kulliyyah languages and management · melibatkan teks, video, audio dan watak maya. interaksi dalam...

29
KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER (BMCO 4105) Tajuk Tugasan : LAPORAN APLIKASI FACEBOOK DALAM HUBUNGAN INTERPERSONAL INTERNET Nama Pelajar : AMIRA IDAYU BINTI AZLAN No. Matrik : 1516692 Pensyarah : DR. ROSSENI BINTI DIN

Upload: others

Post on 27-Oct-2020

13 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT

KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER

(BMCO 4105)

Tajuk Tugasan :

LAPORAN APLIKASI FACEBOOK DALAM HUBUNGAN

INTERPERSONAL INTERNET

Nama Pelajar : AMIRA IDAYU BINTI AZLAN

No. Matrik : 1516692

Pensyarah : DR. ROSSENI BINTI DIN

Page 2: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

PENGENALAN

Menjangkau tahun 2020, pelbagai perubahan dalam menghayati kehidupan selepas

arus pasca permodenan telah dicetuskan hasil daripada kesan globalisasi dunia.

Perkembangan teknologi saban hari telah memberikan peluang untuk manusia untuk

bereksperimen dengan sesuatu perkara secara lebih terperinci. Penggunaan internet telah

menjadi salah satu gaya hidup dan rutin kehidupan masyarakat tanpa mengira lapisan umur

dan generasi. Hal ini kerana kemudahan teknologi yang semakin canggih membolehkan

setiap orang dapat mengaksesnya bukan sahaja menerusi penggunaan komputer mudah alih

malah menerusi telefon pintar yang dilengkapi kemudahan melayari internet. Media dan

teknologi telah menjadi medium yang amat berguna kepada manusia sebagai alat pemudah

cara bagi pelbagai aktiviti yang ingin dilakukan oleh masyarakat di seluruh dunia.

Perkembangan Internet telah mempercepatkan kemampuan komunikasi masa kini,

malah juga telah merevolusikan proses pembentukkan hubungan manusia serata dunia.

Kepesatan perubahan teknologi membawa impak besar dalam kaedah komunikasi antara

masyarakat sejagat di dalam dunia. Internet digunakan oleh masyarakat sebagai alat interaksi

dan memberikan kemudahan untuk mereka bersosial. Internet juga dapat membentuk

perhubungan jangka masa panjang malah boleh berkembang secara realiti dalam kehidupan

sosial mereka. Interaksi dalam talian merupakan medium terbaik untuk menyampai dan

mendapatkan maklumat dengan pantas dan menyeluruh sama ada tempatan atau global.

Masyarakat boleh berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia dan pada bila-bila

masa.

Hubungan interpersonal merupakan salah satu hubungan yang terbentuk melalui

komunikasi pengantaraan komputer. Hubungan interpersonal adalah salah satu bentuk

komunikasi di mana seseorang bukan sekadar menyampaikan maklumat, tetapi juga

menentukan kadar hubungan interpersonalnya yang menentukan ikatan kuat di antara

individu, atau hubungan antara sekumpulan manusia. Hubungan Interpersonal dalam talian

melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan

masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat secara global.

Penggunaan jaringan sosial internet kini mempunyai kemampuan yang hebat hasil daripada

gabungan tiga elemen utama; iaitu Teknologi, Perbualan dan Perkongsian Maklumat.

Fenomena Facebook, Twitter, Instagram dan laman jaringan sosial lain yang melanda

masyarakat hari ini adalah seiring dengan kemajuan dunia siber (Majeed, 2012). Penggunaan

Page 3: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

jaringan sosial ini sememangnya telah memudahkan lagi masyarakat berinteraksi dalam

talian. Pelbagai aplikasi telah dicipta untuk bagi memudahkan komunikasi bersemuka dalam

talian. Aplikasi Facebook adalah salah satu jaringan sosial internet telah melahirkan bentuk

komunikasi baharu yang mengintegrasikan komunikasi massa dengan komunikasi

interpersonal. Kemunculan Facebook yang lebih ramai pengikutnya berbanding jaringan

sosial lain seperti Twitter, MySpace, Hi5 dan sebagainya telah berjaya menghubungkan dan

menggabungkan komuniti masyarakat dunia untuk berhubung dan berinteraksi dengan orang

lain. Aplikasi ini telah mewujudkan pelbagai jenis interaktiviti baharu seperti kumpulan

sembang, kumpulan maya, dan komuniti dalam talian. Kertas kerja ini akan membincangkan

mengenai aplikasi Facebook, iaitu Messenger dan Facebook Live yang boleh dimanfaatkan

dalam usaha mengembangkan hubungan interpersonal dalam talian.

LATAR BELAKANG KAJIAN

1. MOTIF INTERAKSI DALAM TALIAN

Teknologi dan internet sentiasa berkembang dari masa ke masa melibatkan

komunikasi merentas masa dan ruang dengan keupayaannya yang membolehkan sesiapa

sahaja berinteraksi dengan individu lain atau kumpulan di luar persekitaran fizikal bagi

membentuk, mengekal dan memperkukuh hubungan sosial. Interaksi sosial dalam ruang siber

ini dilihat telah mengubah bentuk komunikasi manusia. Masyarakat tidak perlu lagi keluar

dari rumah untuk mendapatkan maklumat dan berita. Mereka hanya perlu berinteraksi secara

maya untuk mendapatkan dan menyebarkan maklumat secara dalam talian.

Selain itu, interaksi dalam talian membantu seseorang yang tidak mempunyai

keyakinan diri. Komunikasi dalam talian mengurangkan formaliti dan menghasilkan

hubungan yang lebih erat pada peringkat awal perkenalan berbanding secara komunikasi

secara bersemuka (Cummings, Butler dan Kraut, 2002). Melalui interaksi dalam talian ini

sedikit sebanyak membantu seseorang mengeluarkan buah fikiran, perasaan dan pendapatnya

kepada khalayak tanpa merasa kurang yakin ataupun malu seperti yang kebanyakkan berlaku

semasa interaksi bersemuka. Sememangnya komunikasi bersemuka masih penting, namun

bentuk komunikasi ini perlahan-lahan digantikan dan dilengkapi oleh komunikasi

berperantaraan, iaitu media interpersonal dan media baharu, termasuk jaringan sosial dalam

talian. Hal ini membolehkan setiap orang bebas untuk berkongsi mengenai apa sahaja yang

ingin disampaikannya.

Page 4: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

2. HUBUNGAN DALAM TALIAN

Hubungan boleh didefinisikan sebagai kesinambungan interaksi antara dua orang atau lebih

yang memudahkan proses pengenalan satu sama lain. Secara umum, hubungan terbagi

menjadi hubungan positif dan negatif. Hubungan positif terjadi apabila kedua pihak yang

berinteraksi merasa saling menguntungkan satu sama lain dan ditandai dengan adanya timbal

balik yang serasi. Manakala, hubungan yang negatif terjadi apabila suatu pihak merasa sangat

menguntungkan sementara pihak yang lain merasa merugikan. Dalam hal ini, tidak ada

keselarasan timbal balik antara pihak-pihak yang berinteraksi. Selain itu, hubungan dapat

menentukan tahap keselesaan antara pihak yang berinteraksi. Semakin akrab pihak yang

berinteraksi , hubungan tersebut akan dibawa kepada tahap yang lebih tinggi.

Populariti interaksi dan hubungan siber di dunia telah meningkat secara dramatik dalam

beberapa tahun kebelakangan ini. Internet khususnya menyediakan konteks dan saluran lain

untuk bertemu dengan orang yang tidak dikenali untuk pertama kalinya, memulakan

perbualan yang bermakna dan membina hubungan jangka panjang yang stabil, serupa dengan

interaksi bersemuka (Walther & Burgoon, 1992 ). Hubungan dalam talian ini melibatkan

teks, video, audio dan watak maya. Ia boleh berlaku melibatkan pelbagai jenis masyarakat

yang berlainan negara, budaya dan agama di seluruh dunia. Walther (1996) berpendapat

bahawa terdapat tiga jenis hubungan yang dikembangkan melalui komunikasi pengantaraan

komputer iaitu impersonal, interpersonal dan hiperpersonal.

i. Impersonal

Komunikasi yang digunakan secara meluas kepada khalayak dengan menggunakan media

massa sebagai alat untuk menyampaikan maklumat. Namun, maklumat yang disampaikan

kurang mendapat maklum balas, sehingga mesej yang disampaikan bersifat satu arah.

Manfaat dari hubuungan interaksi Impersonal adalah maklumat sampai kepada ramai pihak

atau lapisan masyarakat secara singkat, berbeza dengan hubungan interpersonal yang hanya

dapat dalam menyampaikan maklumat dalam bilangan yang sedikit dan tertentu.

ii. Interpersonal

Hubungan komunikasi yang berlaku antara oleh dua orang atau lebih secara tatap muka,

ataupun melalui media elektronik. Hubungan ini melibatkan interaksi sesama penutur, dua

Page 5: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

arah dan sama ada secara verbal dan non verbal. Mereka saling berkongsi informasi dan

perasaan antara individu dengan individu atau antara individu di dalam kelompok kecil

(Febrina, 2008). Komunikasi interpersonal memiliki tujuan untuk menjalinkan hubungan,

keakraban dan menciptakan persepsi yang sama. Lazimnya, komunikasi interpersonal lebih

efektif dalam menyampaikan maklumat, kerana berlakunya maklum balas secara langsung

antara penutur dan pendengar. Uniknya, komunikasi dalam hubungan interpersonal ini

memiliki simbol-simbol khusus dan hanya dimengerti oleh kedua penutur komunikasi,

sehingga orang lain tidak mengerti dengan bahasa atau simbol-simbol tersebut misalnya

komunikasi interpersonal antara dua sahabat, suami-isteri, majikan dan pekerja serta guru dan

Pelajar.

iii. Hiperpersonal

Hubungan yang melibatkan komunikasi menggunakan komputer sebagai pengantara boleh

menjadi hiperpersonal kerana komunikasi jenis ini mengatasi interaksi tatap muka. Bentuk

interaksi ini dapat memberikan pengirim maklumat kelebihan komunikasi atas interaksi tatap

muka tradisional. Apabila dibandingkan dengan interaksi tatap muka secara umum,

penghantar mesej hiperpersonal mempunyai keupayaan yang lebih besar untuk

mengembangkan strategi dan memperbaiki cara membentangkan dirinya, yang membolehkan

perwakilan diri dari satu individu ke individu lain menjadi lebih selektif dan optimum. Istilah

hiperpersonal dicipta oleh Joseph Walther (1996) untuk menggambarkan jenis komunikasi

yang berlaku dalam komunikasi berasaskan teks. Komunikasi hiperpersonal berlaku apabila

seseorang berasa selesa menonjolkan diri mereka dalam saluran komunikasi melalui media

dan bukan komunikasi secara langsung. Sebagai contoh, seseorang yang tidak mahir dalam

komunikasi tatap muka lebih tertarik untuk menulis apa yang mereka alami setiap hari di

dalam blog. Melalui penulisan, seseorang itu bebas menceritakan pengalamannya secara

konseptual dan lebih terperinci berbanding ketika berkomunikasi secara langsung. Di

samping itu, mereka juga boleh meletakkan gambar untuk mengukuhkan lagi cerita dan

mempunyai dokumentasi pengalaman hariannya.

Page 6: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

3. KRITERIA UNTUK MENGENALI HUBUNGAN INTERPERSONAL

DALAM KOMUNIKASI PENGANTARAAN KOMPUTER

Hubungan interpersonal boleh digambarkan sebagai hubungan jangka panjang antara dua

orang atau lebih. Hubungan interpersonal atau lebih dikenali sebagai hubungan rapat adalah

satuan secara berkala dan juga mungkin berdasarkan cinta, urusan perniagaan, perpaduan

atau komitmen sosial yang lain. Penyatuan ini termasuk hubungan persaudaraan, keluarga,

persahabatan dan kenalan. Hubungan ini memerlukan usaha yang paling banyak untuk

memelihara dan mengekalkan serta dapat memberi sesuatu perasaan dari hubungan yang

terjalin. Selain itu, hubungan interpersonal boleh terbentuk dalam konteks pengaruh sosial,

budaya dan lain-lain. Konteksnya boleh berbeza mengikut hubungan keluarga atau

persaudaraan, persahabatan, perkahwinan, hubungan dengan rakan, kerja dan tempat ibadah.

Mereka mungkin dikawal oleh undang-undang, norma masyarakat, atau persetujuan bersama

dan menjadi asas kepada kumpulan sosial dan masyarakat secara keseluruhan.

Hubungan interpersonal biasanya dilihat sebagai hubungan antara individu, seperti

hubungan intim atau hubungan ibu bapa dan anak. Individu juga boleh mempunyai hubungan

dengan kumpulan manusia, seperti hubungan antara pensyarah dan pelajar, bapa saudara dan

keluarga, atau seorang pemimpin dan sebuah bandar. Akhir sekali, kumpulan atau bahkan

negara mungkin mempunyai hubungan dengan satu sama lain. Teori hubungan interpersonal

cenderung untuk mengkaji faktor-faktor yang melibatkan kedua-dua cara individu yang

pertama kali memulakan (Mesch & Talmud, 2007; Morahan-Martin & Schumacher, 2003)

dan membangun hubungan dengan orang lain, dan bagaimana hubungannya dapat dikekalkan

dari masa ke masa.

Brown dan Brown (2006) menggunakan istilah Teori Pelaburan Selektif (SIT) untuk

menerangkan pelaburan masa dan emosi dalam penyelenggaraan hubungan. Menurut teori ini

hubungan rapat yang dijalin oleh ikatan sosial memerlukan kos pelaburan masa dan tenaga

dalam jangka panjang yang berharga (CLI) untuk mengekalkan hubungan. Ini amat relevan

dalam hubungan ibu bapa dan anak. Brown dan Brown (2006) menyimpulkan bahawa

hubungan penyelenggaraan bermotivasi dari perspektif altruistik, seperti menjaga orang sakit

atau cedera, dan melindungi keluarga atau rakan sekerja semasa konflik atau perang. Mereka

mencadangkan ikatan sosial mengatasi kepentingan diri sendiri dan memotivasi pelaburan

yang berharga pada orang lain. Berbeza bagi Dunbar (1998), beliau mengenal pasti faktor

motivasi sebagai mementingkan diri dan hubungan yang dijalankan untuk mengelakkan

Page 7: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

emosi negatif, ketidakselesaan dan kesepian.Tambahan lagi, komunikasi interpersonal yang

berjaya mampu mengekalkan hubungan baik dan dalam jangka masa yang lama.

Faktor keberhasilan komunikasi dilihat dari sudut pendengar.

Pendengar akan mudah menerima dan mencerna maklumat yang diberikan oleh

penutur

Pendengar harus bersikap ramah dan pandai bergaul agar tercipta proses komunikasi

yang lancar.

Pendengar harus memahami dengan siapa dia berbicara.

Pendengar bersikap bersahabat dengan penutur.

Faktor keberhasilan komunikasi dilihat dari sudut maklumat

Maklumat komunikasi interpersonal perlu dirancang dan disampaikan sehingga dapat

menarik perhatian pendengar.

Lambang-lambang yang didigunakan dapat difahami oleh kedua belah pihak, iaitu

penutur dan pendengar

Mesej-mesej tersebut disampaikan secara jelas dan sesuai dengan keadaan dan situasi

setempat.

Sediakan informasi yang praktik, berguna, dan membantu pendengar melakukan

tindakan yang diinginkan.

Mencadangkan solusi dan langkah-langkah untuk membantu pendengar

menyelesaikan masalah yang dihadapi.

4. MODEL PENGURUSAN TANGGAPAN DALAM KOMUNIKASI

PENGANTARAAN KOMPUTER

Menurut model pengurusan tanggapan oleh O'Sullivan (2000), individu akan lebih memilih

untuk menggunakan saluran pengantaraan daripada bersemuka dengan situasi yang

melibatkan ancaman muka. Dalam modelnya, trend ini disebabkan oleh ciri–ciri saluran yang

membenarkan kawalan ke atas penukaran maklumat sosial. Model O'Sullivan menerangkan

kelebihan media dalam kawalan maklumat yang timbul daripada ciri saluran dan kemahiran

sosial, yang membolehkan seseorang mengawal dan menyekat aliran maklumat sosial dalam

Page 8: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

interaksi. O'Sullivan menyatakan bahawa situasi yang mengancam muka mungkin kompleks

kerana terlibat cabaran individu menghadapi antara ketegangan dan ungkapan serta privasi.

Tambah beliau,beberapa saluran komunikasi boleh membantu individu menguruskan cabaran

ini dan hal ini lebih diterima apabila situasi tersebut timbul. Model O'Sullivan berdasarkan

pada anggapan bahawa saluran dengan ciri-ciri yang membolehkan isyarat-isyarat sosial

dikawal, seperti pengurangan maklumat nonverbal atau pertukaran mesej yang lebih

perlahan, membantu individu dengan kemampuan sederhana untuk menguruskan aliran yang

kompleks, samar-samar, atau perbualan yang berpotensi sukar.

Had potensi pendekatan O'Sullivan seperti beberapa pendekatan lain untuk

komunikasi yang diperantara komputer, ianya terlalu banyak penekanan pada ciri saluran

dalam menentukan bagaimana media mampu membantu individu dalam proses komunikasi.

Walaupun beberapa pendekatan kepada konsep "kemampuan" telah membincangkannya

sebagai ciri, sumber, atau peluang yang terdapat dalam persekitaran (iaitu ciri saluran dalam

persekitaran komunikasi yang disegerakan), perspektif yang lebih baru telah

membincangkannya sebagai hubungan atau persilangan antara individu dan beberapa ciri

alam sekitar yang mempengaruhi hasil bagi individu tersebut (Chemero, 2003).

Selaras dengan pendekatan itu, kemampuan media telah dikonseptualisasikan sebagai

persilangan yang muncul antara ciri-ciri saluran (contohnya, komunikasi berasaskan teks)

dan kualiti individu yang menggunakan saluran tersebut (contohnya, keupayaan untuk

mencipta mesej berkualiti menggunakan teks) yang memacu hasil dalam persekitaran

komunikasi yang dimediasi (Rabinowitz, 2004; lihat juga van Dijk, 2004, untuk pemodelan

yang sama dengan kemampuan media).Penggunaan pendekatan ini terhadap kemampuan

media dan konsep kawalan maklumat Goffman (1963) untuk memperluaskan model

O'Sullivan (2000), kawalan maklumat akan dikonseptualisasikan sebagai kemampuan media

yang mempengaruhi keupayaan individu untuk mengawal atau menyekat aliran maklumat

sosial semasa interaksi melalui komunikasi interpersonal sederhana. Keupayaan ini akan

dipertikaikan dan kemudiannya membawa kepada corak keutamaan saluran dalam situasi

sosial yang melibatkan ancaman kepada persembahan diri.

Page 9: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

KAJIAN LITERATUR

Kajian literatur bertujuan untuk pemahaman penyelidikan terhadap teori-teori terkini dalam

bidang yang hendak dikaji. Pemahaman teori membantu perspektif terhadap penyelidikan

yang dijalankan. Perspektif yang betul membolehkan kajian terhadap masalah dilakukan

secara objektif, teratur dan rasional sebagai keperluan saintifik dalam proses penyelidikan.

Bahagian ini menujukkan beberapa kajian-kajian lepas berkaitan dengan fokus kajian yang

menyentuh mengenai aplikasi Facebook dan hubungan interpersonal internet.

Kertas kerja yang bertajuk “Peran Facebook dalam Komunikasi Interpersonal: Studi

Deskriptif Kualitatif tentang Peran Facebook sebagai Media dalam Komunikasi Interpersonal

antara Guru dan Murid di SMP Maria Immaculata” adalah hasil kajian oleh Skolastika Santi

Pertiwi / Y. Bambang Wiratmojo di Universitas Atma Jaya Yogyakarta, Indonesia. Kertas

kajian ini membincangkan mengenai aplikasi Facebook (FB) digunakan sebagai media untuk

berkomunikasi antara guru dengan murid di SMP Maria Immaculata (MI). Komunikasi

interpersonal antara mereka dapat dilihat dari aspek hubungan personal, penerapan tata tertib,

dan belajar mengajar. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui peranan Facebook dalam

komunikasi interpersonal antara guru dan murid di SMP MI. Jenis penelitian deskriptif

kualitatif ini dilakukan adalah dengan cara pemerhatian Facebook Timeline milik beberapa

guru, wawancara via inbox dan tatap muka. Pengkaji telah memilih untuk menggunakan teori

ABX Theodore Newcomb, komunikasi Harold Lasswell dan 4 model komunikasi Goleman

dan Hammen. Hasil penelitian, pengkaji menyimpulkan bahawa ketika A dan B melakukan

komunikasi dengan X sebagai mediumnya dan mencapai keadaan simetri, maka komunikasi

tersebut mempu memberikan dampak positif. Jika tidak, maka akan mempengaruhi sistem

sosial antara mereka. Hasil dapatan membincangkan mengenai sudut positif dan negatif

jaringan sosial Facebook yang membolehkan guru untuk berkomunikasi dengan pelajarnya

sebagai seorang rakan.

Seterusnya, adalah kertas kerja bertajuk “Penggunaan Laman Rangkaian Sosial

(Facebook) Dalam Kalangan Guru: Motif Dan Kesannya” telah dihasilkan oleh Faridanura

Binti Abdullah bagi memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana

Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia. Kajian yang dilakukan ini bertujuan untuk

mengkaji penggunaan laman rangkaian sosial Facebook dalam kalangan guru di sebuah

daerah di Pontian. Terdapat lima objektif yang dirangka iaitu mengenal pasti motif

penggunaan Facebook dalam kalangan guru, mengenal pasti kesan penggunaan Facebook

Page 10: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

dalam kalangan guru, menentukan perbezaan dalam faktor penggunaan Facebook oleh guru-

guru berdasarkan jantina, menentukan perbezaan dari segi kesan penggunaan Facebook oleh

guru-guru berdasarkan jantina, dan mengenalpasti halangan yang dihadapi oleh guru-guru

dalam penggunaan Facebook dalam pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini merupakan

kajian tinjauan yang menggunakan kaedah kuantitatif yang mana data diperoleh sepenuhnya

menerusi borang soal selidik. Pengkaji membuat kajian terhadap 85 yang terdiri daripada

guru bukan dalam kalangan pentadbir. Kesemua data telah dianalisis menggunakan perisian

Statistical Package For Social Science Version 16.0. Data telah dianalisis secara deskriptif

dengan melihat peratusan dan tahap min pembolehubah dan secara inferensi yang melibatkan

ujian-t. Daripada analisis min yang telah dilakukan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa

motif dan kesan penggunaan laman rangkaian sosial untuk integrasi dan interaksi sosial

adalah pada tahap tinggi. Selain itu, pengkaji dapat mengenal pasti halangan utama dalam

penggunaan Facebook untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran ialah pelajar tidak

menggunakan laman sosial untuk berbincang tentang pelajaran tetapi hanya untuk bersosial.

Kertas kerja yang bertajuk “Media Sosial Dan Pengembangan Hubungan

Interpersonal Remaja Di Sidoarjo” oleh Totok Wahyu Abadi, Fandrian Sukmawan dan Dian

Asha Utari di Universitas Muhammadiyah Sidoarjo, Indonesia. Tujuan kertas penelitian ini

adalah untuk menganalisis dan menjelaskan penggunaan media sosial di kalangan remaja,

pengembangan hubungan interpersonal, dan pengaruh media sosial terhadap pengembangan

hubungan interpersonal remaja Sidoarjo. Penelitian ini melibatkan seratus siswa SLTA

sebagai responden ini menggunakan pendekatan eksplanatif. Para pengkaji melakukan

pengumpulan data secara random sampling, data dianalisis dengan menggunakan teknik

penganalisisan statistik deskriptif dan regresi berganda. Hasil penelitian mereka menunjukkan

bahawa penggunaan jaringan sosial oleh remaja banyak tercenderung kepada tujuan untuk 1)

mendapatkan berbagai informasi, 2) memperkuat hubungan di antara sesama pengguna, 3)

melepaskan ketegangan, 4) memenuhi keperluan emosional, dan 5) meningkatkan keyakinan

diri. Pengembangan hubungan yang dilakukan oleh remaja lebih dominan terhadap pencarian

informasi identiti diri, idea ataupun pemikiran, serta alamat akaun pengguna. Hasil dapatan

kajian mendapati tahap perkembangan hubungan interpersonal (persahabatan) melalui

jaringan sosial sebesar adalah 68.7%. Manakala penggunaan jaringan sosial berpengaruh

terhadap pengembangan hubungan interpersonal bagi remaja di Sidoarjo sebesar 43,4%.

Page 11: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

APLIKASI FACEBOOK

Facebook dicipta oleh Mark Zuckerberg pada Februari 2004 di Universiti Harvard (Wilson,

Gosling, & Graham, 2012). Pada mulanya, Facebook dibangunkan sebagai rangkaian sosial

atas talian khusus bagi Universiti Harvard tetapi telah dibuka kepada umum pada tahun 2006

(Hew, 2011). Sejak pembukaannya, pengguna Facebook telah meningkat dan rangkaian

tersebut telah mencapai sebanyak 874 billion pengguna sejak September 2013 (Facebook,

2013). Pada asasnya, Facebook merupakan tempat untuk bersosial atas talian di mana

pengguna boleh menambah kawan, menghantar mesej, dan mengemaskini profil peribadi

untuk kawan-kawan mereka mendapatkan maklumat ringkas mengenai diri mereka (Quan-

Haase & Young, 2010).

Di dalam Facebook, pengguna juga boleh menyertai kumpulan alam maya yang

dibuat berdasarkan minat yang sama dengan tujuan untuk berkenalan antara satu sama lain,

berkongsi minat, dan hobi. Facebook adalah merupakan laman rangkaian sosial yang paling

popular dan telah berjaya menarik banyak perhatian kebelakangan ini. Facebook juga telah

menjadi rangkaian sosial yang paling kerap digunakan dengan lebih daripada 1 bilion

pengguna aktif setiap bulan (Alexa, 2014). Statistik laporan oleh Alexa (2014) melaporkan

bahawa Facebook adalah merupakan laman sosial yang kedua tertinggi daripada lima laman

web yang paling tinggi dilawati di Internet selepas Google.com.

Bagi penggunaan Facebook di Asia, Malaysia merupakan negara ke-lapan tertinggi

dengan 13.3 juta pengguna aktif berdaftar di Facebook (Talip, 2013), dan menduduki tempat

keempat di Asia Tenggara selepas Indonesia, Filipina, dan Thailand dari segi nombor

pengguna Facebook (Talip, 2013). Laman web sosial Facebook dikatakan memberikan

kemudahan kepada pengguna untuk menyalurkan maklumat atau mengemaskini status,

berkongsi dan tag gambar, dan gaya hidup berkomunikasi.

Facebook merupakan salah satu jaringan sosial internet yang telah melahirkan bentuk

komunikasi baharu. Facebook memudahkan komunikasi bersemuka dalam talian dan telah

mewujudkan pelbagai bentuk interaktiviti baharu untuk menghubungkan para penggunanya.

Facebook telah memperkenalkan aplikasi Messenger dan Facebook Live yang dapat

menggalakkan hubungan Interpersonal antara para pengguna dalam talian.

Page 12: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

a) MESSENGER

Facebook Messenger atau lebih dikenali sebagai Messenger adalah aplikasi dan platform

penyampaian mesej. Pada mulanya dikenali sebagai Facebook Chat pada tahun 2008, dan

mengubah perkhidmatan pemesejannya pada tahun 2010. Seterusnya aplikasi IOS dan

Android diperkenalkan secara berasingan pada Ogos 2011. Selama bertahun-tahun, Facebook

telah mengeluarkan aplikasi baru pada pelbagai sistem operasi yang berbeza,

melancarkan laman web yang berdedikasi antara muka , dan telah memisahkan fungsi

pemesejan dari aplikasi Facebook utama. Pengguna boleh menggunakan messenger secara

antara muka web atau dengan memuat turun aplikasi yang boleh digunakan berasingan.

Messenger mempunyai 600 juta pengguna pada bulan April 2015, meningkat kepada 900 juta

pada bulan Jun 2016, 1 bilion pada Julai 2016, dan 1.2 bilion pada April 2017

b) FACEBOOK LIVE

Facebook Live adalah fitur atau fungsi baru Facebook yang membolehkan seseorang

menampilkan diri kepada orang lain secara langsung. Semua pengguna Facebook boleh

menggunakan Facebook Live untuk berinteraksi secara langsung dengan kenalan mereka

menerusi video. Facebook Live yang pada asalnya dilancarkan pada bulan Ogos 2015 dan

hanya terhad kepada selebriti sahaja. Bermula tahun 2016, Facebook Live menjadi tersedia

kepada semua pengguna iPhone Amerika Syarikat pada Januari 2016. Pada Februari 2016,

pelancaran global bermula. Ia menjadi tersedia untuk pengguna Android Amerika Syarikat

pada minggu berikutnya selepas 26 Februari. Bermula 1 Mac, Facebook mula mementingkan

kandungan secara langsung berbanding kandungan yang biasa. Pengulas menggambarkan

Facebook Live sebagai menandakan kemasukan Facebook ke dalam ruang ‘streaming’ secara

langsung, bersaing dengan jaringan sosial yang lain.

JUSTIFIKASI PEMILIHAN APLIKASI

Pemilihan aplikasi Messenger dan Facebook Live ini adalah bertitik tolak daripada

perkaitannya dengan hubungan interpersonal dalam talian. Kedua-dua aplikasi ini didapati

menepati keperluan dalam hubungan interpersonal antara pangguna. Selain berkongsi

maklumat dan berkomunikasi, interaksi dalam talian menggunakan aplikasi Messenger juga

mampu mengirim pelbagai jenis kandungan multimedia dan aplikasi Facebook Live

Page 13: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

membolehkan pengguna berinteraksi secara semuka walaupun dalam talian. Selain

menjimatkan masa untuk bersemuka, pengguna dapat mengeratkan lagi hubungan walaupun

dari jauh. Hubungan interpersonal antara dua atau lebih orang akan menjadi lebih erat dengan

adanya aplikasi-aplikasi ini yang memberi peluang untuk mereka berhubung dimana jua pada

bila-bila masa. Kepelbagaikan fitur dan elemen interaktiviti yang ditawarkan oleh aplikasi

Messenger dan Facebook Live ini telah menjadikan Facebook sebagai jaringan sosial pilihan

utama masyarakat di dunia.

FUNGSI APLIKASI

a) MESSENGER

1. Teks

Anda boleh berhubung dengan kenalan tanpa mengira masa dan tempat. Anda juga boleh

mengetahui sama ada mesej anda telah dihantar kepada telefon rakan anda dan juga waktu

bila mereka membacanya.

2. Ilustrasi : Pelekat, Emoji & GIF

Ruang sembang yang lebih menarik dengan pelbagai jenis ilustrasi. Kongsikan pelekat

(stikers), emoji dan GIF yang menyeronokkan, comel, pelik dan penuh perasaan untuk

bersembang bersama.

3. Gambar dan Video

Messenger membolehkan anda mengambil dan merakam detik semasa perkara itu berlaku.

Anda boleh menambah lukisan atau teks untuk mengubahsuai gambar anda. Hantarkan semua

kepada rakan anda, kumpulan rakan atau siarkan ke “Stories” Messenger anda.

4. Kumpulan Maya

Kekal berhubung dengan kumpulan orang yang penting dalam hidup anda, seperti keluarga

dan rakan karib. Anda boleh menamakan kumpulan sembang anda dan menambah foto bagi

memudahkan kenalan mencapainya.

Page 14: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

5. Panggilan Suara dan Video

Hubungi rakan dan keluarga di mana sahaja mereka berada, menggunakan peranti mudah alih

atau komputer riba anda. Perbualan lebih menyeronokkan dengan menggunakan

penapis(filters), topeng(masks), kesan(effects) dan lain-lain lagi. Panggilan suara dan video

ke serata dunia adalah percuma, tetapi anda akan dicaj untuk data apabila anda tidak

menggunakan Wi-Fi.

6. Mesej Suara (Audio)

Katakan, nyanyikan atau laungkan sahaja melalui mesej suara. Kadangkala anda tidak

mempunyai masa untuk menaip kesemua mesej. Contohnya, rakamkan sahaja mesej suara

apabila anda sedang dalam perjalanan atau mempunyai banyak perkara yang perlu

diperkatakan.

7. Permainan

Main permainan bersama rakan anda. Dengan adanya permainan menjadikannya lebih

seronok untuk kekal berhubung dengan rakan. Cabar rakan-rakan untuk mengalahkan skor

tinggi anda, bermain dalam masa yang sama semasa anda berhubung melalui panggilan

video.

8. Pembayaran

Penghantaran dan Penerimaan wang adalah percuma, cepat dan selamat melalui aplikasi

Messenger. Anda hanya perlu memasukkan maklumat kad kredit atau akaun PayPal anda

untuk memulakannya. Walau bagaimanapun, fungsi pembayaran menggunakan kad kredit

hanya boleh digunakan bagi pengguna di Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan

Perancis. Penggunaan PayPal pula hanya berfungsi di AS.

8. Lokasi

Kongsikan peta bagi mana-mana lokasi.Anda boleh mencadangkan tempat pertemuan atau

mengemas kini tempat anda berada kepada kenalan-kenalan Facebook anda.

9. Temui Jenama Terkemuka

Messenger memudahkan anda untuk berhubung dengan jenama dan perniagaan kegemaran

anda, segalanya di satu tempat sahaja. Langgani dan ketahui perkembangan, dan berita. Anda

juga boleh menempah percutian dan mendapatkan tawaran terkini.

Page 15: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

b) MESSENGER

1. Mencipta perbualan yang menarik bersama para pengguna di Facebook.

Facebook Live adalah cara terbaik untuk berinteraksi dengan rakan dan pengikut anda secara

langsung. Berkongsi segala perkara seperti, isu-isu hangat dan terkini. Reaksi langsung

daripada penonton dapat mengukur kelangsungan penyiaran anda.

2. Sambungan Serta Merta

Facebook Live membolehkan anda berhubung dengan orang yang selalu mengambil berat

tentang anda. Rakan-rakan dan para pengikut boleh menerima pemberitahuan apabila anda

bersiaran langsung. Hal ini membolehkan mereka boleh melapangkan masa untuk

berinteraksi bersama semasa siaran anda berlangsung.

3. Kongsikan Cerita dan Cara Anda

Dengan alat kreatif seperti Penapis (filters), tema (themes), dan kesan (effects), membolehkan

anda mengekspresi diri dengan pelbagai cara yang dapat mengujakan kenalan Facebook anda

dan mencipta interaksi yang lebih menyeronokkan.

Page 16: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

Aktiviti lain yang boleh dilakukan menggunakan Facebook Live

KELEBIHAN APLIKASI

MESSENGER :

Boleh menjadi medium pertukaran pelbagai jenis data atau informasi yang boleh

disampai atau diterima pada bila-bila masa dan di mana jua.

Mengeratkan hubungan dengan wujudnya interaksi secara peribadi dan berkumpulan,

yang boleh dilakukan secara tertutup atau terbuka, mengikut kemahuan pengguna

Dapat menjadi platform untuk memperoleh rezeki tambahan dengan cara melibatkan diri

dengan melakukan perniagaan.

FACEBOOK LIVE

Membantu meningkatkan interaksi akaun anda kepada rakan dan pengikut anda.

Segala aktiviti yang sedang dilakukan boleh dikongsi secara terus melalui video langsung

kepada para pengguna lain.

Para pengguna boleh memberikan reaksi dan berbalas komen semasa video itu bersiaran.

Membolehkan pengguna merakam kenangan indah dan video tersebut boleh disimpan di

halaman profil agar dapat dipertonton oleh pengguna lain di luar waktu siaran langsung.

Topik Hangat Soal Jawab Berita Semasa Siaran bersama

Prestasi Dibalik Tabir Tonton Bersama Demostrasi

Page 17: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

KEBURUKAN APLIKASI

MESSENGER :

Boleh menimbulkan masalah-masalah yang tidak diinginkan, contohnya apabila diganggu

oleh orang yang tidak dikenal, dan sebagainya.

Membuat seseorang terleka dan lupa pada pekerjaan mereka

Berisiko dipergunakan untuk tujuan penipuan dan penyamaran. Contoh : Diajak bertemu

oleh orang yang tidak kenali , dan sebagainya.

FACEBOOK LIVE :

Berisiko terhadap keselamatan seseorang. Contohnya apabila seseorang itu mendedahkan

keberadaan mereka ditempat yang sunyi dan berseorangan.

Mengganggu keadaan sekeliling apabila membuat video tersebut secara berlebihan

LAMPIRAN

Segala lampiran yang disediakan ini adalah hasil tugasan yang telah saya pamer dan

persembahkan semasa Pameran Hari Inovasi Komunikasi Pengantaraan Teknologi Sempena

Hari Terbuka KPT pada 14 Mei 2018 di Dewan Konvensyen, Bangunan Gunasama Edu Hub

Pagoh

1. SLAID PEMBENTANGAN TEORI

Page 18: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat
Page 19: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

2. POSTER HARI PAMERAN (SAIZ A1)

Page 20: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

3. VIDEO SLAID PERSEMBAHAN HARI PAMERAN (APLIKASI)

Page 21: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat
Page 22: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat
Page 23: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat
Page 24: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

4. BROSUR TEORI HUBUNGAN INTERPERSONAL INTERNET

Page 25: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

5. BROSUR MESSENGER

Page 26: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

6. BROSUR FACEBOOK LIVE

Page 27: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

Disini saya sertakan bersama pautan bagi melihat segala hasil tugasan saya yang merangkumi

draf tugasan, poster, brosur, slaid dan video pembentangan. Segalanya telah saya muatkan ke

dalam satu folder ‘Google Drive’ yang bertajuk BMCO 4105 (Amira Idayu)

https://drive.google.com/open?id=1tzod8nACwUv78PCot7tnM9fIuzIl5VQW

PENUTUP

Refleksi

Hasil daripada laporan ini menjelaskan mengenai kemampuan aplikasi Facebook iaitu,

Messenger dan Facebook Live dalam mengembangkan hubungan Interpersonal. Hubungan

interpersonal atau lebih dikenali sebagai hubungan rapat yang mungkin berdasarkan cinta,

urusan perniagaan, perpaduan atau komitmen sosial yang lain sememangnya boleh berlaku

dalam komunikasi atas talian. Hal ini bersangkutan dengan kenyataan bahawa hubungan

dalam talian memberi kesan berbeza-beza pada seseorang individu, kerana ia bergantung

kepada kumpulan orang yang menggunakannya, dan tujuan mereka. Walther (1996) juga

telah membezakan proses pembentukan sosial antara komunikasi pengantaraan komputer dan

bersemuka adalah hakikat bahawa ia bukanlah mengenai "Jumlah maklumat sosial yang

ditukar tetapi mengenai kadar maklumat sosial yang ditukar".

Apa yang dapat saya simpulakan adalah bahawa jaringan sosial seperti Facebook

boleh dijadikan sebagai tempat yang membolehkan interaksi sosial, dan merupakan tempat di

mana mereka boleh berkongsi reaksi, bercerita, dan berinteraksi dengan orang lain. Facebook

mempunyai empat elemen yang berkaitan, iaiatu penerima, penghantar, ciri saluran, dan

proses maklum balas. Hal ini sesuai dengan apa yang telah diterangkan oleh Walther (1996)

mengenai elemen dalam proses komunikasi pengantaraan komputer. Pengunaan aplikasi

Facebook dapat mengeratkan hubungan interpersonal boleh digambarkan sebagai hubungan

jangka panjang antara dua orang atau lebih. Oleh itu, dengan adanya aplikasi Facebook ini

dapat dimanfaatkan sebaik mungkin oleh pengguna bagi perkembangankan hubungan

komunikasi interpersonal kerana fungsi aplikasi ini lebih praktikal, mudah dan menjimatkan

masa bagi para pengguna tanpa perlu bersemuka secara nyata. Sememangnya terdapat

applikasi-aplikasi lain seperti Instagram, Twitter, Skype, Snapchat, Facetime dan jaringan

sosial lain yang boleh digunakan untuk berinteraksi dan berkomunkasi semuka secara dalam

talian. Namun, pada pandangan saya aplikasi Facebook dilihat lebih bersesuaian untuk

digunakan bagi semua peringkat umur kesemua lapisan masyarakat.

Page 28: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

Cadangan

Cadangan saya adalah mengenai penggunaan aplikasi Facebook secara keseluruhannya amat

sesuai diterapkan dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Malah hasil pembacaan

saya, kajian oleh Hamann dan Wilson (2002) mendapati bahawa pelajar yang menyertai

dalam kelas atas talian mendahului para pelajar dalam pembelajaran tradisional iaitu secara

bersemuka. Hal ini menunjukkan Facebook sebagai modul pembelajaran yang membantu

pelajar terlibat aktif dalam pembelajaran. Selain itu, Facebook juga mampu mewujudkan

hubungan interpersonal yang baik antara tenaga pengajar dengan pelajar dan pelajar dengan

pelajar dalam bentuk komunikasi berasaskan atas talian. Sebagai contoh, laman sosial

Facebook ini, membantu pengajar dengan pelajar mereka tentang tugasan, kegiatan

mendatang, dan contoh kerja di luar waktu persekolahan. Bagi dalam kalangan pelajar pula,

para pelajar boleh menggunakan Facebook untuk menghubungi rakan sekelas mereka untuk

bertanyakan tentang tugasan atau peperiksaan serta berkerjasama untuk menyiapkan tugasan

atau projek kelompok dalam persekitaran atas talian

Oleh itu, saya memberikan cadangan kepada para pengajar untuk cuba memilih

Facebook sebagai satu platform untuk mendekati pelajar-pelajar dengan lebih dekat dan

mesra untuk mengetahui masalah pembelajaran yang dihadapi oleh mereka. Hal ini kerana

kajian membuktikan para remaja kini lebih selesa untuk berinteraksi dalam laman web sosial

daripada bersemuka terutamanya pelajar yang pendiam dan kurang berkeyakinan di dalam

kelas besemuka. Penggunaa Facebook diharap dapat memotivasi pelajar untuk meningkatkan

minat belajar serta aktif dan berani menyuarakan pendapat dalam proses pengajaran dan

pembelajaran (P&P).

Rumusan

Teknologi rangkaian komputer dan internet bukan hanya menghubungkan komputer, tetapi

juga penggunanya. Malah, teknologi ini sentiasa berkembang dari masa ke masa dan

melibatkan komunikasi merentas masa dan ruang dengan keupayaannya yang membolehkan

sesiapa sahaja berinteraksi dengan individu lain atau kumpulan di luar persekitaran fizikal

bagi membentuk, mengekalkan dan memperkukuh hubungan sosial terutamanya hubungan

interpersonal antara penggunanya. Penggunaan jaringan sosial seperti Facebook kini

Page 29: KULLIYYAH LANGUAGES AND MANAGEMENT · melibatkan Teks, Video, Audio dan Watak Maya. Interaksi dalam talian membolehkan masyarakat berkomunikasi, bersosialisasi serta mendapatkan maklumat

mempunyai kemampuan yang lebih hebat hasil gabungan tiga elemen utama, iaitu teknologi,

perbualan, dan perkongsian maklumat. Hal ini telah menyebabkan lahirnya bentuk baharu

komunikasi yang mengintegrasikan komunikasi massa dengan komunikasi interpersonal

sehingga wujudnya interaktiviti baharu seperti kumpulan sembang, kumpulan maya di tempat

kerja, dan komuniti dalam talian.

Kertas kerja ini telah berjaya mengupas sedikit sebanyak mengenai aplikasi Facebook

sebagai salah satu jaringan sosial yang mampu menggalakkan lagi hubungan interpersonal

atas talian. Seseorang yang aktif berinteraksi dalam talian dan kerap bertukar maklumat sosial

mudah merasa dekat dan terjalin ikatan antara satu sama lain. Melalui kewujudan teknologi

web 2.0, interaksi sosial dalam ruang siber menggunakan aplikasi media baharu seperti

jaringan sosial dalam talian semakin menarik minat orang ramai, dan dilihat telah mengubah

bentuk komunikasi manusia. Walaupun komunikasi bersemuka masih penting, namun

perlahan-lahan telah digantikan dan dilengkapi oleh komunikasi berperantaraan, iaitu media

interpersonal dan media baharu, termasuk jaringan sosial dalam talian.