elemen kbat

17
BAHAGIAN 1 PENGENALAN Amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengikut KBSR adalah satu sistem penilaian untuk mengukur kebolehan dan prestasi murid-murid di sekolah. Alat yang digunakan untuk sistem ini adalah alat yang dibina oleh guru sekolah. Dalam KBSR, penilaian berasaskan sekolah telah diamalkan dalam aktiviti penilaian digunakan untuk mengesan perkembangan individu secara menyeluruh. Ia juga disebutkan sebagai Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR) atau Penilaian Kemajuan Sekolah Menengah (PKSM) mengikut matlamat KBSR atau KBSM masing-masing. Berdasarkan kajian Suah See Ling, Ong Saw Lan dan Shuki Osman dalam jurnal Pentaksiran Pembelajaran Pelajar: Amalan Guru-guru di Malaysia, isu-isu yang membelenggu amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengikut KBSR adalah seperti berikut: i. Pengetahuan guru tentang pelaksanaan pentaksiran yang seperti memperoleh pengetahuan tentang pentaksiran daripada kursus-kursus dalam perkhidmatan, memperoleh pengetahuan daripada latihan selepas 1-5 tahun dan guru yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus berkaitan dengan pentaksiran. ii. Keyakinan dan kesediaan dalam melaksanakan pentaksiran seperti guru banyak menggunakan ujian objektif aneka-pilihan dalam membuat pentaksiran tentang pelajar mereka dan kurang digunakan adalah soalan pemadanan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan pengaruh peperiksaan awam yang kurang menggunakan format item demikian. iii. Amalan pembentukan dan penggunaan skema pemarkahan. iv. Guru-guru sekolah rendah lebih banyak menggunakan ujian bertulis. Contohnya, guru bahasa banyak menggunakan bentuk soalan esei untuk membuat pentaksiran tentang pelajar. Kesannya daripada isu-isu di atas, pentaksiran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengikut KBSR telah ditransformasikan kepada pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) mengikut KSSR yang telah dilaksanakan pada tahun 2008. 1

Upload: mary-phang

Post on 03-Oct-2015

57 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

BM

TRANSCRIPT

BAHAGIAN 1

PENGENALAN

Amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengikut KBSR adalah satu sistem penilaian untuk mengukur kebolehan dan prestasi murid-murid di sekolah. Alat yang digunakan untuk sistem ini adalah alat yang dibina oleh guru sekolah. Dalam KBSR, penilaian berasaskan sekolah telah diamalkan dalam aktiviti penilaian digunakan untuk mengesan perkembangan individu secara menyeluruh. Ia juga disebutkan sebagai Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah (PKSR) atau Penilaian Kemajuan Sekolah Menengah (PKSM) mengikut matlamat KBSR atau KBSM masing-masing.Berdasarkan kajian Suah See Ling, Ong Saw Lan dan Shuki Osman dalam jurnal Pentaksiran Pembelajaran Pelajar: Amalan Guru-guru di Malaysia, isu-isu yang membelenggu amalan pentaksiran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengikut KBSR adalah seperti berikut: i. Pengetahuan guru tentang pelaksanaan pentaksiran yang seperti memperoleh pengetahuan tentang pentaksiran daripada kursus-kursus dalam perkhidmatan, memperoleh pengetahuan daripada latihan selepas 1-5 tahun dan guru yang tidak pernah menghadiri sebarang kursus berkaitan dengan pentaksiran. ii. Keyakinan dan kesediaan dalam melaksanakan pentaksiran seperti guru banyak menggunakan ujian objektif aneka-pilihan dalam membuat pentaksiran tentang pelajar mereka dan kurang digunakan adalah soalan pemadanan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan pengaruh peperiksaan awam yang kurang menggunakan format item demikian.iii. Amalan pembentukan dan penggunaan skema pemarkahan. iv. Guru-guru sekolah rendah lebih banyak menggunakan ujian bertulis. Contohnya, guru bahasa banyak menggunakan bentuk soalan esei untuk membuat pentaksiran tentang pelajar. Kesannya daripada isu-isu di atas, pentaksiran pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu mengikut KBSR telah ditransformasikan kepada pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) mengikut KSSR yang telah dilaksanakan pada tahun 2008.Selaras dengan transformasi KBSR kepada KSSR telah melihat kepada perubahan yang berlaku dalam kurikulum pendidikan iaitu pengisian KBAT dalam semua soalan Kertas 1, Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR (2012, 2011, dan 2010) berdasarkan model Taksonomi Bloom (semakan Anderson dan Krathwohl, 2001). Menurut Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025, penambahbaikan telah dilakukan kepada kerangka pentaksiran bagi meningkatkan jumlah soalan kemahiran berfikir aras tinggi. Selain itu, KPM juga akan menambah secara sistematik bilangan soalan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran berasaskan sekolah dan peperiksaan awam. Soalan ini akan berasaskan Taksonomi Bloom dan akan menguji kemahiran seperti aplikasi, analisis, penilaian dan penjanaan. Menjelang tahun 2016, soalan yang menguji kemahiran ini akan membentuk 80% daripada soalan UPSR, 80% daripada soalan penilaian Tingkatan 3, dan 75% daripada soalan untuk mata pelajaran teras SPM serta 50% daripada soalan mata pelajaran elektif SPM.

Definisi istilahMenurut Pushpalatha A/P Sivamugam dalam jurnalKemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat: Satu Kajian Kes (2006), menyatakan domain kognitif Taksonomi Bloom (Bloom, 1956) merangkumi enam aras kognitif atau peringkat. Dua peringkat yang pertama dilihat sebagai Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan empat aras seterusnya sebagai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) adalah keupayaan individu untuk mengingat kembali iaitu dengan menguji kebolehan individu mengingat sesuatu semula, mengecamkan idea, mengenal pasti, menyenaraikan dan menamankan keterangan, prinsip atau fakta yang telah dipelajari. Selain itu, KBAR juga merupakan keupayaan untuk memahami iaitu berkaitan dengan kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baharu dan kemahiran menggunakan pengetahuan untuk memberikan penjelasan bagi suatu situasi baharu.Menurut Anderson, L. W dan Krathwohl D. R (2001), KBAR merangkumi tiga peringkat dalam Taksonomi Bloom, peringkat pertama ialah aras mengingat iaitu menguji kebolehan calon mengingat sesuatu semula, mengecamkan idea, mengenal pasti, menyenaraikan dan menamankan keterangan, prinsip atau fakta yang telah dipelajari. Peringkat kedua pula, iaitu aras memahami adalah untuk menguji kebolehan kognitif yang melibatkan penggunaan pengetahuan tanpa situasi baharu. Aras memahami juga melibatkan proses penterjemahan, interpertasi dan ekstrapolasi. Peringkat ketiga ialah aras mengaplikasikan iaitu untuk menguji kemahiran menggunakan pengetahuan untuk memberikan penjelasan bagi suatu situasi baharu atau menyelesaikan masalah yang baharu seperti mengaitkan peristiwa masa kini dengan peristiwa masa lalu.Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) pula merupakan keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT juga merangkumi lima kebolehan kemahiran berfikir iaitu menaakul, teknik menyoal, kreativiti, penyelesaian masalah dan inkuri. Menurut Anderson, L. W dan Krathwohl D. R (2001), KBAT merangkumi tiga peringkat seterusnya dalam Taksonomi Bloom. Peringkat keempat ialah aras menganalisis iaitu menguji kemahiran mencerakinkan atau mengumpul maklumat atau bahagian-bahagian dalam satu set komunikasi sehingga pertalian antara bahagian-bahagian tersebut dapat ditunjukkan dengan jelasnya. Selain itu, aras menganalisis mengujia kebolehan calon membandingkan dan menghuraikan fakta-fakta kesamaan, perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain.Peringkat kelima ialah aras menilai iaitu menguji kebolehan calon membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, merumuskan atau memberikan pendapat terhadap sesuatu pernyataan. Calon juga perlu melihat fakta dari aspek pro dan kontra semasa membuat penilaian. Kemahiran membuat pertimbangan atau memberikan gred dengan menggunakan kaedah dan kriteria standard tentang kesesuaian, ketepatan, kecekapan, keberkesanan dan sebagainya.Peringkat terakhir atau keenam ialah aras mencipta iaitu menguji kebolehan calon merancang, mereka atau mencipta atau menghasilkan sesuatu yang kreatif dan penggabungan pelbagai unsur. Hal ini termasuk penghasilan sesuatu rancangan, rumusan, kaedah atau prosedur atau cadangan. Kemahiran yang boleh menggabungkan elemen-elemen dan bahagian-bahagian untuk membentuk suatu set maklumat. Selain itu, aras mencipta juga melibatkan proses menyusun dan membuat keputusan serta lebih bersifat pemikiran bercapah dan kreatif.

ANALISIS PERBINCANGAN ELEMEN KBAT SOALAN UPSRSoalan UPSR yang dianalisis hanya mendasari Kertas 1, Tahun 2011. Analisis dilaksanakan pada 20 soalan yang dipilih iaitu 19, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27, 28, 29, 30, 31, 32, 34, 35, 36, 37, 38 dan 40.Skop analisis KBAT difokuskan dari segi aras soalan, item soalan, kemahiran dan sistem bahasa. Analisis dan interpretasi elemen KBAT soalan UPSR yang dikaitkan dengan Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001).Dimensi Pengetahuan

Pengetahuan fakta

Pengetahuan Konsep

Pengetahuan Proses

Pengetahuan Meta Kognitif

Dimensi Proses Kognitif

MengingatMemahamiMengaplikasiMenganalisisMenilaiMencipta

Senarai ListRingkaskan SummariseKlasifikasi ClassifyAturan OrderSusunanRankGabungkan Combine

Terangkan DescribeInterpret InterpretEksperimen ExperimentHurai ExplainTaksir AssessRancangkan Plan

Bentangkan TabulateRamalkan PredictHitungkan CalculateBezakan DifferentiateSimpulkan ConcludeGubah Compose

Kegunaan sesuai Appropriate useLaksanakan ExecuteBinakan ConstructRumuskan AchieveTindakan ActionWujudkan

No SoalanModel Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001

1Mengingat Aras Rendah

2Memahami Aras Rendah

3Mengingat Aras Rendah

4Memahami - Aras Rendah

5Mengingat Aras Rendah

6Mengingat - Aras Rendah

7Memahami Aras Rendah

8Mengaplikasi Aras Rendah

9Mengaplikasi Aras Rendah

10Memahami Aras Rendah

21Menganalisis Aras Tinggi

22Menganalisis Aras Tinggi

23Menganalisis Aras Tinggi

24Menganalisis Aras Tinggi

25Menganalisis Aras Tinggi

26Menganalisis Aras Tinggi

27Menganalisis Aras Tinggi

28Menganalisis Aras Tinggi

34Menganalisis Aras Tinggi

38Menilai Aras Tinggi

Berdasarkan Jadual di atas, terdapat 20 soalan yang telah dipilih untuk dianalisis berpandukan Model Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001).Pada pendapat saya, Soalan 1 merupakan soalan berbentuk aneka pilihan. Sistem bahasa yang terlibat ialah tatabahasa iaitu kata ganti nama orang kedua dan kata ganti nama orang ketiga. Hal ini kerana soalan bertanya mengenai kata ganti nama diri bagi bapa Farah. Bapa Farah merujuk kepada orang kedua dalam sistem ganti nama orang kedua. Bagi aras soalan ini pula, ia merupakan soalan pada aras mengingat kembali kerana murid sudah mempelajari kata ganti nama diri sejak Tahun 3 dan 4.Soalan 2 ini merupakan soalan aneka pilihan. Sistem bahasa yang terlibat dalam soalan ini ialah tatabahasa iaitukata ganti nama orang ketiga. Soalan ini berada pada aras kefahaman kerana situasi tersebut melibatkan konteks kerabat diraja. Murid perlu mengetahui dan memahami kata ganti nama yang sesuai dan betul bagi kerabat diraja. Di samping itu, kata ganti nama tersebut tidak digunakan dalam komunikasi seharian murid kerana murid merupakan golongan rakyat biasa sahaja. Jadi, murid harus tahu dan faham mengenai peralihan kata ganti nama bagi kerabat diraja.Pada pendapat saya, soalan 3 ini merupakan soalan aneka pilihan yang disertakan bahan rangsangan. Soalan ini menguji sistem tatabahasa murid yang berkenaan dengan kata kerja pasif berdasarkan aksi pada gambar tersebut. Selain itu, wujud juga imbuhan awalan meng-, men- dan me- pada pilihan jawapan tersebut. soalan ini merupakan soalan pada aras mengingat kembali dan pengetahuan kerana gambar jelas menunjukkan aksi yang dilakukan dan ia sekaligus memberi klu kepada jawapan murid.Soalan 4 merupakan soalan aneka pilihan yang disertakan bahan rangsangan iaitu gambar seorang lelaki yang sedang mengetam papan. Sistem bahasa yang terlibat ialah kata kerja pasif. Soalan ini pada aras kefahaman kerana murid perlu memahami setiap maksud bagi setiap pilihan jawapan yang diberikan. Murid harus meneliti dan memahami perbuatan yang ditunjukkan pada gambar tersebut.Soalan 5 merupakan soalan aneka pilihan. Sistem bahasa yang terlibat dalam soalan ini ialah kata tugas bagi kata adverba. Aras soalan ini adalah pada aras mengingat kembali. Hal ini kerana murid tahu bahawa apabila kita hendak berhenti, kita akan menekan loceng bas. Jadi, jelaslah bahawa soalan ini adalah soalan pada aras meningat kembali dimana murid menggunakan pengetahuan sedia ada mereka untuk menjawab soalan ini.Soalan 6 merupakan soalan aneka pilihan. Sistem bahasa yang telibat ialah kata adjektif. Saya berkata demikian kerana jika dilihat pada jawapan pilihannya, keempat-empat pilihan jawapan tersebut melibatkan perasaan. Soalan ini adalah pada aras mengingat kembali. Hal ini kerana jika dibaca soalannya, ia mengatakan bahawa seorang nenek itu rindu akan cucunya yang telah lama tidak pulang ke kampung. Ini jelas menunjukkan soalan ini pada aras mengingat kembali dimana murid menggunakan pengetahuan sedia ada untuk menjawab soalan ini.Soalan 7 merupakan soalan aneka pilihan. Sistem bahasa yang terlibat dalam pembinaan soalan ini ialah kata adjektif. Saya berkata kerana soalan bertanyakan mengenai keadaan air sungai akibat pencemaran. Jadi murid diminta untuk memilih jawapan yang sesuai. Soalan ini pada aras kefahaman. Saya berpendapat sedemikian kerana jawapan bagi soalan ini bersifat agak tricky yang mana ia dapat mengelirukan murid. Murid harus mempunyai kefahaman yang tinggi untuk menjawab soalan ini.Soalan 8 merupakan soalan aneka pilihan. Sistem bahasa yang terlibat ialah kata adjektif cara. Saya berkata demikian kerana jika dilihat pada pilihan jawapannya, saya melihat keempat-empat pilihan jawapan tersebut merujuk kepada sifat atau perlakuan seseorang apabila dipanggil oleh guru. Soalan ini adalah pada aras aplikasi. Saya berkata demikian kerana murid tahu akan perkara yang perlu dilakukan jika seseorang guru memanggil kita ke hadapan kelas. Selain itu, murid juga mungkin pernah mempunyai pengalaman tersebut dan diaplikasikan dalam konteks soalan ini.Soalan 9 merupakan soalan aneka pilihan yang berbentuk pemadanan. Hal ini kerana murid harus tahu untuk memadankan perkataan yang tepat pada kedua-dua ruangan jawapan tersebut. Jika murid memilih perkataan yang salah pada ruangan yang pertama, maka jawapan yang kedua juga salah. Jadi, murid harus mencari padanan jawapan yang sesuai. Bagi sistem bahasa, soalan ini menggunakan Kata Tugas Kata Hubung Gabungan, kata pancangan keterangan dan kata pangkal ayat. Saya berkata demikian kerana murid perlu mencari kata hubung yang sesuai dengan kehendak soalan. Bagi arasnya pula, saya berpendapat bahawa soalan ini adalah pada aras aplikasi. Saya berfikiran sedemikian kerana murid sudah belajar dan tahu mengenai kata hubung. Jadi, murid hanya perlu menggunakan pengetahuan sedia ada mereka mengenai kata hubung untuk menjawab soalan ini.Soalan 10 merupakan soalan aneka pilihan yang berbentuk pemadanan. Murid harus tahu mengenai sistem bahasa yang digunakan dalam soalan ini. Sistem bahasa yang digunakan ialah penanda wacana dan kata sendi nama untuk menjawab soalan ini. Soalan ini adalah soalan pada aras memahami. Saya berkata demikian kerana jika dilihat pada konteks situasi yang diselitkan pada soalan tersebut. Seolah-olah memerlukan murid memahami soalan terlebih dahulu sebelum memilih jawapan yang tepat.Soalan 21 adalah soalan pada aras menganalisis. Aras kemahiran analisis adalah menguji kemahiran mencerakinkan atau mengumpul maklumat atau bahagian-bahagian sehingga pertalian antara bahagian-bahagian tersebut dapat ditunjukkan dengan jelas. Soalan ini memerlukan murid untuk mencari maklumat yang sesuai berdasarkan makna perkataan yang dinyatakan pada setiap jawapan. Murid perlu mencari ayat yang betul berdasarkan penggunaan perkataan deras mengikut pengetahuan dan kefahaman murid. Kemahiran bahasa yang terlibat dalam soalan ini ialah kemahiran membaca kerana soalan menekankan aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Sistem bahasa yang digunakan dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri daripada morfologi iaitu mengkaji golongan kata terdiri daripada kata adjektif cara bagi perkataan deras.Soalan 21,23,24,25,26,27,28,dan 34 adalah soalan KBAT pada aras menganalisis. Aras kemahiran analisis adalah menguji kemahiran mencerakinkan atau mengumpul maklumat atau bahagian-bahagian sehingga pertalian antara bahagian-bahagian tersebut dapat ditunjukkan dengan jelas. Soalan 21, contohnya memerlukan murid untuk mencari maklumat yang sesuai berdasarkan makna perkataan yang dinyatakan pada setiap jawapan. Murid perlu mencari ayat yang betul berdasarkan penggunaan perkataan Lahir mengikut pengetahuan dan kefahaman murid. Kemahiran bahasa yang terlibat dalam soalan ini ialah kemahiran membaca kerana soalan menekankan aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Sistem bahasa yang digunakan dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri daripada morfologi iaitu mengkaji golongan kata terdiri daripada kata kerja iaitu pembentukan kata kerja tunggal bagi perkataan lahir.Aras kemahiran analisis adalah menguji kemahiran mencerakinkan atau mengumpul maklumat atau bahagian-bahagian sehingga pertalian antara bahagian-bahagian tersebut dapat ditunjukkan dengan jelas. Soalan 34 memerlukan murid untuk membuat banding beza mengenai ayat jawapan yang betul daripada empat ayat jawapan disediakan, serta mencari fakta-fakta yang betul di dalam ayat berdasarkan petikan yang telah disediakan. Kemahiran bahasa yang terlibat dalam soalan ini ialah kemahiran membaca kerana soalan menekankan aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Sistem bahasa yang digunakan dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri daripada kosa kata iaitu mengkaji penguasaan kosa kata dalam mengungkap maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu.Aras kemahiran penilaian ( KBAT ) adalah menguji kemahiran murid membuktikan, menilai, mengesahkan, mengkritik, merumuskan atau memberikan pendapat terhadap sesuatu pernyataan. Soalan 38 memerlukan murid untuk memberi satu pendapat mengenai soalan diberikan iaitu bagaimanakah pendidikan mempengaruhi amalan pantang larang dalam kalangan generasi muda?.Murid diminta untuk memberikan pendapat atau pandangan dalam mengatasi isu yang dinyatakan pada soalan di atas setelah membuat pembacaan terhadap petikan yang diberikan. Kemahiran bahasa yang terlibat dalam soalan ini ialah kemahiran membaca kerana soalan menekankan aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Sistem bahasa yang digunakan dalam soalan ini ialah tatabahasa terdiri daripada kosa kata iaitu mengkaji penguasaan kosa kata dalam mengungkap maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu.

BAHAGIAN 2JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BMNo SoalanTatabahasa PengetahuanPemahamanAplikasiAnalisisSintesisPenilaian

1Kata Nama/

2Kata Nama/

3Sinonim/

4Kata kerja/

5Kata Abjektif/

6Antonim/

7Kata Tanya/

8Ayat Tunggal/

9Peribahasa/

10Peribahasa/

11Kata Tanya/

12Kata Tanya/

13Kata Perintah/

14Sinonim/

15Kata Hubung/

16Pemahaman/

17Pemahaman/

18Pemahaman/

19Pemahaman/

20Pemahaman/

21Pemahaman/

22Pemahaman/

23Pemahaman/

24Pemahaman/

25Pemahaman/

SET SOALAN UJIAN BM KSSR TAHUN 41. Asyraf membeli beg sekolah dan alat tulisnya di ______. (Aras Pengetahuan)

A. kedai B. kilangC. bengkelD. perpustakaan-2. Kamal dan rakan-rakannya memang gemar mandi di ______ kerana airnya yang jernih dan menyegarkan. (Aras Kefahaman)

A. payaB. sawahC. sungaiD. kolam renang

3. Siti merupakan seorang gadis yang bersopan santun. (Aras Aplikasi)Perkataan yang bergaris sesuai digantikan dengan:

A. baikB. kemasC. hormatD. lemah lembut

4. Pilih ayat yang menggunakan kata kerja dengan betul. (Aras Aplikasi)

i. Ibu memasak air di dapur ii. Ahmad menuggang seekor kuda yang berwarna putihiii. Hobi Asyraf adalah berenag di pusat renang yang berhampiraniv. Kamalia sedang melukis gambar pemandangan di kawasan bukit itu

A. i,ii dan iiiB. i,ii dan ivC. ii,iii, dan ivD. i,iii, dan iv5. Isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. (Aras Analisis)

Musa merupakan seorang kanak-kanak yang ______ dan _______ jika hendak dibandingkan dengan rakan sebayanya yang lain hinggakan dia tidak menggunakan kerusi untuk mengambil barang di tempat yang tinggi.

A. besar dan kecilB. tinggi dan besarC. segak dan pendekD. kurus dan pendek

6. Pilih perkataan yang berlawanan dengan perkataan yang bergaris. (Aras Aplikasi)

Datuk menyimpan koleksi barangan antiknya dalam sebuah bilik khas di rumahnya.

A. baruB. burukC. cantikD. moden

7. Pilih pernyataan soalan yang tepat. (Aras Sintesis)

i. Apakah yang kamu buat itu, Nani?ii. Bilakah negara kita mencapai kemerdekaan?iii. Siapakah perdana menteri Malaysia yang kedua?iv. Apakah umur kanak-kanak mengambil peperiksaan UPSR?

A. i,ii, dan iiiB. i,ii, dan ivC. ii,iii, dan ivD. i,ii, dan iv

8. Pilih pernyataan ayat tunggal yang tepat. (Aras Analisis)

i. Kamal membeli sebuah kereta baharu ii. Adik sedang menyiapakan kerja rumahnyaiii. Ayah sedang memotong rumput di halaman rumahiv. Ali dan Abu mengail di sungai belakang rumah mereka

A. i,ii, dan iiiB. i,ii, dan ivC. i,iii dan ivD. ii,iii dan iv

9. Pilih maksud peribahasa yang paling sesuai. (Aras Sintesis)

Bagaikan ketam mengajar anaknya berjalan

A. Anak kurang didikan yang betul B. Menunjukkan contoh yang baik kepada anakC. Ayah mengajar anak yang tidak pandai berjalanD. Mengajar anak pekara yang betul sedangkan diri sendiri tidak melakukannya

10. Pilih peribahasa yang sesuai berdasarkan situasi berikut. (Aras Penilaian)

Saiful dan Fazli merupakan sahabat baik sejak kecil lagi. Bahkan jika kemana-mana pun mereka pasti akan pergi bersama

A. Bagaikan buku bertemu ruas B. Bagaikan aur dengan tebingC. Bagai katak dibawah tempurungD. Bagaikan enau dalam belukar, melepaskan duri masing-masing

12. __________________kah yang menjadi johan dalam Pertandingan Pidato Diraja Peringkat Negeri Pahang Tahun 2007 yang lalu? Pilih kata tanya yang sesuai bagi ayat tanya di atas A Apa B Bila C Siapa D Mengapa

13. Siapakah yang bercakap dengan kamu sebentar tadi ?

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya di atas. A Saya tidak dengarlah. B Saya tidak boleh bercakap. C Saya bercakap dengan kamu tadi. D Salmah yang bercakap dengan saya tadi.

14. Rejab mengambil kesempatan untuk melarikan diri daripada penculik yang sedang tidur. Perkataan seerti bagi kesempatan ialah

A peluang B peranan C kehendak D kesanggupan

15. Kasim seorang murid yang lemah dalam pelajaran, ___________________ dia sentiasa berusaha untuk berjaya.

A namun begitu B selain itu C walaupun D sekiranya

Jawab soalan petikan di bawah.

Pada minggu lepas, sekolah saya telah mengadakan temasya sukan tahunan secara besar-besaran. Temasya sukan tahunan ini sungguh meriah kerana dihadiri oleh para jemputan khas yang terdiri daripada Pengarah Pelajaran Negeri Pahang dan PegawaiPelajaran Daerah.Acara bermula tepat pada pukul dua petang. Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Pahangtelah menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan temasya sukan tahunan sekolahsaya.Beberapa acara padang seperti lontar peluru,lompat jauh, dan lompat tinggi telahdiadakan sebelum hari sukan . Manakala acara balapan seperti 100 meter, 200 meter, 4 X 100meter, dan 4 X 200 meter telah diadakan pada hari sukan .Pasukan beruniform seperti pasukan Pengakap dan Persatuan Bulan Sabit Merah telahmenjalankan tugas dengan baik. Mereka membantu menyediakan peralatan sukan danmemberikan pertolongan cemas kepada peserta yang mendapat kecederaan.Temasya sukan tahunan pada kali ini berjalan dengan lancar. Olahragawan padatahun ini disandang oleh Hakim bin Bakar daripada rumah Gunung Ledang, manakalaolahragawati pula disandang oleh Mashitah Mohamad daripada rumah Gunung Benom.Rumah Gunung Tahan diumumkan sebagai juara keseluruhan sukan tahun ini.Acara penutupan disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah. Beliaumenyampaikan hadiah kepada para pemenang. Acara tamat pada 6.35 petang. Semua murid gembira dan berpuas hati .

16. Siapakah yang merasmikan temasya sukan tahunan?A Guru Besar B Pegawai Pelajaran DaerahC Tuan Pengarah Pelajaran DaerahD Tuan Pengarah Pelajaran Negeri

17. Pada hari sukan beberapa acara sukan telah dipertandingkan .Antaranya adalah seperti berikut.A acara balapanB acara padangC acara balapan dan sukanekaD acara padang dan balapan

18. Johan keseluruhan sukan dimenangi oleh rumah .A Rumah Gunung LedangB Rumah Gunung BenomC Rumah Gunung TahanD Rumah Gunung Kinabalu19. Berapa lamakah temasya sukan ini berlangsung.A 3 jam 25 minitB 4 jam 25 minitC 4 jam 35 minitD 5 jam 35 minit

20. Kata disempurnakan dalam petikan bermaksud A dijalankanB dilancarkanC diselesaikanD dilakukan

21. Suhaila berasa ___________________ meninggalkan ayahnya yang sakit tenat di rumah seorang diri.

A jauh hati B berat hati C besar hati D berkat hati

22. Setelah berjaya dalam perniagaannya, Ahmad telah melupakan jasa ibu bapanya. sikap Ahmad ________________________.

A bagai menatang minyak yang penuh. B seperti kacang lupakan kulit C bagai kaduk naik junjung D seperti aur dengan tebing.

23. Kasim seorang murid yang lemah dalam pelajaran, ___________________ dia sentiasa berusaha untuk berjaya.

A namun begitu B selain itu C walaupun D sekiranya

24. Cikgu Nazri mengambil masa selama ______________ hari untuk menanda kertas ujian penulisan itu.

A setiapB beberapaC sebilanganD sebahagian

25. Kamu _________________ perlu menekan suis yang berwarna hijau untuk menggerakkan mesin pemotong kayu itu.

A jua B hanya C sahaja D memang

RUJUKANKamarudin Hj. Husin. (1988).Pedagogi BahasaPentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

Kubiszyn, T. & Borich, G. (1996).Educational Testing and Measurement: Classroom Application and Practice, (5th Ed). New York: Harper Collins.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. (2004). Pembinaan Skema. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Mohammad Hafizi Zaini (2006) .Jadual Spesifikasi Ujian http://mohammadhafizizaini-bmm.blogspot.com/

Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada peringkat sekolah rendah . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Rahayah Ariffin. (2003). Teori, Konsep dan Amalan Dalam Pengukuran dan Penilaian Pusat Pembangunan Akademik Bangi: Penerbit Universiti KebangsaanMalaysiahttp://www.ppdhl.net/v2/images/fbfiles/files/pengujian_pengukuran_penilaian.pdf .

17