faktor penyumbang pengukuhan perpaduan kaum

Upload: faikha-munirah

Post on 13-Oct-2015

2.730 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

^^

TRANSCRIPT

Faktor penyumbang pengukuhan perpaduan kaumFaktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum di Malaysia ialah peristiwa hitam 13 Mei 1969. Iamerupakanrusuhankaumyang berlaku akibat pilihan raya umum pada tahun yang sama dan kemuncak bagi masalah perpaduan di negara kita. Ketika itu, negara diisytiharkan darurat pada malam16 Mei1969, di mana Perlembagaan Persekutuan telah digantung dan pentadbiran negara diambil alih secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-undang tentera. Sepanjang tempoh darurat, Majlis Gerakan Negara (Mageran) telah melaksanakan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membina satuRukun Negarabagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan negara. Dasar Ekonomi Barujuga dilancarkan untuk menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan membasmi kemiskinan tegar serta membentuk Barisan Nasional yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.Selain itu, perpaduan kaum di negara ini turut diperkukuh melalui Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK). Rasional DPK dibuat bertitik tolak daripada matlamat pembangunan rakyat yang tidak tercapai kerana sistem pendidikan terpisah. Orang Melayu bersekolah pondok manakala kaum Cina dan India mempunyai sekolah sendiri yang menggunakan buku, ilmu dan guru yang dibawa dari negara masing-masing sehingga tidak wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat tersebut. DPK bermula apabila timbul kesedaran tentang kepentingan pembentukansistem pendidikan baruuntuk menggantikan sistem pendidikan penjajah yang tidak mempertimbang keperluan pembangunan, pembinaan identiti kebangsan dan perpaduan negara. Berikutan kesedaran ini, lahirlah Dasar Pendidikan Kebangsaan 1961 melalui Penyata Razak 1956 dalam Ordinan Pelajaran 1957. Namun ia telah disemak semula pada 1960 dan menghasilkan laporan Rahman Talib yang termaktub dalam Aktra Pelajaran 1961.