faktorkejayaan pelajar

Upload: musalmah-muchlis

Post on 08-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    1/24

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    2/24

    Penyataan Masalah

    Kejayaan adalah milik sesiapa sahaja yang berusaha untuk mendapatkannya. Kejayaanyang dimiliki tidak datang dengan sendiri atau secara kebetulan sahaja. Menurut Dato Dr MohdFadhilah Kamsah, Kejayaan seseorang terletak pada cara mereka memahami diri, mengetahuiarah tujuan hidup dan teguh serta bersungguh-sungguh mencapai matlamat yang diimpikan danakhirnya dengan berkat usaha yang dilakukan, hasil yang benar-benar berkualiti diperoleh.Kejayaan bukan bergantung kepada nasib semata-mata. Kita perlu berusaha untuk mencapaikejayaan yang diimpikan agar mencapai matlamat dalam melayari bahtera kehidupan.

    Pelajar Matrikulasi juga tidak lari daripada ingin menempa kejayaan. Setiap sesi bermuladari sesi 2003/2004 sehingga 2007/2008 sebilangan besar pelajar matrikulasi telah berjayadengan cemerlang dalam Program Matrikulasi. Oleh itu perlulah kita mengetahui apakahfaktor/punca/sebab yang membawa kepada kejayaan di kalangan pelajar-pelajar cemerlangdalam sesi 2007/2008 supaya dapat menjadi panduan dan pedoman kepada pelajar-pelajar lainuntuk membina kejayaan yang serupa.

    Objektif Kajian

    Berdasarkan Analisis yang dibuat, didapati setiap tahun Kolej Matrikulasi Kedah (KMK)berjaya melahirkan pelajar cemerlang dengan PNGS 4.00 setiap semester. Bermula dari sesi2003/2004 sehingga sesi 2007/2008 KMK berjaya mengeluarkan produk cemerlang antaraperatusan 5.6 sehingga 6.7 peratus. Cuma pada sesi 2006/2007 berlaku peningkatan yang baikdengan 9.9 peratus pelajar mendapat PNGK 4.00. Oleh itu kajian ini cuba menyenaraikanapakah faktor-faktor yang mempengaruhi kejayaan pelajar-pelajar pada sesi 2007/2008.

    Ulasan Karya

    Mohd. Fadzilah Kamsah et. al. (2004), menyatakan kejayaan berlaku apabila individumencapai matlamat yang diimpikan. Ada yang menilai pelajar berjaya apabila berjaya memasukiuniversiti. Menurut Zainal Osman (2003) dipetik oleh Mohd. Fadzilah Kamsah (2004), individuyang berjaya biasanya memiliki sifat-sifat berikut; mengawal tingkah laku dalaman dan luaran,

    berilmu dan cinta kepada ilmu, percaya kepada diri sendiri, tawakal kepada Allah, mempunyaisikap yang positif, berazam, sentiasa merancang masa depan dan berusaha bersungguh-sungguh. Bagi pelajar kejayaan dilihat dari aspek kecemerlangan akademik. Ia merupakan alatpengukur yang menentukan tahap kejayaan seseorang pelajar di dalam bidang akademik.Alimuddin (2006), menyatakan bahawa terdapat tiga kriteria dalam menentukan tahap kualitipendidikan sesebuah institusi. Kriteria pertama ialah piawai. Satu daripada item dalam kriteria iniialah output yang memfokus kepada pencapaian pelajar dalam peperiksaan dalaman dan awam.Kriteria kedua ialah harapan kejayaan pelajar yang juga diukur melalui pencapaian pelajar dalamujian dan peperiksaan. Manakala kriteria ketiga ialah pebambahbaikan berterusan persekitaraninstitusi pendidikan, disiplin pelajar, kemudahan fizikal, penggunaan alat bantu mengajar, teknikpengajaran, kesihatan dan keselamatan institusi pendidikan dan kemudahan prasarana guru. Disamping itu menurut Maznah Hamid (2002) dalam bukunya Motivasi Memburu Kejayaan untukberjaya seseorang itu perlu mempunyai disiplin diri dan kawalan diri. Menurut beliau disiplin diri

    adalah ketetapan dan keteguhan hati dalam menghadapi cabaran. Manakala kawalan diri pulaialah kita merupakan pemandu yang menentukan arah hidup kita sendiri. Jadi jika ingin berjayakita sendiri yang perlu berusaha ke arah itu. Toh Hon Leong (2000), menyatakan jika inginmencapai kecemerlangan, anda mesti tahu apakah yang perlu anda buat untuk mencapai tarafkecemerlangan yang diinginkan. Perkara yang perlu dilakukan ialah merancang untuk kejayaan.Kejayaan bukan suatu kemalangan, tetapi boleh dirancang. Pelajar boleh menetapkan objektifdan cita-cita dan kemudian berusaha ke arah mencapainya. Menurut Norman (1963) yang dipetikdari Tajul Ariffin Noordin, et. Al. (2007), pelajar yang berjaya akan mempamerkan sikap dantingkah laku yang baik dari segi keupayaan daya fikirannya. Pelajar cemerlang adalah aktif danbertanggungjawab. Mereka sentiasa melibatkan diri dalam suatu pembelajaran dan bersedia

    2

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    3/24

    terhadap pelajaran mereka. Mereka mempunyai matlamat yang ingin dicapai. Sentiasabermotivasi dan berkeinginan serta mempunyai cita-cita. Mereka tidak segan untuk bertanyakansoalan dalam kelas sama ada berkaitan dengan pelajaran atau tidak. Mereka sentiasa berusahamelengkapkan diri dengan pelbagai ilmu. Pelajar cemerlang juga akan berusaha membentukkumpulan belajar (study group) bagi memudahkan perbincangan, mengulangkaji danmenyelesaikan masalah. Mereka akan sering mencari dan mendapatkan bahan bacaan,membuat catatan,nota-nota penting, membuat latihan dan tidak suka duduk di bahagianbelakang kelas serta pelajar yang cemerlang sering berkongsi ilmu dengan rakan-rakannya bagimeningkatkan lagi kefahaman terhadap tajuk yang dipelajari. Menurut Majalah Pendidik (2004),ciri-ciri kejayaan seorang pelajar adalah seperti berikut :

    (a) Semasa dalam kelas, mereka menumpukan sepenuhnya perhatian terhadap pendidik.(b) Pelajar bersikap aktif terhadap penyoalan pendidik. Pelajar ini juga suka bersoal jawab

    dengan pendidik untuk memahami pelajaran yang telah diajar.(c) Pelajar yang berjaya biasanya sudah mengulangkaji di rumah sebelum datang ke kelas.

    Mereka membaca nota sama ada nota yang dicari atau nota yang diberi oleh guru.(d) Pelajar rajin membuat tugasan mereka dengan kemas dan teliti(e) Pelajar yang berjaya menjalinkan hubungan baik dengan rakan sekelas.(f) Pelajar yang berjaya akan mengambil berat keperluan diri dan orang lain.(g) Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk menenpah kejayaan.(h) Bersedia memikul tanggungjawab.

    (i) Sentiasa bersedia.(j) Menyediakan keperluan peralatan untuk belajar seperti alat tulis, buku dan sebagainya.(k) Menepati waktu yang ditetapkan untuk belajar.(l) Mendapatkan bahan jika tertinggal kelas yang sepatutnya.(m) Bersikap murni dan berakhlak mulia.(n) Sentiasa hormat kepada pendidik.(o) Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran(p) Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran.(q) Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran di luar kelas.

    Sebagai kesimpulan yang dapat dibuat ialah untuk menjadi cemerlang pelajar perlu memiliki ciri-ciri ini.

    Rekabentuk Kajian

    Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif melalui surat terbuka kepada pelajar-pelajaryang berjaya. Data yang dikumpul daripada surat-surat terbuka adalah catatan pengalaman,pendapat, perasaan dan pengetahuan responden. Responden meluahkan pengalaman,pendapat, perasaan dan pengetahuan mereka secara bertulis dengan membalas semula suratyang dihantar kepada mereka. Antara ciri-ciri instrumen yang diedarkan kepada pelajar ialahsurat yang sama isi kandungannya bagi semua pelajar. Secara umumnya analisis data dalamkajian kualitatif tidak melibatkan kuantitatif tetapi pengkaji masih boleh menganalisis data kajianini dengan melibatkan kuantiti yang terbatas seperti kekerapan (peratus) berlaku sesuatuperistiwa.

    Sampel Kajian

    Sampel kajian terdiri daripada 6 orang responden yang membalas semula surat yangdihantar oleh Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah bagi sesi 2007/2008 yang berjaya mengekalkanPurata Nilai Gred Semester 4.00 bagi semester 1 dan semester 2 sesi tersebut.

    Prosedur Kutipan Data

    Data dikumpul melalui kaedah menghantar surat kepada pelajar-pelajar cemerlang yangberjaya mengekalkan pencapaian PNGK 4.00 pada sesi 2007/2008 yang lalu. Walaubagaimanapun balasan daripada pelajar-pelajar hanya enam orang sahaja. Surat tersebut

    3

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    4/24

    bertajuk Kajian perbandingan antara purata nilai gred semester 1 (PNGS 1) dengan purata nilaigred semester 2 (PNGS 2) sesi 2007/2008.

    Isi surat adalah seperti berikut:

    Adalah dimaklumkan bahawa saudara telah dikenalpasti seorang daripada sebilangan pelajarKolej Matrikulasi Kedah sesi 2007/2008 yang pencapaian PNGSnya 4.00 pada kedua-duasemester. Untuk makluman saudara Kolej Matrikulasi Kedah sedang menjalankan kajian untukmenentukan faktor/punca/sebab yang menyumbang kepada kejayaan saudara/i.Faktor/punca/sebab boleh daripada aspek pengurusan, pensyarah, diri sendiri, kemudahan atauperkara-perkara lain yang saudara fikirkan relevan.

    Dapatan Kajian

    Catatan semua respoden disenaraikan di bahagian lampiran. Bahasa dan nahu yangmereka tuliskan dalam surat balasan tidak diubah. Bahasa yang mereka gunakan bercampuraduk antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris serta tidak mengikut nahu dan struktur ayatBahasa Melayu yang betul. Faktor-faktor yang ditulis juga tidak diubah ke semuanya adalah hasiltulisan responden.

    Hasil dapatan yang diperoleh pengkaji telah mengklaskan catatan pelajar kepada tujuh

    kategori punca/faktor kejayaan pelajar mengekalkan kecemerlangan di kedua-dua semester diKolej Matrikulasi Kedah. Kategori tersebut ialah faktor pensyarah, faktor pengurusan masa,faktor diri sendiri, faktor rakan sebaya, faktor teknik belajar, faktor ibu bapa, dan faktorkemudahan/persekitaran.

    Faktor Pensyarah

    Responden kedua : Pensyarah/tutur yang sentiasa prihatin dan komited serta tidak jemumembimbing pelajar mendorong pelajar tidak segan untuk berhubung tentang masalahpembelajaran. Pensyarah/tutur selalu mengambil berat tentang masalah-masalah pelajarterutama apabila pelajar mengalami masalah kesihatan. Kaedah pengajaran yang baik danberkesan dengan pensyarah/tutor yang senang berkomunikasi menghasilkan pembelajaran yangseronok dan tidak mengalami tekanan (stress).

    Responden ketiga : Pertama kali saya melangkah ke dalam kolej ini, saya berasa sangattertekan kerana saya tidak pernah sentuh sebarang subjek tentang Perakaunan. Saya tiadarakan yang sama jurusan dengan saya. Lagipun saya merupakan seorang pendiam, saya kurangbergaul dengan rakan-rakan yang lain. Tetapi dalam kelas Bahasa Inggeris, MISS ANITA,pensyarah Bahasa Inggeris saya telah membimbing saya untuk bercakap dan memberi peluangkepada saya untuk memberi persembahan dalam kelas serta sentiasa memberi dorongankepada saya supaya lebih berusaha dan maju. Tempat pensyarah tersebut telah menjadi tempatyang membolehkan saya relaks dan menenangkan hati serta memberi peluang kepada sayauntuk mengeluarkan perasaan saya yang tertekan. Pada masa yang sama, ibu bapa sayaberada di rumah setiasa menelefon saya dan memberi sokongan dari segi mental dan selalumenasihatkan saya supaya sentiasa mengingati pensyarah-pensyarah yang pernah menolongsaya serta sentiasa membawa hati yang sedia membalas budi kepada orang-orang yang pernah

    menghulurkan tangan kepada saya semasa saya berada dalam kesusahan.

    Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Saifuddin pensyarahEkonomi saya pada semester pertama, yang sentiasa mencabar minda saya untuk berfikirsemasa di dalam kelas saya. Secara jujurnya, saya pernah mensyaki persyarah tersebut samaada beliau membenci saya. Jadi, perkara ini telah mendorong saya untuk berusaha demimenunjukkan keputusan saya kepada pensyarah tesebut bahawa saya juga boleh melakukansesuatu yang membanggakan.Sehinggalah sekarang, saya masih ingat setiap perkara yangdisebut oleh Encik Saifuddin semasa kelas pertama. Kita dapat berdiri di sini bukanlah usahakita sahaja, malah sokongan dan dorongan yang diberi daripada setiap pihak, kita hendaklah

    4

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    5/24

    sentiasa bersyukur dan lakukan sesuatu yang dapat membanggakan anda dan keluarga anda,jangan mengecewakan mereka yang menghantar anda ke sini. setiap perkataan yang disebutoleh encik telah diukir secara mendalam di hati saya. Air mata saya telah menitis dan setiap airmata telah melambangkan betapa menyesalnya saya semasa berada di sekolah menengah.Saya telah menyebabkan ibu bapa saya menitis air mata mereka yang begitu berharga dan inibukan disebabkan perkara terharu malah disebabkan kesakitan hati yang dilakukan oleh saya.Saya amat menyesal pada masa itu dan sumpah bahawa saya tidak akan bagi ibu bapa sayakecewa dan air mata yang menitis adalah disebabkan kejayaan yang dilakukan oleh saya selamaini.

    Pensyarah Perakaunan dan pensyarah Matematik serta pensyarah Ekonomi semester keduasaya iaitu Puan Nuraini dan Puan Sharifah Syifa serta Puan Noryati, yang sentiasa memberibantuan kepada saya dalam pelajaran saya dan memberi ajaran kepada saya tanpa berasa lesudan bosan. Sikap dan bantuan pensyarah ini telah menjadi satu tempat yang boleh saya mencariilmu.

    Semasa menjalankan aktiviti yang besar seperti Mooncake Festival dan Chinese New YarCelebration, kami amat memerlukan sokongan daripada tuan dan pihak-pihak yang terlibatdalam pengurusan. Saya telah terlibat dalam perlaksanaan projek Chinese New YearCelebration dan memegang jawatan sebagai bendahari. Disebabkan projek yang lepas iaituMooncake Festival yang budjetnya untuk melaksanakan projek ini telah dipotong dengan

    sebilangan besar, saya berasa sangat tertekan kerana modal yang terhad ini telah mencabarsaya untuk mengurangkan perancangan kewangan projek ini. Tetapi dengan bantuan dan berkattuan yang mulia ini, modal kami masih dapat ditampung secara minimumnya, dan kami telahmendapat sokongan sepenuhnya daripada tuan untuk menghadiri majlis yang dilaksanakan olehkami. Kedatangan tuan amat bermakna bagi kami dan kami amat terharu. Dalam hati saya,kedatangan tuan bagai kedatangan tuhan ke alam kami yang sedang huru-hara, kedatangantuan telah menenangkan hati kami dan keadaan majlis yang semakin mencemaskan. Setiapbantuan yang diberi oleh tuan akan diingati oleh kami seumur hidupnya. Tuan bagai ibu bapasaya dalam kolej ini.

    Dalam aktiviti kokurikulum saya, iaitu Kelab Badminton yang di bawah jagaan Encik Zamri telahmemberi peluang kepada saya untuk belajar bermain badminton secara mahir. Saya jugamemegang jawatan sebagai bendahari dalam kelab tersebut. Encik Zamri yang sentiasa

    memberi nasihat kepada kami supaya sentiasa berusaha untuk mendapat keputusan yang lebihbagus dalam peperiksaan. Beliau juga sentiasa memberitahu pengalamannya yang lepas yangamat saya mengagumkan. Beliau juga merupakan felo asrama yang saya tinggal sebelum sayamenamatkan pelajaran saya. Beliau telah memberikan kebebasan yang secukupnya untuk kamibelajar dan setiap kemudahan telah disediakan dengan sepenuhnya. Keadaan ini telahmemudahkan pelajaran saya semasa berada dalam aktiviti ulangkaji saya.

    Responden keempat : Pada semester pertama, aspek pengurusan saya amat teruk. Waktubelajar, ulang kaji, jumpa pensyarah, salin nota dan berbagai lagi teknik untuk cemerlang ini sayatidak tahu. Oleh kerana itu, saya mendapat keputusan yang tidak seperti yang diharapkan didalam UPS 1. Semuanya B. Walaupun banyak rakan-rakan mengatakan keputusan itu baik,saya bukanlah seseorang yang suka meihat B di tangan saya. Oleh itu saya mula mendekatipensyarah kuliah, tutor dan sebagainya untuk mendapatkan teknik untuk berjaya danalhamdulillah saya masih mempraktikkannya sampai ke hari ini. Antaranya ialah tidur awalkerana tidur awal membolehkan saya menumpukan perhatian 100% terhadap apa yangdiajarkan pada keesokkan harinya. Kemudian jika saya terlepas sesuatu atau tidak faham, sayaakan bertanyakan terus kepada pensyarah berkenaan pada petang itu atau mana-mana masayang kekosongan. Pada pemerhatian saya, kebanyakan nota pensyarah sudah banyak yanglengkap dan tidak perlu untuk mencari bahan tambahan di perpustakaan. Maafkan saya keranasaya jarang menggunakan perpustakaan disebabkan saya banyak meluangkan masa bersamakawan-kawan yang juga seperti saya belajar bersama-sama di masjid. Kecuali kalau saya perlumendapatkan pemahaman yang lebih tentang sesuatu topik dan mencari bahan rujukan.Kebanyakan pensyarah akan menyediaan soalan tambahan di kubik seperti yang ditampal pada

    5

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    6/24

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    7/24

    Jika hari cuti saya bahagikan 1 hari kepada tiga iaitu pagi, petang dan malam. Setiap satu sayaisikan dengan 1 subjek. Pagi matematik, petang (2-4.30) subjek kimia dan malam untuk biologi.Selepas asar saya keluar outing untuk membeli barang.

    Faktor Diri Sendiri

    Responden pertama : Tanyakan soalan kepada pensyarah dengan serta-merta jika mengalamikekeliruan atau tidak faham (jangan tangguh). Siapkan homework setiap kali mempunyaikelapangan (jangan tangguh homework).

    Responden kedua : Diri sendirii. Memulakan pembelajaran hari pertama berada di kolejii. Berusaha dari awal dengan tidak menangguh kerja yang diberikan oleh tutoriii. Meningkat pembelajaran dengan membimbing pelajar lain dan tidak lokek/kedekut ilmuiv. Dorongan ibu bapav. Berdisiplin dan menghormati tutur/pensyarah

    vi. Belajar dengan sistematik dan tidak menangguh kerja. Terus berusaha, bertawakal dan

    berdoa

    Responden keempat : Faktor diri sendiriMemang setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah dan tetapi setiap manusia pasti akandapat mencari penyelesaian bagi setiap masalahnya. Saya yakin pada Allah bahawa Allah tidakakan memberikan suatu bebanan kepada hambanya melainkan hambaNya boleh memikulbebanan itu. Untuk hidup senang memang perlu meredah kesusahan. Sebab itu apabila sayamendapat ujian, cabaran, masalah akan membuatkan saya lebih gembira kerana walaupun pahitkerana saya yakin ia akan memberikan pulangan yang baik pada masa kelak. Bak kata pepatahInggeris, no pain no gain. Walaupun hidup di matrikulasi agak menderitakan tetapi masa deritatidaklah lama iaitu hanya setahun sahaja.

    Saya mementingkan aspek rohani iaitu motivasi dalaman saya untuk menggerakkan saya setiaphari. Saya bukanlah jenis suka mengikut apa yang orang lain buat. Saya lebih suka cara sayasendiri walaupun kadang-kadang saya lihat orang lain mempunyai cara yang lebih baik keranasaya tahu kemampuan saya. Saya mengaku yang saya bukanlah ulat buku yang suka membaca

    buku-buku yang tebal kerana itu membolehkan mata menjadi lesu. Saya lihat kebanyakan orangmelayu banyak yang tidur lewat kerana study tetapi keputusan mereka tidaklah baik seperti yangdiharapkan. Ada juga yang sanggup menyalin nota pensyarah ketika dalam kuliah sebiji-sebiji.Bukanlah salah tetapi ini akan membuatkan perhatian kita kurang terhadap apa yang pensayrahcuba sampaikan dan apa yang penting sering tertinggal. Saya juga mencatat nota dan bukannyamenyalin. Mencatat bagi saya ialah menulis perkataan yang penting yang disampaikan olehmulut pensyarah sendiri. Apa yang pensyarah tekankan itulah yang saya catat kerana bagi saya,dia lebih mengetahui apa yang perlu ditekankan dan apa yang tidak. Mana yang penting danmana yang lebih penting.

    Faktor Rakan Sebaya

    Responden pertama : Pandai memilih kawan. Berkawan rapat dengan kawan-kawan yangcemerlang.

    Responden ketiga : Saya mengakui bahawa saya telah bergaul dengan seorang perempuandengan rapatnya dan perempuan tersebut merupakan teman wanita saya pada masa sekarang.Walaupun saya bercinta bersamanya, tetapi saya tidak pernah pun mengabaikan masa sayauntuk belajar. Kadang-kala kami keluar bercinta, tetapi kami masih akan mengaitkan topikperbualan kami dengan pelajaran kami. Kami juga sentiasa mengadakan pembelajaran bersamauntuk memberi sokongan sesama sendiri. Memang tidak dinafikan bahawa saya dapatmengawal diri untuk mengutamakan pelajaran saya terlebih dahulu

    7

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    8/24

    Faktor Teknik Belajar

    Responden pertama : Buat study group. Yang pandai ajar yang lemah. Jangan kedekut ilmu.(kalau tak suka study group sekurang-kurangnya tanyalah kawan-kawan kalau ada masalah).Kalau di bilik terlalu bising, study di library.

    Responden ketiga : Sebenarnya, saya tidak mempunyai sebarang rahsia tentang carapembelajaran saya. Saya suka belajar bersama dinding dan meja. Saya akan belajar pada lewatmalam. Ini kerana tiada kawan yang boleh sembang kecuali kipas yang berpusing dan lampuyang menyala. Belajar bersendirian dapat memupuk kemahiran berfikiran panjang ataupundikenali sebagai pemikiran kreatif. Saya sentiasa menyiapkan kerja tutorial saya selepas tamatkelas. Saya hanya akan mengulang kaji pada masa dekat peperiksaan sahaja. Saya lebih sukabelajar bersama praktikal, iaitu buat kerja rumah sambil belajar. Saya lebih suka menguasaisesuatu kemahiran dengan berdasarkan pengalaman saya. Jadi, saya lebih suka melihatdaripada membaca. Mungkin juga saya selalu tertidur semasa membaca buku yang tebalterutamanya subjek Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi. Selain itu, minat terhadap subjekjuga amat penting. Saya merupakan seorang yang suka akan angka atau number tetapi bukanTOTO atau 4D. Saya suka mengira. Jadi, subjek Matematik merupakan kelebihan saya dan sayaamat minat tentang Perakaunan dan perundingan. Subjek Ekonomi telah memberi peluangkepada saya untuk berunding dengan kawan semasa terdapat persoalan yang wujud.Perakaunan pula merupakan kerjaya yang mungkin saya akan ceburi pada masa hadapan.

    Penetapan matlamat merupakan langkah yang paling penting dalam kehidupan saya. Sayapernah menyesal disebabkan saya ialah seorang pelajar jurusan sains sebelum masuk KOLEJMATRIKULASI KEDAH. Saya tidak minat dalam kegiatan sains tetapi saya terpaksa meneruskankerana sekolah menengah saya belajari dulu hanya menawarkan subjek jurusan sains sahaja.Saya mengambil keputusan untuk menukar jurusan semasa Tingkatan Enam tetapi sangatbertuahnya saya dapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran saya dalam kolej matrikulasi. Sayaamat berterima kasih kepada setiap pihak yang memberi bantuan kepada saya dan menyokongsaya.

    Responden keempat : Faktor Teknik Belajar

    Saya senaraikan terus apa yang saya amalkan untuk membuatkan ilmu itu sentiasa lekat didalam kepala mengikut keutamaan.

    1. Tumpuan 100% dalam kuliah

    2. Tidak faham terus tanya pensyarah3. Mesti membelek nota pada setiap pagi. Antara 5-7 pagi4. Tidur awal pukul 125. Salin nota yang ringkas seperti mind map supaya lebih menarik6. Makan ketika lapar dan jaga pemakanan7. Memberikan sepenuh interaksi/aktif dalam study group8. Sentiasa berdoa sebelum memulakan proses ulangkaji supaya tidak lupa9. Sentiasa membuat latihan tambahan yang diberikan pensyarah dan past year10. Jangan putus asa jika gagal mendapat jawapanExtra : Sentiasa membuat yang terbaik (optimum) dalam apa kerja sekalipun. Bukan sahajadalam peperiksaan.

    Hendak saya tekankan di sini bahawa study group ini sangat penting. Bukan sahaja dimatrikulasi malah di universiti juga begitu. Contohnya sebagai pelajar sains hayat yang akanmenerajui bidang profesional seperti doktor, banyak fakta, proses dan istilah yang perlu dihafaldan difahami. Apabila study group dibuat, banyak perkara yang boleh diperbincangkan bersama,segala masalah seperti tidak faham atau terlupa boleh dielakkan. Di dalam study group pasti asayang menerangkan dan ada yang mendengar dan berkongsi pendapat. Inilah study group yangsuccess apabila semua ahli memberikan kerjasama sepenuhnya. Segala fakta dapat diingatdengan mudah kerana apa yang dibaca, diluahkan untuk membantu rakan-rakan lain. Sayamengaku di sini bahawa study grouplah yang banyak membantu saya. Kadang-kadang ada fakta

    8

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    9/24

    yang kita tidak tahu tetapi rakan kita mengingatkan. Bahagikan topik kepada ahli dan mintamereka jelaskan apa yang telah mereka baca. Ini sangat sesuai untuk pelajar matrikulasi yangsentiasa mengejar masa. Jika membaca seorang akan mengambil masa yang lama. Semuanyaakan menjadi pantas dan lebih efektif di dalam study group. Apa yang penting sekali dalamkerjaya menuntut ilmu ini adalah keikhlasan belajar. Niat belajar adalah kerana untukmeningkatkan martabat diri. Allah pernah berfirman bahawa Dia akan menaikkan darjat orangyang beriman dan berilmu di antara kita. Allah juga mewajibkan kita menuntut ilmu supaya kitamengenaliNya. Dengan itu, walaupun kita tidaklah seberjaya ataupun fail dalam peperiksaan,tidaklah membuat kita tertekan atau berasa sia-sia dalam menuntut ilmu. Namun tidak bolehdilupakan hanya ilmu sahaja yang boleh menemani kita dan membantu dalam menambah baikhidup kita.

    Responden kelima :1. Faktor pertama dalam kegigihan dan kerajinan sendiri yang menyumbang kepada kejayaan

    saya dalam pengajian Matrikulasi. Tiada jalan ringkas untuk mendapat kejayaan, kerapmembaca dapat mendalamkan kefahaman dan ingatan dalam semua subjek.

    2. Mendapat pengajian di Kolej Matrikulasi Kedah juga salah satu faktor atas kejayaan saya

    sebagai seorang penduduk di Johor, perjalanan yang jauh mengurangkan kekerapan sayapulang rumah, masa yang terluang pada hari Jumaat dan Sabtu dapat digunakan untuk

    mengulang kaji dan menyiapkan tutorial. Selain itu, saya kurangkan kekerapan outing danmeluangkan masa untuk membaca.

    3. Selain itu, Study Before Class (SBC) jyga dapat mendalamkan kefahaman dalam semua

    sbjek terutamanya subjek biologi, tutorial dan assignment yang banyak mungkinmenyebabkan SBC tidak dapat dijalankan, tetapi mengulangkaji sebaik sahaja kelas tamatamat berguna dan efektif.

    4. Teknik menjawab amat penting dalam peperiksaan. Walaupun mempunyai pengetahuan

    atau dapat menghafal semua nota-nota yang dibagi, ini tidak dapat menjamin kejayaandalam peperiksaan nanti. Teknik-teknik menjawab memudahkan saya dalam menjawabsoalan, bukan sahaja tepat, tapi ringkas, secara tidak langsungnya menjimatkan masa dalammenjawab soalan. Sebagai rujukan, En. Farizuddin Bin Senapi dan Cik Hana (biologi) telahmemberi teknik-teknik yang berkesan.

    5. Faktor yang amat penting adalah Study Technique. Ini penting untuk memudahkan dalam

    pemahaman dan menghafal. Ini bergantung kepada kesesuaian sendiri, study group adalahsalah satu teknik yang menjimatkan masa dan efektif, amat berguna dalam ulangkajisempena Study Week. Membuat nota ringkas adalah kegemaran saya, kerana tidak sukamemaca buku yang tebal, ini juga menjimatkan masa.

    6. Membaca buku rujukan tambahan juga membantu dalam pemahaman sesuatu topik. Saya

    akan merujuk kepada beberapa buku rujukan berlainan sama ada rujukan antarabangsa atantempatan. Sebagai seorang rakan perpustakaan, meminjam buku dari perpustakaan KMKmerupakan perkara yang biasa, perpustakaan mengandungi banyak rujukan yang berguna.Buku-buku tersebut juga boleh dirujuk dalam perpustakaan. Topik yang tidak jelas ataufaham, saya akan rujuk kepada bahan rujukan terlebih dahulu sebelum berjumpa denganpensyarah berkaitan.

    Faktor Ibu Bapa

    Responden keempat : Tidak lupa juga hubungan kita dengan Tuhan dan ibu bapa. Saya tidakpernah melupakan mereka. Ibu bapa saya banyak memberikan sokongan ketika saya susah.Lagi-lagi sokongan dan nasihat mereka akan membuatkan hati saya berasa tenang dan mudahuntuk belajar. Bagi saya doa mereka sangatlah makbul. Apa gunanya berjaya jika ibu bapa tidak

    9

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    10/24

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    11/24

    Perbincangan

    Faktor

    Mem

    pengaruhi

    Faktor Kejayaan

    Faktor

    Pensyarah

    Faktor

    Pengurusan

    FaktorDiri

    Sendiri

    FaktorRakan

    Sebaya

    Faktor

    Teknik

    FaktorIbu

    Bapa

    Faktor

    Kemudaha/

    1 5

    2 3

    3 4

    4 5

    5 2

    6 2

    5

    (83.0)

    2

    (33.3)

    3

    (50.0)

    2

    (33.3)

    4

    (66.7)

    2

    (33.3)

    2

    (33.3)

    Jadual 2 : Bilangan (Peratus) Faktor Yang Mempengaruhi Kejayaan Pelajar

    Analisis dalam Jadual 2 menunjukkan bahawa faktor utama yang menyumbang kepadakejayaan pelajar di Kolej Matrikulasi Kedah merupakan faktor pensyarah iaitu terdapat 5 (83%)responden menyatakan bahawa pensyarah penyebab utama mereka berjaya mengekalkankejayaan mereka pada setiap semester. Faktor kedua ialah faktor teknik belajar dengan empat(66.7%) responden menyatakan teknik belajar penyumbang kepada kejayaan mereka. FaktorKetiga ialah faktor diri sendiri dengan 3 (50.0%) responden menyatakan diri sendiri adalahpenyebab utama. Mohd. Fadzilah Kamsah et. Al.(2004) menegaskan bahawa diri kita yang

    memainkan peranan penting bagi mencapai kejayaan. Faktor-faktor lain yang turut dinyatakanoleh responden dengan peratus yang sama (33.3%), ialah faktor pengurusan masa, faktorpengaruh rakan sebaya, faktor ibu bapa dan faktor kemudahan/ persekitaran.

    11

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    12/24

    FAKTOR KEJAYAAN CATATAN RESPONDEN

    Faktor Pensyarah Pensyarah sentiasa prihatin dan komited

    Pensyarah selalu ambil berat masalah pelajar

    Kaedah pengajaran yang baik dan berkesan

    Senang berkomunikasi hasilkan pembelajaran yang seronokdan tidak stres

    Pensyarah banyak membantu

    Pensyarah mencabar minda

    Pensyarah sedia latihan tambahan untuk bantu pelajar

    Sikap Terhadap Pensyarah - Bertanya soalan jika tidak faham

    Sikap Terhadap Pensyarah Ingat jasa pensyarah

    Pensyarah tidak tahu guna alat-alat seperti projektor dalamdewan kuliah membazirkan masa dengan mengkaji alat.

    Jadual 3 : Faktor Pensyarah

    Daripada Jadual 2 didapati 83% responden menganggap faktor yang menyumbangkepada kejayaan mereka ialah faktor pensyarah. Bagi mereka pensyarah sentiasa inginmembantu pelajar semasa mereka membuat ulang kaji dan belajar. Pensyarah sentiasa prihatindan komited serta mengambil berat masalah mereka seperti kata responden kedua dan ketiga.Pensyarah juga dikatakan sering mengemukakan soalan yang mencabar minda pelajar. Disamping itu pensyarah juga menyediakan latihan tambahan kepada pelajar bagi membantupelajar belajar.

    *Responden kedua : Pensyarah yang sentiasa prihatin dan komited serta tidak jemumembimbing pelajar mendorong pelajar berhubung tentang masalah pembelajaran.

    Namun daripada tulisan pelajar didapati pelajar juga amat prihatin apabila pensyarah tidak tahu

    menggunakan peralatan seperti projektor di dewan kuliah akan mengganggu proses pengajarandan pembelajaran.

    FAKTOR KEJAYAAN CATATAN RESPONDEN

    Faktor Teknik Belajar Buat study group

    Study di library

    Belajar bersendirian

    Tumpuan 100% dalam kelas

    Bertanya pada pensyarah sekira tidak faham

    Tidur awal

    Buat peta minda Sentiasa membuat latihan tambahan

    Kegigihan

    Study sebelum kelas bermula Study Before Class (SBC)

    Teknik menjawab yang betul

    Teknik belajar yang betul

    Membaca buku rujukan

    Jadual 4 : Faktor Teknik Belajar

    12

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    13/24

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    14/24

    Faktor keempat dalam menentukan kejayaan pelajar, mereka berpedapat bahawa faktorpengurusan masa (33.3%) berkait rapat dengan kejayaaan pelajar. Pengurusan masa ialahpelajar tidak boleh menangguh kerja, kurangkan melepak dan patuh kepada masa belajar.Mereka juga berpendapat sebagai seorang pelajar, adalah perlu mempunyai jadual belajarsendiri yang sesuai dengan mereka. Menurut Dr. Hassan Mohamed Ali (2007), pengurusan masayang bijak dapat menjamin pelajar menjalani kehidupan hariannya dengan lebih yakin danteratur. Ini disebabkan setiap saat dari masa yang dimiliki dimanfaatkan dengan sebaiknya dansemaksimum yang mungkin.

    Pengurusan masa yang baik dapat dilihat daripada teknik belajar mengikut jadual. Pelajar yangberjaya akan membina jadual belajar sendiri bagi memenuhi masa yang ada. Kewujudan jadualwaktu memudahkan pelajar mengurus waktunya dengan lebih baik dan teratur. Hal inidisebabkan segala gerak kerja sudah dirangka dari awal. Jadual yang dirangka perlu realistik,relevan dan sejajar dengan kesesuaian dan kemampuan pelajar.

    Contohnya resonden keempat mengatakan bahawa memang tidak dapat dinafikan bahawajadual di matrikulasi agak ketat dan tiada masa untuk berehat. Jika cuti pun, saya tidak dapatmerasakan ianya ialah cuti kerana banyak perkara yang perlu disiapkan. Oleh kerana itu sayabanyak merancang jadual saya pada malam hari sebelum esoknya. Setiap hari saya cuba

    menambahbaikkan jadual saya agar setiap masa digunakan dengan semaksimumnya. Bagi sayajadual tidak perlulah terlalu ketat sehingga menyebabkan keletihan dalam kuliah. Dari pukul 8sehingga 5 petang saya peruntukkan untuk belajar. Maknanya jika ada ruang kosong saya akanpergi ke perpustakaan untuk ulang kaji atau ke kubik untuk mendapatkan pemahaman tentangapa yang diajar semalam. Walaupun saya terpaksa mengejar masa dan sering berjalan cepattetapi bagi saya semua itu menyebabkan badan saya cergas dan saya dapat berfikir dengancepat. Beginilah jadual saya disusun:

    4-5 : mandi dan qiamullail5-6 : ulangkaji dan solat subuh6-7 : ulangkaji7-8 : bersiap ke kuliah5-7 : solat asar dan jalan2 ke padang atau ke gym

    7-9 : solat maghrib dan isyak9-12: ulangkaji bersama kawan-kawan di masjid12 : tidur

    Jika hari cuti saya bahagikan 1 hari kepada tiga iaitu pagi, petang dan malam. Setiap satu sayaisikan dengan 1 subjek. Pagi matematik, petang (2-4.30) subjek kimia dan malam untuk biologi.Selepas asar saya keluar outing untuk membeli barang.

    FAKTOR KEJAYAAN CATATAN RESPONDEN

    Faktor Rakan Sebaya Berkawan dengan rakan yang cemerlang

    Rakan memberi sokongan dan dorongan (berlainan jantina)

    Rakan sering membimbing

    Jadual 7 : Faktor Rakan Sebaya

    Faktor kelima pula merupakan faktor rakan sebaya. Menurut responden yang memberimaklum balas bahawa faktor rakan sebaya juga banyak mempengaruhi mereka untuk berjaya(33.3%). Bagi mereka jika berkawan dengan rakan yang cemerlang maka mereka juga akansama cemerlang. Di samping itu rakan yang berlainan jantina pula akan memberikan sokongan

    14

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    15/24

    dan dorongan kepada mereka. Bagi responden juga rakan sebaya sering membimbing merekauntuk berjaya. Jadi amat penting dalam pemlihan rakan sebaya kerana ia dapat menentukankejayaan seseorang pelajar dalam pelajaran mereka. Ini disokong oleh Dr, Hassan Mohamed Ali,(2007) bahawa rakan sebaya memainkan peranan penting kepada pelajar. Mereka lebih mudahmemberi kepercayaan kepada rakan-rakan berbanding orang lain seperti ibu bapa, guru atauindividu lain yang lebih dewasa. Rakan dirujuk apabila mereka mempunyai masalah berbandingahli keluarga sendiri. Rakan sebaya juga bertindak memberi nasihat kepada pelajar bagimembezakan antara perkara yang salah atau yang betul berkaitan sesuatu perkara.

    FAKTOR KEJAYAAN CATATAN RESPONDEN

    Faktor Ibu Bapa Ibu bapa banyak memberi sokongan

    Sering ingat pengorbanan yang telah dilakukan oleh ibu bapa

    Jadual 8 : Faktor Ibu Bapa

    Ibu bapa satu faktor penentu kejayaan pelajar (33.3%). Ibu bapa merupakan pendorongkepada pelajar untuk berjaya. Ibu bapa yang banyak memberi sokongan kepada anak-anakmereka akan memberi dorongan kepada anak- anak untuk berjaya. Bagi mereka ibu bapamerupakan sebab utama mereka berjaya kerana mereka sering ingat pengorbanan yang telahdilakukan oleh ibu bapa mereka sehingga mereka berjaya. Jadi bagi membalas jasa ibu bapamereka pelajar-pelajar yang cemerlang akan berusaha untuk berjaya. Faktor ibu bapa ini jugamendapat sokongan daripada Dr Hassan Mohamed Ali (2007), yang menulis bahawa ibu bapamemainkan peranan yang penting bagi menentukan individu yang cemerlang. Menurut beliaulagi ibu bapa umpama tulang belakang kepada seseorang pelajar. Sokongan dalam bentuk kasihsayang yang ditunjukkan kepada anak2 mereka supaya anak2 tahu yang mereka disayangai.

    FAKTOR KEJAYAAN CATATAN RESPONDEN

    Faktor Kemudahan/Persekitaran

    Susun atur kolej tidak membuang masa

    Suasana yang aman dan segar

    Kelas tutorial boleh digunakan untuk belajar pada waktu malam

    Perpustakaan yang selesa dan dibuka sehingga malam

    Jadual 9 : Faktor Kemudahan/Persekitaran

    Faktor terakhir dalam kajian ini ialah faktor kemudahan/persekitaran yang membawakepada kejayaan pelajar(33.3%). Bagi pelajar kemudahan tempat belajar dan persekitaran yangmengembirakan menyumbang kepada kejayaan mereka. Bagi mereka dengan susun atur kolejtidak membuang masa dan tenaga untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat, kehidupan diasrama yang selesa dengan bilik yang luas dengan katil perseorangan (single), suasana kolejyang jauh dari kesibukan yang aman dan segar, rakan sekolej mudah didampingi dan sukamembantu tanpa mengira bangsa, wujud semangat perpaduan antara kaum dan kedudukankolej berhampiran pekan Changlun yang lengkap dengan kemudahan menjadikan cuti hujungminggu menyeronokkan. Daripada pendapat pelajar ini menunjukkan bahawa persekitaran amat

    15

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    16/24

    mempengaruhi kejayaan pelajar. Apabila mereka seronok maka mereka dapat belajar denganbaik. Di samping itu kemudahan perpustakaan dan bilik tutoran yang dibuka pada waktu malammemudahkan mereka untuk belajar.

    Kesimpulan

    Secara umumnya, daripada kajian yang telah dijalankan didapati faktor pensyarah,faktor pengurusan masa, faktor diri sendiri, faktor rakan sebaya, faktor teknik belajar,faktor ibu bapa, dan faktor kemudahan/persekitaran banyak mempengaruhi kejayaanakademik pelajar di Kolej Matrikulasi Kedah. Suasana pembelajaran yang kondusif amatdiperlukan bagi memastikan pelajar dapat belajar dengan selesa dan boleh memahami sesuatupelajaran dengan mudah. Selain itu juga sikap pelajar sama ada dari segi disiplin, kesungguhanketika belajar di dewan kuliah dan bilik tutoran, hubungan dengan pensyarah dan cara belajarjuga amat penting bagi membantu melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik. Olehitu tidak dinafikan semua faktor di atas sebenarnya saling berkait dalam membantu meningkatkankejayaan pelajar-pelajar di KMK.

    Cadangan

    Kolej Matrikulasi Kedah sewajarnya membengkelkan dapatan kajian untukmemantapkannya supaya dapat diguna pakai bagi membantu kolej merancang dan melaksana

    aktiviti ke arah meningkatkan peratusan pelajar yang berjaya mengekalkan pencapaian PNGK4.0 pada kedua-dua semester. Pihak pengurusan kolej terutamanya perlu meningkatkanpersekitaran yang kondusif bagi mewujudkan suasana/persekitaran pembelajaran yang selesa.Ini dapat memberi keselesaan dan kemudahan untuk pelajar memahami kuliah dankeseronokkan belajar. Di samping itu persekitaran kolej kediaman juga perlu diberi perhatian bagimewujudkan keselesaan di kalangan pelajar. Para pensyarah juga perlu lebih ambil pedulitentang pelajar mereka agar pelajar-pelajar tidak rasa tersisih dalam suasana pembelajaran yangserba baru bagi mereka.

    Bibliografi

    Alimuddin b. Mohd. Dom (2006). Membina Sekolah Cemerlang: Peranan Pengetua dan GuruBesar bagi Meningkatkan Kecemerlangan Sekolah. Putrajaya : Jemaah Nazir Sekolah

    Hassan Mohamed Ali. (2007). Teknik menjadi pelajar cemerlang. PTS Millennia Sdn. Bhd. KualaLumpur

    Majalah Pendidik, (2004). Widad Publication Sdn. Bhd. Alor Star, Kedah.

    Maznah Hamid. (2002). Motivasi memburu kejayaan. Maznah Motivational Centre. Published

    Kuala Lumpur.

    Mohd. Fadzilah Kamsah, Ahmad Zabidi Abdul Razak & Noor Shamsinar Zakaria (2004).Merancang Kejayaan. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

    Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad (2003). Pedagogi : Strategi dan

    Teknik Mengajar dengan Berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn.

    Tajul Ariffin Noordin, Roslee Ahmad, Rahimawati Abdul Rahim, (2007). Membina pelajar

    cemerlang: evolusi pembelajaran sepanjang hayat. Penerbit UTM.

    Toh Hn Leong, (2000). Rahsia pelajar cemerlang. Utusan Publication and Distributors Sdn. Bhd.Kuala Lumpur.

    16

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    17/24

    Lampiran

    Resonden pertama: Faktor-faktor kejayaan

    1. Tanyakan soalan kepada pensyarah dengan serta-merta jika mengalami kekeliruanataupun tidak faham (jangan tangguh)

    2. Siapkan homework setiap kali mempunyai kelapangan (jangan tangguh homework)3. Tentukan masa study yang sesuai (setiap individu mempunyai masa study yang

    berlainan)4. Patuh pada masa study5. Buat study group. Yang pandai ajar yang lemah. Jangan kedekut ilmu. (kalau tak suka

    study group sekurang-kurangnya tanyalah kawan-kawan kalau ada masalah)

    6. Kalau di bilik terlalu bising, study di library.

    7. Pandai memilih kawan.8. Berkawan rapat dengan rakan-rakan yang cemerlang.

    9. Kurangkan melepak

    10. Perbanyakkan makan kismis11. Banyak-banyaklah solat hajat12. Petua sendiri jangan makan berselang dengan minum. Lepas makan tunggu beberapa

    minit sebelum minum. (Petua ini dapat mengelakkan mengantuk)13. Bersenam setiap petang (malas sangat pergilah gym)

    Responden kedua : Faktor-faktor yang saya dapat mengekalkan pencapaian PNGS cemerlang4.0 pada semester pertama dan semester kedua antaranya adalah :

    1. Pengurusani. Program kerohanian yang disusun banyak membantu dalam peningkatan kendiri

    yang positifii. Aktiviti kokurikulum mewujudkan pergaulan yang mesra dan sihat.

    2. Pensyarahi. Pensyarah/tutur yang sentiasa prihatin dan komited serta tidak jemu membimbing

    pelajar, mendorong pelajar tidak segan untuk berhubung tentang masalahpembelajaran

    ii. Pensyarah/tutur selalu mengambil berat tentang masalah-masalah pelajar

    terutama apabila pelajar mengalami masalah kesihatan.iii. Kaedah pengajaran yang baik dan berkesan dengan pensyarah/tutur yang senang

    berkomunikasi menghasilkan pembelajaran yang seronok dan tidak mengalamitekanan (stress)

    3. Diri sendirii. Memulakan pembelajaran hari pertama berada di kolejii. Berusaha dari awal dengan tidak menangguh kerja yang diberikan oleh tutoriii. Meningkat pembelajaran dengan membimbing pelajar lain dan tidak lokek/kedekut

    ilmuiv. Dorongan ibu bapav. Berdisiplin dan menghormati tutur/pensyarahvi. Belajar dengan sistematik dan tidak menangguh kerjavii. Terus berusaha, bertawakal dan berdoa

    4. Kemudahan/Persekitarani. Susun atur kolej tidak membuang masa dan tenaga untuk bergerak dari satu

    tempat ke satu tempatii. Kehidupan di asrama yang selesa dengan bilik yang luas dengan katil

    perseorangan (single)iii. Suasana kolej yang jauh dari kesibukan yang aman dan segar

    iv. Rakan sekolej mudah didampingi dan suka membantu tanpa mengira bangsa,

    wujud semangat perpaduan antara kaum.

    17

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    18/24

    v. Kedudukan kolej berhampiran pekan Changlun yang lengkap dengan kemudahan

    menjadikan cuti hujung minggu menyeronokkan5. Saranan dan cadangan

    i. Pihak kolej menyediakan pengangkutan / bas pada hujung minggu untukkemudahan pelajar ke pekan berdekatan

    ii. Menyediakan Mesin ATM untuk kemudahan pelajar mengeluarkan wangperbelanjaan harian

    Responden ketiga: Faktor kejayaan di Kolej Matrikulasi Kedah1. Dalam kolej yang mulia ini, saya berasa sangat gembira dan sangat bertuah kerana saya

    merupakan salah satu calon dapat ditawarkan untuk menyambungkan pelajaran sayadalam Kolej Matrikulasi Kedah. Saya merupakan pelajar dari Chung Ling High School,dan saya merupakan pelajar dari jurusan sains. Saya tidak pernah terlibat dalamsebarang subjek Perakaunan dan kolej ini merupakan pertama kali saya melibatkan diridalam subjek Perakaunan.

    2. Pertama kali saya melangkah ke dalam kolej ini, saya berasa sangat tertekan kerana

    saya tidak pernah sentuh sebarang subjek tentang Perakaunan. Saya tiada rakan yangsama jurusan dengan saya. Lagipun saya merupakan seorang pendiam, saya kurangbergaul dengan rakan-rakan yang lain. Tetapi dalam kelas Bahasa Inggeris, MISSANITA, pensyarah Bahasa Inggeris saya telah membimbing saya untuk bercakap danmemberi peluang kepada saya untuk memberi persembahan dalam kelas serta sentiasamemberi dorongan kepada saya supaya lebih berusaha dan maju. Tempat pesyarahtersebut telah menjadi tempat yang membolehkan saya relaks dan menenangkan hatiserta memberi peluang kepada saya untuk mengeluarkan perasaan saya yang tertekan.Pada masa yang sama, ibu bapa saya berada di rumah setiasa menelefon saya danmemberi sokongan dari segi mental dan selalu menasihatkan saya supaya sentiasamengingati pensyarah-pensyarah yang pernah menolong saya serta sentiasa membawahati yang sedia membalas budi kepada orang-orang yang pernah menghulurkan tangankepada saya semasa saya berada dalam kesusahan.

    3. Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Saifuddin

    pensyarah Ekonomi saya pada semester pertama, yang sentiasa mencabar minda sayauntuk berfikir semasa di dalam kelas saya. Secara jujurnya, saya pernah mensyakipersyarah tersebut sama ada beliau membenci saya. Jadi, perkara ini telah mendorongsaya untuk berusaha demi menunjukkan keputusan saya kepada pensyarah tesebutbahawa saya juga boleh melakukan sesuatu yang membanggakan.Sehinggalahsekarang, saya masih ingat setiap perkara yang disebut oleh Encik Saifuddin semasakelas pertama. Kita dapat berdiri di sini bukanlah usaha kita sahaja, malah sokongandan dorongan yang diberi daripada setiap pihak, kita hendaklah sentiasa bersyukur danlakukan sesuatu yang dapat membanggakan anda dan keluarga anda, janganmengecewakan mereka yang menghantar anda ke sini. setiap perkataan yang disebutoleh Encik telah diukir secara mendalam di hati saya. Air mata saya telah menitis dansetiap air mata telah melambangkan betapa menyesalnya saya semasa berada disekolah menengah. Saya telah menyebabkan ibu bapa saya menitis air mata merekayang begitu berharga dan ini bukan disebabkan perkara terharu malah disebabkankesakitan hati yang dilakukan oleh saya. Saya amat menyesal pada masa itu dansumpah bahawa saya tidak akan bagi ibu bapa saya kecewa dan air mata yang menitisadalah disebabkan kejayaan yang dilakukan oleh saya selama ini.

    4. Pensyarah Perakaunan dan pensyarah Matematik serta pensyarah Ekonomi semesterkedua saya iaitu Puan Nuraini dan Puan Sharifah Syifa serta Puan Noryati, yangsentiasa memberi bantuan kepada saya dalam pelajaran saya dan memberi ajarankepada saya tanpa berasa lesu dan bosan. Sikap dan bantuan pensyarah ini telahmenjadi satu tempat yang boleh saya mencari ilmu.

    5. Semasa menjalankan aktiviti yang besar seperti Mooncake Festival dan Chinese New

    Year Celebration, kami amat memerlukan sokongan daripada tuan dan pihak-pihak yangterlibat dalam pengurusan. Saya telah terlibat dalam perlaksanaan projek Chinese NewYear Celebration dan memegang jawatan sebagai bendahari. Disebabkan projek yang

    18

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    19/24

    lepas iaitu Mooncake Festival yang budjetnya untuk melaksanakan projek ini telahdipotong dengan sebilangan besar, saya berasa sangat tertekan kerana modal yangterhad ini telah mencabar saya untuk mengurangkan perancangan kewangan projek ini.Tetapi dengan bantuan dan berkat tuan yang mulia ini, modal kami masih dapatditampung secara minimumnya, dan kami telah mendapat sokongan sepenuhnyadaripada tuan untuk menghadiri majlis yang dilaksanakan oleh kami. Kedatangan tuanamat bermakna bagi kami dan kami amat terharu. Dalam hati saya, kedatangan tuanbagai kedatangan tuhan ke alam kami yang sedang huru-hara, kedatangan tuan telahmenenangkan hati kami dan keadaan majlis yang semakin mencemaskan. Setiapbantuan yang diberi oleh tuan akan diingati oleh kami seumur hidupnya. Tuan bagai ibubapa saya dalam kolej ini.

    6. Dalam aktiviti kokurikulum saya, iaitu Kelab Badminton yang di bawah jagaan Encik

    Zamri telah memberi peluang kepada saya untuk belajar bermain badminton secaramahir. Saya juga memegang jawatan sebagai bendahari dalam kelab tersebut. EncikZamri yang sentiasa memberi nasihat kepada kami supaya sentiasa berusaha untukmendapat keputusan yang lebih bagus dalam peperiksaan. Beliau juga sentiasamemberitahu pengalamannya yang lepas yang amat saya mengagumkan. Beliau jugamerupakan felo asrama yang saya tinggal sebelum saya menamatkan pelajaran saya.Beliaiu telah memberikan kebebasan yang secukupnya untuk kami belajar dan setiapkemudahan telah disediakan dengan sepenuhnya. Keadaan ini telah memudahkanpelajaran saya semasa berada dalam aktiviti ulangkaji saya.

    7. Setiap kemudahan yang disediakan seperti kelas tutorial yang dibuka pada waktu di luar

    waktu kelas dan perpustakaan yang disediakan untuk belajar. Tetapi waktuperpustakaan yang ditetapkan tidak dipatuhi oleh pengurusan perpustakaan dankeadaan ini kadang-kala akan menyusahkan pelajar untuk mencari maklumat di sana.Saya merupakan pelajar yang sentiasa menggunakan kelas tutorial untuk mengulangkajipelajaran saya. Saya mengakui bahawa saya telah bergaul dengan seorang perempuandengan rapatnya dan perempuan tersebut merupakan teman wanita saya pada masasekarang. Walaupun saya bercinta bersamanya, tetapi saya tidak pernah punmengabaikan masa saya untuk belajar. Kadang-kala kami keluar bercinta, tetapi kamimasih akan mengaitkan topik perbualan kami dengan pelajaran kami. Kami juga sentiasamengadakan pembelajaran bersama untuk memberi sokongan sesama sendiri. Memangtidak dinafikan bahawa saya dapat mengawal diri untuk mengutamakan pelajaran sayaterlebih dahulu. Waktu pembukaan kelas tutorial telah dipendekkan dan ini telah

    menghadkan masa pembelajaran kami terutama aktiviti belajar secara berkumpulan.Pengawal sentiasa menghalau kami untuk balik ke bilik tetapi pada masa yang sama,pengawal tersebut telah menghalang perkembangan pelajaran bagi pelajar yang lebihlemah dan pelajar yang memerlukan kefahaman yang lebih bagi subjek tertentu. Sayatelah dimaklumkan bahawa terdapat kes yang berlaku di kelas tutorial dan tidakmembanggakan tetapi merupakan penghalang bagi pelajar yang berazam untuk belajar.Saya berharap bahawa keadaan ini dapat di atasi dengan secepat mungkin supaya kolejini dapat menjana lebih banyak pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

    8. Sebenarnya, saya tidak mempunyai sebarang rahsia tentang cara pembelajaran saya.

    Saya suka belajar bersama dinding dan meja. Saya akan belajar pada lewat malam. Inikerana tiada kawan yang boleh sembang kecuali kipas yang berpusing dan lampu yangmenyala. Belajar bersendirian dapat memupuk kemahiran berfikiran panjang ataupundikenali sebagai pemikiran kreatif. Saya sentiasa menyiapkan kerja tutorial saya selepas

    tamat kelas. Saya hanya akan mengulang kaji pada masa dekat peperiksaan sahaja.Saya lebih suka belajar bersama praktikal, iaitu buat kerja rumah sambil belajar. Sayalebih suka menguasai sesuatu kemahiran dengan berdasarkan pengalaman saya. Jadi,saya lebih suka melihat daripada membaca. Mungkin juga saya selalu tertidur semasamembaca buku yang tebal terutamanya subjek Pengurusan Perniagaan dan Ekonomi.Selain itu, minat terhadap subjek juga amat penting. Saya merupakan seorang yangsuka akan angka atau number tetapi bukan TOTO atau 4D. Saya suka mengira. Jadi,subjek Matematik merupakan kelebihan saya dan saya amat minat tentang perakaunandan perundingan. Subjek Ekonomi telah memberi peluang kepada saya untuk berunding

    19

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    20/24

    dengan kawan semasa terdapat persoalan yang wujud. Perakaunan pula merupakankerjaya yang mungkin saya akan ceburi pada masa hadapan. Penetapan matlamatmerupakan langkah yang paling penting dalam kehidupan saya. Saya pernah menyesaldisebabkan saya ialah seorang pelajar jurusan sains sebelum masuk KOLEJMATRIKULASI KEDAH. Saya tidak minat dalam kegiatan sains tetapi saya terpaksameneruskan kerana sekolah menengah saya belajari dulu hanya menawarkan subjekjurusan sains sahaja. Saya mengambil keputusan untuk menukar jurusan semasaTingkatan Enam tetapi sangat bertuahnya saya dapat tawaran untuk melanjutkanpelajaran saya dalam kolej matrikulasi. Saya amat berterima kasih kepada setiap pihakyang memberi bantuan kepada saya dan menyokong saya.

    9. Saya sekarang menuntut ilmu di UNIVERSITI UTARA MALAYSIA dan saya amat harappada suatu ketika nanti, saya akan melawat ke KOLEJ MATRIKULASI KEDAH denganbangganya dan saya tidak akan membiarkan sesiapa menaruhkan harapan kepada sayamenyesal dan saya juga tidak akan memberi peluang kepada mereka untuk kecewabahawa saya akan buat yang terbaik. Pada akhirnya, saya harap bahawa maklumatyang saya beri dapat memberi sebarang sedikit kepada kajian ini.

    Responden keempat : Faktor/punca/sebab kejayaan sayaSaya dengan sukacitanya merujuk perkara di atas.Memberikan jawapan yang saya rasakan munasabah dan dapat pihak tuan mengkaji faktor-

    faktor yang menyumbang kepada kejayaan saya yang tidak seberapa ini. Saya.... dapatmengekalkan PNGS cemerlang 4.00 pada semester pertama dan kedua atas alasan-alasanyang berikut.

    Dari aspek : pada mulanya saya tidak berkenan untuk melanjutkan pelajaran kematrikulasi kerana bukan jalan ini yang saya hendakkan kerana saya banyak mendengarpendapat dari pihak luar mengatakan hidup dan pembelajarannya amat susah.

    Faktor PensyarahPada semester pertama, aspek pengurusan saya amat teruk. Waktu belajar, ulangkaji, jumpapensyarah, salin nota dan berbagai lagi teknik untuk cemerlang ini saya tidak tahu. Oleh keranaitu, saya mendapat keputusan yang tidak seperti yang diharapkan di dalam UPS 1. semuanya B.Walaupun banyak rakan-rakan mengatakan keputusan itu baik, saya bukanlah seseorang yang

    suka melihat B di tangan saya. Oleh itu saya mula mendekati pensyarah kuliah, tutor dansebagainya untuk mendapatkan teknik untuk berjaya dan alhamdulillah saya masihmempraktikkannya sampai ke hari ini. Antaranya ialah tidur awal kerana tidur awal membolehkansaya menumpukan perhatian 100% terhadap apa yang diajarkan pada keesokkan harinya.Kemudian jika saya terlepas sesuatu atau tidak faham, saya akan bertanyakan terus kepadapensyarah berkenaan pada petang itu atau mana-mana masa yang kekosongan. Padapemerhatian saya, kebanyakan nota pensyarah sudah banyak yang lengkap dan tidak perluuntuk mencari bahan tambahan di perpustakaan. Maafkan saya kerana saya jarangmenggunakan perpustakaan disebabkan saya banyak meluangkan masa bersama kawa-kawanyang juga seperti saya belajar bersama-sama di masjid. Kecuali kalau saya perlu mendapatkanpemahaman yang lebih tentang sesuatu topik dan mencari bahan rujukan. Kebanyakanpensyarah akan menyediaan soalan tambahan di kubik seperti yang ditampal pada board setiapunit. Saya tidak akan melepaskan satupun untuk membuatnya kerana saya tahu kebanyakansoalan bentuknya lebih kurang sama seperti yang diberikan dan ini memantapkan kecekapansaya menjawab soalan. Jika hari ini dapat, biasanya esok sudah siap dan terus merujukjawapan.

    Jika saya mempunyai masalah pengurusan saya banyak berjumpa dengan kauselor sepertiustaz dan ustazah yang bagi saya, mereka banyak memberikan motivasi jika saya tertekan.Kebanyakan mereka menguatkan aspek dalaman saya yang rasa penting untuk membuatkanseseorang itu cenderung untuk berubah kepada yang lebih baik.

    20

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    21/24

    Faktor masaMemang tidak dapat dinafikan bahawa jadual di matrikulasi agak ketat dan tiada masa untukberehat. Jika cuti pun, saya tidak dapat merasakan ianya ialah cuti kerana banyak perkara yangperlu disiapkan. Oleh kerana itu saya banyak merancang jadual saya pada malam hari sebelumesoknya. Setiap hari saya cuba menambahbaikkan jadual saya agar setiap masa digunakandengan semaksimumnya. Bagi saya jadual tidak perlulah terlalu ketat sehingga menyebabkankeletihan dalam kuliah. Dari pukul 8 sehingga 5 petang saya peruntukkan untuk belajar.Maknanya jika ada ruang kosong saya akan pergi ke perpustakaan untuk ulang kaji atau ke kubikuntuk mendapatkan pemahaman tentang apa yang diajar semalam. Walaupun saya terpaksamengejar masa dan sering berjalan cepat tetapi bagi saya semua itu menyebabkan badan sayacergas dan saya dapat berfikir dengan cepat. Beginilah jadual saya disusun:

    4-5 : mandi dan qiamullail5-6 : ulangkaji dan solat subuh6-7 : ulangkaji7-8 : bersiap ke kuliah5-7 : solat asar dan jalan2 ke padang atau ke gym7-9 : solat maghrib dan isyak9-12: ulangkaji bersama kawan-kawan di masjid12 : tidur

    Jika hari cuti saya bahagikan 1 hari kepada tiga iaitu pagi, petang dan malam. Setiap satu saya

    isikan dengan 1 subjek. Pagi matematik, petang (2-4.30) subjek kimia dan malam untuk biologi.Selepas asar saya keluar outing untuk membeli barang.

    Faktor diri sendiriMemang setiap manusia tidak dapat lari daripada masalah dan tetapi setiap manusia pasti akandapat mencari penyelesaian bagi setiap masalahnya. Saya yakin pada Allah bahawa Allah tidakakan memberikan suatu bebanan kepada hambanya melainkan hambaNya boleh memikulbebanan itu. Untuk hidup senang memang perlu meredah kesusahan. Sebab itu apabila sayamendapat ujian, cabaran, masalah akan membuatkan saya lebih gembira kerana walaupun pahitkerana saya yakin ia akan memberikan pulangan yang baik pada masa kelak. Bak kata pepatahInggeris, no pain no gain. Walaupun hidup di matrikulasi agak menderitakan tetapi masa deritatidaklah lama iaitu hanya setahun sahaja.

    Saya mementingkan aspek rohani iaitu motivasi dalaman saya untuk menggerakkan saya setiaphari. Saya bukanlah jenis suka mengikut apa yang orang lain buat. Saya lebih suka cara sayasendiri walaupun kadang-kadang saya lihat orang lain mempunyai cara yang lebih baik keranasaya tahu kemampuan saya. Saya mengaku yang saya bukanlah ulat buku yang suka membacabuku-buku yang tebal kerana itu membolehkan mata menjadi lesu. Saya lihat kebanyakan orangmelayu banyak yang tidur lewat kerana study tetapi keputusan mereka tidaklah baik seperti yangdiharapkan. Ada juga yang sanggup menyalin nota pensyarah ketika dalam kuliah sebiji-sebiji.Bukanlah salah tetapi ini akan membuatkan perhatian kita kurang terhadap apa yang pensayrahcuba sampaikan dan apa yang penting sering tertinggal. Saya juga mencatat nota dan bukannyamenyalin. Mencatat bagi saya ialah menulis perkataan yang penting yang disampaikan olehmulut pensyarah sendiri. Apa yang pensyarah tekankan itulah yang saya catat kerana bagi saya,dia lebih mengetahui apa yang perlu ditekankan dan apa yang tidak. Mana yang penting danmana yang lebih penting.

    Tidak lupa juga hubungan kita dengan Tuhan dan ibu bapa. Saya tidak pernah melupakanmereka. Ibu bapa saya banyak memberikan sokongan ketika saya susah. Lagi-lagi sokongandan nasihat mereka akan membuatkan hati saya berasa tenang dan mudah untuk belajar. Bagisaya doa mereka sangatlah makbul. Apa gunanya berjaya jika ibu bapa tidak meredhai kita.Kejayaan saya dalam bidang perubatan hari ini bukanlah kejayaan saya seorang sahaja malahkejayaan semua. Para pensyarah semua sentiasa mendoakan saya. Maknanya hubungan baikdengan pensyarah juga tidak boleh dilupakan. Walaupun saya tidak yakin pada diri sendiri untukmendapat keputusan yang cemerlang, mereka sentiasa memberikan semangat supaya berusahamembuat yang terbaik. Bagi saya yang paling penting adalah sentiasa rapat dengan Allah kerana

    21

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    22/24

    Dia sahaja yang dapat membantu kita di dalam apa jua keadaan sekalipun. Saya sangat yakinbahawa walaupun kita mempunyai persediaan yang cukup tetapi tidak mustahil kita bolehtercengang atau blur secara tiba-tiba. Semuanya adalah dalam kekuasaanNya.

    Faktor Teknik BelajarSaya senaraikan terus apa yang saya amalkan untuk membuatkan ilmu itu sentiasa lekat didalam kepala mengikut keutamaan.

    1. Tumpuan 100% dalam kuliah

    2. Tidak faham terus tanya pensyarah3. Mesti membelek nota pada setiap pagi. Antara 5-7 pagi4. Tidur awal pukul 125. Salin nota yang ringkas seperti mind map supaya lebih menarik6. Makan ketika lapar dan jaga pemakanan7. Memberikan sepenuh interaksi/aktif dalam study group8. Sentiasa berdoa sebelum memulakan proses ulangkaji supaya tidak lupa9. Sentiasa membuat latihan tambahan yang diberikan pensyarah dan past year10. Jangan putus asa jika gagal mendapat jawapanExtra : Sentiasa membuat yang terbaik (optimum) dalam apa kerja sekalipun. Bukan sahajadalam peperiksaan.

    Hendak saya tekankan di sini bahawa study group ini sangat penting. Bukan sahaja dimatrikulasi malah di universiti juga begitu. Contohnya sebagai pelajar sains hayat yang akanmenerajui bidang profesional seperti doktor, banyak fakta, proses dan istilah yang perlu dihafaldan difahami. Apabila study group dibuat, banyak perkara yang boleh diperbincangkan bersama,segala masalah seperti tidak faham atau terlupa boleh dielakkan. Di dalam study group pasti adayang menerangkan dan ada yang mendengar dan berkongsi pendapat. Inilah study group yangsuccess apabila semua ahli memberikan kerjasama sepenuhnya. Segala fakta dapat diingatdengan mudah kerana apa yang dibaca, diluahkan untuk membantu rakan-rakan lain. Sayamengaku di sini bahawa study grouplah yang banyak membantu saya. Kadang-kadang ada faktayang kita tidak tahu tetapi rakan kita mengingatkan. Bahagikan topik kepada ahli dan mintamereka jelaskan apa yang telah mereka baca. Ini sangat sesuai untuk pelajar matrikulasi yangsentiasa mengejar masa. Jika membaca seorang akan mengambil masa yang lama. Semuanyaakan menjadi pantas dan lebih efektif di dalam study group. Apa yang penting sekali dalam

    kerjaya menuntut ilmu ini adalah keikhlasan belajar. Niat belajar adalah kerana untukmeningkatkan martabat diri. Allah pernah berfirman bahawa Dia akan menaikkan darjat orangyang beriman dan berilmu di antara kita. Allah juga mewajibkan kita menuntut ilmu supaya kitamengenaliNya. Dengan itu, walaupun kita tidaklah seberjaya ataupun fail dalam peperiksaan,tidaklah membuat kita tertekan atau berasa sia-sia dalam menuntut ilmu. Namun tidak bolehdilupakan hanya ilmu sahaja yang boleh menemani kita dan membantu dalam menambah baikhidup kita.

    Akhir sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada tuan dan jugapara pensyarah lain yang sentiasa berusaha untuk memajukan anak bangsa. Allah pastimembalas jasa baik anda semua. Saya harap apa yang saya perihalkan ini dapat mebantusedikit sebanyak dalam kajian tuan. Teruskan usaha kerana golongan profesional hari ini tidakakan adanya mereka jika tiada guru! Salah silap saya sepanjang pengajian saya di sana saya

    harap dapat dimaafkan. Terima kasih.

    Responden kelima : Faktor yang menyumbang kepada kejayaan dalam pengajian Matrikulasi.Saya dengan sukacitanya merujuk kepada perkara di atas.

    2. Faktor pertama dalam kegigihan dan kerajinan sendiri yang menyumbang kepada kejayaansaya dalam pengajian Matrikulasi. Tiada jalan ringkas untuk mendapat kejayaan, kerapmembaca dapat mendalamkan kefahaman dan ingatan dalam semua subjek.

    22

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    23/24

    3. Mendapat pengajian di Kolej Matrikulasi Kedah juga salah satu faktor atas kejayaan sayasebagai seorang penduduk di Johor, perjalanan yang jauh mengurangkan kekerapan sayapulang rumah, masa yang terluang pada hari Jumaat dan Sabtu dapat digunakan untukmengulangkaji dan menyiapkan tutorial. Selain itu, saya kurangkan kekerapan outing danmeluangkan masa untuk membaca.

    4. Selain itu, Study Before Class (SBC) juga dapat mendalamkan kefahaman dalam semuasubjek terutamanya subjek biologi, tutorial dan assignment yang banyak mungkin menyebabkanSBC tidak dapat dijalankan, tetapi mengulangkaji sebaik sahaja kelas tamat amat berguna danefektif.

    5. Teknik menjawab amat penting dalam peperiksaan. Walaupun mempunyai pengetahuan ataudapat menghafal semua nota-nota yang dibagi, ini tidak dapat menjamin kejayaan dalampeperiksaan nanti. Teknik-teknik menjawab memudahkan saya dalam menjawab soalan, bukansahaja tepat, tapi ringkas, secara tidak langsungnya menjimatkan masa dalam menjawab soalan.Sebagai rujukan, En. Farizuddin Bin Senapi dan Cik Hana (biologi) telah memberi teknik-teknikyang berkesan.

    6. Faktor yang amat penting adalah Study Technique. Ini penting untuk memudahkan dalampemahaman dan menghafal. Ini bergantung kepada kesesuaian sendiri, study group adalahsalah satu teknik yang menjimatkan masa dan efektif, amat berguna dalam ulangkaji sempena

    Study Week. Membuat nota ringkas adalah kegemaran saya, kerana tidak suka membaca bukuyang tebal, ini juga menjimatkan masa.

    7. Membaca buku rujukan tambahan juga membantu dalam pemahaman sesuatu topik. Sayaakan merujuk kepada beberapa buku rujukan berlainan sama ada rujukan antarabangsa atantempatan. Sebagai seorang rakan perpustakaan, meminjam buku dari perpustakaan KMKmerupakan perkara yang biasa, perpustakaan mengandungi banyak rujukan yang berguna.Buku-buku tersebut juga boleh dirujuk dalam perpustakaan. Topik yang tidak jelas atau faham,saya akan rujuk kepada bahan rujukan terlebih dahulu sebelum berjumpa dengan pensyarahberkaitan.

    8. Kesihatan badan adalah salah satu punca kejayaan. Saya suka bersenam seperti bermaintenis, ping pong., berjoging dan squasi. Kerana banyak fasiliti kesukanan telah disediakan, saya

    dapat bermain sukan yang berbeza setiap hari. Saya juga menyertai aktiviti-aktiviti seperti pestatanglung, pesta perayaan Cina, bulan penghayatan Islam dan sebagainya.

    9. Dengan dukacitanya saya ingin berkongsi perasaan saya di KMK, sebilangan pensyarah tidaktahu menggunakan alat-alat seperti projektor dalam dewan kuliah, pensyarah membazir masamengkaji penggunaan alat tersebut setiap kali masuk ke dewan kuiah.

    10. Kebanyakan pensyarah mengajar dalam dwibahasa untuk menambah kefahaman pelajar.Bagi saya, ini juga amat berkesan kerana, bagi saya hanya satu medium untuk menyampaikankuliah, yang penting adalah kandungannya, ini kerana kandungannya tetap sama walaupundisampaikan dalam bahasa yang berbeza.

    11. Harap surat ini dapat membantu tuan dalam kajian yang dijalankan oleh Kolej MatrikulasiKedah.

    Responden keenam : Nama saya , mengambil jurusan perakaunan di Kolej MatrikulasiKedah dan kini sedang melanjutkan pelajaran saya di Universiti Teknologi Mara mengambiljurusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Perakaunan. Adlhamdulillah, syukur ke hadrat Allahkerana saya diberi peluang memberikan sedikit faktor mengapa saya mendapat pencapaianyang baik di Kolej Matrikulasi Kedah.

    Bagi saya, ibu bapa saya menjadi perkara utama semasa mempelajari pelajaran, Setiap kalisaya tidak belajar (atau membuang masa) saya akan teringatkan ibu bapa saya yang

    23

  • 8/7/2019 FaktorKejayaan pelajar

    24/24

    mengeluarkan wang, berhempas pulas untuk membolehkan saya dapat pelajaran, sedihsekiranya kita menggunakan wang ibu bapa kita untuk perkara sia-sia. Duit yang dicari ibu bapamerupakan nikmat yang kita tidak dapat lupakan sekiranya ia ke arah kebaikan kita.

    Jasa pensyarah saya sering tidak dilupakan. Saya sering ingat akan jasa mereka yang mengajarkita agar berjaya. Ruginya bagaikan tidak boleh berpatah semula kerana setiap perkara yangdiajar oleh mereka, merupakan jalan ke arah kejayaan saya di kolej ini. Nila setitik bolehmenyebabkan perubahan kepada susu sebelanga. Kerana ilmu sedikit yang dicurahkan olehpensyarah, ia boleh memberi kesan yang amat besar kepada pelajarnya.

    Jasa Pengarah Kolej Matrikulasi Kedah, Tuan Haji Raja Sulaiman juga saya gunakan sebagaipendorong/pembakar semangat saya untuk belajar. Ungkapan persamaan antara bangsamelayu dengan bangsa Cina yang diungkapkan oleh Tuan Pengarah membakar semangat sayauntuk mencapai kejayaan tidak kira di mana jua saya berada...sekian. terima kasih KolejMatrikulasi Kedah.