faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

Upload: antukecik09

Post on 10-Feb-2018

2.397 views

Category:

Documents


94 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    1/47

    4

    FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PENGLIBATAN PELAJAR DALAM

    KEGIATAN KOKURIKULUM SUKAN DI KALANGAN PELAJARSEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DAERAH SEREMBAN

    MOHD JAFLUS BAHARI

    Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan

    Maktab Perguruan Islam

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk meninjau faktor-faktor yang menghalangpenglibatan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sekolah Menengah

    Kebangsaan Daerah Seremban. Kajian ini ingin melihat faktor menghalang

    dari segi faktor struktur, faktor interpersonal dan interpersonal pelajar. Datakajian yang dikumpul diproses dengan menggunakan program SPSS versi

    11.5. Statastik deskriptif iaitu frekuansi, peratusan dan min telah digunakan

    untuk menjelaskan profil responden dan menjawab persoalan kajian.Sementara itu, stastik inferansi dan ujian t digunakan bagi melihat

    perbezaan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur, interpersonal dan

    intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian-t digunakan. Bagi melihat perbezaan di antara faktor penghalang faktor

    struktur, interpersonal dan intrapersonal penglibatan dalam kegiatan

    kokurikulum dengan jantinaujian t telah digunakan. Ujian Anova sehala pula

    digunakan bagi melihat perbezaan faktor penghalang iaitu faktor struktur,interpersonal dan intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan

    kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.

    Seramai 160 responden yang terdiri daripada pelajar Sekolah MenengahKebangsaan Seremban telah dipilih secara rawak. Secara umumnya didapati

    faktor struktur merupakan faktor utama yang menjadi faktor penghalang

    dalam penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sukan. Kajian jugamendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor

    struktur, interpersonal dan intrapersonal dengan jantina. Manakala terdapat

    perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang interpersonal danintra

    personal dengan bangsa. Kajian berbentuk tinjauan ini menggunakan set soalselidik bagi mengumpulkan data.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    2/47

    5

    PENGENALAN

    Kokurikulum di sekolah telah menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan di Malaysia

    ketika ini. Ianya telah menjadi satu kegiatan yang diwajibkan kepada setiap pelajar di semua

    sekolah menengah dan sekolah rendah. Aktiviti kokurikulum dianggap penting sebagai alat

    untuk memenuhi hasrat unggul dasar pendidikan kebangsaan, iaitu perpaduan di kalangan

    pelajar-pelajar yang terdiri dari berbilang kaum. Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) telah

    menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan supaya mengambil bahagian yang

    lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Setiap pelajar perlu menyertai satu badan beruniform,

    satu sukan atau permainan dan satu kelab atau persatuan di sekolah.

    Antara tujuan aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah ialah untuk memberi

    pengalaman kepada pelajar-pelajar yang akan membantu mereka dalam mencapai kehidupan

    yang sempurna. Menurut Falsafah Pendidikan Negara dalam usaha melahirkan pelajar-

    pelajar yang seimbang dalam aspek rohani, jasmani dan intelek, kokurikulum dapat

    menyumbang untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari semua segi tersebut. Menurut

    Mohd Sofian, Aminuddin & Borhan (2002) kokurikulum merupakan suatu pelengkap

    kepada kehendak dan keperluan kurikulum di mana ia menyediakan pelbagai peluang kepada

    pelajar untuk menambah, mengukur dan mengamalkan kemahiran, pengetahuan dan nilai-

    nilai yang telah dipelajari semasa pembelajaran di bilik darjah.

    Kajian ini akan melihat sejauh manakah faktor-faktor yang menghalang dan

    mempengaruhi penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum. Selaras dengan dasar

    Kementerian Pendidikan yang memberi penekanan kepada pelajar-pelajar terutama mereka

    yang ingin melanjutkan pelajaran ke universiti. Akademik akan diberi keutamaan dan ianya

    selaras dengan sistem meritrokrasi bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam. Di

    dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji kegiatan kokurikulum dan faktor yang

    menghalang penglibatan pelajar untuk menyertainya. Menurut Crawford dan Godbey (1987)

    terdapat tiga faktor yang menghalang penglibatan iaitu :

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    3/47

    6

    1) Faktor struktur ialah faktor-faktor seperti kekurangan kemudahan,peralatan, masa, wang dan maklumat.

    2) Faktor interpersonal ialah faktor-faktor yang melibatkan interaksi atauhubungan antara individu seperti kesulitan mencari pasangan yang sesuai

    untuk bermain dalam sukan badminton.

    3) Faktor intrapersonal ialah faktor melibatkan keadaan psikologi individuyang bertindak menghalang penglibatan aktiviti bersukan. Ini termasuklah

    tekanan, kebimbangan, budaya, sikap, keagamaan, serta kemampuan dan

    kemahiran diri yang dimiliki.

    Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti-aktiviti yang melibatkan kegiatan sukan,

    persatuan/kelab yang berkaitan dengan matapelajaran dan kebudayaan, dan pasukan badan

    beruniform. Kegiatan sukan yang dimaksudkan seperti bola sepak, ragbi, renang, bola

    tampar, memanah, tenpin boling, golf dan sebagainya. Kegiatan kelab/persatuan ialah Kelab

    Usahawan, Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Persatuan Sains dan Matematik, Persatuan

    Bahasa Cina dan sebagainya. Badan Beruniform pula ialah Kadet Tentera, Kadet Bomba,

    Kadet Polis, Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya..

    Dalam kajian ini pengkaji akan memberikan penekanan kepada kokurikulum yang

    melibatkan kegiatan sukan. Model konsep yang digunakan oleh Crawford dan Godbey

    (1997) digunakan untuk menjelaskan mengapakah pelajar-pelajar kurang melibatkan diri

    dalam aktiviti kokurikulum khususnya dalam aktiviti sukan.

    Oleh yang demikian kajian ini dijalankan kerana tiada lagi penyelidik yang membuat

    kajian ke atas pelajar-pelajar yang berkaitan dengan penglibatan mereka dalam kokurikulum

    khususnya aktiviti sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Seremban.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    4/47

    7

    PERNYATAAN MASALAH

    Dalam kajian ini pemasalahan yang hendak ditimbulkan ialah mengenalpasti faktor utama

    sebab-sebab yang diberikan oleh pelajar untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan

    kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Seremban.

    Kajian ini akan menyentuh tentang masalah yang melibatkan kurangnya penglibatan

    pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan. Ramai pelajar beranggapan kegiatan

    kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai

    sebagaimana kegiatan yang melibatkan akademik. Halangan penglibatan pelajar dalam

    kegiatan kokurikulum dibebankan lagi dengan pengendalian program- program yang tidak

    sempurna. Sebagai contoh terdapat aktiviti pada hari kokurikulum hanya dikendalikan oleh

    kumpulan pelajar yang sememangnya kurang berpengalaman tanpa pemantauan dari guru

    terlibat. Kesannya pelajar sekolah tidak berminat untuk melibatkan diri. Menurut Adnan

    (1990) walaupun sumbangan kokurikulum kepada pendidikan diakui, tetapi konsepnya masih

    kurang difahami hingga ada yang masih lagi menganggap bahawa kokurikulum sebagai

    kegiatan luar. Oleh itu, tidak menghairankan jika programnya dilaksanakan secara sambil

    lewa sahaja dan aktiviti dijalankan secara tergesa-gesa dan tidak diberi keutamaan seperti

    matapelajaran akademik.

    Dapatan Adnan (1990) disokong oleh Abu Bakar (1999). Dapatan kajian beliau

    menyatakan antara alasan guru tidak bergiat dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru

    merasakan kokurikulum membuang masa pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, dan terlalu

    banyak tanggungjawab. Kedapatan juga guru yang mengendalikan kegiatan kokurikulum

    kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

    Perlaksanaan kokurikulum di sekolah tidak begitu mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh

    sokongan daripada pelbagai pihak terutamanya guru hingga mengakibatkan pelajar kurang

    berminat untuk mengambil bahagian. Kenyataan ini disokong oleh Laporan Kabinet (1979)

    yang telah membuat kajian untuk melihat pelaksanaan dasar pelajar meyakini bahawa

    kecenderungan guru terhadap sesetengah aktiviti kokurikulum seperti pergerakan beruniform

    dan beberapa jenis aktiviti sukan adalah tidak memberangsangkan.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    5/47

    8

    Sementara itu, menurut Ahmad Badawi (1984), dewasa ini pelajar terlalu

    mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian daripada

    pembelajaran tidak mendapat perhatian. Mereka tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan

    kokurikulum. Kajian beliau disokong oleh Lim Yen Yen (1991) yang mendapati faktor

    utama kurangnya penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti sukan

    kerana mereka tidak mempunyai semangat kesukanan. Mereka juga menganggap sukan

    kurang penting dan lebih menganggap pelajaran atau hiburan adalah lebih penting untuk

    menjamin masa depan yang lebih cemerlang. Kebanyakan pelajar tidak berminat menyertai

    kegiatan kokurikulum khususnya aktiviti sukan kerana tiada wujud kepuasan disebabkan

    kurangnya kemudahan sukan, peralatan sukan dan sebagainya. Selain daripada itu, terdapat

    beberapa faktor lain antaranya seperti yang dinyatakan oleh Mohd Suzli (1987) dalam

    kajiannya. Kajian beliau mendapati sekolah yang dikaji menghadapi masalah kewangan yang

    tidak mencukupi dan sistem penjadualan yang tidak teratur dan sistematik.

    Penyertaan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dimestikan kepada pelajar lelaki dan

    pelajar perempuan di semua sekolah. Ini memberi peluang kepada pelajar tersebut untuk

    melibatkan diri dan menimba pengetahuan melalui kegiatan kokurikulum. Walau

    bagaimanapun pelbagai faktor boleh menghalang penglibatan kegiatan kokurikulum pelajar

    lelaki dan perempuan terutamanya sukan. Kenyataan ini disokong oleh kajian yang dilakukan

    oleh Mohd Suzli (1997) menyatakan pelajar tidak melibatkan diri kerana mereka terpaksa

    menolong ibu bapa mereka di rumah. Oleh itu kajian ini juga bertujuan melihat adakah

    terdapat perbezaan antara faktor penghalang penglibatan yang diberikan oleh mereka ini

    berdasarkan jantina.

    Pelajar-pelajar di sekolah menengah terdiri daripada pelbagai bangsa. Pelajar-pelajar

    ini terdiri daripada bangsa Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pelajar-pelajar ini datang

    dari kawasan-kawasan penempatan yang berlainan. Ada yang tinggal di bandar Seremban, di

    taman-taman perumahan sekitar Seremban dan di kawasan luar bandar. Mereka ini

    menganut agama Islam, Buddha, Hindu dan sebagainya. Kebanyakan mereka ini mempunyai

    alasan dan sebab tersendiri menghalang mereka melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum

    sukan. Pengkaji mendapati belum ada kajian mengenal pasti faktor-faktor penghalang

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    6/47

    9

    penglibatan pelajar ini dalam kegiatan kokurikulum sukan di lakukan oleh penyelidik

    terdahulu. Oleh itu kajian untuk mengenalpasti faktor utama yang menghalang penglibatan

    kokurikulum pelajar-pelajar dari pelbagai bangsa perlu dilakukan.

    Pelbagai perancangan telah dilakukan samada dari pihak Kementerian Pelajaran

    melalui Jabatan Pelajaran Negeri di bawah Unit Kokurikulum telah menyediakan peruntukan

    untuk memastikan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah dijalankan menurut kehendak

    dan Falsafah Pendidikan Negara. Tujuan peruntukan diberikan untuk menjamin peralatan dan

    kemudahan disediakan untuk pelajar menjalankan kegiatan mereka. Ramai di kalangan guru

    dihantar berkursus untuk mempertingkatkan ilmu dan mampu memberi tunjuk ajar kepada

    pelajar di sekolah mereka. Tetapi agak malang dewasa ini ramai di kalangan pelajar yang

    tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum dijalankan. Oleh itu kajian ini perlu dilakukan

    untuk mengenal pasti masalah utama pelajar tidak hadir semasa kegiatan kokurikulum.

    OBJEKTIF KAJIAN

    Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :

    1. Melihat apakah faktor utama yang menghalang penglibatan pelajar dalam aktivitikokurikulum khususnya sukan.

    2. Melihat perbezaan faktor penghalang yang diberikan pelajar mengikut pelajar lelakidan pelajar perempuan.

    3. Melihat faktor-faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulumdengan pelbagai bangsa.

    PERSOALAN KAJIAN

    Persoalan kajian dalam penyelidikan ini adalah untuk mengetahui:

    1. Apakah faktor-faktor yang menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalamkegiatan kokurikulum?

    2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktorstruktur penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    7/47

    10

    3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktorinterpersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?

    4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktorintrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina?

    5. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktorstruktur penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai

    bangsa?

    6. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktorinterpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai

    bangsa?

    7. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktorintrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai

    bangsa?

    8. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang secarakeseluruhan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai

    bangsa?

    KEPENTINGAN KAJIAN.

    Kajian ini dilakukan oleh penyelidik untuk membantu guru, Pengetua Sekolah, Jawatankuasa

    Kerja Sekolah, Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Peringkat Daerah dan Negeri, dan agensi

    yang berkaitan dalam merancang program kokurikulum di sekolah. Kajian ini juga bertujuan

    untuk membantu mempertingkatkan lagi penyertaan pelajar dan kualiti program kokurikulum

    di sekolah agar lebih teratur dan efisen. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu

    mengalakkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum seterusnya masyarakat akan

    lebih perihatin terhadap kepentingan kokurikulum demi masa depan pelajar.

    DEFINISI ISTILAH

    Definisi pemboleh ubah kajian memfokuskan perbincangan kepada beberapa tinjauan yang

    berkaitan dengan faktor-faktor yang menghalang dan penglibatan dalam kokurikulum.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    8/47

    11

    1. Faktor-faktor Menghalang

    Faktor menghalang termasuk program yang dirancang, terlampau ramai orang yang

    menggunakan kemudahan atau lokasi kemudahan yang tidak sesuai. Seterusnya

    menggunakan model yang telah dikonsepsualisasikan oleh Crawford dan Godbey (1987)

    untuk mengenal pasti masalah-masalah yang menghalang guru pelatih ini melibatkan diri di

    dalam aktiviti bersukan. McGuire (1984) telah mendefinisikan faktor-faktor penghalang ini

    sebagai masalah yang menghalang penglibatan di dalam aktiviti bersukan dan juga

    penggunaan kemudahan aktiviti bersukan oleh individu. Menurutnya lagi masalah-masalah

    ini akan membataskan frekuensi atau kekerapan penglibatan dan penggunaan kemudahan

    aktiviti bersukan individu. Halangan ini termasuklah ciri-ciri kemudahan atau program

    aktiviti bersukan seperti kesesakan penggunaan dan kedudukan yang tidak strategik yang

    menyebabkan kemudahan tidak dapat digunakan dan program tidak dapat diikuti. Menurut

    Crawford dan Godbey (1987) , terdapat tiga halangan besar mengapa seseorang itu kurang

    berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan seumpama ini ialah 1) struktur 2)

    interpersonal dan 3) intrapersonal.

    2. Kegiatan Kokurikulum

    Kegiatan kokurikulum dianggap sangat berkesan untuk memupuk keseimbangan

    perkembangan mental dan perkembangan rohani, jasmani dan sosial pelajar. Aktiviti-aktiviti

    kokurikulum memberi arah dan hala tuju kepada pelajar supaya menceburkan diri dalam

    kegiatan yang berfaedah. Berikutan penceburan dalam kegiatan ini, diharapkan dengan

    kemahiran-kemahiran yang dipelajari melalui aktiviti-aktiviti tersebut boleh memupuk gaya

    hidup (life style) yang sihat. Kegiatan kokurikulum juga dapat mengukuhkan interaksi antara

    pelajar dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum di samping memupuk sifat kesopanan,

    berdikari, kerajinan bekerja, berdisiplin dan patuh kepada undang-undang yang boleh

    membentuk pelajar supaya menjadi warganegara yang berguna (Wee Eng Hoe, 1996).

    Aktiviti sukan yang melibatkan permainan dan melibatkan penyertaan sebagai dalam satu

    pasukan, atau dua peserta iaitu sukan berpasukan atau aktiviti sukan perseorangan atau sukan

    individu. Sukan juga bermakna keseronokan (Janet B. Parks, 1990). Sukan juga

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    9/47

    12

    didefinisikan dalam beberapa makna. Sementara itu, Snyder & Spreitzer (1989)

    mendefinisikan sukan sebagai aktiviti persaingan fizikal manusia yang dikawal oleh undang-

    undang permainan atau acara tersebut.

    TINJAUAN KEPUSTAKAAN

    1. Kajian kepentingan kokurikulum

    Menurut kajian yang dilakukan oleh Mashitah (1995) bertujuan untuk memperlihatkan bukti

    sumbangan yang diperolehi apabila bergiat dalam kegiatan kokurikulum khususnya kepada

    pembentukan diri pelajar sebagai pemimpin. Objektif kajian: Tiga objektif khusus kajian ini

    iaitu 1) Melihat perbezaan yang wujud dalam tahap penglibatan pelajar-pelajar menengah

    atas Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah Darul Aman dalam kegiatan

    kokurikulum; 2) Melihat perbezaan yang wujud dalam daya kepimpinan yang ada pada

    pelajar-pelajar tersebut, dan 3) Menganalisa bentuk perhubungan yang wujud di antara tahap

    penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan daya kepimpinan pelajar. Dalam kajian ini

    200 pelajar dipilih sebagai responden mewakili populasi. Hasil kajian mendapati bahawa

    terdapat perbezaan dalam tahap penglibatan pelajar bagi kategori sangat aktif dan aktif. Hasil

    kajian juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan dalam daya kepimpinan bagi kedua-dua

    kumpulan pelajar tersebut. Terbukti juga bahawa wujud perhubungan yang positif di antara

    tahap penglibatan pelajar dengan daya kepimpinan pelajar. Oleh itu dapatan kajian telah

    menolak hipotesis null dan boleh menerima hipotesis alternatif. Justeru itu penglibatan

    pelajar yang sangat aktif dalam kegiatan kokurikulum sememangnya dapat memupuk dan

    membina daya kepimpinan seseorang pelajar.

    Menurut kajian oleh Mohd Lotpi (1997) mendapati ramai yang beranggapan aktiviti

    kokurikulum mampu membentuk peribadi positif pelajar. Namun begitu, tidak ramai individu

    yang tampil untuk benar-benar membuktikan keadaan ini. Oleh itu, kajian ini dibuat

    bertujuan untuk memperlihatkan kesan aktiviti kokurikulum ke atas peribadi pelajar. Antara

    objektif kajian ini dibuat adalah untuk melihat perbezaan yang wujud dalam tahap

    penglibatan pelajar tingkatan 4 di empat buah sekolah menengah di daerah Larut, Matang

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    10/47

    13

    dan Selama, Perak dalam aktiviti kokurikulum. Di samping itu juga, kajian ini dibuat bagi

    melihat perbezaan yang wujud dalam peribadi pelajar kumpulan tidak aktif, kumpulan sangat

    aktif dan kumpulan aktif. Akhir sekali kajian ini dibuat adalah untuk menganalisis bentuk

    perhubungan yang wujud di antara tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan

    peribadi pelajar. Seramai 200 orang pelajar dipilih sebagai subjek mewakili populasi. Hasil

    kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan dalam tahap penglibatan pelajar bagi

    kategori sangat aktif dan aktif. Hasil kajian juga membuktikan bahawa terdapat perbezaan

    peribadi pelajar kumpulan tidak aktif dengan pelajar kumpulan sangat aktif dan aktif.

    Terbukti juga wujud perhubungan di antara tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum

    dengan peribadi pelajar. Dengan itu dapatan kajian telah menolak hipotesis null dan

    menerima hipotesis alternatif. Sebagai kesimpulannya, sememangnya aktiviti kokurikulum

    memberi kesan yang positif ke atas peribadi pelajar.

    Menurut kajian yang di lakukan oleh Mohd Zuki (1994) untuk meneliti sumbangan

    GERKO ke atas pembentukan personaliti pelajar. Kemudiannya, aktiviti tersebut akan dilihat

    dan dinilai menurut perspektif Islam. Kajian ini mendapati bahawa GERKO telah mendapat

    tempat dan perhatian yang sewajarnya di dalam sistem pendidikan di Malaysia dan juga di

    Sekolah Menengah Dato Undang Abdul Manap. Keadaan ini memang sudah dijangkakan

    kerana aktiviti tersebut ternyata mempunyai signifikannya yang tersendiri di dalam

    memperkembangkan potensi pelajar secara menyeluruh, baik dari segi intelek, rohani, emosi

    atau jasmani. Dapatan kajian ini menunjukkan kebanyakan pelajar bersetuju bahawa GERKO

    memberikan sumbangan dan faedah kepada pembentukan personaliti mereka. Kenyataan ini

    dibuat berdasarkan kepada analisa yang dibuat ke atas sejumlah item yang telah

    dikemukakan kepada mereka. Daripada 10 item yang dikemukakan, 7 daripadanya mencatat

    peratusan bersetuju yang melebihi 70 peratus dan hanya 3 sahaja yang kurang daripada 70

    peratus. Tiada perbezaan yang ketara antara pelajar PAT, PAS dan PAR dari segi faedah

    yang diperolehi oleh mereka melalui penyertaan mereka dalam GERKO. Begitu juga tidak

    ada jurang yang ketara antara pelajar yang aktif, sederhana aktif dan kurang aktif.

    Kebanyakan mereka juga bersetuju bahawa GERKO telah memberi kesan ke atas

    pembentukan personaliti mereka. Melalui penilaian yang dibuat menurut perspektif Islam

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    11/47

    14

    pula, didapati bahawa GERKO mempunyai banyak keserasian dan persamaan dengan prinsip

    dan gagasan Islam.

    Menurut Adnan Khamis (1989) dalam kajiannya menyatakan bahawa penglibatan

    pelajar dalam kegiatan kokurikulum pada amnya dapat membantu mencapai objektif yang

    dikehendaki oleh sistem pendidikan hari ini bagi menghasilkan pelajar yang cergas,

    seimbang dan harmoni dari segala segi. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti tersebut dapat

    menunjukkan sikap positif, semangat juang yang tinggi dan masih berupaya melangkaui

    halangan-halangan akademik. Bagaimanapun menurut beliau bahawa masih terdapat

    halangan-halangan dan masalah yang timbul dalam konteks pelaksanaan tanggungjawab

    terhadap aktiviti tersebut, sama ada di pihak guru mahupun pelajar. Ini kerana terdapat

    sesetengah guru mahupun pelajar dan ada kalangan pihak ibu bapa sendiri yang masih

    menganggap kegiatan kokurikulum sebagai membuang masa, menambah perbelanjaan

    keluarga dan yang paling menyedihkan menganggap kegiatan tersebut tidak penting.

    Hamidah, (1999) juga telah mendapati kokurikulum adalah kegiatan di luar bilik

    darjah yang mempunyai hubungan dengan mata pelajaran kurikulum. Kegiatan kokurikulum

    yang dimaksudkan ialah aktiviti-aktiviti kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan

    permainan. Penglibatan pelajar khususnya pelajar Islam dalam kokurikulum dapat melatih

    mereka supaya bersifat bertanggungjawab, berdikari, berdisiplin serta mahir di dalam sesuatu

    lapangan yang mereka sertai. Penglibatan pelajar Islam dalam kegiatan kokurikulum suatu

    masa dahulu kurang terserlah kerana di kalangan ibubapa menganggap penglibatan anak-

    anak mereka dalam kokurikulum menjejaskan pencapaian akademik. Tambahan pula guru-

    guru yang berkebolehan dalam mengendalikan aktiviti kokurikulum sangat sedikit

    bilangannya.

    2. Kajian mengenai perlaksanaan kokurikulum

    Menurut Mat Aris (1994) kegiatan kokurikulum sukan di sekolah merupakan aktiviti-aktiviti

    yang telah dijalankan dengan harapan, agar dapat mewujudkan insan yang seimbang dan

    harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Akan tetapi, sekolah menengah

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    12/47

    15

    vokasional adalah sekolah yang lebih cenderung kepada bidang praktikal/amali dan teknikal

    jika dibandingkan dengan sekolah akademik biasa. Sehubungan dengan itu, kegiatan

    kokurikulum didapati tidak dijalankan dengan sempurna. Hasil dapatan kajian ini, melibatkan

    pelajar dan guru sebagai responden, sebanyak 160 set soalselidik diedarkan kepada pelajar

    tingkatan empat dan 60 set kepada guru-guru yang mengendalikan kegiatan aktiviti sukan di

    sekolah tersebut. Pada keseluruhannya, pelajar-pelajar dan guru-guru yang terlibat dalam

    kegiatan sukan di sekolah ini masih belum lagi dianggap memuaskan berdasarkan beberapa

    faktor luaran seperti masa, kemudahan `region', kos, perbelanjaan tanggungan keluarga,

    respon ibubapa, pelajar, guru, insentif dan pentadbiran yang menjadi penghalang.

    Kajian Kamariah (1986) telah memberi tumpuan kepada sebuah sekolah menengah di

    kawasan luar bandar. Kajian meliputi segala aspek yang berkaitan dengan pelaksanaan gerak

    kerja termasuk sikap guru, pelajar, ibu bapa, pentadbir sekolah dan masyarakat sekeliling.

    Setelah dilakukan penganalisaan terhadap segala masalah yang timbul, beberapa cadangan

    dapat dikemukan bagi mencapai matlamat penubuhan gerak kerja kokurikulum di sekolah. Di

    antara beberapa strategi pelaksanaan yang diingini dapatlah disarankan seperti berikut: 1)

    mengimbangkan gerak kerja kokurikulum dengan kurikulum 2) mempelbagaikan jenis kelab

    atau persatuan yang ada 3)melibatkan pelajar dari semua kaum 4) melibatkan pelajar atau

    pihak sekolah dengan gerak kerja khidmat masyarakat 5) melibatkan Jawatankuasa

    Bimbingan Pelajar Sekolah, guru-guru dan pelajar dalam perancangan dan pelaksanaan gerak

    kerja kokurikulum.

    Faktor-faktor mendorong kurangnya penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum

    ialah penyertaan guru-guru semasa mengendalikan kegiatan tersebut. Menurut Abu Bakar

    (1991) menyatakan bahawa penyertaan guru adalah sangat penting. Peranan serta penyertaan

    guru diperlukan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan gerak kerja kokurikulum

    sekolah-sekolah. Ini akan mengalakkan pelajarnya hadir dan melibatkan diri dalam kegiatan

    kokurikulum.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    13/47

    16

    Menurut Adnan (1988), dewasa ini gejala sosial yang semakin hari semakin parah

    melanda remaja hari ini, maka pihak yang bertanggungjawab terhadap perlaksanaan program

    melibatkan kokurikulum bertanggungjawab terhadap perlaksanaan program tersebut perlu

    lebih perihatin dan berpandangan lebih agresit supaya aktiviti kokurikulum dapat memenuhi

    keperluan masa senggang pelajar akan mencapai objektif dan memberi keberkesanan yang

    paling maksimum untuk mengatasi kepincangan moral remaja masa kini.

    Dalam satu tinjauan yang dilakukan oleh Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian

    Pelajaran Malaysia mendapati perlaksanaan kokurikulum di sekolah boleh dikatakan tidak

    mengalakkan atau tidak mendapat sepenuh sokongan daripada pelajar dan guru. Kadangkala

    terdapat guru yang malas untuk melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum bersama

    pelajar apatah lagi untuk merancang program-progam yang berfaedah. Pendapat ini disokong

    oleh Abu Bakar (1991), di mana beliau menyatakan antara alasan guru untuk tidak bergiat

    dalam aktiviti kokurikulum ialah apabila guru merasakan kokurikulum membuang masa

    pelajar, guru tinggal jauh dari sekolah, terlalu banyak tanggungjawab yang dikendalikan oleh

    mereka dan ada juga guru yang merasakan mereka kurang berpengetahuan dan berkemahiran

    dalam bidang yang ditugaskan.Yusof (1983) pernah mengkaji seramai 50 pelajar di tiga buah

    sekolah di Slim River, Perak melihat perkaitan antara penglibatan pelajar dalam kegiatan

    kokurikulum dan prestasi akademik. Ternyata bahawa penglibatan mereka dalam

    kokurikulum tidak menjejaskan prestasi akademik malah mereka mendapat keputusan yang

    lebih baik. Dengan bijak membuat pembahagian masa antara kokurikulum dengan

    kurikulum, mereka berjaya mengimbangi kedua-duanya dalam masa yang sama.

    Menurut Snyder (dipetik dalam Phillip, 1993), penglibatan pelajar dalam kegiatan

    kokurikulum adalah satu cara untuk mobiliti sosial sama ada secara langsung atau tidak

    langsung melalui penanaman kualiti, pencapaian kepuasan, disiplin kendiri dan kepimpinan.

    Menurut Coleman (dipetik dalam Phillip, 1993) pula mendapati bahawa pelajar lebih

    mementingkan kokurikulum daripada akademik dalam konteks pencapaian kepuasan, disiplin

    kendiri dan kepimpinan berbanding kurikulum. Menurut Ahmad Badawi (1984) pelajar

    terlalu mementingkan peperiksaan hinggakan kegiatan kokurikulum yang juga sebahagian

    daripada pembelajaran tidak mendapat perhatian sewajar di kalangan mereka. Sehubungan

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    14/47

    17

    itu, kegiatan kokurikulum di sekolah akan diberi pengiktirafan penting dalam menilai

    pencapaian seseorang pelajar apabila dimasukkan ke dalam sijil peperiksaan persekolahan

    mereka. Pendapat ini disokong oleh Lim Yen Yun (1991) menyatakan kegiatan bersukan

    banyak membawa manafaat namun kurang diberi perhatian oleh para remaja. Antara faktor

    utama ialah mereka tidak mempunyai semangat kesukanan dan lebih menganggap pelajaran

    atau hiburan adalah lebih mustahak. Akibatnya ramai pelajar yang mendapat keputusan

    cemerlang tetapi tidak mempunyai kecergasan fizikal dan kemahiran untuk bersosial.

    Satu kajian telah dilakukan oleh Zainun dan Aini (1993) mengenai penglibatan

    pelajar tingkatan empat dalam aktiviti rekreasi. Kajian dilakukan ke atas 440 pelajar

    dibeberapa buah sekolah mengenai penggunaan masa lapang mereka. Didapati pelajar-pelajar

    memang mempunyai banyak masa lapang tetapi tidak digunakan untuk aktiviti-aktiviti yang

    memanfaatkan mereka dan masyarakat.

    Azizah (1990) dalam kajiannya telah mengenalpasti masalah-masalah dalam

    perlaksanaan aktiviti kokurikulum di tiga buah sekolah di daerah Gombak. Sampel kajian

    yang terdiri daripada tiga orang guru besar, 80 orang guru dan 270 orang pelajar dengan

    menggunakan perbincangan, temubual dan soal selidik untuk melihat kekerapan dan chi

    square. Dapatan kajian menunjukkan masalah yang menghalang penglibatan pelajar dalam

    kegiatan kokurikulum ialah masalah kewangan, kemudahan dan peralatan. Kajian mendapati

    pelajar tidak menghadapi masalah penjadualan kerana penjadualan dibuat mengikut

    ketetapan Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Selangor. Masalah yang dihadapi ialah

    seperti guru menjalankan kegiatan tetapi tidak berminat dan tidak ada kemahiran dan juga

    tidak mendapat latihan dalam kegiatan kokurikulum yang dijalankannya. Pelajar-pelajar juga

    tidak ramai bergiat dalam kegiatan badan beruniform. Jika pelajar melibatkan diri secara

    aktif dalam kegiatan, ianya hanyalah didorong oleh diri sendiri, rakan-rakan dan ibu bapa.

    Alasan yang diberikan oleh pelajar, guru hanya memberi perhatian kepada pelajar-pelajar

    yang berkebolehan sahaja dan terpaksa menolong ibu bapa di rumah pada waktu petang.

    Satu lagi kajian yang dilakukan di Johor oleh Mohammad Haris (1999) tujuan untuk

    menilai keberkesanan perlaksanaan kokurikulum di Sekolah Menengah Rancangan Felda

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    15/47

    18

    Daerah Kota Tinggi. Antara tujuan kajian ialah melihat faktor yang melibatkan pengurusan,

    persekitaran dan komitmen diuji dalam kajian ini. Hasil daripada kajiannya, didapati aspek

    yang disenaraikan memberi kesan yang berbeza. Faktor persekitaran dan dalaman (intrinsik)

    telah membantu meningkatkan perlaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Kejayaan

    program memerlukan pengurusan yang teliti, khusus dan terancang. Kekurangan peruntukan

    menjadi faktor pokok yang perlu diberi perhatian kerana ianya mempengaruhi aspek

    pengurusan dan kemungkinan mengakibatkan komitmen sederhana. Sekolah perlu menyelia

    dan menguatkuasakan peraturan untuk meningkatkan disiplin, sikap dan tanggungjawab.

    Kajian oleh Zainal (1999) ke atas 72 orang guru untuk menilai persepsi guru-guru

    terhadap perlaksanaan dan penyeliaan kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah menengah di

    Negeri Sembilan. Semenjak kokurikulum diwajibkan perlaksanaannya, beban tugas guru

    bertambah rencam dan terasa membebankan. Kajian mendapati faktor utama menghalang

    perlaksanaan kokurikulum dengan berkesan hingga boleh mempengaruhi penglibatan pelajar

    ialah guru kurang berpengalaman dan kurang kursus diadakan untuk guru. Semasa

    pelaksanaan, penyeliaan kurang daripada pihak pentadbiran dengan keadaan diburukkan lagi

    jika seseorang guru itu aktif, ia kurang menerima penghargaan dari pihak sekolah.

    Menurut Mohamad Nor (1990) satu kajian untuk melihat pandangan para pelajar dan

    ibu bapa terhadap gerak kerja kokurikulum di sekolah menengah. Subjek kajian terdiri dari

    110 orang pelajar tingkatan IV dari dua buah sekolah di negeri Selangor Darul Ehsan, sebuah

    di Petaling Jaya dan sebuah lagi dari daerah Dengkil. Kajian ini mendapati lebih tinggi

    anggapan gerak kerja kokurikulum boleh mengganggu pelajar daripada ibu bapa di bandar

    dan golongan ibu bapa yang bertaraf sosio ekonomi tinggi yang berpendapat demikian.

    Mereka lebih mementingkan kecemerlangan akademik daripada kecemerlangan dalam gerak

    kerja kokurikulum. Bagaimanapun sebahagian besar daripada mereka mengakui bahawa

    gerak kerja kokurikulum memberi faedah sebagai latihan kepimpinan dan perkembangan

    kognitif amnya. Sebaliknya pula lebih tinggi peratusan pelajar berpencapaian sederhana

    mengganggap gerak kerja kokurikulum tidak mengganggu pelajaran dan mereka

    mengganggap kokurikulum boleh memberi faedah dari segi perkembangan moral atau sosial.

    Lebih tinggi juga peratusan ibu bapa luar bandar dan sosio ekonomi rendah menganggap

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    16/47

    19

    kokurikulum tidak mengganggu pelajaran tetapi sebahagian besar daripada mereka

    mendapati sukar untuk membiayai secukupnya penglibatan anak-anak mereka dalam gerak

    kerja kokurikulum. Kajian ini juga mendapati masalah kekurangan masa merupakan

    penghalang utama yang dihadapi oleh semua golongan ibu bapa sama ada di bandar, sosio

    ekonomi tinggi mahupun sosio ekonomi rendah untuk menyokong terutama untuk turut serta

    dalam beberapa aktiviti kokurikulum di sekolah menengah. Walau bagaimanapun keempat-

    empat golongan ibu bapa ini tidak menghalang penyertaan anak-anak mereka dalam gerak

    kerja kokurikulum.

    Siti Hajar (2000) telah membuat penyelidikan untuk mengenalpasti amalan

    pengurusan kokurikulum yang berkesan yang dipraktikkan di sekolah menengah dan melihat

    corak penglibatan ahli jawatankuasa kokurikulum dan murid dalam perlaksanaan

    kokurikulum sekolah. Responden yang terlibat sebagai sampel berjumlah 285 orang guru dari

    15 buah sekolah menengah di daerah Kerian. Dapatan yang diperolehi ialah aspek

    pengurusan yang diwakili oleh fungsi merancang, menyusun, memimpin dan mengawal

    berada di tahap sederhana. Sistem pengurusan didapati mempunyai hubungan terhadap

    pencapaian dalam kokurikulum. Beberapa usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan

    pencapaian kokurikulum ke tahap optimum. Perlu disedari oleh warga pendidik bahawa

    sistem pengurusan kokurikulum adalah antara faktor yang mempengaruhi pencapaian

    kokurikulum.

    3. Kajian faktor menghalang penglibatan

    Kajian yang dibuat oleh Zulkifli (1997) mendapati bahawa terdapat perbezaan yang

    signifikan antara faktor saiz, kemudahan, bilangan guru, dan pentadbiran sekolah dengan

    penglibatan pelajar dalam kokurikulum. Walau bagaimanapun, ujian regresi berganda yang

    dijalankan menunjukkan hanya satu faktor yang benar-benar memberi sumbangan kepada

    angkubah bersandar iaitu faktor saiz sekolah. Saiz sekolah dari segi bilangan pelajar dan

    bilangan kelas amat mempengaruhi penglibatan pelajar dalam menyertai kegiatan

    kokurikulum, sementara faktor lain hanya sebagai penyokong.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    17/47

    20

    Mohd. Suzli (1997) juga mendapati terdapatnya masalah-masalah di dalam

    pelaksanaan aktiviti kokurikulum, pendapat guru-guru mengenai kepentingan kokurikulum

    kepada pelajar dan cadangan-cadangan untuk melicinkan pelaksanaan aktiviti tersebut di

    sekolah-sekolah menengah agama. Dari kajian ini didapati sekolah-sekolah yang dikaji

    menghadapi masalah kewangan, kemudahan dan peralatan yang tidak mencukupi, di samping

    penjadualan yang tidak bersistem. Kajian ini juga mendapati bahawa kebanyakan guru

    kokurikulum tidak mempunyai kemahiran dalam aktiviti kokurikulum. Seterusnya

    kebanyakan pelajar yang menjadi sampel dalam kajian ini melibatkan diri dalam aktiviti

    kokurikulum. Mereka yang terlibat secara aktif didorong oleh diri sendiri, guru, kawan dan

    ibu bapa. Pelajar yang tidak terlibat memberi alasan bahawa mereka terpaksa menolong ibu

    bapa di rumah dan juga disebabkan oleh kekurangan peralatan serta kemudahan ko-

    kurikulum di sekolah. Kajian ini juga mengenalpasti pendapat pengetua dan guru-guru besar

    dari 7 buah sekolah agama yang dikaji mengenai kepentingan aktiviti kokurikulum terhadap

    penyuburan pelajar dan cadangan-cadangan mereka untuk melicinkan lagi pelaksanaan

    aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah agama.

    Menurut Quek and Steven (1994) menjelaskan kesan negatif penglibatan dalam sukan

    dikatakan menjadi unsur pengganggu kepada proses pembelajaran dengan mengambil terlalu

    banyak masa dan tenaga. Menurut Mc Guire (1984) menyatakan antara kriteria penghalang

    penglibatan seseorang dalam sukan ialah kemudahan atau program yang disediakan seperti

    terlalu ramai orang menggunakan kemudahan tersebut atau lokasinya yang tidak bersesuaian

    langsung.

    Menurut Ariffin (1984) menyatakan individu memerlukan kawan. Dalam konteks ini

    penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan memenuhi keperluan ini. Penglibatan pelajar dalam

    aktiviti sukan banyak dipengaruhi rakan.

    Menurut Wankel (1988) menyatakan faktor yang menghalang penglibatan pelajar

    dalam kegiatan sukan adalah kerana kekurangan masa untuk melakukannya. Kebanyakan

    pelajar terlalu sibuk dengan aktiviti berkaitan akademik terutamanya pelajar yang terlibat

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    18/47

    21

    dalam peperiksaan. Pernyataan ini disokong oleh Muhammad Nor Che Noh (1980)

    menyatakan kurikulum lebih penting dari kokurikulum.

    Faktor-faktor seperti budaya, kesihatan, kecergasan serta lain-lain pengalaman

    psikologi dan sosial adalah antara faktor-faktor yang mengalakkan individu melibatkan diri

    di dalam aktiviti bersukan ( Coakley, 1998., Dunn, 1988.,& Salman, 1997). Meskipun begitu

    terdapat juga faktor-faktor yang menghadkan penglibatan aktiviti bersukan individu. Antara

    faktor penghalang penglibatan aktiviti bersukan yang paling popular adalah masalah

    kesuntukan masa. Kenyataan ini bagaimanapun telah dipertikaikan oleh Wankel (1998)

    kerana dia berpendapat tidak semestinya mereka yang melibatkan diri di dalam aktiviti

    bersukan itu mempunyai masa yang lebih daripada mereka yang tidak melibatkan diri di

    dalam aktiviti bersukan. Ini dianggap sebagai satu alasan yang tidak kukuh oleh kebanyakan

    individu kerana penglibatan seseorang di dalam aktiviti bersukan bergantung kepada

    keutamaan yang diberikan terhadap aktiviti fizikal. Satu lagi faktor penghalang yang sering

    membataskan penglibatan individu di dalam aktiviti bersukan adalah masalah tekanan atau

    bebanan tugas. Perkara ini didapati benar berdasarkan satu laporan oleh Canada Fitness

    Survey (1983) yang mendapati bahawa faktor tekanan kerja merupakan penghalang utama

    penglibatan di dalam aktiviti bersukan bagi individu yang berumur 20 tahun ke atas.

    Masalah kurang minat juga telah dilaporkan oleh Biddle (1995) sebagai faktor penghalang

    penglibatan individu di dalam aktiviti bersukan. Dalam satu temubual yang dikendalikan

    oleh Boothby (1981) terhadap 254 individu dewasa di bahagian Timur-Laut England

    mendapati bahawa masalah-masalah seperti kurang minat, kekurangan kemudahan dan lain-

    lain masalah fizikal sebagai faktor-faktor penghalang individu melibatkan diri di dalam

    aktiviti bersukan.

    Mohd Sufi (1999) telah melakukan kajian untuk mengenal pasti sikap pelajar tentang

    aktiviti kokurikulum sukan di tiga buah sekolah di Kelantan. Tujuan kajian beliau adalah

    khusus untuk meninjau sikap pelajar tingkatan empat kejuruteraan awam. Sejumlah 83

    sampel dipilih secara rawak untuk mengetahui faktor-faktor utama mendorong pelajar

    melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan faktor yang mempengaruhi sikap pelajar terhadap

    sukan. Keputusan kajian mendapati sikap pelajar adalah positif terhadap sukan berdasarkan

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    19/47

    22

    beberapa faktor yang mendorong penglibatan pelajar terhadap sukan. Mat Aris (1994) juga

    telah melakukan kajian ke atas pelajar dan guru di sekolah vokasional di Lembah Kelang

    untuk mengetahui tanggapan mereka terhadap kegiatan sukan. Sejumlah 160 set soalan telah

    diedarkan ke atas pelajar-pelajar tingkatan empat dan 60 set soalan kepada guru-guru.

    Keputusan kajian mendapati tidak memuaskan berdasarkan beberapa faktor luaran seperti

    masa, kemudahan region, kos, pebelanjaan, guru, intensif dan pentadbiran menjadi

    penghalang.

    Seterusnya dalam kajian lain, Mustafa Kamal (2000) mendapatai kebanyakan ibu

    bapa kurang mendorong penglibatan anak-anak dalam kegiatan kokurikulum. Keadaan

    diburukkan lagi apabila peralatan, kelengkapan dan kemudahan kurang diberi perhatian oleh

    pihak sekolah. Hanya faktor minat dan rakan-rakan sebaya dapat membantu membina

    kesedaran pelajar terhadap kepentingan aktiviti kokurikulum.

    Kajian mengenai penglibatan kokurikulum juga telah dijalankan oleh Ramli (1999)

    dimana beliau mendapati pelajar mempunyai persepsi dan sikap yang positif terhadap

    kegiatan kokurikulum tetapi keputusannya adalah pada tahap sederhana dan lemah dari segi

    peratus puratanya. Penyertaan mereka turut didorong oleh guru, rakan sebaya, ibu bapa serta

    kemudahan-kemudahan pihak sekolah turut memainkan peranan penting dalam menentukan

    kejayaan sesuatu aktiviti kokurikulum di sekolah tersebut.

    Menurut Raymore, Godbey dan Crawford (1992) telah melakukan kajian berdasarkan

    model kajian yang telah dilakukan oleh Crawford dan Godbey (1987). Tujuan kajian ialah 1)

    mengkaji adakah ketiga-tiga faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal merupakan

    penghalang kepada penglibatan. 2) mengukur persepsi penghalang berkaitan wujud. 3)

    mengukur samada wujud perbezaan persepsi antara jantina terhadap tiga faktor penghalang

    4) menilai taraf sosioekonomi mempunyai perkaitan dengan faktor penghalang. Data

    dikumpul dari 363 pelajar gred 12 di Toronto, Canada. Data yang dikumpul menggunakan

    alat kajian yang mengandungi 1) faktor penghalang diukur menggunakan persepsi dari tiga

    jenis faktor penghalang berkaitan dengan kegiatan rekreasi. 2) menggunakan Rosenberg

    (1965,1989) skala kendiri dan 3) soalan demografi.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    20/47

    23

    Dapatan kajian menunjukkan 1) tiga faktor penghalang menurut Crawford et

    al.(1991) wujud 2) nilai kendiri berkait secara negatif dengan persepsi penghalang

    intrapersonal dan interpersonal 3) perempuan mempunyai faktor intrapersonal yang lebih

    tinggi dan 4) taraf sosioekonomi berkait secara negatif dengan faktor penghalang

    intrapersonal. Keputusan kajian mencadangkan pelajar perempuan dan dari taraf

    sosioekonomi yang rendah lebih mempunyai faktor penghalang dari intrapersonal berbanding

    pelajar lelaki dan berada dalam sosio ekonomi yang lebih tinggi.

    REKA BENTUK KAJIAN

    Reka bentuk kajian dalam kajian ini adalah kajian deskriptif iaitu kajian yang bertujuan

    untuk memberikan penerangan secara sistematik mengenai fakta dan ciri-ciri bidang yang

    dikaji secara fakta dan tepat. Kajian ini hanya untuk kumpulan yang dikaji sahaja. Dapatan

    kajian ini hanya untuk kumpulan yang dikaji saja dan tidak boleh digeneralisasikan ke dalam

    populasi.

    BATASAN KAJIAN

    1. Lokasi Kajian

    Kajian ini dijalankan di Sekolah-sekolah Daerah Seremban, Negeri Sembilan.

    2. Populasi

    Populasi kajian adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang belajar di Sekolah Menengah

    Kebangsaan Daerah Seremban yang berlainan latar belakang. Pelajar yang terpilih adalah

    pelajar-pelajar dari Tingkatan Empat. Sekolah-sekolah ini merupakan sekolah harian biasa.

    Purata pencapaian kokurikulum terutamanya sukan agak menurun prestasi pencapaiannya

    jika dibandingkan lima tahun sebelumnya.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    21/47

    24

    Menurut Tuckman (1978) saiz sampel perlu dimaksimumkan supaya dapat

    meminimakan persampelan. Manakala menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan

    saiz sampel perlu digalakkan melebihi 30 kerana andaian bahawa taburan normal biasanya

    dipenuhi apabila saiz subjek melebihi 30. Saiz subjek seramai 30 orang ini akan

    mengurangkan ralat persampelan.

    Subjek kajian adalah terdiri daripada 160 orang di kalangan pelajar lelaki dan

    perempuan yang belajar di sekolah-sekolah menengah dalam Daerah Seremban. Pelajar

    yang terpilih merupakan pelajar-pelajar yang sedang menuntut di tingkatan 4. Pemilihan

    sampel adalah menggunakan persampelan rawak mudah kerana populasi sample tidak

    seragam dan teknik dapat mengurangkan ralat persampelan (Mohd Majid Konting 1998).

    INSTRUMEN KAJIAN

    Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengumpul maklumat

    mengenai latar belakang sampel kajian serta menjawab item-item soalan yang berkaitan

    dengan kajian ini.. Rasionalnya penyelidik menggunakan set soal selidik ini adalah

    berasaskan kepada pendapat Majid Konting (1993) yang berpendapat bahawa soal selidik

    digunapakai untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan,

    kehendak dan sebagainya.

    Tuckman (1985), berpendapat bahawa soal selidik merupakan satu cara berkesan

    untuk mendapatkan maklumat daripada responden selain daripada pemerhatian terhadap

    tingkahlaku. Isaac dan Michael dalam Ghazali (2002) juga mengutarakan idea yang hampir

    sama iaitu soal selidik digunakan untuk memperolehi maklumat mengenai fakta,

    kepercayaan, perasaan dan sebagainya

    Dalam kajian ini data dikumpulkan dengan mengunakan borang soal selidik yang

    telah dibentuk oleh Raymore, Godbey., Crawford & Von Eye (1993). Borang soal selidik ini

    telah dialih bahasa dan diubahsuai oleh Aminuddin Yusof (2002) melihat faktor-faktor yang

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    22/47

    25

    menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan sukan. Soal selidik ini tidak banyak

    diubahsuai untuk digunakan dalam kajian ini bagi mengatasi masalah keesahan.

    KAJIAN RINTIS

    Dalam kajian ini ujian rintis telah dibuat terhadap pelajar-pelajar tingakatan 4 di sebuah

    sekolah di Bandar Baru Bangi.

    Hasil dapatan daripada ujian rintis menunjukan nilai internal consistencycorrelation

    coefficient mengikut prosedur Cronbach Alpha adalah = .81. Mengikut Kubiszyn dan

    Borich (2000) dalam Ghazali Darusalam (2003) menyatakan nilai = .80 - .90 adalah nilai

    alpha reliability coefficients yang diterima seperti juga pendapat Walter R Borg &

    Meredith Damien Gall (1979) yang menyatakan nilai alpha antara = .80 - .90 adalah

    customary coefficients. Keputusan kajian rintis yang diperolehi ini jelas menunjukkan

    bahawa kebolehpercayaan alat ukuran ini adalah tinggi dan boleh diterima pakai.

    ANALISIS DATA

    Data-data yang diperolehi akan dianalisis berdasarkan tujuan dan hipotesis kajian. Data-datayang diperolehi dianalisis menggunakan komputer dengan program yang digunakan ialah

    Stastistical Package of Social Science (SPSS/PC) (Norusis & SPSS Ins. 1993).

    Penganalisisan data berstatistik menggunakan perisisan pengaturcaraan SPSS dapat

    menghasilkan pengiraan yang tepat dan kerana itu bebas daripada ralat (Majid Konting,

    1990). Sub-program yang digunakan ialah Ujian t, Anova sehaladan Post Hoc Test Scheffe.Selain daripada itu statistik deskriptif juga digunakan seperti min, kekerapan dan peratusan.

    Aras signifikan ialah p < 0.05.

    Untuk mengukur tahap, menurut Chan Yuen Fook (1999) skala lima Likert diukur

    melalui sistem tiga kuartil (quartiles) mengikut skor julat min (Ghazali Darusalam, 2003)

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    23/47

    26

    Jadual 1 Interpretasi Tindak balas Responden Berdasarkan Skor Min

    Jadual 1 menunjukkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan

    melalui skor julat min berdasarkan Likert lima skala (5.0), tahap rendah (0 1.66), tahap

    sederhana (1.67 3.33), tahap tinggi (3.34 5.00).

    Bagi menjawab persoalan kajian yang pertama iaitu apakah faktor-faktor yang

    menghalang pelajar daripada melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum perbandingan min-

    min digunakan . Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua, adakah terdapat perbezaan

    yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan dalam kegiatan

    kokurikulum dengan jantina, ujian-t digunakan. Seterusnya untuk menjawab persoalan kajian

    ketiga iaitu adakah terdapat perbezaan yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor

    interpersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina, ujian t digunakan.

    Bagi menjawab persoalan kajian yang keempat, adakah terdapat perbezaan yang signifikan

    antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan dalam kegiatan kokurikulum

    dengan jantina, ujian-t digunakan.

    Untuk menjawab persoalan kajian kelima, adakah terdapat perbezaan yang signifikan

    antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan pelajar dalam kegiatan

    kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian Anova

    sehala digunakan. Bagi menjawab persoalan kajian keenam, adakah terdapat perbezaan yang

    tahap

    tahap

    (rendah)

    tahap

    (Sederhana)

    0 1.66

    1.66 3.33 3.33 5.00

    tahap

    (Tinggi)

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    24/47

    27

    signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan pelajar dalam

    kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian

    Anova sehala digunakan.

    Untuk menjawab persoalan kajian ketujuh, adakah terdapat perbezaan yang signifikan

    antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan

    kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian Anova

    sehala digunakan.

    Seterusnya, untuk menjawab persoalan kajian kelapan, adakah terdapat perbezaan

    yang signifikan antara faktor penghalang secara keseluruhan penglibatan pelajar dalam

    kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India, ujian

    Anova sehala digunakan.

    LAPORAN KAJIAN

    PENDAHULUAN

    Tujuan utama kajian ini ialah untuk menentukan faktor-faktor yang menghalang penglibatan

    pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan. Bab ini meliputi keputusan analisis statistik untuk

    menguji dan menjawab soalan-soalan kajian. Data yang telah dikumpul melalui soal selidik

    diproses menggunakan Statistical Package for The Social Sciences (SPSS). Dapatan kajian

    ini dihuraikan kepada dua bahagian iaitu dapatan awal dan dapatan persoalan kajian.

    Sejumlah 160 soal selidik telah diedarkan dan kesemua soal selidik tersebut telah

    diterima semula. Ini kerana soal selidik diedar dan dikumpul sendiri oleh penyelidik.

    DAPATAN AWAL

    Seramai 160 pelajar-pelajar sekolah menengah Daerah Seremban diambil bagi tujuan

    kajian. Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar tingakatan sekolah menengah harian biasa.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    25/47

    28

    Jadual 2 : Profil sample mengikut jantina

    Jantina Kekerapan (f) Peratus (%)

    Lelaki

    PerempuanJUMLAH

    80

    80160

    50

    50100

    Berdasarkan Jadual 2, dapatan kajian menunjukkan dari segi jantina pelajar lelaki

    adalah seramai 80 orang atau 50%. Sementara pelajar perempuan pula seramai 50 orang atau

    50%. Keseluruhan subjek kajian adalah seramai 160 orang.

    Jadual 3 : Profil sample mengikut bangsa.

    Bangsa Kekerapan (f) Peratus (%)

    MelayuCina

    India

    JUMLAH

    10928

    23

    160

    68.117.3

    14.4

    100

    Bagi kategori bangsa , pelajar yang berbangsa Melayu merupakan kumpulan bangsa

    yang teramai iaitu 109 orang atau 68.1% dari keseluruhan sampel. Diikuti pelajar berbangsa

    Cina seramai 28 orang atau 17.3% dan pelajar berbangsa India adalah kumpulan yang

    terkecil sekali dari keseluruhan pelajar tingkatan empat seramai 23 atau 14.4% sahaja.

    Jadual 4 : Profil sample mengikut tempat tinggal.

    Tempat Tinggal Kekerapan (f) Peratus (%)

    Rumah

    AsramaJUMLAH

    160

    0100

    100

    0100

    Daripada jadual 4 menunjukkan kesemua subjek yang dikaji tinggal di rumah samada

    ibubapa atau rumah sewa.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    26/47

    29

    Jadual 5 : Profil sample mengikut tempat tinggal megikut kawasan

    Lokasi sekolah Kekerapan (f) Peratus (%)

    Bandar

    Luar bandarJUMLAH

    72

    88100

    45

    55100

    Daripada jadual 5 didapati seramai 72 orang sample (45%) tinggal di Bandar dan 88

    orang sample (55%) tinggal di luar Bandar.

    Jadual 6 : Profil sample mengikut pencapaian PMR.

    Pencapaian PMR Kekerapan (f) Peratus (%)

    Kurang 1A2A hingga 4A

    5A hingga 7A

    8A ke atas

    JUMLAH

    9141

    19

    9

    100

    56.925.6

    11.9

    5.9

    100

    Daripada jadual 6, didapati 91 orang sample (56.9%) mendapat 1A dalam PMR, 41

    orang (25.6%) mendapat 2A hingga 4 A, 19 orang sample (11.9%) mendapat 5A hingga 7A

    dan 9 orang sample (5.6%) mendapat 8A ke atas dalam PMR.

    Jadual 7 : Profil kekerapan bersukan.

    Kekerapan bersukan Kekerapan (f) Peratus (%)

    Kurang 1 jam1 hingga 5 jam

    5 hingga 9 jam

    10 jam ke atas

    JUMLAH

    7464

    11

    11

    100

    46.340.0

    6.9

    6.9

    100

    Daripada jadual 7 didapati 74 orang sample (46.3%) bersukan kurang 1 jam sehari,

    64 orang (40%) bersukan 1 hingga 5 jam sehari, 11 orang sample (6.9%) bersukan 5 hingga 9

    jam sehari dan 11 orang sample (6.9%) bersukan melebihi 10 jam sehari.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    27/47

    30

    Jadual 8 : Faktor struktur mengikut pangkatan dan min.

    Pangkatan Soalan Min

    1 Soalan 6 Alatan sukan boleh digunakan waktu tertentu sahaja 3.82

    2 Soalan 11 Peralatan sukan tidak mencukupi 3.53

    3 Soalan 4 Kemudahan sukan tidak dapat menampung pelajaryang ramai 3.23

    4 Soalan 7 Masalah pengangkutan ke sekolah 3.19

    5 Soalan 14 Sekolah tidak menyediakan jadual penggunaan

    kemudahan sukan.

    3.11

    6 Soalan 15 Stor sukan tidak dibuka setiap hari dan menyukarkan

    mendapat alatan

    3.10

    7 Soalan 10 Sukar menggunakan peralatan sukan di sekolah 2.758 Soalan 2 Kemudahan sukan di sekolah tidak mencukupi 2.74

    9 Soalan 1 Kedudukan rumah yang jauh 2.74

    10 Soalan 5 Kemudahan sukan di sekolah tidak dijaga 2.66

    11 Soalan 8 Peralatan sukan yang mahal. 2.6012 Soalan 15 Peralatan yang terdapat di sekolah rosak dan uzur 2.54

    13 Soalan 13 Sekolah tidak menyediakan papan kenyataan aktiviti

    sukan

    2.43

    14 Soalan 3 Kemudahan sukan di sekolah tidak selamat 2.30

    15 Soalan 12 Pakaian sukan mendedahkan aurat 2.04

    Berdasarkan jadual 8 perbezaan min bagi setiap pelajar berdasarkan item soalan-

    soalan yang dikemukakan mengikut faktor. Bagi faktor struktur, dapatan kajian menunjukkan

    item soalan yang berkaitan dengan kemudahan penggunaan peralatan sukan menunjukkan

    min yang tinggi iaitu soalan 6 (M =3.82), dan soalan 11 (M=3.53) berkaitan peralatan yang

    tidak mencukupi dan soalan 4 (M=3.23) masalah kekurangan alatan yang tidak mencukupi

    adalah antara faktor halangan yang tinggi menyebabkan pelajar-pelajar tidak melibatkan diri

    dalam kegiatan kokurikulum sukan. Kemudian diikuti dengan masalah pengangkutan iaitu

    soalan 7 (M=3.19). Faktor yang berkaitan dengan kemudahan dalam penggunaan alatan dan

    jadual pengunaan alatan merupakan faktor yang seterusnya merupakan halangan kepada

    pelajar iaitu soalan 14 (M= 3.11) iaitu jadual pengunaan alatan yang tidak disediakan oleh

    pihak sekolah , soalan 15 (M=3.10) masalah menggunakan alatan kerana stor tidak dibuka

    setiap hari dan soalan 10 (M=2.75) kesukaran menggunakan peralatan dan soalan 2

    (M=2.74) kemudahan sukan yang tidak lengkap. Faktor kedudukan rumah yang jauh

    merupakan faktor penghalang yang seterusnya iaitu soalan 1 (M=2.74). Sementara soalan 5

    (M=2.66) mengenai kemudahan sukan yang tidak dijaga dengan baik. Manakala soalan 8

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    28/47

    31

    (M=2.60) pelajar tidak mampu membeli alatan sukan yang mahal yang menyebabkan sukar

    mengikuti aktiviti sukan. Soalan 9 (M=2.54) merupakan faktor struktur ke empat terendah

    mengenai peralatan yang telah uzur dan rosak. Masalah tiada papan kenyataan yang

    disediakan oleh pihak sekolah merupakan faktor ke tiga terendah iaitu soalan 14 (M=2.43).

    Soalan 3 (M=2.30) mengenai kemudahan sukan yang tidak selamat adalah item soalan kedua

    terendah manakala soalan 12 iaitu mengenai pakaian yang mendedahkan aurat merupakan

    faktor yang paling rendah. Ini adalah kerana segala kegiatan kokurikulum yang dijalankan di

    sekolah adalah mengikut kehendak Kementerian Pelajaran melalui Jabatan Pendidikan

    Negeri Sembilan dan sentiasa diselia oleh Pejabat Pendidikan Daerah Seremban/Port

    Dickson agar tidak bercanggah dan melanggar kepercayaan agama.

    Berdasarkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui

    skor julat min didapati bahawa soalan 6 dan soalan 11 menunjukkan tahap yang tinggi.

    Soalan ini adalah berkaitan dengan kemudahan peralatan. Sementara soalan lain

    menunjukkan tahap serderhana.

    Jadual 9 : Faktor Interpersonal mengikut pangkatan dan min.

    Pangkatan Soalan Min

    1 Soalan 10 Pengetahuan tentang aktiviti sukan tidak mencukupi 2.83

    2 Soalan 9 Tidak memahami matlamat dalam melibatkan diri

    dalam sukan

    2.69

    3 Soalan 1 Masalah kewangan dalam mengikuti aktiviti sukan diri 2.64

    4 Soalan 14 Takut gagal dalam peperiksaan apabila melibatkan diridalam sukan

    2.64

    5 Soalan 6 Kelas tuisyen menghalang dalam melibatkan diri dalam

    sukan

    2.63

    6 Soalan 5 Tidak mempunyai masa dalam melibatkan diri dalamaktiviti sukan

    2.53

    7 Soalan 15 Sering gagal apabila melibatkan diri dalam aktiviti

    sukan

    2.46

    8 Soalan 2 Tidak mempunyai kemahiran untuk melibatkan diri

    dalam sukan

    2.36

    9 Soalan 12 Takut cedera apabila melibatkan diri dalam sukan 2.42

    10 Soalan 3 Tidak selesa untuk melibatkan diri dalam sukan 2.3211 Soalan 10 Tidak berminat dalam melibatkan diri dalam sukan 2.27

    12 Soalan 13 Sering menghadapi masalah kesihatan 2.25

    13 Soalan 11 Aktiviti sukan membosankan 2.2414 Soalan 8 Malu melibatkan diri dalam aktiviti sukan 2.24

    15 Soalan 7 Aktiviti sukan bertentangan dengan kepercayaan agama 1.62

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    29/47

    32

    Bagi faktor interpersonal pula, mengikut Jadual 9, dapatan kajian menunjukkan item

    soalan 10 (M=2.83) iaitu pengetahuan tentang aktiviti tidak mencukupi adalah faktor

    halangan yang paling tinggi menyebabkan pelajar-pelajar tidak melibatkan diri dalam

    kegiatan kokurikulum sukan. Diikuti oleh soalan 9 (M = 2.69) iaitu tidak memahami

    sepenuhnya matlamat melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Sementara itu item soalan 1 (M =

    2.64) iaitu masalah kewangan untuk mengikuti aktiviti sukan kerana kebanyakan pelajar

    tinggal jauh dari kawasan sekolah dan menyebabkan mereka memerlukan belanja tambahan

    bagi menghadiri aktiviti kokurikulum pada waktu petang dan item soalan 14 (M= 2.64) iaitu

    takut menghadapi kegagalan dalam peperiksaan adalah pangkatan ke tiga dalam faktor

    interpersonal. Item soalan 6 ( M = 2.63) kesibukan pelajar mengikuti kelas tuisyen adalah

    pangkatan keempat dalam faktor interpersonal dan diikuti soalan 5 (M=2.63) tidak ada masa

    untuk bersukan dan menduduki pangkatan kelima dalam faktor interpersonal. Pangkatan

    keenam pula ialah item soalan 15 (M=2.46) sering gagal apabila melibatkan diri dalam

    sukan. Pangkatan ketujuh pula ialah item soalan 2 (M=2.36) tidak mempunyai kemahiran

    untuk melibatkan diri dalm aktiviti sukan. Soalan 12 (M= 2.42) menduduki pangkatan

    seterusnya iaitu takut cedera apabila melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Kedudukan dalam

    pangkatan yang seterusnya ialah soalan 3 (M=2.32) iaitu merasa tidak selesa untuk

    melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Soalan 10 (M=2.27) tidak berminat untuk melibatkan

    diri dalam aktiviti sukan. Item soalan yang seterusnya ialah soalan 13 (M=2.25) masalah

    kesihatan untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Item soalan 11 (M=2.24) aktiviti sukan

    sangat membosankan menduduki pangkatan ketiga terendah. Manakala item soalan 8

    (M=2.24) malu untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan menduduki pangkat kedua

    terendah dan item soalan 7 (M=1.62) iaitu aktiviti sukan bertentangan dengan kepercayaan

    agama. Ini adalah disebabkan kesemua aktiviti sukan yang dijalankan di sekolah tidak

    bertentangan dengan agama.

    Berdasarkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui

    skor julat min didapati bahawa semua soalan interpersonal menunjukkan tahap yang

    serderhana melainkan soalan 7 yang berkaitan kepercayaan agama menunjukkan tahap yang

    rendah. Di sini didapati bahawa faktor kepercayaan kepada agama bukan merupakan faktor

    utama yang menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    30/47

    33

    Jadual 10 : Faktor Intrapersonal mengikut pangkatan dan min.

    Pangkatan Soalan Min

    1 Soalan 10 Dibebankan dengan kerja sekolah yang banyak 3.37

    2 Soalan 9 Guru memberi perhatian kepada pelajar yangberkebolehan sahaja

    3.28

    3 Soalan 6 Jurulatih yang berminat dalam sukan tidak mencukupi 2.91

    4 Soalan 5 Bilangan guru yang melibatkan diri dalam sukan tidak

    mencukupi

    2.70

    5 Soalan 8 Guru tidak memilih walaupun berminat dalam sukan 2.676 Soalan 14 Sekolah sentiasa mengutamakan program akademik 2.55

    7 Soalan 2 Tidak mempunyai rakan yang berminat untuk bersukan 2.48

    8 Soalan 1 Tidak mempunyai kawan untuk sama-sama bersukan 2.359 Soalan 3 Keluarga tidak memberi galakan 2.25

    10 Soalan 15 Sekolah tidak memberi peluang untuk melibatkan diri

    dalam sukan

    2.22

    11 Soalan 11 Tertarik untuk melepak bersama kawan-kawan 2.22

    12 Soalan 7 Guru sentiasa membuat tanggapan negetif 2.22

    13 Soalan 13 Sekolah tidak memberi pengitirafan jika berjaya dalam

    sukan

    2.07

    14 Soalan 12 Sekolah tidak memberi galakan 2.06

    15 Soalan 4 Guru tidak memberi galakan 1.96

    Berdasarkan jadual 10 bagi faktor intrapersonal pula item soalan 10 (M = 3.37) iaitu

    beban kerja sekolah yang terlalu banyak adalah soalan yang tertinggi pangkatannya dalam

    kumpulan faktor intrapersonal. Ini kerana kebanyakan sekolah terlalu mementing pencapaian

    akedamik daripada kegiatan kokurikulum sukan dan untuk memastikan pelajar cermerlang

    dalam bidang akedamik pihak sekolah memperbanyakkan kerja sekolah atau latihan kepada

    pelajar. Item soalan 9 (M = 3.28) iaitu guru hanya memberi perhatian kepada kepada pelajar

    yang berkebolehan dalam sukan berada pada pangkatan ke 2 .Item soalan 6 ( M = 2.91)

    jurulatih yang berminat dalam aktiviti sukan tidak mencukupi dan soalan 5 (M=2.70)

    menyokong penyataan di atas kerana kebanyakan guru kurang melibatkan diri dalam aktiviti

    sukan menyebabkan jurulatih dalam aktiviti kokurikulum sukan kurang di sekolah di daerahSeremban.

    Pangkatan ke lima intrapersonal ialah soalan 2.67 (M = 2.67) iaitu guru tidak memilih

    pelajar walaupun berminat mengikuti aktiviti sukan dan seterusnya soalan item 14 (M=2.55)

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    31/47

    34

    pihak sekolah mementing program akademik menyokong soalan yang mendapat pangkatan

    tertinggi.

    Item soalan 2 (M = 2.48) iaitu tidak mempunyai kawan yang berminat untuk bersukan

    dan Item soalan 1 (M = 2.35) menyokong pernyataan item soalan 2 . Item soalan yang

    menduduki pangkatan ke sembilan ialah item soalan 3 (M=2.25) iaitu tidak mendapat

    galakkan keluarga. Item soalan 15 (M=2.22) iaitu pihak sekolah tidak memberi peluang

    kepada pelajar melibatkan diri dalam aktiviti sukan. Soalan 11 (M= 2.22) tertarik melepak

    bersama kawan daripada mengikuti aktiviti sukan dan soalan 7 (M= 2.22) guru membuat

    tanggapan negatif menduduki pangkatan ke sebelas. Pangkatan yang seterusnya ialah soalan

    13 (M=2.07) pihak sekolah tidak memberi pengiktirafan jika berjaya dalam aktiviti sukan.

    Soalan 12 (M=2.06) pihak sekolah tidak memberi galakkan dalam aktiviti sukan. Soalan 4

    (M=1.96) guru tidak memberi galakkan melibatkan pelajar dalam aktiviti sukan merupakan

    faktor intra personal yang terendah sekali.

    Berdasarkan cara pengukuran tahap dibuat melalui sistem tiga kuartil dengan melalui

    skor julat min didapati bahawa soalan 10 menunjukkan tahap yang tinggi di mana bebanan

    kerja sekolah merupakan masalah besar kepada pelajar bagi menghadiri kegiatan

    kokurikulum sukan. Manakala lain-lain soalan menunjukkan tahap serderhana.

    Keseluruhan dapatan dari Jadual 4.2, 4.3 dan 4.4 di atas, dapat dirumuskan bahawa

    faktor struktur adalah faktor utama penghalang penglibatan pelajar dalam aktiviti

    kokurikulum diikuti dengan faktor intrapersonal dan faktor interpersonal.

    Bagi menjawab persoalan kajian yang kedua iaitu adakah terdapat perbezaan yang

    signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan dalam kegiatan

    kokurikulum dengan jantina ujian t telah digunakan.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    32/47

    35

    Jadual 11 : Ujian t faktor penghalang dengan jantina

    Faktor Jantina Min SD t Df

    struktur L = 80

    P = 80

    2.92

    2.79

    0.674

    0.540

    1.405 158

    Interpersonal L = 80

    P = 80

    2.36

    2.44

    0.692

    0.663

    -.731 158

    Intrapersonal L = 80

    P = 80

    2.59

    2.40

    0.750

    0.551

    1.834 158

    * Aras signifikan p < 0.05

    Jadual 11 di atas menunjukkan analisis ujian tantara faktor menghalang penglibatan

    pelajar dalam kegiatan kokurikulum dengan jantina. Dari segi faktor struktur terdapat

    perbezaan min antara pelajar lelaki (M= 2.92, sd = 0.674) dengan pelajar perempuan(M=2.79, sd = 0.540). Didapati min pelajar lelaki lebih tinggi daripada min pelajar

    perempuan sebanyak 0.13. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang

    signifikan (t (158)= 1.405, p < 0.05) antara faktor struktur dengan jantina dalam penglibatan

    pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan.

    Bagi menjawab persoalan kajian yang ketiga iaitu adakah terdapat perbezaan yang

    signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor interpersonal penglibatan dalam kegiatan

    kokurikulum dengan jantinaujian t telah digunakan. Berdasarkan Jadual 4.5 dapatan kajian

    menunjukkan terdapat perbezaan min antara pelajar lelaki (M = 2.36, sd = 0.692) dengan

    pelajar perempuan (M = 2.44, sd = 0.663). Ianya menunjukkan min pelajar perempuan lebih

    tinggi daripada min pelajar lelaki sebanyak 0.08. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat

    perbezaan yang signifikan (t (158) = -.731, p < 0.05) antara faktor interpersonal dengan

    jantina dalam penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan.

    Bagi menjawab persoalan kajian yang keempat iaitu adakah terdapat perbezaan yang

    signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan dalam kegiatan

    kokurikulum dengan jantinaujian t telah digunakan. Berdasarkan Jadual 4.10 dapatan kajian

    menunjukkan min pelajar lelaki (M = 2.59, sd = 0.750) dengan min pelajar perempuan

    (M = 2.40, sd = 0.551) telah menunjukkan min pelajar lelaki lebih tinggi berbanding min

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    33/47

    36

    pelajar perempuan sebanyak 0.19. Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat

    perbezaan yang signifikan (t(158) = 1.834, p < 0.05).

    Antara ketiga-tiga faktor tersebut hanya faktor interpersonal, min pelajar perempuan

    melebihi min pelajar lelaki. Kesimpulan ujian t yang telah dilakukan untuk melihat faktor

    penghalang dengan jantina, tiada satu faktor pun yang menunjukkan perbezaan yang

    signifikan. Dapatan kajian ini membuktikan pelajar perempuan dan pelajar lelaki mempunyai

    alasan yang sama untuk tidak melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum. Pada pandangan

    pengkaji, kebanyakan pelajar ini hanya memberikan tumpuan khusus kepada kejayaan

    akademik mereka. Pelajar mempunyai cita-cita tinggi untuk memasuki pusat-pusat pengajian

    tinggi selepas tamat pelajaran. Tumpuan mereka lebih kepada bidang akademik berbanding

    dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu tidak terdapat perbezaan antara pelajar lelaki dan

    pelajar perempuan samada dari faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal menghalang

    penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum sukan.

    Seterusnya bagi menjawab persoalan kajian kelima iaitu adakah terdapat perbezaan

    yang signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor struktur penglibatan pelajar dalam

    kegiatan kokurikulum sukan antara pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala telah

    digunakan.

    Jadual 12 : Analisis ujian Anova antara faktor penghalang dengan bangsa.

    Faktor ss ant.kump. ss dlm kump. F p

    Struktur .158 59.687 .207 .813

    Interpersonal 5.270 67.546 6.125 .003*

    intrapersonal 4.874 65.045 5.882 .003*

    Keseluruhan 1.812 43.665 3.258 .041*

    *Aras signifikan p< 0.05

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    34/47

    37

    Jadual 13 : UjianPost-Hoc Scheffe bagi faktor struktur, intrapersonal dan keseluruhan.

    Faktor Bangsa (Min) Bangsa ( Min) Perbezaan Min P

    interpersonal Melayu 2.29

    Cina 2.76India 2.48

    Cina 2.76

    India 2.48Melayu 2.29

    - 0.47

    0.280.19

    .003*

    .297.454

    intrapersonal Melayu 2.48

    Cina 2.79India 2.17

    Cina 2.79

    India 2.17Melayu 2.48

    -0.31

    0.62-0.31

    .087

    .004*

    .104

    Keseluruhan Melayu 2.55Cina 2.81

    India 2.47

    Cina 2.81India 2.47

    Melayu 2.55

    -0.260.34

    0.08

    .070.085

    .837

    *Aras signifikan p< 0.05

    Hasil dapatan kajian merujuk kepada Jadual 12 mendapati tidak terdapat perbezaan

    yang signifikan (F=0.207, p>0.05) antara faktor struktur dengan bangsa dalam faktor

    penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

    Seterusnya bagi menjawab persoalan keenam iaitu adakah terdapat perbezaan yang

    signifikan antara faktor interpersonal penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum antara

    pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala digunakan.

    Berdasarkan Jadual 13 dapatan kajian menunjukkan bagi faktor interpersonal,

    terdapat perbezaan yang signifikan [F = 0.207, p < 0.05] antara bangsa iaitu bangsa Melayu,

    Cina dan India.

    Untuk melihat perbezaan faktor penghalang interpersonal penglibatan pelajar dalam

    kegiatan kokurikulum khususnya sukan dengan lebih terperinci terutama kumpulan bangsa

    Melayu, Cina dan India yang menjadi penyumbang kepada wujudnya perbezaan yang

    signifikan pada nilai F maka ujian Post-Hoc Scheffe digunakan. Keputusan yang diperolehi

    adalah seperti yang terkandung dalam Jadual 13.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    35/47

    38

    Daripada jadual 13 di atas dapatan kajian menunjukkan bagi faktor interpersonal, min

    bangsa Cina ( M = 2.76 ) adalah lebih tinggi berbanding min bangsa Melayu (M = 2.29).

    Perbezaan min antara bangsa Cina ( M = 2.76 ) dengan bangsa Melayu (M = 2.29) adalah

    sebanyak - 0.47. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p =

    0.003). Sementara itu dapatan kajian juga mendapati min bangsa Cina ( M = 2.76) adalah

    lebih tinggi daripada min bangsa India (M = 2.48). dan tidak terdapat perbezaan yang

    signifikan (p = 0.297). Manakala itu dapat kajian juga mendapati min bangsa India (M =

    2.48) adalah lebih tinggi berbanding min bangsa Melayu (M = 2.29) dan tidak signifikan (p =

    0.454).

    Dapatan kajian menunjukkan dari segi faktor interpersonal terdapat perbezaan antara

    pelajar Melayu dengan pelajar Cina . Kebanyakan pelajar Cina amat mementing akademik

    berbanding pelajar Melayu. Ini menyebabkan mereka kurang tertarik untuk menghadiri

    aktiviti kokurikulum pada waktu sebelah petang. Kebanyakan daripada pelajar Cina adalah

    di kalangan keluarga yang berpendapatan kukuh. Ibu bapa mereka mempunyai sumber

    kewangan yang agak kukuh kerana kebanyakan daripadanya adalah peniaga. Justeru itu

    kebanyakan daripada mereka terlibat kelas tuisyen pada waktu sebelah petang dan

    menyebabkan mereka tidak mempunyai masa bagi mengikuti aktiviti kokurikulum sukan.

    Selain itu daripada dapatan kajian menunjukkan min bagi pengetahuan dan memahami

    matlamat mereka dalam melibatkan diri dalam sukan menunjukkan min yang tertinggi. Ini

    mungkin disebabkan pelajar bangsa Cina tidak mengetahui bahawa aktiviti kokurikulum

    merupakan sebahagian daripada aspek penting bagi mereka untuk melanjutkan pelajaran ke

    institusi pengajian tinggi.

    Bagi menjawab persoalan kajian ketujuh iaitu adakah terdapat perbezaan yang

    signifikan antara faktor penghalang iaitu faktor intrapersonal penglibatan pelajar dalam

    kegiatan kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala telah digunakan.

    Berdasarkan Jadual 12 di atas, dapatan kajian mendapati terdapat perbezaan yang

    signifikan [ F = 5.882,p < 0.05] antara faktor intrapersonal dengan bangsa dalam faktor

    penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum.

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    36/47

    39

    Untuk melihat perbezaan faktor penghalang intrapersonal penglibatan pelajar dalam

    kegiatan kokurikulum khususnya sukan dengan lebih terperinci terutama kumpulan bangsa

    Melayu, Cina dan India yang menjadi penyumbang kepada wujudnya perbezaan yang

    signifikan pada nilai F maka ujian Post-Hoc Scheffe digunakan. Berdasarkan jadual 4.11,

    dapatan kajian menunjukkan bagi faktor intrapersonal, min bangsa Cina ( M = 2.79 ) adalah

    lebih tinggi berbanding min bangsa India ( M = 2.17 ). Perbezaan min antara bangsa Cina (

    M = 2.79 ) dengan bangsa India ( M = 2.17 ) adalah sebanyak 0.62. Dapatan kajian

    menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan ( p = 0.004 ). Sementara itu dapatan kajian

    juga mendapati min Cina ( M = 2.79 ) adalah lebih tinggi daripada min bangsa Melayu (M =

    2.48). Perbezaan min adalah sebanyak 0.31 dan dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat

    perbezaan yang signifikan ( p = 0.087). Manakala itu dapat kajian juga mendapati min

    bangsa Melayu (M = 2.48) adalah lebih tinggi berbanding min bangsa India India ( M = 2.17

    ) dan tidak signifikan ( p = 0.104 ).

    Berdasarkan dapatan kajian di atas didapati terdapat perbezaan yang signifikan antara

    pelajar Cina dengan pelajar India dari segi faktor intrapersonal. Bagi pandangan pengkaji,

    perbezaan ini wujud kerana kebanyakan pelajar Cina amat mementingkan pencapaian

    akademik. Pelajar kebanyakannya menyatakan terlalu banyak kerja sekolah yang dibekalkan

    oleh pihak sekolah dan menyebabkan mereka tidak dapat menyertai aktiviti sukan. Bagi

    memastikan mereka dapat menyiapkan kerja sekolah yang dibekalkan oleh pihak sekolah

    mereka tidak akan menghadiri aktiviti sukan kerana masa tersebut digunakan untuk

    menyiapkan kerja sekolah. Selain tu masalah kekurangan jurulatih dan bilangan guru

    melibatkan diri juga menyebabkan pelajar kurang berminat untuk melibatkan diri dalam

    sukan. Kebanyakan pelajar ini menganggap sia-sia mereka menghadiri aktiviti sukan jika

    tiada guru atau jurulatih yang dapat membimbing mereka bagi mendapatkan kemahiran

    dalam permainan yang mereka ceburi.

    Seterusnya bagi menjawab persoalan kajian kelapan adakah terdapat perbezaan yang

    signifikan antara faktor penghalang secara keseluruhan penglibatan pelajar dalam kegiatan

    kokurikulum antara pelajar pelbagai bangsa, ujian Anova sehala digunakan. Berdasarkan

    Jadual 4.10 di atas, dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan [F =

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    37/47

    40

    3.258 , p > 0.05] faktor keseluruhan bagi faktor penghalang penglibatan pelajar dalam

    kegiatan kokurikulum dengan bangsa.

    PERBINCANGAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN

    PENDAHULUAN

    Tujuan utama kajian ini ialah untuk melihat faktor utama yang menghalang penglibatan

    murid dalam kegiatan kokurikulum. Dalam bab ini perbincangan dibuat berdasarkan kajian-

    kajian terdahulu samada ianya menyokong atau bercanggah dengan dapatan kajian terdahulu.

    Faktor penghalang dari faktor struktur, interpersonal dan intrapersonal

    Pada mulanya perbandingan menggunakan pangkatan dari min digunakan untuk menentukan

    faktor utama menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum khususnya sukan.

    Hasil kajian menunjukkan faktor utama menghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan

    kokurikulum ialah dapatan kajian yang menyatakan masalah penggunaan alatan yang boleh

    digunakan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Selain dari itu bilangan peralatan yang tidak

    mencukupi berbanding pelajar yang ramai juga satu faktor yang membataskan penglibatan

    pelajar dalam aktiviti sukan. Masalah pengangkutan juga adalah satu lagi masalah yang

    mengekang penglibatan pelajar. Seramai 55% pelajar yang di kaji tinggal di luar bandar dan

    45% tinggal di bandar. Walaupun pelajar yang tinggal di bandar, mereka masih menyatakan

    masalah pengangkutan menjadi masalah bagi mereka kerana kedudukan rumah mereka yang

    agak jauh dari kawasan sekolah. Kekurangan maklumat mengenai kegiatan dan kemudahan

    juga menjadi faktor hingga menyebabkan pelajar tidak mengetahui kemudahan yang

    disediakan. Faktor struktur adalah faktor utama menjadi penghalang penglibatan pelajar.

    Dapatan ini disokong oleh kajian yang telah dilakukan oleh Mat Aris (1994) yang

    menyatakan antara faktor penghalang penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum

    adalah faktor luaran iaitu kemudahan. Kajian oleh Roslan (1994), Mohammad Haris (1999),

    Mustafa Kamal (2000) dan Ramli (1999) telah menyokong kajian iaitu salah satu faktor

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    38/47

    41

    utama menghalang penglibatan pelajar ialah kemudahan. Dapatan kajian tersebut sama

    dengan kajian yang telah dilakukan oleh Zulkifli (1997) yang menyatakan faktor struktur

    seperti saiz sekolah, bilangan pelajar yang ramai amat mempengaruhi penglibatan pelajar

    dalam menyertai kegiatan kokurikulum, sementara faktor-faktor lain hanyalah sebagai

    penyokong. Kajian Boothby (1981) juga mendapati masalah seperti kurang minat,

    kekurangan kemudahan dan lain-lain masalah fizikal sebagai faktor-faktor penghalang

    individu melibatkan diri di dalam aktiviti bersukan.

    Faktor struktur yang mempengaruhi penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum

    ialah faktor kekurangan maklumat maklumat mengenai kemudahan dan aktiviti yang

    dijalankan di sekolah. Hasil kajian memperlihatkan kebanyakan pelajar tidak tahu

    perkembangan aktiviti kokurikulum. Ini mungkin disebabkan pihak sekolah tidak

    menyediakan papan kenyataan bagi menghebahkan aktiviti kokurikulum sukan dan lokasi

    papan kenyataan yang tidak strategik Faktor kekurangan masa untuk membaca maklumat

    yang ditampal juga menyebabkan pelajar tidak mendapat maklumat sepatutnya. Adalah

    dicadangkan satu papan maklumat atau lebih mengenai kegiatan kokurikulum perlu

    ditempatkan di tempat tumpuan pelajar agar mereka mendapat maklumat jelas mengenai

    kemudahan dan kegiatan yang dijalankan. Siaran dan surat makluman kepada pelajar boleh

    diedarkan dan ditampal bilik-bilik darjah untuk makluman semua pelajar.

    Dapatan kajian juga menunjukkan faktor pengelolaan aktiviti bertentangan dengan

    agama adalah yang paling sedikit. Ini menunjukkan pelajar tidak menganggap kegiatan

    kokurikulum sukan yang dijalankan di sekolah ini bertentangan dengan kepercayaan agama

    pelbagai bangsa yang belajar di sekolah ini. Ini kerana setiap aktiviti-aktiviti yang dijalankan

    adalah mengikut kehendak dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian

    Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan. Pemantauan dan penyeliaan

    yang dijalankan oleh pihak pentadbiran sekolah dapat memastikan aktiviti dikendali

    mengikut kehendak kementerian. Langkah ini perlu diteruskan bagi menjamin penglibatan

    pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat ditingkatkan. Dapatan ini bercanggah dengan

    kajian yang dilakukan oleh Hamidah (1999) mendapati pada penglibatan pelajar Islam dalam

    kegiatan kokurikulum kurang terserlah kerana di kalangan ibu bapa menganggap penglibatan

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    39/47

    42

    anak-anak mereka dalam kegiatan kokurikulum menjejaskan pencapaian akademik. Mohd

    Zuki (1994) sebaliknya menyokong dapatan kajian ini iaitu melalui penilaian yang telah

    dibuat menurut perspektif Islam, didapati bahawa GERKO atau kegiatan kokurikulum

    mempunyai banyak keserasian dan persamaan dengan prinsip dan gagasan Islam.

    Keputusan menunjukkan faktor penghalang penglibatan antara pelajar lelaki

    mengatasi pelajar perempuan dari segi faktor struktur dan intrapersonal. Ini menunjukkan

    pelajar lelaki lebih menghadapi masalah untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum.

    Ini adalah disebabkan kurangnya sokongan keluarga dalam menyertai aktiviti kokurikulum

    dan ada antara pelajar lelaki yang membuat kerja sampingan bagi mendapatkan wang saku

    mereka sementara pelajar perempuan pula terpaksa menolong ibu bapa mereka membuat

    kerja di rumah. Dapatan ini bersamaan dengan kajian yang telah dilakukan olah Mustafa

    Kamal (2000) mendapati kebanyakan ibu bapa kurang mendorong penglibatan anak-anak

    dalam kegiatan kokurikulum. Azizah Nordin (1990) dalam kajiannya juga mendapati

    kebanyakan pelajar di waktu petang ketika kegiatan kokurikulum dijalankan, pelajar terpaksa

    menolong ibu bapa di rumah.

    IMPLIKASI

    Berdasarkan kajian ini diharapkan ianya dapat memberikan implikasi kepada pihak-pihak

    berkenaan.Implikasi kajian ini dibahagikan kepada dua iaitu:

    Implikasi Praktikal

    Hasil dapatan kajian ini boleh digunakan untuk membantu pihak sekolah serta khasnya guru-

    guru untuk merancang dan melaksanakan kegiatan kokurikulum dengan lebih berkesan.

    Kajian ini boleh menambah pengetahuan guru serta jurulatih aktiviti-aktiviti kokurikulum

    sukan agar dapat mewujudkan suasana kegiatan kokurikulum yang lebih bermakna. Kegiatan

    kokurikulum sukan yang menarik dan memberi manafaat kepada pelajar akan dapat

    menjamin kehadiran pelajar yang lebih baik semasa kegiatan kokurikulum dijalankan. Ini

    bersamaan dengan kajian yang telah dilakukan oleh Abu Bakar Nordin (1991) menyatakan

  • 7/22/2019 Faktor yg menghalang penglibatan pelajar dlm kegiatan kokurikulum.pdf

    40/47

    43

    bahawa penyertaan guru adalah sangat penting bagi memastikan keberkesanan perlaksanaan

    gerak kerja kokurikulum di sekolah. Ini akan mengalakkan pelajarnya hadir dan melibatkan

    diri dalam kegiatan kokurikulum.

    Implikasi Teoretikal

    Dapatan kajian ini juga dapat digunakan oleh Kementerian Pelajaran khususnya Unit

    Kokurikulum yang dapat merancang program kokurikulum dengan lebih berkesan. Masalah

    yang sering dihadapi ialah ketidakhadiran pelajar dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.

    Pelbagai peruntukan berupa kewangan dan barangan untuk menjadikan program

    kokurikulum lebih bermakna dan tidak akan disia-siakan jika faktor penghalang penglibatan

    pelajar dalam kegiatan k