elemen magis dalam peralatan dan bahan bagi … · ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya...

12
6-7 September 2015 Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21 st Century eISBN: 978-967-13705-0-6 487 ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI PERSEMBAHAN MAIN PUTERI Nor Izzati Abdul Ghani & Ramle Abdullah Fakuliti Sains Sosial Gunaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) 21300 Kuala Terengganu. [email protected] Abstrak Masyarakat Melayu terdahulu berpegang kepada kepercayaan animisme, di mana mereka mempercayai kewujudan makhluk-makhluk halus serta kuasa yang luar biasa yang dapat mengawal dan menguasai alam ini. Kepercayaan animisme ini sebahagiannya telah terpancar melalui pengamalan magis yang diamalkan dan dimiliki oleh sesebuah masyarakat. Menurut Muhammad Jailani Abu Talib (2010), terdapat lima bentuk kepercayaan warisan masyarakat Melayu iaitu kepercayaan kepada Allah dan Rasul, ayat- ayat al-Quran, sihir, semangat dan magis. Magis merupakan satu usaha untuk mengawal dan memanipulasi serta menakhluk kuasa ghaib demi kepentingan individu yang tertentu (Norazit Selat, 1989; Fauzi Yaacob, 1993).Pandangan tentang kewujudan magis menjadi sebahagian daripada kepercayaan orang Melayu serta memberi kesan dalam konteks kehidupan seharian mereka. Kepercayaan ini telah dijelmakan dengan jelas dalam seni persembahan kebudayaan tradisional iaitu persembahan Main Puteri. Berikutan perkara tersebut, kertas kerja ini akan meneliti dan membincangkan permasalahan berhubung kepercayaan sebilangan anggota masyarakat Melayu mengenai elemen magis dalam peralatan dan bahan bagi persembahan Main Puteri yang dimilikinya. Di samping itu, kajian ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu masa kini. Di bawah skop ini, pengkaji telah menggunakan tiga teknik pengumpulan data, iaitu teknik temu bual, pemerhatian ikut serta, dan kajian dokumen bagi melengkapkan kajian ini. Hasil kajian yang dijalankan terhadap persembahan Main Puteri mendapati bahawa sebilangan masyarakat Melayu kini mempunyai persepsi yang tersendiri tentang kepercayaan dan penggunaan magis, yang dianggap mempunyai kefungsiaannya yang tersendiri dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kertas kerja ini diharapkan dapat memberi pendedahan berhubung kepercayaan sebilangan masyarakat Melayu kini tentang elemen magis terhadap peralatan dan bahan yang terdapat dalam persembahan Main Puteri. Kata Kunci: Animisme, Magis, Makhluk Halus Masyarakat Melayu, Main Puteri. 1. PENGENALAN Kepercayaan masyarakat Melayu pada zaman dahulu adalah berasaskan kepada fahaman animisme yang mempercayai alam ini turut didiami oleh makhluk halus (Ismail Hamid 1998; Taha Abd Kadir 2005). Pada masa itu, manusia mempercayai wujudnya kuasa luar biasa yang terdapat pada setiap benda, di mana kuasa ini seringkali dirujuk sebagai semangat samada pada haiwan, pokok, gunung- ganang, laut dan lain-lain (Amran Kasimin 2003a). Menurut Muhammad Jailani Abu Talib (2010), terdapat sekurang-kurangnya lima bentuk kepercayaan warisan

Upload: phungcong

Post on 07-Mar-2019

243 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI … · ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu ... dan mencerminkan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

487

ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI PERSEMBAHAN MAIN PUTERI

Nor Izzati Abdul Ghani & Ramle Abdullah

Fakuliti Sains Sosial Gunaan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

21300 Kuala Terengganu.

[email protected]

Abstrak

Masyarakat Melayu terdahulu berpegang kepada kepercayaan animisme, di mana mereka mempercayai kewujudan makhluk-makhluk halus serta kuasa yang luar biasa yang dapat mengawal dan menguasai alam ini. Kepercayaan animisme ini sebahagiannya telah terpancar melalui pengamalan magis yang diamalkan dan dimiliki oleh sesebuah masyarakat. Menurut Muhammad Jailani Abu Talib (2010), terdapat lima bentuk kepercayaan warisan masyarakat Melayu iaitu kepercayaan kepada Allah dan Rasul, ayat-ayat al-Quran, sihir, semangat dan magis. Magis merupakan satu usaha untuk mengawal dan memanipulasi serta menakhluk kuasa ghaib demi kepentingan individu yang tertentu (Norazit Selat, 1989; Fauzi Yaacob, 1993).Pandangan tentang kewujudan magis menjadi sebahagian daripada kepercayaan orang Melayu serta memberi kesan dalam konteks kehidupan seharian mereka. Kepercayaan ini telah dijelmakan dengan jelas dalam seni persembahan kebudayaan tradisional iaitu persembahan Main Puteri. Berikutan perkara tersebut, kertas kerja ini akan meneliti dan membincangkan permasalahan berhubung kepercayaan sebilangan anggota masyarakat Melayu mengenai elemen magis dalam peralatan dan bahan bagi persembahan Main Puteri yang dimilikinya. Di samping itu, kajian ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu masa kini. Di bawah skop ini, pengkaji telah menggunakan tiga teknik pengumpulan data, iaitu teknik temu bual, pemerhatian ikut serta, dan kajian dokumen bagi melengkapkan kajian ini. Hasil kajian yang dijalankan terhadap persembahan Main Puteri mendapati bahawa sebilangan masyarakat Melayu kini mempunyai persepsi yang tersendiri tentang kepercayaan dan penggunaan magis, yang dianggap mempunyai kefungsiaannya yang tersendiri dalam kehidupan mereka. Oleh itu, kertas kerja ini diharapkan dapat memberi pendedahan berhubung kepercayaan sebilangan masyarakat Melayu kini tentang elemen magis terhadap peralatan dan bahan yang terdapat dalam persembahan Main Puteri. Kata Kunci: Animisme, Magis, Makhluk Halus Masyarakat Melayu, Main Puteri.

1. PENGENALAN Kepercayaan masyarakat Melayu pada zaman dahulu adalah berasaskan

kepada fahaman animisme yang mempercayai alam ini turut didiami oleh makhluk halus (Ismail Hamid 1998; Taha Abd Kadir 2005). Pada masa itu, manusia mempercayai wujudnya kuasa luar biasa yang terdapat pada setiap benda, di mana kuasa ini seringkali dirujuk sebagai semangat samada pada haiwan, pokok, gunung-ganang, laut dan lain-lain (Amran Kasimin 2003a). Menurut Muhammad Jailani Abu Talib (2010), terdapat sekurang-kurangnya lima bentuk kepercayaan warisan

Page 2: ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI … · ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu ... dan mencerminkan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

488

masyarakat Melayu iaitu kepercayaan kepada Allah dan Rasul-Nya, kepercayaan kepada al-Quran, kepercayaan kepada sihir, kepercayaan kepada kuasa luar biasa, haiwan dan benda-benda yang dianggap keramat serta kepercayaan kepada semangat, penunggu, hantu dan jembalang.

Dalam kepercayaan masyarakat Melayu, kepercayaan terhadap wujudnya unsur-unsur di luar batas kemampuan manusia atau supernatural jelas terlihat dalam beberapa warisan kebudayaan Melayu. Kepercayaan masyarakat Melayu terhadap alam ghaib telah menjurus kepada amalan pemujaan yang berbentuk magis. Magis merupakan satu usaha untuk mengawal dan memanipulasi serta menakhluk makhluk halus demi kepentingan individu yang tertentu (Norazit Selat 1989; Fauzi Yaacob 1993). Magis juga merupakan satu usaha untuk memanipulasi sesuatu keadaan untuk kepentingan individu tertentu (Frazer 1890).

Menurut Marcel Mauss (1972), kebiasaannya orang yang melakukan perkara magis dipanggil pengamal magis, walaupun dia bukan merupakan seorang yang profesional, sepertimana yang dinyatakannya: “In magic we have officers, actions and representations: we call a person who accomplishes magical actions a magician,even if he is not profesional”.

Para pengamal magis berpendapat, sekiranya amalan yang dilakukan mengalami kegagalan atau kurang berhasil, keadaan ini bukanlah kerana disebabkan amalan tersebut mengarut atau mereka telah ditipu, tetapi ianya disebabkan oleh beberapa faktor. Pertamanya berkemungkinan bacaan jampi serapah yang dituturkan oleh pengamal magis adalah kurang tepat, atau orang atau sasaran yang hendak dimagiskan itu mempunyai pendinding yang kuat, atau orang yang ingin menggunakan kuasa magis tersebut tidak mengikut pantang larang yang telah ditetapkan (Norazit Selat 1989). Kenyataan ini disokong oleh Frazer (1922) dalam bukunya, The Golden Bouugh, Chapter IV, Magic and Religion:

“The magician does not doubt that the same causes will always produce the same effects, that the performances of thr proper ceremony, accompained by the appropriate spell, will ineviatably be attended by the desired results, unless, indeed, his incantations should chance to be thwarted and foiled by the more potent charms of another sorcerer”.

Menurut Beattie (1979), penjelasan fenomena magis lebih memberatkan kepada sebab dan akibat. Tambahan pula, magis tidak berlaku dengan sendirinya, ianya berlaku apabila seseorang melakukan upacara magis, barulah hasil yang diingini akan diperolehi. Magis ialah perbuatan melakonkan sesuatu situasi, iaitu pengucapan keinginan secara simbolik, dan bukan menggunakan pengetahuan yang bersifat empirik tentang sifat-sifat objek semulajadi. Amalan magis bukan sahaja tertumpu dalam kalangan masyarakat primitif, malah turut terdapat dalam masyarakat-masyarakat lain di dunia, khususnya dalam kalangan masyarakat Melayu.

Dalam konteks masyarakat Melayu, kepercayaan terhadap magis wujud apabila anggota-anggota masyarakat ingin melindungi diri dan tanaman mereka daripada sesuatu bencana dan serangan penyakit. Serangan penyakit yang berlaku dipercayai disebabkan oleh dua faktor iaitu; pertama si pesakit telah dirasuk oleh makhluk halus berkemungkinan si pesakit telah mengganggu atau menghina tempat tinggal

Page 3: ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI … · ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu ... dan mencerminkan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

489

makhluk tersebut. Keduanya, jika penyakit tersebut adalah penyakit ganjil, berkemungkinan disebabkan oleh tindakan manusia lain yang iri hati atau dengki terhadap pesakit. Manusia yang berdengki dengan pesakit telah menggunakan bomoh untuk menurunkan bala kepada pesakit. Kedua-dua jenis penyakit ini hanya boleh disembuhkan oleh pawang atau bomoh melalui upacara magis, khususnya upacara Main Puteri. Oleh itu, kertas kerja ini akan mengupas berkenaan kepercayaan sebilangan masyarakat Melayu berhubung dengan elemen magis dalam peralatan dan bahan yang terdapat dalam persembahan Main Puteri yang diamalkan mereka. 2. PERSEMBAHAN MAIN PUTERI

Main Puteri merupakan salah satu persembahan kebudayaan tradisi masyarakat Melayu yang dapat digolongkan sebagai alternatif dalam perubatan tradisional. Persembahan ini bukan sahaja dianggap sebagai alat hiburan semata-mata, malah juga lebih dikenali sebagai upacara perbomohan kerana menggunakan kaedah psikoterapi, iaitu mengubati pesakit dengan memulihkan jiwa pesakit tersebut. Dalam upacara pengubatan Main Puteri, pesakit yang mengalami masalah lemah semangat, perbuatan dikhianat orang, dan hilang ingatan akan dipulihkan melalui upacara berkenaan (Abdul Aziz 1965; Gimlette 1971; Chen 1973; Laderman 1988; Fauzi Yaacob 1993).

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, persembahan Main Puteri berfungsi sebagai upacara pengubatan yang menggunakan kaedah psikoterapi. Menurut Fauzi Yaacob (1993), Main Puteri sebagai satu psikoterapi pribumi Kelantan yang telah diamalkan sejak dari dahulu lagi, di mana kaedah ini membayangkan tanggapan orang Melayu Kelantan mengenai satu gejala fisiologi dan perubatan, iaitu keuzuran dan cara rawatan. Pandangan ini turut disokong Chen (2010), di mana beliau berpendapat bahawa persembahan Main Puteri lebih menekankan kepada sudut psikologi. Tambahnya lagi, upacara ini merupakan psikoterapi rakyat Kelantan berdasarkan kepada kaedah yang digunakan, bukan sahaja melibatkan pesakit, malah turut melibatkan masyarakat umum yang menontonnya.

Dalam upacara persembahan Main Puteri, Banks (1976) menyatakan bahawa kebiasaannya pengamal magis akan diresapi oleh makhluk ghaib, di mana penyerapan makhluk ghaib mencerminkan unsur-unsur penjelmaan kuasa baik yang mengetahui punca penyakit yang dialami oleh pesakit. Namun demikian, pendapat ini agak berbeza dengan Firth (1967), di mana terdapat aspek kesenian dalam upacara pengubatan tersebut. Dalam upacara Main Puteri, bukan sahaja mementingkan perlakuan pengamal dalam proses menyembuhkan pesakit, malah menitikberatkan bagaimana pengamal menggunakan spirit untuk melakukan penyembuhan tersebut dan mencerminkan suatu kesenian yang bergantung kepada kemahiran pengamalnya.

Upacara Main Puteri juga dilihat dari sudut simboliknya, di mana mengikut kajian yang dilakukan Down (1958), dalam upacara ini, dikatakan tubuh Tok Puteri diresapi oleh makhluk ghaib apabila didapati Tok Puteri menggoncang-goncangkan kepala dan punggungnya. Mengikut penulis ini, Tok Puteri berbuat sedemikian bertujuan untuk menakutkan spirit yang mengganggu pesakit dan menghalaunya daripada berterusan mengganggu pesakit.

Page 4: ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI … · ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu ... dan mencerminkan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

490

3. SKOP KAJIAN DAN METODOLOGI KAJIAN

Kawasan kajian ini adalah tertumpu kepada kawasan Kampung Padang Luas Dalam yang terletak di Jerteh Besut, Terengganu. Pemilihan kawasan ini dibuat kerana merupakan kawasan yang masih aktif dalam mengamalkan persembahan Main Puteri berbanding dengan kawasan di tempat yang lain.

Informan yang dipilih dalam kertas kerja ini adalah terdiri daripada anggota pasukan Main Puteri seperti Tok Puteri yang lebih mesra dikenali sebagai Pak Su Rani serta beberapa orang ahli kumpulan mereka. Pemilihan ini dibuat berdasarkan kepada mereka yang dapat memberikan kerjasama dan maklumat semasa penyelidikan ini dijalankan.

Isu yang akan diberi perhatian dalam kertas kerja ini adalah meneliti berkenaan penggunaan magis dalam persembahan Main Puteri yang diamalkan serta dimiliki oleh mereka. Justeru itu, kertas kerja ini dilakukan bukan sahaja untuk mengetahui dengan lebih tepat berhubung persembahan Main Puteri dalam konteks masyarakat Melayu tempatan, malah turut mengenal pasti elemen magis bagi penggunaan peralatan dan bahan dalam persembahan tersebut.

Kertas kerja ini dilakukan dengan menggunakan kaedah kualitatif. Penggunaan kaedah ini dijangka mampu membongkar dan memberikan pemahaman mengenai apa yang berlaku berkaitan sebarang fenomena yang kurang diketahui (Strauss & Corbin 1998). Menurut Zoltan (2007), data secara kualitatif dapat menghuraikan dan menjelaskan secara terperinci dan mendalam berkenaan sesuatu fenomena yang berlaku. Tiga teknik yang digunakan oleh pengkaji dalam menyiapkan kertas kerja ini, iaitu pemerhatian ikut serta, temu bual dan kajian dokumen.

Temu bual merupakan teknik pengumpulan data yang membolehkan pengkaji mendapatkan maklumat daripada informan dengan mengemukakan soalan yang berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Melalui proses temu bual, maklumat kajian diperolehi secara langsung oleh pengkaji daripada informan. Proses temu bual ini akan dijalankan berdasarkan kepada soalan kajian yang telah dikemukan, di mana setiap soalan tersebut akan dipecahkan mengikut tema-tema soalan yang lebih kecil bagi melancarkan proses temu bual yang dijalankan serta memudahkan proses pengumpulan data yang diperolehi oleh pengkaji.

Pemerhatian ikut serta merupakan salah satu teknik yang turut digunakan oleh pengkaji. Melalui teknik ini, pengkaji membuat pemerhatian dan mengikut serta dalam beberapa aktiviti kehidupan anggota masyarakat setempat dan menemu bual mereka berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Keadaan ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran yang tepat atau realiti empirik berhubung sesuatu elemen yang menjadi subjek dalam kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Pengumpulan data melalui teknik pemerhatian ikut serta ini akan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu pemerhatian dan penyertaan. Pemerhatian merupakan satu teknik kajian yang sering digunakan dalam penyelidikan untuk mendapatkan maklumat awal yang diperlukan oleh pengkaji (Rolfe 2001). Menurut Rohana Yusof (2003), teknik ini merupakan teknik asas bagi pengumpulan data. Pengkaji akan melakukan pemerhatian secara berterusan sepanjang persembahan Main Puteri yang diadakan bagi tujuan penyelidikan. Pengkaji bukan sahaja akan memerhati dan meneliti setiap struktur persembahan yang dimainkan, malah turut melakukan pemerhatian terhadap

Page 5: ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI … · ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu ... dan mencerminkan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

491

tingkahlaku serta perwatakan setiap anggota kumpulan tersebut semasa persembahan itu berlangsung. Di samping itu, melalui teknik ini juga membolehkan pengkaji mendapatkan respon yang diberikan oleh informan kajian dengan memerhatikan setiap tingkahlaku informan semasa proses temu bual ini dijalankan.

Penyertaan pula merupakan teknik yang istimewa kerana pengkaji berpeluang untuk menyertai aktiviti yang berkaitan isu yang dikaji secara khusus. Terdapat dua tahap penyertaan yang akan digunakan oleh pengkaji dalam kajian yang dilakukan, iaitu tahap passive dan tahap moderate. Pada tahap passive ini, pengkaji hanya bersifat sebagai pemerhati, di mana pengkaji hanya akan memerhati setiap tingkahlaku anggota masyarakat yang terlibat dan turut memerhati keseluruhan persembahan Main Puteri yang dilakukan oleh mereka. Selain itu, pada tahap moderate pula, pengkaji akan menyertai aktiviti yang dijalankan oleh informan kajian secara tidak menyeluruh, di mana pengkaji akan melibatkan diri secara tidak menyeluruh dengan membantu pasukan Main Puteri dalam penyediaan peralatan dan bahan yang diperlukan dalam persembahan berkenaan.

Kajian dokumen merupakan teknik yang berfungsi untuk menjelaskan fenomena yang berlaku dengan lebih terperinci serta menjadi asas atau sandaran kepada hasil kajian yang akan dilakukan. Dalam hal ini, pengkaji akan menjelaskan aspek yang berkaitan dengan elemen kepercayaan khususnya kepercayaan magis masyarakat Melayu dan persembahan kebudayaan rakyat yang pernah dilakukan oleh masyarakat terdahulu, terutamanya dalam persembahan Main Puteri yang pernah dilakukan oleh anggota masyarakat di kawasan selain daripada kawasan yang akan dilakukan oleh pengkaji. Beberapa jenis dokumen akan dijadikan sebagai rujukan ialah buku, artikel, tesis, laporan kajian dan laman sesawang yang ada hubungannya dengan Main Puteri akan diteliti. 4. ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI PERSEMBAHAN

MAIN PUTERI Dalam upacara Main Puteri, Tok Puteri akan berusaha memulihkan pesakit

daripada gangguan penyakit yang menimpa si pesakit. Si pesakit akan dirawat dan disembuhkan dengan menggunakan pendekatan magis yang dapat dibahagikan kepada beberapa elemen. Menurut Windstedt (1981), setiap upacara magis yang dilakukan dapat dibahagikan kepada tiga elemen iaitu; the things of used, the things of done, and the things of spoken. Ketiga-tiga elemen ini terkandung dalam mana-mana upacara magis yang dilakukan, termasuklah persembahan Main Puteri. Dalam kertas kerja ini, hanya memfokuskan kepada satu elemen magis sahaja iaitu the things of used iaitu apakah peralatan dan bahan yang digunakan dalam persembahan Main Puteri akan digarap dan dibincangkan selepas ini.

Berdasarkan tinjaun yang telah dilakukan di Kampung Padang Luas Dalam, Besut, Terengganu, didapati terdapat sebuah pasukan Main Puteri yang masih aktif dan diamalkan hingga ke hari ini, iaitu pasukan Seni Warisan Melayu. Pasukan ini juga tidak ketinggalan menekankan aspek penggunaan peralatan muzik dalam setiap upacara pengubatan yang dijalankan ke atas pesakit. Keadaan ini bertetapan dengan teori magis yang didasarkan oleh Frazer (1890), di mana beliau menyatakan fungsi magis sebagai kawalan kepada anggota masyarakat untuk memohon

Page 6: ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI … · ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu ... dan mencerminkan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

492

perlindungan dan pertolongan daripada kuasa supernatural, terutamanya dalam upacara penyembuhan ke atas pesakit.

Pengkaji telah mengikuti upacara Main Puteri sebanyak tiga belas kali persembahan yang diadakan di sekitar Besut dan juga di luar kawasan, iaitu di Setiu dan Kuala Berang. Sepanjang pengamatan pengkaji dalam mengikuti persembahan Main Puteri yang dijalankan, sememangnya wujud elemen magis tersebut berasaskan kerangka yang dinyatakan oleh Windstedt. Antara peralatan dan bahan yang telah dikenal pasti dan dikaitkan dengan elemen magis dalam setiap upacara pengubatan Main Puteri yang dilakukan adalah seperti alat muzik, sajian makanan, hiasan lelangit, dan lain-lain peralatan seperti bertih jagung, beras, kunyit, air bunga, kemenyan, lilin, pisang, daun sirih, tepung, tebu, dan kain.

Setiap alat muzik seperti rebab, gong, serunai, gendang, geduk dan kisi perlu disimpan dan dijaga dengan rapi sekiranya tidak digunakan. Kebiasaannya, peralatan muzik ini akan dibalut dengan kain kuning jika tidak digunakan dan diletakkan di tempat yang selamat. Setiap alat muzik ini akan diasapkan dengan kemenyan yang disediakan sebelum upacara Main Puteri berlangsung bertujuan untuk membuang sial atau gangguan makhluk halus yang menumpang duduk pada alat muzik berkenaan semasa tidak digunakan. Satu persatu alat muzik akan diasapkan, di mana selepas diasapkan akan dimainkan sebagai percubaan sehingga menghasilkan bunyi dan paluan yang baik. Keadaan ini akan dilakukan satu persatu sehingga kesemuanya selesai.1

Selain daripada alat muzik, persembahan sajian makanan juga turut diasapkan dengan kemenyan supaya sajian tersebut dapat memberikan kesudahan yang baik dalam upacara yang dijalankan. Keadaan ini kerana tujuan persembahan sajian makanan ini adalah untuk menjamu makhluk halus semasa proses pengubatan berlangsung. Sajian ini dikatakan sebagai bayaran kepada makhluk halus kerana sama-sama membantu Tok Puteri dalam usaha mengubati si pesakit. Perkara yang menarik dalam sajian makanan dan sering menjadi pertanyaan bagi setiap orang ialah mengapakah ayam panggang digunakan sebagai sajian utama kepada makhluk halus? Informan yang ditemu bual pengkaji menyatakan:

“...aaye panggey ni kene ado sebak kito nok mitok tolong dengey hok tu, kiro aye ni makaney kegemarey dio...” Terjemahannya: “...ayam panggang ini kena ada sebab kita hendak minta tolong dengan makluk halus, dikatakan ayam ini makanan kegemaran makhluk halus tersebut...”

Kebiasaannya penyediaan ayam panggang ini berdasarkan kepada kes yang tertentu seperti kes membuang saka. Bagi memulihkan pesakit dari penyakit yang disebabkan oleh saka keturunan keluarga, penyediaan ayam panggang ini perlu kerana kes ini dikatakan kes yang paling berat untuk ditangani oleh Tok Puteri. Oleh kerana ayam panggang merupakan makanan kegemaran makhluk halus, penyediaannya sedikit sebanyak dapat memudahkan Tok Puteri bagi memulihkan pesakit daripada penyakit tersebut. Ayam panggang ini akan dihidangkan bersama dengan pulut kuning. Penggunaan pulut kuning atau lebih dikenali sebagai pulut 1 Temu bual yang dijalankan bersama Pak Su Roni iaitu Tok Puteri dan isterinya di kediamannya yang terletak di Kampung

Padang Luas Dalam pada 18 November 2012 bersamaan hari Ahad.

Page 7: ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI … · ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu ... dan mencerminkan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

493

semangat secara simbolik bertujuan untuk memulikan semangat pesakit yang dirawat. Keadaan ini kerana semasa proses pengubatan pesakit kebiasaannya berada dalam keadaan yang lemah dan tidak berdaya. Tok Puteri akan menyuapkan pulut semangat ini kepada pesakit agar dapat memulihkan semangat pesakit. Selain itu, pemasangan lelangit dalam upacara Main Puteri juga mempunyai maksud yang tersendiri. Sebelum bermulanya upacara Main Puteri, Tok Puteri dan anggota pasukannya akan memasang lelangit yang dijadikan sebagai gelanggang persembahan tersebut. Pemasangan lelangit dibuat secara membujur berpandukan arah kedudukan matahari terbit dan terbenam. Kedudukan arah matahari terbit akan dpilih kerana dipercayai mendapat rahmat dan dimurahkan rezeki. Penyediaan nasi guru yang terdiri daripada pulut kuning dan telur diletakkan dalam satu piring juga akan digantung bersama berhadapan dengan Tok Puteri. Simbolik penggunaan nasi guru ini menandakan itu adalah guru yang menyampaikan ilmu kepada Tok Puteri dan Tok Minduk. Lain-lain peralatan seperti kemenyan, bertih jagung, beras, kunyit, air bunga, daun sirih juga perlu diasapkan dengan kemenyan terlebih dahulu. Kemenyan digunakan bertujuan untuk memagarkan diri daripada makhluk halus, khususnya bagi Tok Puteri sebagai bomoh dalam proses pengubatan tersebut. Kemenyan juga bertindak sebagai pelindung bagi anggota pasukan dan kesemua peralatan dan bahan yang disediakan. Bertih jagung, beras, dan kunyit digunakan untuk meredakan keadaan yang panas selepas Tok Puteri bertarung dengan makhluk halus. Kebiasaannya Tok Puteri akan melempar ketiga-tiga bahan ini kepada pesakit dan keseluruhan gelanggang sebagai simbolik penawar bagi makhluk halus yang terdapat pada diri pesakit dan keseluruhan gelanggang selepas proses bertitih angin pesakit. Penggunaan air bunga pula dikatakan dapat mengurangkan kepanasan tubuh Tok Puteri selepas bertarung dengan makhluk halus. Pengkaji seringkali melihat Tok Puteri membasuh muka dan dadanya yang dipercayai dapat mengurangkan tahap kepanasan tubuh. Tepung dan telur dadar pula digunakan untuk diberikan kepada pesakit semasa proses pengubatan. Pesakit dikehendaki menjamu sedikit makanan tersebut kerana dikatakan dapat memulihkan semangatnya. Lilin pula digunakan bertujuan untuk memberi cahaya atau petunjuk jalan kepada Tok Puteri semasa mengubati pesakit, pisang digunakan untuk makanan anak tekak, daun ,sirih pula dikatakan simbol kepada lendir tekak dan tebu pula dikatakan untuk membuang sial pesakit. Keempat-empat bahan ini iaitu lilin, pisang, daun sirih dan tebu merupakan sajian yang dipersembahkan untuk merawat kes membuang saka. Penggunaan kain yang sering dibawa bersama Tok Puteri semasa proses pengubatan berlangsung juga mempunyai maksud yang tersendiri. Pengkaji sering kali melihat tindakan Tok Puteri yang melibas kain tersebut dan kemudiannya menerkup kain tersebut seakan-akan menangkap sesuatu. Hasil dapatan mendapati tindakan Tok Puteri sedemikian adalah untuk menangkap makhluk halus. Ketika kain tersebut dilibas-libas, semasa itu Tok Puteri mencari di mana kedudukan makhluk halus tersebut. Apabila tindakan Tok Puteri menerkup kain tersebut serta-merta, menunjukkan makhluk tersebut telah berjaya ditangkap oleh Tok Puteri. Selepas itu akan berlakunya sesi berdialog antara Tok Puteri dengan makhluk halus tersebut. Di sini menunjukkan wujudnya elemen kepercayaan magis terhadap makhluk halus dalam upacara Main Puteri.

Page 8: ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI … · ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu ... dan mencerminkan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

494

PENUTUP Masyarakat Melayu terdahulu sememangya berpegang kuat kepada fahaman animisme dan ianya telah diperturunkan serta diwariskan kepada generasi seterusnya. Keadaan ini menyebabkan wujudnya segelintir masyarakat pada hari ini yang masih berpegang dan mengamalkan fahaman tersebut. Situasi ini dapat dibuktikan melalui kepercayaan anggota masyarakat terhadap persembahan kebudayaan tradisional masyarakat Melayu itu sendiri melalui persembahan Main Puteri. Persembahan ini bukan sahaja berfungsi sebagai alat hiburan semata-mata, malah ianya dapat menggambarkan aspek kepercayaan elemen magis yang terkandung dalam persembahan tersebut. Melalui persembahan Main Puteri, aspek kepercayaan magis jelas tergambar dalam pemikiran anggota masyarakat yang mengamalkan, khususnya pemikiran anggota pasukan Main Puteri terbabit kerana mereka beranggapan setiap peralatan dan bahan yang digunakan membawa maksud dan simbol yang tersendiri. Walaupun ini adalah kajian rintis sahaja, kajian seterusnya yang lebih mendalam harus dilakukan oleh pelbagai pihak agar masyarakat moden pada hari ini bukan sahaja dapat memahami pola pemikiran dan kepercayaan magis yang dipegang oleh pasukan Main Puteri terbabit, malah mereka juga dapat mengetahui signifikan di sebalik penerimaan sebilangan anggota masyarakat melalui persembahan Main Puteri yang masih aktif diamalkan sehingga ke hari ini.

Gong Serunai

Geduk Kisi

Page 9: ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI … · ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu ... dan mencerminkan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

495

Rebab Gendang

Peralatan muzik diperasapkan Sajian makanan diperasapkan

dengan kemenyan dengan kemenyan

Antara persembahan sajian makanan untuk pnegubatan membuang saka

Page 10: ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI … · ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu ... dan mencerminkan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

496

Nasi Guru Kemenyan dan bara api,

bertih, telur dadar, air, dan tepung

Pemasangan lelangit oleh anggota pasukan Main Puteri

Page 11: ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI … · ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu ... dan mencerminkan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

497

Lain-lain peralatan persembahan RUJUKAN Abdul Aziz Ismail. Semangat: Kepercayaan Padanya. Latihan Ilmiah B.A. Jabatan

Pengajian Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. (1965). Amran Kasimin. Jampi Mantera dan Serapah.Dewan Budaya.Ogos .Jilid 25.Bil 08.

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.(2003). Banks, D.J. Trande and Dance: The Hindu-Buddhist Complex in Northwest Malay

Folk Religion. New York: Buffalo. (1976). Chen, Paul C.Y. An Analysis of Customs Related to Childbirth in Rural Malay Culture.

Tropical and Geographical Medicine 25. (1973). Downs, R.E. A Kelantanese Village in Malaysia. Steward J.H.(ed).Contemporary

Change in Traditional Societies. Urbana: University of Illnois. (1967). Frazer, J.G. The Golden Bough. London: Macmillan.(1890). Frazer, J.G. The Golden Bough, The Magic Art. Edisi Ketiga. Jilid 1.London:

Macmilan. (1922). Firth, Raymond. Ritual and Drama in Malay Spirit Mediumship. Moutan: The Hague.

(1967). Gimlette, John D. Malay Poisons and Charm Cures. Singapura: Oxford University

Press. (1971). Ismail Hamid. Agama dan Kepercayaan. Rubiah Sidin dan Juriah Sulong (ed). Nilai

Budaya Masyarakat Desa: Kajian Etnografi di Kampung Tekek Pulau Tioman, Pahang Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1998).

John Beatie. Lain-lain Kebudayaan. Kuala Lmupur: Kementerian Pelajaran Malaysia.(1979)

Laderman, C. Wayward Winds: Malay Archetypes and Theory of Personality in the Context of Shamanism. Social Science Medical . Volume 27 (8). (1988).

Mohd Fauzi Yaacob. Main Puteri. Norazit Selat (ed). Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia Muzium Negara. (1993).

Marcel Mauss. A General Theory of Magic. London adn Boston: Routledge & Kegan Paul. (1972)

Page 12: ELEMEN MAGIS DALAM PERALATAN DAN BAHAN BAGI … · ini juga boleh menjadi bukti bahawa wujudnya kepercayaan terhadap elemen magis dalam pemikiran masyarakat Melayu ... dan mencerminkan

6-7 September 2015 – Universiti Sultan Zainal Abidin, Malaysia Proceedings of ICIC2015 – International Conference on Empowering Islamic Civilization in the 21

st Century

eISBN: 978-967-13705-0-6

498

Norazit Selat. Konsep Asas Antropologi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. (1989).

Strauss, A.L. dan Corbin,J. Basics of Qualitative Research: Techniques and Procedures for Developing Grounded Theory, Second Edition. Thousand Oaks, California: SAGE Publicatinons Inc. (1998).

Taha Abd Kadir. Pengubatan Tradisional Melayu. Dewan Budaya.Mac. Jilid 27. Bil 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. .(2005)

Rohana Yusof. Penyelidikan Dalam Sains Sosial. Bentong: PTS Publications & Distributor Sdn.Bhd (2003).

Rolfe, S. ‘Direct Observations’, Doing Early Childhood Research: Internatioanl Perspective on Theory in Practice. Buckingham: Open University Press. (2001).

Windstedt, R. The Malays A Cultural History. Singapore: Graham Brash (pte) Ltd. (1981).

Zoltan, Dornyei. Research Methods in Applied Linguistics. New York: Oxford University Press. (2007).

Chen Paul, C.Y. Main Puteri: An Indigenous Kelantenese Form of Psychotherapy. http://isp .sagepub.com. (3.11.2010)

Muhammad Jailani Abu Talib. Kepercayaan Warisan Melayu: Dilema Tradisi dan Realiti. http://www.scrib.com.(29.9.2010).