[f). - equipinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang...

20
[f). BERNAMA LAPORAN TAHUNAN BERNAMA 1988 PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA 28 Jalan 1I65A, Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Upload: phamcong

Post on 06-Feb-2018

239 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

[f). BERNAMA

LAPORAN TAHUNAN BERNAMA 1988

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA 28 Jalan 1I65A, Off Jalan Tun Razak, 50400 Kuala Lumpur.

Page 2: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

8861 VWVN1I38 NVNllHV~ NVlIOdV'l

Page 3: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)

LAPORAN TAHUNAN 1988

1. PENDAHULUAN

1.1 BERNAMA ialah sebuah badan berkanun yang telah ditubuhkan melalui Akta Pertubuhan Nasional Malaysia dalam tahun 1967 dengan tujuan-tujuan berikut: ­

i. mencari dan mengemukakan maklumat, berita, bahan-bahan berita atau rencana-rencana berita yang lengkap, benar dan saksama atas apa-apa perkara mengenai kepentingan awam dan bangsa di dalam dan di luar Persekutuan;

ii. membahagi-bahagikan maklumat, berita, bahan-bahan berita atau rencana-rencana berita itu kepada pelanggan-pelanggan dengan dikenakan bayaran samada berupa wang atau pertukaran berita atau kedua-duanya; dan

iii. melaporkan dengan sebenar dan saksamanya dengan tidak menyentuh kepentingan awam dan bangsa, pendapat-pendapat segala golongan penduduk Persekutuan.

1.2 BERNAMA mula beroperasi pada pertengahan tahun 1968 secara keeilan di sekitar ibu negara. BERNAMA kini mempunyai pejabat di semua ibu negeri di samping pejabat pewarta di Singapura, 1akarta, Bangkok dan Manila. Oleh sebab masalah kewangan pejabat-pejabat di Bangkok dan Manila ditutup buat sementara waktu pada pertengahan tahun ini.

1.3 Pada tahun 1984 BERNAMA mula menyalur berita daripada agensi-agensi berita asing kepada pelanggan-pelanggan di dalam negara. Dalam masa yang sam ia mula mengorak langkah mencebur­kan diri dalam perkhidmatan informasi. Langkah ini adalah untuk memperbaiki kedudukan kewangan.

2. STRUKTUR ORGANISASI

2.1 Akta menyebutkan bahawa pengurusan BERNAMA terletak kepada Lembaga Pengelolanya yang terdiri daripada seorang pengerusi, enam ahli sebagai wakil Kerajaan dan enam ahli mewakUi akhbar dalam Persekutuan yang menjadi pelanggan kepada perkhidmatan BERNAMA. Mereka dilantik oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Senarai penuh ahli bagi tahun 1988 adalah seperti dalam Larnpiran A. Walau bagaimanapun Lembaga Pengelola telah menggunakan kuasanya melantik Pengurus Besar, pegawai-pegawai dan kakitangan lain yang perlu untuk menjalankan operasi BERNAMA.

2.2 BERNAMA kini mempunyai empat jabatan; iaitu 1abatan Pengarang, 1abatan Pentadbiran dan Perkhidmatan, labatan Kewangan dan Akaun, dan 1abatan Pemasaran. Dua perkhidmatan lain juga wujud di bawah pengelolaan Pengurus Besar.

IPENGURUS BESAR I Perkhidmatan Kopra t

Perkhidmatan PR Wire

I I --. I JABATAN JABATAN JABATAN JABATAN

PENGARANG PENTADBIRAN & KEWANGAN DAN PEMASARAN PERKHIDMATAN AKAUN

Ketua Setiausaha Pengurus PengurusPengarang Kewangan dan Pemasaran

Akaun

I I r I Perkhidmatan Pentadbiran Kewangan NeW9can Rerita Am

Perkhidmatan Perjawatan Akaun },ivecom Berita Ekonomi

Perkhidmatan Komunikasi/ Pembelian Unicorn Rencana/Khas Teknikal

Pemasaran Media Perpllstakaan Telerate

Bangunan

Page 4: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

2.3 labatan Pengarang iaJah jabatan terbesar dan terpenting di pertubuhan ini. Liputan berita oleh BERNAMA merangkumi segala kegiatan dan peristiwa kehidupan manusia seperti politik, budaya, sains, hiburan, ekonomi dan kewangan. Kebelakangan ini labatan Pemasaran kini menjadi penting kerana dipertanggungjawabkan bagi menambah hasH oleh kerana sumbangan daripada Kerajaan beransur kurang.

2.4 Akta BERNAMA juga telah menubuhkan suatu badan yang dinamakan Majlis Penyeliaan. Majlis ini yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga Pengelola, juga dilantik oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong (Senarai ahli adalah seperti Lampiran B) diberi tugas-tugas berikut:

i. menentukan supaya BERNAMA sentiasa berpegang kepada peruntuk-peruntuk dalam Akta;

ii. menimbangkan apa-apa jua pengaduan daripada sesebuah akhbar, radio atau televisyen yang menjadi pelanggan kepada BERNAMA tentang kemungkiran atau keingkaran BERNAMA menurut mana-mana daripada tujuan-tujuan atau prinsip-prinsip yang terkandung dalam Akta; dan

iii. menimbang apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Lembaga.

3. BELANJAWAN 1988

3.1 Belanjawan Tahun 1988 te1ah disediakan dengan mengambilkira bahawa tiada projek baru atau perkembangan skop berlaku melainkan usaha-usaha yang akan ditumpukan terhadap mengkonsoli­dasi projek-projek bagi tahun 1987. Selain itu, langkah-Iangkah penjimatan kos akan dijadikan matlamat tegas BERNAMA bagi tahun 1988.

4. PERKHlDMATAN BERITA

4.1 labatan Pengarang yang bertanggungjawab mengendalikan semua perkhidmatan.perkhidmatan be rita BERNAMA disusun semuJa pada pertengahan tahun 1988 selaras dengan penyusunan semula struktur organisasi BERNAMA.

4.2 Di bawah penyusunan semula itu yang bertujuan menjadikan BERNAMA sebuah agensi yang lebih mantap, berkesan dan dapat pula berdikari, dua jawatan baru diwujudkan, iaitu Pengarang Urusan (Managing Editor) dan Pengurus Pemasaran (Media).

4.3 Di bawah struktur bam ini, Pengarang Urusan bertanggungjawab membantu Ketua Pengarang dalam perjalanan harian segala perkhidmatan editorial BERNAMA sementara Pengurus Pemasaran (Media) pula membantu Ketua Pengarang dalam usaha-usaha penjualan dan perkhidmatan lepas jualan kepada para pe1anggan media. Di samping itu, Pengurus Pemasaran (Media)juga bertanggung­jawab terhadap Unit Foto. Serentak dengan penyusunan semula itu, labatan Pengarang dijadikan pusat kos dan hasil.

4.4 Perkhidmatan-perkhidmatan yang dibekalkan oleh jabatan ini dikendalikan terus oleh enam bahagian yang dipanggil Meja atau Desk. Bahagian-bahagian itu ialah Meja Berita, Meja Ekonomi, Meja Naskah Bahasa Malaysia, Meja Naskah Bahasa Inggeris, Meja Naskah Dwi-bahasa dan Meja Khas.

4.5 Tiap-tiap bahagian diketuai oleh seorang Editor yang bertanggungjawab terus kepada Pengarang Urusan. Editor-editor Meja ini pula dibantu oleh seorang atau beberapa orang Penolong Editor. ..,

4.6 Fungsi bahagian-bahagian yang disebutkan tadi adalah seperti berikut:

i. Meja Berita

ii. Meja Ekonomi

iii. Meja Naskah B. Malaysia

bertanggungjawab menjalankan segala liputan berita termasuk politik, jenayah, sukan, mahkamah dan sebagainya, kecuali berita ekonorni yang dikendalikan oleh Meja Ekonomi.

menyediakan berita-berita tentang ekonomi seperti kegiatan pasaran­pasaran saham dalam dan luar negara, urusniaga harian di Bursa Saham Kuala Lumpur, Bursa Komoditi Kuala Lumpur, laporan­laporan syarikat dan sebagainya.

menyunting semua berita dalam Bahasa Malaysia yang dikeluarkan oleh Meja Berita dan Meja Ekonomi sebelum dihantar kepada para pelanggan.

Page 5: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

iv. Meja Naskah menyunting semua berita dalam Bahasa Inggeris yang dikeluarkan B.lnggeris oleh Meja Berita dan Meja Ekonomi sebelum dihantar kepada para

pelanggan.

v. Meja Naskah menterjemah dan menyunting berita-berita yang dikeluarkan oleh Dwibahasa Meja Berita dan Meja Ekonomi daripada bahasa asal ke bahasa

kedua.

vi. Meja Khas mengendalikan bahan·bahan analisis, rencana dan laporan-Iaporan khas yang boleh memberikan keberkesanan yang mendalam (impact) sarna ada di kalangan para pelanggan di dalam negara ataupun untuk agensi-agensi berita nasional asing yang mempunyai rancangan pertukaran berita dengan BERNAMA. Meja ini juga akan memilih dan mengolah semula semua berita yang bernama kirirnkan ke luar negara.

I ... 4.7 Berikutan dengan penyusunan semula ini, semua perkhidmatan kepada para pelanggan bukan

media tidak lagi dikendalikan oleh Jabatan Pengarang. Perkhidmatan-perkhidmatan ini termasuklah Newscan, Livecom, MASA, Telerate, Perkhidmatan Jepun, ASEAN File, Embassy Service dan Students Service.

4.8 Satu kemajuan positif yang boleh dilihat dan dirasakan akibat penyusunan semula ini ialah wujudnya semangat bekerja sebagai satu pasukan atau 'team work' yang ketara di kalangan para petugas berbanding dengan keadaan sebelumnya di mana kompartmentalisasi jabatan yang rigid telah mengakibatkan persaingan yang kurang sihat di kalangan para pegawai kanan.

4.9 Di bawah sistem baru ini, kompartmentalisasi tersebut dengan sendirinya terhapus kerana tiap-tiap bahagian dalam Jabatan Pengarang cuma dikehendaki menonjolkan satu imej atau identiti yang tunggal. Dengan perkataan lain, semua perkhidmatan editorial BERNAMA hanya memakai satu pengenalan nama atau 'credit line' iaitu BERNAMA, tidak lagi BERNAMA ES, BERNAMA FNS dan sebagainya.

4.1 0 Dari segi liputan harian pula, terdapat koordinasi yang lebih baik khususnya di kalangan bahagian­bahagian yang terbabit dengan pemberitaan.

4.11 Pada keseluruhannya tahun 1988 terus memperlihatkan kesibukan bagi Jabatan ini berikutan dengan perkembangan hangat dan menarik yang berlaku dalam negara di sepanjang tahun tersebut.

4.12 Antara perkembangan-perkembangan yang dimaksudkan ialah perg,olakan politik tanah air khususnya rnasalah yang dihadapi oleh UMNO, Pilihanraya Kecil Parlimen Johor Bahru, pemecatan Ketua Hakim Negara dan perkembangan yang berkaitan dengannya, tragedi terminal feri runtuh di Butterworth, ketegangan hubungan Manila-Kuala Lumpur yang bermula sejak penahanan 48 orang nelayan Filipina di kawasan perairan yang dipertikaikan pada bulan Ogos, isu GSP dan pergeseran di kalangan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja.

4.13 labatan ini juga menghantar wakil untuk meliputi lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir ke Kepulauan Mauritius pada awal Ogos, Timbalan Perdana Menteri, Encik Abdul Ghafar Baba ke Laos dan Vietnam pada penghujung bulan yang sarna, pertemuan antara Perdana Menteri dan Presiden Suharto di Jakarta pada bulan Ogos serta Persidangan Menteri-Menteri Luar ASEAN di Bangkok pada bulan Jun,

4.14 Di bidang sukan pula, semua acara-acara sukan di dalam negara dan acara-acara yang melibatkan penyertaan Malaysia di luar negeri sepanjang tahun ini turut diliputi.

4.15 Beberapa orang wartawan dan Jurufoto BERNAMA juga telah memenangi pelbagai hadiah peng­hargaan di sepanjang tahun 1988.

Page 6: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

5. PERKHIDMATAN-PERKHIDMATAN LAIN

5.1 Jabatan Pernasaran yang merupakan sayap pemasaran bagi perkhidmatan-perkhidmatan BERNAMA, khususnya perkhidmatan-perkhidmatan non-media, telah mengatur strategi pemasaran yang lebih berkesan.

5.2 Pada keseluruhannya, usaha daripada pemasaran yang tekun penghasilan perkhidmatan­perkhidmatan Livecom, Uniquote, Telerate, Newscan, Perkhidmatan Kedutaan/Pelajar, Japan Service bertambah baik dalam tahun ini. Hubungan dan kerjasama dengan agensi-agensi berita asing termasuk Reuters terus erat.

5.3 Projek usahasama dengan Bursa Saham Kuala Lumpur untuk menyediakan harga saham secara tepatmasa berjalan Iancar .

6. HUBUNGAN DENGAN AGENSI-AGENSI BERITA ASING

6.1 BERNAMA bekerja rapat dengan agensi-agensi berita antarabangsa yang beroperasi di negara ini. Menurut perjanjian, berita-berita luar negeri yang disalurkan ke Malaysia akan dipasarkan oleh BERNAMA kepada pelanggan-pelanggan tempatan. Di antaranya ialah perkhidmatan berita Reuters, Associated Press (AP), United Press International (UPI), Agence France-Presse (AFP) dan Deutsche Presse-Agentur (DPA).

6.2 Kerjasama dengan agensi-agensi berita lain terus berjalan dengan baik. Usaha juga dilanjutkan bagi meningkatkan lagi mutu pertukaran berita di antara agensi-agensi berita Asean iaitu Antara (Indonesia), BERNAMA (Malaysia), PNA (Filipina) dan TNA (Thailand) melalui rangkaian ANEX (Asean News Exchange). Di antaranya ialah satu program Workshop Seminar anjuran COCl (Jawatankuasa Asean mengenai kebudayaan dan penerangan) telah diadakan di Brunei Darussalam di mana para peserta daripada agensi-agensi berita Asean mengambil bahagian.

6.3 BERNAMA terus giat dalam OANA (Organisation of Asia-Pacific News Agencies), yang mempunyai 25 ahli termasuk TASS (Russia), Xinhua (China), Kyodo (Jepun), PTI (India) dan IRNA (Iran). Melalui rangkaian pertukaran beritanya (Asia-Pacific News Network - ANN), BERNAMA dapat menyalurkan beritanya kepada anggota-anggota OANA yang lain. BERNAMA juga menjadi salah satu daripada empat pusat penyaluran berita organisasi ini. Selain dari itu, BERNAMA mempunyai peraturan pertukaran berita dengan beberapa agensi lain termasuk daripada Asia Barat dan Eropah Timur.

7. PENYATA KEWANGAN 1988

7.1 Perbelanjaan mengurus bagi t"~n kewangan berakhir 31 Disember 1988 adalah $19,074,251.00 iaitu merupakan tambahan I~banyak 3.6 peratus berbanding dengan tahun 1987. Pecahan perbelanjaan-perbelanjaan mengurus ini adalah seperti berikut:

Item Peratus

1988 1987

Kos Personel 30.47 32.5 Susutnilai/Hapus IUra/Penyelenggaraan 12.73 8.2 Hutang Lapuk/Peruntukan Hutang Ragu 2.41 Perhubungan 12.10 15.4 Royalti ~ 16.56 14.7 Faedah atas pinjaman 9.66 8.3 Lain-Lain perbelanjaan 16.07 20.9

7.2 Jumlah pendapatan bagi tahun yang sarna adalah $17,186,986.00 iaitu merupakan tambahan sebanyak 20.9 peratus berbanding dengan 1987. Pecahan pendapatan ini adalah seperti berikut: ­

Page 7: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

Item� Peratus

1988 1987

Perkhidmatan Berita & Foto 12.1 14.6� Perkhidmatan Berita & Foto Agensi Luar 12.2 5.9� Perkhidmatan Komersial 32.5 26.8� Pendapatan non-operasi 16.6 20.5� Sumbangan Kerajaan 26.6 32.2�

7.3� Kurangan pendapatan sebanyak $1,887,265 dicatitkan bagi tahun 1988 dan perbelanjaan tahun­tahun lalu sebanyak $1,159,358 yang dipindah ke Kumpulan Wang Pengurus bagi mencatitkan baki debit sebanyak $8,550,586 pada 31 Disember 1988.

7.4� Selain dari tahun transaksi di atas, sebanyak $1,170,000 telah dikeluarkan dari Kredit Pusingan dengan Bwniputra Merchant Bankers l}erhad danjumlah yang te1ah digunakan setakat 31 Disember 1988 ialah $2,470,000.

7.5� Tanggungan sernasa sebaliknya menunjukkan penambahan besar berbanding dengan tahun 1988 sementara prestasi harta semasa tidak banyak berubah. Keadaan ini menghasilkan nilai harta semasa bersih negatif sebanyak $6,060,949 justeru itu mencerminkan prestasi tunai yang merosot.

7.6� Jurnlah harta tetap pada 31 Disember 1988 adalah $29,098,763 menunjukkan perubahan terhadap harta tetap pengurusan, bangunan-bangunan negeri dan harta pajakan.

7.7.� Sepertimana yang diperuntukan eli bawah Akta Badan-Badan Berkanun, akaun BERNAMA telah diperiksa oleh Tetuan Abu Bakar Rajuddin & Co., Akauntan Awam Bertauliah bagi pihak dan di bawah arahan Ketua Audit Negara. Salinan akaun dan Laporan Audit Negara disertakan sebagai Larnpiran C.

8.� HAL-HAL LAIN

81.� a) Latihan

Tumpuan terus diberi terhadap latihan terutama kepada wartawan bagi meningkatkan lagi kemahiran serta profesionalisma mereka. Sementara itu pendedahan kepada corak bertugas di agensi berita antarabangSa juga diadakan dengan penempatan wartawan bertugas di Agence France­Press di Paris. Usaha ini telah berjalan sejak beberapa tahun dengan kerjasama agensi yang berkenaan. Kesempatan juga diambil untuk mendedah wartawan melalui lawatan/kursus yang ditawarkan kepada BERNAMA.

Sementara itu BERNAMA telah mengelolakan dua projek latihan anjuran COCI dan UNESCO bagi para wartawan dari negara-negara Asean iaitu program pertukaran wartawan Asean dan mesyuarat editor-editor rencana ANEX. BERNAMA juga telah mengeluarkan stylebook dan manual bagi wartawan-wartawan Asean sebagai lanjutan kepada program penempatan wartawan Asean di BERNAMA pada tahun 1987.

b)� Komunikasi

Kemudahan komunikasi yang baik sangat penting dalam penyaluran berita dan maklumat di masa kini. Usaha terus eliambil untuk meningkatkan lagi sistem hubungan ini serta memaksimumkan penggunaan rangkaian Bercom iaitu rangkaian penyaluran berita dan maklumat BERNAMA ke seluruh negara.

BERNAMA

30 Jun 1990

Page 8: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

Lampiran A

LEMBAGA PENGEWLA BERNAMA�

Ahli-ahli Penuh

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan (Y.Bhg. Dato' Dr. Mohd Nor Ghani) Angkasapuri Kuala Lumpur

Ketua Pengarah Penyiaran (Encik Jaafar Kamin) Angkasapuri Kuala Lumpur

Ketua Pengarah Penerangan (Y.Bhg. Data' Mohd Kaus.Salleh) Angkasapuri Kuala Lumpur

Tim. Ketua Setiausaha I Kementerian Luar Negeri (Y.Bhg. Datuk Razali Ismail sehingga 28 April 1988)

(Y.Bhg. Data' Majid Mohamed mulai 29 April 1988) Wisma Putra Kuala Lumpur

Tim. Pengarah Belanjawan Kementerian Kewangan (Tuan Hj. Saedon bin Daud) Khazanah Malaysia Kuala Lumpur

Ketua Kajian Sebaran Am Institut Teknologi Mara (Encik Hamdan Adnan) Shah Alam

Encik Zainuddin Maidin� Ketua Pengarang Kumpulan� Utusan Melayu (Malaysia) Bhd� Kuala Lumpur�

1988

Pengerusi

Encik Mazlan Nordin

Ahli-ahli Ganti

Setiausaha Bahagian Kementerian Penerangl\n (puan Fauziah Haji Ramly) Angkasapuri Kuala Lumpur

Timb. Ketua Pengarah Penyiaran (Encik Tamimuddin Karim) Angkasapuri Kuala Lumpur

Timb. Ketua Pengarah Penerangan (Encik Abas Salleh) Angkasapuri Kuala Lumpur

Pengarah Bhg. Penerangan.Luar Kementerian Luar Negeri (Tuan Syed Mohammed Baharom sehingga 28 April 1988)

(Encik Abdul Manaf Hamid mulai 29 April 1988) Wisma Putra Kuala Lumpur

Pen. Pengarah Belanjawan Kementerian Kewangan (Dr. Sulaiman Mahbob) Khazanah Malaysia Kuala Lumpur

Peg. Perhubungan Awam Kanan lnstitut Teknologi Mara (Puan Haliza Mahyuddin) Shah Alam

.. Encik Ali sJlim Tim. Ketua Pengarang (sehingga 25 April 1988) Utusan Melayu (Malaysia) Bhd Kuala Lumpur

Page 9: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

Encik A. Kadir Jasin Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Kuala Lumpur

Encik Teo Bak Kim Ketua Pengarang Nanyang Press (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Encik V Vivekanandan Ketua Pengarang Tamil Nesan Kuala Lumpur

Encik Clement Yeh Chang Pengarah Urusan Daily Express Kota Kinabalu

Encik Hasmi Hasnan Pengarah Eksekutif The People's Mirror Kuching

Encik P.C. Shivadas Pengurus Besar Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Kuala Lumpur

Encik Toh Ching Kiong Pengarah Urusan Nanyang Press (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur

Encik G. Nagasamy Penyunting Tamil Nesan

i Kuala Lumpur ...

Encik J.M. Fernandez Ketua Pengarang Daily Express Kota Kinabalu

Encik Abdul Hamid Sepawi Pengarah The People's Mirror Kuching

Page 10: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

Lampiran B

MAJUS PENYEUAAN BERNAMA 1988

Yang DiPertua

Yang Arif Hakim Dato' Dr. Zakaria bin Mohd Yatim

Ahli-ahli

KetuaSetiausaha Kementerian Penerangan� (Y .Bhg. Dato' Dr. Mohd Nor Abdul Ghani)�

Mewakili Kerajaan Persekutuan�

Encik Liew Chen Chuan� Mewakili Akhbar-Akhbar Dalam Persekutuan�

YM. Profesor DiRaja Ungku Abdul Aziz� Naib Canselor Universiti Malaya�

Y.Bhg. Dato' Ahmad Nordin Mohd. Zain� Ahli Tambahan�

Page 11: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

Lampiran C

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA MENGENAI� KIRA-KIRA PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA�

BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 1988�

l.embaran Imbangan, Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan, Nota-nota kepada Akaun serta Penyata Perubahan Dalarn Kedudukan Kewangan yang berkembar iill telah diperiksa oleh Tetuan Abu Bakar Rajudin & Co., Akauntan Awam, bagi pihak dan di bawah arahan saya mengikut Akta Audit 1957.

Saya berpendapat Lembaran 1mbangan, Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan, Nota-nota kepada Akaun serta Penyata Perubahan Oalam Kedudukan Kewangan telah dibuat dengan cara yang betul mengenai kedudukan kewangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) pada 31 Disember 1988 dan urusan berkaitan dengannya serta perubahan dalam kedudukan kewangan bagi tahun berakhir pada tarikh tersebut.

Perkara Am

Berikut adalah perkara lain yang patut mendapat perhatian pihak pengurusan tetapi tidak menjejaskan Penyata Kira-kira ini secara langsung.

Daftar Harta Tetap

2. Daftar harta tetap tidak diselenggarakan dengan sewajarnya dan harta-harta tidak ditandakan. Dengan demikian adalah sukar bagi mengena! dan mengesahkan harta itu. Tidak ada bukti yang menl!njukkan pih~ BERNAMA ada menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas harta-hartanya. Pihak BERNAMA perlulah mengadakan daftar harta tetap berbentuk kekal dan ianya hendaklah sentiasa diselenggarakan dengaI:l kemaskini. Pemeriksaan fizikal perlu dibuat dari semasa ke semasa bagi menentukan'kewujudan dlU) keadaan harta serta penempatannya agar ianya terkawal.

Pembelian Harta Tetap

3. Harta tetap berupa komputer dan alat kelengkapan berharga $704,546 dibeli dalam tahun 1988. l.embaga telah meluluskan pembelian ini. Walaupun begitu, tidak ada bukti bahawa tender atau sebutharga dipanggil bagi mendapatkan harta dengan mutu yang sesuai dan harga yang bersaingan. Berhubung dengan pembelian komputer dan perisiannya, tidak ada kajian rintis dijalankan dan tidak ada jawatankuasa pemandu ditubuhkan bagi memastikan bahawa sistem yang sesuai dengan 'keperluan diperolehi. Justeru itu, didapati sistem komputer tidak dapat menampung keperluan kawalan perakaunan dan kemudahan kredit.

Si Berhutang Perdagangan - $1,185,328

4. Pada 31 Disember terdapat si berhutang perdagangan sebanyak $1,185,328, iaitu setelah ditolak hutang ragu sebanyak $773,125 berhubung dengan hutang yang lama tidak dikutip. KawaJan kutipan hasil adalah lemah. Terdapat penghutang masih terus diberi perkhidmatan dan kemudahan kredit walaupun hutang lama belum selesai.

Kawalan Kos

5. Kawalan kos adalah lemah. Walaupun pihak BERNAMA ada menyediakan anggaran belanja­wan tetapi ianya tidak digunakan sebagai alat mengawal kos, sarna ada kerana ianya tidak mampu digunakan sedemikian ataupun ianya disediakan semata-mata untuk keperluan kementerian berkenaan. Dengan yang demikian, tidak ada perbandingan dibuat sepanjang tahun di antara kos sebenar dengan anggaran yang disediakan.

Page 12: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

Tanggungan Semasa Bersih - $6,060,949

6. Pada 31 Disember 1988 BERNAMA kekurangan modal keIja sebanyak $6,060,949. BERNAMA patutlah mengkaji semula hal ehwal kewangannya bagi memperbaiki kedudukan modal kerjanya itu. Tindakan positif perlulah diambil bagi mengutip hutang dan mengkaji semula prosidur kawalan kemudahan kredit dan mengawal kos dengan lebih berkesan.

(Nawiyah bte Mohd. Som) b.p. KETUA AUDIT NEGARA.

KUALA LUMPUR,

24 Mei, 1990.

Page 13: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

PERTUBUHAN BElUTA NASIONA~ MALAYSIA�

PENYATA OLEH PENGELOLA�

Kami, ENCIK MAZLAN NORDIN dan ENCIK JAAFAR KAMIN dua orang dari para penge101a PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA, dengan ini menyatakan bahawa, pada pendapat para penge1ola, akaun-akaun yang disediakan adalah disusun untuk memberi pandangan yang benar dan saksama berkenaan keadaan urusan Pertubuhan pada 31hb Disember, 1988 dan hasH kendalianya serta perubahan di da1am kedudukan kewangannya bagi tahun berakhir pada itu

Bagi Pihak Lembaga, Bagi Pihak Lembaga,

l"

IJ~,_

~~ ~~~"":'1

(Encik Mazlan Nordin) (Encik Jaafar Kamin) Pengerusi Ahli Lembaga

Kuala Lumpur Kuala Lumpur Bertarikh: 12 Dec 1989 Bertarikh: 12 Dec 1989

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA

SURAT AKUAN

Saya, MOHD ALI ISMAIL, pegawai yang bertanggungjawab atas pengurusan kewangan PERTUBUHAN BERlTA NASIONAL MALAYSIA, dengan ikhlas berikrar bahawa akaun-akaun yang disediakan sebaik­baik pengetahuan dan kepercayaan saya, adalah betul dan saya membuat ikrar ini dengan penuh kepercayaan bahawa ianya itu benar dan menurut peruntukan-peruntukan Akta Sumpah Berkanun, 1960.

Ditandatangani dan dikirarkan ) -A/~'Ir'

oleh MOHD ALI ISMAIL di )

Kuala Lumpur di da1am Wilayah ) Mohd Ali Ismail Persekutuan pada 12 Dec 1989 )

Di hadapan saya

Di hadapan saya

cel~

BH.!i.G S~~..!GH

COMMrSS!Ol~E.1 OF OATHS� KUALA LuMPUR�

Page 14: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA� LEMBARAN IMBANGAN PADA 31 DISEMBER 1988

Nota 1988 1987 $ $ $

HARTA SEMASA

Wang tunai dalam tangan dan baile-baki di bank 592,169 681,308

Simpanan tetap 100,532 54,837 Siberhutang perdagangan 3 1,185,328 1,789,690 Pelbagai siberhutang, deposit

dan bayaran terdahulu 202,611 374,405

2,080,640 2,900,240

TANGGUNGAN SEMASA

Pelbagai sipiutang dan perbelanjaan terakru 4,991,038 5,678,225

Pinjaman jangkapendek 4 2,470,000 1,300,000 Sipiutang sewabeli ­

jangkapendek 5 90,427 Sipiutang pajakan -

jangkapendek 6 590,124

8,141,589 6,978,225

TANGGUNGAN SEMASA HERSIH (6,060,949) (4,077,985) HARTA TETAP 7 29,098,763 28,699,173 SIPIUTANG SEWABEll 5 (137,838) SIPIUTANG PAJAKAN 6 (463,531) TANGGUNGANJANGKAPANJANG 8 (19,792,188) (19,562,500)

2,644,257 5,058,688 ========== ========

KUMPULANWANG KUMPULANWANG 9 11,194,843 10,562,651 KEKURANGAN PENDAPATAN DARI

PERBELANJ AAN TERKUMPUL (8,550,586) (5,503,963)

2,644,257 5,058,688 ======== =========

Nota-nota yang dibentangkan adalah sebahagian asasi penyata ini.

MAZLAN NORDIN Pengerusi Pengurus Besar Kuala Lumpur Bertarikh: 12 Dec 1989

Page 15: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

--

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA� AKAUN PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN�

BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER, 1988�

1988 1987 PENDAPATAN $ $

Pendapatan yuran dari perkhidmatan-perkhidmatan 10,306,093 7,036,838 Faedah 46,116 57,573 Pendapatan dari pelbagai perkhidmatan 274,495 169,801 Pendapatan sewa atas bangunan 1,591,216 2,323,362 Keuntungan dari jualan harta 58,521 50,182 Pelbagai penerimaan 103,942 650

~ 12,380,383 9,638,406 TOLAK: PERBELANJAAN

Gaji dan upah 4,234,788 4,322,131� Elaun dan lain-lain habuan wang 1,025,180 1,125,865� Tambahan kos kakitangan 55 I ,289 536,707� Perjalanan dan pengangkutan 691,453 703,876� Perhubungan 2,307,072 2,826,691� Utiliti 529,957 585,164� Sewaan 250,141 943,507� Percetakan 70,077 63,109� Bekalan dan bahan-bahan 536,762 432,758� Penyelenggaraan dan pembaikan 437,812 372,587� Perkhidmatan iktisas 550,823 758,529� Royalti 3,159,161 2,700,955� Faedah dan kenaan atas pinjaman 1,842,168 1,529,182� Penyelenggaraan bangunan ibu pejabat 466,944 693,760� Susutnilai 1,960,710 804,983� Hutang lapuk dimansuhkan 5,090 5,900� Peruntukan bagi hutang ragu . 454,824 5,836�

19,074,251 18,411,540

Kekurangan pendapatan dari perbelanjaan yang timbul dari operasi bagi tahun (6,693;868) (8,773,134)

Pindahan dari kumpulanwang 9 228,403 250,000

Kekurangan bersih bagi tahun (6,465,465) (8,523,134)� Sumbangan Kerajaan Persekutuan 4,578,200 4,578,200�

Kekurangan pendapatan dari perbelanjaan (1,887,265) (3,944,934) terkumpul dibawa ke hadapan

(5,503,963) (1,709,370)

Pelarasan tahun-tahun lalu 10 (1,159,358) 150,341

Baki dicatitsemula (6,663,321) (1,559,029)

Kekurangan pendapatan dari perbelanjaan terkumpul (8,550,586) (5,503,963) ======::::== =========

Nota-nota yang dibentangkan adalah sebahagian asasi penyata ini.

Page 16: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA� PENYATA PERUBAHAN DALAM KEDUDUKAN KEWANGAN�

BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER, 1988�

PENGGUNAAN DANA

Kekurangan pendapatan dari perbelanjaan tahun ini Pelarasan untuk perkara-perkara yang tidak melibatkan

pergerakan dana Susutnilai Keuntungan dari jualan harta

Dana diresap oleh operasi Pelarasan tahun-tahun lalu BeHan harta tetap Baki bersih harta pajakan diambilkira

SUMBERDANA

Sumbangan Kerajaan Persekutuan Sumber dana dari tanggungan jangkapanjang Sumber dana dari sipiutang sewabeli Sumber dana dari sipiutang pajakan Perolehan jualan hart a tetap Tambahan dalam kumpulanwang-kumpulanwang Pelarasan bagi susutnilai bagi tahun lalu Kembalian bayaran akitek

(KURANGAN)/TAMBAHAN DALAM MODAL KERJA

Siberhutang perdagangan Pelbagai siberhutang, deposit dan bayaran terdahulu Pelbagai sipiutang dan perbelanjaan terakru Pinjaman jangkapendek Sipiutang sewa-beli Sipiutang pajakan Pergerakan dana cair bersih:--

Wang dalam bank dan dalarn tangan� Sirnpanan tetap�

..

1988 1987 $ $

6,693,868 8,773,134

(1,960,710) (804,983) 58,521 50,182

4,791,679 8,018,333 1,159,358 1,030,582 364,054 1,474,882

8,456,501 8,382,387

4,578,200 4,578,200 229,688 181,849 137,838 463,531

77 ,304 129,522 860,595 126,381

76,138

6,473,537 4,965,709

(1,982,964) (3,416,678) ========= =====:=:::=

(604,362) 94,450 (171,794) (5,557) 687,187 (2,609,229)

(1,170,000) (1,300,000) (90,427)�

(590,124)�

(89,139) 603,658 45,695 (200,000)

(1,982,964) (3,416,678) ========= =========

Nota-nota yang dibentangkan adalah sebahagian Jsasi penyata ini.

Page 17: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

PERTUBUHAN BERITA NASIONALMALAYSIA� NOTA-NOTA KEPADA AKAUN BAGI TAHUN 1988�

1. PERTUBUHAN DAN KEGIATAN·KEGIATANNYA

Pertubuhan adalah agensi rasmi Kerajaan Malaysia yang ditubuhkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia, 1967. Pertubuhan ini, at au dikenali dengan nama ringkasnya BERNAMA, bergiat di dalam bidang penyebaran berita rasmi dan perkara.perkara teknologi maklumat kepada pengguna·pengguna am eli dalam dan di luarnegeri.

2. DASAR-DASAR PERAKAUNAN YANG PENTING

a) Asas Perakaunan

Penyata kira-kira Pertubuhan disediakan menurut kelaziman kos sejarah.

~... b) Susutnilai

Harta tetap disusutnilaikan mengikut kaedah garis lurus di sepanjang jangka hayat peng­gunaan harta tersebut. Kadar·kadar susutnilai tahunan yang digunakan adalah seperti berikut:

Tanah pegangpajak Dirosotnilaikan sepanjang tempoh pajakan

Bangunan·bangunan 2% Pembaikan bangunan 2% Perkakas & Perabot 15% Kelengkapan pejabat 20% Kenderaan bermotor 20% Harta pajakan 20%

c) Hutang ragu dan hutang lapuk

Hutang·hutang yang elinkirkan tidak boleh dikutip adalah dimansuhkan di dalam tempoh ianya diiktiraf sebagai tidak boleh dikutip. Peruntukan juga dibuat bagi hutang·hutang tertentu yang lama tidak berbayar yang mana kutipannya adalah ragu.

d) Sipiutang sewabeli

Tanggungan-tanggungan bagi harta-harta yang dibeli di bawah perjanjian-perjanjian sewabeli adalah diambilkira mengikut jumlah tanggungan yang terlibat yang belum tiba tempohnya untuk dibayar, ditolak faedah yang belum dikenakan.

Harta-harta yang dibeli melalw cara ini diambilkira sebagai harta-tetap dan disusutnilaikan mengikut kadar-kadar yang ditunjuk di Nota 2(b).

e) Sipiutang pajakan

Tanggungan-tanggungan bagi harta-harta yang dibeli di bawah perjanjian-perjanjian pajakan adalah diambilkira mengikut jumlah tanggungan yang terlibat yang belum tiba tempohnya untuk dibayar, ditolak feadah yang belum dikenakan.

Harta-haria yang dibeli melalui cara ini diambilkira sebagai harta-tetap dan disusutni.1ai!<_an mengikut kadar-kadar yang ditunjukan di Nota 2(b). Dahulunya, bayaran-bayaran pajakan telah diambilkira sebagai bayaran-bayaran semasa yang diambilkira tems di dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan.

f) Sumbangan Kerajaan

Sumbangan yang diterima dari Kerajaan bagi pembelian dan pembangunan harta-harta jangkapanjang tertentu adalah dipermodalkan di dalam kumpulanwang-kumpulanwang. Bahagian susutnilai tahunan harta-harta yang telah dibiayai melalui sumbangan-sumbangan ini dikenakan ke kumpulanwang-kumpulanwang ini melalui pindahan bagi jumlah yang sarna dari kumpulanwang-kumpulanwang ini ke akaun pendapatan dan perbelanjaan.

Sumbangan·sumbangan yang lain adalah diambilkira terus ke dalam akaun pendapatan dan perbelanjaan di dalam tahun ianya diterima.

Page 18: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

3. SIBERHUTANGPERDAGANGAN

1988 1987 $ $

Baki pada 31 hb Disember 2,871,241 2,794,409 Cagaran (873,133) (641,517) Yuran yang dibayar dahulu (39,655) (44,901)

1,958,453 2,107,991 Peruntukan hutang ragu (773,125) (318,301 )

1,185,328 1,789,690 ======== ========

4. pmJAMANJANGKAPENDEK

Pinjaman ini adalah diambil dari sebuah Bank Saudagar berlesen dan kadar faedah yang dikenakan adalah di antara 6% hingga 7% setahun. Pinjaman ini adalah dicagarkan ke atas tanah yang dimiliki oleh Pertubuhan.

5. SI PIUTANG SEWABELl

1988 1987 $ $

Baki tanggungan 228,265 Bayaran dalam jangkamasa

12 bulan yang akan datang (90,427)

137,838

6. 51 PIUTANG PAJ AKAN

1988 1987 $ $

Baki tanggungan, Bayaran dalam jangkamasa

12 bulan yang akan datang

1,053,655 (590,124)

463,531 ========

7. HARTA TETAP

SUSUTNILAI BAKI SUSUTNILAI 1988 KOS TERKUMPUL BERSIH TAHUN mI

$ $ $ $

Tanah-tanah 43,952 5,705 38,247 479 Bangunan-bangunan 28,440,392 2,010,226 26,430,166 568,808 Pembaikan bangunan 44,598 4,271 40,327 892 Perkakas dan perabot 260,580 227,015 33,565 14,717 Kelengkapan pejabat 4,747,450 3,505,446 1,242,004 851,488 Kenderaan bermotor 495,370 213,232 282,138 81,760 Harta pajakan 2,212,826 1,180,510 1,032,316 442,566

36,245,168 7,146,405 29,098,763 1,960,710 ========= ===:::===== ========= ========

Page 19: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

- --

--

1987

Tanah-tanah 43,952 5,226 38,726 479 Bangunan-Bangunan 28,440,392 1,315,037 27,125,355 442,427 Pembaikan bangunan 44,598 3,379 41,219 892 Perkakas dan perabot 260,580 212,298 48,282 15,930 Kelengkapan pejabat 4,055,268 2,663,039 1,392,229 323,536 Kenderaan bermotor 279,545 226,183 53,362 21,719

33,124,335 4,425,162 28,699,173 804,983 =========� =================� =======

80� TANGGUNGAN JANGKAPANJANG

1988 1987•..� $ $

a)� Pinjaman bagi pembiayaan Projek Bangunan lbu Pejabat BERNAMA 16,500,000 16,500,000

b)� Pinjaman dari Kerajaan - Pembiayaan Projek Copy Processing System 3,292,188 3,062,500

19,792,188 19,562,500 ========= =========

Pinjaman pembiayaan Projek Bangunan Ibu Pejabat BERNAMA, diambil dari sebuah Bank Saudagar berlesen bagi tempoh 10 tahun dan kadar faedah yang dikenakan adalah di antara 5% hingga 6% setahun. Pinjaman ini dijarnin oleh Kerajaan Malaysia.

Pinjaman pembiayaan Projek Copy Processing System diambil dari Kerajaan Malaysia bagi tempoh 7 tahun dan kadar faedah yang dikenakan adalah 7.5% setahuno

9.� KUMPULANWANG-KUMPULANWANG

1988 1987 i) $ $ a) PEMBANGUNAN

Baki di bawa hadapan 10,202,651 10,648,375 Pelarasan tahun Iepas (Nota 10) 860,595 Pindahan ke akaun pendapatan dan

perbelanjaan� (228,403) (445,724)

10,834,843 10,202,651

b) PINJAMAN KENDERAAN 300,000 300,000 c) PINJAMAN KAKITANGAN 60,000 60,000

-11,194,843 10,562,651 ========= =========

Pindahan ke akaun pendapatan dan perbelanjaan dari kurnpulanwang pembangunan merupakan bahagian susutnilai tahunan bagi harta-harta tetap yang dibiayai melalui kurnpulanwang inio

Page 20: [f). - eQUIPinfolib.bernama.com/equip-bernama/images/annual/1988.pdf · yang diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Tinggi mempunyai lima ahli yang seperti Lembaga ... diberi tugas-tugas

ii) Kumpulanwang Pembangunan boleh diringkaskan seperti berikut : $

Jumlah terkumpul penerimaan sumbangan dari kerajaan 11,693,845 Pindahan-pindahan terkumpul ke akaun pendapatan 859,002

dan perbelanjaan Baki pada 31 Disember, 1988 10,834,843

10. PELARASAN TAHUN-TAHUN LALU

1988 1987 $ $

Sumbangan Kerajaan dicatitsemula (Nota 9) 860,595 Pelarasan bagi susutnilai harta pajakan 737,944 436,277 Pelarasan bagi susutnilai

yang kurang diambilkira pada tahoo lalu 15,178 Pelarasan ootuk pendapatan tahun lalu 355,021 Sewa pajakan dicatitsemula (809,380) (285,936)

(1,159,358) 150,341

11. PENCUKAIAN

Cukai tidak diperuntukkan dalam kewangan ini oleh kerana Pertubuhan telah mengalami kekurangan di dalam pendapatan bersihnya.

12. ANGKA-ANGKA BANDINGAN

Beberapa angka-angka bandingan telah diubah supaya selaras dengan cara pembentangan tahun ini.

13. MATAWANG

Semua angka-angka adalah di dalam Ringgit.