analisis pelajar

42
1.0 MENGUMPUL MAKLUMAT 1.3 PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU 1.4 KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU 1.5 TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU PENGURUSAN TINGKAH LAKU Modifikasi tingkah laku merupakan satu cara menguruskan disiplin bilik darjah dan sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah, sama ada negatif atau positif. Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik darjah kepada tingkah laku positif seterusnya menyelesaikan tingkah laku tersebut. Langkah- langkah ini dilakukan adalah untuk membentuk iklim bilik darjah yang berdisplin dan kondusif supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan sempurna. Bagi merealisasikan objektif ini, pengurusan modifikasi tingkah laku murid memerlukan pengekalan atau peningkatan tingkah laku yang diingini dan pengurangan atau pelupusan tingkah laku yang tidak diingini. Modifikasi tingkah laku adalah satu usaha yang menggunakan prinsip-prinsip psikologi ekperimental yang lain. Penumpuan difokuskan terhadap tingkah laku yang dapat dilihat dan memerlukan pemerhatian yang konkrit tentang masalah yang perlu diubah. Sesuatu rawatan dikatakan berkesan apabila tingkah laku bermasalah itu telah berjaya diubah (Mok Soon Sang, 2003). Modifikasi tingkah laku adalah penggunaan jadual peneguhan untuk mengubahsuaikan tingkah laku orang tertentu atau kumpulan tertentu. Secara unggulnya, modifikasi tingkah laku memerlukan antara lain:

Upload: zulfazdli-hisyam

Post on 27-Oct-2015

112 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

analisis tingkahlaku pelajar

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis pelajar

1.0 MENGUMPUL MAKLUMAT

1.3 PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS – RANCANGAN

PENDIDIKAN INDIVIDU

1.4 KAEDAH MENGAJAR BAHASA MELAYU

1.5 TEKNIK-TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU

PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Modifikasi tingkah laku merupakan satu cara menguruskan disiplin bilik

darjah dan sesuai digunakan untuk menangani tingkah laku bermasalah, sama

ada negatif atau positif. Tujuan penggunaan modifikasi tingkah laku adalah untuk

mengubah tingkah laku negatif atau salah laku pelajar yang dikesan dalam bilik

darjah kepada tingkah laku positif seterusnya menyelesaikan tingkah laku

tersebut. Langkah-langkah ini dilakukan adalah untuk membentuk iklim bilik

darjah yang berdisplin dan kondusif supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran

berjalan dengan sempurna. Bagi merealisasikan objektif ini, pengurusan

modifikasi tingkah laku murid memerlukan pengekalan atau peningkatan tingkah

laku yang diingini dan pengurangan atau pelupusan tingkah laku yang tidak

diingini.

Modifikasi tingkah laku adalah satu usaha yang menggunakan prinsip-

prinsip psikologi ekperimental yang lain. Penumpuan difokuskan terhadap

tingkah laku yang dapat dilihat dan memerlukan pemerhatian yang konkrit

tentang masalah yang perlu diubah. Sesuatu rawatan dikatakan berkesan

apabila tingkah laku bermasalah itu telah berjaya diubah (Mok Soon Sang,

2003).

Page 2: Analisis pelajar

Modifikasi tingkah laku adalah penggunaan jadual peneguhan untuk

mengubahsuaikan tingkah laku orang tertentu atau kumpulan tertentu. Secara

unggulnya, modifikasi tingkah laku memerlukan antara lain:

1. Perincian yang jelas tentang tingkah laku yang hendak di ubah

2. Pemerhatian dan ukuran teliti tentang tingkah laku yang hendak

diubah.

3. Menganalisa tentang peneguhan-peneguhan yang mungkin sedang

mengekalkan tingkah laku yang tidak diingini itu.

4. kajian tentang keadaan-keadaan yang boleh mengubah tingkah laku

yang tidak diingini itu.

5. Pemerhatian dan ukuran terperinci tentang perubahan-perubahan

tingkah laku yang telah berlaku.

TUJUAN MODIFIKASI TINGKAH LAKU

1. Membantu murid-murid membuat penyesuaian tingkah laku agar

mereka berada dalam emosi yang stabil dan memberi tumpuan

kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

2. Memastikah agar guru lebih memahami persekitaran dan

bertimbang rasa apabila mengambil sebarang tindakan yang

melibatkan tingkah laku yang dikehendaki.

3. Meningkatkan prestasi murid di dalam bilik darjah dan

meningkatkan motivasi kendiri murid-murid. Ini wujud apabila emosi

kanak-kanak stabil dan mereka dapat menumpukan perhatian

kepada proses pengajaran dan pembelajaran.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN TINGKAH LAKU

BERMASALAH DI DALAM BILIK DARJAH

Di antara faktor-faktor utama yang dikenal pasti menyumbang kepada

kewujudan tingkah laku bermasalah dalam dilik darjah ialah :

Page 3: Analisis pelajar

1. Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa

2. Suasana persekitaran sekolah yang kurang kondusif

3. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan

4. Keadaan fizikal sekolah yang kurang kondusif

5. Pengurusan sekolah yang bercorak autokratik

6. Pendapat dan pendangan murid tidak dapat perhatian pihak

sekolah

7. Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata dengan

membalas dendam.

TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Modifikasi Tingkah laku merujuk kepada langkah-langkah yang

sistematik berdasarkan prinsip-prinsip psikologi untuk mengubah tingkah laku

yang negatif kepada yang positif. Langkah-langkah yang sistematik ini ialah:

1. Mengenal pasti tingkah laku negatif yang perlu diubah

2. Menetapkan matlamat

3. Menentukan stategi bertindak

4. Merancang prosedur atau plan bertindak

5. Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak

6. Menilai keberkesanan dan mengubah rancangan jika perlu

7. Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan.

Pelbagai teknik yang sesuai digunakan untuk perlaksanaan program

modifikasi tingkah laku murid-murid di sekolah.

JENIS-JENIS MODIFIKASI TINGKAH LAKU

1. PENEGUHAN NEGATIF

Definisi

Page 4: Analisis pelajar

Mengikut Skinner (1953) di dalam Mok Soon Sang (2003),

apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah

memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan

bertambah. Tingkah laku operan ini boleh diajarkan dan dipelajari

melalui satu ransangan yang sesuai dan diberi sebaik sahaja

wujudnya tingkah laku operan itu. Ransangan ini dinamakan oleh

Skinner sebagai “Peneguhan”, Peneguhan boleh berupa positif atau

negatif.

Peneguhan diberi untuk memuaskan kehendak individu,

mengurangkan tekanan dan merangsangkan otak. Peneguhan negatif

ialah rangsangan yang dipindahkan atau pun dihapuskan dengan

tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya dapat diteruskan (Mok

Soon Sang, 2003). Menurut Pfiffner dan O’ Leary (1987) yang dipetik

dari Mok Soon Sang (2003), peneguhan negatif adalah pemindahan

rangsangan terhadap perlakuan yang tidak dijangka mengikut gelagat

seseorang dan keputusan dalam peningkatan atau pengekalan

kekerapan, jangka masa dan kesungguhan gelagat sasaran. Terdapat

juga pendapat lain yang mengatakan bahawa peneguhan negatif ialah

rangsangan serta-merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang

diberi selepas sesuatu tingkah laku dilakukan.

Sebagai kesimpulannya, peneguhan negatif ialah apa sahaja

rangsangan yang dilakukan sebaik sahaja perlakuan itu ditunjukkan

dan hasil dari peneguhan tersebut ialah kekerapan perlakuan itu

dikurangkan ataupun tidak diulangi lagi.

Prosedur Perlaksanaan

Tingkah laku negatif seperti menjawab secara spontan tanpa

mengangkat tangan bertujuan untuk menarik perhatian guru dan rakan

perlulah diatasi. Ini adalah salah satu tingkah laku yang sering

Page 5: Analisis pelajar

dilakukan oleh murid-murid masa kini. Keadaan ini dikenalpasti

sebagai salah satu perlakuan yang menyalahi adab di dalam bilik

darjah. Perbuatan sebegini ada kalanya dapat dihentikan buat seketika

dengan cara tidak menghiraukan murid berkenaan, tetapi ia kurang

berkesan kerana ia masih dapat menarik perhatian rakan sebaya.

Bagi mengatasi tingkah laku ini, guru harus merancang

beberapa kaedah untuk mengatasinya. Berikut ialah beberapa contoh

situasi bagi mengatasi masalah yang berlaku di dalam bilik darjah:

Langkah 1: Guru harus tegas dengan memulaukan murid yang

telah melakukan tingkah laku negatif selama 2 minit dan sebaliknya

memberi perhatian kepada murid lain yang mengikut peraturan sambil

memberi pujian atas tingkah laku positif mereka, contohnya kontek

mata dan senyum (tanpa lisan). Sebaik sahaja pelajar tadi mematuhi

peraturan kelas, guru secara spontan boleh menggunakan peneguhan

yang sama kepada murid tersebut.

Langkah 2: (jika perlu) Jika cara di atas tidak berkesan, guru

boleh menggunakan langkah ini iaitu menyatakan adab-adab di dalam

darjah contohnya” Ali, awak tahu adab-adab di dalam kelas semasa

ingin menjawab soalan? Tolong gunakan” Jangan tokok tambah

kepada kenyataan tadi kerana Ali sememangnya mengetahui adab-

adab tersebut. Teguran ini perlu dibuat secara langsung dengan

memandang tepat pada mata. Cara ini dikenali sebagai “Expection of

Compliance” atau harapan mematuhi arahan. Berikan arahan mudah

yang berkaitan dengan salah laku, contohnya “Ali, jika hendak

menjawab, sila angkat tangan. Jangan menjawab sebelum disuruh”.

Walau bagaimanapun guru perlu meneruskan pengajaran.

Page 6: Analisis pelajar

Langkah 3: Dengan suara yang jelas sambil memandang tepat

kepada pelajar, guru memberi arahan, “Ali, jika awak tidak dapat

mengikuti adab menjawab soalan, awak boleh memilih sama ada

melakukannya atau awak akan diasingkan daripada kumpulan”. Jika

Ali meneruskan perbuatannya, guru perlu melaksanakan langkah yang

keempat.

Langkah 4: “Nampaknya awak sudah membuat keputusan tidak

mahu mengikutinya, tolong tinggalkan bilik ini sekarang!” Jika pelajar

tersebut masih enggan mendengar arahan, maklumkan perkara

tersebut kepada guru yang bertanggungjawab (guru displin) untuk

tindakan selanjutnya. Setiap langkah di atas perlu dilakukan dengan

ringkas, jelas, tenang, adil, dan fokus kepada adab bilik darjah.

Langkah-langkah di atas akan dapat menghentikan tingkah laku ini

sekiranya dilaksanakan secara serius.

Prinsip peneguhan bergantung kepada langkah-langkah asas

yang telah digunakan atau yang lebih berstruktur dalam

pengubahsuaian tingkah laku. Pendekatan ini menunjukkan bahawa

tingkah laku murid dipengaruhi oleh keadaan persekitaran. Contohnya,

di dalam satu majlis rasmi, hanya dengan “Shhh…..” sudah memadai

kerana ini juga menjadi sebagai peneguh kerana matlamatnya sudah

tercapai.

Guru perlu menstruktur semula disiplin supaya pelajar tersebut

mendapat pengajaran bahawa dia boleh mendapat perhatian yang

diingini jika mematuhi adab menjawab soalan dan seterusnya

bertindak balas terhadap proses peneguhan. Akhirnya, pelajar tersebut

akan menyedari bahawa ganjaran yang diterima lebih menguntungkan.

Kekuatan Peneguhan Negatif

Page 7: Analisis pelajar

Kekuatan peneguhan negatif dapat dilihat apabila seorang guru

menghalau murid yang membuat bising di dalam kelas supaya aktiviti

pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan tanpa gangguan. Dalam

satu kajian yang dijalankan di Universiti Kansas terhadap kanak-kanak

pra sekolah yang rendah keupayaan mentalnya, mereka telah

diletakkan di dalam bilik bersebelahan selama 15 minit selepas

bergaduh. Mereka menunjukkan perlakuan yang lebih positif dan

jangka masa mengulangi perbuatan itu lebih lama daripada kanak-

kanak yang diberikan peneguhan positif.

Sebagai contoh, seorang bapa memarahi anaknya kerana tidak

membuat kerja rumah yang diberikan oleh guru. Oleh kerana jemu

dengan leteran bapa, maka si anak menyiapkan kerja sekolahnya.

Tindakan anak membuat kerja rumah itu dapat mengelakkan daripada

rangsangan yang tidak diingini iaitu leteran bapanya.

Kelemahan Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif juga mempunyai kelemahan, sebagai

contoh mengurung kanak-kanak di dalam almari gelap atau menyuruh

kanak-kanak lelaki memakai pakaian kanak-kanak wanita. Perbuatan

ini akan menimbulkan rasa dendam dan marah di dalam diri kanak-

kanak tersebut.

Peneguhan negatif adalah berbeza sama sekali dengan

hukuman. Walau bagaimanapun, jika pendekatan yang keterlaluan

diberi maka peneguhan ini akan dianggap sebagai hukuman kerana

tahap pemahaman seseorang individu adalah berbeza. Oleh sebab itu,

sebarang bentuk peneguhan negatif perlu dijelaskan.

Contoh

Contoh Jadual Peneguhan Negatif.

Page 8: Analisis pelajar

Tingkah laku Kesan / AkibatTingkah laku masa

hadapan

Pelajar tidak

menyiapkan

tugasan tepat

pada waktunya.

Guru menegur

pelajar.

Pelajar akan menyiapkan

tugasan yang seterusnya

tepat pada waktunya.

Peringatan

Objektif utama peneguhan negatif digunakan di dalam bilik

darjah adalah bertujuan untuk mengekalkan atau meningkatkan

tingkah laku yang diingini serta mengurangkan atau melupuskan

tingkah laku yang tidak diingini. Akan tetapi, harus diingat bahawa

sesetengah individu tidak faham dan menganggap bahawa peneguhan

negatif adalah satu hukuman. Oleh sebab itu, peringatan seperti

berikut haruslah diberi perhatian:

1. Setiap peneguhan mestilah dilakukan dengan segera iaitu

sebaik sahaja perlakuan itu dipamerkan.

2. Individu yang menerima peneguhan negatif ini haruslah

mengetahui apakah kesalahan yang telah dilakukan.

3. Peneguhan negatif diberikan atas dasar sayangkan murid

tersebut dan bukannya sebagai hukuman atau balasan

perlakuannya.

4. Peneguhan negatif yang diberikan mestilah kosisten sebagai

contohnya murid A melakukan kesalahan yang serupa

dikenakan 3 rotan maka murid B mestilah juga dikenakan 3

rotan.

5. Guru perlu berhati-hati apabila memberi peneguhan negatif

kepada murid, supaya tidak dianggap sebagai hukuman.

Sebaik-baiknya peneguhan negatif digunakan sebagai

alternatif terakhir.

Page 9: Analisis pelajar

2. PEMBENTUKAN

Definisi

Terdapat beberapa pendapat yang mendefinisikan istilah

pembentukan. Menurut Alberto dan Troutman (1990), pembentukan

didefinisikan sebagai peneguhan berbeza yang dilakukan hampir

berturut-turut untuk mencapai satu matlamat tingkah laku yang

tertentu. Manakala merujuk kepada Martin dan Pear (1992) pula

pembentukan ialah satu perkembangan tingkah laku yang baru dari

peneguhan yang berturut-turut dan paling hampir dengan mengikut

keutamaan harapan yang paling dekat dengan tingkah laku yang

diingini. Menurut pendapat terkini pula pembentukan merupakan satu

teknik membentuk tingkah laku yang dikendalikan dengan cara

berturut-turut dan menggunakan jadual-jadual peneguhan yang sesuai

(Mahmood, 2001).

Walau bagaimanapun, pembentukan digunakan untuk

menstabilkan tingkah laku yang bukan hanya dilakukan oleh individu,

tetapi juga secara berkumpulan. Menurut Martin dan Pear (1992),

terdapat tiga aspek tingkah laku yang boleh dibentuk iaitu topografi,

kuantiti dan intensiti.

Topografi

Topografi menurut Martin dan Pear (1992), dirujuk kepada

respons yang ditunjukkan. Membentuk dan menulis perkataan

yang sama juga menunjukkan respons yang sama dengan

topografi yang berbeza. Sebagai contoh, melatih bayi menyebut

ibu selain dari mama juga merupakan satu proses pembentukan

topografi.

Kuantiti

Page 10: Analisis pelajar

Merujuk pada Martin dan Pear (1992), kuantiti pembentukan

tingkah laku boleh ditentukan. Sebagai contoh untuk melatih

kanak-kanak yang mengalami kegagalan otak berfungsi

(cerebral palsy), kuantiti yang diukur ialah tahap kebolehan

kanak-kanak tersebut bertindak balas seperti melangkah,

memegang barang-barang di sekeliling dan mengangkat

tangan.

Intensiti

Intensiti juga boleh ditakrifkan sebagai kesungguhan

yang mana tekanan terhadap respons boleh meningkatkan

kesungguhan dan seterusnya membantu proses pembentukan

tingkah laku (Martin dan Pear, 1992).

Pembentukan merupakan satu kelaziman di dalam

kehidupan sehari-hari untuk setiap manusia. Namun tidak

semua menyedarinya kerana sudah terbiasa. Sebagai contoh

menjadi penari yang lebih baik dan berjaya memukul bola tenis

dengan tepat. Sekiranya dirujuk kepada kanak-kanak

bermasalah pembelajaran pula, lebih banyak kemajuan yang

berjaya dicapai hasil dari pembentukan. Contoh yang paling

mudah ialah kebolehan seorang pelajar sindrom down

mengurus diri dan barangan milik peribadinya dengan

sempurna.

Menurut Daniel dan Susan (1972), untuk

memaksimumkan keberkesanan proses pembentukan, guru

mestilah berhati-hati dan menggunakan kepelbagaian bentuk

pendekatan supaya hubungan antara pembentuk dan orang

yang dibentuk akan sentiasa baik. Pembentuk juga perlu

Page 11: Analisis pelajar

memahami bahawa proses pembentukan tidak boleh berlaku di

dalam keadaan yang tertekan.

Merujuk kepada Patrick dan Maureen (1994) pula, bagi

kanak-kanak yang terlalu muda mereka akan mengalami

kesukaran untuk mempelajari sesuatu kemahiran yang baru.

Bagi kanak-kanak ini, kaedah yang paling sesuai digunakan

ialah kaedah pembentukan di mana proses tekanan tidak akan

dilihat dari sudut yang negatif dan mereka akan lebih mudah

mengikuti arahan.

Prosedur Perlaksanaan

Apabila menggunakan kaedah pembentukan, guru perlu

menetapkan dua pilihan iaitu tingkah laku akhir dan keupayaan kanak-

kanak itu untuk mencapai matlamat tersebut (Alex Harrop, 1983). Bagi

menggerakkan pelajar supaya mencapai matlamat tingkah laku akhir,

terdapat banyak langkah-langkah pembentukan yang perlu

dilaksanakan.

Proses pembentukan juga boleh dilakukan dan dikendalikan

dengan cara berturut-turut dan menggunakan jadual-jadual peneguhan

yang sesuai (Mahmood, 2001). Di dalam bilik darjah, pembentukan

tingkah laku merupakan satu aspek yang sangat penting kerana guru

perlu membentuk tabiat ini bagi membantu pelajar mencapai kejayaan.

Walau bagaimanapun terdapat satu prosedur perlaksanaan

yang lebih sistematik di dalam proses pembentukan. Langkah-langkah

tersebut ialah:

Spesifikasi tingkah laku akhir yang diingini

Page 12: Analisis pelajar

Guru perlu mengenal pasti dengan lebih jelas tingkah

laku akhir yang perlu dicapai oleh pelajar. Matlamat ini juga

perlu jelas di kalangan semua terutama ahli keluarga pelajar.

Satu contoh situasi yang telah diambil berdasarkan kisah benar

iaitu Valerie seorang kanak-kanak yang mengalami kegagalan

otak berfungsi (Cerebral Palsy). Matlamat utama yang di

tetapkan ialah akhirnya Valerie boleh berjalan untuk mengambil

makan malamnya yang diletakkan di atas meja.

Menetapkan tingkah laku permulaan

Titik permulaan perlu di tetapkan bersama-sama

dengan sedikit tekanan sebagai pemangkin yang akan menguja

kanak-kanak terbabit untuk melakukan tingkah laku yang

diingini. Pada langkah kedua ini, Valerie disuruh berdiri dan

melangkah sambil memapah dari kerusi ke kerusi yang lain.

Jarak juga perlu ditetapkan dan di dalam situasi Valerie, jarak

yang di tetapkan ialah dari ruang tamu ke ruang makan.

Sebagai permulaan Valerie hanya mampu melangkah beberapa

langkah sebelum terjatuh.

Memilih langkah-langkah pembentukan yang sesuai

Sebelum memulakan langkah pembentukan, adalah

lebih baik jika kita menetapkan dan merancang langkah-langkah

yang perlu di ambil supaya proses pembentukan berjalan

dengan lancar dan berjaya mencapai matlamat yang diingini.

Sebagai contoh, mengajar bayi menyebut “ummi”. Langkah

pertama biasanya bayi hanya akan membunyikan “mi”.

Seterusnya langkah kedua, bunyi tersebut akan berubah

menjadi “a-mi” dan akhirnya barulah bayi tersebut akan berjaya

membunyikan “ummi”.

Page 13: Analisis pelajar

Memulakan langkah-langkah pembentukan yang betul

mengikut sasaran yang ditetapkan

Terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti untuk

menjamin tercapainya matlamat akhir tingkah laku yang diingini.

Peraturan-peraturan yang disasarkan ialah:

a) Jangan terlalu cepat. Selepas melakukan sesuatu

langkah, untuk melakukan langkah yang baru

perlulah mengambil masa yang sesuai sehingga

kanak-kanak tersebut boleh menguasai kemahiran

sebelumnya.

b) Mengecilkan langkah atau meminimumkan

perbuatan supaya kanak-kanak dapat menguasai

dengan kadar yang maksimum.

c) Kembali ke langkah yang lebih awal sekiranya

terlalu laju.

d) Langkah (a) dan (b) ialah untuk melambatkan

proses. Manakala langkah (c) ialah untuk

memperbetulkan kesan terlalu cepat. Namun

jangan terlalu perlahan sehingga matlamat tidak

dapat dicapai.

Garis panduan ini kelihatan begitu membantu bila

digabungkan dengan formula matematik dan dikira mengikut

saiz yang sesuai dengan situasi yang perlu diambil.

Kekuatan Pembentukan

Page 14: Analisis pelajar

Proses pembentukan dapat merangsang pelajar untuk berubah

menjadi lebih baik tanpa mereka sedari ataupun tanpa kerelaan

mereka. Pelajar juga akan terus berusaha untuk mencapai matlamat

tingkah laku yang ditetapkan kerana ganjaran yang ditawarkan.

Kelemahan Pembentukan

Walau bagaimanapun, kaedah ini kadangkala akan digunakan

pada waktu dan situasi yang tidak sesuai. Bagi sesetengah pelajar

atau kanak-kanak pula, mereka mungkin akan menyalahgunakan

kaedah ini. Sebagai contoh, mereka merasakan bahawa mereka telah

terlalu hebat hingga terlupa mengambil langkah berjaga-jaga dan

akhirnya mendatangkan kemudaratan. Sebagai contoh di dalam kes

Valerie, jika dia merasa begitu yakin bahawa dia sudah boleh berjalan

tanpa bantuan. Malangnya dia hanya boleh berjalan beberapa langkah

sahaja. Disebabkan keterujaan itu tinggi maka dia terlupa dengan had

kebolehannya dan akhirnya dia terjatuh.

3. KONTRAK KONTIGENSI

Definisi

Kontrak kontigensi menurut pandangan DeRisi dan Butz, yang

dipetik dari buku Behavior Management Application for Teachers and

Parents oleh Thomas J.Zirpoli dan Kristine J.Melloy (2001 p.187)

adalah teknik yang digunakan untuk kaunseling tingkah laku struktur

dengan mengambil kira proses setiap elemen adalah penting supaya

ia jelas dan eksplisit di mana ia boleh ditulis. Manakala perubahan

tingkah laku dapat diterima dan difahami oleh semua orang yang

terlibat semasa menandatanganinya.

Menurut Martin dan Pear (1992), pula “ A behavioral contract is

a clear written statement of what behaviors of what individuals will

produce what reward, and who will deliver those rewards. It usually

Page 15: Analisis pelajar

involves two or more people, although “self-contracts” have also been

used.”

(p.331)

Secara umumnya, kontrak kontigensi merujuk kepada suatu

perjanjian tingkah laku bertulis di antara ibu bapa dengan kanak-kanak

atau guru dengan murid yang melibatkan sasaran perubahan tingkah

laku. Kontrak ini boleh diaplikasikan samada secara individu ataupun

dalam bentuk kumpulan. Ia memberi pendekatan yang positif kepada

penjaga untuk mengurangkan tingkah laku kanak-kanak yang kurang

disenangi.

Kanak-kanak berperanan sebagai pihak yang mengubah

tingkah laku manakala peranan penjaga adalah mewujudkan

persekitaran yang positif dan memberi sokongan moral terhadap

peubahan tingkah laku yang ingin dicapai. Kontrak tingkah laku

dikatakan cara yang paling berkesan untuk mengubah tingkah laku

serta memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak, iaitu kanak-

kanak dan penjaga (Thomas dan Kristine, 2001).

Kontrak kontigensi boleh diaplikasikan kepada kanak-kanak

seawal usia enam tahun dan juga kepada kanak-kanak yang telah

meningkat dewasa. Menurut pandangan Thomas dan Kristine (2001),

kontrak ini sesuai digunakan untuk mengubah tingkah laku yang

menimbulkan gangguan, mengawal masalah bulimia, mewujudkan

komunikasi berkesan antara anak dengan ibu bapa atau murid dengan

guru serta meningkatkan pencapaian akademik.

Menurut Walker and all (2004), terdapat dua jenis kontrak

kontigensi yang diaplikasikan di dalam kelas iaitu kontrak secara lisan

Page 16: Analisis pelajar

dan bukan lisan. Secara umumnya pendidik mendapati bahawa

kontrak secara lisan adalah lebih efektif berbanding yang bukan lisan.

Prosedur Perlaksanaan

Martin dan Pear (1992), telah menggariskan beberapa langkah

dalam perlaksanaan kontrak tingkah laku.

1. Pilih tingkah laku yang ingin ditingkatkan/diubah.

2. Perincikan matlamat tingkah laku secara terma dalam

bentuk yang boleh diperhatikan dan dinilai supaya kemajuan

kanak-kanak dapat direkodkan.

3. Mengenalpasti peneguhan yang dapat memberi motivasi

dan perangsang kepada kanak-kanak.

4. Menyediakan garis panduan dan tempoh masa kontrak.

5. Menulis kontrak supaya individu yang terlibat memahami

terma-terma kontrak, gunakan laras bahasa yang sesuai

dengan peringkat umur.

6. Menandatangani kontrak sekiranya individu yang terlibat

faham dan setuju dengan terma-terma yang telah

ditetapkan.

7. Meneguhkan prestasi secara konsisten untuk mencapai

matlamat tingkah laku selaras dengan syarat-syarat kontrak.

8. Memantau dan mengumpul data prestasi tingkah laku.

9. Mengubah semula kontrak sekiranya data tidak

menunjukkan sebarang atau hanya sedikit perubahan

tingkah laku. Pengubahsuaian kontrak perlu ditandatangani

semula oleh individu yang terlibat.

Kekuatan Kontrak Kontigensi

Kontrak kontigensi ini mempunyai kelebihan dalam mengubah

tingkah laku kanak-kanak. Kontrak ini juga boleh diaplikasikan dalam

semua keadaan dan bukan hanya dihadkan dalam bidang pedidikan

Page 17: Analisis pelajar

sahaja. Selain itu, fokus penjaga, ibu bapa mahupun guru adalah

pada latih tubi positif yang terdapat pada tingkah laku yang dipersetujui

dalam kontrak (Thomas dan Kristine, 2001).

Menurut Thomas dan Kristine (2001) lagi, jangkaan tingkah laku

kanak-kanak serta penjaga telah diperincikan dan ditulis dengan jelas.

Peneguhan juga dilakukan secara bersistematik. Bukan itu sahaja,

bahkan kanak-kanak dan penjaga memahami dengan jelas sebab

akibat sama ada tingkah laku itu berjaya dilaksanakan atau tidak.

Kontrak boleh diubahsuai dan ditulis semula untuk memenuhi

kehendak situasi semasa. Selain itu, kontrak kontigensi ini juga boleh

dilaksanakan terhadap kanak-kanak secara individu atau

berkumpulan.

Kanak-kanak memainkan peranan penting menentukan jenis

serta jumlah tugas yang diperlukan (Walker and all (2004). Mereka

mengerti serta memahami tanggungjawab yang dipikul. Manakala guru

pula mengumpul emperikal data tentang keadaan, perkembangan

serta kehendak semasa murid. Melalui maklumat ini, guru boleh

membina program yang sesuai untuk mereka serta menentukan

objektif yang sesuai.

Kelemahan Kontrak Kontigensi

Kelemahan yang nyata adalah kontrak dipatuhi kerana tertarik

dengan ganjaran yang diberikan berbanding untuk mencapai matlamat

asal iaitu mengubah tingkah laku (Martin dan Pear, 1994). Masalah

juga akan timbul sekiranya terma-terma kontrak tidak difahami

sepenuhnya oleh pelajar dan ini boleh menyebabkan kontrak berat

sebelah. Lain-lain kelemahan kontrak kontigensi termasuklah proses

pemerhatian serta pengumpulan data yang tidak tepat.

Page 18: Analisis pelajar

Menurut Alex (1983) pula, para guru bimbang sekiranya

perlaksanaan kontrak kontigensi ke atas seseorang pelajar bakal

memberi impak negatif kepada keseluruhan pelajar dalam kelas.

Namun hakikatnya, guru turut memerhatikan tingkah laku pelajar lain

dan keadaan ini akan menyebabkan pelajar menjaga tigkah laku

mereka.

Murid-murid dikatakan menjadi kurang bermotivasi dalam

menyempurnakan tugas sekiranya tugas yang diberikan adalah di luar

tahap kemampuan mereka atau terlalu membebankan (Walker and all,

2004). Tambahan lagi, kontigensi kontrak menjadi kurang berkesan

apabila wujud istilah-istilah seperti “pihak pertama”, “pihak kedua” atau

“mulai sekarang hingga seterusnya”. Adalah dicadangakan bahawa

guru atau penjaga menggunakan bahasa yang lebih mudah difahami

oleh kanak-kanak.

Contoh

Contoh kontrak verbal yang boleh dilakukan dalam kelas

seharian ialah seperti contoh yang pertama, “John, jika kamu berjaya

selesaikan lapan soalan operasi tambah dengan betul, kamu boleh

bermain puzzle untuk baki masa yang tinggal”. Contoh yang kedua,

“Mariam, jika kamu duduk selama lima minit, kamu boleh mewarna

selama sepuluh minit”. Kontrak di antara anak dan ibu bapa yang

boleh dibuat untuk pembentukan tingkah laku yang dikehedaki ialah,

“Raven, jika kamu pulang awal ke rumah sebelum jam tujuh malam

selama sebulan, ayah akan membawa kamu untuk menonton

Perlawanan Bola Sepak antara Kedah menentang Telekom Melaka”.

Contoh borang kontrak boleh dirujuk pada Lampiran 1.

Manakala contoh kontrak yang boleh dibuat antara pelajar dan

guru ialah, “Eng Cherk Yung, jika kamu dapat menyiapkan buku

Page 19: Analisis pelajar

latihan geografi, soalan satu hingga lima puluh dalam tempoh satu

bulan, guru akan memberi kebenaran kepada kamu untuk

menyaksikan Perlawanan Catur Remaja Peringkat Negeri.” Contoh

borang kontrak boleh dirujuk pada Lampiran 2.

Peringatan

Beberapa garis panduan telah diberikan dalam perlaksanaan

kontrak kontigensi (Alex, 1983), antaranya ialah peneguhan harus

diberi segera terutamanya pada peringkat awal kontrak. Selain itu,

ganjaran harus diberikan dalam kuantiti yang kecil namun pada kadar

yang kerap untuk setiap perubahan tingkah laku yang berjaya

dilakukan. Menurut Alex (1983) lagi, terma-terma kontrak haruslah adil

bagi kedua-dua belah pihak di mana pelajar tidak akan diberikan

ganjaran yang terlalu sedikit atau menerima terlalu banyak kerja.

Kontrak adalah lebih baik diaplikasikan secara individu berbanding

dalam kumpulan kerana taraf keupayaan pelajar adalah berbeza.

Menurutnya lagi, guru atau ibu bapa harus memberikan tempoh masa

yang sesuai agar tugas yang diberikan dapat dilaksanakan dalam

tempoh masa tersebut.

Martin dan Pear (1992) pula menegaskan bahawa prosedur

perlaksanaan kontrak kontigensi perlu dikaji semula sekiranya tidak

memperolehi keputusan yang memberangsangkan. Kontrak

kemudiannya perlu dinegosiasi semula. Tetapi sekiranya sebelah

pihak mendapati bahawa dia tidak berupaya memenuhi kontrak

tersebut, sebelah pihak lagi perlu dimaklumkan. Masalah akan

dibincangkan bersama dan sekiranya masih tiada jalan penyelesaian,

kontrak yang baru akan dibuat dan ditandatangani semula.

Page 20: Analisis pelajar

4. RANTAIAN

DEFINISI

“Suatu pengurusan tingkah laku yang dibuat secara analisa

tugasan iaitu diajar satu langkah demi satu langkah setiap kemahiran,

kemudian barulah digabungkan keseluruhan kemahiran tersebut”.

Ianya berguna untuk menghadapi tingkah laku kompleks yang

mengandungi beberapa bahagian atau komponen-komponen biasa,

misalnya seperti mengikat tali kasut, memakai dan membuka pakaian dan

lain-lain lagi. Ianya diajar satu langkah demi satu langkah tapi berurutan

dalam bentuk rangkaian atau rantaian. Ini disebabkan untuk mendapat

tingkah laku yang bermuti memerlukan prosedur pengajaran yang lebih

kompleks daripada peneguhan.

Bagi pendidikan kanak-kanak di kelas khas memberi sesuatu arahan

secara umum menyebabkan murid-murid tertanya-tanya atau langsung

tidak memahami sesuatu arahan. Oleh itu setiap kemahiran haruslah

disebut atau ditunjukkan dengan jelas dan kemudian barulah diminta

murid melakukannya.

Di antara urutan rantaian yang boleh dilakukan ialah seperti berikut

iaitu dari mula diikuti melakukan aktiviti keurutan terakhir dalam rantaian.

Ia dikenali sebagai urutan kehadapan. Dimulai dengan urutan terakhir

diikuti aktiviti bertentangan arah rantaian dikenali sebagai urutan rantaian

terbalik. Cara ini lebih berkesan misalnya adalah lebih mudah membuka

kasut daripada memakai kasut. Sebagai contoh ialah aktiviti di bawah:

Objektif: supaya murid dapat memakai dan membuka kasut dengan betul.

Format rantaian ( memakai kasut ).

1.Meletakkan kasut sebelah kanan dan kiri dengan betul.

Page 21: Analisis pelajar

2. Mengambil kasut sebelah kanan terlebih dahulu.

3. Memasukkan sebahagian kaki kanan ke dalam kasut.

4. Memasukkan keseluruhan kaki kanan ke dalam kasut.

5. Melekatkan zap-on atau mengikat tali kasut.

6. Diikuti dengan memakai kasut sebelah kiri.

Format rantaian ( membuka kasut )

1.Ulangi aktiviti di atas tetapi dimulai dari bawah.

2. membuka tali kasut atau zap-on sebelah kaki kanan.

3. Mengeluarkan sebahagian kaki daripada kasut

4. Mengeluarkan keseluruhan kaki daripada kasut.

5. Diikuti aktiviti membuka kasut sebelah kiri.

Proses rantaian juga sangat berguna dalam pengajaran kemahiran

sosial yang ada aktiviti kompleks bersiri. Misalnya untuk membetulkan

tingkah laku murid yang suka mencelah percakapan dua orang dewasa.

Langkah-langkah di bawah boleh digunakan untuk melatih murid meminta

maaf:

1. Berdiri dekat tanpa mendekati ruang individu kumpulan tersebut.

2. Menghampiri tanpa mengganggu percakapan.

3 Tunggu hingga salah seorang berhenti bercakap.

4. Meminta maaf terlebih dahulu kerana mengganggu.

5. Mengemukakan perkara yang ingin dicakapkan.

Hukuman baik bagi murid-murid yang dapat memahami bahawa

tingkah laku yang kurang baik boleh mengakibatkan sesuatu benda atau

aktiviti diambil.Tidak beri kesan kepada murid-murid yang ada masalah

yang teruk.

Page 22: Analisis pelajar

5. OVERCORRECTION

Overcorrection digunakan bagi mengatasi masalah tunjuk perasaan

oleh kanak-kanak. Kanak-kanak biasanya akan tunjuk perasaan untuk

melepaskan geram sekiranya ada sesuatu yang dimahukan tetapi

tidak diperolehi. Juga kerana mereka inginkan perhatian yang lebih

daripada ibu bapa atau pun orang yang dikenali. Dalam keadaan ini,

ada dua perkara yang biasanya dilakukan.

1.Membetulkan semula keadaan lintang pukang yang disebabkannya.

Contoh yang mudah difahami adalah, sekiranya seorang kanak-

kanak menyepahkan bilik tidurnya, dia akan disuruh untuk memungut

barang-barang yang disepah-sepahkannya.

2. Dikenakan denda dengan mengerjakan sesuatu yang lain.

Dalam keadaan ini, kanak-kanak tadi bukan sahaja dikehendaki

mengemas barang-barang yang disepahkannya, tetapi ia juga

dikenakan denda untuk mengemas keseluruhan biliknya dan bilik-bilik

yang lain.

Prosedur overcorrection

1.Restitutional overcorrection

Menyuruh pelajar untuk membetulkan tingkah laku yang tidak elok

dengan memperbaharui persekitaran menjadi lebih baik dari situasi

sebenar. Contohnya, Diana menconteng meja dengan pen. Dia akan

diminta untuk membersihkan meja yang diconteng tadi dan lima lagi

meja yang lain.

2.Positif overcorrection

Pelajar perlu mempraktikkan tingkah laku yang diingini dengan

kerap atau berulang kali. Contohnya, Abu melompat dari atas pentas

di dalam dewan. Oleh kerana dia melompat dan tidak menggunakan

Page 23: Analisis pelajar

tangga untuk turun, dia diminta berjalan dengan baik turun dan naik

tangga pentas sebanyak lima kali.

1.Neutral practice overcorrection

Pelajar perlu mengulangi aksi untuk tingkah laku yang diingini.

Contohnya, jika Abu menconteng mejanya, dia akan diminta

membersihkan meja yang diconteng sahaja.

2.Full cleanliness training

Pelajar perlu secara menyeluruh menghilangkan kesan

kekotoran.Contohnya, seorang murid terkencing di dalam seluarnya.

Guru akan menyiramnya dengan air yang banyak. Murid itu tidak suka

mandi dengan air yang banyak, jadi dia akan sedar kesilapannya.

Guru juga boleh menyuruh pelajar itu supaya memakai lampin pakai

buang bagi mengelakkannya dari kencing marata-rata.

Langkah-langkah overcorrection

1.Give a verbal cue

Memberi teguran lisan dengan kuat dan tegas apabila pelajar

terlibat dengan tingkahlaku bermasalah. Contohya, Romona, berhenti

meludah.

2.Follow the verbal cue with overcorrection

Selepas memberi teguran lisan dengan kuat dan tegas, buat

overcorrection. Contohnya, menyuruh Ramona membersihkan koridor

yang diludahnya.

3.Pair overcorrection with timeout from positive reinforcement

Semasa overcorrection, aktivitinya ditangguhkan. Maknanya,

rakan-rakannya yang lain belajar tetapi Ramona tidak kerana terpaksa

membersihkan kekotoran yang dilakukan tadi.

Page 24: Analisis pelajar

4.Proceed with restitutional activity

Selepas Ramona membersihkan kekotoran tadi, guru akan

memberitahu Ramona dengan nada suara yang biasa, ayat yang

pendek dan jelas akan tindakan yang yang sepatutnya dilakukan.

Contohnya, jika Ramona ingin meludah, ludah di sinki dan bukan di

koridor.

5.Minimize attention

Guru perlu meminimumkan komunikasi dengan murid terbabit.

Kurangkan perhatian dan jangan gunakan perhubungan mata. Guru-

guru yang lain juga perlu mengurangkan komunikasi dengan murid

terbabit supaya dia akan faham bahawa perbuatannya tidak disukai.

6.Observe the student

Murid-murid yang membuat masalah perlu dipantau. Sekiranya

murid itu terlibat semula dengan masalah tingkah laku, mulakan

overcorrection semula. Guru perlu menyediakan peluang yang

mencukupi untuk peneguhan positif. Ini bermakna, berikan murid itu

peluang untuk belajar dan guru bertindak sebagai pemerhati.

6. RESPONSE COST / KOS TINDAK BALAS

DEFINISI

Bererti mengambil barang atau benda murid mahu apabila mereka

membuat perangai. Ianya juga bermakna satu bentuk penarikan

peneguhan atau menafikan peneguhan positif secara sistematik untuk

tingkah laku yang tidak sesuai. Hukuman jenis ini adalah baik bagi

murid0murid yang dapat memahami bahawa tingkah laku yang kurang

Page 25: Analisis pelajar

baik akan mengakibatkan sesuatu benda atau aktiviti diambil. Ini tidak

memberi kesan pada murid-murid yang mempunyai masalah yang

teruk.

Jika kita ini melakukan response cost kepada pelajar, sebagai guru

kita hendaklah:

1.Murid-murid yang hendak dirawat mestikah diberitahu apa yang akan

dilakukan kepadanya dan mendapat persetujuan ibu bapa kanak-

kanak tersebut atau penjaga hendaklah diperolehi.

2.Guru yang menggunakan teknik-teknik ini haruslah mengetahui

dengan baik.

3.Kemajuan yang dicapai hendaklah dicatat.

7. HUKUMAN

Menurut Repp & Singh (1990), Hukuman yang digunakan sering kali

menjadi kontrovesi yang tinggi, walaupun sebelum modifikasi tingkah

laku dilakukan. Tetapi kewujudan kontroversi boleh dikurangkan setiap

tahun.

Hukuman merupakan kesan avertif yang mengurangkan berlakunya

sesuatu tindak balas apabila ia dikenakan. Ia berbeza daripada

peneguhan negatif. Contohnya, kanak-kanak yang suka menconteng

dinding apabila dipukul tangannya akan memberhentikan tingkah laku

tersebut. Hal ini kerana anak tersebut merasa sakit akibat dipukul

tangannya. Tetapi, Kanak-kanak tadi akan tertanya-tanya apakah cara

yang sesuai atau boleh dilakukannya supaya tidak dipukul. Ibubapa

yang menjalankan sesuatu hukuman dan tidak memberitahu kepada

anaknya tentang alternatif lain supaya tidak dihukum seperti

menconteng papan hitam yang disediakan atau menulis di atas kertas.

Page 26: Analisis pelajar

Disamping itu, hukuman turut dilakukan di sekolah bagi menangani

masalah disiplin dalam bilik darjah. Misalnya, jika murid menunjukkan

tingkah laku bermasalah, guru mesti memberikan amaran dan

memastikan yang beliau melaksanakan amaran tersebut. Selepas itu,

jika murid masih tidak mahu mengikuti arahan tersebut, guru perlu

memberi hukuman kepadanya dengan memberikan dia time-out atau

menghubungi ibubapanya. Jikalau langkah-langkah ini tidak berkesan,

maka guru perlu memberi hukuman kepadanya untuk mengikis

masalah disiplinnya, oleh itu guru harus mengenakan hukuman hanya

selepas semua langkah-langkah mmodifikasikan tingkah laku yang lain

tidak berkesan.

Antara kesan hukuman yang dikenakan terhadap pesalah terdiri

daripada kesakitan fizikal, emosi, dan sebagainya. Hukuman yang

diberi ada yang menyakitkan menyebabkan kesakitan fizikal seperti

pukulan, tamparan dan sebatan. Manakala Kesakitan emosi dimana

menjatuhkan penghargaan diri seseorang seperti sindiran, cemuhan,

menggunakan kata-kata kesat dan keras, menengking. Selain itu,

menyekat keperluan asas seseorang seperti “emak tak sayang kau”

menyebabkan orang yang menghukum dan dihukum berasa sedih

walaupun terpaksa melakukannya bagi mengubah tingkah laku yang

salah.

Namun begitu, terdapat banyak kebaikan hukuman dilakukan untuk

mengubah tingkah laku seseorang & memberhentikan tingkah laku

tidak diingini malah bagi mengurangkan kebarangkalian berlakunya

sesuatu tindak balas serta merupakan satu cara yang baik untuk

membentuk individu apabila anak yang menconteng dinding tadi

dipukul, dia akan berasa sakit dan akan berhenti menconteng buat

seketika dan ini menyedarkan kesilapannya.

Page 27: Analisis pelajar

Terdapat beberapa keburukan yang disebabkan hukuman iaitu ia

mungkin menjadi satu dendaman terhadap si penghukum. Selain itu,

individu yang dihukum tidak akan melakukan perbuatan tersebut di

hadapan orang yang menghukumnya tetapi melakukan di

belakangnya.

Garis Panduan Mengaplikasikan Hukuman yang Berkesan.

Menurut Martin & Pear, terdapat 6 garis panduan untuk melaksanakan

hukuman yang berkesan. Pertama, tingkah laku bermasalah perlu

dikenalpasti terlebih dahulu kerana hukuman yang diberikan akan lebih

berkesan jika tingkah laku bermasalah dapat dikenalpasti dengan

tepat.

Kedua, penekanan perlu diberi kepada tingkah laku yang diingini.

Tingkah laku yang diingini dipilih untuk bertindak sebagai tingkah laku

pengganti kepada tingkah laku bermasalah. Seterusnya peneguhan

berjadual harus diberikan terhadap tingkah laku yang diingini.

Ketiga, stimuli yang mempengaruhi tingkah laku bermasalah perlu

dikenalpasti dan dihapuskan serta semua jenis peneguhan yang

diberikan juga perlu ditarik balik.

Keempat, bentuk hukuman yang paling efektif dan sesuai perlu dipilih

untuk menangani tingkah laku bermasalah. Bentuk hukuman yang

dipilih mestilah boleh dilaksanakan sejurus selepas berlakunya tingkah

laku bermasalah. Bentuk hukuman tidak boleh menyamai atau

sepadan dengan sebarang jenis bentuk peneguhan.

Seterusnya, hukuman mesti dilaksanakan sejurus selepas berlaku

tingkah laku bemasalah yang ingin dikurangkan. Individu yang

memantau perlaksanaan hukuman mesti tenang dan membuat

penilaian berdasarkan fakta.

Akhir sekali pelaksana hukuman mesti mahir tentang bentuk-bentuk

peneguhan positif untuk membentuk tingkah laku yang diingini.

Page 28: Analisis pelajar

Pelaksana hukuman perlu berhati-hati supaya tidak keliru antara

bentuk hukuman dengan peneguhan. Maklumat penting tentang

pelaksanaan hukuman mesti ditulis dan direkod dengan jelas dan

disimpan dengan baik sebagai rujukan di masa hadapan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kaedah untuk mengubah tingkah

laku kanak-kanak yang kurang disenangi. Tidak dapat dinyatakan

secara tepat kaedah manakah yang paling sesuai untuk mengubah

tingkah laku mereka. Ini kerana setiap satunya mempunyai kekuatan

serta kelemahan masing-masing. Oleh itu ibu bapa atau para guru

perlu melakukan sedikit kajian untuk menentukan kaedah yang

manakah paling sesuai digunakan.

Kaedah yang dipilih tidak semestinya berjaya dilaksanakan dan

mungkin mengalami kegagalan, namun penting bagi ibu bapa dan

guru memikirkan alternatif lain. Mereka perlu kerap melakukan

perbincangan bersama agar segala permasalahan yang timbul dapat

diatasi. Peneguhan atau ganjaran yang diberikan haruslah sesuatu

yang positif, realistik serta bersesuaian dengan kanak-kanak. Selai itu,

para guru, ibu bapa mahupun kanak-kanak harus sedar tentang

matlamat modifikasi tingkah laku dan bukan hanya tertarik kepada

ganjaran semata-mata.

.

Page 29: Analisis pelajar
Page 30: Analisis pelajar

2.0 JADUAL PERKAITAN ANTARA KATEGORI, CIRI-CIRI KHUSUS DAN

CARA MENGURUS TINGKAH LAKU

JADUAL PERKAITAN

BIL. KATEGORI CIRI-CIRI PENGURUSAN TINGKAH

LAKU

1. ADHD - Hiperaktif i. Aktiviti

yang dilakukan

berlebihan

ii. Biasany

a perbuatan yang

dilakukan adalah

secara tiba-tiba tanpa

memikirkan akibatnya

iii. Gemar

merungut

iv. Berasa

gelisah

v. Tidak

boleh duduk diam

vi. Murid ini

tidak boleh berkekalan

dengan satu aktiviti

vii. Tangan,

kaki, badan sentiasa

bergerak

viii. Tindak

balas yang ditunjukkan

berlebihan terhadap

rangsangan

i. Ketika

memberi tugasan,

pastikan arahan yang

diberi adalah jelas

ii. Terangkan

objektif setiap tugasan.

iii. Panggil

nama pelajar ketika

meminta dia menjawab

atau melakukan sesuatu.

iv. Beri pujian

jika pelajar menonjolkan

sesuatu

v. Bersikap

tegas tetapi adil ketika

menguatkuasakan

undang-undang.

Page 31: Analisis pelajar

ix. Kurang

sabar

x. Tingkah

laku yang sukar

diramal

2. DISLEKSIA i. menulis

secara terbalik contoh

‘b’ menjadi ‘d’, ‘p’

menjadi q.

ii. membac

a secara terbalik

seperti ‘rat’ menjadi

‘tar, ‘now’ menjadi

‘won’

iii. agak

lambat membaca

iv. salah

dalam mengeja atau

membaca rangkaian

huruf tertentu, seperti

"left" dibaca atau

ditulis "felt", "band"

dibaca atau ditulis

"brand", "itu" ditulis

atau dibaca "uti",

"gajah" dibaca atau

ditulis "jagah".

v.

Menggunakan teknik

pengurusan tingkah laku jenis

pembentukan. Langkah yang

perlu diambilkira:

i. Jangan

terlalu cepat. Selepas

melakukan sesuatu

langkah, untuk melakukan

langkah yang baru

perlulah mengambil masa

yang sesuai sehingga

kanak-kanak tersebut

boleh menguasai

kemahiran sebelumnya

ii.

3. AUTISTIK i. Lemah daya Kita boleh melakukan

Page 32: Analisis pelajar

tumpuan

ii. Kerap

melakukan perlakuan

yang membahayakan

diri seperti menggigit

atau menghantukkan

kepala ke dinding.

iii. Tidak suka

melihat muka atau

mata orang ketika

berinteraksi

iv. Tidak dapat

membezakan sama

ada orang lain marah

atau gembira

response cost kepada pelajar,

sebagai guru kita hendaklah:

1. Murid-murid yang hendak

dirawat mestikah

diberitahu apa yang akan

dilakukan kepadanya dan

mendapat persetujuan ibu

bapa kanak-kanak

tersebut atau penjaga

hendaklah diperolehi.

2. Guru yang menggunakan

teknik-teknik ini haruslah

mengetahui dengan baik.

3. Kemajuan yang dicapai

hendaklah dicatat.

4. SINDROM DOWNi. Hidung kemek

Lidah tebal dan kerap terjelir

Tapak tangan lebar

Tapak tangan ada hanya satu lipatan

Jari kelengkeng tangan melengkung

Jarak ibu jari kaki dengan jari kedua, lebar

Leher pendek dan besar

Kelopak mata berlipat-lipat

Sendi longgar

Page 33: Analisis pelajar

Otot lembik

5. CEREBRAL PALSY

6. LEMBAM

7.

Page 34: Analisis pelajar

3.0 MENYEDIAKAN BORANG PEMERHATIAN

3.1 TUJUAN:

- memrhatikan timngkah laku yang ditunjukkan oleh murid untuk

tujuan-tujuan tertentu,

Adakah murid memang menunjukkan tingkah laku seperti yang

dilaporkan

Memberi gambaran am tentang tingkah laku murid di tempat yang

berlainan

Memberi rekod tingkah laku murid yang boleh digunakan untuk

merancang intervensi

3.2 CARA PENCATATAN

a) Naratif / Anecdotal: bermaksud pemerhati mencatat segala

aktiviti dan tindakan yang dilakukan oleh murid

seperti yang diperhatikan dalam masa yang

ditetapkan.

b) Garis panduan : pemerhati perlu mengelakkan daripada

membuat penilaian terhadap tingkah laku. Contoh: A sangat

marah dan bertindak dengan agresif.

Page 35: Analisis pelajar

Murid : Pearl Hayati

Pemerhati : Sayuti Jali

Kelas : Bahasa Melayu

Sebab diperhatikan : Selalu tidak mematuhi arahan

Masa Antecedent Tingkah Laku Consequence

10.05

10.10

10.20

10.23

PENCATATAN ANECDOTAL

Page 36: Analisis pelajar
Page 37: Analisis pelajar

BORANG PEMERHATIAN

4.0 MEMBUAT PEMERHATIAN TINGKAH LAKU

Nama pelajar : Saiful Akmal bin Shamsul Kamal

Masalah : hiperaktif

Kelas : Kelas 1

Masalah tingkah laku : Selalu bergaduh

Jadual kekerapan

Tingkah laku ini diperhatikan selama 30 minit

Page 38: Analisis pelajar

5.0TINGKAH LAKU DOMINAN

Saiful Akmal merupakan seorang murid yang mempunyai masalah hiperaktif (ADHD)

di mana amat aktif terutama selepas waktu rehat dan sebelum balik. Di dalam kelas,

Saiful merupakan murid yang mempunyai masalah bersama rakan-rakan di mana

Saiful sentiasa mengganggu rakan dengan bergaduh. Semasa pengajaran dan

pembelajaran, Saiful perlu di beri perhatian kerana beliau sentiasa mengganggu

aktiviti yang dijalankan. Samada sewaktu membuat lembaran kerja, sewaktu guru

mengajar atau menjalankan aktiviti di dalam pengajaran dan pembelajaran.

6.0MERANCANG TEKNIK PENGURUSAN TINGKAH LAKU YANG SESUAI

7.0APLIKASI TEKNIK TINGKAH LAKU DALAM P&P BAHASA MELAYU

BERDASARKAN RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU

Rancangan Pengajaran Harian (Bahasa Melayu)

Kelas : Kumpulan 1

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tarikh : 24 September 2004

Masa : 9.10 – 10.10 pagi (1 jam)

Page 39: Analisis pelajar

Tajuk : Pra Bacaan

Sub Tajuk : 1) Kumpulan A

Huruf Konsonan

: 2) Kumpulan B

Dua suku kata (KVKV)

Kemahiran : Menyebut dan mengecam

Bilangan murid : 6 orang

1. Mohd Syafiq bin Salleh

2. Mohd Syaaqir Nafarul

3. Nur Fadli Akmal Ghazali

4. Saiful Akmal Shamsul Kamal

5. Nurul Atiqah

6. Mohd Syazmier

Pengetahuan sedia ada : murid-murid telah mempelajari huruf vokal a,e,i,o,dan u

pada pelajaran yang lalu.

Hasil pembelajaran : pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

Kumpulan A

a) mengenal vokal ‘a’ dan menyebutnya dengan

betul

b) menulis huruf ‘a’ dengan betul

Kumpulan B

a) mengenal dua suku kata (KVKV)

b) menyebut dan membunyikan dua suku kata

(KVKV)

Penggabungjalinan isi

Kandungan :

Page 40: Analisis pelajar

Ilmu :

Penerapan nilai :

Resos : i. Kad huruf

ii. kad perkataan

iii. kad bergambar

iv. bahan maujud

Langkah/masa Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan/ABM

Kumpulan A Kumpulan B

Set induksi

(3 minit)

Guru dan murid menyanyikan lagu ABC yang

dipamerkan di komputer bersama-sama

Langkah 1

(18 minit)

Interaksi pengajaran

1) Guru

menunjukkan huruf

‘a’ dan menunjukkan

bentuknya. Guru

meminta murid

menulis huruf ‘a’

pada angin dengan

bimbingan guru.

2) Guru

menunjukkan kad

bergambar, kad

perkataan serta

bahan maujud yang

mempunyai huruf

awalan ‘a’. Contoh:

Murid-murid diberi

lembaran kerja.

ABM:

Kad gambar

Kad huruf

Kad perkataan

Bahan maujud

Page 41: Analisis pelajar

a) ayam

b) adik

c) ayah

3) Guru menjalankan

aktiviti mencari huruf

‘a”

a a a

a a a

a a a

a a a

a a a

Setiap murid perlu

membuka huruf ‘a’ dan

bergerak ke hadapan.

Sekiranya tidak

mendapat huruf ‘a’

mereka tidak dapat

bergerak ke hadapan.

Murid yang pertama

sampai dulu ke hadapan

akan diberi ganjaran.

Sekiranya Saiful

Akmal tidak

berebut dengan

rakan, guru

akan memberi

stiker.

Langkah 2

(18 minit)

Guru memberikan

lembaran kerja yang

berkaitan

i) Guru menunjukkan

kad gambar bersama

dengan kad cantum

KVKV. Guru menyebut

bunyinya dan murid

Page 42: Analisis pelajar

bi

dikehendaki

menyambung menjadi

perkataan.

bola

ii) Guru menjalankan

aktiviti mencantum

kad-kad yang

disediakan di papan

putih. Guru menampal

gambar dan suku kata

awalan atau akhir dan

meminta murid

menyambung menjadi

perkataan

iii) Guru mencantum

suku kata KVKV

menjadi satu ayat.

Contoh:

bola

bola bala

bola bala biru

Langkah 3

(18 minit)

Aktiviti pengukuhan

Guru menjalankan aktiviti

bermain dat

Permainan

Guru menjalankan

aktiviti boling

bi

bo la

ba

Page 43: Analisis pelajar

Pada papan dat terdapat

beberapa arahan seperti

mencari huruf ‘a’ di

dalam kad huruf, mencari

gambar berawalan huruf

‘a’ dan banyak lagi.

Setiap pin yang jatuh,

murid perlu menyebut

suku kata yang

dilekatkan dan

padankan dengan

suku kata yang sesuai

untuk menjadi

perkataan.

Penutup

(3 minit)

Guru memberikan markah kepada murid yang

telah menyelesaikan semua arahan yang diberikan

di dalam aktiviti permainan.

8.0RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU

9.0KEBERKESANAN