faktor pembentukan pluraliti di m'sia

Upload: lily-suzana

Post on 05-Apr-2018

244 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Faktor Pembentukan Pluraliti Di m'Sia

    1/3

    Faktor-faktor pembentukan plulariti di Malaysia

    Dua konsep yg sering digunakan untuk menjelaskan ciri-ciri Asia Tenggara ialah

    pluraliti dan masyarakat plural (plural society).

    Pluraliti: Merujuk kepada masyarakat pelbagai bangsa di alam Melayu sebelum

    kedatangan kuasa-kuasa penjajah (Eropah) yg terbentuk melalui proses semula jadi

    tanpa sebarang rancangan pemaksaan di sebaliknya.

    Masyarakat Plural: Terbentuk selepas zaman kedatangan orang-orang Eropah.

    Penjajah membawa masuk pendatang asing dari China dan India ke Asia Tenggara

    untuk kepentingan ekonomi. Dasar penjajah menyebabkan mereka gagal berasimilasidengan penduduk, alam sekitar dan sistem sosial-politik-agama yang wujud di Asia

    Tenggara. Kesannya wujud kelompok-kelompok masyarakat yg hidup terasing daripada

    kelompok yg lain walaupun tinggal di tempat yg sama (Masyarakat Majmuk) Pluraliti

    alam Melayu boleh dikaji berdasarkan pluraliti sosial dan alam sekitar.

    Pluraliti sosial dapat dilihat berdasarkan realiti kehidupan masyarakat yang ada.Pluraliti

    alam sekitar merujuk kepada keadaan alam sekitar dan muka bumi alam Melayu yang

    begitu mudah berinteraksi dengan kawasan-kawasan lain di dunia.

    Cth: Bunga raya dibawa dari kepulauan Pasifik.

    Getah dibawa dari Brazil.

  • 7/31/2019 Faktor Pembentukan Pluraliti Di m'Sia

    2/3

    Pembentukan Pluraliti di Malaysia

    1. Hubungan dengan Cina dan India.

    Hubungan antara alam Melayu dengan Cina dan India telah lama berlaku. Faktor

    perdagangan alam melayu menjadi persinggahan para pedagang dari kedua-dua benua

    tersebut. Abad ke-7 Masehi kewujudan institusi pengajian agama di alam Melayu pada

    zaman kerajaan Melayu Sri Vijaya. Alam Melayu terkenal sebagai pusat pengajian dan

    penyebaran ilmu pengetahuan.

    2. Zaman Hinduisme dan Buddhisme.

    Hinduisme dan Buddhisme tidak memberi kesan yg besar dalam kehidupan rakyat

    biasa berbeza dengan pengaruh Islam (menurut Syed Muhammad Naguib Al-Attas).

    Bukti: tidak terdapat kitab-kitab yg membincangkan idea-idea besar seperti falsafah,

    ketuhanan dll yg berasaskan Hinduisme & Buddhisme di alam Melayu, yg ada Cuma

    kitab-kitab yg bersifat kesenian. Hinduisme & Buddhisme diterima baik di kalangan

    pemerintah alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Mitos Hinduisme mengukuhkan

    institusi raja di alam Melayu. Kebesaran raja-raja juga digambarkan menerusi candi-

    candi yg didirikan.

    3. Penjelmaan dari segi material dan non-material.

    Dapat dilihat dan difahami berdasarkan perubahan yg bersifat epistemologikal yg

    dibawa oleh penjajah Inggeris. Epistemologikal, iaitu asal mula sesuatu ilmu

    pengetahuan. Perubahan epistemologikal: perubahan dari segi ilmu pengetahuan yg

    melibatkan cara berfikir dan cara melihat sesuatu yg seterusnya akan melibatkan

    perubahan terhadap cara memahami sesuatu. Sebelum kedatangan penjajah Inggeris,

    ilmu pengetahuan di alam Melayu banyak berasaskan epistemologi yg bercorak

    metafizik atau ilmu yg bersumberkan alam ghaib

  • 7/31/2019 Faktor Pembentukan Pluraliti Di m'Sia

    3/3

    Amalan perubatan perdukunan dan perbomohan yg menggunakan jampi mantera

    dalam berinteraksi dengan pihak alam ghaib adalah manifestasi yg jelas mengenai ilmu

    metafizik alam Melayu. Kedatangan Inggeris mengubah epistemologi yg bersifat non-

    material ini kepada epistemologi fizikal yg bersifat rasional saintifik. Asasnya ialah

    pembuktian sesuatu material menerusi panca indera dan kemudiannya dipertingkatkan

    menerusi alat-alat saintifik. Kesannya muncul pelbagai ilmu dan institusi moden,

    pengenalan kepada ekonomi kapitalis yg berorientasikan pasaran dan birokrasi politik.

    Kesemua ini kemudiannya dikenali sebagai ilmu kolonial. Puncak Pluraliti ialah

    Empayar Melaka iaitu mercu hubungan etnik Pra-Penjajahan. Zaman empayar Melaka

    merupakan zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan melayu. Melaka

    menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia sehingga digelar

    The Venice of the East.