3 0.3 4 0.4

    Kedudukan

    Kewangan0.05 2 0.1 3 0.15 3 0.15 4 0.2

    4

  • BBPS4103

    Bahagian dalam

    pasaran0.1 2 0.2 3 0.3 3 0.3 3 0.3

    Pengurusan 0.05 3 0.15 3 0.15 3 0.15 4 0.21.00 3.35 3.4 3.7 3.8

    Analisis matrik profil pesaing diatas menunjukkan bahawa syarikat Procter & Gamble

    (P&G) mendominasi dalam faktor-faktor kejayaan kritikan dengan nilai wajaran sebanyak

    3.8. Syarikat Estee Lauder mencatatkan nilai wajaran yang paling rendah. Justeru itu, strategi

    yang perlu dirancang untuk kejayaan syarikat ini haruslah merangkumi faktor pengembangan

    rangkaian pengedaran, bahagian dalam pasaran, kedudukan kewangan dan pengurusan yang

    lebih sistematik.

    MATRIK PENILAIAN FAKTOR LUARAN

    Faktor Luaran Wajaran KadarSkor

    WajaranPeluang (opportunities)

    Nilai mata wang Dollar Amerika Syarikat yang

    lemah berbanding mata wang Euro menjadikan

    barangan berasaskan Amerika Syarikat lebih

    berpatutan untuk pelanggan di Eropah

    0.07 3 0.21

    Kadar faedah yang kekal rendah di Amerika Syarikat 0.09 3 0.27Semakin ramai orang membeli produk dalam talian

    untuk kemudahan, penjimatan kos dan kerahsiaan0.12 3 0.36

    Peningkatan golongan lelaki yang semakin prihatin

    dalam penjagaan kulit dan streotype lelaki

    menggunkan barangan penjagaan kulit semakin

    berkurangan

    0.07 4 0.28

    Peningkatan dalam penjualan kosmetik di rantau asia 0.05 3 0.15Peningkatan populasi golongan hispanic di

    Amerika Syarikat (hispanic- keturunan amerika latin

    yang tinggal di Amerika Syarikat)

    0.05 3 0.15

    Permintaan pelanggan terhadap produk yang tidak

    diuji terhadap haiwan dan mesra alam0.05 3 0.15

    Pelanggan berminat terhadap produk herba yang

    berasaskan sumber semulajadi0.05 4 0.2

    Ancaman (Threats)Pelanggan mengadu mengenai penghasilan produk 0.03 3 0.09

    5

  • BBPS4103

    baru yang diuji terhadap haiwanFDA (Food and Drug Administration for US)

    merancang utk menguatkuasakan bahawa setiap

    syarikat kosmetik perlu menyatakan label

    keselamatan produk ini belum ditentukan

    0.02 1 0.02

    Banyak syarikat yang baru dengan kepakaran

    pelbagai barangan kosmetik ditubuhkan setiap tahun0.05 2 0.1

    Kebimbangan kegunaan bahan terlarang dalam

    produk0.05 4 0.2

    Pesaing dalam industri yang sama mempelbagaikan

    jenama produk dan mengembangkan pasaran0.10 2 0.2

    Produk boleh didapati dalam jualan atas talian

    dengan harga yang lebih rendah menghadkan

    keuntungan

    0.10 1 0.1

    Kecenderungan masyarakat untuk tampil tanpa

    solekan0.05 3 0.15

    Kesetiaan pelanggan terhadap jenama yang biasa

    digunakan dan sukar untuk mencuba jenama lain0.05 3 0.15

    JUMLAH 1.00 2.78

    Keputusan daripada Matrik Penilaian Faktor Luaran menunjukkan bahawa syarikat ini

    adalah di bawah purata (skor purata=3.00). Syarikat Estee Lauder mempunyai peluang besar

    kerana peningkatan golongan lelaki dalam penjagaan kulit selain golongan wanita yang telah

    sekian lama mengutamakan kecantikan. Selain itu, peningkatan minat pelanggan terhadap

    produk berasaskan sumber semulajadi. Walaubagaimanapun, ancaman adalah kebimbangan

    pengguna terhadap penggunaan bahan terlarang dalam produk dan pertambahan pelanggan

    yang mengadu tentang ujian terhadap haiwan. Hal ini boleh menjejaskan imej dan keyakinan

    pelanggan terhadap rangkaian produk keluaran syarikat ini.

    3.0 ANALISIS DALAMAN

    MATRIK PENILAIAN FAKTOR DALAMAN

    Faktor Dalaman Wajaran KadarSkor

    WajaranKekuatan (strenghts)

    Mempunyai pejabat jualan di lebih 48 negara dan

    dijual di 130 negara seluruh dunia0.13 5 0.65

    6

  • BBPS4103

    Produk diuji terhadap haiwan bila dibenarkan oleh

    undang-undang0.05 4 0.2

    Mempunyai 26 jenama terkenal dan beroperasi

    dibawah pelbagai jenama tersebut seperti Clinique,

    Origins dan Bobbi Brown.

    0.12 5 0.6

    Rancangan Penggantian yang terperinci untuk

    kejayaan syarikat setelah perlantikan Fabrizio Freda

    sebagai Ketua Pegawai Eksekutif bermula Mac 2010

    0.05 3 0.15

    Hak global syarikat terhadap produk yang dijual

    dibawah beberapa jenama seperti Tommy Hilfiger,

    Donna Kara dan Sean John

    0.10 4 0.4

    Kesinambungan syarikat dalam membeli

    kepentingan dalam syarikat yang diiktiraf seperti

    Bumble&Bumble Product LLC

    0.05 4 0.2

    Keuntungan naik sekali ganda bagi tahun kewangan

    2010 ($478juta) berbanding tahun kewangan 2009

    ($218juta)

    0.15 4 0.6

    Keupayaan syarikat dalam pengkhususan

    penghasilan peringkat atas dan pertengahan produk

    kosmetik; pasaran lebih 9000 produk

    0.05 4 0.2

    Kelemahan (Weaknesses)Pengurangan kedai-kedai jualan diseluruh dunia 0.10 2 0.2Harga saham terperangkap diantara USD25 dan

    USD50 julat dagangan sejak 1996.0.05 1 0.05

    Kuasa dalam syarikat banyak dimiliki oleh ahli

    keluarga0.05 2 0.1

    Penurunan pendapatan dari sektor minyak wangi

    iaitu $1150.9 juta (2009) kepada $1136.9 juta (2010)0.05 1 0.05

    Syarikat tidak menawarkan jenama yang mencukupi

    untuk disesuaikan dengan bajet pelanggan0.05 1 0.05

    JUMLAH 1.00 3.45

    Keputusan yang ditunjukkan oleh Matrik Penilaian faktor Dalaman diatas

    menunjukkan yang syarikat mempunyai kekuatan dalam memiliki 26 jenama dan beroperasi

    dengan pejabat di 48 buah negara serta lebih 130 buah negara di seluruh dunia. Ini

    menunjukkan Estee Lauder mempunyai bahagian pasaran yang besar. Walaubagaimanapun,

    dari segi kelemahan, syarikat perlu menambahkan bilangan kedai-kedai jualan di seluruh

    7

  • BBPS4103

    dunia bagi meningkatkan lagi jualan. Selain itu, dominasi kuasa di kalangan keluarga juga

    perlu ditangani bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa.

    ANALISIS NISBAH KEWANGAN

    ESTEE LAUDER2008 2009 2010 CATATAN

    Nisbah keuntungan :

    (Profitable Ratios)Margin keuntungan kasar 74.76 74.31 76.53 %Margin keuntungan bersih 5.99 2.98 6.14 %Pulangan terhadap aset 10.37 4.29 9.10 %Pulangan terhadap ekuiti 33.22 13.26 26.66 %Nisbah aktiviti:

    (Activity Ratios)Pusingan inventori 2.17 2.11 2.26 kaliPusingan aset 1.73 1.44 1.48 kaliPusingan aset tetap 8.22 7.08 7.60 kaliNisbah Kecairan:

    (Liquidity Ratios)Nisbah semasa (current ratio) 1.64 2.00 1.99Nisbah cepat (quick ratio) 0.85 1.18 1.19Nisbah Leverage :

    (Leverage ratios)Leverage Kewangan 3.03 3.16 2.74Nisbah hutang/ekuiti 0.65 0.85 0.62Nisbah Pertumbuhan:

    (Growth Ratios)Pendapatan bersih 47.3 218.4 478.3 USD/ millionPendapatan sesaham 1.20 0.55 1.19 USDDividen sesaham 0.28 0.28 0.28 USD

    4.0 ANALISIS SWOT

    Kekuatan (Strenghts)

    Jenama Yang Kukuh

    Jenama di bawah Estee Lauder biasanya dikaitkan dengan kemewahan dan kualiti.

    Syarikat ini menghasil dan memasarkan produk yang diyakini terbaik dimata dunia

    seperti Clinique, M.A.C dan Origins. Selain itu, mereka juga mempunyai lesen global

    pada jenama ternama lain seperti Tommy Hilfiger, Donna Kara dan Sean John. Setiap

    8

  • BBPS4103

    dari jenama ini mensasarkan penguasaan di pasaran produk kecantikan. Ini dibuktikan

    dengan penguasaan M.A.C sebagai pendahulu di pasaran alatan solek di Amerika

    Syarikat. Kekuatan sesuatu jenama ini memberikan ruang kepada syarikat untuk

    menambah rangkaian produk dibawah jenama tersebut.

    Fokus Terhadap Penyelidikan dan Pembangunan (R&D)

    Estee lauder adalah pendahulu dalam pembangunan produk baru. Dari sektor

    pemasaran sehingga ke kumpulan pembungkusan bekerjasama dengan pasukan R&D

    dalam mengkaji keinginan dan minat pengguna, pembangunan produk baru,

    rekabentuk dan kajian penghasilan semula produk sedia ada. Kesungguhan syarikat ini

    dibuktikan melalui tindakan memperuntukkan sejumlah 1.1% daripada jumlah

    pendapatan untuk tujuan R&D dalam tahun kewangan 2007.

    Rangkaian Pengedaran Yang Luas

    Tidak dinafikan lagi, Estee Lauder menjual produk mereka melalui rangkaian yang

    besar dengan adanya pejabat milikan sendiri di 48 buah negara dan pasaran di lebih

    130 buah negara di seluruh dunia. Dengan adanya rangkaian pengedaran yang meluas

    ini, Estee Lauder mampu mewujudkan kedekatan dengan pelanggan sasaran dan

    meningkatkan peluang penembusan pasaran.

    Kelemahan (Weaknesses)

    Prestasi Kurang Memberansangkan

    Pendapatan operasi telah menunjukkan penurunan dalam segmen tertentu. Begitu juga

    dengan keuntungan dalam beberapa kawasan geografi. Pendapatan operasi dalam

    minyak wangi telah menurun dari $60.8 juta pada 2009 kepada $26.3 juta pada 2010.

    Selain itu, pendapatan operasi dari perkara lain juga menunjukkan penurunan.

    Keuntungan dari benua Eropah menunjukkan penurunan sebanyak $345.4 juta pada

    tahun 2009 berbanding 2008. Benua Amerika juga menunjukkan penurunan; $3711.5

    juta (2008) dan $3421.2 juta (2009). Penurunan dalam pendapatan operasi di kategori

    produk dan kawasan geografi tertentu menunjukkan kelemahan dalam struktur kos

    syarikat.

    Peluang (Opportunities)

    9

  • BBPS4103

    Kemunculan Pasaran Kosmetik Di Beberapa Negara

    Kemunculan pasaran baru di beberapa buah negara seperti China dan India yang telah

    didorong oleh peningkatan populariti pertandingan kecantikan mendorong kepada

    kebangkitan syarikat kosmetik. Ini dibuktikan melalui peningkatan pendapatan

    syarikat Estee Lauder di rantau Asia Pasifik; $1,192.6 juta (2008), $1299.4 juta (2009)

    dan $1510.1 juta (2010). Syarikat ini telah bertapak dalam pasaran di rantau ini sekian

    lama, dengan kemunculan pasaran baru ini membantu memperbaiki kedudukan Estee

    Lauder disamping merupakan peluang yang baik untuk mendapat manfaat daripada

    permintaan yang dijangka meningkat bagi pasaran di negara-negara ini.

    Kesedaran Tentang Kecantikan

    Dewasa ini kesedaran mengenai kepentingan menjaga kecantikan semakin meningkat

    bukan sahaja di Amerika Syarikat malahan seluruh dunia. Kesedaran ini juga meliputi

    semua peringkat umur dengan tumpuan terhadap golongan yang berumur. Menurut

    Biro Perangkaan dan Banci Amerika Syarikat, penduduk di negara tersebut yang

    berumur 65 tahun ke atas sekurang-kurangnya ada 13 peratus daripada jumlah

    populasi pada tahun 2006 dan dijangka meningkat kepada 20 peratus menjelang 2030.

    Estee Lauder perlu meningkatkan pengeluaran terhadap segmen berkaitan dengan

    alatan kosmetik yang tertumpu terhadap golongan berumur ini khususnya dan semua

    penduduk di seluruh dunia amnya.

    Ancaman (Threats)

    Persaingan Sengit

    Industri kosmetik global merupakan medan persaingan yang sengit dengan penglibatan

    beberapa syarikat besar di samping sekumpulan besar syarikat kecil berlumba-lumba

    untuk mendapat tempat dalam pasaran. Antaranya ialah Syarikat Esteen Lauder itu

    sendiri, Kumpulan Loreal, Syarikat Procter&Gamble, Avon Product. Kesungguhan

    syarikat-syarikat ini untuk kekal beroperasi mendorong mereka untuk merencanakan

    strategi perniagaan yang berkesan antaranya melalui pembesaran rangkaian

    pengedaran, mempelbagaikan rangkaian produk dan memperkukuhkan kekuatan

    penawaran mengimbangi permintaan. Peningkatan persaingan ini memberikan

    10

  • BBPS4103

    implikasi terhadap penurunan harga produk, penurunan keuntungan dan kehilangan

    tempat dalam pasaran.

    Peningkatan Penguatkuasaan Undang-undang

    Beberapa kumpulan perlindungan pengguna secara terbuka menyatakan kebimbangan

    terhadap penggunaan bahan yang terlarang dalam produk kosmetik. Sehubungan

    dengan peningkatan kebimbangan ini, FDA (US Food and Drug Administration)

    bercadang menguatkan undang-undang berkaitan produk kosmetik. Penguatkuasaan

    ini dijangka melengahkan masa untuk penghasilan dan pelancaran produk baru dan

    peningkatan perbenjaan program R&D. Sudah pasti juag mendatangkan keburukan

    kepada struktur kos syarikat Estee Lauder.

    5.0 CADANGAN

    GSM-MATRIK STRATEGI BESAR(GRAND STRATEGY MATRIX)

    Pertumbuhan Pasaran Pesat

    Berdasarkan Matrik Strategi Besar diatas, Syarikat Estee Lauder dicadangkan pada kuadran II. Berikut merupakan cadangan strategi yang perlu dilaksanakan:

    Pembangunan pasaran Penembusan pasaran

    Pembangunan produk Integrasi ke hadapan, mendatar dan ke belakang. Kepelbagaian berpusat

    QPSM

    Alternatif strategikFaktor Dalaman Wajaran Memperkenalkan

    produk baru

    untuk pelanggan

    baru

    Meneruskan

    untuk

    mengembangkan

    pasaran ke

    11

    Kedudukan Persaingan Kuat

    Pertumbuhan Pasaran Perlahan

    Kuadran II Kuadran I

    Estee Lauder

    Kuadran III Kuadran IV

    Kedudukan Persaingan

    Lemah

  • BBPS4103

    kawasan geografi

    baruKekuatan SDT JSDT SDT JSDTMempunyai pejabat jualan di lebih 48

    negara dan dijual di 130 negara seluruh

    dunia

    0.10 2 0.3 4 0.5

    Produk diuji terhadap haiwan bila

    dibenarkan oleh undang-undang0.05 - - - -

    Mempunyai 26 jenama terkenal dan

    beroperasi dibawah pelbagai jenama

    tersebut seperti Clinique, Origins dan

    Bobbi Brown.

    0.10 3 0.3 2 0.25

    Rancangan Penggantian yang terperinci

    untuk kejayaan syarikat setelah perlantikan

    Fabrizio Freda sebagai Ketua Pegawai

    Eksekutif bermula Mac 2010

    0.05 - - - -

    Hak global syarikat terhadap produk yang

    dijual dibawah beberapa jenama seperti

    Tommy Hilfiger, Donna Kara dan Sean

    John

    0.15 4 0.35 4 0.4

    Kesinambungan syarikat dalam membeli

    kepentingan dalam syarikat yang diiktiraf

    seperti Bumble&Bumble Product LLC

    - - - - -

    Keuntungan naik sekali ganda bagi tahun

    kewangan 2010 ($478juta) berbanding

    tahun kewangan 2009 ($218juta)

    0.15 3 0.45 4 0.6

    Keupayaan syarikat dalam pengkhususan

    penghasilan peringkat atas dan

    pertengahan produk kosmetik; pasaran

    lebih 9000 produk

    0.10 4 0.25 4 0.2

    Kelemahan

    Pengurangan kedai-kedai jualan diseluruh

    dunia0.05 - - - -

    Harga saham terperangkap diantara

    USD25 dan USD50 julat dagangan sejak

    1996.

    0.05 - - - -

    Kuasa dalam syarikat banyak dimiliki oleh 0.05 - - - -

    12

  • BBPS4103

    ahli keluargaPenurunan pendapatan dari sektor minyak

    wangi iaitu $1150.9 juta (2009) kepada

    $1136.9 juta (2010)

    0.05 - - - -

    Syarikat tidak menawarkan jenama yang

    mencukupi untuk disesuaikan dengan bajet

    pelanggan

    0.10 4 0.20 2 0.10

    JUMLAH 1.00 1.85 2.05

    Faktor Luaran Wajaran Memperkenalkan

    produk baru

    untuk pelanggan

    baru

    Meneruskan

    untuk

    mengembangkan

    pasaran ke

    kawasan geografi

    baruPeluang SDT JSDT SDT JSDTNilai mata wang Dollar Amerika Syarikat

    yang lemah berbanding mata wang Euro

    menjadikan barangan berasaskan Amerika

    Syarikat lebih berpatutan untuk pelanggan

    di Eropah

    0.07 1 0.07 4 0.2

    Kadar faedah yang kekal rendah di

    Amerika Syarikat0.09 2 0.2 4 0.24

    Semakin ramai orang membeli produk

    dalam talian untuk kemudahan, penjimatan

    kos dan kerahsiaan

    0.12 3 0.4 1 0.16

    Peningkatan golongan lelaki yang semakin

    prihatin dalam penjagaan kulit dan

    streotype lelaki menggunkan barangan

    penjagaan kulit semakin berkurangan

    0.05 4 0.2 1 0.05

    Peningkatan dalam penjualan kosmetik di

    rantau asia0.05 2 0.1 4 0.2

    Peningkatan populasi golongan hispanic

    di Amerika Syarikat (hispanic- keturunan

    amerika latin yang tinggal di Amerika

    Syarikat)

    0.05 1 0.05 4 0.2

    Permintaan pelanggan terhadap produk 0.07 - - - -

    13

  • BBPS4103

    yang tidak diuji terhadap haiwan dan

    mesra alamPelanggan berminat terhadap produk herba

    yang berasaskan sumber semulajadi0.05 3 0.10 1 0.05

    AncamanPelanggan mengadu mengenai penghasilan

    produk baru yang diuji terhadap haiwan0.03 - - - -

    FDA (Food and Drug Administration for

    US) merancang utk menguatkuasakan

    bahawa setiap syarikat kosmetik perlu

    menyatakan label keselamatan produk ini

    belum ditentukan

    0.02 - - - -

    Banyak syarikat yang baru dengan

    kepakaran pelbagai barangan kosmetik

    ditubuhkan setiap tahun

    0.05 - - - -

    Kebimbangan kegunaan bahan terlarang

    dalam produk0.05 - - - -

    Pesaing dalam industri yang sama

    mempelbagaikan jenama produk dan

    mengembangkan pasaran

    0.10 - - - -

    Produk boleh didapati dalam jualan atas

    talian dengan harga yang lebih rendah

    menghadkan keuntungan

    0.10 - - - -

    Kecenderungan masyarakat untuk tampil

    tanpa solekan0.05 4 0.2 1 0.05

    Kesetiaan pelanggan terhadap jenama yang

    biasa digunakan dan sukar untuk mencuba

    jenama lain

    0.05 - - - -

    JUMLAH 1.00 1.32 1.15JUMLAH KESELURUHAN SKOR

    DAYA TARIKAN (SDT)3.17 3.2

    Antara beberapa cadangan adalah:

    Syarikat perlu membangunkan imej jenama yang jelas dan menyediakan sesuatu yang

    unik kepada pelanggan. Kemungkinan untuk membentuk imej baru adalah melalui

    pelancaran sub-jenama.

    14

  • BBPS4103

    Syarikat perlu mengambil langkah untuk membendung pemalsuan produk kerana jelas

    pemalsuan ini mengancam perniagaan serta imej jenama Estee Lauder. Selain itu

    menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna seterusnya membawa kepada

    kemerosotan perniagaan. Estee lauder boleh memperkenalkan sub-jenama yang disesuaikan untuk situasi

    pasaran yang berbeza yang mana menyediakan fleksibiliti untuk menikmati pelbagai

    jenama tanpa memberi kesan negatif kepada satu sama lain. Oleh kerana Estee Lauder merupakan jenama yang global, ia seharusnya memberi

    tumpuan yang sama pada setiap pasaran untuk memberi kestabilan global dalam

    perniagaan syarikat secara menyeluruh. Sikap kesedaran mengenai persaingan. Meskipun Estee Lauder mempunyai pasaran

    yang luas dan kepelbagaian produk, ia harus sedar persaingan yang semakin sengit dan

    tidak sambil lewa bagi meneruskan kelancaran operasi syarikat.

    6.0 RUJUKAN

    http://en.wikipedia.org/wiki/Estee_Lauder_Companies capaian pada 18 Disember 2014

    http://www.esteelauder.my/ capaian pada 18 Disember 2014

    http://www.my.avon.com/ capaian pada 19 Disember 2014

    http://en.wikipedia.org/wiki/Avon_Product capaian pada 19 Disember 2014

    15

    http://en.wikipedia.org/wiki/Estee_Lauder_Companieshttp://en.wikipedia.org/wiki/Avon_Producthttp://www.my.avon.com/http://www.esteelauder.my/

  • BBPS4103

    http://www.loreal.com/ capaian pada 19 Disember 2014

    http://www.pg.com/ capaian pada 19 Disember 2014

    http://financials.morningstar.com/ratios/r.html?t=EL&region=usa&culture=en-US capaian

    pada 19 Disember 2014

    Estee lauder 2011 Case Studi di http://www.academia.edu/ capaian 18 Disember 2014

    7.0 LAMPIRAN

    16

    http://www.academia.edu/http://financials.morningstar.com/ratios/r.html?t=EL&region=usa&culture=en-UShttp://www.pg.com/http://www.loreal.com/

  • BBPS4103

    17

  • BBPS4103

    18

  • BBPS4103

    19

  • BBPS4103

    20

  • BBPS4103

    21

  • BBPS4103

    22