eksplorasi c.a.d untuk pakaian starter kit mesra … c.a.d untuk pakaian (24pgs).pdfiii pengesahan...

24
EKSPLORASI C.A.D UNTUK PAKAIAN STARTER KIT MESRA PENGGUNA D.I.Y KANAK-KANAK ERA QUSNIZA MOHAMMED NAZDRI Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2017

Upload: phungtruc

Post on 06-Jul-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EKSPLORASI C.A.D UNTUK PAKAIAN STARTER KIT MESRA

PENGGUNA D.I.Y KANAK-KANAK

ERA QUSNIZA MOHAMMED NAZDRI

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2017

EKSPLORASI C.A.D UNTUK PAKAIAN STARTER KITS MESRA

PENGGUNA UNTUK KANAK-KANAK

ERA QUSNIZA MOHAMMED NADZRI

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan Dengan Kepujian

(Teknologi Seni Reka)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2017

i

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: ____________

Please tick ()

Final Year Project Report

Masters

PhD

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the 20th JUNE, 2017.

Student’s Declaration:

I ERA QUSNIZA BINTI MOHAMMED NADZRI, 49675 FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE

ARTS (FACA) hereby declare that the work entitled EXPLORATION C.A.D IN PRODUCE

CHILDREN CLOTHING STARTER KIT (D.I.Y) is my original work. I have not copied from any

other students’ work or from any other sources except where the due reference or acknowledgement

is made explicitly in the text, nor has any part been written for me by another person.

20th

JUNE 2017 ERA QUSNIZA BT M. NADZRI (49675)

Date submitted Name of the student (Matric No.)

Supervisor’s Declaration:

I CIK NORHAYATI BINTI SULEIMAN hereby certifies that the work entitled EXPLORATION

C.A.D IN PRODUCE CHILDREN CLOTHING STARTER KIT (D.I.Y) was prepared by the above

named student, and was submitted to the FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS (FACA)

as a * partial/full fulfillment for the conferment of BACHELOR OF APPLIED ARTS WITH

HONOURS (DESIGN TECHNOLOGY) and the aforementioned work, to the best of my knowledge,

is the said student’s work.

Received for examination by: CIK NORHAYATI BINTI Date: __________________

SULEIMAN

ii

I declare that Project/Thesis is classified as (Please tick (√)):

CONFIDENTIAL (Contains confidential information under the Official Secret Act 1972)*

RESTRICTED (Contains restricted information as specified by the organisation where

research was done)*

OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesis

I therefore duly affirmed with free consent and willingness declare that this said Project/Thesis shall

be placed officially in the Centre for Academic Information Services with the abiding interest and

rights as follows:

This Project/Thesis is the sole legal property of University Malaysia Sarawak (UNIMAS).

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies for the

purpose of academic and research only and not for another purpose.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to digitalise the

content for the Local Content Database.

The Centre for Academic Information Services has the lawful right to make copies of the

Project/Thesis for academic exchange between Higher Learning Institute.

No dispute or any claim shall arise from the student itself neither third party on this

Project/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS.

This Project/Thesis or any material, data and information related to it shall not be

distributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS

permission.

Student signature __________________ Supervisor signature: ______________________

20th JUNE 2017 20th JUNE 2017

Current Address:

Notes: * If the Project/Thesis is CONFIDENTIAL or RESTRICTED, please attach together as

annexure a letter from the organisation with the period and reasons for confidentiality and

restriction.

[The instrument is duly prepared by The Centre for Academic Information Services]

Magna Ville Prima Selayang

Batu Caves, 53300 KL.

iii

PENGESAHAN

Projek bertajuk “Eksplorasi C.A.D untuk Pakaian Starter Kit Mesra Pengguna (D.I.Y)

Kanak-Kanak” telah disediakan oleh Era Qusniza Binti Mohammed Nadzri dan telah

diserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah

Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Seni Reka Tekstil dan Fesyen)

Diterima untuk diperiksa oleh :

__________________________

(Cik Norhayati Binti Suleiman)

Pensyarah Kanan,

Teknologi Seni Reka,

Universiti Malaysia Sarawak.

Tarikh:________________________

iv

PENGAKUAN

Saya mengaku bahawa tiada bahagian daripada penyelidikan dalam disertai ini telah

digunakan sebagai bahan sokongan sesuatu ijazah atau kelulusan sama ada kepada universiti

ini atau institusi pengajian tinggi lain.

……………………………………………………….

(ERA QUSNIZA BT MOHAMMED NADZRI)

No. Matrik :49675

v

PENGHARGAAN

Alhamdulilah dengan izin Allah S.W.T kajian ini berjalan dengan lancar. Penghargaan

ini ditujukan khas buat penyelia yang telah banyak membantu untuk menjalankan kajian

tahun akhir ini dengan jayanya iaitu Cik Norhayati Suleiman serta pensyarah yang turut

membantu dalam kajian ini iaitu Prof Dr. June Ngo Siok Kheng, En. Asrul Asshadi Mohamad

Morni dan Cik Norhaslina Senin. Tidak lupa juga kepada pensyarah-penyarah selain dari

program fesyen and tekstil yang turut membantu menyumbang idea dan teguran, juruteknik

yang berjasa En. Azman dan juga seluruh kakitangan warga Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif,

Universiti Malaysia Sarawak.

Penghargaan ini turut ditujukan khas buat insan yang sentiasa menjadi tulang belakang

dan memberi semangat dalam menjayakan kajian tahun akhir ini dengan jayanya, ayanda

tercinta Mohammed Nadzri Bin Jibin, bonda tersayang Noor Hazelina Binti Ali. Tidak lupa

juga kepada Zul Faizi Mukminin, Zul Qushairi, Era Quraisha, Era Qhaleeda dan Zul Daniel

yang turut memberi sokongan dari segi moral dan fizikal. Tanpa sokongan keluarga mungkin

saya tidak mampu mencapai ke tahap ini.

Buat rakan-rakan seperjuangan yang sangat banyak membantu Muhamad Fahmi

Masri, Siti Nornabila Huda, Nur Syafikah Azilah, NurFatin Najwa, Nur Syazwani, Nurul

Asyiqin, Siti Aminah, Sharmiza, Norshiemar Alih, Nurul Azzian dan rakan-rakan yang lain.

Jutaan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yang terlibat secara

langsung dan tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan tahun akhir ini. Terima kasih

iii

ISI KANDUNGAN

PERKARA

Borang Pengesahan

Pengesahan

Pengakuan

Penghargaan

Isi Kandungan

Abstrak

Abstract

BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.0 Pengenalan

1.1.1 Pengenalan Computer Aided Design

1.1.2 Definisi Digital Tekstil

1.1.3 Definisi Starter Kit

1.1.4 Definisi Do It Yourself

1.2 Penyataan Masalah

1.3 Objektif Kajian

1.4 Persoalan Kajian

1.5 Kepentingan Kajian

1.6 Hipotesis

1.7 Limitasi Kajian

1.8 Skop Kajian

1.9 Kesimpulan

MUKA SURAT

i.

iii

iv

v

vi

vii

viii

1

1

2

2

3

3

3

4

5

5

4

6

6

iv

BAB 2 KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan

2.1 Computer Aided Design Seni Reka Fesyen

2.2 D.I.Y dalam Fesyen

2.3 Starter Kit dalam fesyen

2.4 Kajian Lepas

2.5 Kesimpulan

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

3.1 Metodologi Kajian

3.1.1 Data Primer

3.1.2 Pemerhatian

3.1.3 Temubual

3.1.4 Soal Selidik

3.1.5 Data Sekunder

3.1.6 Bahan berjilid

3.1.7 Laman Sesawang

3.2 Kesimpulan

7

7

8

6

8

9

10

10

11

12

13

14

14

15

13

14

v

BAB 4 HASILAN DAPATAN KAJIAN

4.0 Pengenalan

4.1 Temu Bual

4.2 Pemerhatian

4.3 Laman Sesawang

4.4 Borang Kaji Selidik

4.5 Kesimpulan

BAB 5 PRODUK AKHIR

5.0 Pengenalan

5.1 Proses Rekaan

5.2 Perkembangan Idea

5.3 Produk Akhir

5.4 Kesimpulan

BAB 6 VALIDASI PRODUK

6.0 Pengenalan

6.1 Spesifikasi Produk

15

16

17

18

21

41

42

43

44

53

56

57

60

vi

6.2 Kekuatan Produk

6.3 Kelemahan Produk

6.4 Cadangan masa depan

6.5 Kesimpulan

BAB 7 KESIMPULAN

7.0 Kesimpulan

RUJUKAN

LAMPIRAN A

Harta Intelek

LAMPIRAN B

Coasting

LAMPIRAN C

Flow Chart

Borang Kaji Selidik

Soalan Temu Ramah

61

62

62

63

64

65

vii

Abstrak

Penyelidikan ini menjurus kepada eksplorasi penggunaan “computer aided

design” dalam menghasilkan pakaian fesyen kanak-kanak mesra pengguna dalam

bentuk starter kit D.I.Y. Objektf kajian untuk menghasilkan set produk asas yang

merangkumi carta alir produksi dan fabrik yang mempunyai cetakan digital pola untuk

pengguna yang gemar dalam menghasilkan pakaian kanak-kanak. Hasil akhir kajian ini,

diharap dapat memberi alternatif kepada khususnya industri kecil dan sederhana bagi

menghasilkan produk yang inovatif dan kreatif untuk pasaran dalam dan luar negara.

viii

Abstract

This research led to the exploration of the use of "computer aided design" in

producing fashion children's clothes in the form of user-friendly starter kit (D.I.Y). The

objective of the study to produce a set of products that include a flow chart of

production and digital print fabric with a pattern for the user who likes to produce

children's clothing. End of this research, hope can give alternative especially in industry

to produce creative and innovation product in domestic and international.

1

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pengenalan 1.1.1 Computer Aided Design

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat potensi kesesuaian cetakan digital tekstil

bagi menghasil satu produk “starter kit” dalam penghasilan rekaan fesyen mesra pengguna

(D.I.Y). Computer Aided Design atau dikenali sebagai reka bentuk bantuan komputer

ditakrifkan sebagai penggunaan sistem komputer untuk membantu dalam penciptaan,

pengubahsuaian, analisis, atau pengoptimumkan reka bentuk 1.

Sistem komputer terdiri daripada perkakasan dan perisian untuk melaksanakan fungsi

reka bentuk khusus yang diperlukan oleh firma pengguna tertentu dan koleksi program

aplikasi akan berbeza-beza dari satu firma pengguna kerana penghasilan produk, pembuatan,

proses dan pasaran pelanggan adalah berbeza. Penghasilan rekaan fesyen dengan

menggunakan cetakan digital tekstil seperti ini merupakan sesuatu perbezaan antara produk

pakaian yang telah siap berbanding pakaian yang dihasilkan separa siap akan tetapi mesra

pengguna. Produk mesra pengguna ini jauh lebih murah berbanding pakaian yang telah siap,

ini kerana proses pembuatan pakaian sangat merumitkan dan memerlukan banyak tenaga serta

menjadi faktor kos yang tinggi. Melalui produk starter kit yang mesra pengguna D.I.Y ini,

dapat mempelbagaikan bentuk rekaan pola yang menarik serta menjimatkan kos

1 Goover,M.P and Zimmers,E.W.JR :(1984). CAD/CAM Computer Aided Design and Manufacturing”, Presentice-Hall PG1-2)

2

1.1.2 Definisi cetakan digital tekstil

Cetakan digital ialah proses pencetakan digital yang dipatenkan sejak 1968 2. Dalam

tahun 1990-an cetakan dgital tekstil berkembang secara meluas untuk cetakan digital pada

helaian kertas sehingga tercipta cetakan digital pada helaian tekstil khususnya untuk jenis

fabrik seperti kapas, sutera, polister, nilon dan lain-lain. Selain itu juga, proses cetakan digital

melibatkan penciptaan rekaan motif bagi menghasilkan pelbagai motif dan imej yang dipilih

dengan penggunaan Computer Aided Design (C.A.D) untuk menghasilkan dan mengeluarkan

produk starter kit. Melalui penulisan tesis ini makna singkatan C.A.D akan digunakan untuk

perkataan Computer Aided Design.

1.1.3 Definisi Konsep Pakaian “ starter kit ”

“Starter kit” menurut kamus Longman 2001, merupakan barang atau peralatan yang

menyediakan barang dan arahan penting untuk seseorang mengambil sesuatu aktiviti atau

memulakan proses untuk kali pertama 3. Pakaian starter kit merupakan rekaan pakaian yang

direka dari pola reka bentuk fesyen yang dipilih bagi memfokuskan para wanita yang gemar

dan berminat dalam bidang menjahit akan tetapi tidak mempunyai masa yang cukup untuk

menghadiri khursus secara asas. Melalui konsep pakaian starter kit ini, responden mampu

menghasilkan kemahiran yang kreatif dan inovatif pada setiap Starter kit yang mengandungi

beberapa set pakaian separa siap dan lampiran helaian yang mengandungi arahan dan langkah

yang mudah serta sistematik .

2 https://www.scribd.com/doc/269488015/DEFINISI-CETAKAN 3

LongMan (2001), “WorldWise Dictionary” First published, British

3

1.1.4 Definisi “ Do It Yourself ”

Frasa “do It Yourself” bermaksud melakukannya sendiri, apabila penggunaan biasa

dalam standard bahasa inggeris telah digunakan pada tahun 1950-an yang merujuk kepada

kemunculan tren masyarakat menjalankan pembaikan sendiri dan pelbagai kraf serta

pembinaan projek kecil yang melibatkan aktiviti kreatif dan penjimatan kos 4. Konsep D.I.Y

telah dipilih bagi menghasilkan produk yang mampu membantu para pengguna yang

meminati bidang jahitan. Melalui penulisan tesis ini juga, singkatan D.I.Y juga akan

digunakan untuk perkataan do It Yourself.

1.2 Penyataan masalah

Melalui kajian awal yang telah dijalankan, terdapat beberapa permasalahan kajian

yang telah dikenalpasti iaitu:

1. Kurang ekplorasi rekaan pola pakaian menggunakan (C.A.D) dalam penghasilan pakaian

starter kit dan mesra pengguna (D.I.Y).

2. Masyarakat kini terutamanya penduduk bandar lebih gemar menempah pakaian kepada

tukang jahit berbanding menjahit sendiri.

3. Melalui kajian ini, pengkaji melihat di Malaysia, kurang diperkenalkan dengan fesyen

yang mesra pengguna (D.I.Y) atau starter kit untuk memudahkan pengguna

menggunakannya.

4 Wolf & McQuitty (2011). Understanding the Do-It-Yourself Consumer: DIY Motivation and Outcomes. Academy of Marketing Science

Review

4

1.3 Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk memberi garis panduan dalam menyelesaikan

masalah dan menjawab persoalan kajian yang terdiri daripada :

1. Mengenalpasti aplikasi-aplikasi yang sesuai untuk menghasilkan rekaan atau pola dalam

C.A.D untuk pakaian kanak kanak yang berkonsepkan starter kit.

2. Menganalisa masalah yang kebiasaannya dihadapi ketika membuat atau menyiapkan

sesuatu pakaian.

3. Menghasilkan produk starter kit yang mesra pengguna D.I.Y untuk memberi alternatif

baru kepada pengguna supaya dapat membuat pakaian sendiri dengan berpandukan

pakaian proses yang mudah.

4. Membuat validasi produk tentang penerimaan masyarakat umum terhadap produk starter

kit yang menggunakan cetakan digital tekstil bagi menghasilkan produk inovatif dalam

pasaran

1.4 Persoalan kajian

Penyelidikan yang dijalankan ini merangkumi aspek-aspek berikut :

1. Adakah cetakan digital tekstil C.A.D sesuai dalam penghasilan cetakan atau pola

pakaian kanak kanak untuk starter kit ?

2. Adakah cetakan digital tekstil sesuai dalam penghasilan produk yang berkonsepkan

starter kit untuk kanak-kanak dan permasalahan yang dihadapi ?

3. Adakah penghasilan produk starter kit menggunakan teknik cetakan digital tekstil

mampu diterima oleh masyarakat ?

5

1.5 Kepentingan kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk memberikan pendedahan yang lebih dalam

terhadap pengaplikasian yang terdapat dalam Computer Aided Design (C.A.D) yang

berpontensi untuk menghasilkan sesuatu produk inovasi yang baru. Kajian ini juga adalah

kerana untuk memberikan alternatif baru kepada masyarakat atau pengguna itu sendiri dalam

menjahit pakaian tanpa penghasilan pola sendiri. Selain itu, penggunaan aplikasi C.A.D teknik

cetakan digital tekstil dalam produk starter kit boleh dijadikan sebagai satu nilai tambah

dalam fesyen dan dapat menjadikan lebih menarik.

1.6 Kajian Hipotesis

Setelah kajian awal dijalankan, terdapat beberapa kajian hipotesis yang telah dikenalpasti

iaitu produk pakaian yang berkonsepkan starter kit daripada teknik cetakan digital harus

diperkembangkan kerana mempunyai potensi yang tinggi terutamanya pada golongan

individu yang berkerjaya dan meminati bidang jahitan.

1.7 Limitasi kajian

Kajian ini memfokuskan kepada starter kit yang mengandungi satu set produk pola

cetakan pakaian dress tanpa berlengan (sleeveless) bersaiz S bersama cetakan digital carta alir

produksi dan pembungkusan.

6

1.8 Skop kajian

kajian ini dijalankan berkenaan eksplorasi aplikasi C.A.D terhadap cetakan digital

tekstil termasuklah perisian-perisian reka bentuk yang lain seperti Adobe Photoshop, Adobe

Illustrator. Sasaran kajian adalah untuk para responden khusus ibu-ibu dan penggemar

menjahit pakaian dalam lingkungan umur 20 tahun ke atas. Pakaian kanak-kanak difokuskan

untuk 3 tahun hingga 5 tahun. Skop kajian ini juga meliputi kawasan-kawasan Bandaraya

Kuching dan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai lokasi kajian.

1.9 Kesimpulan

Penghasilan produk starter kit mesra pengguna ini, pengkaji akan menghasilkan

produk fesyen mesra pengguna yang berkonsepkan starter kit dan D.I.Y. Hasil daripada

eksplorasi penggunaan C.A.D dalam penghasilan pakaian kanak-kanak dapat memudahkan

pengguna untuk menggunting dan menjahit pakaian mereka sendiri dengan proses yang

mudah. Ini kerana produk yang dihasilkan akan membantu para pengguna untuk memupuk

minat dalam mempertingkatkan kemahiran menjahit mereka. Hasil daripada kajian ini juga, ia

dapat menghasilkan satu produk baru dalam industri fesyen dan tekstil tempatan.

7

BAB 2

KAJIAN LEPAS

2.0 Pengenalan

Kajian ini dijalankan bagi menerangkan dan mendapatkan data-data yang ingin dikaji.

Kajian ini juga dijalankan bagi mengkaji dengan lebih mendalam tentang topik pengkaji iaitu

eksplorasi C.A.D untuk pakaian starter kit mesra pengguna D.I.Y bagi kanak-kanak.

Seterusnya, pengkaji mencari maklumat dengan menggunakan buku dan laman sesawang bagi

mendapatkan maklumat yang boleh dikaitkan dalam kajian pengkaji. Kajian yang dijalankan

ini digunakan sebagai rujukan dan pemahaman kepada pengkaji dalam menjalankan kajian.

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dijalankan bagi mendapatkan maklumat antarannya

kaedah primer dan kaedah sekunder.

2.1 Computer Aided Design Dalam Seni Reka Fesyen

Menurut C.S Krishnamoorthy, (1991), pengertian Computer Aided Design (C.A.D)

ditarifkan sebagai reka bentuk bantuan komputer yang merupakan satu proses di mana pereka

bekerja dengan komputer untuk membangunkan sistem-sistem perisian. Reka bentuk bantuan

komputer juga adalah satu aktiviti yang kreatif, di mana kemahiran kreatif pereka digunakan

dengan bantuan teknologi bagi menghasilkan motif cetakan fabrik secara mass produk di

pasaran dan kilang-kilang 5 tetapi tidak memfokuskan kepada penghasilan pola pakaian

starter kit mesra pengguna D.I.Y.

5C .S Krihnamoorthy (1991), Computer Aided Design software and Tool, Madras , India

8

2.2 D.I.Y dalam Fesyen

Menurut Brebt Luvaas, (1999), mengatakan bahawa “D.I.Y” dalam fesyen amat

popular dikalangan masyarakat komuniti. Perkongsian idea yang dikongsi dalam laman sosial

seperti Youtube mengenai pakaian, perhiasan dan gaya stail rambut semakin mendapat

sambutan dalam masyarakat 6. Namun dari segi pakaian ia lebih menjurus kepada kitar semula

dalam penghasilan rekaan pakaian yang kreatif. Pengkaji memilih D.I.Y sebagai konsep

penghasilan starter kit mesra pengguna bagi menghasilkan produk yang inovatif.

2.3 Starter Kit dalam fesyen

Menurut Merriam-Webster (1828), mengatakan starter kit merupakan satu set

kelengkapan yang diperlukan untuk mencipta sesuatu 7. Kebanyakkan starter kit yang

terdapat dipasaran adalah starter kit untuk menghasilkan perhiasan seperti gelang, kraf dan ini

secara tidak langsung membantu para penggemar menghasilkan rekaan sendiri.

2.4 Kajian Lepas

Dalam penyelidikan Osman.N.N beliau menyatakan penggunaan C.A.D, dalam bidang

seni reka fesyen banyak memberi potensi serta dapat mengatasi masalah penggunaan C.A.D.

Dalam kajian tersebut menerangkan penghasilan produk fesyen D.I.Y yang memberi altenatif

baru dan membantu pengguna dalam membuat pakaian mereka sendiri dengan berpandukan

proses yang mudah khususnya kaum wanita 8.

_________________________________________________________________________ 6

Brebt Luvaas, (1999), D.I.Y Style: Fashion,Music and global digital cultures, London.

7 Merriam-Webster (1828), Dictionary , United Kingdom, Uk.

8 Osman.N.N, (2008) Eksplorasi CAD Dalam menghasilkan Fesyen Mesra Pengguna (D.I.Y) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS),

Sarawak Malaysia.

9

2.4 Kesimpulan

Sebagai kesimpulan, bab ini dapat membantu pengkaji meneruskan kajian dengan

merujuk data-data penting dalam kajian yang pernah dijalankan. Data tersebut dapat dikaitkan

dengan kajian yang sedang dijalankan oleh pengkaji. Oleh itu, kajian lepas dapat membantu

dengan memberi manfaat kepada pengkaji bagi menambahbaik kajian lepas yang pernah

dijalankan. Selain itu juga, kajian lepas dapat memberi hasil yang baik kepada kajian yang

sedang menjalankan penyelidikan.

10

BAB 3

METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.0 Pengenalan

Dalam bahagian metodologi penyelidikan ini ialah sebagai satu kaedah yang

menerangkan dengan lebih lanjut tentang bagaimana sesuatu penyelidikan itu hendak

dilakukan dengan melalui kaedah penyelidikan yang logik serta sesuatu pengetahuan yang

baru dihasilkan dan dikenalpasti. Hasil daripada pengumpulan data-data akan dapat

membantu pengkaji menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan menepati objektif kajian.

3.1 Metodologi Kajian

Menurut Hardy (1985) dan Mintzberg (1973), penyelidikan atau kajian merupakan

sebarang aktiviti yang dilakukan untuk meningkatkan pengetahuan seseorang. Penyelidikan

dilaksanakan bagi mengembangkan ilmu, menguji teori atau mendapatkan maklumat baru

tentang sesuatu topik dan penyelidikan 9. Tambahan pula, tujuan pengkaji menjalankan

metodologi penyelidikan ini ialah untuk mencari penyelesaian masalah terhadap penyelidikan

yang dijalankan melalui kaedah-kaedah seperti pemerhatian, temu ramah, pengedaran borang

selidik dan pembacaan dari bahan bacaan akan dikumpulkan dan dianalisakan. Di samping

itu, kaedah dan prosedur penyelidikan yang teratur dan strategik adalah penting bagi

menghasilkan dapatan kajian yang tepat. Penyelidikan yang bermula dari latar belakang

subjek kajian hingga proses penghasilan produk akhir diterangkan dalam carta alir kajian

tersebut (rujuk rajah 1).

__________________________________________________________________________ 9

Hardy (1985) & Mintzberg (1973), Ltd Research Methodogy , United Kingdom

11

Rajah 1 : Carta Aliran kajian

3.1.1 Data Primer

Data Primer adalah merupakan maklumat yang diperolehi daripada kaedah kualitatif

dan kuantitatif. Melalui kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah kualitatif bagi mendapatkan

dan mengumpul data-data yang berkaitan. Kaedah kualitatif ini menerangkan tentang

pengkaji menjalankan beberapa kaedah seperti kaedah pemerhatian, temu bual, soal selidik,

fotografi dan pengumpulan data-data sekunder.

• Trendpakaian• Butikpakaiankanak-kanak• sekitarKualaLumpurdankotaSamarahan)

• TukangJahitpengalaman

• OrangAwam

• Buku• Majalah• Jurnal

• Rekaanterbaru

DATAPRIMER DATASEKUNDER

PEMERHATIAN TEMUBUALPEMBACAAN INTERNET

• Koleksigambarpakaiankanak-kanakdipasaran

• KenalpastiTrend

FOTOGRAFI

• Demografi• persepsifesyen

• Cadanganproduk

SOALSELIDIK

ANALISA/HASILDAPATANKAJIAN

EKSPERIMEN

Perisiankomputer

• PenggunaanAdobePhotoshopAdobeilustration

UbahSuai

• Penambahanmotifsertarekaan

Rekaan Corak/Motif

• PelbagaiMaterialdanrekaanmotif

• Majlisharijadi• parti

PERKEMBANGANIDEA

PRODUKAKHIR

StarterkitPakaiankanakKanak(DIY) PELBAGAIJENISREKAAN

VALIDASI

DATAAKHIR

PENGHASILANLAPORANLENGKAP

PERSEMBAHANAKHIR

TEMUBUAL

ANALISISDATA

• Jenistrendrekaan

• Jenisfabrik• Maklumatresponden

MAHIR

SEPARAMAHIR

KURANGMAHIR