isu pluraliti selepas merdeka dari perspektif pendidikan

34
Bincangkan Tentang Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan Disediakan oleh : Muhamad Amirul Syafiq b Md Yusuf PISMP Pendidikan Islam 2, IPG Kampus Darulaman

Upload: -

Post on 23-Jun-2015

3.759 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

Pembentangan tentang Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan, Hubungan Etnik PISMP Semester 3

TRANSCRIPT

Page 1: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Bincangkan Tentang Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif

Pendidikan Disediakan oleh :

Muhamad Amirul Syafiq b Md Yusuf

PISMP Pendidikan Islam 2, IPG Kampus Darulaman

Page 2: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Iklan Merdeka TM 2009 - As 1 we care

Link asal : http://www.youtube.com/watch?v=7uyPEAzX2wc

Page 3: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Sebelum Merdeka

• Zaman penjajahan British terdapat 3 peringkat pendidikan:

Inggeris - rendah dan menengah (elit)

Melayu - rendah dan agama

Vernakular - Cina (unsur komunisme) dan Tamil

• Tanpa mengambil kira keperluan pembangunan, pembentukan identiti kebangsaan dan perpaduan negara

Page 4: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Banding Beza Antara Laporan Pendidikan

SEBELUM MERDEKA SELEPAS MERDEKA SEMASA

Rancangan Cheeseman (1946)

Penyata Rahman Talib (1960) Akta Pendidikan 1996

Laporan Barnes (1951) Akta Pelajaran (1961) Dasar Pendidikan Kebangsaan 1999

Laporan Fenn-Wu (1952) Penyata Aminuddin Baki (1964)

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)

Ordinan Pelajaran (1952) Akta Bahasa Kebangsaan (Ordinan Pelajaran) 1967

Penyata Razak (1956) Laporan Hussein Onn (1971)

Penyata Mahathir (1979)

Page 5: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Rancangan Cheeseman (1946)

• Disediakan oleh Mr H.R Cheeseman, Timbalan Pengarah Pendidikan pada tahun 1946.

• Kanak-kanak menerima pendidikan peringkat rendah (asas) secara percuma jika menghadiri sekolah vernakular.

• Bahasa Inggeris diajar di semua sekolah rendah. • Pendidikan peringkat menengah (sekolah

pertengahan dan tinggi) menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar.

• Bahasa Inggeris merupakan mata pelajaran wajib di semua sekolah vernakular.

Page 6: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Laporan Barnes (1951)

• Dipengerusikan oleh L.J Barnes, Pengarah Bahagian Latihan Sosial Universiti Oxford ketika itu.

• Menubuhkan sekolah dwibahasa dimana bahasa pengantar adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

• Sekolah-sekolah Melayu, Cina dan Tamil ditukarkan secara beransur-ansur kepada sekolah kebangsaan.

• Pengajaran Agama menggantikan Pengajaran Jawi di sekolah. • Pendidikan percuma untuk semua kanak-kanak di sekolah kebangsaan. • Sekolah Cina dan Tamil dihapuskan pada peringkat sekolah rendah.

Sebagai ganti hanya satu jenis sekolah sahaja iaitu sekolah kebangsaan. • Sekolah kebangsaan menggunakan satu bahasa sahaja sebagai bahasa

pengantar iaitu bahasa Melayu atau Inggeris. • Sekolah kebangsaan ditadbir dan dibiayai bersama oleh Penguasa

Pelajaran Tempatan. • Untuk sekolah menengah, hanya satu bahasa pengantar Inggeris sahaja

yang akan wujud.

Page 7: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Laporan Fenn-Wu (1952)

• Jawatankuasa Fenn-Wu telah ditubuhkan oleh dua orang pengerusi iaitu Dr. W. O. Fenn dan Dr. Wu Teh Yau.

• Bahasa Melayu, Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah vernakular.

• Laporan ini mendapati bahawa: • Dasar pendidikan di Tanah Melayu hendaklah

bermatlamat ke arah pembentukan kewarganegaraan Malaya.

• Pemaksaan terhadap rakyat berbilang kaum untuk mempelajari satu atau dua bahasa akan menjejaskan perpaduan kaum.

• Orang Cina sedar dan akan bersedia mempelajari bahasa Melayu dan Inggeris di samping bahasa mereka, maka hendaklah memberi galakan.

Page 8: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Ordinan Pelajaran (1952)

• Mengadakan dua sistem persekolahan, iaitu sekolah yang menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.

• Sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan melalui pengenalan Bahasa Inggeris secara beransur-ansur di sekolah Melayu, Cina dan Tamil.

• Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris juga mula dikuatkuasakan di sekolah-sekolah Cina dan Tamil.

• Sekolah jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.

• Pendidikan agama diadakan pada waktu persekolahan untuk murid-murid beragama Islam.

• Pelajaran Bahasa Melayu diwajibkan di sekolah Inggeris, manakala Bahasa Inggeris diwajibkan di sekolah Melayu.

• Pelajaran Bahasa Cina dan Tamil perlu disediakan sekiranya terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.

• Sekolah-sekolah vokasional diperkembangkan.

Page 9: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Penyata Razak (1956)

• Diketuai oleh Tun Haji Abdul Razak Hussien, Menteri Pelajaran persekutuan Tanah Melayu. Bertujuan:

• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

• Melahirkan perpaduan kaum.

• Merapatkan jurang perbezaan antara kaum.

• Mewujudkan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkesan.

• Menyediakan kemudahan pelajaran yang mencukupi.

• Antara cadangan-cadangan Penyata Razak:

• Dasar pelajaran adalah tanggungjawab Menteri Pelajaran.

• Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadi mata pelajara wajib bagi semua sekolah.

• Untuk memasuki sekolah menengah rendah, pelajar hendaklah lulus dalam Peperiksaan Masuk Sekolah Menengah.

Page 10: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Ordinan Pelajaran 1957 • Dikecam oleh pelbagai pihak kerana merasakan terlalu

mengutamakan bahasa Melayu • Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) berasa

kecewa dengan kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang mengguna bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

• Berkat perjuangan Tuan Syed Nasir bin Ismail (Pengerusi), Dr. Mahathir Mohamad (Naib Pengerusi), Tun Razak bin Hussain, Dato Dr Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya ditubuhkan pada 18 Mei 1970

• Kaum cina memohon menubuhkan Universiti Merdeka, kerajaan membenarkan MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR)

Page 11: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Penyata Rahman Talib 1960

• Di antara beberapa perubahan dan pindaan yang dibuat dari Laporan Razak yang dikenali dengan Laporan Rahman Talib ialah:

• Pelajaran di sekolah rendah adalah percuma

• Sekolah rendah menjadi sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan.

• Sekolah pelajaran lanjutan merupakan persekolahan hingga umur 15 tahun.

• Murid naik darjah secara automatik.

• Pelajaran agama Islam bagi murid-murid hendaklah sekurang-kurangnya 15 orang.

• Pendidikan akhlak dititikberatkan.

• Program latihan perguruan diberi penekanan.

• Kawalan mutu Pelajaran di tingkatkan di sekolah rendah oleh jemaah nazir

Page 12: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

AKTA PELAJARAN, 1961

• Objektif dasar dinyatakan dalam pendahuluan

“BAHAWASANYA dasar pelajaran seperti yang diidytiharkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya…”

Page 13: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

• Objektif dasar pendidikan kebangsaan dinyatakan secara am dalam Ordinan Pelajaran

• Dalam melaksanakannya, berpandukan kepada Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib, iaitu menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi

• Jawatankuasa Kabinet ditubuhkan dan bidang tugasnya ditetapkan dan objektif-objektif diperkhususkan lagi (memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka masa panjang dan pendek dan melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdidiplin dan terlatih)

Page 14: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Laporan Aminuddin Baki 1964

• Disediakan oleh Encik Aminuddin Baki (terlibat dalam menyediakan Laporan Razak dan Rahman Talib).

• Mengadakan pendidikan aneka jurusan bagi sekolah menengah rendah.

• Para pelajar dikehendaki mengikuti semua mata pelajaran wajib dan sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran pilihan.

• Mata pelajaran wajib :

Bahasa Pengantar (Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris), Bahasa ibunda (Bahasa Cina / Bahasa Tamil), Tawarikh (Sejarah) / Ilmu Alam, Ilmu Hisab (Matematik), Sains Am, Tatarakyat, Kesihatan dan Jasmani, Lukisan dan Kerja Tangan / Muzik, Pelajaran Agama Islam / Kristian

• Mata pelajaran pilihan:

Seni Perusahaan, Sains Rumah Tangga, Sains Pertanian dan Perdagangan.

Page 15: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Akta Bahasa Kebangsaan (Ordinan Pelajaran) 1967

• Menetapkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi tunggal.

• Bagaimanapun, di dalam Fasal 3, Akta ini membolehkan Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri menggunakan penterjemahan dokumen rasmi atau komunikasi dalam bahasa lain jika terdapat kepentingan awam.

• Fasal 4: “… Yang Di-Pertuan Agong boleh membenarkan agar meneruskan penggunaan Bahasa Inggeris sebagai tujuan rasmi apabila dianggap perlu.”

• Semua mata pelajaran Tahun 1 di SRJK diajar menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar, kecuali Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda.

• Mulai tahun 1975, semua SRJK (I) ditukar kepada SRK.

• Mulai tahun 1982 pula, semua SMJK (I) ditukar kepada SMK.

Page 16: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Laporan Hussein Onn 1971

• Tujuan utama Laporan ini selain dari untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan Negara ketika itu, juga adalah untuk menyediakan pendidikan dasar bagi semua kanak-kanak dalam lingkungan umur bersekolah.

• Ini dapat ditampung dalam sekolah-sekolah aliran Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.

• Ketika itu, di sekolah-sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan masih dijalankan dalam dua bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

• Walaupun kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama sistem pendidikan negara, namun kedudukan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua turut dipelihara.

• Masa mengajar Bahasa Iggeris ditambah dan guru-guru diberi latihan untuk memperoleh hasil yang baik.

Page 17: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

PENYATA MAHATHIR 1979

• Dipengerusikan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

• Tumpuan diberikan kepada pendidikan asas 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira.

• Kedudukan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dikekalkan.

• Fokus diberikan kepada pendidikan kerohanian yang kukuh dan unsur-unsur disiplin yang diingini.

• Pendidikan menengah atas dibahagikan kepada dua jurusan, iaitu akademik dan vokasional.

• Peluang melanjutkan persekolahan ditambah daripada 9 tahun ke 11 tahun.

• Kurikulum ala Malaysia ditegaskan.

• Semakan semula dibuat ke atas kursus dalam perkhidmatan bagi Bahasa Malaysia.

Page 18: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Akta Pendidikan 1996

• Memantapkan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi generasi muda sejajar dengan aspirasi negara menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi.

• Menggariskan perundangan yang berkaitan dengan bidang pendidikan.

• Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1988) dijadikan asas dan landasan.

• Konsep sistem pendidikan kebangsan dimantapan lagi dan merangkumi semua tahap persekolahan (pra sekolah sehingga pendidikan tinggi) dan semua kategori sekolah (sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, dan sekolah swasta).

• Status Bahasa Kebangsaan dijadikan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Page 19: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Falsafah Pendidikan Negara

• Diasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara

• Penekanan kepada usaha melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Page 20: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan 1999

a) Menyatukan sistem pendidikan

b) Menyatukan kanak-kanak berbilang kaum

c) Melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, bersatu padu, berdisiplin, berakhlak, seimbang, harmonis dan sama-sama membina kesejahteraan diri yang dapat memberi kemakmuran negara

d) Memperbaiki kemudahan penyelidikan, perancangan dan pelaksanaan

Page 21: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Strategi yang digubal

a) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama

b) Kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah

c) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama d) Menyediakan pendidikan yang menyeluruh, seimbang dan

bersepadu e) Mendemokrasikan pendidikan dari peluang dan mutu

(peruntukan adil) f) Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan

disiplin g) Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris

sebagai mata pelajaran wajib

Page 22: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Prasekolah Dipantau secara berterusan berdasarkan Garis

Panduan Kurikulum Prasekolah

Pendidikan Rendah Disediakan bagi kanak-kanak yang berumur 6 tahun

selama 6 tahun tetapi boleh ditamatkan dalam tempoh

5 hingga 7 tahun

Pendidikan Menengah Disediakan untuk murid yang tamat sekolah rendah

Pendidikan Khas Memberi peluang pendidikan kepada pelajar istimewa

demi merealisasikan dasar pendemokrasian

pendidikan serta menjamin penyertaan mereka dalam

pembangunan negara

Teknik dan Vokasional Mewujudkan golongan pelajar yang berorientasikan

kemahiran teknikal bagi memenuhi keperluan guna

tenaga negara

Politeknik Meningkatkan manusia golongan pertengahan dalam

bidang kejuruteraan dan pengurusan ikhtisas

Latihan Perguruan Meningkatkan kualiti tenaga pengajar di sekolah-

sekolah khasnya guru Sains, Matematik dan Teknologi

Maklumat

Pendidikan Tinggi Bilangan IPTA dan IPTS ditambah bagi meningkatkan

lagi peluang pendidikan tinggi

JENIS SEKOLAH HURAIAN

PERBANDINGAN JENIS SEKOLAH-SEKOLAH

Page 23: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Bahasa

• Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan (bahasa rasmi negara)

• Bahasa Melayu sebagai “bahasa perpaduan”

• Bahasa Inggeris sebagai “bahasa kemajuan”

• Bahasa lain bebas diamalkan kecuali untuk maksud “rasmi kerajaan”

Page 24: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

BAHASA JIWA BANGSA-Filem Negara

Link asal : http://www.youtube.com/watch?v=7n1RmluFynw

Page 25: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Sekolah Bestari

• Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, menteri pendidikan (ketika itu), sekolah bestari ditubuhkan untuk melahirkan satu generasi rakyat Malaysia yang kreatif serta inovatif dalam pemikiran.

• Teknologi maklumat akan dapat mewujudkan infrastruktur untuk proses P&P

Page 26: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Sekolah Wawasan

• Untuk penyatuan bangsa dan sebagai ruang untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan bangsa

• Sekolah yang berlainan aliran akan berkongsi kemudahan asas, seperti padang, kantin

• Perhimpunan bulanan dan kegiatan kokurikulum mengguna bahasa Melayu ketika interaksi sesama mereka

Page 27: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010)

Teras 1: Membina negara

bangsa Teras 3:

Memperkasakan sekolah kebangsaan

Teras 4: Merapatkan jurang pendidikan

Teras 5: Memartabatkan

profesion keguruan

Teras 2: Membangunkan

modal insan

Teras 6: Melonjakkan kecemerlangan institusi

pendidikan

Page 28: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

TERAS STRATEGI PERLAKSANAAN

Page 29: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

TERAS STRATEGI PERLAKSANAAN

Page 30: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

TERAS STRATEGI PERLAKSANAAN

Page 31: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

SEKOLAH WAWASAN ( SK, SRJK[C], SRJK[T] )

Komunikasi Terbuka

Bangsa Malaysia

Sistem pendidikan Kebangsaan Perpaduan antara kaum

Komunikasi Terbuka

Kaki Tangan Pelbagai kaum

Identiti Etnik Positif

Kepelbagaian etnik dan budaya

Page 32: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

NKRA

National Key Result Area (NKRA) atau Bidang Keberhasilan Utama Negara.

NKRA diperkenalkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Hala tuju strategik NKRA ,

perancangan dan pelaksanaan selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-10.

Enam bidang tumpuan NKRA ialah :

• Mengurangkan jenayah

• Memerangi rasuah

• Meluaskan akses kepada pendidikan bermutu dan termampu

• Meningkatkan taraf hidup isi rumah berpendapatan rendah

• Memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman

• Menambah baik pengangkutan awam bandar

Page 33: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

RUMUSAN • Sistem pendidikan di Malaysia telah berkembang agak pesat untuk

memenuhi keperluan bangsa dan negara. • Selepas merdeka dan sehingga masa kini, pihak kerajaan telah cuba

mengubahsuai sistem yang sedia ada supaya sistem tersebut dapat mencapai hasrat membentuk sebuah negara yang boleh hidup dengan harmonis.

• Antara perkara-perkara yang telah dilakukan ialah : • Bahasa Melayu sebagai bahasa utama komunikasi di negara ini dan

bahasa Inggeris sebagai bahasa kemajuan serta bahasa rasmi dunia • Pendidikan seumur hidup kepada semua lapisan masyarakat termasuk

golongan khas (OKU). • Sekolah sebagai penyatuan masyarakat berbilang kaum • Melahirkan modal insan bertaraf dunia yang produktif, progresif, inovatif

dan berdaya saing di peringkat global • Pendidikan yang dapat melahirkan seseorang yang dapat menyumbang

kepakaran kepada masyarakat dan negara.

Page 34: Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan

‘Kurikulum perlu sentiasa diperkukuhkan supaya menepati kehendak dunia tanpa mengetepikan keunikan sejarah dan

kepelbagaian kaum serta agama.’

Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, 14 Jun 2005

‘Kerajaan amat komited dalam soal pendidikan dan pembangunan modal insan

dengan menyediakan jumlah peruntukan yang besar sebanyak 50.1 bilion ringgit

iaitu 21.6% daripada keseluruhan bajet. Jumlah peruntukan yang besar ini TIDAK

BOLEH DIANGGAP SEBAGAI SATU PERBELANJAAN SEMATA-MATA,

tetapi PELABURAN yang bakal memberi keuntungan kepada negara dalam jangka

masa yang panjang.’

YB. Dato Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, 17 Oktober 2011

‘Kementerian akan terus berusaha untuk meningkatkan pembudayaan

inovasi di sekolah. Bermula tahun 2011, Kementerian telah melaksanakan

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang menekankan aspek

pemikiran kritis, kreatif dan inovatif sejak peringkat awal persekolahan.’

YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Hj Mohd Yassin, Timbalan Perdana MenterI, 16 Mei 2012