kemasukan produk dan perkhidmatan …/media/moneysense/resources in other languages... · (dikenali...

20
KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN KEWANGAN DI DALAM AKTA MELINDUNGI PENGGUNA PERDAGANGAN ADIL -BAGAIMANA IA MENJEJAS ANDA?

Upload: hoangnhi

Post on 29-Apr-2018

227 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN KEWANGAN DI DALAM AKTA MELINDUNGI PENGGUNA PERDAGANGAN ADIL

-BAGAIMANA IA MENJEJAS ANDA?

Page 2: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

Panduan pengguna ini diterbitkan oleh Penguasa Kewangan Singapura (“MAS”), dengan kerja sama Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (“MTI”), Pusat Peleraian Pertikaian Industri Kewangan (“FIDReC”) dan Persatuan Pengguna Singapura (CASE), sebagai sebahagian daripada program pendidikan kewangan nasional MoneySENSE. Program MoneySENSE menggabungkan inisiatif sektor industri dan awam untuk meningkatkan asas kemahiran kewangan bagi pengguna.

Maklumat ini merupakan maklumat secara umum dan mungkin tidak boleh digunakan bagi setiap keadaan atau bagi keadaan yang anda hadapi. Panduan pengguna ini tidak sepatutnya dianggap sebagai pengganti bagi anda untuk mendapatkan nasihat guaman. Untuk tip dan sumber pendidikan mengenai hal ehwal kewangan peribadi, sila web MoneySENSE di www.moneysense.gov.sg.

Page 3: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

01

Pengenalan

Mulai dari 15 April 2009, produk dan perkhidmatan kewangan yang umum akan dimasukkan di dalam Akta Melindungi Pengguna (Perdagangan Adil) (“CPFTA”). Produk dan perkhidmatan kewangan yang umum termasuk deposit bank, pinjaman bank, produk insurans, amanah saham dan sekuriti yang ditawarkan oleh institusi kewangan seperti bank, syarikat insurans dan broker saham.

Panduan ini menjelaskan bagaimana perubahan ini akan menjejas anda. Ia juga menerangkan apakah yang boleh anda lakukan untuk mencari jalan keluar jika anda mempunyai alasan bahawa institusi kewangan itu atau wakilnya (dirujuk secara kolektif sebagai “institusi kewangan” dalam panduan ini) telah bertindak secara tidak adil dalam berurusan dengan anda.

Mengenai CPFTA

S1: Apa itu CPFTA ?

CPFTA menyediakan pengguna dengan kawalan daripada amalan yang tidak adil dan memberikan mereka hak untuk mengambil tindakan sewajarnya, termasuk tindakan Mahkamah untuk mendapatkan keadilan. Ditadbir oleh Kementerian Perdagangan dan Perindustrian (http://www.mti.gov.sg), CPFTA bertujuan untuk memperkasakan pengguna supaya mereka boleh mengambil tindakan terhadap pembekal yang mengamalkan amalan tidak saksama.

Secara umum, pengguna digalakkan untuk menyelesaikan pertikaian mereka terhadap pembekal melalui saluran pengantaraan kerana kosnya lebih murah daripada mengambil tindakan guaman untuk menuntut remedi sivil. Bagi pertikaian terhadap institusi kewangan, pengguna boleh menghubungi Pusat Peleraian Pertikaian Industri Kewangan (“FIDReC”), satu skim penyelesaian pertikaian bagi produk dan perkhidmatan kewangan yang dilantik di bawah CPFTA. Jika pertikaian itu tidak dapat diselesaikan, pengguna masih boleh mencari jalan peleraian alternatif termasuk tetapi tidak terhad kepada tindakan guaman.

Page 4: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

02

S2: Apa yang dimaksudkan dengan amalan tidak adil di b awah CPFTA?

Di bawah seksyen 4 CPFTA, maksud amalan yang tidak adil bagi pembekal, adalah apabila dalam hal urusan pengguna, pembekal

a) melakukan atau mengatakan, atau tidak melakukan atau tidak mengatakan sesuatu, yang boleh mengakibatkan pengguna mungkin ditipu atau diperdaya;

b) membuat dakwaan palsu;

c) mengambil kesempatan ke atas pengguna jika pembekal tahu atau patut tahu bahawa pengguna (i) tidak mampu untuk melindungi kepentingannya sendiri atau (ii) secara berpatutan tidak mampu untuk memahami perihal, inti pati, bahasa atau akibat dari urusan itu atau sebarang hal yang berkaitan dengan urusan itu; atau

d) melakukan salah satu daripada 20 amalan tidak adil yang disenaraikan di dalam Jadual Kedua CPFTA.

Anda boleh merujuk kepada CPFTA dan Jadual Kedua CPFTA di Pangkalan Data Statut Dalam Talian (http://statutes.agc.gov.sg). Ini merupakan pangkalan data percuma yang disenggarakan oleh Jabatan Peguam Negara.

Sama ada pembekal melakukan amalan tidak adil di bawah CPFTA, bergantung kepada fakta, keadaan dan kewajaran bagi setiap kes. Pengguna hendaklah merujuk pertikaian mereka kepada pihak yang berkecuali, seperti badan timbang tara atau mahkamah.

Walaupun CPFTA memberikan anda hak untuk mendapatkan keadilan jika anda menjadi mangsa terhadap amalan yang tidak adil, anda masih perlu berwaspada dalam melindungi kepentingan anda. Anda hendaklah berhati-hati semasa memilih produk, perkhidmatan dan pembekal.

Page 5: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

03

1Merujuk kepada produk dan perkhidmatan kewangan yang dikawal selia oleh Penguasa Kewangan Singapura (“MAS”) atau dibekalkan oleh seseorang yang dikawal selia oleh MAS (iaitu institusi kewangan atau wakilnya).

2Tempoh pembatalan lima hari tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Kemasukan Produk dan Perkhidmatan Kewangan1 di dalam CPFTA

S3: Bagaimana kemasukan produk dan perkhidmatan kewangan di dalam CPFTA akan menjejas saya sebagai pengguna?

Pengguna akan mendapat faedah dengan dua cara:-

• Selain daripada saluran penyelesaian pertikaian yang sedia ada melalui FIDReC, anda kini mempunyai hak untuk mendapatkan keadilan di bawah CPFTA melalui mahkamah jika anda menjadi mangsa kepada amalan tidak adil oleh sesebuah institusi kewangan. Perkara-perkara yang dianggap sebagai “amalan tidak adil” ada dijelaskan di bawah CPFTA.

- Apabila anda memohon jalan keluar di bawah CPFTA, anda

boleh bergantung kepada perwakilan lisan yang dibuat oleh institusi kewangan dan juga perjanjian bertulis yang dibuat di antara anda dan institusi kewangan tersebut.

- Sementara CPFTA menyediakan pilihan jalan keluar melalui

mahkamah, pengguna dinasihatkan untuk menghubungi institusi kewangan itu terlebih dahulu mengenai pertikaian mereka dan jika tidak ada jalan penyelesaian, anda boleh merujuk ke FIDReC. Kos bagi pilihan ini lebih rendah dan tidak memakan masa panjang berbanding dengan mengambil tindakan guaman di bawah CPFTA. Jika anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan di FIDReC, anda masih boleh mengambil tindakan guaman di bawah CPFTA. Rujuk Soalan 5 untuk maklumat lanjut.

• CPFTA menyediakan tempoh pembatalan selama lima hari2

bagi produk dan perkhidmatan kewangan yang dijual semasa kunjungan yang tidak diminta (ia itu penjualan yang tidak diminta di rumah anda atau di tempat perniagaan atau di rumah orang lain oleh pembekal itu)

Page 6: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

04

3Notis Maklumat Pengguna memberitahu pengguna mengenai haknya untuk membatalkan kontrak itu di bawah CPFTA.

4 MAS sedang dalam proses memperkenalkan tempoh pembatalan tujuh hari seperti itu untuk debentur yang tidak disenarai (termasuk nota berstruktur) dengan pemegangan lebih dari tiga bulan.

- Bagi produk atau perkhidmatan kewangan yang dijual semasa kunjungan yang tidak diminta, jika anda mendapati produk atau perkhidmatan kewangan itu tidak sesuai, anda boleh membatalkan kontrak dengan memberikan notis bertulis atau Notis Pembatalan (yang mana institusi kewangan anda patut memberitahu) kepada institusi kewangan tidak lebih dari masa lima hari dari hari:-

• anda menandatangani kontrak itu, atau

• anda diberitahu hak anda untuk membatalkan, mana-mana yang lebih kemudian. Jika institusi kewangan tersebut gagal memaklumkan kepada anda mengenai Notis Maklumat Pengguna3 semasa anda memeterai kontrak tersebut, tempoh pembatalan lima hari itu akan hanya bermula apabila institusi kewangan itu memaklumkan kepada anda Notis Maklumat Pengguna tersebut.

Tempoh pembatalan lima hari bagi produk dan perkhidmatan kewangan yang dijual semasa kunjungan tidak diminta tidak sah jika produk atau perkhidmatan kewangan itu telah menerima hak berkanun pembatalan di bawah undang-undang MAS yang tempohnya lebih lama dari lima hari.

Untuk produk dan perkhidmatan kewangan, anda diberikan tempoh pembatalan yang diberikan MAS jika anda membeli produk-produk berikutnya:-

• Skim pelaburan kolektif (iaitu amanah saham) – Anda mempunyai tujuh hari dari tarikh anda menandatangani perjanjian pembelian untuk membatalkan pembelian anda (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4.

• Polisi insurans hayat dan polisi insurans kemalangan dan

kesihatan – Anda mempunyai 14 hari dari tarikh menerima polisi untuk membatalkan polisi itu (dikenali sebagai “tempoh bebas lihat”).

Page 7: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

05

S4: Apakah isu-isu yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kewangan yang tidak akan diberikan perhatian di bawah CPFTA?

CPFTA tidak akan dilaksanakan dalam situasi berikut:-

• Mengambil tindakan terhadap institusi kewangan di atas sebab amalan tidak adil hanya kerana pelaburan kewangan itu tidak berhasil seperti yang dijangkakan (dengan syarat prestasi pelaburan tidak dijamin dan maklumat yang disampaikan tidak mengelirukan). Ini kerana kebanyakan pelaburan kewangan mempunyai risiko di mana untung atau rugi bergantung pada pergerakan harga pasaran.

• Mengambil tindakan terhadap syarikat insurans atau penyedia insurans di atas sebab amalan tidak adil hanya kerana syarikat itu mempunyai terma kontrak yang menetapkan apa yang tidak dilindungi di bawah polisi itu. Terma seperti itu adalah perlu di dalam kontrak insurans kerana harga polisi insurans ditentukan berdasarkan risiko pihak yang dilindungi dan tanggungan pihak penyedia insurans.

• Mengambil tindakan terhadap syarikat insurans kerana mengenakan premium yang lebih tinggi selepas syarikat insurans itu telah menyediakan penjelasan mengenai premium yang lebih tinggi atau memaklumkan mengenai kenaikan premium (tempoh notis ditetapkan di dalam kontrak insurans). Bagi kontrak insurans, jumlah premium adalah berdasarkan penilaian risiko terhadap pihak yang akan dilindungi, skop tanggungan syarikat insurans dan lain-lain anggapan yang dibuat di dalam kaedah penilaian premium. Sebagai contoh, premium yang dianggarkan bagi polisi insurans hayat biasanya berdasarkan pada seseorang yang sihat. Tetapi jika orang yang mengambil insurans itu menghadapi masalah kesihatan atau terlibat di dalam sukan berbahaya, maka bayaran premium mungkin lebih tinggi dari yang dianggarkan pada awalnya. Premium yang lebih tinggi yang dikenakan itu tidak dianggap sebagai amalan tidak adil kerana ia disebabkan risiko orang yang mengambil insurans itu sudah bertambah dan tanggungan bagi syarikat juga bertambah. Namun, pengguna hendaklah mencari syarikat insurans lain jika premium yang disebutkan oleh sesebuah syarikat insurans itu di luar peruntukan belanja atau jangkaan mereka.

Page 8: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

06

JUDGE

INVESTMENT

Tengok apa yang saya baru beli. Pelaburan ini boleh meraih keuntungan 10%!

Jangan bimbang, jika pelaburannya rugi, saya boleh saja menuntutnya sebagai tidak adil di bawah CPFTA

Apa? Aku akan membawa

ini ke mahkamah.

Wah! Tengok tu apa yang dilaburkan...

nampak berisiko

beberapa bulan kemudian

Semua pelaburan kewangan berisiko. Institusi dari mana anda membeli pelaburan tersebut tidak akan dianggap sebagai melakukan amalan yang tidak adil hanya kerana pelaburan itu tidak menghasilkan seperti apa yang dijangkakan. Anda bertanggungjawab untuk melakukan kajian dan memahami risikonya sebelum membuat keputusan untuk melabur. Pengguna hendaklah menekankan perlunya wakil penasihat kewangan atau wakil syarikat insurans tersebut menjelaskan mengenai produk kewangan itu dan menerangkan risikonya sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Pelaburan naik dan turun setiap

masa. Jika pelaburan naik,

adakah anda akan berada di

sini?”

Page 9: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

07

Hi, saya membeli sebuah kereta sport...

Wah! Mengapa tidak adil??

Kemudian…

Sebuah syarikat insurans atau penyedia insurans akan mengenakan premium berdasarkan penilaiannya terhadap risiko pihak yang hendak dilindungi. Dalam contoh ini, syarikat insurans itu telah membuat perkiraan premium berdasarkan profil pemandu itu, yang mengambil kira beberapa faktor termasuk umur, jantina dan pekerjaan serta jenis kenderaan. Oleh itu, premium yang lebih tinggi yang dikenakan tidak termasuk dalam amalan yang tidak adil di bawah CPFTA.Oleh kerana berlainan syarikat insurans mempunyai cara penilaian risiko yang berlainan, terdapat kemungkinan perbezaan di dalam perhitungan premium yang perlu dibayar. Pengguna digesa supaya mendapatkan beberapa sebut harga dari syarikat yang berlainan sebelum memutuskan polisi insurans yang hendak dibeli.

Saya akan membeli sebuah kereta sport,

boleh anda berikan saya sebut harga premium

bagi polisi insurans kereta yang lengkap?

Berdasarkan umur anda dan jenis kereta anda, premium anda ialah 15% lebih tinggi

dari yang biasa

Page 10: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

08

Apa yang Boleh Dibuat Oleh Pengguna?

S5: Apa yang boleh saya lakukan jika saya ada alasan untuk mempercayai bahawa kerugian yang saya tanggung disebabkan oleh institusi kewangan itu bertindak secara tidak adil semasa menjual kepada saya produk dan perkhidmatan kewangan di bawah CPFTA?

Langkah 1: Berjumpa dengan institusi kewangan tersebut

• Anda mesti terlebih dahulu menyelesaikan pertikaian anda dengan institusi kewangan itu. Mereka mempunyai rekod anda dan dapat menyemak maklum balas anda serta boleh memberikan penjelasan.

• Institusi kewangan yang dikawal selia oleh MAS dikehendaki

menguruskan aduan dan maklum balas pengguna secara bebas, berkesan dan pantas.

• Beritahu MAS jika aduan anda tidak dilayan atau institusi kewangan tersebut enggan menyiasat aduan anda.

Langkah 2: Berjumpa dengan FIDReC jika anda tidak berpuas hati

• Jika anda tidak berpuas hati dengan jawapan institusi kewangan itu atau pertikaian anda tidak dapat diselesaikan, anda boleh berjumpa FIDReC untuk membuat aduan. Di mana boleh, FIDReC akan menjadi pengantara dan/atau mengadili pertikaian anda sebagai alternatif kepada tindakan guaman.

• Proses penyelesaian pertikaian FIDReC mengandungi:

- Pengantaraan (tahap pertama): Pengurus kes FIDReC akan menjadi pengantara pertikaian itu dan akan menggalakkan pihak yang bertikai supaya menyelesaikannya dengan cara baik.

Page 11: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

09

- Pengadilan (tahap kedua): Jika pertikaian itu tidak dapat diselesaikan melalui pengantaraan kerana pihak yang terlibat tidak bersetuju mengenai terma penyelesaiannya, maka pertikaian itu akan didengar dan diadili oleh Pengadil FIDReC. Pengadil itu akan menimbangkan fakta dan merit kes tersebut. Panel Pengadil FIDReC terdiri daripada hakim bersara, peguam kanan, peguam dan profesional industri yang sudah bersara.

• Pengguna membayar yuran apabila kes mereka dibawa

untuk pengadilan. Sila rujuk kepada tapak web FIDReC (www.fidrec.com.sg) untuk maklumat mengenai yuran kes yang diadili.

Nota Penting: Institusi kewangan, dan bukannya pengguna, terikat dengan keputusan yang dibuat oleh Pengadil FIDReC. Pengguna yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut tidak perlu menerimanya dan boleh mencari peleraian alternatif seperti tindakan guaman.

Langkah 3: Mencari jalan alternatif jika anda tidak berpuas hati • Jika pertikaian masih tidak dapat diselesaikan melalui FIDReC,

anda boleh menimbangkan mencari jalan alternatif untuk bantuan atau memfailkan tuntutan sivil di mahkamah.

Langkah 3:Mencari jalan alternatif seperti tindakan gauaman

Langkah 2:Berjumpa FIDReC

Langkah 1:Berjumpa institusi kewangan

Page 12: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

10

• Di bawah CPFTA, FIDReC merupakan pusat penyelesaian pertikaian yang dilantik bagi kes yang melibatkan institusi kewangan yang dikawal selia oleh MAS yang juga merupakan pengguna FIDReC contohnya bank, syarikat kewangan, penyedia insurans hayat, penyedia insurans umum dan penyedia insurans komposit, pemegang lesen khidmat pasaran modal (contohnya broker saham, pengurus dana amanah saham), penasihat kewangan dan perantara insurans.

• Oleh itu, FIDReC adalah tempat rujukan pertama bagi

pengguna yang mempunyai pertikaian yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kewangan. Dengan merujuk kepada FIDReC, hak anda untuk membuat tuntutan sivil tidak akan berkurangan (contohnya jika anda tidak berpuas hati dengan pengadilan FIDReC).

Walaupun tidak wajib bagi pengguna untuk menggunakan FIDReC, jika kes dibawa ke mahkamah, mahkamah akan menimbangkan sama ada pengguna tersebut telah meleraikan kes itu melalui FIDReC dalam membuat keputusannya.

• FIDReC tidak menguruskan pertikaian yang melibatkan kemudahan nilai tersimpan (contohnya kad ez-link, Kad Tunai NETS), perkhidmatan tukar wang dan pengiriman wang. Anda boleh merujuk kepada Persatuan Pengguna Singapura (CASE) atau Tribunal Tuntutan Kecil untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.

Perkara penting untuk diberi perhatian:

Page 13: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

11

S6: Apakah had masa bagi membuat tuntutan di bawah CPFTA? Bagaimanakah ini akan menjejaskan had masa bagi membuat aduan di bawah FIDReC? Apakah jumlah maksimum yang boleh saya tuntut di bawah CPFTA?

Di bawah CPFTA, anda boleh membuat tuntutan anda dalam masa dua tahun dari: • masa berlaku kejadian material yang terakhir bagi tuntutan

tersebut; atau • tarikh paling awal apabila anda menyedari amalan yang tidak

adil itu, mana-mana yang kemudian

Pertikaian hendaklah dibawa ke FIDReC tidak lebih dari enam bulan selepas institusi kewangan itu memberikan jawapan terakhirnya. Jawapan terakhir ialah surat atau dokumen bertulis yang diberikan oleh institusi kewangan itu, yang menyatakan dengan jelas ia adalah jawapan terakhir dari institusi kewangan tersebut dan menyatakan dengan jelas bahawa jika anda tidak bersetuju dengan institusi kewangan itu, anda boleh menghubungi FIDReC untuk bantuan dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat atau dokumen tersebut.

Masa yang diambil untuk mencuba menyelesaikan pertikaian dengan institusi kewangan dan di FIDReC akan diambil kira semasa menentukan sama ada tuntutan yang difailkan di mahkamah telah difailkan dalam tempoh had dua tahun. Had masa dua tahun di bawah CPFTA tidak akan ditangguhkan sementara pengguna menjalani proses penyelesaian pertikaian di FIDReC. Berikut adalah contohnya:

Page 14: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

12

Gambar rajah berikut ini hanya untuk tujuan memberikan contoh sahaja. Ia menggambarkan satu kes di mana seorang pengguna telah memfailkan aduan kepada FIDReC.

1) Pengguna mengesyaki bank melakukan amalan yang tidak adil. Had tempoh dua tahun di bawah CPFTA bermula dari tarikh mengetahui dan bukan tarikh bila amalan yang tidak adil itu berlaku.

2) Pengguna cuba menyelesaikan isu dengan institusi kewangan.

1 Mac 2009

5 Mac 2009

5) FIDReC membuat keputusan. Pengguna boleh sama ada menerima atau menolak keputusan FIDReC. Jika pengguna mahu menolak keputusan FIDReC, dia boleh mengambil tindakan mahkamah di bawah CPFTA.

Jika pengguna memilih untuk mengambil tindakan mahkamah, dia mesti melakukannya sebelum 1 Mac 2011, iaitu dua tahun dari tarikh dia mula-mula sedar amalan yang tidak saksama itu.

Dalam contoh ini, ia bermakna pengguna itu tinggal kira-kira satu tahun untuk mengambil tindakan di mahkamah di bawah CPFTA kerana dia mengambil kira-kira satu tahun untuk menyelesaikan kesnya dengan institusi kewangan dan juga melalui proses penyelesaian pertikaian FIDReC.

Berakhirnya had masa dua tahun di bawah CPFTA

10 Nov 2009

20 Mac 2010

1 Mac 2011

3) Pengguna dan institusi kewangan tidak dapat menyelesaikan pertikaian itu. Pengguna menerima jawapan terakhir dari institusi kewangan. Had tempoh enam bulan untuk membuat aduan dengan FIDReC bermula. Selepas 10 November 2009, pengguna tidak boleh lagi membuat aduan kepada FIDReC.

4) Pengaduan dibuat kepada FIDReC dalam masa had tempoh enam bulan. Pengguna melalui proses penyelesaian pertikaian dengan FIDReC.

10 Mei 2009

15 Sep 2009

Had masa enam bulan FIDReC

Pengguna membuat aduan kepada FIDReC pada 15 Sep 2009. Oleh kerana tarikh ini masih dalam tempoh enam bulan pengguna itu menerima jawapan terakhir dari institusi kewangan, maka FIDReC akan menyiasat aduannya.

Namun, jika pengguna cuba membuat aduan kepada FIDReC selepas 10 Nov 2009, contohnya 12 Dis 2009, FIDReC tidak akan menyiasat kesnya kerana tarikh ini sudah lebih dari enam bulan selepas menerima jawapan terakhir dari institusi kewangannya. Dalam kes ini, pengguna masih boleh mengambil tindakan mahkamah di bawah CPFTA kerana had masa di bawah CPFTA hanya akan luput pada 1 Mac 2011. Namun, bergantung kepada sebab-sebab mengapa pelanggan tidak membuat aduan kepada FIDReC dalam masa had masa enam bulan, mahkamah mungkin, dalam membuat pengadilannya, mengambil kira sebagai sebahagian dari pertimbangan sama ada pengguna sudah menyelesaikan pertikaian itu di bawah FIDReC.

Page 15: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

13

Seorang pengguna membeli saham di Syarikat A dan Syarikat B berdasarkan dakwaan palsu oleh pembekal. Pengguna memulakan tindakan di bawah CPFTA berdasarkan dakwaan palsu dari pembekal dengan menuntut $15,000 bagi ganti rugi terhadap pembelian saham di Syarikat A. Pengguna itu kemudian memulakan satu lagi tindakan di bawah CPFTA berdasarkan dakwaan palsu oleh pembekal dengan membuat tuntutan $20,000 bagi ganti rugi terhadap pembelian saham di Syarikat B.

Pengguna itu tidak boleh meneruskan tuntutan keduanya melainkan dia tidak memasukkan jumlah lebihan $5,000 sebab jumlah agregat bagi kedua-dua tuntutan ialah $35,000 dan telah melebihi dari had tuntutan yang ditetapkan sebagai $30,000 di bawah CPFTA.

Jumlah maksimum yang boleh anda tuntut ialah $30,000 bagi tuntutan amalan tidak adil yang difailkan di bawah CPFTA.

Tindakan berganda daripada amalan tidak adil yang sama:

Bagi kes-kes di mana tindakan berasingan yang melibatkan amalan tidak adil yang sama dalam produk dan perkhidmatan kewangan telah dijalankan, jumlah tuntutan bagi setiap tindakan itu akan dicampurkan supaya tidak melebihi had tuntutan $30,000 di bawah CPFTA. Contoh berikut menggambarkan kaedah ini:

S7: Bagaimana jika saya telah menanggung kerugian melebihi $30,000?

Seperti yang diterangkan di dalam jawapan kepada Soalan 5, anda mesti terlebih dahulu berjumpa dengan institusi kewangan tersebut dan cuba menyelesaikannya dengan mereka. Jika anda tidak berpuas hati dengan keputusannya, anda hendaklah berjumpa dengan FIDReC. Bagi tuntutan berdasarkan punca tindakan yang tidak tertera di bawah CPFTA, FIDRec boleh menjadi pengantara bagi pertikaian di antara pengguna dan institusi kewangan bagi jumlah tuntutan seperti berikut:

Page 16: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

14

(a) Bagi tuntutan di antara orang yang dilindungi insurans dan syarikat insurans: sehingga $100,000.

(b) Bagi pertikaian di antara bank dan pengguna, pertikaian pasaran modal dan lain-lain pertikaian (termasuk tuntutan pihak ketiga dan tuntutan keadaan pasaran): sehingga $50,000.

(c) Bagi tuntutan yang melebihi jumlah wang yang dinyatakan di atas, FIDReC hanya dapat menguruskan tuntutan seperti itu jika (i) institusi kewangan itu bersetuju untuk membenarkan FIDReC mendengar tuntutan itu bagi keseluruhan jumlah tuntutan; atau (ii) pengguna bersetuju untuk mengehadkan tuntutannya kepada jumlah maksimum $100,000 bagi tuntutan insurans dan $50,000 bagi lain-lain tuntutan.

S8: Apakah isu-isu yang boleh saya bawa ke pengetahuan FIDReC di bawah CPFTA?

Staf FIDReC akan membantu anda mengenai proses peleraian pertikaian selepas anda membuat tuntutan anda dengan FIDReC.

S9: Apakah maklumat yang perlu saya berikan kepada FIDReC semasa membuat tuntutan di bawah CPFTA?

Anda hendaklah menyerahkan semua maklumat yang relevan, seperti nama dan jawatan pegawai institusi kewangan yang anda berurusan, dokumen yang diberikan oleh institusi kewangan itu, surat-menyurat yang relevan dan sebagainya.

Staf FIDReC akan menghubungi anda jika FIDReC memerlukan maklumat lanjut.

Jika kes itu tidak dapat didengar atau diselesaikan oleh FIDReC, anda boleh memilih untuk membawa tuntutan anda ke mahkamah kerana anda boleh memilih untuk tidak menerima keputusan yang dibuat oleh Pengadil FIDReC. Jika anda memilih untuk berbuat demikian, peguam anda boleh menasihatkan apakah tindakan yang sepatutnya diambil berdasarkan fakta-fakta kes anda (iaitu sama ada anda patut meneruskan di bawah CPFTA atau mencari jalan keluar melalui lain-lain statut atau undang-undang biasa).

Page 17: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

15

S10: Apakah tindakan yang boleh atau akan diambil terhadap institusi kewangan yang didapati mengamalkan amalan tidak adil di bawah CPFTA?

Tujuan CPFTA ialah untuk memperkasakan pengguna supaya mereka boleh mengambil tindakan terhadap pembekal kerana melakukan amalan yang tidak adil. Oleh itu, jika anda merasakan bahawa institusi kewangan yang anda berurusan telah menjalankan amalan yang tidak adil di bawah CPFTA, anda sepatutnya mengambil tindakan seperti yang dijelaskan di Soalan 5. Tambahan lagi, jika anda mempunyai alasan untuk mengesyaki institusi kewangan anda mungkin melanggar mana-mana peraturan atau undang-undang yang ditadbir oleh MAS, anda boleh melaporkan hal itu kepada MAS. MAS akan mengambil tindakan yang sewajarnya jika terdapat sebarang pelanggaran peraturan. Hal-hal yang akan disiasat oleh MAS ialah:

• Kesalahan mengenai pasaran seperti memberi nasihat yang tidak wajar atau yang boleh mengelirukan, memberi gambaran yang salah atau kurang mendedahkan perkara yang sebenar oleh institusi kewangan.

• Memberi maklumat yang tidak tepat, memberi maklumat lambat atau gagal mendedahkan maklumat penting mengenai pasaran kepada orang awam mengenai syarikat yang tersenarai.

• Kesalahan seperti penipuan, pecah amanah, pemalsuan, perakaunan palsu atau rasuah oleh institusi kewangan.

• Mengutip derma dari orang awam tanpa mempunyai dokumen pendedahan yang betul.

• Orang-orang yang terlibat di dalam kegiatan yang dikawal selia (contohnya menawarkan perkhidmatan nasihat kewangan di Singapura) tanpa mempunyai lesen yang sah atau keizinan. Senarai institusi kewangan yang berlesen atau yang diizinkan oleh MAS ada dipaparkan di tapak web kami http://www.mas.gov.sg

Lain-lain

Page 18: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

16

Pusat Pertikaian Industri Kewangan Berhad (FIDReC)

112 Robinson Road#13-03 HB RobinsonSingapura 068902Tel : 6327 8878Faks: 6327 8488Tapak Web: www.fidrec.com.sg Email : [email protected]

Tribunal Tuntutan Kecil (SCT)

1st Level, Subordinate Courts

SENARAI HUBUNGAN

No. 1 Havelock Square Singapura 059724Tel : 6435 5946Faks: 6435 5994 Tapak Web: www.smallclaims.gov.sg

Persatuan Pengguna Singapura (CASE)

170 Ghim Moh Road #05-01Ulu Pandan Community BuildingSingapura 279621Tel : 6461 1811Faks: 6467 9055Tapak Web: www.case.org.sg

Penguasa Kewangan Singapura (MAS)

Bahagian Isu Pengguna 10 Shenton Way

MAS BuildingSingapura 079117Tel : 6225 5577Faks: 6225 9766Tapak Web: www.mas.gov.sg

Untuk tujuan kerahsiaan, MAS tidak memaklumkan kepada orang awam urusannya dengan institusi kewangan yang tertentu. Namun, MAS secara umumnya akan menerbitkan secara formal tindakan kawal selia tindakan pasaran yang telah dikenakan di tapak webnya5.

Berikut ialah senarai hubungan pertubuhan-pertubuhan di mana pengguna boleh mendapatkan bantuan.

5 Untuk maklumat lanjut, sila rujuk bahagian penguatkuasaan di tapak web MAS.

Page 19: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans

17

Orang yang menggunakan kad tersebut.

CREDIT CARD

STATEMENT

Anda tidak boleh menggunakan CPFTA untuk mencari jalan keluar dari institusi kewangan hanya kerana anda tidak membaca maklumat yang diberikan kepada anda. Anda perlu bertanggungjawab terhadap kewangan anda. Baca dan fahamkan perihal sesuatu produk sebelum anda membelinya. Tidak adil di bawah CPFTA jika institusi kewangan menggunakan pencetakan kecil/halus untuk menyembunyikan sesuatu maklumat penting daripada pengguna, atau untuk memperdayakan pengguna daripada maklumat penting.

Sejak perkhidmatan kewangan sudah

dimasukkan di dalam CPFTA, saya tak perlu

membaca semua butir-butirnya lagi

sebelum saya mendapatkan kad

kredit.

Eh... saya rasa ada kesilapan? Penyata kad kredit saya mengandungi beberapa transaksi yang saya tidak lakukan!!

Hee hee, akhirnya dia

'belikan' saya barang kemas yang

saya idamkan itu.

Dengan syarat anda tidak bertindak dengan niat untuk menipu dan tidak cuai atau gagal untuk memaklumkan

kepada kami secepat mungkin selepas anda sedar kad anda telah hilang atau dicuri.

Tuan, anda bertanggungjawab terhadap caj yang tidak disahkan itu.

Di bawah terma dan syarat kontrak kad kredit anda, anda hendaklah

membayar $100 bagi caj yang tidak sah itu sebelum

anda melaporkan kehilangan kad

anda kepada kami..

Mr Wisely Lim kehilangan kad kreditnya tetapi terlupa untuk melaporkan kehilangan itu kepada bank sehingga seminggu kemudian

Jika saya ada masalah

kemudian, saya katakan sahaja bank itu tidak

adil.

Page 20: KEMASUKAN PRODUK DAN PERKHIDMATAN …/media/Moneysense/Resources in Other Languages... · (dikenali sebagai “tempoh pembatalan”)4. • Polisi insurans hayat dan polisi insurans