erti tamadun

4
APAKAH ITU TAMADUN OBJEKTIF Di akhir unit ini anda akan: 1. mengetahui pentakrifan tamadun secara menyeluruh 2. mengetahui ciri-ciri tamadun serta elemen-elemen asas dalam pembentukan sesebuah tamadun 3. mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan, kejayaan dan keruntuhan tamadun KERANGKA 1. Definisi tamadun 2. Elemen-elemen asas pembentukan tamadun 3. Ciri-ciri tamadun yang utama 4. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan dan keruntuhan tamadun 5. Kesimpulan 1. DEFINISI TAMADUN Berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Berpunca dari kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku. Juga membawa erti membuka bandar. Terbit pula perkataan “madinah” yang bermaksud bandar dan juga “madani” iaitu orang yang berkelakuan seperti orang bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku. Kesimpulannya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi. 2. ELEMEN-ELEMEN ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN Penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang strategik. Hayat penghidupan stabil yang panjang.

Upload: felliciakho

Post on 13-Jun-2015

1.459 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: ERTI TAMADUN

APAKAH ITU TAMADUN

OBJEKTIF

Di akhir unit ini anda akan:

1. mengetahui pentakrifan tamadun secara menyeluruh 2. mengetahui ciri-ciri tamadun serta elemen-elemen asas dalam pembentukan sesebuah tamadun

3. mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan, kejayaan dan keruntuhan tamadun

KERANGKA

1. Definisi tamadun 2. Elemen-elemen asas pembentukan tamadun

3. Ciri-ciri tamadun yang utama

4. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculan dan keruntuhan tamadun

5. Kesimpulan

1. DEFINISI TAMADUN

Berasal daripada perkataan Arab yang bererti kehalusan budi bahasa dan kesopanan tingkah laku. Berpunca dari kata kerja “maddana” yang bererti memperhalus budi bahasa dan memperelok tingkah laku. Juga membawa erti membuka bandar. Terbit pula perkataan “madinah” yang bermaksud bandar dan juga “madani” iaitu orang yang berkelakuan seperti

orang bandar yang bersifat halus dalam budi bahasa dan beradab sopan dalam tingkah laku. Kesimpulannya, istilah “tamadun” boleh ditakrifkan sebagai sejumlah pencapaian dan pemerolehan dalam segala

perlakuan, pemikiran dan penciptaan yang baik, halus, sopan santun bagi pembentukan peribadi, akhlak, tingkah laku serta budi bahasa yang mulia bagi individu dan juga sesuatu kelompok manusia yang membentuk sesebuah masyarakat atau negara bangsa. Ringkasnya, tamadun boleh dilihat sebagai pencapaian satu bentuk budaya tinggi.

2. ELEMEN-ELEMEN ASAS PEMBENTUKAN TAMADUN Penempatan manusia di satu atau beberapa pusat bandar yang strategik. Hayat penghidupan stabil yang panjang. Wujud organisasi dan institusi sosial dalam bidang politik, ekonomi, sosialisasi dan pendidikan yang teratur dan

sistematik. Adanya satu bahasa atau bebarapa bahasa serumpun dengan sistem tulisan tersendiri yang menjadi perantaraan

komunikasi, perakaman, penyampaian dan pewaris khazanah ilmunya. Adanya undang-undang yang teratur dan berwibawa untuk mengawal perlakuan dan tindak tanduk anggota

masyarakatnya. Lahir dan berkembangnya daya kekreatifan seperti seni, sastera, falsafah dan lain-lain juga meningkatnya penciptaan

sains dan teknologi.

3. CIRI-CIRI TAMADUN Mengikut pendapat Lucien Goldmann, unsur utama yang menjadi pembeza antara sesebuah dengan tamadun yang

lain ialah pandangan semesta (world view/weltanschauung).

Berdasarkan konsep pandangan semesta, tamadun manusia secara tipologi dapat dibahagikan kepada empat ciri yang utama :

Page 2: ERTI TAMADUN

i. tamadun materialistik ii. tamadun intelektual iii. tamadun mistik iv. tamadun berasaskan wahyu

Namun dalam perkembangan sesebuah tamadun, terdapat tahap-tahap peningkatannya yang boleh diukur berdasarkan dua asas utama iaitu;

a) pencapaian fizikal ; boleh dilihat dari segi penubuhan sebuah kerajaan atau empayar yang luas melalui penggabungan beberapa pusat perbandaran yang berdekatan, peluasan sempadan atau melalui penaklukan.

b) pencapaian intelektual ; boleh diliaht dari segi penemuan fikiran yang baru ataupun penemuan, penyuburan dan penafsiran kembali fikiran yang lama yang membuahkan sistem falsafah, pemikiran, sains dan teknologi.

4. FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KEMUNCULAN DAN KERUNTUHAN TAMADUN Secara keseluruhannya, faktor-faktor yang dilihat mendorong kepada kemunculan sesebuah tamadun adalah seperti

berikut;

1. Kelahiran sesebuah tamadun kebanyakannya disebabkan oleh kedudukannya yang strategik yang boleh mewujudkan penempatan masyarakat dan juga mudah untuk memperolehi sumber-sumber semulajadi bagi menampung kehidupan masyarakatnya. Contoh; kemunculan Tamadun China di Lembah Huang-He dan Yong Tse, Tamadun India di Lembah Ganges, Tamadun Mesia di Lembah Nil dan Melaka di Selat Melaka.

2. Ransangan daripada keagamaan dan kerohanian kerana amalan daripada ajaran-ajaran agama mendorong manusia supaya menghayati nilai-nilai kehidupan yang tulus dan murni. Ini secara tidak langsung telah menjadikan manusia menuju kepada kehidupan yang bertamadun. Kemunculan Tamadun Islam umpamanya telah dipengaruhi oleh ransangan nilai-nilai murni berdasarkan cara hidup Islam yang sempurna.

3. Penghayatan yang tinggi kepada moral dan nilai murni memandangkan masyarakat yang menghayati nilai-nilai murni sudah pasti mendorong kepada sifat kecintaan kepada ilmu dan nilai-nilai positif yang lain seperti kreativiti, ketekunan, kerajinan, berdisiplin dan sebagainya. Pemimpinnya juga mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seperti tidak rasuah, berhemat, bertanggung jawab dan jujur yang seterusnya mendorong rakyatnya berganding bahu untuk membangunkan negara. Umpamanya; Plato dan Aristotle dalam Tamadun Yunani, kung Fu-Tze dalam Tamadun China, Kautilya dalam Tamadun India serta al-Farabi, al-Mawardi, al-Ghazali dan Ibn Khaldun dalam Tamadun Islam.

4. Kesengsaraan hidup. Situasi kehidupan yang dibelenggu keperitan dan kesengsaraan menggalakan masyarakatnya bekerjasama menggembling tenaga untuk melepaskan diri mereka daripada belenggu tersebut. Ini akhirnya menjadikan sesebuah masyarakat itu lebih berdisiplin dan kreatif dalam membangunkan kehidupan mereka. Umpamanya kebangkitan Jepun seringkali dikaitkan dengan penderitaan masyarakatnya selepas kekalahan mereka dalam Perang Dunia Kedua.

5. Interaksi antara tamadun. Sikap ingin mewujudkan saling berinteraksi dengan tamadun-tamadun lain merupakan ransangan kepada kehidupan bertamadun. Ini kerana sikap toleransi kepada sumbangan tamadun-tamadun yang lain menggambarkan sikap terbuka untuk menerima nilai-nilai yang baik daripada tamadun-tamadun tersebut dan seterusnya membantu kepada kemunculan tamadun baru. Tamadun Islam umpamanya menerima sumber-sumber ilmu daripada Tamadun China, India, Parsi dan sebagainya.

Bagaimanapun, setiap tamadun dalam sejarah manusia mengalami zaman kemerosotan masing-masing. Menurut pendapat Ibn Khaldun, kemerosotan sesebuah tamadun adalah disebabkan oleh putaran sejarah. Pada awalnya, ia berjaya kerana mengamalkan nilai-nilai murni tetapi selepas mencapai kejayaan, nilai-nilai tersebut merosot kerana limpahan kemewahan dan penyelewengan.

Page 3: ERTI TAMADUN

Tetapi ada juga sarjana yang berpendapat bahawa sesebuah tamadun merosot bukanlah disebabkan oleh hukum sejarah. Kemerosotan boleh dielakkan sekiranya mereka belajar dari sejarah dengan mengekalkan nilai-nilai yang baik.

Berdasarkan kepada sejarah, sesebuah tamadun merosot disebabkan oleh faktor-faktor berikut;

1. Wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara yang miskin dan kaya.

2. Berleluasanya penindasan dan kezaliman sehingga hak-hak asasi manusia diketepikan.

3. Keruntuhan moral dan nilai dalam masyarakat terutama di kalangan pemimpin.

4. Wujud sikap tertutup dan tidak mahu menerima perubahan terutamanya dari segi sains dan teknologi, struktur politik, ekonomi dan sosial. Ini kerana sikap tertutup ini menghalang kepada peningkatan daya kreativiti dan seterusnya menyebabkan masyarakat tersebut hidup dalam kemunduran. Tamadun Islam Uthmaniyyah misalnya, runtuh kerana sikap tertutup mereka yang tidak mahu menerima perubahan teknologi dan sosial.

5. Berlakunya malapetaka atau bencana alam yang menyebabkan kerosakan besar-besaran. Bagaimanapun, faktor ini adalah diluar kemampuan manusia untuk menghalangnya daripada terjadi.

5. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri asasnya yang utama dan ciri-ciri tersebutlah menjadi jati diri bagi sesebuah tamadun. Ada tamadun yang dikaitkan dengan bangsa, ada tamadun yang dikaitkan dengan agama dan ada tamadun yang dikaitkan dengan budaya. Satu hal yang penting ialah dalam memperkatakan perkembangan sesebuah tamadun, kita tidak dapat lari daripada membicarakan proses interaksi antara tamadun atau peradaban. Ia merupakan satu proses yang lumrah dalam mana-mana tamadun di dunia ini sebagaimana pendapat seorang sarjana Jepun, Nyozaken Hasegawa;

“without contact, fusion, inheritence and transmission of various different cultures, civilization would undergo no development.”