enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu

3
Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu. Tunjang Komunikasi Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul. Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang- tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial. Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai. Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Upload: haha-hoho-t

Post on 03-Jan-2016

29 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Pelajaran : Pendidikan JasmaniTarikh : 02/04/2012Tahun : 4 ArifMasa : 7.45 Pagi – 8.15 PagiBil. Murid : 40 Orang (L= 22, P= 18 )Tunjang 1 : KemahiranTajuk : Permainan Bola Baling Sub-tajuk : Kemahiran Menghantar dan Menyambut/ MenerimaObjektif Pengajaran Dan Pembelajaran :Pada akhir pembelajaran, murid akan dapat:Psikomotor : melakukan 6 kali daripada 8 percubaan kemahiran menghantar danmenyambut bola dengan teknik yang betul pada jarak 5 meter. Kognitif : menyatakan dua aspek sains semasa menghantar dan menyambut bolayang betul.Afektif : bekerjasama melakukan aktiviti pembelajaran.Penggabungjalinan : Bahasa Melayu, Sains, MatematikPSA : Pelajar pernah bermain permainan bola baling.BBM : Bola Baling , skitel.Penerapan nilai : Peka pada situasi, patuh kepada arahan.Kemahiran Generik : Membanding beza cara menyambut bola dengan sebelah tangan atau dua belah tangan Bahagian B : Kandungan / Pengisian RPHBAHAGIAN / MASATAJUK/AKTIVITIFOKUS PEMBELAJARAN/BUTIR MENGAJARORGANISASI/ PENGELOLAANSTRATEGI/CATATANPERMULAAN(5 MINIT)· Rebut Bolaü Berlari bebas dan merebut bola.ü Masuk ke dalamGelung bila dapat bola.§ Aktiviti regangan dan kelonggaranü Kakiü Pinggangü Bahuü Kepala· Berlari atas hujung kaki.· Memegang bola dengan dua belah tangan.· Lompat dengan sebelah atau dua belah kaki kedalam gelung.Contoh:• Angkat sebelah kaki, lakukan rotasi ikut arah jam dalam 12 kiraan (Kaki)• Tangan cekak pinggang, lentikan badan kesisi dalam 10 ulangan (Pinggang).· Arahan· Tunjuk caraPERKEMBANGAN P&P(12 MINIT)1. Menghantar dan menerima bola dua belah tangan.· Statik( Jarak 5 m) ( Berpasangan ) 2. Menghantar dan Menerima bola dengan dua belah tangan sambil bergerak pada jarak 5 m. ( Berpasangan ) 3. Menghantar dan menerima bola dengan sebelah belah tangan. Statik, jarak 5 m ( Berpasangan ) 4. Menghantar dan Menerima bola dengan sebelah belah tangan sambil bergerak, ( Berpasangan )· Ulang 8 kali.Hantaran:· Pegang bola dengan sebelah tangan atas bahu.· Berdiri dengan sebelah kaki kehadapan.· Hantar bola menuju pasangan ikut lajak.· Penghantar statik· Ulang 8 kaliMeyambut:· Berdiri dengan sebelah kaki ke hadapan.· Hulurkan kedua belah tangan kehadapan.· Sambut bola dan serap ke dada· Penerima bergerak kehadapan atau kesisi· Ulang 8 kali Meyambut:• Berdiri dengan sebelah kaki ke hadapan.• Hulurkan sebelah tangan dengan tapak tangan hadap ke atas.• Sambut bola dan serap ke dada.• Penerima bergerak kehadapan atau kesisi.X XX X· Tunjuk cara· BerpasanganKEMUNCAK(8 MINIT) Permainan Tuju skitel• Hantarkan bola kepada rakan sebelum menjatuhkan skitel• Tujukan bola ke arah skitel pada jarak 5 meter.· Satu mata diberi setiap kali skitel dijatuhkan.· Pasukan yang menjatuhkan skitel paling banyak dikira pemenang.· Tunjuk cara· IntrapersonalPENUTUP(5 MINIT)• Gerak Kendurü Aktiviti regangan dan kelonggaran Contoh: · Membesar dan Mengecilkan badan· Rumusan

TRANSCRIPT

Page 1: Enam Tunjang Dikenal Pasti Mewakili Bidang Ilmu

Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.

Tunjang Komunikasi

Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul.

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.

Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

Page 2: Enam Tunjang Dikenal Pasti Mewakili Bidang Ilmu

Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

Tunjang Keterampilan Diri

Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:

• pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik

• pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik

• pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Page 3: Enam Tunjang Dikenal Pasti Mewakili Bidang Ilmu

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.