jabatan kemajuan islam malaysia - islam.gov.my · islam di wilayah persekutuan, melaka, pulau...

11
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA TEKS KHUTBAH Tajuk : KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA Tarikh Dibaca : 1 ZULHIJJAH 1440H/ 2 OGOS 2019M Disediakan oleh : Cawangan Pengurusan Masjid Bahagian Dakwah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Upload: others

Post on 09-Sep-2019

22 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 3 Kewujudan

JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA

TEKS KHUTBAH

Tajuk :

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

Tarikh Dibaca :

1 ZULHIJJAH 1440H/

2 OGOS 2019M

Disediakan oleh :

Cawangan Pengurusan Masjid

Bahagian Dakwah

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Page 2: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 3 Kewujudan

Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

1

KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA

2 Ogos 2019M/ 1 Zulhijjah 1440H

مد لل ه، نحمده ونستعينه ونستغفره ونتوب إليه، ونعوذ بالل ه نا ومن م إن الح نف ن ن و ا مرشدا. عمالنا، من يهد الل ه فهو المهتد ومن يضلل فلن تجد له ولي ن سي ئات

ن ل ن هد ه إل ا إلن ا الل ه دا عبده و ن محم ن هد ن يك له، و هم وحده لا لل سوله، ا وسل م د وعلى صل د ين.لى يوم الإ له وصحبه ومن دعا بدعوته آعلى نبي نا محم

ا بعد، فيا عباد الل ه م قو ن وصيكم ونفسي ا الل ه،، ات تقوى الل ه وطاعت ك ب م تفلحون.ه لعلك

ڃ ڃ ڃ چ چ

ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ ڑ ک ک ک ک گ گ گ گ

ڳ ڳ ڳ ڳ ڱ ڱ ڱ ڱ ں ں ڻ ڻ ڻ

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Saya berpesan kepada diri saya dan menyeru kepada sidang Jumaat yang

dikasihi sekalian, marilah kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah

SWT dengan melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala

larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah

orang yang paling bertaqwa. Marilah kita berterusan mengamalkan dan

mentaati segala perintah Allah SWT dan ajaran Rasulullah SAW. Mudah-

mudahan kita akan dirahmati oleh Allah SWTdan beroleh kejayaan di dunia

dan di akhirat kelak, Insya-Allah. Mimbar Jumaat pada hari ini ingin mengajak

para jemaah sekalian untuk menghayati khutbah bertajuk “Kesetiaan

Page 3: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 3 Kewujudan

Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

2

Kepada Raja dan Negara” bersempena Pertabalan Kebawah Duli Yang

Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-16, Al-

Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum

Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah.

Sidang Jemaah Yang Dimuliakan,

Sesungguhnya Raja Berperlembagaan merupakan payung kepada

kesejahteraan rakyat dan negara yang kita cintai ini. Naungan Kebawah Duli

Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bermakna

rakyat dan kerajaan perlu mencurahkan taat setia supaya kerukunan negara

ini sentiasa terpelihara.

Sesungguhnya kewujudan institusi raja di Malaysia perlu difahami dengan

jelas oleh seluruh lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa, umur dan

latar belakang pendidikan. Kita perlu menyedari asas pembinaan negara

yang berkait rapat dengan populasi utama penduduk negara ini, yakni orang

Melayu mempunyai sejarah kegemilangannya tersendiri melalui kesultanan-

kesultanan Melayu.

Peranan Institusi raja dalam mengemudi Islam untuk terus terpelihara letak

duduk dan fungsinya dalam negara ini juga perlu difahami dengan jelas oleh

seluruh rakyat. Umum mengetahui bahawa termaktub dalam Perkara 3,

Perlembagaan Persekutuan yang menggariskan raja-raja Melayu sebagai

ketua agama Islam di negeri-negeri beraja dan Kebawah Duli Yang Maha

Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua agama

Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Page 4: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 3 Kewujudan

Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

3

Kewujudan institusi raja mampu memastikan orang Melayu terus kekal

dilindungi agamanya, yakni agama Islam dan di samping meneruskan

peranan raja mendaya upaya kepentingan-kepentingan umat Islam dalam

negara ini. Melihat semula kepada sejarah, kedatangan Islam ke Tanah

Melayu telah mengubah peranan raja sebagai khalifah atau pemimpin dalam

membimbing rakyat mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh syariah.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Keadilan ialah aspek utama dalam menunaikan pemerintahan yang menjadi

suruhan dan pertanggungjawaban oleh Allah kepada wakil-Nya di muka bumi

bagi menjalankan amanah kekhalifahan. Ingatlah pesanan Rasulullah SAW

dalam sebuah hadis;

اس اع وهو ته، فالإمام الذي على الن ئول عن عي كم م كم اع وكلك كلك ته، والمر ئول عن عي جل اع على هل بيته، وهو م ته، والر ئول عن عي ة اعي ن م

على هل بيت زوجها جل اع على مال سي ده ،وولده ئولة عنهم، وعبد الر وهي م ته ئول عن عي كم م كم اع وكلك ئول عنه، لا فكلك .وهو م

Nabi ملسو هيلع هللا ىلص bersabda: “Setiap kamu ialah pemimpin, dan setiap kamu akan

diminta pertanggungjawabannya. Seorang ketua ialah pemimpin dan akan

diminta pertanggungjawabannya. Seorang lelaki ialah pemimpin kepada

keluarganya dan dia akan diminta pertanggungjawabannya. Seorang wanita

ialah pemimpin atas rumah suaminya serta anak-anaknya, dan dia juga akan

diminta pertanggungjawabannya. Seorang hamba juga pemimpin atas harta

tuannya dan dia juga akan diminta pertanggungjawabannya. Sungguh, setiap

Page 5: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 3 Kewujudan

Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

4

kamu ialah pemimpin dan setiap kamu akan diminta

pertanggungjawabannya”. (Hadis riwayat al-Bukhari)

Seluruh rakyat jelata selama ini telah menjadi saksi serta menyanjungi

kesantunan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-

Pertuan Agong mencemar duli dalam menyelami hal ehwal rakyat dan

negara, dengan penuh pengharapan agar ia terus dilangsungkan sepanjang

pemerintahan.

Selaku penaung tertinggi agama Islam yang juga agama bagi negara ini,

seluruh rakyat jelata meyakini bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri

Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong merupakan teladan untuk

membawa mesej agama sebagai rahmat kepada sekalian alam ini tersemai

di bumi Malaysia dengan mengharmoni dan menyatukan kepelbagaian pada

seluruh rakyat.

Menjadi ketua bagi sebuah Negara merupakan suatu tugas yang sangat

mencabar dan berat. Cabaran-cabaran itu wujud dalam pelbagai bentuk dan

arah serta telah wujud sejak sekian lama dalam Sistem Kesultanan Melayu.

Terdapat segelintir pihak yang sengaja melemparkan persepsi negatif

terhadap institusi beraja. Terdapat juga individu yang semakin berani

menghina para sultan dan raja di Negara ini. Ada juga kalangan kumpulan

yang sengaja mempertikaikan kuasa-kuasa Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong seperti mempertikaikan

Perkara 153, iaitu tanggungjawab memelihara hak istimewa orang Melayu.

Antara tuduhan liar mereka ialah peruntukan itu membeza-bezakan antara

warganegara dan dianggap sebagai diskriminasi kepada kaum lain. Perkara

153 itu dibaca sebahagian sahaja. Ia juga tidak difahami dengan konteks

Page 6: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 3 Kewujudan

Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

5

sejarah. Justeru, sebagai rakyat yang telah berikrar untuk memberikan

kesetiaan kepada raja dan Negara sepatutnya menyokong dan

mempertahankan sistem kesultanan di Negara ini.

Sidang Jemaah Yang Dirahmati Allah,

Sebagai muslim yang berpegang teguh dengan manhaj Ahl al-Sunnah wa al-

Jamaah, kita semestinya meletakkan ketaatan kepada pemerintah dalam

Negara ini apatah lagi, status Yang di-Pertuan Agong yang bertindak sebagai

ketua agama bagi Negara. Ketahuilah bahawasanya mentaati pemimpin itu

termasuk juga mentaati Allah SWT dan mentaati Rasulullah SAW. Hal ini

sebagaimana firman Allah SWTdalam Surah al-Nisa’ ayat 59;

ۈئ ېئ ېئ ېئ ىئ ىئ ىئ ی ی ی ی

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan

taatlah kamu kepada Rasul dan kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu”

Jumhur ulama menguatkan bahawa maksud ulil amri dalam ayat tersebut

ialah para pemerintah dan ulama yang memiliki autoriti dalam mengurus

urusan kaum muslimin, sama ada urusan dunia mahupun urusan agama. Hal

ini sebagaimana ditegaskan oleh Imam al-Nawawi, “ulil amri yang

dimaksudkan ialah orang-orang yang Allah SWT wajibkan untuk ditaati dari

kalangan para pemerintah dan pemimpin umat, inilah pendapat jumhur ulama

terdahulu dan sekarang iaitu dari kalangan ahli tafsir, fiqh, dan yang lainnya.”

Imam al-Bukhari merekodkan sebuah hadis dalam Sahihnya bahawa

Rasulullah SAW bersabda;

Page 7: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 3 Kewujudan

Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

6

مر حب وكره ما لم يؤمر بمعصي فإذا ن لم فيما اع على المرء الم مع والط ال بمعصي فلا سمع ولا طاع

Mafhumnya: “Mendengar dan mentaati (pemerintah) adalah wajib bagi

setiap Muslim, sama ada dalam perkara yang disukai ataupun yang tidak

disukai selagi dia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan. Jika dia

diperintahkan melakukan kemaksiatan, maka tidaklah (wajib) dia mendengar

dan mentaati”

Ketaatan ini diletakkan selagimana tiada kecenderungan terhadap

kemaksiatan dan sesuatu yang bercanggah dengan syariat Allah SWT.

Dalam masa yang sama juga Rasulullah SAW juga telah mengingatkan kita

dengan sabdanya;

اع في المعروف طاع في لا ما الط .معصي الل ه إن

Mafhumnya: “Tidak (boleh) taat (terhadap perintah) yang padanya terdapat

maksiat kepada Allah, sesungguhnya ketaatan itu hanya dalam (perkara)

kebajikan” (Hadis riwayat Muslim)

Sebagai rakyat pula, adalah wajib bagi kita menumpahkan sepenuh taat setia

kepada kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda

Yang Di-Pertuan Agong bagi memastikan segala agenda pentadbiran dan

kemakmuran dapat dicapai. Kita juga pastinya menginginkan Negara ini

berkembang pesat dalam keadaan seluruh rakyat hidup bahagia dan

harmoni. Maka sepatutnya kita bersama-sama memelihara keamanan dan

kesatuan yang telah terbina dan meninggalkan sebarang usaha negatif yang

berhasrat merosakkan keharmonian ini.

Page 8: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 3 Kewujudan

Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

7

Semoga di bawah pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri

Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, kepercayaan kepada Tuhan,

keluhuran perlembagaan, kedaulatan undang-undang, kesopanan dan

kesusilaan akan mengukuh setia dalam ikrar rakyat Malaysia semuanya.

Insya-Allah.

أعوذ باهلل من الشيطان الرجيم

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ

ڎ ڈ ڈ ژ ژ ڑ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, berbuat baik dan

memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan

perbuatan mungkar dan kezaliman. Dia mengajar kamu supaya kamu

mengambil peringatan.” (Surah al-Nahl ayat 90)

اكم بما فيه من الآيات والذ كر ا ،باك الل ه لي ولككم بالقرآن العظيم ،لحكيم ونفعني وإي ل من ي ومنكم تل ميع العليم.اوتقب ه هو ال وته إن قول قولي ه ستغ ن ن فر الل ه العظيم ذا و

لمات ،لي ولككم لمين والم الم ئر حياء ،والمؤمنين والمؤمنات ،ولا منهم الأنموات ،والأن ه هو الغفو فاستغفروه إن حيم .الر

Page 9: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 3 Kewujudan

Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

8

KHUTBAH KEDUA

د الحم ل ل ه ب ال ع ال الص و ،ين م ل و اة ال ل ام د لى ع مي ن سي دنا محم بي الأن ، و ن الن ع ل ه ى آل ص ن و ح ين ه اب اهر ن م و الط ت ب ع م ه إ ان ح إ ب ل .ين الد م و ى ي

ن ن هد ن ا إله إلا الل ه دا عبده وسوله. ل هد ن سي دنا محم ن يك له، و وحده لا

ا م قوا الل ه ن بعد، فيا عباد الل ه، ات اع و حق تقاته ن لم وا ن الل ه ركم م ن ، يم ظ ر ع م أن ب ركم م

الص ب ت الاة و ل يل م ع ل ى ن ه الك ي ب تعالى:يم ر ك ڄ ڃ ڄ ڄ ڄ ، فقال الل ه

ڃڃ ڃ چ چ چ چ ڇ ڇ ڇ

د وعلى دنا محم هم صل على سي لل آا براهيم دنا إ يت على سي د كما صل دنا محم ل آ وعلى ل سيد وعلى دنا محم وباك على سي براهيم دنا إ كت على س آسي ا با د كم دنا محم دنا ل سي ي

براهيم وعلى براه آإ دنا إ ين إن ك حميد مجيد.ل سي م يم في العال

اشدين لفاء الر هم عن الخ ض الل ن ع و وا ب جمعين، ي ق ن حاب ت ال ن ع و الص اب و ين ع ت ي ع اب الت اب ض ين ع اومن تبعهم بإحان إلى يوم الد ين وا م عن ع م ه ن ي ك ا ك أن ال م ر .ين م ر

موات. حياء منهم والأن لمات والمؤمنين والمؤمنات الأن لمين والم هم اغفر للم الل

ي د ن هم الل وفيق والهداي دوام ب لام الت ح وال دولي يككباوه ناكملككوالص ڠ م ه ليا وا م الد ين الكمصطف يڠ دڤرتوان اڬوڠسي ڤدوك بڬيندا ى ، اللطان عبد الل ه عاي

بن تعين بالل ه. المرحوم بالل ه شاه ا حمد شاه الكم ن سلطان حاج

Page 10: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 3 Kewujudan

Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

9

كذلك ككباوه و دولي يڠ م ه سي ڤدوك بڬيندا اج ڤرمايسوي اڬوڠ، لياوا مي بنت الكمرحوم الكمتوك ل على (Tunku)تونكو مين ميمون إسكند ن حاجه عزيزة

اج. الح الل ه سلطان إسكند

اله وعاياه من المؤمنين و المؤمنات بر هم احفظ علماءه ووزاءه وقضاته وعم متك ح الل احمين . حم الر ن يا

لدن هم اجعل ب يا ا الل مان،، سخاء خاء، دا عدل اآمنا مطمئن ماليز ن من و ن وإيمان، ولمين ئر بلاد الكم .وسا

عداء الد ين وانص من نص الد ين، ن عداءك ن لمين ، ودم ر عز الإسلام والم ن هم الل عل كلمتك إلى ن لمين، و يوم الد ين.واخذل من خذل الم

ڠ منديريكن صالة سچارا برجماعه دان منونايكن زكاة ي ٢ ڠاوركنله كامي جادييا اهلل،

ڬولوڠن سرتا رحمتيله سالم واليه ڤرسكوتوانإماللوءي ڤوست ڤوڠوتن زكاة مجليس اڬام

دالم مڠاڬيهكن زكاة دواليه ڤرسكوتوان MAIWP. جاديكنله اوسها زكاة منونايكن ڠي

كميسكينن. بلڠڬوف دري اصناسباڬاي ساتو لڠكه يڠ بركسن باڬي ملڤسكن

ا نيا حن وفي الآخرة حن وقنا عذاب الن نا في الد نا آت ب .

عباد الل ه،

چ چ چ ڇ ڇ ڇ ڇ ڍ ڍ ڌ ڌ ڎ

ڑ ڎڈ ڈ ژ ژ

Page 11: JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA - islam.gov.my · Islam di Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara 3 Kewujudan

Khutbah Jumaat Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

10

لوه من فضله يعطكم فاذكروا يذكركم، واشكروه على نعمه يزدكم، واسأن الل ه العظيمكبر، والل ه يعلم ما تصنعون. ن ولذكر الل ه