utusan malaysia selasa 7 disember 2010 epic...

1
MUKA 28 UTUSAN MALAYSIA SELASA 7 DISEMBER 2010 EPIC wakil negeri dalam industri minyak, gas Oleh RADHUAN HUSSAIN Gambar AZLAN BAHRUM EASTERN Pasific Industrial Corporation Bhd. (EPIC) yang wujud seiring dengan meluncurnya industri petroleum dan gas di negeri ini akan meraikan tiga dekad usianya tahun depan. Anak syarikat kerajaan negeri ini menjadi payung kepada penglibatan anak negeri dalam industri yang mem- berikan sumbangan besar kepada nege- ri dan negara serta rakyat keseluruhan- nya. Beroperasi di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, ia ditu- buhkan pada 17 Januari 1981 sebelum ditukar menjadi sebuah syarikat awam sembilan tahun kemudian. Ia tersenarai dalam pasaran Bursa Saham Securities dengan perniagaan melibatkan industri minyak dan gas, perkhidmatan pelabuhan dan lain-lain perkhidmatan. Melalui Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. (PBK), EPIC memiliki Kemaman Supply Base satu pangkalan bekalan petroleum terbesar dalam Zon Pembangunan Petroleum di Kemaman bersama lebih 250 syari- kat sokongan industri petroleum. Perkhidmatan disediakan termasuk fabrikasi, kerja kejuruteraan, pembua- tan dan pemasangan, sambung pasang wayar, ujian dan pemeriksaan perala- tan, punggahan, bekalan dan sebagai- nya. EPIC juga menikmati sokongan dari- pada kerajaan negeri yang merupakan pemegang saham utama EPIC melalui syarikat pelaburannya, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. Sebagai sebuah syarikat yang dimi- liki kerajaan negeri, EPIC boleh menambah nilai kepada sumber petro- leum dan gas yang kaya dalam negeri. Ditunjangi beberapa anak syarikat- nya terdiri daripada Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. (99.07 peratus) diikuti EPIC Mushtari Engeneering Sdn. Bhd. (100 peratus), Tubex Sdn. Bhd. (100 peratus) dan Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn. Bhd. (61 peratus). Tidak ketinggalan PBK Supplies & Services Sdn. Bhd. (100 peratus) serta PBK Logistics Sdn. Bhd. (100 peratus). Menurut Ketua Pegawai Eksekutif EPIC, Ramli Shahul Hameed, 2009 kekal sebagai tahun sibuk dan men- cabar bagi kumpulan EPIC yang terus ke hadapan dengan usaha pengukuhan operasinya bagi meningkatkan potensi pendapatan. Katanya, hasil usaha 100 peratus di samping sokongan 200 peratus daripa- da Lembaga Pengarah dan warga EPIC, kumpulan syarikat itu berjaya menem- puh cabaran kegawatan ekonomi dan tetap menaruh harapan tinggi terhadap masa depannya. Walaupun terpaksa beroperasi dalam kegawatan ekonomi, ia telah menun- jukkan prestasi amat menggalakkan dengan kejayaan mencatat keuntungan tertinggi bagi kumpulan EPIC. Pada tahun lalu, kumpulan ini telah menambah keuntungan sebelum cukai kepada RM54.46 juta dan keuntungan selepas cukai RM48.94 juta-penam- bahan sebanyak 37 peratus dan 89 peratus, masing-masing dari tahun sebelumnya. Pendapatan kumpulan sebelum fae- dah, cukai dan susut nilai, naik 29 pera- tus kepada RM60.14 juta daripada RM46.58 juta pada tahun sebelumnya. “Tujuan kami ialah untuk cekap menghadapi kegawatan ekonomi tanpa memudaratkan pemegang saham dan warga EPIC. Pendapatan sesaham yang diagihkan kepada pemegang saham meningkat kepada 24.89 sen dari 13.12 sen pada 2008 dan pada masa sama, aset bersih sesaham kami meningkat kepada RM1.89 dari RM1.74,” katanya. Ramli berkata, penyudahan usaha kenaikan taraf dermaga cecair kimia bernilai RM40 juta dan empat gudang yang baru telah menjana pendapatan tambahan untuk tahun 2009 dan terus meningkat pada tahun ini. EPIC turut menjangkakan akan ber- laku penambahan aktiviti perniagaan minyak dan gas di pesisir Terengganu dan akan memanfaatkan kesempatan dengan meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan. Ramli memberitahu, struktur dana ter- kini EPIC bergantung kepada sumbangan pemegang saham berbanding hutang yang rendah. EPIC kini berada pada kedudukan yang kondusif bagi meningkatkan keu- payaan untuk terus membayar dividen dan pinjaman tambahan tanpa meli- batkan kedudukan aliran tunainya. EPIC dikenal pasti sebagai penjaga untuk membangun dan menguruskan pelabuhan daerah bagi menggalakkan aktiviti perkilangan sambil menerajui perkembangan perbandaran baru di kawasan itu. Kumpulan EPIC juga telah mencapai kemajuan ketara dalam memenuhi objektif strategik utama untuk men- gukuhkan kedudukan sebagai pengen- dali pangkalan bekalan, meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam pen- gurusan dan operasi pangkalan bekalan. Ia turut menjadi rakan kongsi terpilih bagi pembekalan pengendali pangkalan dan syarikat minyak dan gas di rantau ini selain giat mempromosikan pembangu- nan dan ilmu dalam komuniti di tempat syarikat itu bertapak. EPIC memberi pertimbangan kepa- da beberapa perkembangan terpilih dalam pasaran serantau di mana kepa- karan, kemahiran dibangunkan secara dalaman dan pengetahuan akan mem- bolehkan kumpulan itu menambah nilai sebagai rakan kongsi strategik ter- pilih. India, Asia Tenggara dan Timur Tengah berkemungkinan memberi kesempatan kepada EPIC meluaskan operasi di rantau ini melalui proses jenama dan produk selain kepakaran dalam operasi pangkalan bekalan tanpa suntikan ekuiti atau aliran keluar tunai yang ketara. Menurut Ramli, EPIC telah terlibat di pasaran antarabangsa selaras dengan matlamatnya menjelajah ke luar nega- ra dengan menggunakan pengalaman- nya dalam menyedia, mengurus dan mengendalikan pangkalan bekalan. Ia sekali gus memberi peluang kepa- da kumpulan EPIC untuk berkongsi kemahiran di samping diberi pertim- bangan untuk menjadi rakan kongsi strategik terpilih dalam meningkatkan kepakaran dan pengetahuannya. Dalam membentuk masa depan, EPIC akan teruskan usaha melaksana- kan langkah-langkah positif memperce- patkan aktiviti ekonomi, memban- gunkan modal insan, meningkatkan kesejahteraan pekerja-pekerja serta menyediakan satu persekitaran kon- dusif dan mesra sebagai peluang perni- agaan di Kemaman dan kawasan seran- tau. Pengiktirafan pencapaian sehingga kini akan menumpukan perhatian dan sumber untuk mengoptimumkan penggunaan aset, mempertingkatkan penjimatan kos serta produktiviti. EPIC berada pada kedudukan cukup mantap dalam merealisasikan wawa- sannya menjadi pembekal perkhidma- tan minyak dan gas bersepadu terung- gul di rantau ini, ketika ini dan akan datang. PMINT corak ekonomi Terengganu Oleh TENGKU FAUZIAH NGAH PERBADANAN Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) menjadi tulang belakang kerajaan negeri den- gan berperanan mencorakkan imej ekonomi dan sosial negeri ini. Kejayaan atau kegagalan sentuhan- nya dalam melaksanakan peranan itu akan memberi impak kepada ke- berkesanan usaha kerajaan dalam menyuburkan kesejahteraan untuk rakyat. Justeru itu, ia perlu sentiasa mem- berikan fokus dalam usaha-usaha memenuhi tanggungjawab sebagai badan peneraju ekonomi negeri. Selaku katalis kepada pembangunan dan kemajuan sektor ekonomi dan so- sial negeri, ia perlu sentiasa peka dalam tuntutan keperluan semasa serta bersedia menghadapi apa jua bentuk kemungkinan mendatang. Ia menuntut kepada strategi peran- cangan pembangunan yang lebih sis- tematik untuk bergerak lebih aktif agar terus memberi nafas ekonomi yang segar dan ruang untuk masya- rakat memajukan diri. Ini terutamanya pembangunan harta tanah melalui projek-projek perumahan dan premis perniagaan dengan pelbagai prasarana lain yang diperlukan oleh rakyat. Di samping itu, ia turut menjana taburan pusat-pusat pertumbuhan baru di seluruh negeri dan proses penyusunan semula bandar dan pada masa sama membimbing kelahiran usahawan-usahawan tempatan. Salah satu tanggungjawab semasanya ialah penyusunan semula bandar raya Kuala Terengganu yang semakin pesat berkembang dan semakin padat war- ganya. Sebagai sebuah bandar raya, Kuala Terengganu sudah tentu memerlukan pendekatan baru agar proses pemban- gunan lebih terancang, dengan pel- bagai kemudahan untuk dinikmati dan lebih banyak kegiatan ekonomi dapat diterokai. Ini sejajar dengan statusnya sebagai sebuah bandar raya di samping memastikan gelaran bandar raya warisan pesisir air itu, bukan sahaja setanding dengan bandar raya lain, juga menetapi gelaran tersebut. Pengurus Besar PMINT, Datuk Zakaria Awang berkata, PMINT akan sentiasa berperanan untuk membantu kerajaan negeri khasnya, dalam mem- bangunkan Kuala Terengganu sebagai ibu kota yang menjadi lambang kepa- da pencapaian negeri ini. Zakaria berkata, pada masa ini PMINT sedang membina sebuah kom- pleks mega setinggi 19 tingkat berhar- ga RM120 juta di bandar raya ini yang dijangka siap 2013. Menurut beliau, kompleks tersebut akan mengandungi hotel 11 tingkat dengan 210 bilik, ruang pejabat, premis perniagaan empat tingkat dan tempat letak kereta tiga tingkat. “Kompleks yang dinamakan Paya Bunga Squre akan menjadi mercu tanda baru bagi negeri ini dan juga bagi PMINT. Ia dibina di kawasan seluas 9,733 meter persegi (2.4 ekar),” ujar beliau. Beliau berkata, langkah PMINT membina kompleks itu bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk mempercepatkan proses pembangu- nan bandar raya moden tetapi pada masa sama memenuhi keperluan pen- duduk. Selain itu beliau berkata, PIMNT juga akan membina empat blok rumah murah kos sederhana dan kos mewah yang mengandungi 128 unit di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini dalam waktu terdekat. Menurut beliau, kerja-kerja menam- bak tanah seluas lapan hektar bersebe- lahan TTI akan dilakukan segera bagi membolehkan projek tersebut dilak- sanakan awal tahun depan selain akan memajukan kawasan perhentian bas lama yang terletak di Jalan Abidin. Katanya, PMINT memperuntukkan kira-kira RM63 juta bagi projek peru- mahan dan kedai premis kedai pada tahun ini dan daripada jumlah terse- but sebanyak RM35 juta telah dibe- lanjakan. Manakala pada tahun depan PMINT memperuntukkan RM74 juta melalui pembangunan sektor peruma- han dan premis kedai termasuk pem- binaan projek baru, projek sambun- gan dan projek Paya Bunga Squre yang membabitkan keseluruhan 866 unit. Menurut beliau, PMINT juga telah menyiapkan projek fasa pertama KP Perdana di Kubang Parit melibatkan pelbagai jenis rumah termasuk rumah teres, rumah berkembar dua tingkat dan rumah sesebuah melibatkan 114 unit. “Harga yang ditawarkan RM207,000 hingga RM536,000 telah habis dijual dan kini di peringkat proses kelulusan sijil menduduki (CF),” tambah beliau. Selain itu katanya, PMINT juga telah menyiapkan projek perumahan rumah pangsa mampu milik setinggi lima tingkat sebanyak 120 unit de- ngan harga yang ditawarkan RM65,000 seunit. Katanya, PMINT akan turut serta membangunkan Kenyir yang akan menjadi kawasan bebas cukai menje- lang 2012 bagi memenuhi hasrat kera- jaan negeri menjadikan tasik itu seba- gai ikon pelancongan negeri dan nega- ra. Bagi kerajaan negeri, ia diharap dapat melonjakkan kunjungan pelan- cong ke negeri ini sehingga 10 juta orang setahun dengan penyediaan pel- bagai tarikan termasuk taman tema air. “Kepercayaan Menteri Besar, Da- tuk Seri Ahmad Said yang mahukan PMINT menyediakan pelbagai ke- mudahan termasuk perhotelan dan perniagaan bagi mempercepatkan proses itu akan dipenuhi,’’ ujarnya. Beliau berkata, perbincangan sece- pat mungkin akan diadakan bagi me- ngenal pasti jenis pembangunan yang boleh dilaksanakan berdasarkan keperluan di kawasan berkenaan. “Kita akan meneliti dan perbin- cangan dengan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) turut diadakan untuk memas- tikan pembangunan yang bakal dilaksanakan nanti berjalan dengan sempurna,” ujarnya. Kumpulan EPIC juga telah mencapai kemajuan ketara dalam memenuhi objektif strategik utama untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pengendali pangkalan bekalan, meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam pengurusan dan operasi pangkalan bekalan RAMLI SHAHUL HAMEED LOJI gas petroleum yang terletak di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman – Gambar hiasan. BANGUNAN EPIC Bhd. yang terletak di Kuala Kemaman menjadi mercu tanda kejayaan syarikat tem- patan itu dalam industri petroleum dan gas. MODEL Kompleks Paya Bunga Square yang sedang dibangunkan dengan nilai RM120 juta dijangka siap menjelang 2013. TASEK Kenyir akan dimajukan sebagai ikon pelancongan negara. ZAKARIA AWANG

Upload: vannhi

Post on 18-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UTUSAN MALAYSIA SELASA 7 DISEMBER 2010 EPIC …ww1.utusan.com.my/utusan/special/T_AnjungIlmu/pg028Dec7.pdf · anak negeri dalam industri yang mem-berikan sumbangan besar kepada nege-

MUKA 28 • UTUSAN MALAYSIA SELASA 7 DISEMBER 2010

EPIC wakil negeri dalam industri minyak, gas

Oleh RADHUAN HUSSAINGambar AZLAN BAHRUM

EASTERN Pasi f ic Industrial Corporation Bhd. (EPIC) yang wujud seiring dengan meluncurnya industri petroleum dan gas di negeri ini akan meraikan tiga dekad usianya tahun depan.

Anak syarikat kerajaan negeri ini menjadi payung kepada penglibatan anak negeri dalam industri yang mem-berikan sumbangan besar kepada nege-ri dan negara serta rakyat keseluruhan-nya.

Beroperasi di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman, ia ditu-buhkan pada 17 Januari 1981 sebelum ditukar menjadi sebuah syarikat awam sembilan tahun kemudian.

Ia tersenarai dalam pasaran Bursa Saham Securities dengan perniagaan melibatkan industri minyak dan gas, perkhidmatan pelabuhan dan lain-lain perkhidmatan.

M e l a l u i Pa n g ka l a n B e ka l a n Kemaman Sdn. Bhd. (PBK), EPIC memiliki Kemaman Supply Base satu pangkalan bekalan petroleum terbesar dalam Zon Pembangunan Petroleum di Kemaman bersama lebih 250 syari-kat sokongan industri petroleum.

Perkhidmatan disediakan termasuk fabrikasi, kerja kejuruteraan, pembua-tan dan pemasangan, sambung pasang wayar, ujian dan pemeriksaan perala-tan, punggahan, bekalan dan sebagai-nya.

EPIC juga menikmati sokongan dari-pada kerajaan negeri yang merupakan

pemegang saham utama EPIC melalui syarikat pelaburannya, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd.

Sebagai sebuah syarikat yang dimi-liki kerajaan negeri, EPIC boleh menambah nilai kepada sumber petro-leum dan gas yang kaya dalam negeri.

Ditunjangi beberapa anak syarikat-nya terdiri daripada Pangkalan Bekalan Kemaman Sdn. Bhd. (99.07 peratus) diikuti EPIC Mushtari Engeneering Sdn. Bhd. (100 peratus), Tubex Sdn. Bhd. (100 peratus) dan Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn. Bhd. (61 peratus).

Tidak ketinggalan PBK Supplies & Services Sdn. Bhd. (100 peratus) serta PBK Logistics Sdn. Bhd. (100 peratus).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif

EPIC, Ramli Shahul Hameed, 2009 kekal sebagai tahun sibuk dan men-cabar bagi kumpulan EPIC yang terus ke hadapan dengan usaha pengukuhan operasinya bagi meningkatkan potensi pendapatan.

Katanya, hasil usaha 100 peratus di sam ping sokongan 200 peratus daripa-da Lembaga Pengarah dan warga EPIC, kumpulan syarikat itu berjaya menem-puh cabaran kegawatan ekonomi dan tetap menaruh harapan tinggi terhadap masa depannya.

Walaupun terpaksa beroperasi dalam kegawatan ekonomi, ia telah menun-jukkan prestasi amat menggalakkan dengan kejayaan mencatat keuntungan tertinggi bagi kumpulan EPIC.

Pada tahun lalu, kumpulan ini telah menambah keuntungan sebelum cukai

kepada RM54.46 juta dan keuntungan selepas cukai RM48.94 juta-penam-bahan sebanyak 37 peratus dan 89 pe ratus, masing-masing dari tahun sebelumnya.

Pendapatan kumpulan sebelum fae-dah, cukai dan susut nilai, naik 29 pera-tus kepada RM60.14 juta daripada RM46.58 juta pada tahun sebelumnya.

“Tujuan kami ialah untuk cekap menghadapi kegawatan ekonomi tanpa memu darat kan pemegang saham dan warga EPIC. Pendapatan sesaham yang diagihkan kepada pemegang saham meningkat kepada 24.89 sen dari 13.12 sen pada 2008 dan pada masa sama, aset bersih sesaham kami meningkat kepada RM1.89 dari RM1.74,” katanya.

Ramli berkata, penyudahan usaha kenaikan taraf dermaga cecair kimia

bernilai RM40 juta dan empat gudang yang baru telah menjana pendapatan tambahan untuk tahun 2009 dan terus meningkat pada tahun ini.

EPIC turut menjangkakan akan ber-laku penambahan aktiviti perniagaan minyak dan gas di pesisir Terengganu dan akan memanfaatkan kesempatan dengan meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan.

Ramli memberitahu, struktur dana ter-kini EPIC bergantung kepada sumbangan pemegang saham berbanding hutang yang rendah.

EPIC kini berada pada kedudukan yang kondusif bagi meningkatkan keu-payaan untuk terus membayar dividen dan pinjaman tambahan tanpa meli-batkan kedudukan aliran tunainya.

EPIC dikenal pasti sebagai penjaga untuk membangun dan menguruskan pelabuhan daerah bagi menggalakkan aktiviti perkilangan sambil menerajui perkembangan perbandaran baru di kawasan itu.

Kumpulan EPIC juga telah mencapai kemajuan ketara dalam memenuhi objektif strategik utama untuk men-gukuhkan kedudukan sebagai pengen-dali pangkalan bekalan, meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam pen-gurusan dan operasi pangkalan bekalan.

Ia turut menjadi rakan kongsi terpilih bagi pembekalan pengendali pangkalan

dan syarikat minyak dan gas di rantau ini selain giat mempromosikan pembangu-nan dan ilmu dalam komuniti di tempat syarikat itu bertapak.

EPIC memberi pertimbangan kepa-da beberapa perkembangan terpilih dalam pasaran serantau di mana kepa-karan, kemahiran dibangunkan secara dalaman dan penge tahuan akan mem-bolehkan kumpulan itu menambah nilai sebagai rakan kongsi strategik ter-pilih.

India, Asia Tenggara dan Timur Tengah berkemungkinan memberi ke sempatan kepada EPIC meluaskan operasi di rantau ini melalui proses jenama dan produk selain kepakaran dalam operasi pangkalan bekalan tanpa suntikan ekuiti atau aliran keluar tunai yang ketara.

Menurut Ramli, EPIC telah terlibat di pasaran antarabangsa selaras dengan matlamatnya menjelajah ke luar nega-ra dengan menggunakan pengalaman-nya dalam menyedia, mengurus dan mengendalikan pangkalan bekalan.

Ia sekali gus memberi peluang kepa-da kumpulan EPIC untuk berkongsi kemahiran di samping diberi pertim-bangan untuk menjadi rakan kongsi strategik terpilih dalam meningkatkan kepakaran dan pengetahuannya.

Dalam membentuk masa depan, EPIC akan teruskan usaha melaksana-kan langkah-langkah positif memperce-patkan aktiviti ekonomi, memban-gunkan modal insan, meningkatkan kesejahteraan pekerja-pekerja serta menyediakan satu persekitaran kon-dusif dan mesra sebagai peluang perni-agaan di Kemaman dan kawasan seran-tau.

Pengiktirafan pencapaian sehingga kini akan menumpukan perhatian dan sumber untuk mengoptimumkan penggunaan aset, mempertingkatkan penjimatan kos serta produktiviti.

EPIC berada pada kedudukan cukup mantap dalam merealisasikan wawa-sannya menjadi pembekal perkhidma-tan minyak dan gas bersepadu terung-gul di rantau ini, ketika ini dan akan datang.

PMINT corak ekonomi TerengganuOleh TENGKU FAUZIAH NGAH

PERBADANAN Mema ju kan Iktisad Negeri Te rengganu (PMINT) menjadi tulang belakang keraja an negeri den-gan berpera nan mencorakkan imej eko nomi dan sosial negeri ini.

Kejayaan atau kegagalan sentuhan-nya dalam melaksanakan peranan itu akan memberi impak kepada ke -berkesanan usaha kerajaan dalam menyuburkan kesejahteraan untuk rakyat.

Justeru itu, ia perlu sentiasa mem-berikan fokus dalam usaha-usaha memenuhi tanggungjawab sebagai badan peneraju ekonomi negeri.

Selaku katalis kepada pembangunan dan kemajuan sektor ekonomi dan so -sial negeri, ia perlu sentiasa pe ka dalam tuntutan keper lu an se ma sa serta bersedia menghadapi apa jua bentuk kemungkinan mendatang.

Ia menuntut kepada stra tegi peran-cangan pemba ngunan yang lebih sis-

tematik untuk bergerak lebih aktif agar terus memberi nafas ekonomi yang segar dan ruang untuk masya-rakat memajukan diri.

Ini terutamanya pemba ngunan harta tanah melalui projek-projek perumahan dan premis perniagaan de ngan pelbagai prasarana lain yang diperlukan oleh rakyat.

Di samping itu, ia turut menjana taburan pusat-pusat pertumbuhan baru di seluruh negeri dan proses penyusunan semula bandar dan pada masa sama membimbing kelahiran usahawan-usahawan tempatan.

Salah satu tanggungjawab se masanya ialah penyusunan semula bandar raya Kuala Terengganu yang se ma kin pesat berkembang dan semakin padat war-ganya.

Sebagai sebuah bandar raya, Kuala Terengganu sudah tentu memerlukan pendekatan baru agar proses pemban-gunan lebih terancang, dengan pel-bagai kemudahan untuk dinikmati

dan lebih banyak kegiatan ekonomi dapat diterokai.

Ini sejajar dengan statusnya sebagai sebuah bandar raya di samping memastikan gelaran bandar raya warisan pesisir air itu, bukan sahaja setanding dengan bandar raya lain, juga menetapi gelaran tersebut.

Pengurus Besar PMINT, Datuk Zakaria Awang berkata, PMINT akan sentiasa berperanan untuk membantu kerajaan negeri khasnya, dalam mem-bangunkan Kuala Terengganu sebagai ibu kota yang menjadi lambang kepa-da pencapaian negeri ini.

Zakaria berkata, pada masa ini PMINT sedang membina sebuah kom-pleks mega setinggi 19 tingkat berhar-ga RM120 juta di bandar raya ini yang dijangka siap 2013.

Menurut beliau, kompleks tersebut akan mengandungi hotel 11 tingkat dengan 210 bilik, ruang pejabat, premis perniagaan empat tingkat dan tempat letak kereta tiga tingkat.

“Kompleks yang dinamakan Paya Bunga Squre akan menjadi mercu tanda baru bagi negeri ini dan juga bagi PMINT. Ia dibina di kawasan seluas 9,733 meter persegi (2.4 ekar),” ujar beliau.

Beliau berkata, langkah PMINT membina kompleks itu bertepatan dengan hasrat kerajaan negeri untuk mempercepatkan proses pembangu-nan bandar raya moden tetapi pada masa sama memenuhi keperluan pen-duduk.

Selain itu beliau berkata, PIMNT juga akan membina empat blok rumah murah kos sederhana dan kos mewah yang mengandungi 128 unit di Taman Tamadun Islam (TTI) di sini dalam waktu terdekat.

Menurut beliau, kerja-kerja me nam- bak tanah seluas lapan hektar bersebe-lahan TTI akan dilakukan segera bagi membolehkan projek tersebut dilak-sanakan awal tahun depan selain akan memajukan ka wasan perhentian bas lama yang terletak di Jalan Abidin.

Katanya, PMINT memperuntukkan kira-kira RM63 juta bagi projek peru-mahan dan kedai premis kedai pada tahun ini dan daripada jumlah terse-but seba nyak RM35 juta telah dibe-lanjakan.

Manakala pada tahun depan PMINT memperuntukkan RM74 juta melalui pembangunan sektor peruma-han dan premis kedai termasuk pem-binaan projek baru, projek sambun-gan dan projek Paya Bunga Squre yang membabitkan keseluruhan 866 unit.

Menurut beliau, PMINT juga telah menyiapkan projek fasa pertama KP Perdana di Kubang Parit melibatkan pelbagai jenis rumah termasuk ru mah teres, rumah berkembar dua ting kat dan rumah sesebuah melibatkan 114 unit.

“Harga yang ditawarkan RM207,000 hingga RM536,000 telah habis dijual dan kini di peringkat proses kelulusan sijil menduduki (CF),” tambah beliau.

Selain itu katanya, PMINT juga telah menyiapkan projek perumahan rumah pangsa mampu milik setinggi li ma tingkat sebanyak 120 unit de -ngan harga yang di ta warkan RM65,000 seunit.

Katanya, PMINT akan turut serta

membangunkan Kenyir yang akan men jadi kawasan bebas cukai menje-lang 2012 bagi memenuhi hasrat kera-jaan negeri menjadikan tasik itu se ba-gai ikon pelancongan negeri dan nega-ra.

Bagi kerajaan negeri, ia diharap dapat melonjakkan kunjungan pelan-cong ke negeri ini sehingga 10 juta orang setahun dengan penyediaan pel-bagai tarikan termasuk taman tema air.

“ K e p e r c a y a a n Menteri Besar, Da -

tuk Seri Ahmad Said yang mahukan PMINT menyediakan pelbagai ke -mudahan termasuk perhotelan dan perniagaan bagi mempercepatkan proses itu akan dipenuhi,’’ ujarnya.

Beliau berkata, perbincangan sece-pat mungkin akan diadakan bagi me -nge nal pasti jenis pembangunan yang boleh dilaksanakan berdasarkan keperluan di kawasan berkenaan.

“Kita akan meneliti dan perbin-cangan dengan Lembaga

Kemajuan Te rengganu Tengah (Ke te ngah) turut diadakan untuk memas-tikan pembangunan yang bakal dilaksanakan nanti

berjalan dengan s e m p u r n a ,” ujarnya.

Kumpulan EPIC juga telah mencapai kemajuan ketara dalam memenuhi objektif strategik utama untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pengendali pangkalan bekalan, meningkatkan kemahiran dan kepakaran dalam pengurusan dan operasi pangkalan bekalan

RAMLI SHAHUL HAMEED

LOJI gas petroleum yang terletak di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman – Gambar hiasan.

BANGUNAN EPIC Bhd. yang terletak di Kuala Kemaman menjadi mercu tanda kejayaan syarikat tem-patan itu dalam industri petroleum dan gas.

MODEL Kompleks Paya Bunga Square yang sedang dibangunkan dengan nilai RM120 juta dijangka siap menjelang 2013.

TASEK Kenyir akan dimajukan sebagai ikon pelancongan negara.

ZAKARIA AWANG