enam isu wajib difahami dengan betul

9
Enam isu wajib difahami dengan betul HARAKAHDAILY | 14 September 2015. SAYA terpanggil untuk menulis beberapa isu yang menjadi persoalan dalam kalangan ahli dan penyokong PAS khususnya apabila berdepan dengan beberapa dakwaan yang dilihat sengaja menyembunyikan fakta yang sebenar. Barangkali tulisan ini kurang lengkap atau mengandungi fakta yang kurang tepat, para pembaca boleh membuat penilaian dan pembetulan jika perlu. Yang pasti, tulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri dalam parti dan kerajaan. Walaupun tidak sebagai seorang yang penting, namun ia cukup untuk mengajar saya berfikir dan meneliti fakta-fakta secara adil sebelum bertindak menyatakan sokongan atau bantahan. 1. KEMENANGAN DAN KEREDHAAN ALLAH 1.1: Selaku seorang mukmin yang betul akidahnya akan mengerti dan memahami bahawa matlamat hidup adalah untuk memperoleh keredhaan Allah. Bagi orang yang ditarbiyyah dan dididik dalam sesuatu jamaah atau gerakan Islam tentunya tidak akan mempertikaikan bahawa matlamat asas perjuangannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah. 1.2: Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai sebuah jemaah Islam dan parti politik telah meletakkan dasarnya yang selari dengan matlamat memperoleh keredhaan Allah, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan PAS Fasal 5; Tujuan PAS ialah; “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.” 1.3: Jika diamati dan difahami apa yang terkandung dalam Fasal 5 tersebut, bagi mancapai matlamat tertegaknya hukum Islam di negeri dan negara tentunya melalui kuasa pemerintahan. Realiti di negara kita Malaysia, kuasa pemerintahan ditegakkan melalui sistem demokrasi secara pilihan raya. Oleh itu PAS terpaksa memilih saluran ini. Dari aspek hukum dan keharusan perjuangan melalui parti politik, menyertai pilihan raya dan pengundian sudah pun dibahas dan Enam isu wajib difahami dengan betul http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/37393-... 1 of 9 9/14/15, 9:47 PM

Upload: zakri-zakaria

Post on 04-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Islam

TRANSCRIPT

Page 1: Enam Isu Wajib Difahami Dengan Betul

Enam isu wajib difahami dengan betulHARAKAHDAILY | 14 September 2015.

SAYA terpanggil untuk menulis beberapa isu yang menjadi persoalan dalam kalangan ahli danpenyokong PAS khususnya apabila berdepan dengan beberapa dakwaan yang dilihat sengajamenyembunyikan fakta yang sebenar.

Barangkali tulisan ini kurang lengkap atau mengandungi fakta yang kurang tepat, para pembacaboleh membuat penilaian dan pembetulan jika perlu. Yang pasti, tulisan ini adalah berdasarkanpemerhatian dan pengalaman saya sendiri dalam parti dan kerajaan. Walaupun tidak sebagaiseorang yang penting, namun ia cukup untuk mengajar saya berfikir dan meneliti fakta-faktasecara adil sebelum bertindak menyatakan sokongan atau bantahan.

1. KEMENANGAN DAN KEREDHAAN ALLAH

1.1: Selaku seorang mukmin yang betul akidahnya akan mengerti dan memahami bahawamatlamat hidup adalah untuk memperoleh keredhaan Allah. Bagi orang yang ditarbiyyah dandididik dalam sesuatu jamaah atau gerakan Islam tentunya tidak akan mempertikaikan bahawamatlamat asas perjuangannya adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah.

1.2: Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai sebuah jemaah Islam dan parti politik telah meletakkandasarnya yang selari dengan matlamat memperoleh keredhaan Allah, sebagaimana termaktubdalam Perlembagaan PAS Fasal 5; Tujuan PAS ialah; “Memperjuangkan wujudnya di dalamnegara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidupIslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah.”

1.3: Jika diamati dan difahami apa yang terkandung dalam Fasal 5 tersebut, bagi mancapaimatlamat tertegaknya hukum Islam di negeri dan negara tentunya melalui kuasa pemerintahan.Realiti di negara kita Malaysia, kuasa pemerintahan ditegakkan melalui sistem demokrasi secarapilihan raya. Oleh itu PAS terpaksa memilih saluran ini. Dari aspek hukum dan keharusanperjuangan melalui parti politik, menyertai pilihan raya dan pengundian sudah pun dibahas dan

Enam isu wajib difahami dengan betul http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/37393-...

1 of 9 9/14/15, 9:47 PM

Page 2: Enam Isu Wajib Difahami Dengan Betul

diselesaikan oleh para ulama muktabar muta’akhhirin , dan tidak menjadi persoalan besar untukdipolemikkan.

1.4: Dalam perjuangan untuk mencapai kemenangan, tentunya PAS selaku parti Islam terikatdengan hukum dan syariat. Kemenangan dan kejayaan adalah matlamat PAS, namun matlamatyang lebih utama ialah keredhaan Allah. Kemenangan dan kejayaan hendaklah datang seiringandengan keredhaan Allah. Ini bermakna, sesuatu kejayaan yang dicapai tanpa keredhaan Allah tidakakan membawa makna dalam perjuangan PAS dan ia bercanggah dengan perlembagaan PAS. Jikadiberi pilihan antara kejayaan yang segera tetapi tidak mendapat keredhaan Allah, dengankejayaan yang tertangguh, namun mendapat keredhaan Allah, tentunya PAS memilih jalan yangkedua. Inlah wajah sebenar sebuah parti Islam.

1.5: Pandangan inilah yang tidak difahami dan mahu dimengerti oleh pemikiran sekular. Bagimereka, kemenangan adalah segala-galanya tanpa mengisi dalam kamus perjuangan denganistilah-istilah seperti “redha Allah”, “barakah”, “pertolongan Allah” dan seumpamanya. Sebabitulah mutakhir ini kedengaran cemuhan dan sindiran terhadap PAS seperti “PAS bukannya nakmenang pilihan raya, dia nak keredhaan Allah sahaja”.

1.6: Bagi menjamin setiap tindakan berlaku di atas landasan syariat dan hukum, PAS mewujudkan“Majlis Syura Ulamak”. Kuasa dan peranan majlis ini ialah sebagaimana di dalam Fasal 7 (3) (b)Perlembagaan PAS;

“Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan olehmana-mana pihak atau badan dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar danketetapan serta kehendak-kehendak dalam perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan danpentadbiran PAS”.

2. TAHALUF SIYASI

2.1: Perjuangan untuk mencapai kemenangan melalui sistem pilihan raya hendaklah dilihat secarawaqi’ oleh PAS khususnya negara ini yang mengandungi rakyat berbilang bangsa dan agama. Satujalinan kerjasama perlu diwujudkan dengan parti-parti lain, termasuk parti bukan Islam. Namunprinsip dan hukum syariat tidak boleh ditolak ansur. Kerjasama boleh berlaku, tetapi mesti melaluikaedah-kaedah yang dibenarkan dan pernah diterokai dalam perjuangan Islam terdahulu. Darisinilah terbitnya istilah Tahaluf Siyasi.

2.2: Menurut rekod, Majlis Syura Ulamak telah diberikan peranan dalam pembentukan TahalufSiyasi ini. Setelah merujuk kepada kaedah-kaedah dalam Usul al-Fiqh dan Qawa`id Fiqhiyyah,terbentuklah Tahaluf Siyasi dengan menggariskan enam prinsip atau syarat yang perlu dipatuhioleh pihak lain yang ingin menjalinkan kerjasama dengan PAS.

Ini bermakna, selagi enam prinsip ini tidak dicerobohi dan masih berlaku dalam ruang yangdimaafkan, Tahaluf siyasi boleh diteruskan. Maka berjalanlah persefahaman dan kerjasama PASdengan parti-parti politik yang lain khususnya PKR dan DAP dalam satu ikatan yang dipanggilPakatan Rakyat. Enam prinsip dalam Tahaluf Siyasi tersebut sentiasa menjadi panduan dansemakan dari masa ke masa oleh Majlis Syura Ulamak. Jika pencerohohan yang ketara dilakukanoleh rakan kerjasama terhadap PAS, sehingga tidak diharuskan oleh pandangan syarak, makaTahaluf Siyasi akan terbatal.

Enam isu wajib difahami dengan betul http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/37393-...

2 of 9 9/14/15, 9:47 PM

Page 3: Enam Isu Wajib Difahami Dengan Betul

2.3: Ikatan persefahaman melalui Tahaluf Siyasi ini membawa matlamat yang sama antaraparti-parti pembangkang, iaitu menumbangkan parti pemerintah negara. Merombak ikatan initentunya mendatangkan kerugian dan merugikan PAS sendiri, namun kompromi dan tolak ansurdalam Islam ada batas hukum dan sempadan syariat. Memperoleh kemenangan, tetapi dalam masayang sama mengundang kemurkaan Allah, tidak memberi makna bagi PAS. Inilah yang tidakdifahami oleh pemikiran sekular serta golongan yang terlalu ghairah mengejar kemenangan.

Penulis sendiri secara peribadi telah diminta oleh Almarhum Ustaz Wan Jamil Wan Mahmoodpada tahun 2008 untuk menulis kertas kerja bertajuk Tahaluf Siyasi ini selepas pilihan raya umumpada tahun tersebut sebagai satu bahan untuk kursus Tamrin Sahifah Madinah bagi seluruh jenteraparti di negeri Kelantan.

3. BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU

3.1: Setiap parti dalam Pakatan Rakyat mempunyai dasar, matlamat dan falsafah perjuanganmasing-masing. Namun di sana ada satu tujuan yang serupa iaitu menegakkan keadilan sertamenentang pelbagai penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh parti pemerintah dengan caramenumbangkannya dalam pilihan raya. Penyelarasan usaha dan kerja antara parti-parti dalamPakatan Rakyat boleh diselaraskan demi mencapai tujuan tersebut.

Dalam masa yang sama parti-parti boleh menjalankan tindakan dan pelaksanaan ke arah mencapaimatlamat dan misi masing-masing, yang mungkin tidak berlaku kesepakatan dan persetujuanantara satu sama lain.

Bagi menyelesaikan masalah ini, sebelum PRU13, parti-parti dalam Pakatan Rakyat telahmenandatangani satu dokumen setebal 20 halaman, bersetuju untuk setiap parti menegakkan visidan misi masing-masing. Di sinilah terbitnya istilah “agree to disagree” (bersetuju untuk tidakbersetuju). Sesebuah parti dalam komponen Pakatan Rakyat boleh tidak bersetuju denganpelaksanaan yang akan dibuat oleh rakan komponennya, tetapi tidak boleh menghalang ataumembuat apa-apa tindakan ke arah menggagalkannya.

3.2: Hasil dari persetujuan “agree to disagree” PAS telah bertindak ke atas perkara ataupelaksanaan parti lain dalam Pakatan Rakyat. Contohnya;

3.2.1: Pilihan raya Kerajaan Tempatan di Pulau PinangKerajaan DAP Pulau Pinang telah berusaha untuk melaksanakan Pilihan Raya Kerajaan Tempatan.PAS telah membantah hasrat DAP itu atas alasan ia boleh melebarkan lagi polarisasi kaum sertasosio ekonomi antara masyarakat bandar dan luar bandar. Namun DAP terus bertekad sehinggamemfailkan satu petisyen di Mahkamah Persekutuan untuk mencari remedi undang-undang bagimengembalikan pilihanraya Kerajaan Tempatan.

PAS membantah usaha DAP tersebut, namun tidak menghalang untuk menggagalkannya keranamematuhi prinsip agree to disagree.

3.2.2: Langkah Kajang

Kerajaan PKR Selangor mengadakan “Langkah Kajang” dengan cara mengosongkan satu kerusiDun di Selangor dan bercadang untuk digantikan dengan Ketua Umum PKR. Perkiraan dari segiuntung-rugi politik jika diadakan pilihan raya semula di Kajang, antara PKR dan PAS tidak sama.

Enam isu wajib difahami dengan betul http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/37393-...

3 of 9 9/14/15, 9:47 PM

Page 4: Enam Isu Wajib Difahami Dengan Betul

PAS mengira langkah tersebut memberi kesan negatif, sedangkan PKR berpandangan sebaliknya.

Namun, apabila kerusi Kajang dikosongkan, Ketua Umum PKR dihalang oleh perundangandaripada menjadi calon pilihan raya, menyebabkan tempat tersebut diganti oleh Presiden PKR.Walau bagaimanapun bantahan PAS hanya setakat “agree to disagree” di mana PAS turut bersamadalam usaha memenangkan calon PKR dalam pilihan raya kecil Kajang.

Dalam isu perlantikan Menteri Besar Selangor, apabila PAS diminta oleh pihak Istana mencadangnama calon Menteri Besar, PAS mengemukakan tiga nama, sesuai dengan titah Istana yangmahukan lebih daripada dua nama, tidak sebagaimana PKR yang hanya mengemukakan satu namasahaja, iaituPresiden PKR. PAS bertindak demikian adalah disebabkan dua perkara;

i. Istana telah menolak cadangan PKR yang mengemukakan nama Presidennya sebagai calonMenteri Besar. Adalah tidak bijak jika PAS turut membuat cadangan yang sama, yangkesudahannya akan ditolak.

ii. Presiden PKR ialah seorang wanita. Setakat ini PAS, melalui pandangan Majlis Syura Ulamakhanya membenarkan wanita menduduki jawatan pada tahap (wilayah khassah) seperti menteri atauEXCO Kerajaan. Sementara jawatan Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri, iamerupakan jawatan di tahap (wilayah ammah) dan bercanggah dengan keputusan Majlis SyuraUlamak. Percanggahan PAS dengan PKR dalam isu ini masih berlaku dalam ruang “agree todisagree”.

4. ISU HUDUD

4.1: Kerajaan PAS Kelantan telah meluluskan Rang Kanun Jenayah Syariah II (hudud) pada tahun1993, sebelum wujudnya Pakatan Rakyat. Namun undang-undang tersebut tidak dapatdilaksanakan atas halangan kuasa Parlimen yang mengatasinya.

4.2: Selepas PRU13, Kerajaan Kelantan telah membawa satu Pindaan Enakmen Kanun JenayahSyariah II (1993) 2015 yang mengandungi hukum hudud di persidangan Dewan Negeri Kelantandan diluluskan pada 18 Mac 2015.

4.3: Usaha Kerajaan PAS Kelantan mengkanunkan enakmen tersebut adalah sebahagian daripadausaha melaksanakan dasar parti iaitu mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yangterlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah,sebagaimana terkandung dalam Fasal 5 Perlembagaan PAS.

4.4: Usaha PAS ini mendapat bantahan dari PKR dan DAP, namun PAS menganggap bantahantersebut adalah satu kebiasaan, berlaku dalam ruang “agree to disagree”. PKR dan DAP bolehtidak bersetuju, tetapi tidak boleh bertindak menghalang dan menentang sebagaimana sikap dantindakan PAS terhadap isu Pilihan Raya Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang dan isu LangkahKajang.

4.5: Namun DAP bertindak melebihi sempadan apabila melihat kepada kenyataan parapemimpinnya;i. Pengerusi Biro Undang-Undang DAP, Gobind Singh Deo; Kata Dua Untuk Pas: Pas bukan lagisebahagian ahli komponen PR jika bertegas bentang rang undang-undang hudud di sidang Dun

Enam isu wajib difahami dengan betul http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/37393-...

4 of 9 9/14/15, 9:47 PM

Page 5: Enam Isu Wajib Difahami Dengan Betul

Kelantan 18 Mac ini. - Sinar Harian, 23 Feb 2015.ii. Setiausaha organisasi DAP, Anthony Loke;Sila Keluar Pakatan; Tindakan Pas Kelantan mahu laksana hudud dianggap cabuli muafakat PR.Sekiranya PAS bertegas untuk buat keputusan dan ambil tindakan yang tidak konsensus dalamPakatan Rakyat, maka langkah yang paling terhormat dan sewajarnya untuk PAS ialah berundurdari Pakatan Rakyat. - Sinar Harian, 26 April 2014iii. Ahli Jawatankuasa DAP Pusat, Datuk Teng Chang Khim; PAS boleh meninggalkan gabunganpembangkang kerana isu hudud tidak termasuk dalam kerangka PR. - FMT News , 15 Mei 2015

4.6: Yang dikesali ialah sikap umat Islam termasuk segelintir ahli PAS yang tidak merasa sensitifdengan tindakan DAP, sebaliknya meletakkan kesalahan ke atas bahu pemimpin PAS yangkononnya tidak menyantuni DAP dengan sewajarnya. Tuduhan yang mengatakan PAS tidakpernah menjelaskan hasrat pelaksanaan hudud kepada DAP adalah tidak berasas.

Merujuk kepada akhbar Sinar Harian bertarikh 30 April 2014: DAP berpuas hati denganpenjelasan Pas dan Kerajaan Kelantan mengenai cadangan untuk melaksanakan hudud di negeriitu. Bagaimana pun Pengarah Pendidikan Politik DAP, Liew Chin Tong berkata, hudud tetap isuberasingan dan bukan agenda PR. “Walau pun isu hudud isu persendirian Pas, kami akan cuba caripersefahaman dalam perkara ini.” ujarnya selepas menyertai Mesyuarat Setiausaha Agung PR diPejabat Agung Pas, di sini semalam. (https://www.youtube.com/watch?v=tSPM-9NVVHE)

4.7: Sesetengah ilmuwan atau ahli akademik juga keliru ketika menghurai pelaksanaan hudud diKelantan. Mereka tidak dapat membezakan antara usaha mengkanunkan enakmen denganpelaksanaan hukum. Pendapat yang menyatakan hudud tidak dapat dilaksanakan dalam keadaanmasyarakat yang tidak kondusif boleh diterima, dalam ertikata hukuman, seperti hukuman potongtangan tidak dilaksanakan di zaman Khalifah `Umar al-Khatab akibat kemarau.

Barangkali inilah makna kondusif, suasana kemarau yang menyulitkan umat Islam mencarimakanan dianggap sebagai suasana yang tidak kondusif. Maka Khlaifah menangguhkan hukumantersebut. Namun undang-undang hudud masih termaktub dan dikanunkan sebagai undang-undangnegara. Cuma hukumannya tidak dapat disempurnakan. Inilah yang sebenarnya diperjuangkanoleh PAS di Kelantan.

Kanun Jenayah Syariah perlu diangkat sebagai undang-undang, supaya ia mempunyai kuasa untukmenghukum. Namun semasa hukuman hendak dijalankan, suasana kondusif atau tidak diambilkira. Para ulamak dalam PAS bukanlah bebal tidak berilmu, untuk menghukum pesalah secaramembuta tuli tanpa membuat perkiraan sebagaimana yang disebut oleh para ilmuwan dan ahliakademik itu. Seolah-olah Dewan Ulamak PAS hanya mengerti Islam secara teori, jumud,konservatif, tidak memahami waqi’ umpama lebai kampung yang hanya tahu bertahlil danbertalqin.

4.8: Memahami realiti dan mempertimbangkan suasana kondusif inilah, PAS telah mengambilinisiatif untuk kemukakan private bill di Parlimen bagi meminda Akta 355 yang diperuntukkankepada mahkamah syariah. Ia merupakan usaha pendahuluan atau langkah mula bagimemperkenalkan hukuman Islam kepada masyarakat.

Terkandung dalam Akta 355 ini ialah kuasa Mahkamah Syariah yang boleh menjatuhkan hukumanpenjara tidak melebihi 3 tahun, denda tidak melebih RM5,000 dan sebatan tidak melebihi 6 kali.Jika parlimen meluluskan pindaan tersebut, sekurang-kurangnya mahkamah syariah dapat

Enam isu wajib difahami dengan betul http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/37393-...

5 of 9 9/14/15, 9:47 PM

Page 6: Enam Isu Wajib Difahami Dengan Betul

melaksanakan hukuman yang melibatkan sebatan, iaitu bagi kes zina ghair muhsan, minum arakdan qazaf.

Juga boleh dilaksanakan hukuman diat dan takzir. Hukuman berupa sebatan, penjara dan dendasudah pun terlaksana di bawah bidang kuasa mahkamah syariah buat masa ini, dan tidak asingkepada masyarakat. Cuma pindaan ini akan memberi kuasa untuk menambah bilangan sebatan,jumlah denda dan penjara supaya ia dapat disesuaikan dengan kehendak hukum syarak.

Hukuman potong tangan pencuri dan rejam yang dikira asing bagi masyarakat, buat masa iniditangguhkan, dan tidak terkandung dalam pindaan Akta 355. hukuman tersebut mengkin menjadikejutan dan dilihat berat di sisi masyarakat Islam. Sementara menunggu saat dan ketika yangkondusif, PAS mengemukakan hukuman-hukuman yang lebih ringan dan mudah diterima melaluipindaan Akta 355 terlebih dahulu. Melakukan sesuatu yang mudah dahulu, sementara menunggupenerimaan yang lebih berat adalah berasaskan kepada kaedah; “Sesuatu yang tidak diperolehsemua, jangan tinggalkan semua"

Ini menunjukkan PAS memahami aspek kondusif. Pelaksanaan hukum hudud melalui pindaan inidikira sebagai langkah awal bagi memperkenalkan hukuman Islam kepada masyarakat, agarmereka dapat menyaksikan keindahannya. Sebagai orang mukmin, tentunya beriman denganistilah barakah, rahmat, pertolongan Allah dan seumpamanya, yang dijanji oleh Allah apabilaorang mukmin melaksanakan perintah-Nya.

Langkah mula pelaksanaan beberapa hukuman melalui pindaan Akta 355 ini diyakini bolehmenjadi pembuka pintu ke arah memperoleh (cegahan dari Allah) yang dijanjikan-Nya, dalamsuasana jenayah dan gejala sosial yang tidak terkawal mutakhir ini di negara kita. Inilah akidahPAS yang tidak dimengerti oleh orang-orang bukan Islam, golongan sekular dan mereka yangterbuai lena dengan janji untuk mencapai kemenangan tanpa keredhaan Allah.

5. PAS DAN DAP5.1: Sebagaimana yang disebut terdahulu, hubungan PAS dan DAP dibina melalui kaedah TahalufSiyasi. Majlis Syura Ulamak PAS telah menggariskan enam prinsip sebagai kayu pengukur danpanduan dalam setiap gerak kerja dan tindakan, agar ia tidak terkeluar daripada garisan hukumsyarak.

5.2: Tahaluf Siyasi terus berjalan. Di sepanjang hubungan dan kerjasama antara parti-partikomponen dalam Pakatan Rakyat, wujud beberapa pergeseran antara PAS dan DAP. NamunTahaluf Siyasi masih boleh diteruskan selagi enam prinsip tersebut tidak dilanggari secara ketaradan masih boleh dimaafkan. PAS amat menghormati perjanjian bersama dalam Pakatan Rakyatuntuk agree to disagree.

5.3: PAS sentiasa memerhati tindakan dan geraklaku rakan dalam PR khususnya DAP, danmerujuk kepada Majlis Syura Ulamak untuk menentukan sama ada Tahaluf Siyasi ini masih sahatau terbatal. Kini PAS telah membuat keputusan untuk membatalkan Tahaluf Siyasi dengan DAP,apabila usul ini dikemukakan oleh Dewan Ulamak Pusat dalam muktamar ke-61, untuk dikaji dandiputuskan oleh Majlis Syura Ulamak.

5.4: Tindakan membatalkan Tahaluf Siyasi adalah berdasarkan kepada beberapa faktor;

5.4.1: Sikap dan tindakan DAP yang telah melampaui batas agree to disagree sebagaimana yang

Enam isu wajib difahami dengan betul http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/37393-...

6 of 9 9/14/15, 9:47 PM

Page 7: Enam Isu Wajib Difahami Dengan Betul

disebutkan terdahulu dalam para 4.5 di atas.

5.4.2: DAP telah menunjukkan tanda-tanda awal untuk menyisihkan PAS dalam Pakatan Rakyatdan terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan PAS.Contohnya;a. DAP telah memutuskan hubungan dengan Presiden PASb. DAP Sarawak dan Sabah memutuskan hubungan dengan PAS negeri-negeri tersebut.c. Ucapan-ucapan pemimpin tertinggi DAP yang difahami memberi isyarat agar Presiden PAS dangolongan ulamak disingkirkan. DAP gesa PAS singkirkan ulamak kalau nak ke Putrajaya(Tranungkite, 9 Mac 2015)d. Tindakan DAP mencampuri urusan pemilihan pimpinan PAS dan hubungannya denganPASMA.e. Kebimbangan PAS terhadap sikap agresif DAP yang semakin ketara dan merbahaya dalammencabar dan menentang pelaksanaan Islam. Contohnyai. Pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham; DAP mahu umat Islam hormati hak untuk murtad (TheMalaysian Insider; 12 Julai 2014)ii. Ahli Parlimen DAP, Oscar Ling, Sekolah agama turut menjadi punca pemisahan kaum (Watan-Online)iii. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; DAP memberi amaran kepada kepimpinan PR supayabertegas untuk tidak melaksanakan hudud di negara ini jika gabungan parti pembangkang itumerampas Putrajaya pada PRU14 nanti (Sinar Harian)iv. Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke; GHB perlu rujuk DAP dulu jika mahuteruskan agenda hudud (AntaraPos; 15 Julai 2015)

6. TOK GURU NIK AZIZ DAN PIMPINAN PAS KINI

6.1: Pihak yang tidak bersetuju dengan pembatalan Tahaluf Siyasi antara PAS dan DAP termasukdari kalangan ahli dan pemimpin PAS sendiri telah menyalahkan pimpinan kini yang diterajui olehpresiden. Tuduhannya ialah kerana pimpinan kini terutama Presiden PAS telah gagal menyantuniDAP secara bijaksana sebagaimana yang telah dilakukan oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz,menyebabkan ikatan dengan DAP terlerai dan menggagalkan misi PR ke Putrajaya. Jika Tok Gurumasih hidup tentunya DAP masih bersama PAS.

6.2: Hujah yang dikemukakan adalah berdasarkan kepada pemerhatian kepada peristiwa-peristiwayang menunjukkan hubungan baik Tok Guru dengan para pemimpin DAP. Dikemukakan gambar-gambar Tok Guru makan sekali dengan pemimpin DAP, bersalaman, berbual mesra dan gambarTok Guru Nik Aziz memotong kek hari jadi mendiang Karpal Singh. Tidak kurang juga denganbukti-bukti sambutan dan orang-orang bukan Islam yang sangat menghormati dan menyayangiTok Guru. Kesimpulannya Tok Guru Nik Aziz bijak berinteraksi dengan pimpinan DAP, tidaksepertimana Tok Guru Presiden.

6.3: Persoalan pokok yang menatijahkan terlerainya ikatan DAP dan PAS bukan masalahhubungan baik. Cuba selidiki dan perhalusi, titik pemisahnya ialah isu hudud, apabila DAPmenentang Rang Undang-Undang Pindaan yang dibawa dan diluluskan di Dewan Negeri Kelantanserta private bill untuk pindaan Akta 355 di bawa ke Parlimen, sebagaimana yang dibincangkan dipara 4 di atas.

6.4: Dalam isu hudud, Tok Guru Nik Aziz lebih tegas dan Presiden hanya selaku penyambunghasrat dan kerja Almarhum. Ketegasan Almarhum Tok Guru tidak berganjak sejak beliau masih di

Enam isu wajib difahami dengan betul http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/37393-...

7 of 9 9/14/15, 9:47 PM

Page 8: Enam Isu Wajib Difahami Dengan Betul

kerusi Menteri Besar lagi. Contohnya sepertimana dilaporkan dalam Sinar Harian bertarikh 23September 2011; Jangan Halang PAS – Nik Aziz: Tetap mahu laksana hudud sekali pun DAPmahu keluar PR.

Almarhum Tok Guru sudah membayangkan dari awal lagi, bahawa sampai kepada satu tahap, PASmungkin akan berpisah dengan DAP, apabila DAP bertegas menghalang perjuangan PAS.Persoalannya, adakah Tok Guru berubah haluan dan sikap selepas tidak menjadi Menteri Besar,membatalkan hasrat pelaksanaan hudud demi menjaga hati DAP?

Hasrat Almarhum Tok Guru yang sangat inginkan hudud terlaksana di Kelantan boleh dilihatapabila bersetuju mengadakan sedikit rundingan dengan pihak Kerajaan Persekutuan. Rujukkepada Akhbar Sinar Harian bertarikh 30 April 2014; Tok Guru setuju: Mursyidul Am PAS, DatukNik Aziz sambut baik cadangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasinmenubuhkan jawatankuasa teknikal hudud di peringkat Kebangsaan.

Tetapi malangnya, apabila pimpinan PAS melanjutkan usaha atas persetujuan Tok Guru ini untukberunding dengan pimpinan Kerajaan Persekutuan ke arah menjayakan pelaksanaan hududdituduh usaha ke arah pembentukan UG.

Tok Guru sudah menyedari wujudnya penentangan dari rakan parti dalam Pakatan Rakyat, namunbeliau sangat optimis dengan usaha Kerajaan PAS Kelantan. Sinar Harian bertarikh 12 April 2014melaporkan; Tok Guru Yakin: Walau pun ditentang hebat rakan sekutunya, Mursyidul Am Pasyakin DAP dan PKR akan akur dengan cadangan Kerajaan Kelantan untuk laksanakan hukumhudud di negeri ini.

6.5: Selepas meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan, Almarhum Tok Guru bertugassebagai penasihat atau Murabbi Ummah, di Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), berpejabat diKompleks Kota Darulnaim, sehingga beliau kembali ke Rahmatullah. Selaku Mursyidul Am, halehwal politik PAS berjalan di bawah kehendak beliau. Tuan Guru Presiden dan pimpinan PASserta pimpinan-pimpinan Kerajaan Kelantan sering mengunjungi beliau di Pejabat IPTG, melapordan membincang permasalahan politik serta perjalanan kerajaan Kelantan termasuk usahapelaksanaan hudud.

6.6: Menuduh pembawaan dan tindakan Tok Guru Presiden telah menyimpang dari kehendak TokGuru Nik Aziz adalah tuduhan yang tidak berasas. Contohnya dalam isu Langkah Kajang ketikamenamakan calon Menteri Besar Selangor. Sinar Harian bertarikh 19 Ogos 2014 melaporkan; NikAziz sokong Pas Pusat; Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz menyokong keputusan yang dibuatoleh Jawatankuasa Pas Pusat yang menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail danMohamed Azmin Ali sebagai calon Menteri Besar Selangor.

6.7: Tuduhan juga dibuat terhadap Ketua Pemuda PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, yangmerupakan anak kepada Tok Guru Nik Aziz, kononnya tindakan dan kenyataan Nik Abduhbercanggah dengan kehendak ayahnya. Bagi menjawab tuduhan ini, sila rujuk kepada akhbar SinarHarian bertarikh 9 Oktober 2014; Nik Aziz sokong pandangan anak: Mursyidul Am Pas, DatukNik Abdul Aziz Nik Mat menyokong pandangan anaknya, Nik Abduh yang mengeluarkanbeberapa kenyataan kontroversi termasuk isu berkaitan dalaman Pas dan PR.

6.8: Kesimpulannya, pandangan yang menyatakan bahawa pimpinan PAS kini telah menyimpangdari hasrat dan cara yang telah dibawa oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz adalah tidak berasas

Enam isu wajib difahami dengan betul http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/37393-...

8 of 9 9/14/15, 9:47 PM

Page 9: Enam Isu Wajib Difahami Dengan Betul

dan berupa andaian yang mempunyai niat dan tujuan tertentu. Usaha menjarakkan Almarhum TokGuru dengan apa yang dibawa oleh pimpinan PAS kini khususnya Tok Guru Presiden, dipercayasatu usaha untuk menunjukkan kepada masyarakat khususnya para ahli dan penyokong PAS,bahawa pimpinan PAS kini telah membawa PAS jauh tersasar daripada perjuangan sebenar dansudah tidak relevan lagi. Akhirnya ia menghalalkan tindakan keluar dari PAS dan menubuhkanparti baru.

PENUTUP

Enam persoalan yang utama yang saya nukilkan di atas adalah merupakan kata kuncI kepadakemelut yang sedang berlaku di dalam komponen Pakatan Rakyat khususnya melibatkanhubungan di antara PAS dan DAP. Semoga ia menjadi pencerahan kepada ahli-ahli PAS dan jugapara penyokong untuk mereka memahami kedudukan isu yang sebenar dan tidak terpengaruhdengan maklumat-maklumat separuh masak yang berlegar terutama yang berniat jahat danmenjatuhkan kredebiliti PAS selaku parti Islam di negara ini. – HARAKAHDAILY 14/9/2015

Ahmad Fadhli Shaari ialah Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan dan Ketua PeneranganDewan Pemuda PAS Malaysia.

| Print |

Enam isu wajib difahami dengan betul http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/37393-...

9 of 9 9/14/15, 9:47 PM