etnik cina dan iban

9
ETNIK CINA DAN IBAN 3.1 Latar belakang Kaum Iban Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat dan Limbang di timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagian Kota Samarahan , Sri Aman , Sarikei , Sibu , Kapit dan Miri . Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (toleransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.Kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban. 3.2 Fahaman Agama Kaum Iban Dalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' dengan

Upload: siti-fatimah

Post on 11-Nov-2015

34 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

eTNIK

TRANSCRIPT

ETNIK CINA DAN IBAN3.1Latar belakang Kaum IbanKaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak, mereka mendiami daerah dan bahagian negeri Sarawak dari daerah Lundu di barat danLimbangdi timur laut, tetapi kepadatan penduduk iban adalah di bahagianKota Samarahan,Sri Aman,Sarikei,Sibu, KapitdanMiri.Amalan cara hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat ,pantang-larang, tolak-ansur (toleransi), dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain.Kebanyakan masyarakat iban pada hari ini menerima agamaKristiansebagai pegangan, tetapi dalam masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi lambang tradisi masyarakat Iban.

3.2Fahaman Agama Kaum IbanDalam Kepercayaan Iban, mereka berpegang kepada adat yang diwarisi turun temurun dan ditulis di dalam 'Papan Turai' oleh 'Tuai raban bansa' dengan berpandukan nasihat 'Beliau' dan 'Lemambang'. Contohnya : hendak membuka penempatan dan mendirikan rumah, kawasan tanah yang hendak didirikan rumah tersebut hendaklah disemak terlebih dahulu. percaya pada petanda-petanda lain seperti bunyi burung ketupung dan burung beragai. Bunyi yang dikeluarkan oleh binatang-binatang ini adalah petunjuk dan alamat untuk menentukan kesesuaian tapak. 3.3Perayaan : Pesta Hari GawaiPerayaan Hari Gawai disambut oleh suku kaum Dayak di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi iaitu pada akhir bulan Mei ataupun awal bulan Jun. Sejarah perayaan Hari Gawai Dayak bermula apabila sebuah forum dikelolakan di sebuah stesen radio pada tahun 1957 bagi membincangkan kepentingan mewujudkan suatu perayaan bagi suku kaum Dayak di Sarawak. Semasa pemerintahan British, pihak kolonial enggan mengiktiraf perayaan tersebut sehinggalah digazet secara rasmi oleh Kerajaan Negeri Sarawak pada 25 September 1964 dengan usaha Dato Sri Tra Zehnder dan beberapa pemimpin Dayak yang menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri pada masa tersebut. Hari Gawia dalam dialek Bidayuh, pertama kali disambut pada tarikh 1 Jun 1965 oleh Dayak Youth Club dan kini menjadi simbolik yang memperlihatkan perpaduan, aspirasi dan harapan kaum Dayak di Sarawak.

3.4Adat Resam Kaum Iban (Upacara Miring) :Masyarakat Iban di Sarawak begitu kuat berpegang kepada adat dan budaya. Mereka berpegang kepada peribahasa, biar sesat di belantara, asal jangan sesat adat.Secara ringkasnya, miring diadakan bagi memberkati penduduk, melindungi dan memberi mereka, membawa kebahagiaan, kedamaian dan keharmonian dalam masyarakat. Dalam masyarakat Iban, miring diadakan sebelum aktiviti penting diadakan atau sesudah malapetaka dan kejadian tidak diingini menimpa.Pada zaman silam, miring diadakan sebelum rombongan melancarkan ngayau atau menerokai kawasan baru serta ketika penghuni berpindah ke rumah panjang baru.Upacara miring itu dianggap oleh kebanyakan pelancong yang datang melawat ke negeri ini sebagai sesuatu kebudayaan yang sungguh unik, menarik dan jarang terdapat di negara lain.3.5Pantang larang Kaum Iban (Pantang larang ibu mengandung) : Mereka dilarang menggali parit di kawasan padi atau di mana-mana sahaja. Mereka dilarang memotong pokok yang menjalar di atas tanah, kerana dibimbangi akan menghalang pendarahan yang berterusan semasa melahirkan anak. Wanita yang mengandung dilarang menuang minyak ke atas tapak tangan untuk disapu pada rambut supaya bayi yang bakal lahir tidak akan bernanah. Kedua suami isteri tidak boleh mengetuk telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi itu akan cacat penglihatan. Mereka tidak boleh menanam pokok pisang supaya si bayi tidak berkepala besar. Mereka tidak boleh memikul batu-bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh.

4.0 KAUM CINA4.1Latar belakang kaum Cina Masyarakat Cina di Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik, iaitu masyarakat Cina Hokkien, Kantonis, Hailam, Teochew dan Hainan. Kajian yang dilakukan mendapati bahawa tidak banyak perbezaan dalam kebudayaan, kepercayaan dan budaya yang diamalkan. Etnik Cina lebih dibezakan melalui dialek pertuturan mereka dan terdapat juga sedikit keistimewaan bagi setiap etnik ini yang membezakan mereka antaranya ialah masyarakat Hokkien. Masyarakat Cina Hokkien yang berasal dari Fujian telah datang ke Tanah Melayu sejak abad ke-15. Terdapat pelbagai faktor penarik yang menyebabkan mereka datang untuk berhijrah ke Tanah Melayu. Mereka membawa bersama kebudayaan, kepercayaan dan bahasa mereka ke Tanah Melayu. Pegangan mereka terhadap jati diri amat kuat dan sentiasa mengekalkan ciri-ciri yang sewajarnya ada dalam diri masyarakat Cina.

4.2Fahaman Agama Kaum ChinaMasyarakat Cina yg datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekaligus menyumbang kepada pembentukan masyarakat majmuk.Golongan ini turut membawa bersama agama dan kepercayaan yg mereka anuti ke negara ini dan kekal mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing tanpa halangan dan sekatan.Antara agama atau kepercayaan yg diamalkan oleh masyarakat Cina ialah fahaman Taoisme.Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina.

4.3Perayaan : Tahun Baru CinaMasyarakat Malaysia berketurunan Cina merayakan Tahun Baru Cina pada hari pertama dalam kalendar Cina iaitu pada Januari atau Februari setiap tahun. Perayaan bermula dengan seluruh ahli keluarga berkumpul untuk makan malam bersama-sama. Perayaan ini berlanjutan selama 15 hari hingga hari Chap Goh Meh yang dirayakan pada malam ke-15. Pemberian bungkusan angpow merupakan tradisi yang memeriahkan suasana Tahun Baru Cina khususnya bagi golongan kanak-kanak. Bagi masyarakat Cina yang majoritinya beragama Buddha, bulan Mei menandakan tibanya Hari Wesak bagi memperingati tiga peristiwa penting dalam hidup Buddha iaitu hari kelahiran, hari mencapai kemantapan fikiran dan juga hari kematiannya. Dalam perayaan tersebut, upacara-upacara bersembahyang dan perarakan biasanya diadakan. Selain itu, terdapat juga sambutan perayaan lain seperti perayaan Kuih Bulan/Tanglung, Bulan Hantu, dan Qing Ming.4.4Adat Resam Kaum CinaAdat resam orang Cina terdiri dari pelbagai kepercayaan tentang alam dan campuran falsafah serta etika dari ahli-ahli fikir zaman kuno serta agama Buddha. Oleh kerana itu mereka kelihatan menyembah pelbagai ciri alam dari pagi hingga malam iaitu mengikut perubahan musim dan pelbagai kuasa tertentu.Tanpa kepercayaan khusus tentang Tuhan maka keluarga dan negara menjadi tumpuan pemujaan mereka. Dalam keluarga, roh nenek moyang menjadi tumpuan pemujaan. Ia ditandakan oleh sekeping "Papan Peringatan" (tablet) yang dicatatkan nama keturunannya. Papan ini merupakan tumpuan penyembahan keluarga dan diletakkan di ruang tamu rumah untuk semua keluarga. Setelah beberapa generasi papan ini disimpan di rumah klen (huay kuan) ataupun di rumah tokong.

4.5Pantang larang Kaum Cina (Pantang larang ibu mengandung) : Dilarang makan daging arnab. Jika memakan, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab. Dilarang makan daging anjing. Jika memakan, bayi yang dilahirkan akan suka menggigit orang, terutamanya semasa menyusui bayi. Dilarang makan daging ayam jantan, barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.

5.0 KESIMPULANMasyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan bagi Malaysia. Masyarakatnya hidup dalam keadaan kepelbagaian budaya dan menarik perhatian ramai pelancong luar ke negeri ini. Budaya yang masih diamalkan oleh semua kaum yang terdapat di Malaysia perlulah dihargai dan diwarisi kerana ia merupakan sebuah tradisi yang unik yang tidak terdapat dalam kaum-kaum yang lain. Kesemua budaya yang terdapat dalam masyarakat Malaysia sama ada dari segi kesenian, muzik, adat resam, kepercayaan, bahasa dan sebagainya haruslah dikekalkan untuk generasi yang akan datang supaya generasi baru juga turut mengetahui budaya yang telah diamalkan oleh nenek moyang mereka. Oleh hal yang demikian, peranan semua pihak amatlah diperlukan supaya segala usaha yang akan dilakukan akan membuahkan hasil yang lumayan dan menguntungkan semua pihak.