faham kreativiti dan inovasi menurut islam

20
~ s; "Kreativiti dan Inovasi dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami" 9 - 10 November2010/2 - 3 Zulhijjah 1431 H Sesi I Faham Kreativiti dan Inovasi Menurut Islam Oleh EN. MD. ASHAM AHMAD· Fellow, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM Anjuran INSTITUT KEF AHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM) Bertempat di DEWAN BESAR, IKIM, KUALA LUMPUR 1

Upload: ahli-sarjana

Post on 02-Jul-2015

562 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

http://holisticeducentre.weebly.com/

TRANSCRIPT

Page 1: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

~

s;

"Kreativiti dan Inovasidalam Dunia Semasa:Pendekatan Islami"

9 - 10 November2010/2 - 3 Zulhijjah 1431 H

Sesi I

Faham Kreativiti dan InovasiMenurut Islam

Oleh

EN. MD. ASHAM AHMAD·Fellow, Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik, IKIM

AnjuranINSTITUT KEF AHAMAN ISLAM MALAYSIA (IKIM)

Bertempat diDEWAN BESAR, IKIM,

KUALA LUMPUR

1

Page 2: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

~

Faham Kreativiti dan Inovasi Menurut lslarn:Md. Asham Ahmad

Fellow

Pusat Kajian Syari'ah Undang-tmdang dan Politik

Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

1. Mukadimah

Tahun 2009 telah diisytiharkan oleh Kesatuan Eropah (EU) sebagai Tahun Kreativiti

dan Inovasi Eropah (European Year of Creativity and Innovatim). Peri pentingnya

kreativiti dan inovasi (K&I) terhadap masyarakat Eropah diungkapkan dalam perenggan

pertama manifesto 'Duta Eropah untuk Kreativiti dan Inovasi' (European Ambassadors

for Creativity and Innovation):

The world is moving to a new rhythm. To be at the forefront of this new world,

Europe needs to become more creative and innovative. To be creative means to

imagine something that didn't exist before and to look for new solutions and

forms. To be innovative means to introduce change in society and in the

economy. Design activities transform ideas into value and link creativity to

lnnovation.» 'ibJi-/<=-r,-=) 0tpcr ~'';'~ B~ .e: ~pL/l«s r:

Dilihat dari sudut keperluan kepada K&I demi kelangsungan hidup tidak dapat dinafikan

bahawa Kaum Muslimin juga tidak boleh tertinggal di belakang dalam usaha

membangunkan masyarakat yang kreatif dan inovatif.3Justeru, kerajaan Malaysia telah

mengambil inisiatif mengisytiharkan tahun 2010 sebagai Tahun Kreativiti dan Inovasi.

1 Kertas kerja dibentang pad a seminar "Kreativiti dan Inovasi dalam Dunia Semasa: Pendekatan Islami",

Dewan Sesar, Institut Kefahaman Islam Malaysia, 9-10 November 2010.

2 Sila lihat http://create2009.europa.eu/fileadmin/GontentiDownloads/PDF/Manifesto/manifesto.en.pdf

3 Sebagai petunjuk untuk rujukan, statistik menunjukkan bahawa di antara tahun 1977 hingga 2004 hanya

1,542 paten yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat berasal dari negara-negara OIG berbanding angka

keseluruhan 3,101,719. Diterjemahkan dalam bentuk peratusan angka itu menunjukkan bahawa negara-

1

Page 3: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

Dalam keghairahan untuk berlumba dan bersaing dengan negara-negara Barat

persoalan bagaimana K&I difahami tidak harus dipandang ringan. Perbezaan

kefahaman tentang sesuatu perkara menjurus kepada perbezaan nilai, keutamaan dan

sikap, seterusnya perbezaan perancangan dan gerak-kerja bagi mencapai apa yang

dimaksudkan.

Gagasan K&I anjuran Barat bertitik-tolak dari pandangan alam (wor/dvieW) yang dianuti

oleh mereka. Ini diakui oleh para pengkaji dan penulis mereka sendiri:

There is a striking gap between the historical conceptualization of creativity in the

West and in the East. In western world, creativity was traditionally perceived as a

~od-like quality to create (a divine attribute), whereas in oriental culture (Hindu,

Taoist and Buddhist), creativity was understood as mimicry and discovery (Albert

& Runco, 1999). As Lubart points out, the divergence in the ontological

perspective between East and West involves a different definition of creativity.

For western culture, it entails a break with tradition and for eastern culture a- .$2 2 reinterpretation of traditional ideas (Lubart, 1999). This brings Lubart to assume~<e<-:7~

that creativity is context dependent (Lubart, 1999). Ng and smith (2004) also see

differences in what Eastern and Western cultures perceive as the cause of

success: Eastern cultures tend to attribute success to effort, while Western

cultures attribute it to ability. Intelligence is also framed in two opposed ways: a

large part of the western tradition sees it as an inherited quality, while in the East

it is widely assumed that inborn individual differences in intelligence are minor

(Gardner, 1999).4

negara OIG hanya menyumbang sebanyak 0.05% dari keseluruhan paten dengan Malaysia sebagai

penyumbang terbesar (547 paten). Dalam tempoh yang sama negara Jepun muncul sebagai pemilik

paten terbanyak iaitu sebanyak 574,865 paten. Lihat

http://www.dinarstandard.com/currenUIPforMuslimWorld030206.htm

4 Karlyn Adams, The Sources of Innovation and Creativity, 13. Untuk melihat perbahasan tentang sifat

dan unsur-unsur asasi pandangan alam Islam dan perbandingannya dengan pandangan alam anjuran

Barat sila rujuk karya Syed Muhammad Naquib al-Attas, Prolegomena to The Metaphysics of Islam

2

Page 4: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

----:> •

JfUJLI~

~,

Tidak bijak untuk kita menceduk bulat-butat atau menolak mentah-mentah sesuatu

gagasan pemikiran tanpa mengetahui dan seterusnya menilai secara objektif benar-

salah dan baik-buruk andaian-andaian berkenaan berdasarkan sudut pandang kita

sebagai seorang Muslim. 'Benar-salah' adalah neraca ilmu dan 'baik-buruk' adalah

neraca akhlak-kedua-duanya, tidak dapat dinafikan, adalah tertakluk kepada

pandangan alam seseorang atau sesuatu bangsa. Apa yang benar dan baik pada

pandangan Barat tidak semestinya juga benar dan baik pada pandangan klta.s Kaum

Muslimin, dalam soal ini, tertakluk kepada pandangan alam Islam yang sumbernya

adalah wahyu (al-Qur'an dan Sunnah) dan ditafsirkan makna dan tuntutannya oleh akal

dan pancaindera yang sihat. Itulah yang akan menjadi kayu ukur penilaian kita.

!r) frL~. $"k--.

~~'

,VUJ~x~

Kertas ini pada dasarnya cuba menjawab persoalan: bagaimanakah seharusnya

seorang Muslim berfikir tentang kreativiti dan inovasi? Persoalan K&I berkait secara-r. ~. q~ ~ ~ dl

langsung dengan dua persoalan pokok iaitu )'ilmu'l (knowledge) dan l'kemajUa~~~ -

(progress). IImu adalah asas dan sumber kreativiti manakala kemajuan adalah

matlamatnya. Bagaimana sifat dan tujuan ilmu itu ditanggapi akan menentukan

bagaimana persoalan kreativiti dan kemajuan difahami, diukur dan diusahakan gerak-

kerja ke arahnya. Turut dibincangkan ialah kaitan maknawi antara faham-faham i$la/},

tajdTd, mestenet); ijtihaC£.sla.n_P/dah. Kefahaman yang salah terhadap faham-faham~-"".,----.-------- . _ .. -_.

inilah sebenarnya punca kemerosotan daya K&I di kalangan Kaum Muslimin hari ini.:C. ,\1 ~ 1/, S pU-W (l.,'Aa-.,f ~.A,-a--."--.l-r-f/ 1- . cr --

• ,,(/ (C-Cltl k-p -3 d<k 1'h1JJf!.fL.f •

2. Dayaclpta dan IImu \,,~ /d!..rf'-'1j'V OV) . ~J.~ -? ,c+~,~(d~uIT

(Kuala Lumpur: International Institute of Islamic Thought and Civilization, 1995) khususnya dalam

pengenalannya. ~/-1;' kbc:. ~e-~ Er--/,' (~~/\./r1;,

5 Ini tidak bermakna bahawa kita menganjurkan subjektivisme dan relativisme. Bahkan kedua-dua faham

ini bertentangan dengan Islam kerana ia berasaskan kepada kepercayaan bahawa hakikat sesuatu itu

tidak bersifat mutlak (objektif), justeru ilmu tentangnya bernisbah kepada tanggapan penanggapnya dan

faktor-faktor yang mempengaruhi tanggapannya itu. Islam sebaliknya menegaskan bahawa hakikat

sesuatu adalah sa bit, dan ilmu tentangnya mungkin diperolehi dan boleh dipastikan kebenarannya.

Berpegang kepada prinsip inilah kita menilai secara kritis setiap pandangan yang dikemukakan bagi

memastikan bahawa ia memenuhi syarat-syarat ilmiah yang sah.

rd4CA--J (J, I 3 ~,--T ~'~ ~ ;Jr ~~

~-7~((.~10......11 • /~ (~ Lo..~-,--

~.l~.~ ~Lc2 1,..A-.

r

rv«:s'"> I<-=-

p-o 5" 'f {If,

Page 5: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

Kreativiti merujuk kepada keupayaan menghasilkan 'sesuatu yang baru' lagi sesuai,

manakala inovasi merujuk kepada keupayaan menghasilkan '.sesuatu yang baru da:-~

yang sedia aqa'. Justeru, inovasi itu sendiri pada dasarnya adalah suatu bentuk

kreativiti. Dalam syarahan yang bertajuk 'Creativity and Higher Education, Ned Costello

merumuskan empat ciri-ciri asasi kreativiti: (i) keaslian (originalit:/), (ii) kesesuaian

(appropriateness) dengan masalah yang dihadapi, (iii) berpandangan ke hadapan

(future orientation), dan (iv) keupayaan menyelesaikan masalah (problem-solving

abilit:/).6 Secara umumnya kita boleh bersetuju dengan takrif dan ciri-ciri yang digariskan

itu. Walaubagaimanapun kita berbeza dalam memperincikan maksudnya.

A~' // Hanya Allah sahaja yang layak digelar Pencipta dalam erti kata yang sebenarnya. Dia

menyifatkan dirinya sebagai Yang Maha Pencipta (al-Khaliq/al-Kha//aq) lagi Maha

Mengetahui (al-'Al1m). Dia adalah \;0):):; 0~1 &.l.!-Dia menciptakan dengan

KehendakNya langit dan bumi bukan berdasarkan contoh yang terdahulu.

Walaubagaimanapun Dia mengurniakan kepada manusia ilmue dan dari ilmu terbit

keupayaan untuk ~erdayacipta. Oleh kerana ilmu adalah pemberianNya maka

dayacipta juga adalah pemberiannya. Qengan ilmu dan dayacipte..manusia berupaya

menghadapi cabaran kehidupan, menyelesaikan masalah dan memperbaiki nasibnya.Ini adalah asas kepada kefahaman kita terhadap K&1. u/\~i~cf ~(Y\{~' e,

~~~ r

Asas ini tidak diakui dalam sistem pemikiran yang berasaskan pandangan hidup

sekular. Inilah yang tersirat dalam kenyataan Costello apabila beliau menghuraikan

dengan lebih lanjut apa yang beliau maksudkan dengan kreativiti.

Creativity is frequently associated with notions such as talent, spontaneity and

coincidence, i.e. cannot be influenced or determined but ultimately are left to

chance. We find this expressed, for example in the popular idea of a "creative/- ~ -fc--L... II~~' fr4u;--J;on ~

AJl04.6 Syarahan ini disampaikan pada 27 Mei 2007 di NUIM Symposiun on Creativity, Dublin. Teks syarahan

boleh didapati di http://www.iua.ie/publications/documents/publications/2007/CreativityLecture.pdf.

7 AI-Baqarah (20): 117.

8 AI-'Alaq (96): 5.

4

Page 6: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

leap" or "flash of genius" as the origin for major scientific, artistic breakthroughs

(e.g. Newton observing a falling apple).»

*

Bermula dengan penafian terhadap Tuhan sebagai sumber ilmu dan dayacipta manusia

timbul kesalahan-kesaiahan pemikiran yang lain. David Gurteen, sebagai contoh,

berpandangan bahawa K&I berkaitan dengan proses mencipta dan mengaplikasikan

i1mubaharu. Menurut beliau, percambahan buah fikiran hanya boleh berlaku apabila

seseorang itu melalui proses 'bermain-main' dengan sesuatu pandan~n, sama ada

yang sedia ada ataupun yang baru difikirkan. Untuk melakukannya seseorang Itida~

boleh terikat dengan batasan atau hC3d-tiada apapun yang mutlak dan tidak boleht, .".

diubah.)Justeru, salah satu perkara yang menghalang K&I, pada pendapat beliau, ialah

asas-asas kepercayaan tentang alam (paradigm) yang menjadi pegangan seseoranq.w

Mengulas tentang kaitan antara ilmu (know/edge) dan hakikat (rea/itJl), Gurteenmenulis: ~ W (J Y'1& LA ~ -- J~ ~ -r-' l~-T

Like an organism knowledge evolves and is not absolute or fixed in anyway.

What shapes it is its appropriateness.... A theory, model or way of doing things-

in other words our knowledge-can only ever be disproved-it can never be

proved in an absolute sense. It can be clearly shown not to work or not to work

well but it is impossible to show that this is the one and only way in which things

work.n

Terdapat dua kenyataan Gurteen tentang ilmu yang mesti diberikan perhatian. Pertama,

~ beliau menafikan kemutlakan ilmu.12 dan kedua beliau percaya bahawa asas-asas

k~percayaan tentang alam (paradigm) yang menjadi pegangan seseorang adalah

9 Ned Costello, Creativity and Higher Education.

10 David Gurteen, "Knowledge, Creativity and Innovation", kali pertama diterbitkan dalam Journal of

Knowledge Management vol.2, no.1, Sept. 1998. Soleh didapati di

http://www.gurteen.com/gurteen/gurteen.nsf/id/kci-article

11 Ibid.

12 Ataupun mungkin lebih tepat lagi kalau kita katakan bahawa beliau tidak membezakan antara ilmu

dengan dugaan, pendapat, sangkaan dan keraguan.

5

Page 7: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

~~ (~fl~

( r!/vLv;l/V'-u -=~~~

;--tu JV\dl. h.

.c: ~~ - -f7~ 6-<?<b-""'-.~?-.,. / 'RY6.~ I ?

penghalang kepada K&I. Kedua-dua perkara ini sebenarnya saling berkait-sekiranya

ilmu bukan mutlak maka pastilah tidak ada pandangan alam yang mutlak untuk(

dijadikan pegangan dan rujukan rnuktamad. Jika demikian keadaannya K&I tidak akan

mempunyai landasan dan matlamat yang jelas-segalanya terbuka dan segalanya

bergantung kepada nasib (chance).0:-

Pada hakikatnya, menafikankemutlakan ilmu itu samalah dengan menafikan ilmu itu

sendlri.» Inilah intisari kepada faham-faham Jepistemological subjectivism' dan 'moralc- '~

relativisni....yang menjadi asas pemikiran moden hari ini. Subjectivism mengajarkan

keni~bian kebenaran dan menafikan kemutlakan ilmu:JApa yang dikatakan benar itu

hanyalah apa yang djputuskan benar oleh individu atau masyarakaL Terdapat berbagai-

bagai cabang subjectivism dari yang mutlak kepada yang terhad kepada bidang-bidangL- ~ :) (~c,f (?-/"vJ, lcw1.-0'"' /J/I-A.J-e~ ~'} /L -

13 Oalam sejarah falsafah terdapat segolongan manusia yang dinamakan 'kaum sDfas/a'iyyah'

(sophists)-mereka adalah golongan pengengkar ilmu sarna ada ilmu yang bersifat f:1issiyyat(empirica~,

badihiyyat (self-evidenl), fjarDriyyat (a prior~ mahupun na~ariyyat (demonstrative). Menurut mereka, apa

yang dikatakan ilmu daruriyyat itu antaranya adalah apa yang berasaskan kesaksian pancaindera,

sedangkan dalam banyak keadaan pancaindera memberikan maklumat yang salah; justeru kesaksian

pancaindera hendaklah diragui. IImu badihiyyat pula telah mencetuskan banyak perbezaan pendapat,

setiap satu menafikan kebenaran yang lain; ini menimbulkan keraguan tentang pandangan mana yang

boleh diterima. IImu na~ariyyat tidak dapat diterima kerana ia diasaskan kepada sesuatu yang ditolak,

yakni ilmu fjarDriyyat(a priori knowledge) bagi mengelakkan tasalsuldan dawr. Lihat "al-safsatat/', dalam

al-Tahanawi, Kashshaf 1~/ilaf:1atal-FunDn (Beirut: Oar al-Kutub al-'lImiyyah, 1998), 2: 368-9. Sa'd ai-Din

al-Taftazanl dalam syarahnya terhadap 'Aqa'id al-Nasafl membahagikan kaum sufasta'iyyah kepada tiga

golongan: (i) al-'inadiyyah (the obstinate): golongan yang mengingkari sarna sekali hakikat, apa yang

dikatakan 'hakikat' itu, bagi mereka, hanyalah sangkaan dan khayalan palsu semata-mata; (ii) al- 'indiyyah

(the subjectivists): mereka tidak mengingkari hakikat tetapi objektiviti (thubDI) ilmu tentang hakikat, semua

ilmu (tentang hakikat) menurut mereka adalah subjektif, yakni apa yang dianggap benar tentang hakikat

sesuatu itu hanyalah pandangan orang berkenaan tentangnya; dan (iii) al-Ia adriyyah (the skeptics):

mereka mengingkari sarna sekali kemunqkinan ilmu diperolehi, mereka adalah golongan yang berada

dalam keraguan bahkan mereka meragui keraguan mereka sendiri. Sila rujuk syarah al-Taftazani yang

telah diterbitkan dengan Qashiah (nota kaki) dan hashiah ke atas hashiah berkenaan berserta catatan-

catatan tepi (hawamish dan taqriral) dalam satu jilid besar dengan judul MajmD'at al-f:Iawashi al-Bahiyyah

'ala Sharh et- 'Aqa 'id al-Nasafiyyah (Matba'ah Kurdistan al- 'IImiyyah, 1329H).

6

Page 8: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

tertentu sahaja. Majoritinya menghadkan ilmu yang objektif hanya kepada hasil

pengalaman inderawi (sensible experience) semata-mata, sedang yang lain

(termasuk/dan terutama sekali agama) adalah subjektif. Ada yang mentafsirkan

hakikatlkebenaran sebagai apa-apa yang berguna (pragmatism); manakala yang lain

pula menerima kepelbagaian hakikat (pluralism).

Moral relativism (faham kenisbian akhlak) hanyalah kesimpulan epistemological

subjectivisf7!. yang tidak dapat dielakkan. Faham kenisbian akhlak mesti diisbatkan

kerana jika kebenaran mutlak tidak boleh diketahui, demikian jugalah kebenaran

akhlakiahr Justeru, yang kuatlah menentukan siapa yang benar dan siapa yang salah-(prinsip might makes righf), bukan prinsip-prinsip falsafah mahupun agama.

~v -t ~J..... ol, f;~ "10I~ ~-- \\ !:;vOV;Je., 1/ : 'ff hvJ /7L--P-vd~ ,Akibat-akibat lanjut dari kedua-dua faham di atas dapat dilihat pada kepercayaan

melulu terhadap sains sebagai satu-satunya ilmu yang membawa keyakinan dan boleh

diharapkan untuk menyelesaikan semua masalah manusia (scientism); kepercayaan

bahawa penyelesaian kepada masalah manusia sama ada berkait dengan individu,

masyarakat, ataupun soal akhlak, boleh dicari dengan pendekatan politik (politicism);

juga kepercayaan bahawa matlamat akhir dan tertinggi kehidupan manusia (yakni

kebahagiaan) ialah apa yang ditentukan secara bersama oleh para anggota masyarakat

(democracy dan market economyi»

Sains dan teknologi Sarat yang menjadi asas gagasan K&I semasa bukanlah neutral

sifatnya-yakni tidak diwarnai atau diresapi oleh mana-mana agama, sistem pemikiran

(falsafah), atau kebudayaan.» Apa yang pada asal mulanya hanyalah alat= bagi

14 Perbincangan yang agak mudah dan menarik untuk diikuti tentang epistemological subjectivism dan

moral relativism, akibat-akibat dan contoh-contohnya dalam pemikiran semasa boleh didapati dari

sekumpulan makalah tulisan Jonathan Dolhenty yang disiarkan dalam laman webnya

http://radicalacademy.com.Beliau menyifatkan subjectivism dan relativism sebagai punca kegilaan

pemikiran hari ini, yang hanya boleh diubati dengan apa yang beliau namakan Realistic Philosophyyakni

falsafah yang berasaskan kepada common sense, critically examined and expanded

15 Sebahagian pemikir Muslim, akibat kejahilan tentang sifat-sifat asasi sains moden yang dipupuk oleh

Kebudayaan Barat, menerima bulat-bulat sains Barat dengan sangkaan ianya adalah kesinambungan

~~-Jkr~AVoLb~ S > fl)~ ipd.J; ft\--tJe5ern.-S u'-v! -Ii .&-?n

J" L'b.Tf? f!liA,}.J' C/"';) ?v}

J., ,~ c-c-. G~ ~ vne--,r-& f

-e <l...O ""'--0 ""--\.1 .

Page 9: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

menguasai dan mengawal alam sekeliling bagi kemaslahatan manusia, kini telah

menjadi kayu ukur kebenaran dan penentu nilai semua perkara. Adalah diakui bahawa

penemuan-penemuan sains telah banyak memberi manfaat kepada manusia dalam

berbagai-bagai aspek kehidupan. Walaubagaimanapun, akibat dari penemuan-

penemuan yang menakjubkan itu, sains akhirnya telah dipuja dan didakyahkan sebagai

satu-satunya ilmu yang pasti dan muktamad serta mampu memberikan keyakinan

dalam semua perkara. Justeru, kaedah-kaedah sains yang berteraskan rasionalisme

dan empirisme telah turut diaplikasikan sebagai kayu ukur kesahihan bidang-bidang

lain, khususnya dalam disiplin-disiplin ilmu kemanusiaan dan kernasyarakatan.v Semua

ini dilakukan demi mengangkat martabat ilmu-ilmu itu agar juga dianggap saintifik dan

rnuktamad.»

sains yang diwarisi dari tamadun Islam. Ini adalah suatu kesilapan yang besar kerana pada hakikatnya

sains Barat dibina di atas suatu pandangan hidup (worldvieWj yang tidak selari dengan Islam. Akibat

salah-faham ini, aspek-aspek kebudayaan dan pemikiran yang menjadi as as sains Barat dianggap tidak

relevan untuk dibahaskan secara bersungguh-sungguh.

16 Sebagai alat, sains tidak berupaya menentukan nilai dan kegunaannya kepada manusia, sebaliknya

manusialah yang sebenarnya menentukan nilai dan kegunaan sa ins bagi mencapai matlamat-matlamat

kehidupannya. Walaubagaimanapun, ketaksuban terhadap sains di kalangan masyarakat Barat telah

mengakibatkan penolakan pandangan hidup berteraskan agama (religious worldvieWj, yang dianggap

tidak lagi secocok dengan pemikiran zaman ini. Kekosongan yang ditinggalkan agama kini diambil alih

oleh falsafah kemanusiaan dan kemasyarakatan yang dilahirkan oleh sains sekular, dan inilah landasan

pandangan hidup Barat masakini.

17 Syed Muhammad Naquib al-Attas, Risalah Untuk Kaum Muslimin (Kuala Lumpur: ISTAC, 2001), 42.

18 Scientism, menurut Seyyed Hossein Nasr, adalah hasil dari falsafah sekular yang mengangkat sains

menjadi suatu 'ideologi'. Ideologi ini amat besar pengaruhnya terutamanya di kalangan ahli-ahli sains

kemanusiaan dan kemasyarakatan, bahkan mereka inilah yang begitu ghairah mendewa-dewakan sains

lebih dari para saintis sendiri. Antara yang turut terpengaruh ialah segolongan ahli teologi, yang lebih rela

menilai semula, meminda, bahkan menolak terus prinsip-prinsip agama yang menyinggung dogma-

dogma yang dianuti oleh sains moden. Mereka ini, disebabkan ketaksuban mereka terhadap sains,

digelarkan oleh Nasr sebagai 'paderi-paderi scientisni. Lihat Seyyed Hossein Nasr, A Young Muslim's

Guide to The Modern World (Petaling Jaya: Mekar Publishers, 1994),186-87.

8

Page 10: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

IImu sains, pada hemat al-Attas, telah mengelirukan cara berfikir dan falsafah orang-

orang Barat terhadap tujuan dan sifat ilmu pengetahuan yang bersangkut-paut dengan

soal hakikat semesta. Segala penemuan yang dicapai selama ini, ujar beliau, telah~

menjadikan IT)anusia sombong dengan kebolehan akalnya, sehingga mendorongnya

menyangka ilmu sains itu boleh memandunya ke arah kesejahteraan hidup.19

Bertrand Russell, seorang ahli matematik dan ahli falsafah Inggeris terkenal, tidak dapat

menyembunyikan kerisauannya terhadap situasi ini, yang disifatkannya sebagai suatu

kegilaan yang amat berbahaya. Beliau menulis:

The philosophies that have been inspired by scientific technique are power

philosophies, and tend to regard anything non-human as mere raw material.

Ends are no longer considered; only the skilfulness of the process is valued.

This also is a form of madness. It is, in our day, the most dangerous form, and

the one against which a sane philosophy should provide an anttdote.»

Kerisauan Russell adalah berasas. Dokongan kerajaan dan konglomerat kapitalis

terhadap aktiviti penyelidikan dan pembangunan sains telah mewujudkan golongan

saintis profesional yang digaji untuk melakukan penyelidikan-penyelidikan khusus untuk

tujuan-tujuan tertentu. Banyak universiti-universiti terkemuka di Amerika Syarikat

umpamanya, mendapat peruntukan yang besar bagi melakukan penyelidikan untuk

membangunkan senjata-senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan tentera Amerika.

Apakah para saintis bertanggungjawab terhadap apa yang mereka temui sekiranya

pihak yang membiayai penyelidikan itu mengaplikasikan penemuan itu tanpa sebarang

pertimbangan moral dan prinsip-prinsip keadilan? Ini adalah persoalan moral yang amat

penting kerana banyak penemuan sains yang telah digunakan untuk mencapai

matlamat-matlamat politik, ekonomi dan ketenteraan hingga menghasiikan krisis

kemanusiaan yang dahsyat. Hiroshima dan Nagasaki adalah contoh klasik bagaimana

19Al-Attas, Risalah, 42-45.

20 Bertrand Russell, History of Western Philosophy (London: Routledge, edisi kedua, cetakan semula

1993) 482.

9

Page 11: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

sains dan saintis digunakan untuk melakukan kemusnahan besar-besaran demi

mencapai matlamat penguasaan terhadap sesama manusia.

Sains dan teknologi juga telah membolehkan manusia menguasai dan mengeksploitasi

sumber-sumber alam yang memberikan faedah ekonomi yang besar. Akan tetapi

faedah ini hanya dinikmati oleh segelintir manusia yang menguasai teknologi berkenaan

dengan usahasama pemodal yang kaya. Sanyak negara yang kaya hasil buminya tetapi

miskin kerana telah 'dijajah' oleh syari kat-syari kat multinasional yang mengaut

keuntungan yang besar dari sumber alam yang dimilikinya. Ini menimbulkan jurang

kekayaan yang besar di antara negara-negara dengan negara-negara kapitalis

mempunyai kelebihan yang nyata.

Pengalaman sejarah menunjukkan bahawa sains dan teknologi yang berasaskan

penafian terhadap dasar-dasar akhlak yang berteraskan agama tidak berupaya

menghasilkan ketertiban (cosmos) sebaliknya mendatangkan kekacauan (chaos) dalam

setiap aspek kehidupan. Ini amat berlawanan sekali dengan tujuan ilmu yang menurut

Islam:

... jikalau tiada bersabit dengan mengenal diri, mematuhi ajaran agama,

menyempurnakan masyarakat, membimbing negara, menyatakan hikmah,

menegakkan keadilan, mengukuhkan akhlak dan budi pekerti-hanyalah sia-sia

belaka ... 21

Wujud perbezaan faham yang nyata mengenai ilrnu di antara Islam dan Kebudayaan

Barat. Perbezaan ini, menurut al-Attas lagi, "demikian mendalam dan mutlak seakan-

akan jurang yang tiada dapat dipertitikan, yang tiada dapat dipertemukan."22 Perbezaan

itu merujuk kepada sifat dan tujuan ilmu yang pastinya ditanggapi secara berbeza

kerana perbezaan faham antara Islam dan Kebudayaan Sarat antaranya tentang

hakikat insan dan tujuan kewujudannya. Perbezaan faham tentang hakikat insan itu

21AI-Attas, Risa/ah,59.

22 AI-Attas, Risa/ah, 50.

10

./'

Page 12: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

pula menjadi asas kepada penilaian maju-mundur sesuatu bangsa dalam sejarah, dan

juga bagaimana gerak-kerja ke arah kemajuan itu ditangani.

3. K&I dan Faham Kemajuan

Dalam kerangka pemikiran Islam kreativiti difahami sebagai daya pemberian Allah, dan

daya itu digunakan dalam rangka melaksanakan amanah (takfif) yang

dipertanggungjawabkan ke atas manusia. Takfif itu terkandung dalam faham i$/al},

matlamatnya terkandung dalam faham tajdfd, dan kaedahnya adalah ijtihad yang

berdasarkan kefahaman yang benar terhadap mestenen. Faham-faham inilah yang

membentuk apa yang difahami sebagai 'kemajuan' menurut Islam./

~ I' j be..AJ~ OJ r-: ':~f't)/~ (f6- be"'t--t>.3.1 /$/al} dan Tajdfd

Islam adalah agama i$/al} (pemulihan)-ia datang membawa kebaikan dengan

memperbaiki dan memulihkan keadaan umat rnanusia.» Risalah Islam adalah

kesinambungan dari risalah para Rasul terdahulu, yang telah dirosakkan dan

dikacaukelirukan ajarannya oleh para pengikutnya. Justeru, Muhammad bolehlah

dianggap sebagai 'pengislah' terakhir dari kalangan rasul, akan tetapi tugasnya itu tetap

diteruskan oleh para pewarisnya yang hakiki (yakni para 'ularna') hingga ke akhir

zarnan.> ~cJ. ~·~CJ /)'\J.-:r!-'/' /~/k ~ -' r a»:~ rCyJb.1 cLo~ ~~ bo4A ~( ,

23 1$lal} berasal dari akar kata cJ.o ertinya .>l..u..t.iJ1~~ (yakni lawan kepada kerosakan), Terkandung

dalam erti kata .>W itu ialah makna-makna berikut: 'kekeringan' (y.>.>.)dan 'kemarau'(zco), 'kebinasaan'

(...A.1), 'kemusnahan' (yla£:) 'permusuhan' (o..9I.>.e)dan 'perpecahan' (,ol>J)l1 8;Ia9), 'kemudaratan' lu.aJI),

'melampaui kebenaran dan hikmah' (~I..9 yl~1 OJ..9!;:..o) , 'kelemahan' (Jb.ll), 'krisis' (yl)a.ol).

Kesemua keadaan ini mesti dielakkan, dikawal, atau dihapuskan demi kesejahteraan dan kesempurnaan

hidup manusia-gerakdaya ke arah itu dinamakan i$lal}. Makna-makna ini dikutip dari al-Mu'[am al-Waslt

(Kaherah: cetakan kedua, 1972).

24 Rasulullah s.a.w. menjamin bahawa akan sentiasa ada pada setiap zaman suatu golongan daripada

umatnya yang sentiasa teguh menzahirkan kebenaran. Terdapat banyak hadith yang menyebut tentang

perkara ini (antaranya yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim) sehinggakan Mulla 'All al-Oari

menganggapnya mutawatir dari segi makna. Lihat karya beliau Mirqat al-MafatTlJ (Beirut: Dar al-Kutub al-

'IImiyyah, 2001) 1: 463.

11

Page 13: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

Oi dalam al-Qur'an kita akan dapati banyak sekali suruhan melakukan i$/al} (yang

biasanya datang bersama dengan perintah bertaqwa)25 dan larangan melakukan

kerosakan di muka bumi.26 Agama Islam menyeru ke arah perpaduan di atas jalan

kebenaran dan melarang perpecahan dan perrnusuhan.s" Apabila berlaku juga

permusuhan dan perpecahan i$/al} adalah jalan untuk menyatukan semula pihak-pihak

yang bertelagah sarna ada dalam kehidupan berumahtangga mahupun

berrnasyarakat.w

AI-Qur'an menyebut i$/al} secara berpasangan dengan taubat, dengan taubat disebut

dahulu.29 Ini bererti bahawa taubat adalah prasyarat i$/al}. /$/al} dilakukan bagi

memperbaiki keadaan yang rosak dan ia tidak mung kin berlaku kecuali dikenali dan

diakui dahulu kesalahan dan kerosakan yang telah dilakukan itu. Taubat menuntut

pengakuan terhadap kesalahan diri dan penyesalan terhadap apa yang telah dilakukan,

dan ia tidak sempurna tanpa i$/al}, yakni usaha bersungguh-sungguh bagi memperbaiki

kerosakan dan menebus kesalahan yang telah dilakukan.

Golongan yang melakukan i$/al} tidak disia-siakan ganjarannya di sisi Allah,30 dan

selagi ada golongan yang melakukan usaha berkenaan sesuatu kaum itu tidak akan

dibinasakan Allah." Ini menunjukkan peri pentingnya usaha i$181} itu dilakukan secara

berterusan demi kesejahteraan masyarakat.

Walaubagaimanapun al-Our'an mengingatkan bahawa akan sentiasa ada golongan

yang bukan sahaja tidak mengendahkan larangan dari melakukan kerosakan bahkan

mendakwa melakukan i$/al}.32 Mereka terdiri dari dua golongan: pertama, golongan

25 Lihat al-Baqarah (2): 224, al-A'raf (7): 35, al-Anfal (8): 1.

26 Lihat al-A'raf (7): 56.

27 Ali 'lrnran (3): 103.

28 Lihat al-Huiurat (49): 9-10.

29 Lihat al-Baqarah (2): 160, al-Nisa' (4): 16, al-Ma'idah (5): 39, al-An'am (6): 54.

30 al-A'raf (7): 170.

31 HOd (11): 117.

32 Lihat al-Baqarah (2): 11.

12

Page 14: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

yang berniat jahat, yang sengaja melakukannya dengan menggunakan tipu-helah bagi

menyembunyikan niat sebenar mereka; yang kedua, golongan yang tertipu, yakni

golongan yang menyangka rnereka melakukan kebaikan sedangkan hakikatnya adalah

sebaliknya. Narnun Allah berulang-kali menegaskan bahawa Dia mengetahui siapa

sebenarnya yang rnendokong i$/al} (mu$/il}un) dan siapa pula sebenarnya golongan~ (Jt.d\ bz,/,c:t,v ~ <-J.-r- (h 'al}e ru.-

perosak (mutsidun).33 I :'] ,/ • ,'f I U ,J 0~ ~ ;;/" r;i,'pJ'?hln I~ /Q../j .6Q""-' cL r!?sZ/rvuz ,-

~ Faham i$/al} berkait rapat dengan faham tajdidyang sering diertikan dalam perbahasan

semasa denganyernbaharua!! (renewa/atau revival.) Kedua-dua faham ini tidak boleh

dipisahkan dalam ertikata tidak semua pernbaharuan itu sah dan boleh diterima. Hanya

pembaharuan yang mendatanqkan kebaikan (ma$/al}ah) yang sah dan boleh diterima,

dan ini bererti seorang pernbaharu (mujaddid) itu mestilah pada masa yang sama

seorang pengi~la~ (mu$/il}). I _ / .; _. /~ ~bd-'l~ ~cA vLq,7-f.//c ~ <rv.~ .,

~ari segi bahasa '",-"",' mempunyai kailan maknawi dengan perkataan '-».' yang bererti

'datuk'. Secara harfi :>..t~ ertinya '!l1endatukkan', yang boleh kita fahami sebagai

gerakdaya mengembalikan kepada kefahaman dan amalan yang asaJ seperti dahulu.

Fahaman ini mengandaikan (i) baha~a 'yang asal' itulah yang benar lagi haik untuk

dicontohi; (ii) bahawa kebenaran dan kebaikan itu tetap tidak ben .bah selama-Iaman~a;--. - --~ I(iii) bahawa sU,mber-sumberkebenaran dan kebaikan itu tetap terpelihara keasliannya;. v, a-.a..U- ~~ ru'v 'l ~---{---:I~dan (iv) bahawa ilmu tentang kebenaran dan kebaikan itu mungkin diketahui. Justeru,

tajdJd seharusnya difahami sebagai suatu gerakdaya mengernbalikan rnasyarakat* kep~a kefahaman dan amalan agama yang asal seperti ditunjukkan oleh Ras~lIah

dan generasi awal Islam (sa/at a/-$a/il}), dan seterusnya diwarisi oleh para 'ulama' sejati..1

yang mengikuti jalan yang baginda asaskan itu. la bukan bermaksud memutuskan diri

dari jalan itu kerana dianggap lama, tidak sesuai, ataupun lapuk kerana gerakan tajdJd

yang tulen tidak sarna sekali akan menimbulkan pertentangan antara yang asal dengan=-- --

yang baru (yang sering dirujuk sebagai persoalan a$a/ah lawan I}adathah).

______________ ~~hv~

33 AI-Baqarah (2): 220, Yunus (10): 40, Ali 'Imran (3): 62, al-Shu'ara' (26): 152.

13

~

f~~

t )~

"b

fI

Page 15: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

~pe- L '4'T ~ ;r\.Q/:)-J/' ~ J v Ie !c,o ~ 'e:~ Mu [YUY-Jf>/ J" ~~. lj

\.\ ~p~ LA J'"v! rvJ U]~ k/~<:.....

8agi memastikan tiada pemutusan dan mengekalkan keaslian Risalah Islam maka para

'ulama' telah menggariskan usDf34 dan qawa'id agar setiap hukum cabang (turD)~

diketahui tempat terbltnya.» Usaha-usaha yang mereka lakukan itu adalah merupakan

ijfihad, yang pada hakikatnya adalah sebahagian dari tuntutan tejdid» Semua itu hanya

boleh dilakukan dengan daya usaha yang bersungguh-sungguh dalam memahami

hakikat agama dan hikmah yang terkandung di dalamnya-yang demikian itulah

ijfihad37 Mujaddid yang hakiki bukan sahaja seorang yang arif tentang ilmu shari'atc ~

bahkan dikurniakan Allah dengan dengan ma'rifat yang membolehkannya mengenali~dan memahami rahsia-rahsia (asrar dan haqa'iq) sharrat.» Mereka inilah imam-imam

r~

sejati, pemimpin orang-orang yang beriman.

34 Kata jama' bagi .).oi , ertinya: 'sesuatu yang di atasnya terbina yang lain sedangkan ia tidak terbina di

atas yang lain.' AI-Sayyid al-SharTf al-JurjanT (m.816 H), Kitab al- TarTfat (Kaherah: Dar al-Rashad, 1991),

38.

35 Pemikiran Islam itu ibarat sebatang pohon yang lengkap, subur lagi berbuah-dahan atau cabang yang

terpotong dari batangnya adalah dahan atau cabang yang mati; tidak mungkin ia menumbuhkan ranting

dan daun, apatah lagi berbuah. Lihat lbrahirn (14): 24-27.

36 Turut terkandung dalam kalimah .l:!~ ialah makna-makna berikut: 'usaha yang bersungguh-sungguh

dalam sesuatu perkara' L.9-0~1 ...) .)~~I), 'mengetahui hikmah sesuatu' (~i), dan 'benar-benar

mengetahui hakikat sesuatu sehingga dapat dibezakan kebenaran dari kebatilan' (cWi». Makna-makna

ini dinyatakan oleh Ibn Manzur dalam Lisan al-'Arab.

37 ijtihadbukanlah semata-mata gerakdaya akliah yang terpisah dari persediaan keruhanian. ijtihadyang

sempurna mencakupi penyucian jiwa (tazkiyat al-nafs) si mujtahid melalui mujahadat al-nafs.

38 Menurut Shah Wali Allah al-DihlawT (1703-1762), yang benar-benar memahami rahsia agama adalah

seorang yang dikurniakan Allah JIm al-IadunnT kerana rahsia agama adalah rahsia Allah, dan Dia

memberikannya kepada sesiapa yang Dia kehendaki dari kalangan ahli-ahlinya (para awliya). Hanya

mereka sahaja yang tahu bagaimana membina u~QI dan menerbitkan darinya furu', dan bagaimana

menghasilkan kaedah berpandukan nas dan akal. AI-DihlawT mendakwa dia adalah salah seorang yang

dikurniakan ilmu sedemikian. Lihat karya beliau /:fujjat Allah al-Balighah (Beirut: DAr al-Ma'rifah, 1997), 2

jilid, 1: 10. Tentang 'ilm ladunnT sila rujuk tulisan al-Ghazafi, al-Risalah al-Ladunniyyah, diterbitkan

bersama karya-karya al-Ghazall yang lain dalam MajmtJ'at Rasa'll et-lrnern al-Ghaza/J (Kaherah: al-

Maktabah al-Tawfiqiyyah, U.). Hujjatu 'llah al-Balighah adalah karya terpenting al-DihlawT di mana beliau

membahaskan persoalan rnaslahah. Kitab ini dibahagikan kepada dua: bahagian pertama membicarakan

tentang kaedah-kaedah yang digunapakai bagi mengistinbatkan maslahah-maslahah yang diraikan

14

Page 16: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

V''u FYlp>Z-'- ...--7 ;§} S PJ -I ~

AsC--) (cJILI....-'(fC,) I~ (~" ~) biJ.... --6~ ~=-~, ,~)1"r ~ ~ .~?--.- ~)v/(;I- ~l,

~

' lal} dan tajdTdadalah usaha atau geraKdaya bagi menganjurkan perkara-perkara Yang.'

i: endatangkan kebaikan sekaligus menghapuskan perkara-perkara yang

4e~ mendatangkan kerosakan kepada manusia, sama ada untuk kehidupan dunia mahupu

~~ akhirat. Matlamat yang ingin dicapai oleh usaha atau gerakdaya ini dinamakan

..,ma$lal}a!J.dan yang ingin dielak atau dihapuskan ialah mafsadah.39

Terkandung dalam kedua-dua faham ini (yakni i$lal} dan tajdTd) adalah hakikat

kes,empurnaan agama Islam yang suci dari kecacatan dan senantiasa baru (yakni tidak

lapuk dek perubahan zaman). la sudah disempurnakan dari awal lagi,40 oleh itu tidak

memerlukan gerak-daya sejarah bagi mencapai kesempurnaan. Yang~tidak sempurna1

dan tidak terpelihara dari kekurangan dan perubahan ialah[Kaum Muslimin.! Kepada

merekalah i$lal} dan tajdTdditujukan, bukan kepada agama lslam.o ~b--.~ frLvcYG''''''' ~

3.2. Ijtihtid dan Bld'ah ~

dalam kehidupan beragama; bahagian kedua pula menjelaskan secara terperinci bagaimana Sunnah itu

seharusnya difahami. Kedua-dua bahagian ini saling melengkapi-yang pertama berupa kerangka

pemikiran, dan yang kedua bagaimana kerangka pemikiran ini diterjemahkan dalam amalan hidup

seorang Muslim yang mengikuti contoh tauladan Rasulullah s.a.w. berdasarkan kefahaman yang benar.

39Kedua-duanya adalah persoalan pokok yang dibahaskan oleh para u$tJliyytJn kerana kaitannya dengan

soal ijtihad. Antara nama-nama besar yang banyak menyumbang dalam perbahasan ini sebelum

kedatangan al-Shatibl ialah al-Hakim al-TirmidhT, al-Maturfdi (m. 403/1112), al-Oaffal al-Shashi (m.

365/975), al-AbharT (m. 375/985), al-Baqillani (m. 403/1112), al-JuwaynT (m. 478/1 085), al-Ghazall (m.

505/1111), al-Razi (m. 606/1209), al-AmidT (m. 631/1233), Ibn al-Hajib (m. 646/1248), al-Baydawi (m.

685/1286), al-lsnawT (m. 772/1370), Ibn al-SubkT (m. 771/1369), 'lzz al-Din ibn 'Abd al-Salarn (m.

660/1261) dan Ibn Taymiyah (m. 728/1327). Kenyataan ringkas tentang sumbangan mereka boleh diikuti

dalam Ahmad al-RaysOnT, Imam Shatibi's Theory of The Higher Objectives and Intents of Islamic Law

(Kuala Lumpur: IIIT/lslamic Book Trust, 2006), 3-38.

40AI-Ma'idah (5): 3.

41 Tuduhan bahawa Islam menjadi halangan kepada pembangunan dan kemajuan bukanlah baru, dan

tidak dinafikan ramai di kalangan Kaum Muslimin yang menerima tuduhan itu. Lihat Timur Kuran, "Islam

and Underdevelopment: An Old Puzzle Revisited", Journal of Institutional and Theoretical Economics

(JITE), Vol. 153 (1997).

15

Page 17: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

~/~M~~h/~ IT. ~Av ~cr:-- .

Seperti yang dinyatakan di atas,~ebarang gerak-kerja pembaharuan (tajdTd) yang sahih

mestilah dilandaskan kepada ijfihad yang sahih, yakni yang dibina di atas dasar-dasar

agama (u$D~ yang tidak boleh dipertikaikan lagi kesahihannya. "Ertinya, pembaharuan-~ yang lidak ada asas atau asalnya dalam agama adalah tertolak-bahkan ia adalah

pembaharuan yang menyesatkan (bidah f/a/a/ah).42

Pemikiran Islam itu ibarat sebatang pohon yang lengkap, subur lagi berbuah-dahan

yang terpotong dari batangnya adalah dahan yang mati; tidak mungkin ia

menumbuhkan ranting dan daun, apatah lagi berbuah." Sekiranya persoalan ini benar-

benar difahami dan diinsafi, tidak sewajarnya ditimbulkan seolah-olahnya ada

permusuhan atau pertentangan antara yang asal (a$a/ah) dengan yang baru (/Jadafhah)

kerana setiap cabang (furD' yang sah pasti boleh dikembalikan kepada asalnya (u$D~.

Sehubungan dengan itueidak seharusnya dilagakan dengan tafsiran, apatah lagi

tafsiran yang disempurnakan oleh pemilik kewibawaan yang sah (yakni para

mujfahidDn). Sebarang tafsiran tentang Islam yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja

dahulu mahupun sekarang tidak boleh lari dari merujuk kepada sumber-sumber ilmu- - - - ---.-

danrnenqqunapakai kaedah-kaedah ilmiah yang diakui sah. Ini pada hakikatnya adalah

persoalan mengembalikan amanah kepada ahlinya, dan ia adalah persoalan adab

terhadap ilmu dan ahlinya+' Inilah tradisi kita, dan pemutusan dari tradisi inilah

sebenarnya bid'sh f/a/a/a/r+"-ia adalah pembaharuan yang menyesatkan kerana ia~-/1"Y\.O--. ~ -/CJ!~ L/ ro I C4 P=-J ) ~ J~. VJ

Ptf~ ~' ;n!{ , / PUJ0J/ ~~ -.42 Pada zaman sebelum Islam perkataan bid'ah kebiasaannya membawa pengertian yang negatif

merujuk kepada amalan-amalan yang bertentangan dengan adat kebiasaan. Dengan kedatangan Islam

perkataan 'bid'ah' sebagaimana 'sunnah' digunakan untuk maksud-maksud yang positif dan negatif

bergantung kepada konteks penggunaannya. Walaupun perkataan 'bid'ah' juga digunakan sebagai lawan

kepada 'sunnah' ia tidak bererti penolakan secara mutlak sebarang pandangan atau amalan yang baru.

Yang ditolak hanyalah yang bertentangan dengan sunnah dan kaedah-kaedah hukum Islam. Lihat Umar

Faruq Abdullah, Innovation and Creativity in Islam (htlp:llwww.nawawLorg/downloads/article4.pdf), 2-7.

43 Lihat Ibrahim (14): 24-27.

44 Selaras dengan perintah Allah dalam surah al-Nisa' (4): 58.

45 Ijtihad dan bid'ah, menurut Umar Faruq Abd-Allah. adalah dua faham yang amat penting dalam Islam.

Melalui kefahaman yang benar terhadap kedua-duanya Kaum Muslimin berupaya menghubungkan yang

(\C}v;>

16

Page 18: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

r;c?~

bukan lagi berlandaskan kepada manhaj yang diasaskan oleh ulama' sejati pewaris

Nabl.«

Pemutusan dari tradisi menimbulkan masalah krisis kewibawaan (crisis of authorit)l)

yakni apabila pemilik kewibawaan yang sah tidak lagi dikenali apatah lagi diakui

kewibawaannya. Yang mengambil tempat mereka kini adalah 'pemimpin palsu'47-

merekalah yang memimpin masyarakat dalam semua lapangan kehidupan (akademik,

politik, keagamaan, kebudayaan dll.). Sekiranya ini dibiarkan, sama ada secara sedar

atau tidak, lambat-Iaun mereka akan membuka nas kepada 'tafsiran baru'

(reinterpretation) atas nama ijtihad dan tajdid (yang sudah dikelirukan pengertiannya).

Dalam keadaan di mana sistem pendidikan Kaum Muslimin umumnya berada dalam

keadaan porak-poranda akibat pengabaian sejak sekian lama sehingga membawa

kepada pemutusan dari tradisi sendiri, yang dikhuatiri menjadi rujukan dan sandaran

ialah pemikiran asing yang bersumberkan falsafah humanisme sekular.v Justeru kita

lama dengan yang baru sekaligus mengekalkan kesegaran agama islam pada setiap masa. Malangnya

kedua-dua faham ini tidak lagi difahami dengan baik pada hari ini. Tuduhan yang melulu bahawa sesuatu

itu adalah bid'ah (dalam ertikata bid'ah (falalah) boleh membantutkan kreativiti dan menyukarkan

pertumbuhan buah fikiran baru dalam masyarakat Islam. Dalam soal ijtihad pula wujud golongan yang

menyekatnya secara keterlaluan sehingga ia hampir lumpuh manakala pada satu pihak lagi golongan

yang mengamalkannya secara membuta-tuli. Lihat Umar Faruq Abd-Allah, Innovation and Creativity in

Islam, 1-2.

46 Mereka diakui oleh Rasulullah s.a.w. wujud pada sepanjang zaman tetap teguh mempertahankan ilmu

dan kebenaran Islam dari penyelewengan golongan pelampau (~lliJl ...A.,.~), penipuan golongan

pemutarbelit (uJb+.oJl Jb.ul), dan salah-tafsiran golongan yang bodoh (~~I J...9b). Rujuk hadith yang

diriwayatkan oleh al-BayhaqT dalam Kitab al- '11m,hadith no. 248, al-Khatib al-TibrTzT,Mishkat al-Ma$abi(J,

ed. Naslr al-Dln al-Albanl (Beirut: al-Maktab al-Islami, 1979). Syarah Mulla 'AITal-Oarl' terhadap hadith ini

boleh diikuti dalam karya beliau Mirqat al-Mafati(J (Beirut: Dar al-Kutub al- 'IImiyyah, 2001) 1: 463.

47Mereka dinamakan oleh Rasulullah dalam sebuah hadlth sebagai 'para pemimpin yang jahil' ( Lw.9.9J

~~ )-mereka memberikan fatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan. Hadlth riwayat al-8ukharT

dalam Kitab al- '11m(hadTth no. 100).

48 Apabila falsafah sekular ini yang menjadi asas pemikiran para pemimpin sedangkan amanah

merancang dan menyelenggarakan pembangunan intelektual dan material masyarakat diletakkan di atas

bahu mereka maka akan berlakulah gerak-kerja pensekularan secara sistematik pemikiran Kaum

0nrJ- 17O~~~~~~ ~~,~'"

~:)'~7~ cy') A1L~~i ~ V-~-1~

kpe-

Page 19: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

harus sentiasa berani menyoal demi mencari kebenaran apakah asas atau sandaran-e

tafsiran baru ini? Tafsiran baru yang ada asasnya dalam tradisi (U$tJ~ adalah btd'sh

tisseneh yang boleh diterima manakala yang tiada asas adalah bia'en r;Ia/a/ah yang

mesti ditolak. Pentafsir yang tafsirannya terputus dari tradisi itulah pemimpin palsu-

mereka sebenarnya pembid'ah yang sesat lagi menyesatkan.

4. Rumusan dan Penutup

Oari perbincangan di atas dirumuskan kesimpulan-kesimpulan berikut:

i. Oayacipta adalah sifat manusia yang yang dikurniakan Allah bagi

membolehkannya menunaikan takfffyang dipikulnya sebagai khalifah Allah.

ii. Oayacipta yang tidak dipandu oleh 'ilmu' yang menjelaskan maksud takITf itu

bt.A./LJd~k akan berupaya membawa kesejahteraan kepada manusia. IImu sains dan

J~~ r(' teknologi bukanlah ilmu yang dimaksudkan kerana ia tidak menjelaskan~...,p(/~. .-

matlamat akhir yang sepatutnya dicapai oleh dayacipta manusiq.

@~ dalam berdayacipta tidak seharusnya bermakna penafian kepada

hakikat yang tidak berubah kerana itu bererti penafian kepada panduan hidup//IcLz~ dalam berdayacipta .

. ~.t\

Muslimin melalui penyeludupan masuk faham-faham asing yang berasal dari Barat itu terutamanya ke

dalam sistem pendidikan. Inilah punca kepada berleluasanya bid'ah ¢a/a/ah dalam segenap aspek

kehidupan masyarakat hari ini.

49 Yang kita maksudkan dengan sandaran adalah 'sanad' ataupun 'isnad' seperti yang disyaratkan dalam

ilmu hadTth. Ibn SirTn sering dipetik sebagai berkata: cl..UJl.o cl..UJvo JW )1.u.u~1~~-"kalau tidak kerana

(kewajiban menyatakan) isnadsesiapa sahaja boleh berkata sesuka hatinya." Kata-kata ini adalah prinsip

ilmiah yang amat penting dan tidak terhad terpakai kepada ilmu hacITth semata-mata. Sandaran

kebenaran apa yang didakwa kata-kata (hadith) Rasulullah s.a.w. diletakkan atas kebolehpercayaan

rantaian periwayat yang meriwayatkannya dan kaedah periwayatannya. Namun kesahihan dari segi

periwayatan semata-mata tidak memadai U,ltUK beramal dengan hadlth berkenaan. Matan (teks) sesuatu

hadlth tertakluk pula kepada ilmu dirayah (kajian teks) sebagaimana nas-nas al-Our'an tertakluk kepada

kaedah-kaedah ilmu tafsTr bagi difahami maksudnya. Prinsip yang sama mesti digunapakai dalam menilai

andaian-andaian yang mendasari pemikiran semasa.

18

Page 20: Faham Kreativiti Dan Inovasi Menurut Islam

iv. Justeru, keaslian bukanlah pemutusan dari yang asal sebaliknya penyataan

semula secara berdayacipta kebenaran dan kebaikan (yang asal) dalam

ruanglingkup dan persekitaran baru.

Islam mengajar bahawa kelangsungan hid up semata-mata tidak memadai kerana yang

lebih utama ialah apa yang ingin dicapai dalam kehidupan ini dan kaitannya dengan

kehidupan akan datang. Pandangan yang dianjurkan oleh Islam tentang perkara ini

adalah suatu pandangan yang menyeluruh, bukan yang didorong oleh kepentingan

yang sempit dan sementara semata-mata. Apa yang patut ditanya bukan semata-mata

'bagaimana memperolehi kehidupan yang lebih baik?' tetapi yang lebih penting ialah

'apakah itu kehidupan yang baik?'.

19