epic tia3

5
HBEF3603 FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE SEMESTER JANUARY 2014 HBEF3603: AKTIVITI 3 (T1A3) MATRICULATION NO : 810131015961001 IDENTITY CARD NO. : 810131015961 TELEPHONE NO. : 0137795961 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : Batu Pahat Learning Centre

Upload: ranjeet-kumar

Post on 16-Jan-2016

27 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

penerangan

TRANSCRIPT

Page 1: epic TIA3

HBEF3603

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE

SEMESTER JANUARY 2014

HBEF3603:

AKTIVITI 3 (T1A3)

MATRICULATION NO : 810131015961001

IDENTITY CARD NO. : 810131015961

TELEPHONE NO. : 0137795961

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : Batu Pahat Learning Centre

Page 2: epic TIA3

HBEF3603

PENDAHULUAN

Pendidikan Jasmani adalah satu mata pelajaran yang penting dalam sistem pendidikan

di negara kita. Pendidikan Jasmani hendaklah memberi peluang kepada pelajar menikmati

kepuasan dan kegembiraan melalui aktiviti yang bersesuaian dengan jasmani dan psikologi.

Pendidikan Jasmani juga merupakan satu proses yang bertujuan untuk mempertingkatkan

kemampuan seseorang individu melalui pendekatan aktiviti fizikal. Boleh dikatakan setiap

pelajar normal gemar menjalankan aktiviti seperti berlari, melompat dan membaling.

Berdasarkan fakta ini Pendidikan Jasmani yang diajar terutama disekolah rendah perlu lebih

menumpukan kepada pembinaan kemahiran asas.

Kita boleh mentakrifkan Pendidikan Jasmani sebagai proses pengajaran atau

pembelajaran yang terkawal. Ini keseluruhannya tertumpu kepada perkembangan tubuh badan

murid-murid termasuk perkembangan fizikal, sosial dan mental secara terjalin. Dengan

menumpukan kegiatan yang bertujuan memupuk proses sosialisasi kita, secara tidak langsung

menggalakkan pertumbuhan sahsiah yang menyeluruh dan sempurna di kalangan murid-

murid sekolah. Serentak itu, perkembangan berbagai-bagai kebolehan psikomotor dan daya

fizikal menggalakkan penggunaan masa lapang secara yang berfaedah. Di antara kemahiran

yang terdapat dalam mata pelajaran pendidikan jasmani ialah kemahiran asas dalam olahraga.

Kajian yang di lakukan ini atas dasar matlamat dan hala tuju kurikulum Pendidikan

Jasmani yang mewajibkan guru untuk terus berusaha memastikan setiap murid menguasai

setiap kemahiran yang terdapat dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Kajian ini

dijalankan untuk membantu meningkatkan kemahiran permulaan larian pecut di kalangan

murid-murid Tahun 4 Sekolah Kebangsaan Seri Machap yang terdiri daripada 15 orang lelaki

dan 10 orang perempuan. Kemahiran permulaan larian pecut adalah salah satu kemahiran

yang terdapat dalam sukatan mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Acara larian pecut juga

dipertandingkan di peringkat zon, daerah, negeri dan peingkat kebangsaan. Kajian ini juga

bertujuan untuk mengenal pasti tahap keupayaan murid semasa melakukan aktiviti teknik

permulaan larian pecut.

Saya telah membuat keputusan untuk membuat rawatan untuk meningkatkan

kemahiran permulaan lari pecut adalah kerana semasa sesi pengajaran dan pembelajaran

Page 3: epic TIA3

HBEF3603

pendidikan jasmani, kebanyakkan murid lemah dalam teknik permulaan selain daya

permulaan yang tidak bertenaga.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Sewaktu saya menjalani praktikum di Sekolah Kebangsaan Seri Machap ,Pengajaran

Harian Pendidikan Jasmani yang dijalankan menepati Kurikulum Standard Sekolah Rendah

yang menekan aspek psikomotor, aspek kognitif dan aspek sfektif.

Selebihnya 20% murid yang lain langsung tidak memberikan perhatian terhadap

arahan yang diberikan.Mereka bergurau senda dengan rakan-rakan, melakukan aktiviti lain

yang tiada kaitan dengan isi pelajaran pada hari itu.Apabila saya bertanyakan kepada murid-

murid tentang perkara ini,jawapan yang diberikan ialah “saya sudah baca tadi..”Ada juga yang

mengatakan, “saya tidak tahu membaca,ustaz…”.Dari jawapan yang dinyatakan, saya

membuat kesimpulan bahawa,murid kurang merasa gembira dengan aktiviti yang saya

jalankan dan murid kurang melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan. Merujuk kepada

kenyataan Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, “ Tahap konsentrasi atau tumpuan

belajar adalah berbeza. Ada pelajar yang boleh tumpu selama 1 jam dan ada pula yang

hanya bertahan selama 20 minit” Justeru, perkara inilah yang membuat saya berasa begitu

kesal dan tidak berpuas hati terhadap proses pengajaran saya.

Perlukah saya menukar gaya pengajaran saya selama ini untuk menarik minat murid

dan menimbulkan perasaan gembira dalam diri murid untuk melibatkan diri sewaktu p&p

berlangsung?Adakah cara saya mengajar sebelum ini begitu mendesak murid-murid?Apakah

langkah atau cara yang boleh saya lakukan untuk meningkatkan penglibatan murid sewaktu

p&p berlangsung?Apabila saya membincangkan isu ini kepada guru pendidikan Islam di

sekolah ini,mereka menyatakan bahawa murid-murid tahun 5 Amanah agak malas dan

bersikap pasif di dalam kelas.Guru-guru di sini hanya menggunakan kaedah tikrar atau latih

tubi untuk ayat bacaan secara paksa dan tegas terhadap murid mereka. Selain itu, penggunaan

bahan bantu mengajar yang hanya menggunakan mashaf Al-Quran semata-mata mungkin

menjadi faktor mereka bosan juga. “ Guru yang cuba mengajar tanpa menimbulkan dan

menyemarakkan keinginan serta semangat belajar pada murid-muridnya, sama sahaja

dengan orang yang menempa besi dingin.”-(Horace Mann)

Page 4: epic TIA3

HBEF3603

Saya telah cuba untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran namun

masih terdapat murid yang tidak mampu mengikuti dan melibatkan diri dalam pengajaran

yang saya jalankan.Pada hemat saya,kurangnya penglibatan murid adalah disebabkan

kurangnya penumpuan murid sewaktu pengajaran yang saya lakukan dan kurangnya

penggunaan sumber pengajaran sewaktu p&p berlangsung.