esei pendidikan seni visual 1

Upload: raynold-raphael

Post on 03-Jun-2018

249 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Esei Pendidikan Seni Visual 1

    1/4

    Kerja-kerja penghasilan seni visual khususnya dari kanak-kanak dalam pendidikan seni visual

    mempunyai tafsiran yang berbeza daripada karya-karya yang dihasilkan oleh orang dewasa. Bagi

    orang dewasa, seni visual sering dikaitkan dengan keindahan dan kesempurnaan, tetapi untuk

    kanak-kanak yang menghasilkan kerja alam dan ekspresif ungkapan (Lowenfeld, 1975).

    Kebanyakan penyelidik menganggap seni kanak-kanak adalah karya seni sebagai satu kaedah

    menarik untuk melihat cara berfikir dan meneroka perasaan dan untuk melihat dan menguji

    keupayaan perkembangan kognitif mereka, kerja-kerja seni kanak-kanak adalah peribadi dan

    tersendiri.

    Menurut Piaget (1969), perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada

    pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak bergantung

    kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan dan faktor persekitaran. Kanak-

    kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk belajar.

    Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan

    persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan

    orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang

    lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga

    menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain

    seperti emosi, sosial dan moral.

    Kanak-kanak dilahirkan mempunyai sifat yang dinamik dan berkembang mengikut sifat

    proses pertumbuhan semula jadi mereka. Kerja-kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi

    sebagai alat komunikasi dan mencerminkan minda kanak-kanak. Refleksi ini mengikut Koster

    (2001), akan terus berkembang dengan kanak-kanak sehingga ia tumbuh. Penglibatan kanak-

    kanak dalam aktiviti-aktiviti diorama mampu memberikan rangsangan dan pelbagai aspek

    pembangunan. Pembangunan tahap imaginasi kanak-kanak dipertingkatkan serta untuk

    mewujudkan rasa sensitiviti pada kanak-kanak. Secara ringkasnya kepentingan aktiviti dioramakepada kanak-kanak dapat dilihat melalui aspek berikut:

  • 8/12/2019 Esei Pendidikan Seni Visual 1

    2/4

    i. Aspek kognitifPenganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang

    mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak

    membuat keputusan. Aktiviti melukis contohnya dapat memberikan kepuasan kepada kanak-

    kanak. Kesan daripada penglibatan aktiviti seni visual mampu membentuk personaliti kanak-

    kanak. Konsep kendiri terbina apabila kanak-kanak mampu terlibat dalam aktiviti seni visual

    tanpa ragu dan tidak bimbang memikirkan soal persembahan atau hasil karya mereka. Selain itu,

    aktiviti seni visual juga menggalakkan kanak-kanak membuat ekspresi diri dengan bercerita

    mengenai karya mereka sekali gus membantu mereka untuk membina keyakinan diri untuk

    bertutur. Perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana

    mereka dibesarkan. Dalam konteks ini, persekitaran memainkan peranan penting kerana

    persekitaran yang sihat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif.

    ii. Aspek fizikalPenggunaan alat dan bahan penghasilan seni visual oleh kanak-kanak dengan bantuan guru dapat

    memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan atau psikomotor dan koordinasi

    tangan serta mata. Pengkaryaan merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada

    kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa

    imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti seni visual yang dipilih,

    kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti

    sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

    iii. Aspek afektifMelalui pendidikan seni visual, kanak-kanak boleh mempertingkatkan dan menajamkan

    penggunaan pancaindera dan deria. Aktiviti seni visual dapat menambahkan pengetahuan

    mengenai konsep pembuatan dan kronologi sesuatu produk iaitu proses penghasilan dan hasilanseni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka. Menerusi aktiviti tersebut, imaginasi

    dan perasaan kanak-kanak dapat. Contoh imaginasi yang paling berkesan dan sesuai untuk

    diketengahkan dalam aktiviti seni visual oleh kanak-kanak ialah mimpi kerana ia boleh

    menyentuh perasaan seseorang murid itu. Bagi mereka imej yang dihasilkan dari tajuk mimpi

    contohnya adalah satu cara mengekspresikan diri mereka ketika dalam ketakutan atau

  • 8/12/2019 Esei Pendidikan Seni Visual 1

    3/4

    kegembiraan. Satu cara lain bagi meluahkan perasaan ialah melalui berkomunikasi di antara guru

    dengan murid. Penjelasan mengenai alat, media, bahan, teknik, imej unsur-unsur seni dan

    prinsip-prinsip rekaan adalah sesuatu yang amat berguna dalam proses menghasilkan karya seni.

    Dengan cara ini nilai-nilai estetik akan wujud dalam diri mereka. Bertitik-tolak daripada faktor

    inilah pengetahuan asas mengenai aktiviti seni visual yang dihasilkan oleh guru sebelum kanak-

    kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti lain. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur,

    tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru berupaya merancang

    aktiviti yang sesuai dengan mengikut tahap yang sesuai.

    iv. Aspek sosial dan komunikasiDengan menjalankan aktiviti seni visual, aspek komunikasi dan sosial kanak-kanak dapat

    dibentuk di mana ini dapat melatih mereka dalam meningkatkan keupayaan untuk bertutur.

    Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi. Penghasilan imej seperti

    pokok, figura manusia, dan sebagainya boleh memberikan tafsiran yang dapat membantu ahli

    psikologi untuk mengenal pasti kanak-kanak yang mempunyai masalah trauma.

  • 8/12/2019 Esei Pendidikan Seni Visual 1

    4/4

    RUJUKAN

    Hargreaves, David J. ( 1987 ) Children And The Arts. Philadelphia: Open

    University Press

    Herr, (2001) Creative Learning Activities For Young Children. USA: Delmar

    Learning

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1985). Buku panduan khas Pendidikan Seni

    Visual, KBSR. K.L.: DBP.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Buku sumber guru Pendidikan Seni

    Visual, KBSR. K.L.: DBP.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Modul pengajaran dan pembelajaran

    Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

    Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998). Modul pengajaran dan pembelajaran

    Pendidikan Seni Visual,KBSR.K.L.: DBP.

    Mazlan. M. (1997) Pendidikan Seni 1: Prinsip Pendidikan Seni. KL: Kumpulan

    Budiman Sdn. Bhd.

    http://fast-blogger.blogspot.com/2012/02/media-pembelajaran-visual-tiga-dimensi.html. diakses

    pada 1 Oktober 2013. jam. 12.26

    http://www.mtkstkip.co.cc/2009/12/jenis-dan-karakteristik-media.html, diakses pada 1

    Oktober 2013, jam. 11.38