emp report bertam latest1

53
RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN 1 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd BAB 1 PENDAHULUAN 1.0 Pengenalan Projek RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN adalah salah projek yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia yang bertujuan menaiktaraf serta melebarkan sungai Bertam yang terletak di Lembah Bertam, Ringlet, Cameron Highlands,Pahang Darul Makmur. Projek ini melibatkan tanah rezab sungai serta lot persendirian yang berkeluasan 168,200 m2. Secara am nya, projek menaiktaraf sungai ini adalah terletak di Daerah Ringlet, Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur (Rajah 1: Pelan Lokasi Tapak) yang merangkumi tebing Sungai Bertam sepanjang 2000m. Tapak projek dianggarkan terletak sejauh 2km daripada Pekan Ringlet dan 14km dari pekan Tanah Rata dan 20km dari pekan Brinchang. Sungai Bertam terletak di tengah-tengah pekan pekan kecil Lembah Bertam dan purata penduduk adalah tidak lebih daripada sepuluh ribu orang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pekan Lembah Bertam adalah sebuah pekan yang kecil dimana kebanyakkan penduduknya menjalankan aktiviti pertanian dan perniagaan kecil-kecilan. Pekan tersebut juga lengkap dengan kemudahan awam seperti sekolah, balai polis, hotel,dewan serbaguna ,restoran dan pelbagai lagi.

Upload: aliff-ezwan-zainor-rahim

Post on 10-Jul-2016

104 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Report on Environmental Management Plan

TRANSCRIPT

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

1 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

BAB 1

PENDAHULUAN

1.0 Pengenalan Projek

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK

MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN adalah salah

projek yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia yang bertujuan

menaiktaraf serta melebarkan sungai Bertam yang terletak di Lembah Bertam, Ringlet,

Cameron Highlands,Pahang Darul Makmur. Projek ini melibatkan tanah rezab sungai serta lot

persendirian yang berkeluasan 168,200 m2.

Secara am nya, projek menaiktaraf sungai ini adalah terletak di Daerah Ringlet, Cameron

Highlands, Pahang Darul Makmur (Rajah 1: Pelan Lokasi Tapak) yang merangkumi tebing

Sungai Bertam sepanjang 2000m. Tapak projek dianggarkan terletak sejauh 2km daripada

Pekan Ringlet dan 14km dari pekan Tanah Rata dan 20km dari pekan Brinchang. Sungai

Bertam terletak di tengah-tengah pekan pekan kecil Lembah Bertam dan purata penduduk

adalah tidak lebih daripada sepuluh ribu orang yang terdiri daripada pelbagai kaum. Pekan

Lembah Bertam adalah sebuah pekan yang kecil dimana kebanyakkan penduduknya

menjalankan aktiviti pertanian dan perniagaan kecil-kecilan. Pekan tersebut juga lengkap

dengan kemudahan awam seperti sekolah, balai polis, hotel,dewan serbaguna ,restoran dan

pelbagai lagi.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

2 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Rajah 1.1 : Lokasi Tapak

1.1 Tajuk Projek

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK

MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN.

1.2 Maklumat Projek

Pengarah Projek

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PAHANG

Tingkat 8, Kompleks Tun Razak (KOMTUR),

Bandar Indera Mahkota,

25626, Kuantan,

Pahang Darul Makmur

Tel : 09-573 3966 Fax: 609-573 3440/2976

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

3 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Wakil Pengarah Projek

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Taman Sedia, Tanah Rata

Cameron Highlands,

Pahang Darul Makmur

Te: 05-491 5144 Fax : 05-491 5613

Kontraktor

JUTABINA SEMPURNA SDN BHD

9A, Jalan Sulaiman 3,

Taman Putra Sulaiman,

Ampang, 68000, Ampang,

Selangor

Tel : 03-4252 32394 Fax: 03-4270.6914

Perunding Alam Sekitar

PERUNDING TEKNIK PADU SDN BHD

Lot 1882, Tingkat 1, Hilir Market,

Jalan Tok Kenali,

16150 Kota Bharu

Kelantan Darul Naim

Tel : 09-7646 370 Fax : 09- 7655 705

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

4 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

1.3 Konsep Projek : Menaiktaraf Sungai Bertam

1.3.1 Kawasan Terlibat

Jadual menunjukkan jumlah kawasan yang terlibat dalam menaiktaraf tebing Sungai Bertam di

Lembah Bertam, Ringlet,Cameron Highlands

Perkara Jumlah Kawasan (m2)

Kerja-kerja mendalam dan melebarkan sungai 2000m x 30m = 60,000m2

1.3.2 Skop Kerja

Produk Wellguard telah digunakan untuk memperkukuhkan tebing Sungai Bertam yang telah

rosak akibat limpahan air banjir yang telah meragut beberapa nyawa pada tahun 2014 dan

tahun sebelumnya. Tebing sungai juga telah diperkuatkan dengan bahan perlindungan tebing

dinamakan sebagai Green Mattress. Green Mattress adalah gabion yang terdiri daripada

sangkar besi dan PVC yang akan diisi dengan batu-batuan 6 inci sehingga 9” yang bertujuan

mengurangkan kesan hakisan terhadap tebing sungai ketika berlakunya limpahan air

daripada empangan Habu. Keadaan asal tebing sungai bertam adalah berpasir serta dipenuhi

dengan sampah sarap dan ada juga bahagian tebing yang telah runtuh akibat tragedi

limpahan air besar daripada empangan tersebut.

Sebuah dewan serbaguna juga akan dibina bagi menggantikan dewan serbaguna yang akan

dirobohkan bagi memberi laluan kepada jajaran baru Sungai Bertam. Beberapa buah struktur

jambatan dan bangunan juga perlu diruntuhkan.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

5 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

1.3.3 Sumber Bahan Binaan

Batu-batuan yang digunakan akan dibawa masuk daripada kuari-kuari yang berdekatan

menggunakan lori sebagai alat pengangkutan. Ianya akan melibatkan jumlah lori yang banyak

kerana kuantiti batu yang akan digunakan adalah besar. Kebanyakkan bahan-bahan binaan

akan diimpot dari luar daerah Cameron Highlands dan ini akan pengunaan lori serta jentera

lain dalam jumlah yang banyak.

Bahan-bahan pembinaan yang terlibat dalam pembinaan ini adalah:-

i. Pasir

ii. Batu 6” x 9”

iii. Tanah

iv. Simen

v. Besi

1.3.4 Jalan masuk ke tapak pembinaan

Jalan masuk utama ke tapak adalah menggunakan jalan utama ; Ringlet - Kuala Lipis, Tapah -

Ringlet, Simpang Pulai - Ringlet . Jentera-jentera berat dan lori untuk mengantar sumber

bahan binaan seperti pasir, batuan,simen dan lain-lain akan menggunakan jalan tersebut

sebagai laluan masuk ke tapak pembinaan. Jumlah lori yang akan keluar dan masuk ke dalam

tapak pembinaan adalah dianggarkan sebanyak 10-15 buah lori dalam sehari.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

6 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Rajah 1.2 : Laluan Utama Ke Tapak Pembinaan

1.4 Tempoh Pembinaan

Projek ini memakan masa selama 1 tahun (12 bulan) bermula pada 21hb November 2014

nda berakhir pada 21hb November 2015 dan pemantauan akan dilaksanakan dalam tempoh

tersebut.

1.5 Environmental Management Plan

Laporan ini disediakan adalah untuk memastikan kerja-kerja pembinaan mematuhi syarat

syarat Environmental Management Plan (EMP) ataupun Pelan Pengurusan Alam Sekitar bagi

mengurangkan kesan atau impak kerja yang dijalankan terhadapat alam sekitar bagi projek

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK

MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN. Tujuan

projek ini dilaksanakan adalah untuk memperkukuhkan struktur tebing sungai bagi

mengurangkan kesan hakisan dan mendapan terhadap Sungai Golok. Di dalam projek ini,

EMP disyaratkan dan perlu dilaksanakan bagi mewujudkan kelestarian dan melindungi

sumber alam sekitar sepanjang projek ini dijalankan.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

7 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

EMP adalah satu pelan tersendiri dimana ianya diperkenalkan bagi memastikan setiap cara

kerja dicadangkan perlu dilaksanakan untuk melindungi alam sekitar mengikut syarat dan

akta Jabatan Alam Sekitar Malaysia. Tujuan EMP diperkenalkan juga adalah untuk

memastikan keadaan alam sekitar adalah sama seperti keadaan sebelum projek bermula.

Kerja-kerja EMP adalah ‘unik’ dimana setiap tapak projek mempunyai skop kerja yang

tersendiri kerana masalah di tapak atau isu di setiap tapak adalah berbeza mengikut kepada

keadaan tapak.

1.6 Objektif EMP

EMP diperkenalkan adalah untuk mengurangkan kesan ataupun impak kerja-kerja yang

dijalankan terdapat alam sekitar yang melibatkan hidupan sekeliling seperti tumbuh

tumbuhan, haiwan mahupun manusia. Kerja-kerja pembaikkan dan menaikktaraf sungai

Bertam akan melibatkan kerja-kerja tanah di tepi sungai dan akan memberi risiko hakisan

yang tinggi di tebing tersebut seterusnya menyebabkan mendapan di muara sungai. Perkara

ini tidak seharusnya berlaku kerana ini mungkin akan menyebabkan banjir kerana paras

sungai yang semakin berkurangan. Projek ini boleh dilihatkan sebagai satu projek yang

sensitif di mana ianya terletak di tengah-tengah pusat aktiviti perniagaan yang agak sibuk di

pekan Lembah Bertam

Berikut adalah tujuan dan objektif EMP dilaksanakan :-

i. Bagi memastikan kerja-kerja yang terlibat di tapak tidak menyebabkan kesan buruk

terhadap alam sekitar

ii. Bertindak sebagai satu alat untuk memantau keberkesanan BMP yang telah

dicadangkan

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

8 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

iii. Bagi memastikan keperluan BMP di tapak dan penambahbaikan terhadap BMP’s yang

telah dicadangkan di tapak projek.

iv. Memastikan segala syarat-syarat yang dikeluarkan oleh Jabatan Alam Sekitar dipatuhi

oleh pihak kontraktor

1.6.1 Skop kerja EMP

i. Penyediaan laporan komprehensif Environmental Management Plan (EMP)

ii. Memastikan kontraktor dan pegawai yang terlibat mengetahui tentang kepentingan

EMP

iii. Melaksanakan kerja-kerja pemantauan kualiti air dan bunyi tertakluk kepada jumlah

yang dibenarkan

v. Mencadangkan langkah langkah pembaikkan di tapak

vi. Mengemukakan laporan berkala

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

9 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

BAB 2

POLISI

2.1 Polisi Alam Sekitar

Tujuan utama Environmental Management Plan (EMP) adalah untuk menetapkan satu

tahap dimana ianya merangkumi perlaksanaan kerja kawalan alam sekitar,

pemantauan dan kerja-kerja audit untuk perkara yang berikut :-

i. Membekalkan segala maklumat, arahan dan pemantauan bagi memastikan

kerja di tapak tidak memberi kesan buruk terhadap alam sekitar

ii. Menyediakan tatacara kerja, penyediaan laporan dan kerja pemantauan

kepada yang berniat untuk mengurangkan pencemaran, mengurangkan

penggunaan sumber alam, mengurangkan bahan terbuang dan meningkat

mutu kualiti alam sekitar

iii. Komited untuk menepati undang-undang alam sekitar

iv. Untuk memastikan kontraktor melibatkan diri dalam kerja-kerja yang

melibatkan alam sekitar sepanjang projek dijalankan

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

10 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

2.2 Langkah-langkah penyediaan EMP

Rajah 3.1 Langkah Penyediaan EMP

Komitmen

Kerja—kerja EMP hendaklah dilaksanakan dengan nilai komitmen yang amat tinggi dan perlu

mendapat kerjasama daripada semua pihak bagi menjayakannya.

Penyediaan Pelan Kerja

Pihak kontraktor haruslah mematuhi segala pelan yang telah dicadangkan seperti yang

terdapat didalam jadual 2.2 (Pelan Kerja Standard).

Jadual 2.2 : Pelan Kerja Standard

Kerja Tanah

- Kerja tanah haruslah dilaksanakan mengikut

secara berperingkat

- Mengurangkan penebangan pokok dan

tumbuhan

- Tanam semula pokok atau tumbuhan

sekiranya perlu

- Tanah ‘stokpile’ diletakkan di satu kawasan

terlindung dan ditutup dengan kanvas

Komitmen

Penyediaan Pelan Kerja

Perlaksanaan Kerja Di Tapak

Pengawasan dan Laporan

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

11 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

- Memastikan jentera-jentera berat tidak

berkerja di dalam sungai

Kabin Pekerja

- Bahan buangan tidak dibuang secara terus ke

dalam sungai (perlu menyediakan tangki

septic)

- Penyediaan tong sampah bagi pembuangan

sampah domestic dan bahan buangan

tersebut haruslah dilupuskan mengikut akta

pelupusan sampah domestik

Jentera Berat

- Memastikan jentera digunakan sentiasa di

selenggara bagi mengelakkan pengeluaran

asap berlebihan dan bunyi yang kuat

Tempat Penyimpanan Bahan Bakar

(Diesel)

- Perlu menyediakan ‘oil sump’ yang diperbuat

daripada konkrit sekiranya bahan bakar

tersebut tumpah

- Minyak enjin terpakai hendaklah

dikumpulkan di satu tempat terlindung dan

tertutup sebelum dibuanh secara terkawal

Jalan Masuk Utama

- Memastikan jalan utama sentiasa bersih

daripada tanah dan batu batuan

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

12 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Jadual dibawah menujukkan kadar pencemaran maksima bagi air, udara dan bunyi yang

dibenarkan untuk projek yang dijalankan. Sekiranya tahap pencemaran melangkaui kadar

yang dibenarkan, pihak kontraktor hendaklah dengan segera memastikan setiap kerja yang

telah dicadangkan telah dilaksanakan dengan sempurna dan pihak kontraktor boleh

dikenakan tindakan sekiranya mengabaikan perkara tersebut.

Jadual 2.1 : Kadar Pencemaran Maksima Yang Dibenarkan

Perkara Kuantiti Dibenarkan (Unit)

Air Total Suspended Soild <50mg/L

Udara Carbon Monoxide < 30 ppm

Bunyi Tidak melebihi 70 dBA (7am-10pm) dan 60

dBA (10pm -7am)

Pelan Kerja Kecemasan

Pelan Kerja Kecemasan disediakan sekiranya terdapat perkara- perkara yang tidak diduga

berlaku di tapak. Berikut adalah kerja-kerja kecemasan yang telah dkenalpasti yang

berkemungkinan akan terjadi di tapak tersebut.

Tebing runtuh

- memastikan tiada jentera berat diletakkan

berhampiran dengan tebing yang runtuh

tersebut

- tutup dan lindungi tebing tersebut dengan

kanvas sementara menuggu kerja-kerja

pembaikan dilakukan

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

13 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Banjir

- Alihkan semua jentera ke tempat yang tinggi

dari aras banjir

- Pastikan juga minyak dan bahan bakar

dialihkan juga bagi mengelakkan tumpahan

minyak ke dalam sungai

Tumpahan bahan bakar

- Pastikan kawasan tumpahan tersebut

dikepung dengan membina ‘cut off drain’

atau pun beg pasir

- Pam minyak tersebut ke dalam bekas/tangki

yang sewajarnya

Perlaksanaan Kerja

Pihak kontraktor hendaklah sentiasa memberi kerjasama yang sepenuhnya bagi menjayakan

pelan-pelan yang telah dicadangkan oleh pihak perunding alam sekitar

Pemantauan Kerja

Tujuan permantauan kerja adalah untuk mendaptkan data dimana hasil pengumpulan data

tersebut dapat mengenalpasti punca pencemaran daripada aktiviti di tapak. Segala kerja

pengambilan sampel air, pengawetan sampel dan pengurusan sampel air perlu dilakukan

secara konsisten dengan mengikut standard yang ditetapkan. Analisa sampel tersebut akan

dilakukan setelah mendapat laporan daripada makmal kimia. Lokasi untuk setiap sampel

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

14 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

telah pun dikenalpasti dan telah ditanda di dalam lukisan yang telah dilampirkan di dalam

Rajah 2.2 . Parameter yang akan dipantau adalah Total Suspended Solid,pH, Ammonical

Nitrogen,Suhu, BOD dan COD.

Rajah 2.2 : Lokasi Sampel Air

Jadual 2.1 : Koordinat Sampel Air

Sampling Point Latitude Longitude

Point 1 4°25'9.81"N 101°23'38.39"E

Point 2 4°25'2.30"N 101°23'44.69"E

Point 3 4°25'2.58"N 101°23'51.41"E

Point 4 4°24'56.79"N 101°24'0.11"E

Point 5 4°24'51.21"N 101°24'5.51"E

Point 6 4°24'50.36"N 101°24'10.98"E

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

15 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

BAB 3

ORGANISASI

3.1 BADAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR DAN TANGGUNGJAWABNYA

Badan pengurusan alam sekitar ditubuhkan oleh pemilik projek untuk melaksanakan kerja-

kerja pelaksanaan EMP, pemantauan audit dan penyediaan laporan yang berkaitan dengan

alam sekitar. Berikut adalah carta organisasi badan pengurusan EMP dan jadual

tanggungjawab setiap pihak.

Item Organisasi Tanggungjawab

1. Pemilik Projek

JABATAN PENGAIRAN DAN

SALIRAN

Mengatur mesyuarat atau perjumpaan bagi

membincangkan masalah berkaitan dengan alam

sekitar

Respon kepada sebarang aduan daripada

penduduk

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI PAHANG Tingkat 8, Kompleks Tun Razak (KOMTUR),

Bandar Indera Mahkota,

25626, Kuantan,

Pahang Darul Makmur

Tel : 09-573 3966 Fax: 609-573 3440/2976

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

16 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Perunding Alam Sekitar

PERUNDING TEKNIK PADU

SDN BHD

Sebagai penasihat kepada JPS dalam segala aspek

yang berkaitan dengan alam sekitar

Menyediakan laporan EMP

Menyediakan laporan ESCP

Menyediakan laporan pemantauan berkala

PERUNDING TEKNIK PADU

Lot 1882, Tingkat 1, Hilir Market,

Jalan Tok Kenali,

16150 Kota Bharu

Kelantan Darul Naim

Tel : 09-7646 370 Fax : 09- 7655 705

Kontraktor

Melaksanakan kerja-kerja EMP yang telah

dicadangkan

Melaporkan isu dan masalah di tapak berkaitan

alam sekitar kepada pemilik projek dan perunding

alam sekitar

JUTABINA SEMPURNA SDN BHD

9A, Jalan Sulaiman 3,

Taman Putra Sulaiman,

Ampang, 68000, Ampang,

Selangor

Tel : 03-4252 32394 Fax: 03-4270.6914

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

17 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

BAB 4

KEPERLUAN ALAM SEKITAR

Pengenalan

Bahagian ini menyediakan segala rujukan bagi pengurusan operasi bagi kerja-kerja

menaiktaraf tebing Sungai Bertam dengan mengenalpasti impak atau kesan daripada projek

dan cara-cara menangani atau mengurangkan kesan impak tersebut. Kerja-kerja manaiktaraf

tebing tersebut melibatkan kerja –kerja tanah, penambakkan batu dan penghantaran bahan

binaan ke tapak.

Setiap kerja-kerja yang terlibatkan projek ini akan berpotensi menyebabkan kesan terhadap

alam sekitar. Dalam mengenalpasti semua impak tersebut, aktiviti projek telah dikategorikan

didalam kumpulan seprti yang berikut :-

a) Pembersihan kawasan pembinaan yang melibatkan kerja tanah

b) Stockpile bahan binaan ( Batu –batuan untuk pengkuhan tebing)

c) Pengantaran bahan binaan ( Batu- batuan dan geotextile ke tapak)

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

18 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

4.0 Erosion and Sediment Control Plan (ESCP)

Erosion and Sediment Control Plan ataupun Pelan Kawalan Hakisan dan Enapan adalah salah

satu skop wajib yang terdapat di bawah tajuk EMP. Tujuan ESCP diperkenalkan adalah untuk

mengawal kadar hakisan dan enapan di tapak sehingga Total Suspended Soild mencapai

tahap di bawah 50mg/L. .

Hakisan dan enapan adalah salah satu impak yang seringkali dilihat di tapak pembinaan yang

akan memberikan kesan yang amat besar terhadap alam sekitar. Hakisan yang tertinggi

dilihat terjadi ketika kerja-kerja tanah sedang giat dijalankan.

Semasa kerja-kerja pembersihan tapak atau pun kerja tanah sedang dijalankan, tanah yang

terdedah kepada cuaca akan mengalami risiko hakisan yang paling tinggi dan mungkin juga

akan menyebabnkan tanah runtuh. Sekiranya hakisan tidak ditangani dengan sempurna,

ianya akan menyebabkan air sungai dicemari dengan mendapan dan turut mengeruhkan

kejernihan air sungai tersebut.

Enapan

Enapan akan terjadi kepada bahan yang boleh diangkut melalui pergerakan cecair dan akan

terenap sebagai satu lapisan yang mampat di dasar sungai yang dilaluinya. Secara amnya,

ianya adalah satu proses di mana zarah yang kasar akan mendap terlebih dahulu berbanding

zarah yang halus dimana kebiasaanya akan terapung untuk jangka masa yang sangat panjang.

Masalah enapan yang terjadi di tapa projek akan memberi satu impak yang besar dan perlu

ditangani dengan bekesan.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

19 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

4.1 Prinsipal Dalam Penyediaan Kerja-Kerja ESCP

Prinsipal yang berikut telah digunakan dalam menyediakan pelan hakisan dan enapan untuk

projek ini:-

i. Mengurangkan pembukaan tanah dalam satu-satu masa

ii. Menstabil dan membaikpuilih kawasan yang terlibat dengan aktiviti pembinaan

iii. Mengasingkan air larian daripada luar kawasan pembinaan dan ai larian di dalam

kawasan pembinaan

iv. Pembinaan longkang/laluan air sementara

v. Pembinaan kolam takungan enapan (sediment pond)

Prinsipal-prinsipal di atas telah diambilkira dalam menyediakan kerja-kerja saliran yang telah

dinyatakan di dalam Manual Saliran Mesra Alam (MASMA). Dalam mempertingkatkan lagi

prinsipal tersebut, kerja-kerja pembinaan akan dilaksanakan dalam turutan yang berikut:-

i. Pembinaan longkang sementara disepanjang jalan masuk ke tapak pembinaan

ii. Pembinaan silt trap di tempat yang dilihat bersesuaian bagi menyediakan kolam

takungan untuk merawat air yang keluar daripada tapak

iii. Longkang cerun dipasang bagi membawa air keluar daripada setiap silt trap

iv. Culvert sementara dipasang setiap kawasan lintasan jalan di dalam longkang

4.2 Sumber-Sumber Hakisan Tanah

Aktitivit-aktiviti yang berpotensi menyebabkan dan meningkatkan kadar hakisan selalunya

berpunca daripada tanah yang terdedah ketika pembinaan dijalankan contohnya seperti

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

20 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

pembersihan kawasan dan kerja-kerja tanah. Setiap projek pembinaan akan melibatkan

kerja-kerja dan komponen-komponen yang berikut:-

- Pembinaan rumah pekerja sementara

- Pembinaan jalan masuk

- Penyediaan kemudahan meletakkan jentera-jentara

- Penyediaan kawasan simpanan tanah/batu sementara

- Pembinaan tebing sungai

- Kesan daripada jentera berat keluar masuk tapak

- Banjir

- Hujan

4.3 Formula Rusle

Jumlah tanah yang terhakis untuk sesuatu tempoh boleh dianggarkan mengunakan

formula Rusle :-

A = R*K*LS*C*P

Di mana,

A = kehilangan tanah tahunan dalam tan / ekar

R = faktor hakisan hujan

K = factor kebolehupayaan hakisan tanah

LS = panjang cerun dan faktor kecerunan

C = faktor perlindungan dan pengurusan tanah

P = faktor pengunaan tanah

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

21 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Faktor R

Faktor R merupakan faktor hakisan air larian dan merujuk kepada jumlah purata tahunan

hujan (EI). Indeks hakisan adalah ukuran impak hakisan hujan tertentu. Apabila faktor-

faktor lain adalah malar, air larian daripada hujan adalah berkadar terus dengan jumlah

tenaga kinetik (E) dan didarabkan dengan taburan hujan 30 minit (I). Hujan yang

mempunyai kurang daripada 0.5 inci tidak tidak termasuk dalam pengiraan ini kerana

ianya tidak melibatkan kesan kepada nilai R.

Peta Faktor ‘R’

Faktor K

Faktor K adalah faktor kebolehakisan tanah. Tanah liat mempunyai nilai-nilai K yang

rendah , kira-kira 0,05-0,15 ianya kerana mereka tahan daripada penceraian molekul

manakala tanah kasar bertekstur, seperti tanah berpasir , mempunyai nilai-nilai K

yang rendah , kira-kira 0,05-0,2 , Tanah bertekstur sederhana , seperti tanah kelodak

, mempunyai nilai-nilai K yang sederhana , kira-kira 0,25-0,4 , kerana mereka adalah

sederhana mudah terdedah kepada pecahan molekul . Tanah yang mempunyai

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

22 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

kandungan kelodak yang tinggi adalah yang paling mudah terhakis . Nilai-nilai K bagi

tanah jenis ini cenderung untuk menjadi lebih besar daripada 0.4.

Peta Faktor ‘K’

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

23 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Faktor LS

Faktor LS adalah faktor panjang cerun, yang mewakili impak daripada panjang cerun

pada hakisan. Panjang cerun adalah jarak dari permulaan aliran darat (run –on) di

sepanjang laluan alirannya ke lokasi sungai ataupun menjadi pemendapan

Jadual ‘LS’

Faktor C

Faktor C merupakan faktor pengurusan tanah. Faktor C digunakan untuk

menggambarkan kesan amalan penanaman dan pengurusan kadar hakisan. Ia adalah

faktor yang paling sering digunakan untuk membandingkan kesan relatif pilihan

pengurusan rancangan pemuliharaan. Faktor ini juga menunjukkan bagaimana pelan

pemuliharaan akan memberi kesan kepada kehilangan tanah tahunan dan bagaimana

potensi kehilangan tanah boleh berlaku dalam ketika aktiviti pembinaan dijalankan

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

24 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Faktor P

P merupakan faktor amalan sokongan dimana ia merujuk kepada cara tanah

diuruskan samada tanah tersebut di buat teres, kontur ataupun digemburkan. Tanah

yang digemburkan akan mempunyai kadar hakisan yang kurang daripada tanah yang

diratakan.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

25 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

4.4 Cadangan BMP di tapak

Berikut adalah kerja-kerja ESCP yang perlu disediakan di tapak pembinaan :-

i. Washing pit

Tujuan dipasang di tapak adalah untuk mencuci dan mengumpul segala kotoran

termasuk pasir yang melekat pada badan tayar kenderaan yang keluar daripada tapak

pembinaan bagi mengelakkan jalan masuk dikotori dengan bahan tersebut yang boleh

mengakibatkan kemalangan. Perlu diselenggara setiap sehari ataupun bergantung

kepada jumlah enapan yang terkumpul.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

26 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Rajah 4.1 : Washing Pit

ii. Cut-off drain

Cut- off drain atau longkang sementara dibina disepanjang laluan kerja bagi

mengelakkan air larian daripada luar tapak masuk ke dalam tapak dan menyebabkan

masalah hakisan dan mendapan.

Rajah 4.2 : Longkang Berumput

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

27 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

iii. Crusher run

Laluan kerja pembinaan akan diratakan dan diperkuatkan dengan bahan crusher run

bagi mengurangkan kesan hakisan ketika hujan lebat. Jalan tanah tanpa crusher run

akan lebih mudah terdedah kepada hakisan apabila kenderaan berat melaluinya.

Ketebalan yang dicadangkan adalah 150mm yang terdiri daripada batu batuan kecil

yang bersaiz 50mm-150mm.

Rajah 4.3 : Crusher run

iv. Lintasan Sementara

Lintasan sementara akan dibina di setiap lintasan jalan diatas longkang bagi

mengelakkan banjir ketika hujan dan juga hakisan ketika kenderaan berat melintasi

kawasan tersebut

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

28 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Rajah 4.4 : Lintasan Sementara

v. Hydroseed

Tanah yang terdedah akan mengalami kadar hakisan yang lebih tinggi berbanding

tanah yang ditutup dengan rumput. Hydroseed digalakkan di tanam di kawasan di

mana dilhat terdedah dan boleh menyebabkan hakisan.

Rajah 4.5 : Hydroseed

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

29 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

vi. Sediment Trap dan Slope Drain

Tanah yang terhakis di dalam tapak perlu di kumpul bagi mengelakkan ianya keluar

daripada tapak dimana pihak JAS mengegaskan bahawa total suspended solid yang

dibenarkan keluar daripada tapak hanyalah 50mg/L ketika musim kering mahupun

musim hujan. Saiz setiap silt trap adalah 20m-25m (P) x 5-10m (L). Slope drain pula

perlulahi dipasang di kawasan-kawasan cerun kerana air hujan akan begerak laju

ketika menuruni cerun. Fungsinya adalah sama seperti ‘cascading drain’ tetapi slope

drain boleh dialihkan mengikut kesesuaian tapak. Untuk projek ini, slope drain akan

dipasang di setiap outlet point silt trap.

Rajah 4.6 : Silt Trap dan Slope Drain

vii. Water Truck

Water Truck adalah disarankan untuk bergerak di sepanjang waktu kerja di jalankan

ataupun 3 hingga 5 kali sehari bergantung kepada kelembapan tanah di tapak.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

30 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Sekiranya hujan, pihak kontraktor tidak perlulah membasahkan jalan tersebut. Tujuan

water truck ini disediakan adalah untuk mengurangkan kesan debu terhadap kawasan

sekeliling. Air semburan daripada lori tersebeut akan memerangkap debu yang

berterbangan dan boleh mengurangkan sehingga 50% kadar debu.

Rajah 4.7 : Water Truck

4.4.1 Kerja-kerja Penyelenggaan

Setiap ESCP yang dicadangkan di dalam projek ini hendaklah sentiasa diselenggara setiap

kali selepas hujan ataupun setiap 2 minggu ketika musim kering. Senarai semak kerja ESCP

boleh dirujuk seperti di dalam lampiran.

Perkara ESCP yang perlu diselenggara dan perlu dititikberatkan adalah :- i. Washing pit ii. Longkang iii. Silt trap

Kesemua BMP di atas perlu diselenggara setiap kali selepas hujan ataupun seminggu sekali. Enapan yang terkumpul hendaklah dikeringkan sebelum dilupuskan mengikut arahan S.O

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

31 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

4.5 Kawalan Pencemaran Bunyi 4.5.1 Peraturan Yang Berkaitan Dengan Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi didefiniskan sebagai bunyi bising yang keterlaluan sehingga menyakitkan

telinga.Pencemaran bunyi biasanya melebihi 80 dB(A)[desibel] dan pencemaran ini mengikut

situasi dan keinginan masing-masing. Pencemaran ini boleh dibahagikan kepada empat

bahagian,iaitu kebisingan selenjar,kebisingan fluktuasi dan hentakan impuls, dan kebisingan

selang-seli. Bunyi bising yang dihasilkan daripada kenderaan atau jentera di tapak di kawal

oleh Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Bunyi kenderaan) 1987.

Berikut adalah had bunyi yang dibenarkan di tapak pembinaan yang disyorkan oleh Jabatan

Alam Sekitar:-

Had Bunyi 0700-2200 2200-0700

Kenderaan 70dB 60db

Jadual 4.1 : Had Bunyi Dibenarkan JAS 4.5.2 Pemantauan Pencemaran Bunyi Ujian kadar pencemaran bunyi telah dijalankan pada 3 April 2014 di empat (4) lokasi yang

berlainan di tapak. Lokasi sampel bunyi telah ditentukan berdasarkan kawasan-kawasan yang

sensitive seprti sekolah, tempat sembahyang dan kawasan perumahan.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

32 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

4.5.2.1 Peralatan Pemantauan Bunyi dan Prosedur Pengambilan Sampel

Peralatan Kadar Bunyi Rakaman kadar bunyi telah dilaksanakan di tapak mengunakan alat pengkur jenis I-Xtech

yang memmpunyai ciri-ciri seperti 100db lingkugan dinamik pada frekuensi diantara 31.5Hz

dan 8kHz yang memberi ukuran bunyi pada lingkugan 30 ke 130dB.

Prosedur Mengambil Sampel Bunyi Lokasi sampel telah di pilih bedasarkan lokasi yang paling berpotensi mengalami pencemaran

bunyi seperti di kawasan perumahan, surau atau tempat beribidat dan sebagainya. Sampel

bunyi telah diambil setiap dua jam daripada jam 1000 sehingga jam 1800.

4.5.2.2. Keputusan Kadar Pencemaran Bunyi Ujian kadar pencemaran bunyi telah dijalankan pada 18 Februari 2015 di empat (4) lokasi yang berlainan di tapak

Sampling 1

Time 1000 1200 1400 1600 1800

Point

1 72 50 74 71 50

2 54 50 54 55 51

3 50 51 54 53 52

4 48 46 48 48 48

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

33 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

4.5.2.3 Analisis Pencemaran Bunyi Kebisingan fluktasi pula merupakan kebisingan yang terletak antara puncak gelombang yang

tinggi dan rendah. Pada tahap ini getaran gelombang bunyi akan bergetar dengan lebih cepat

daripada kebisingan selenjar. Getaran gelombang adalah sekitar 3 dB sahaja. Contohnya

kebisingan fluktasi berlaku apabila seseorang sedang berbual-bual , dan bunyi enjin yang

tidak dimatikan.

Seperti yang ditunjukkan di dalam graf di atas, ada waktu di mana bunyi telah melebihi had

yang ditetapkan. Ini terjadi adalah disebabkan oleh bunyi bising yang dihasilkan ketika

pemunggahan batu daripada lori. Bunyi bising juga terjadi ketika jentera seperti excavator

sedang menanam cerucuk di tebing Sungai Bertam. Sungguhpun begitu, tiada lebihan had

bunyi dicatatkan selepas jam 1800 kerana kerja hanya dijalankan pada waktu siang sahaja.

4.5.2.4 Impak Pencemaran Bunyi Kepada Alam Sekitar

Hentakan impuls merupakan bunyi yang lebih intensiti dalam tempoh yang lebih singkat.

Contohnya tembakan, ketukan atau lagaan daripada benda yang keras. Pada kebiasaannya,

tahap ini getaran gelombang akan memuncak dan menurun dengan cepat. Pada tahap ini

intensiti bunyi adalah melebihi 80 dB kemudian gelombang bunyi akan menurun dengan

cepat. Akan tetapi intensiti masih menunjukkan tahap yang tinggi kerana bunyi yang kuat

akan memberi kesan yang lama terhadap getaran. Kebisingan selang seli berlaku secara

berselang-seli. Ianya dihasilkan apabila bunyi bising menjadi perlahan dan kuat dalam jangka

masa yang pendek. Sebagai contoh ketika seseorang sedang menggergaji kayu, getaran akan

berlaku ketika gergaji itu bergerak dan getaran tidak akan berlaku apabila gergaji kayu

dihentikan. Semasa gergaji sedang ditarik intensitinya akan meninggi pada kadar tertentu dan

menurun apabila gergaji tidak disorongkan.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

34 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Kesan kesan negatif yang tersebut diatas biasanya berlaku kepada mereka yang selalu

terdedah kepada bunyi bising yang kuat di tempat kerja atau sekitar tempat perumahan

mereka. Contohnya pekerja-pekerja kilang dan penduduk-penduduk di sekitar lapangan

terbang yang mungkin menghadapi risiko kehilangan pendengaran mereka dimana

kehilangan pendengaran biasanya berlaku secara beransur-ansur dan tanpa disedari oleh

mereka. Di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, had maksimum yang dibenarkan bagi kawasan

Bandar yang mempunyai jumlah kepadatan penduduk yang tinggi adalah 65 desibel (dBA)

untuk waktu siang dan 60 dBA untuk waktu malam. Sesiapa yang tidak mematuhi undang

undang dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling boleh dikenakan tindakan undang-undang

sekiranya tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan .

Masalah pencemaran bunyi adalah masalah yang serius dan tidak harus diabaikan mahupun

dipandang ringan . Jabatan kerajaan yang bertanggungjawab seperti Jabatan Alam Sekitar

dan pihak sekolah harus berusaha mengadakan kempen dan memberi imformasi kepada

orang awam serta pelajar pelajar tentang betapa seriusnya pencemaran bunyi yang sedang

berlaku di Negara kita. Pihak berkaitan juga harus berusaha meyemaikan perasaan cinta

kepada alam sekitar dalam kalangan ahli masyarakat untuk mewujudkan masyarakat yang

tanpa pencemaran .

4.6 Kawalan Bahan Buangan Berjadual 4.6.1 Bahan Buangan Berjadual Yang Berpotensi Memberi Impak Kepada Alam Sekitar Jentera-jentera yang terlibat di dalam pembinaan mengunakan kuantiti minyak yang banyak

dan bahan tersebut adalah terletak di dalam kategori bahan buangan. Kelalaian dalam

mengendalikan bahan buangan tersebut akan mengakibatkan tumpahan minyak dan

menyebabkan pencemaran terhadapat komponen tanah.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

35 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

4.6.2 Cara Pengendalian Bahan Buangan Di Tapak Pembinaan Ketika Penyediaan Tapak

Pencemaran yang disebabkan oleh bahan buangan tersbeut di tapak hendaklah difahami oleh

pengendali projek dan kontarktor dan langkah berikut hendaklah diamalkan.

Bahan buangan (minyak hitam) hendaklah diasingkan dengan bahan buangan

domestic dan perlu dilupuskan secara berjadual oleh pihak yang berdaftar dengan

Jabatan Alam Sekitar di bawah Kualiti Alam Sekitar (Bahan Buangan Berjadual)

Peraturan 2005

Tempat penyimpanan hendaklah dibina jauh dari aktiviti perkerja dan tangki minyak

hendaklah diletakkan jauh dari kawasan banjir dan perlu dibina dengan lantai konkrit

, berbumbung dan dinding sekeliling bagi mengelakkan terdedah kepada cuaca.

Hendaklah sentiasa berhati-hati dalam mengendalikan bahan buangan tersebut tidak

kira saiz bersar mahupun kecil

Ban penyimpanan haruslah dibina dengan menggunakan bahan binaan yang tidak

telus air seprti konkrit, plastic ataupun liner yang diluluskan. Ban peyimpanan

hendaklah dibina agar boleh menampung 110% daripada kapisiti tangki.

4.6.2 Langkah Pembetulan Ketika Pembinaan

Kesemua tangki tidak kira berisi ataupun kosong perlu dikendalikan dengan berhemah

kerana tangki yang kosong selalunya masih adalah sisa minyak.

Ban peyimpanan hendaklah dibina agar boleh menampung 110% daripada kapisiti

tangki.

Letakkan tangki simpana jauh daripada haba, api atau letupan

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

36 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

4.7 Impak Keatas Kawalan Buangan

4.7.1 Potensi Impak

Projek ini melibatkan banyak bahan buangan yang dijhasilkan ketika kerja-kerja pembersihan

kawasan dan ketika kerja pembinaan tebing dijalankan. Bahan buangan yang dilihat

berpotensi terdiri daripada tanah, pasir, batu-batuan dan juga pokok.

Bahan buangan domestic juga terdiri daripada bahan buangan jenis ini dan kegagalan dalam

mengendalikan bahan tersebut akan menyebabkan air sampah (leachate) yang akan

mengakibatkan bau busuk.

Kegagalan dalam mengawal bahan buangan tersebut boleh menyebabkan banjir ataupun

longkang tersumbat dan akan mengakibatkan air bertakung. Takungan air akan turut

mengundang kepada pembiakan nyamuk aedes dan akan mengancam nyawa penduduk

sekitar.

4.7.2 Cara Kawalan

Penyediaan tong sampah di tempat-tempat yang strategik. Bahan buangan tersebut

hendaklah dibawa keluar dengan menggunakan kenderaan yang betul (lori sampah).

Adalah dinasihatkan mengurangkan jumlah tenaga kerja manual ketika pengumpulan

sampah.

Kurangkan penghasilan sampah dengan mendidik pekerja agar menggunakan semula

bahan buangan

Pokok yang ditebang hendaklah tidak dibakar sebaliknya ditanam

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

37 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Kesemua tanah lebihan terbuang hendaklah diletakkan ditempat yang telah disediakan

jauh dari laluan air

4.8 Pelan Peninggalan Tapak Pembinaan

Sekiranya pembinaan tersebut tidak dapat disiapkan dan perlu ditinggalkan oleh pihak

kontraktor, pemilik projek hendaklah mencari pengganti kontarktor sediada bagi melaksana

dan menyiapkan projek tersebut. Sekiranya tiada pengganti, berikut adalah langkah yang

perlu diikuti:-

a) Jalan masuk ke tapak hendaklah ditutup dengan pagar

b) Lubang-lubang tidak hendaklah ditimbus

c) Struktur sementara hendaklah dibuka

d) Kenalpasti potensi tanah runtuh, longkang tersumbat dan hakisan tanah di tapak

mengikut peraturan yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Pengairan

dan Saliran

e) Segala kenderaan dan jentera di tapak hendaklah dikeluarkan

f) Papan tanda hendaklah diletakkan dikawasan yang strategic di dalam Bahasa Melayu,

Bahasa Ingerris, Bahasa CIna dan juga Bahasa Tamil

g) Sentiasa melakukan pemantauan berkala bagi memastikan tiada sebarang bahaya ti tapak

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

38 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

BAB 5

PELAN KECEMASAN ALAM SEKITAR

5.1 PELAN RESPON/ TINDAKBALAS KECEMASAN

Tujuan pelan respon ataupun tindakbalas kecemasan disediakan adalah untuk mengurangkan

impak terhadap mangsa, penduduk sekeliling melalui tindakan yang cepat dan ekfektif ketika

berlakunya kecemasan. Pelan tersebut merangkumi aktiviti dan perkhidmatan yang berpotensi

mengakibatkan kemalangan ketika pembinaan sedang dijalankan. Pelan tersebut juga disediakan

bagi mengadakan satu tindakan dan komunikasi yang pantas ketika kemalangan.

Pengurus projek seharusnya menyediakan satu Badan Tindakbalas Kecemasan di tapak. Mereka

yang terlibat hendaklah mengetahui tanggungjawab masing-masing di tapak.

Pelan Respon Kecemasan tersebut hendaklah dipaprkan di tapak agar semua pekerja dapat

melihat dan mengetahui langkah yang perlu dibuat sekiranya berlaku kecemasan. Lokasi yang

paling strategic adalah di pejabat tapak, bengkel, kantin dan juga tempat tinggal pekerja.

5.2 Badan Tindakbalas Kecemasan (ERT)

Badan Tindakbalas Kecemasan akan bertanggungjawab terhadap segala situasi kecemasan di

tapak. Kumpulan ini selalunya terdiri daripada 8-10 orang dan setiap orang haruslah tanggjawab

dan langkah yang perlu diambil ketika berlakunya kecemasan. Kumpulan ini dinasihatkan agar

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

39 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

tidak terlalu besar bagi memastikan tindakbalas yang efisyen. Cuma ketua kumpulan sahaja

digalakkan memabuat sebarang laporan bagi mengelakkan laporan yang berulang.

Berikut adalah orang yang bertanggjungjawab dalam pelan keselematan dan tanggungjawab

mereka.

No. Tanggungjawab

1. Pengarah Syarikat Bertindak sebagai Koordinator Pelan Kecemasan

Memastikan kumpulan mahir dengan tanggungjawab

masing-masing

Mengatur pelan kecemasan

Berhubung dengan pihak berwajib

2 Pengurus Projek Memastikan keselematan di tapak dipantau sentiasa

Mamklumkan Pengarah Syarikat sebaik sahaja

berlakunya kecemasan di tapak

Memantau keberkesanan pelan kecemasan di tapak.

5.3 Langkah Respon Kecemasan

Berikut adalah prosedur standard yang diamalkan jika berlakunya kecemasan di tapak

pembinaan:-

Kenalpasti Jenis Kecemasan

Maklumkan

Asingkan

Rawatan

Bersihkan (Kesan Bakar, Tanah Runtuh)

Membuat Laporan

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

40 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Kenalpasti Jenis Kecemasan

Dalam apa jua kecemasan, pekerja adalah orang yang paling pertama di tempat kejadian.

Setelah mengenalpasti jenis kecemasan, mereka haruslah:-

Kenalpasti secara terperinci samada terdapat tumpahan minyak, kebakaran, letupan

ataupun runtuhan struktur bangunan

Kawal keadaan sekiranya perlu

Minta bantuan sekiranya keadaan tidak dapat dikawal

Beri amaran kepada rakan sekerja yang berhampiran

Maklumkan

Terus maklumkan kejadian kepada yang berkuasa (Pengurus Projek) melalui telefon atau secara

lisan.

No. Nama Jawatan Contact No.

1. Ir Haji Zuhairi jusoh Pengarah 012-9835907

2. En Jefri bin Ikhwan Pengurus Projek 012-238 8667

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

41 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Pengasingan

Berikut adalah prosedur standard yang perlu dilakukan

Pengasingan tumpahan minyak,bahan kima ataupun bahan buangan berjadual

Naikkan penghadang

Tutup segala operasi

Membuat Laporan

Laporan dibuat berdasarkan keseriusan kecemasan tersebut. Kecemasan kecil yang boleh

diselesaikan dengan segera tidak memerlukan sebarang laporan dibuat. Laporan dalaman perlu

dibuat dan difailkan untuk rujukan pada masa akan dating. Laporan yang dibuat perlulah

memaklumkan perkara berikut :-

Tarikh, waktu dan lokasi tempat kejadian

Jenis kemalangan

Tindakan yang telah diambil

Mangsa yang terlibat

Keberkensanan tindakan yang diambil

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

42 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

5.4 Organisasi Yang Terlibat

No. Agensi Lokasi Telefon

1 Jabatan Alam Sekitar Tanah Rata, Cameron

Highlands,Pahang

05-491 5343

2 JKKP Kuantan,Pahang 09-513 2906

3 BOMBA Brinchang, Cameron

Highlands,Pahang

09-491 1003

4 Pejabat Polis Tanah Rata, Cameron

Highlands,Pahang

05-491 1222

5 Hospital Daerah Tanah Rata, Cameron

Highlands,Pahang

05-491 1966

5.5 Pelan Kecemasan

Pelan Kecemasan dalam EMP ini akan merangkumi kecemasan yang berikut :

Kebakaran dan Letupan

Tumpahan Minyak

Kecemasan Perubatan

Tanah Runtuh

Banjir

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

43 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

5.5.1 Kebarakan dan letupan

Pengenalan

Kebakaran boleh dibahagikan kepada dua kategori:-

i. Kebakaran di dalam tapak sahaja

ii. Kebakaran merebak kelaur daripada tapak

Dalam setiap kejadian kebakaran, tindakan yang paling utama adalah dengan mengasingkan

api kebakaran tersebut. Tempat penyimpanan bahan bakar seperti disel atau petrol adalah

kawasan yang berisiko tinggi yang boleh menyebabkan letupan. Oleh yang demikian, perhatian

yang tinggi harus diberikan bagi kawasan tersebut.

Strategi Tindakbalas Kecemasan

Dalam apa jua situasi kebakaran, perkara yang paling penting untuk dilakukan adalah

mengasingkan api tersebut daripada kawasan sekeliling terutamanya bahan yang mudah

terbakar. Kawal api tersebut sekiranya keadaan mengizinkan bagi mengurangkan kesan

kebakaran.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

44 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Rajah 5.1 Tindakan Kecemasan Untuk Kebakaran / Letupan

Site Supervisor

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

45 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

5.5.2 Tumpahan Minyak

Pengenalan

Ini adalah satu kemalangan yang melibatkan tumpahan minyak ataupun kebocoran yang boleh

menyebabkan bahaya kepada alam sekitar. Kebocoran atau tumpahan minyak juga

menyebabkan letupan dan juga kemalangan yang lain. Dua risiko utama yang dikaitkan dengan

tumpahan minyak adalah letupan dan dan juga pencemaran tanah dan juga air.

Tumpahan minyak boleh dikategorikan dalam dua bahagian:-

i. Tumpahan di dalam kawasan pembinaan sahaja

ii. Tumpahan melimpah keluar daripada tapak.

Strategi Tindakbalas Kecemasan

Dalam setiap kejadian tumpahan minyak, tindakan yang paling utama adalah dengan

mengasingkan minyak tersebut dengan kawasan sekeliling. Ini adalah penting bagi

mengelakkan daripada minyak tersebut terbakar dengan lebih kuat lagi. Ia adalah penting bagi

setiap pekerja mengetahui cara mengawal tumpahan minyak.

Rajah di bawah menunjukkan prosedur standard dalam menangani tumpahan minyak.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

46 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Rajah 5.2 Tindakan Kecemasan Untuk Tumpahan Minyak

Manager

Site Supervisor

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

47 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

5.5.3 Perubatan Kecemasan

Perubatan Kecemasan diperlukan sekiranya berlakunya kecederaan kepada seoranga tau lebih

pekerja dimana rawatan diperlukan dengan serta merta. Kebiasaanya adalah kecederaan yang

melibatkan kecederaan di kepala, badan, melecur dan kecederaan besar atau serius yang lain.

Kecederaan boleh berlaku ketika dalam proses pembinaan.

Strategi Tindakbalas Kecemasan

Dalam situtasi kecemasan, perhatian haruslajh diberikan kepada mangsa kemalangan dan

kecederaan boleh meningkat sekiranya tiada respon awalan diambil terhadap mereka.

Sekiranya mangsa digerakkan daripada posisi asal mungkin juga akan menyebabkan

kecederaan yang lebih teruk kepada mereka.

Berikut adalah perkara yang perlu diketahui ketika merawat:-

i. Tahap kecederaan

ii. Keadaan mangsa

iii. Kemudahan perubatan yang ada

iv. Jarak antara pusat rawatan dengan tempat kejadian

Rajah di bawah menunjukkan prosedur standard dalam memberi rawatan awalan.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

48 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Rajah 5.3 Tindakan Kecemasan Untuk Perubatan

Manager

Supervisor

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

49 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

5.5.4 Tanah Runtuh Pengenalan Tanah boleh dikategorikan di dalam dua kumpulan iaitu runtuhan besar dan juga runtuhan

kecil. Runtuhan kecil boleh menyebabkan kerosakan kepada bangunan dan struktur

disekeliling runtuhan manakala runtuhan besar pula boleh menyebabkan kehilangan nyawa

dan kerosakan struktur berserta bangunan di kawasan runtuhan. Kawasan yang berisiko

tinggi untuk berlakunya tanah runtuh adalah kawasan yang terdedah kepada hujan dan

bertebing tinggi.

Strategi Tindakbalas Kecemasan

Perkara yang utama perlu dilakukan dalam menghadapi tanah runtuh adalah dengan

mengenapasti tahap tanah runtuh runtuh tersebut. Sekiranya tanah runtuh berlaku hanya di

tapak, sila dapatkan bantuan dengan segera kerana mungkin ada mangsa terperangkap di

bawahnya. Sekiranya tahap runtuhan adalah besar, sila kosongkan kawasan tersebut dengan

segera.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

50 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Rajah 5.4 Tindakan Kecemasan Untuk Tanah Runtuh

Manager

Supervisor

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

51 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

5.5.5 Banjir

Pengenalan Banjir sering terjadi pada musim tengkujuh iaitu pada bulan Oktober sehingga bulan Januari

setiap tahun. Oleh yang demikian, langkah pengurangan impak perlu diadakan di tapak bagi

mengurang kesan kepada penduduk sekliling. Kebiasaan banjir yang kecil hanya hanya

menyebabkan laluan masuk ke tapak terputus manakala banjir yang besae kebiasaanya akan

menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda.

Strategi Tindakbalas Kecemasan

Hujan lebat yang berpanjangan ( lebih daripada 5 jam) akan selalunya mengakibatkan banjir

di tapak pembinaan terutama sekali tapak yang berhampiran dengan sungai. Oleh yang

demikian, adalah dinasihatkan agar kontraktor sentiasa mendapat berita terkini mengenai

banjir daripada pihak Jabatan Pengairan dan Saliran untuk informasi banjir. Untuk kejadian

banjir yang besar, Pelan TIndakabalas Kecemasan (Emegergency Response Plan-ERP) telah

pun disediakan bagi mengawal kerja-kerja pengosongan kawasan banjir tersebut.

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

52 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

Rajah 5.1 Tindakan Kecemasan Untuk Banjir

Manager Supervisor

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG - PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

53 Perunding Teknik Padu Sdn Bhd

BAB 6

RUMUSAN

Pelan Pengurusan Alam Sekitar ataupun Environmental Management Plan (EMP) bagi projek

RANCANGAN TEBATAN BANJIR LEMBAH BERTAM CAMERON HIGHLANDS, PAHANG -

PROJEK MELEBAR DAN MENDALAMKAN SUNGAI BERTAM DAN KERJA-KERJA BERKAITAN

telah disediakan bagi memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Ianya juga bertujuan bagi

memudahkan pihak Jabatan Alam Sekitar dalam mengurus, mengawal dan memantau bagi

memastikan segala kerja telah dilaksanakan sepenuhnya mengikut keperluan JAS

Perlaksanaan Pengurusan Alam Sekitar akan menjadi tanggungjawab kepada JUTABINA

SEMPURNA SDN BHD dalam menyediakan langkah-langkah kawalan yang mengikuti

keperluan Alam Sekitar. JUTABINA SEMPURNA SDN BHD perlulah memastikan segala kerja

yang dijalankan mengikut keperluan yang terlibat dan memastikan alam sekitar dapat

menerima bebanan tambahan daripada projek ini.