faedah kokurikulum

6
Faedah Kokurikulum Kertas Satu Ditulis oleh Cikgu Zainudin Ahad, 15 November 2009 07:19 Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai kegiatan kokurikulum. Ada banyak faedah kegiatan kokurikulum. Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk dengan aktiviti di sekolah. Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan, mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah. Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli

Upload: osman-hj-mohamed

Post on 05-Dec-2014

797 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Faedah kokurikulum

Faedah

Kokurikulum

Kertas Satu

Ditulis oleh Cikgu Zainudin

Ahad, 15 November 2009 07:19

Kegiatan kokurikulum ialah aktiviti di luar bilik darjah. Terdapat banyak jenis kegiatan

kokurikulum di sekolah. Kegiatan tersebut termasuklah aktiviti badan beruniform, kelab

dan persatuan serta sukan dan permainan. Semua pelajar digalakkan menyertai

kegiatan kokurikulum. Ada banyak faedah kegiatan kokurikulum.

Salah satu faedah kegiatan kokurikulum ialah aktiviti itu dapat memenuhkan masa

lapang. Mereka tiada masa untuk terlibat dengan gejala sosial. Mereka sentiasa sibuk

dengan aktiviti di sekolah.  Sebagai contoh, jika mereka aktif dalam bidang sukan,

mereka akan berlatih setiap petang. Oleh itu, kegiatan kokurikulum dapat mengisi masa

lapang dengan berfaedah.

Selain itu, kegiatan kokurikulum juga dapat melatih pelajar menjadi pemimpin. Ada

berbagai-bagai jawatan dalam persatuan. Sebagai contoh, jawatan pengerusi,

setiausaha, bendahari, ahli jawatankuasa dan ahli biasa. Apabila pelajar memegang

jawatan pengerusi, mereka akan belajar menjadi ketua. Ahli jawatankuasa juga belajar

menguruskan aktiviti persatuan. Ahli biasa juga boleh belajar daripada kawan-kawan

yang ada jawatan. Oleh hal yang demikian, dengan menyertai aktiviti kokurikulum,

pelajar akan belajar menjadi pemimpin.

Di samping itu, dengan menyertai kegiatan kokurikulum juga kita dapat membentuk

disiplin diri. Disiplin sangat penting untuk mencapai kejayaan. Pelajar yang tidak

Page 2: Faedah kokurikulum

berdisiplin susah untuk berjaya. Sebagai contoh, apabila hendak menjalani latihan

sukan atau bahas, kita mesti menepati masa. Jika terlewat, kita akan rugi. Hal ini

kerana masa latihan itu sudah dibazirkan. Dengan menepati masa, kita sudah mematuh

disiplin. Oleh itu, kita akan menjadi lebih berdisiplin apabila terlibat dengan kegiatan

kokurikulum.

Tambahan pula, badan kita akan menjadi sihat apabila menyertai kegiatan kokurikulum.

Kita boleh menjadi ahli kelab sukan seperti pasukan bola sepak dan pasukan bola

tampar. Untuk menang dalam pertandingan yang disertai, kita akan menjalani latihan.

Sekurang-kurangnya latihan itu dijalankan tiga kali seminggu. Dengan latihan itu kita

akan menjadi cergas. Kita akan mengeluarkan peluh. Badan kita akan menjadi sihat

dan kuat. Kita tidak akan mudah sakit.

Akhir sekali, kegiatan kokurikulum akan mengukuhkan lagi perpaduan. Setiap

persatuan dan kelab ada banyak ahlinya. Ahli-ahlinya terdiri daripada pelbagai kaum.

Ada yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Dalam aktiviti yang dijalankan,

semua ahli akan berkumpul. Mereka boleh berbincang untuk bertukar-tukar pendapat.

Dengan ini akan mengeratkan hubungan sesama mereka.

Oleh itu, dengan kegiatan kokurikulum, perpaduan kaum dapat

diwujudkan. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah menyertai kegiatan kokurikulum.

Pihak sekolah hendaklah mengadakan aktiviti yang menarik untuk menggalakkan

pelajar menyertainya. Ibu bapa pula hendaklah menggalakkan anak-anak mereka

terlibat dengan kegiatan kokurikulum. Oleh itu, kita dapat menghasilkan pelajar yang

cemerlang.

Page 3: Faedah kokurikulum

Semua pelajar wajib menyertai kegiatan kokurikulum. Huraikan kebaikan kegiatan kokurikulum.

Isi:1. pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan2. kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan dapat diperoleh3. dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar4. dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar

(AR) Kegiatan kokurikulum dapat didefinisikan sebagai kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah. (AR) Kegiatan ini termasuklah kegiatan sukan dan permainan, pertubuhan pakaian seragam dan kelab atau persatuan. (AR) Setiap pelajar diwajibkan supaya menyertai sekurang-kurang satu daripada setiap aktiviti tersebut. (AA) Kegiatan kokurikulum ini bukan sahaja dapat memberikan keseronokan malahan dapat mendatangkan pelbagai kebaikan kepada pelajar yang menyertainya.

(AJ) Salah satu kebaikan yang diperoleh daripada kegiatan kokurikulum ialah para pelajar dapat meningkatkan daya kepemimpinan. (AH) Daya kepemimpinan ini dapat dipupuk apabila seseorang pelajar dilantik sebagai ketua dalam sesuatu kegiatan. (AH) Daya kepemimpinan ini juga amat berguna kepada para pelajar apabila sudah dewasa. (AC) Sebagai contohnya, pelajar yang pernah memimpin sesuatu pertubuhan seperti pengakap, kadet remaja, dan sebagainya, mereka akan lebih yakin untuk menjadi pemimpin sesuatu organisasi pada suatu hari nanti. (AP) Oleh itu, daya kepemimpinan ini haruslah dipupuk sejak awal lagi kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Selain itu, (AJ) kesihatan yang baik dan otak yang cerdas akan diperoleh daripada kegiatan kokurikulum. (AH) Kebanyakan pelajar di sekolah lebih suka menyertai kegiatan sukan atau permainan disebabkan faktor-faktor tertentu. (AH) Kegiatan sukan ini dapat membina stamina yang kuat serta membolehkan para pelajar mengeluarkan peluh, iaitu salah satu bahan perkumuhan manusia. (AC) Sebagai contohnya, aktiviti sukan dan permainan seperti bola sepak dapat membina kekuatan stamina, manakala sukan catur pula akan mencerdaskan minda seseorang. (AP) Pepatah Melayu mengatakan bahawa badan sihat, otak cerdas.

Seterusnya, (AJ) kegiatan kokurikulum juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. (AH) Semangat perpaduan ini adalah amat penting dalam mewujudkan negara yang aman dan makmur. (AH) Semangat perpaduan dapat dipupuk apabila pelajar berbilang kaum bekerjasama bagai aur dengan tebing dalam sesuatu kegiatan. (AC) Sebagai contohnya, pelajar berbilang kaum mewakili pasukannya untuk bertanding dalam acara sukan yang diadakan setiap tahun seperti dalam pasukan bola sepak. (AP) Secara tidak langsung, hubungan antara pelajar akan bertambah erat dan kukuh ibarat isi dengan kuku serta bersatu untuk mencapai matlamat yang diharapkan kerana

Page 4: Faedah kokurikulum

bersatu teguh bercerai roboh.

(AJ) Kegiatan kokurikulum juga dapat mengembangkan potensi seseorang pelajar. (AH) Sesetengah pelajar tidak mengetahui kelebihan yang terdapat pada dirinya. (AH) Melalui kegiatan kokurikulum, kelebihan itu akan dapat diketahui apabila seseorang pelajar bergiat dalam kokurikulum. (AC) Sebagai contohnya, ada pelajar yang tidak mengetahui kelebihan yang ada pada dirinya, tetapi setelah menyertai kegiatan kokurikulum, bakatnya terserlah dan terus bergiat dalam acara yang diminati, yang akhirnya menjadi juara di kelabnya. (AH) Dengan ini, pelajar itu akan berpeluang untuk mewakili kelabnya untuk bertanding pada peringkat sekolah. (AP) Secara tidak langsung, kejayaan pada peringkat sekolah ini akan membawa pelajar ini untuk mewakili daerah, negeri, dan kemudiannya negara .

Kesimpulannya, (A Cdgn) pihak sekolah hendaklah memainkan peranan supaya pelajar bergiat cergas dalam kegiatan kokurikulum. (A Pndpt) Hal ini demikian kerana kegiatan kokurikulum ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk menjadi lebih giat dan cergas. (A Hrpn) Selain itu, kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa harus diperkukuh supaya segala aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan. (A Pndpt) Pepatah Melayu mengatakan bahawa hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. (A Cdgn) Oleh itu, semua pelajar digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti kokurikulum supaya pelajar yang berdaya saing, berketerampilan, kreatif dan inovatif dapat dihasilkan.

“KPM akan berusaha

menjadikan Sekolah Kebangsaan

lebih beraspirasi nasional,

meningkatkan pencapaian

akademik dan kokurikulum

pelajar, membangunkan

budaya sekolah yang cemerlang,

meningkatkan kualiti

kepimpinan, pengurusan dan

guru-guru, menyeimbangkan

nisbah guru dari pelbagai etnik

serta meningkatkan penglibatan

Page 5: Faedah kokurikulum

dan rasa kepunyaan ibu bapa

serta komuniti terhadap Sekolah

Kebangsaan.”

(YB Dato’ Sri Hishammuddin

Tun Hussein, 2005)