fadilah binti yahya - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah...

25
KEBERKESANAN KURSUS REKAAN FESYEN BERBANTUKAN KOMPUTER DI POLITEKNIK JOHOR BAHRU FADILAH BINTI YAHYA UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

Upload: lengoc

Post on 10-Aug-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

KEBERKESANAN KURSUS REKAAN FESYEN BERBANTUKAN

KOMPUTER DI POLITEKNIK JOHOR BAHRU

FADILAH BINTI YAHYA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA 2004

Page 2: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills
Page 3: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

KEBERKESANAN KURSUS REKAAN FESYEN BERBANTUKAN

KOMPUTER DI POLITEKNIK JOHOR BAHRU

FADILAH BINTI YAHYA

LAPORAN PROJEK INI DI KEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT PENGANUGERAHAN IJAZAH

SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN ( KEMAHIRAN HIDUP )

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEBRUARI 2004

Page 4: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills
Page 5: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills
Page 6: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

ii

Dedikasi

Untuk ibu yang amat dikasihi…..

Anisah binti mohamad

Terima kasih atas doa, pengorbanan dan restumu…

Untuk abang,kakak dan juga adik-adik yang disayangi…

Pengorbananmu tidak mungkin ku lupakan

Insya Allah…

Untuk rakan-rakan yang sentiasa memberikan semangat…

Sharp ,zimah, eli ,jamil, ati, farah,

Terima kasih karana setia melayan kerenahku

Tidak lupa untuk insan yang tercinta…

Akan ku hargai setiap pengorbanan mu

Terima kasih jua kerana tidak jemu melayan kerenahku

Sesungguhnya kau ku jadikan sumber inspirasiku

Terima kasih atas segalanya… …

“Ku petik bintang, untuk ku simpan, cahayanya terang menerangi kehidupan,

agar ku lebih cemerlang dalam kehidupan yang akan datang”

Page 7: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

iii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur alhamdulillah ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya dapat saya

menyiapkan penyelidikan ini dengan sempurna bagi memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan.

Setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia saya iaitu Puan Rohana Binti Hamzah yang banyak memberikan bimbingan,

tunjuk ajar dan panduan sepanjang saya menjalankan kajian ini. Terima kasih juga

diucapkan kepada pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu pelajar semester 6 Diploma

Rekaan Fesyen Dan Teknologi Pakaian kerana telah memberikan kerjasama sepanjang

saya menjalankan penyelidikan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada ibu dan ahli keluarga kerana banyak

memberikan galakan dan semangat yang berterusan sepanjang penyelidikan ini

dijalankan. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada pensyarah-pensyarah dan rakan-

rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan.

Akhir sekali, penghargaan ini ditujukan kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT jua dan yang serba

kekurangan adalah kelemahan saya sendiri.

Fadilah Binti Yahya

Februari 2004

Page 8: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

iv

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat keberkesanan program rekaan

fesyen berbantukan komputer di Politeknik Johor Bahru. Kajian ini melibatkan 37 orang

pelajar semester 6 Diploma Rekaan Fesyen dan Teknologi Pakaian. Instrumen kajian

yang telah digunakan adalah set soal selidik yang dibahagikan kepada 2 bahagian.

Bahagian A digunakan untuk melihat latar belakang responden. Bahagian B pula untuk

menjawab persoalan kajian yang dikemukakan iaitu melibatkan aspek pengetahuan,

kemahiran, kemudahan makmal komputer, strategi pengajaran pensyarah dan

pengaplikasian kemahiran. Data yang diperoleh telah diproses menggunakan perisian

SPSS versi 11.0 (Statistical Package For Social Science) untuk mendapatkan nilai min.

Dapatan kajian menunjukkan, program ini berkesan di Politeknik Johor Bahru. Di akhir

kajian, penyelidik telah mengemukakan beberapa cadangan yang boleh diteliti oleh

pihak-pihak tertentu untuk meningkatkan lagi keberkesanan penggunaan komputer

dalam rekaan fesyen di Politeknik Johor Bahru. Kajian ini diharapkan dapat diteruskan

dengan meluaskan skopnya agar keberkesanannya dapat dilihat dengan lebih

menyeluruh.

Page 9: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

v

ABSTRACT

The objective of this study is to view the effectiveness of the computer assisted

fashion design in Politeknik Johor Bahru. This study involved 37 students undergo the

sixth semester of the “Diploma Rekaan Fesyen Dan Teknologi Pakaian”. The research

instruments that are used questionnaire that involve 2 sections. Section A was used to

collect data on respondents background, whereas section B was used to answer to

research question encompasses the aspect of knowledge, skill, computer lab facility,

lecturers teaching strategy and the application skills. The findings were analyzed using

the SPSS software version 11.0. (Statistical Package For Social Science) in sequence to

get the mean valve. The findings show that this program is effective in Politeknik Johor

Bahru. Through the end of this study, a few recommendations were derived for

conscientious of the usage of computer assisted fashion design program in Politeknik

Johor Bahru. It is hoped that there will be another research on the same topic with a

wider scope in order to see the effectiveness.

Page 10: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

viii

KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT JUDUL i

PENGESAHAN PENYELIA ii

PENGAKUAN iii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

HALAMAN KANDUNGAN viii

SENARAI RUJUKAN xiii

SENARAI LAMPIRAN xiii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xv

SENARAI SINGKATAN xvi

BAB SATU

PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 3

Page 11: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

ix

1.3 Pernyataan Masalah 4

1.4 Objektif Kajian 5

1.4.1 Objektif Am 5

1.4.2 Objektif Khusus 6

1.5 Persoalan Kajian 6

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Kerangka Kajian 9

1.9 Definisi Istilah 10

1.9.1 Keberkesanan 10

1.9.2 Pengetahuan 10

1.9.3 Kemahiran 11

1.9.4 Strategi Pengajaran 11

1.9.5 Pengaplikasian 11

1.9.6 Makmal Komputer 12

1.9.7 Komputer 12

BAB DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB II SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Politeknik Johor Bahru 13

2.2.1 Jabatan Hospitaliti Dan Fesyen 14

2.2.1.1 Kursus Rekaan Fesyen Dan

Pakaian 15

2.3 Perkembangan Pembelajaran Berbantukan

Komputer 15

Page 12: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

x

2.4 Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan 17

2.5 Keberkesanan Penggunaan Komputer 19

2.5.1 Pengetahuan 19

2.5.2 Kemahiran 20

2.5.3 Kemudahan Makmal Komputer 21

2.5.4 Strategi Pengajaran 21

2.5.5 Pengaplikasian Kemahiran 23

2.6 Penggunaan Komputer Dalam Industri

Pakaian 23

2.7 Perisian Reka bentuk Dalam Rekaan Fesyen 25

2.7.1 Auto CAD 25

2.7.2 Apparel Cad 27

2.7.3 Adobe Photoshop 27

2.8 Kelebihan Menggunakan Komputer Dalam

Rekaan Fesyen 28

2.8.1 Ketepatan 28

2.8.2 Kemampuan Bekerja Dalam Skala

Penuh 28

2.8.3 Kemampuan Membuat Pertukaran Idea

Terhadap Rekaan Fesyen Dengan Cepat 28

2.8.4 Lukisan Yang Berkualiti Tinggi 29

2.8.5 Kelajuan 29

2.8.6 Menjimatkan 29

2.8.7 Meninggikan Kecekapan Melukis 29

Page 13: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

xi

BAB TIGA

METODOLOGI

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 30

3.2 Tempat Kajian 30

3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 31

3.4 Reka Bentuk Kajian 31

3.5 Instrumen Kajian 32

3.6 Kajian Rintis 35

3.6.1 Kesahan 36

3.6.2 Kebolehpercayaan 37

3.7 Prosedur Kajian 38

3.8 Analisis Data 39

BAB EMPAT

ANALISIS DATA

BAB IV ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisis Data 41

4.2.1 Analisis Data Bahagian A 41

4.2.1.1 Jantina 42

4.2.1.2 Bangsa 43

4.2.1.3 Penggunaan Komputer 44

Page 14: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

xii

4.2.1.4 Penggunaan Perisian 45

4.2.1.5 Penggunaan Masa 46

4.2.2 Analisis Bahagian B 47

4.2.2.1 Persoalan Kajian 1 48

4.2.2.2 Persoalan Kajian 2 50

4.2.2.3 Persoalan Kajian 3 52

4.2.2.4 Persoalan Kajian 4 54

4.2.2.5 Persoalan Kajian 5 56

4.2.2.6 Keputusan Keseluruhan 58

4.3 Penutup 59

BAB LIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 60

5.2 Rumusan 60

5.3 Perbincangan Hasil Dapatan 62

5.3.1 Demografi Responden 63

5.3.2 Keseluruhan Hasil Kajian Persoalan 63

5.3.3 Persoalan Kajian 1 - Pengetahuan 63

5.3.4 Persoalan Kajian 2 - Kemahiran 64

5.3.5 Persoalan Kajian.3 - Kemudahan

Makmal Komputer 65

5.3.6 Persoalan Kajian 4 - Strategi

Pengajaran Pensyarah 66

5.3.7 Persoalan Kajian 5 - Pengaplikasian

Kemahiran 68

Page 15: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

xiii

5.4 Cadangan 69

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 70

5.6 Penutup 71

BAB ENAM SENARAI DOKUMEN RUJUKAN

SENARAI DOKUMEN RUJUKAN Senarai Dokumen Rujukan 72

BAHAGIAN TUJUH LAMPIRAN

LAMPIRAN Lampiran A Borang Soal Selidik 76

Lampiran B Surat Kebenaran Menjalankan Kajian 83

Lampiran C Surat Kebenaran Dari Fakulti Pendidikan 85

Lampitan D Surat Kesahan 87

Page 16: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Demografi responden 32

3.2 Persoalan kajian 33

3.3 Skor skala liken 5 mata 34

3.4 Item soalan 35

3.5 Statistik yang digunakan dalam analisis data 39

4.1 Taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut jantina 42

4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden

mengikut bangsa 43

4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden

menggunakan komputer dalam kerja-kerja harian 44

4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden

dalam penggunaan perisian untuk rekaan fesyen

4.5 Taburan kekerapan dan peratusan penggunaan 45

masa yang digunakan oleh responden dalam seminggu

untuk amali rekaan fesyen 46

4.6 Persoalan kajian 1 ( pengetahuan ) 48

4.7 Persoalan kajian 2 ( kemahiran ) 50

4.8 Persoalan kajian 3 (kemudahan makmal komputer ) 52

4.9 Persoalan kajian 4 (strategi pengajaran pensyarah ) 54

4.10 Persoalan kajian 5 ( Pengaplikasian kemahiran ) 56

4.11 Analisis keputusan dapatan kajian 58

Page 17: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

xv

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kerangka Kajian 9

4.1 Graf kekerapan mengikut jantina 42

4.2 Graf kekerapan mengikut bangsa 43

4.3 Taburan kekerapan responden menggunakan

komputer dalam kerja -kerja harian 44

4.4 Graf penggunaan perisian untuk rekaan fesyen 45

4.5 Taburan kekerapan penggunaan masa yang

digunakan oleh responden dalam seminggu untuk

amali rekaan fesyen 46

Page 18: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

xvi

SENARAI SINGKATAN

SPSS - Statistical Package For The Social Sciences

ATS - Amat Tidak Setuju

TS - Tidak Setuju

SS - Sederhana Setuju

S - Setuju

AS - Amat Setuju

Page 19: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Pada masa kini, Industri Tekstil dan Pakaian di Malaysia merupakan industri

kedua terpenting sebagai pendapatan dari eksport negara dengan tenaga pekerja lebih

dari 120,000 orang iaitu sepuluh peratus dari sektor pembuatan. ( sinopsis rekaan

fesyen Politeknik Johor Bahru, 2003 )

Tekstil dan pakaian akan terus diperlukan oleh pengguna serata dunia. Dengan

itu industri ini akan terus berkembang walau apa pun perubahan yang berlaku. Industri

ini mempunyai potensi yang luas untuk berkembang dengan adanya tenaga pekerja yang

mencukupi.

Industri tekstil pada hari ini perlu menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran

dan merebut peluang yang wujud berikutan pelonggaran perdagangan tekstil apabila

kuota dihapuskan seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Pertubuhan Perdagangan

Dunia (WTO) mengenai Tekstil dan Pakaian ( Utusan Malaysia, 7 April 2001 )

Page 20: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

2

Menurut Rafidah ( 2001 ) pada masa kini, penekanan penggunaan teknologi

akan membolehkan industri ini mendahului dari aspek penyelidikan dan pembangunan,

serta reka bentuk. ( Utusan Malaysia, 7 April 2001 )

Kini komputer sudah menjadi salah satu medium penting di dalam kehidupan

tidak kira dari sektor perkilangan atau industri mahupun dalam bidang pendidikan. Dari

aspek pendidikan, penggunaan komputer mula diberi penekanan yang serius. Di negara

kita, penggunaannya masih kurang mendapat sambutan dari pelbagai pihak. Ini

disebabkan beberapa masalah yang akan timbul kesan daripada penggunaan komputer.

Namun tidak mustahil suatu hari nanti negara kita menjadi sebuah negara yang

mempunyai sistem pendidikan yang menggunakan komputer sebagai medium

pengajaran dan pembelajaran yang utama bagi menggantikan pen dan kertas.

Dalam bidang pendidikan, menggunakan komputer dalam sesuatu rekaan atau

reka bentuk bukan sahaja dapat menjimatkan masa tetapi rekaan atau reka bentuk yang

dihasilkan adalah tepat dan bermutu tinggi. Salah satu perisian berbantukan komputer

yang ada ialah CAD ( Computer Aided Desings ). Menurut Tee Ah Bah ( 1988 ) satu

sistem yang digunakan dalam komputer untuk membantu proses menghasil dan memplot

data-data grafik merupakan pemproses grafik yang digunakan untuk membuat garisan,

lengkungan, garisan, bulatan, simbol dan bentuk. Di samping itu, penggunaan komputer

dalam sesuatu kerja akan lebih menyenangkan. Dengan komputer, kerja-kerja

menyunting, menyalin, membuat ulangan dan mengubahsuai data –data grafik dapat

dilaksanakan dengan cepat dan berkesan.

Melukis dan mereka bentuk dengan bantuan komputer ini telah wujud sejak

tahun 1964 lagi. Walaubagaimanapun sehingga tahun 1980, CAD masih belum wujud

lagi berbanding pada era millenium ini. Ini kerana perisian CAD baru dikembangkan

dengan kos yang tinggi dan hanya mampu digunakan oleh industri-industri besar sahaja.

Page 21: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

3

Pembelajaran menggunakan komputer dapat memudahkan kerja dalam

melakukan kerja –kerja mereka bentuk. Hasil lukisan yang dihasilkan melalui komputer

adalah bersih tanpa meninggalkan sebararng kesan di samping dapat membuat

perubahan dengan cepat. Seorang pengguna tidak perlu membazir masa untuk

memadam dan melukis semula lukisan kerana lukisan berbantukan komputer

mempunyai sifat penduaan dan penyuntingan yang mudah.

Selain itu, sistem komputer mempunyai kebolehan menyimpan maklumat tekstur

sesuatu objek atau keseluruhan lukisan. Ia digunakan untuk mengubahsuai sesetengah

aspek lukisan yang telah dibuat seperti memasukkan nota atau simbol –simbol pada

bahagian tertentu.

1.2 Latar Bekalang Masalah.

Memandangkan era teknologi tinggi yang semakin canggih telah mempengaruhi

bidang profesional di merata dunia, maka kita di Malaysia khususnya di pusat pengajian

tinggi tidak ketinggalan dalam menceburi teknologi. Kini banyak industri besar mampu

menghasilkan pengeluaran dan pengilangan barangan mereka menggunakan perisian

komputer.

Menurut Suzana ( 1995 ) banyak pusat-pusat pengajian menawarkan pengajian

yang berasaskan komputer sebagai perisian reka bentuk. Ini adalah untuk melahirkan

graduan-graduan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam

teknologi bagi memenuhi kehendak industri pada masa akan datang.

Kini berbagai-bagai teknologi moden telah digunakan untuk menghasilkan

rekaan pakaian dan tekstil bagi menjamin ketinggian mutu kecekapan pengeluaran dan

sebagainya. Sistem komputer telah banyak digunakan di dalam industri fesyen dan

Page 22: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

4

tekstil. CADsp digunakan untuk mencetak dan mengeluarkan fabrik sutera di China.

Sistem CAD telah digunakan di Jepun bagi industrial tekstil khususnya dalam

pengeluaran pakaian berkait. Begitu juga dalam industri pakaian, CAD/ CAM banyak

digunanakan untuk mengred, menanda dan memotong pola.

Memandangkan teknologi komputer begitu penting bagi industri fesyen dan

tekstil, banyak institusi pengajian memperkenalkan kursus permulaan dan lanjutan yang

berkait dengan penggunaan komputer. Salah satu pusat pengajian yang telah

mengaplikasikan penggunaan komputer dalam rekaan fesyen ialah di Politeknik Johor

Bahru, Malaysia. Secara tidak langsung kita dapat melihat betapa pentingnya

penggunaan komputer dalam menghasilkan sesuatu rekaan.

Dalam menilai tahap keberkesanan sesuatu kursus yang dijalankan, terdapat

beberapa perkara yang perlu diambil kira agar pelaksanaannya menepati objektif kursus

yang dijalankan. Antara perkara yang dipertimbangkan adalah mengenai aspek

pengetahuan dan kemahiran yang ada. Ini termasuk juga strategi pengajaran yang

dijalankan. Strategi dan pendekatan pengajaran yang digunakan membolehkan

seseorang guru itu mempraktikkan teori dan model dalam pembelajaran.

Namum begitu, pembelajaran berbantukan komputer terdapat juga

permasalahannya. Menurut Norhaziah Salleh (2003 ) bilangan pelajar yang ramai agak

menyukarkan pembelajaran berkomputer. Ini ditambah lagi dengan bilangan komputer

yang pada sesebuah sekolah itu adalah terhad dan tidak dapat menampung bilangan

pelajar yang ramai. Maka di sinilah perlu dilihat keberkesanan penggunaan komputer

dalam membantu para pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 23: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

5

1.3 Penyataan Masalah

Pelajar rekaan fesyen di Politeknik telah didedahkan dengan penggunaan

komputer dalam mereka bentuk sesuatu rekaan fesyen. Antara sukatan pelajaran yang

dipelajari oleh mereka ialah Penggunaan Komputer dalam Rekaan dan Pengeluaran

Dengan kepesatan penggunaan perisian komputer pada hari ini, kaedah mendraf

dan melakar pola pakaian pada kertas menggunakan pensil sudah tidak efisyen lagi.

Kaedah yang lama ini memerlukan proses yang berulang-ulang bagi mendapatkan

ukuran yang tepat . Maka ianya memerlukan kesabaran dan mengambil masa yang

panjang. Selain itu, ia juga melibatkan perbelanjaan yang lebih untuk membeli

kelengkapan mendraf dalam mereka bentuk.

Oleh itu, dalam kajian ini, penyelidik ingin membuat kajian mengenai

keberkesanan kursus rekaan fesyen berbantukan komputer di Politeknik Johor Bahru,

Johor dari aspek pengetahuan, kemahiran, kemudahan makmal komputer, strategi

pengajaran pensyarah dan kesesuaian kemahiran untuk diaplikasikan.

1.4 Objektif Kajian :

Terdapat beberapa objektif yang hendak dicapai iaitu objektif am dan objektif

khusus

1.4.1 Ojektif Am

Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan pembelajaran berbantukan

komputer dalam kursus rekaan fesyen

Page 24: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

6

1.4.2 Objektif Khusus

Kajian ini dilakukan adalah untuk mencapai tujuan-tujuan berikut:

i) Menilai tahap pengetahuan pelajar dalam pembelajaran rekaan fesyen

berbantukan komputer

ii) Menentukan tahap kemahiran pelajar dalam pembelajaran rekaan fesyen

berbantukan komputer

iii) Menilai kemudahan makmal komputer yang disediakan oleh pihak

Politeknik Johor Bahru

iv) Menilai tahap keberkesanan strategi pengajaran pensyarah dalam

pembelajaran rekaan fesyen berbantukan komputer

v) Menentukan tahap pengaplikasian kemahiran yang diperolehi pelajar

dalam penghasilan kerja

vi) Menentukan tahap keberkesanan kursus rekaan fesyen berbantukan

komputer di Politeknik Johor Bahru

1.5 Persoalan Kajian

Persoalan kajian yang ingin dikaji oleh penyelidik dalam penyelidikan ini ialah :

i ) Apakah tahap pengetahuan pelajar dalam kursus yang dijalankan?

ii ) Apakah tahap kemahiran pelajar dalam kursus yang dijalankan?

iii ) Apakah tahap kemudahan makmal komputer yang disediakan oleh pihak

Politeknik Johor Bahru ?

iv ) Apakah tahap keberkesanan stretegi pengajaran pensyarah dalam

pembelajaran rekaan fesyen berbantukan komputer ?

v ) Apakah tahap pengaplikasian kemahiran oleh pelajar dalam penghasilan

kerja ?

Page 25: FADILAH BINTI YAHYA - fp.utm.my · rakan seperjuangan di atas bantuan dan idea yang telah diberikan. ... computer lab facility, lecturers teaching strategy and the application skills

7

vi ) Apakah tahap keberkesanan kursus rekaan fesyen berbantukan komputer

di Politeknik Johor Bahru ?

1.6 Kepentingan Kajian:

Kajian ini diharap dapat memberi sumbangan kepada pihak tertentu bagi

mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer dalam

bidang rekaan fesyen. Oleh itu, kepentingan kajian ini adalah untuk :

Pelajar

Para pelajar dapat mengenal pasti keupayaan diri dalam pembelajaran

berbantukan komputer terutama dalam kursus rekaan fesyen. Selain itu ia juga adalah

persediaan kepada pelajar untuk mengharungi kehidupan masa akan datang yang

kesemuanya menggunakan teknologi komputer dalam bidang pekerjaan.

Pensyarah Kajian ini juga boleh dijadikan panduan untuk para pensyarah yang mengajar

rekaan fesyen berbantukan komputer dalam mengenal pasti tahap pengajaran mereka

Politeknik

Sebagai panduan kepada pihak politeknik khasnya Politeknik Johor Bahru dalam

menetapkan sukatan pembelajaran penggunaan komputer agar selari dengan misi dan

visi pembelajaran di alaf baru. Juga memastikan agar kemudahan dan segala fasaliti

penggunaan teknologi pada hari ini terdapat di politeknik.