esei kesetiaan kepada raja dan negara

2
 Nama Sekolah: SJK(T) Selama Nama Murid: Harivaraci a/p Murugan TAJUK: KESETAAN KE!A"A #AJA "AN NE$A#A Sejak dari bangku sekolah lagi kita dididik dengan semangat prinsip Rukun Negara  yang menjadi teras perpaduan rakyat pelbagai bangsa, dan agama di negara ini. Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluruhan Perlembagaan; Kedaulatan Undangundang serta Kesopanan dan Kesusilaan itu adalah antara resipi kejayaan negara dalam menyatupadukan rakyat. !alau bagaimanapun penghayatan Rukun Negara kini semakin terhakis dari ji"a rakyat #alaysia apabila mereka de"asa. Kesetiaan kepada Raja dan Negara terangkum dalam prinsip rukun negara yang kedua. Prinsip kesetiaan kepada Raja dan negara amat penting diamalkan bagi melahirkan rakyat yang taat setia kepada pemerintah dan negara. Setiap "arganegara haruslah menumpukan sepenuh taat setia kepada raja dan negara kerana Raja lambang perpaduan negara. Sumpah taat dan setia kepada raja dapat mengelakkan sesetengah rakyat di negara ini menjadi gunting da la m li patan at au menangguk di air ya ng keruh demi kepentingan diri sendiri. Perkara buruk seperti rusuhan kaum dapat dielakkan jika rakyat mematuhi prinsip kedua ini sekali gus menjamin kestabilan negara yang berterusan. $i negara kita yang berdaulat ini, Raja adalah pemerintah tertinggi, kaitan kedua duanya amat rapat sekali. Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki untuk mentaati Raja dan Negara. %pakah bukti kesetiaan itu& %dakah dengan menyatakan di bibir sahaja& Setiap negeri mempunyai lagunya tersendiri, yang seni katanya, memuji dan menghargai Raja dan ne geri. 'l eh se bab itu, lagu ne geri ha rus din ya nyika n sela lu ba gi menanam si kap perp aduan dan seman gat jati diri terhadap Raja, negeri dan nega ra seba gai tanda setia rakyat kepada pemerintahnya. #asih ingatkah lagi& Ketika lagu Negaraku didendangkan, dip ermain mainkan oleh sesete nga h ora ng& Sebaga i memper tah ank an pri nsi p rukun negara kedua ini, ra kya t #al ays ia per lu bangun bersatu menentang pen gkhianat itu.

Upload: mira-amira

Post on 05-Oct-2015

2.454 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

ESEI PRINSIP RUKUN NEGARA KE-2

TRANSCRIPT

Nama Sekolah: SJK(T) Selama

Nama Murid: Harivaraci a/p MuruganTAJUK: KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Sejak dari bangku sekolah lagi kita dididik dengan semangat prinsip Rukun Negara yang menjadi teras perpaduan rakyat pelbagai bangsa, dan agama di negara ini. Rukun Negara yang mengandungi lima prinsip iaitu Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan kepada Raja dan Negara; Keluruhan Perlembagaan; Kedaulatan Undang-undang serta Kesopanan dan Kesusilaan itu adalah antara resipi kejayaan negara dalam menyatupadukan rakyat. Walau bagaimanapun penghayatan Rukun Negara kini semakin terhakis dari jiwa rakyat Malaysia apabila mereka dewasa.Kesetiaan kepada Raja dan Negara terangkum dalam prinsip rukun negara yang kedua. Prinsip kesetiaan kepada Raja dan negara amat penting diamalkan bagi melahirkan rakyat yang taat setia kepada pemerintah dan negara. Setiap warganegara haruslah menumpukan sepenuh taat setia kepada raja dan negara kerana Raja lambang perpaduan negara. Sumpah taat dan setia kepada raja dapat mengelakkan sesetengah rakyat di negara ini menjadi gunting dalam lipatan atau menangguk di air yang keruh demi kepentingan diri sendiri. Perkara buruk seperti rusuhan kaum dapat dielakkan jika rakyat mematuhi prinsip kedua ini sekali gus menjamin kestabilan negara yang berterusan.Di negara kita yang berdaulat ini, Raja adalah pemerintah tertinggi, kaitan kedua-duanya amat rapat sekali. Sebagai rakyat, menjadi tugas hakiki untuk mentaati Raja dan Negara. Apakah bukti kesetiaan itu? Adakah dengan menyatakan di bibir sahaja? Setiap negeri mempunyai lagunya tersendiri, yang seni katanya, memuji dan menghargai Raja dan negeri. Oleh sebab itu, lagu negeri harus dinyanyikan selalu bagi menanam sikap perpaduan dan semangat jati diri terhadap Raja, negeri dan negara sebagai tanda setia rakyat kepada pemerintahnya. Masih ingatkah lagi? Ketika lagu Negaraku didendangkan, dipermain-mainkan oleh sesetengah orang? Sebagai mempertahankan prinsip rukun negara kedua ini, rakyat Malaysia perlu bangun bersatu menentang pengkhianat itu. Tindakan ini membuktikan kepada semua kesetiaan rakyat yang dipelihara dapat membentuk perpaduan sesama kita. Tidak dapat disangkal lagi bahawa prinsip kesetiaan kepada Raja dan negara dapat membentuk perpaduan dan jati diri yang berwibawa.Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada penduduk pelbagai kaum, agama dan budaya. Meskipun Tanah Melayu ini pernah dijajah oleh kuasa barat dan Jepun selama lebih empat abad, namun lihatlah Malaysia pada hari ini yang masih teguh berdiri sebagai sebuah negara berdaulat. Kesetiaan kepada Raja dan negara dapat mewujudkan semangat perpaduan yang jitu dan utuh dalam kalangan masyarakat. Sebagai rakyat Malaysia menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga dan mempertahankan kedaulatan negara. Mari kita telusuri kembali aliran sejarah iaitu peristiwa berdarah 13 Mei 1964 yang telah menjadi palitan hitam kepada negara. Kesan kepada runtuhnya tembok perpaduan dalam kalangan kita. Oleh itu, perkara buruk seperti rusuhan kaum dapat dielakkan daripada berulang lagi jika rakyat menumpahkan taat setia kepada Raja dan negara serta menjamin kesejahteraan negara.Secara konklusinya membuktikan, prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dapat melahirkan rakyat yang mempunyai perpaduan utuh dan berbangga dengan negara sendiri. Maka dengan itu, negara akan mempunyai rakyat yang beridentiti, berkualiti dan berjati diri.

467 PATAH PERKATAAN