eksperimentasi serbuk glow in the dark … binti abdul khalid(24 pages).pdf · 3.2 analisa data...
TRANSCRIPT
EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK
MENGGUNAKAN TEKNIK CETAKAN TEKSTIL
KARTINA BINTI ABDUL KHALID
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan
dengan Kepujian
(Teknologi Senireka)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2007
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK
MENGGUNAKAN TEKNIK CETAKAN TEKSTIL
Kartina binti Abdul Khalid (12118)
Program Teknologi Seni Reka
GKA 3086 Penyelidikan dan Projek Tahun Akhir
(Seni Reka Tekstil Dan Fesyen)
2006/2007
i
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
Judul: EKSPERIMENTASI SERBUK GLOW IN THE DARK MENGGUNAKAN
TEKNIK CETAKAN TEKSTIL
SESI PENGAJIAN :2006/2007
Saya, KARTINA BINTI ABDUL KHALID _________________
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti
Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak.
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan
untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Membuat pendigitan untuk membanguankan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan
tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
5. ** Sila tandakan (√) di kotak yang berkenaan.
SULIT (Mengandungi maklumat yand berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia
seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di
mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_________________________ ___________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat tetap: Kampung Tebing Tembah,
28100 Chenor,
Pahang Darul Makmur.
Tarikh: __________ Tarikh: __________
CATATAN * Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
** Jika tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT dan TERHAD.
ii
PENGESAHAN PENYELIA
Projek Tahun Akhir yang bertajuk “Eksperimentasi serbuk glow in the dark
menggunakan teknik cetakan tekstil” telah diusahakan dan disediakan oleh Kartina
binti Abdul Khalid (12118) sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat-syarat
untuk memperolehi Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi
Senireka).
__________________________ _________________
Dr. Nazlina Shaari Tarikh
Penyelia
__________________________ _________________
Cik Norhayati Suleiman Tarikh
Penyelia
iii
PERAKUAN PELAJAR
Dengan ini saya mengakui bahawa Karya yang bertajuk Eksperimentasi serbuk glow in
the dark menggunakan teknik cetakan tekstil ini merupakan hasil usaha pengkaji sendiri,
kecuali bahagian-bahagian petikan, pernyataan, petikan dan ringkasan yang dinyatakan
sumbernya dalam karya ini. Penyerahan hak cipta karya ini adalah kepada pihak Fakulti
Seni Gunaan dan Kreatif (FSGK), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) untuk
sebarang percetakan atau penerbitan semula pada masa hadapan.
______________________ ________________
Kartina binti Abdul Khalid Tarikh Serahan
iv
ISI KANDUNGAN
Borang Pengesahan i
Pengesahan Penyelia ii
Perakuan Pelajar iii
Isi Kandungan iv-vii
Penghargaan viii
Abstract ix
Abstrak x
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN
1.0 Pengenalan 1-2
1.1 Pernyataan masalah 3
1.2 Ojektif kajian 4
1.3 Kepentingan Kajian 4
1.4 Skop Kajian 4
1.5 Limitasi Kajian 5
1.6 Kesimpulan 5
BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN
2.0 Pengenalan 6
2.1 Metodologi Penyelidikan 6
2.2 Kaedah Primer 7-9
2.3 Kaedah Sekunder 9-10
BAB 3 HASIL DAPATAN KAJIAN
3.0 Pengenalan 11
v
3. 1 Pemerhatian 16
3.2 Analisa data dari soalan kaji selidik 17-31
3.4 Pemilihan kriteria mengikut purata tertinggi 31
3.5 Eksperimen dan persampelan
3.5.0 Pengenalan 31-32
3.5.1 Jenis fabrik yang digunakan dalam ekspeerimen 32-36
3.5.2 Bahan dan proses teknik cetakan 36-38
3.5.3 Eksperimen Pertama
3.5.3.1 Pengenalan 39
3.5.3.2 Hasil Eksperimen 40-4
3.5.4 Eksperimen kedua
3.5.4.1 Pengenalan 45
3.5.4.2 Hasil Eksperimen 46
3.5.5 Eksperimen Ketiga
3.5.5.1 Pengenalan 47
3.5.6 Hasil Eksperimen 1 39
3.5.7 Hasil Eksperimen 2 41
3.5.8 Hasil Eksperimen 3 44
3.5.9 Hasil Eksperimen 4 46
3.5.10 Hasil Eksperimen 5 49
3.5.11 Hasil Eksperimen 6 51
3.5.12 Hasil Eksperimen 7 54
3.5.13 Hasil Eksperimen 8 56
3.6 Kesimpulan 58
vi
BAB 4 PRODUK AKHIR
4.0 Pengenalan 59
4.1 Reka Bentuk
4.1.1 Rekaan 1- kertas dinding 59
4.1.2 Rekaan 2 - Emergency exit sign 60
4.1.3 Rekaan 3 – Tirai 63
4.1.4 Rekaan 4 – Lampu hiasan 64
4.2 Kelebihan Produk
4.2.1 Pengaplikasian 65
4.2.2 Emergency exit sign 65
4.2.3 Material 66
4.3 Kelemahan Produk 66
4.4 Batasan Kajian 67
BAB 5 KESIMPULAN 68
LAMPIRAN A
Borang Kaji Selidik
LAMPIRAN B
Analisa bahagian A dan B
LAMPIRAN C
Analisa Bahagian C (Reka corak)
LAMPIRAN D
Analisa Bahagian C (Warna)
LAMPIRAN E
vii
Analisa Bahagian C (Produk)
LAMPIRAN F
Teknik cetakan Rotary screen
Teknik cetakan Flatbed screen
LAMPIRAN G
Teknik cetakan Heat transfer
Teknik cetakan Copper Roller
LAMPIRAN H
Teknik cetakan Silk screen (manual)
RUJUKAN
viii
Penghargaan
Bersyukur ke hadrat illahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat juga saya
menyiapkan penyelidikan tahun akhir ini sepenuhnya.
Jutaan terima kasih kepada abang dan kakak saya yang cukup banyak bersabar
dan memberi sokongan yang sepenuhnya selama saya belajar di UNIMAS terutamanya
dari segi kewangan. Terima kasih yang tidak terhingga juga buat penyelia saya Dr
Nazlina Shaari dan juga Cik Norhayati Suleiman. Segala ilmu, tunjuk ajar dan nasihat
yang diberi amatlah saya hargai dan berguna pada saya. Tanpa mereka tidak mungkin
saya dapat menyiapkan projek tahun akhir ini.
Tidak lupa juga ucapan terima kasih ini kepada tutor UNIMAS iaitu Cik Dayang
Marina dan Cik Faridah yang turut banyak membantu saya dalam dalam menyiapkan
projek tahun akhir ini. Kepada Juruteknik Tekstil dan Fesyen dan Juruteknik
Perindustrian segala bantuan dan tunjuk ajar yang diberi amatlah dihargai.
Akhir sekali, kepada semua rakan-rakan seperjuangan yang turut menbantu
secara langsung atau tidak. Segala sokongan dan bantuan anda semua amat penting bagi
saya sepanjang pengajian saya di sini.
Sekian Terima kasih yang tidak terhingga sekali lagi kepada semua yang telah
terlibat.
ix
Abstrak
Penyelidikan ini menfokuskan kepada eksperimentasi serbuk glow in the dark
dalam teknik cetakan tekstil. Tujuan kajian ini adalah menghasilkan produk yang
mempunyai nilai tambahan sebagai satu simbol atau sistem penunjuk arah. Teknik yang
digunakan dalam eksperimen ini adalah teknik tindanan (overlapping) dan timbulan
(emboss) bagi mewujudkan rekaan 3D. Hasil penyelidikan membuktikan bahawa teknik
yang diaplikasikan berhasil dan mempunyai potensi sebagai penunujuk arah apabila
berlakunya ketiadaan sumber elektrik.
x
Abstract
The research focus on the experimentation of glow in the dark powder in textile
printing technique. The main purpose of this study is to produce a new product with a
great addition to be a ‘lights out’ evacuation guidance system. These experiments
involve the overlapping and emboss techniques to create 3D effect. The end product
shows that this technique have a potential to be developed as a signage for emergency
exit when have no source of electricity.
1
BAB 1 LATAR BELAKANG KAJIAN
1.0 Pengenalan
Penyelidikan ini adalah berkenaan dengan penggunaan serbuk glow in the dark
menggunakan teknik cetakan tekstil. Serbuk glow in the dark adalah merupakan satu
bahan pewarna yang boleh mengeluarkan warna yang terang atau mewujudkan cahaya
sendiri dalam suasana yang gelap tanpa bantuan pencahayaan. Penggunaan glow in the
dark ini sebenarnya telah lama bermula iaitu lebih kurang pada tahun 1970-an lagi.
‘Phosphorescent pigment’ yang mengandungi 99% glow in the dark telah mula-mula
ditemui. Walaubagaimanapun, ketika itu warna glow in the dark tidaklah begitu terang
dan pencahayaannnya tidak dapat bertahan lama dalam suasana gelap.
Warna serbuk glow in the dark yang telah sedia ada adalah warna spektrum dari
warna hijau-kuning hingga kepada ungu-biru. Jenis- jenis glow in the dark yang berada
dipasaran adalah dalam bentuk dakwat atau cecair, serbuk, semburan dan ‘paint’.
Penggunaan glow in the dark ini lebih memberi kesan apabila disapu rata di atas
permukaan yang lutsinar atau ‘opaque’.
Dalam kajian ini, teknik cetakan tekstil telah dipilih untuk
mengekperimentasikan serbuk glow in the dark tersebut. Sejarah awal teknik cetakan
tekstil telah bermula lama dahulu iaitu seawal 3000 sebelum masihi. Setelah itu teknik
cetakan tekstil ini semakin berkembang dari hari ke hari mengikut perkembangan
sesebuah negara dan peredaran masa. Contohnya pada tahun 1712, George Leason telah
menemui teknik cetakan di atas kain kapas di Boston, Amerika. Sejarah awal
perkembangan tekstil adalah bermula dengan 4 serat semulajadi iaitu ‘flax’, kain bulu,
2
kain kapas dan sutera. Cetakan sutera saring atau stensil, satu teknik yang menggunakan
pigment yang diterapkan di atas reka corak yang dikehendaki.
Teknik cetakan tekstil yang dipilih adalah secara manual iaitu cetakan silk
screen. Pada permulaannya, Sutera Saring diregangkan pada pemidang atau skrin dan
seterusnya ia di bawa ke dalam bilik gelap untuk proses sapuan photo emulsion dan
seterusnya pendedahan skrin pada cahaya lampu yang kuat untuk mendapatkan
rekacorak yang di kehendaki. Hasilnya atau imprint berlaku hanya pada kawasan–
kawasan yang terbuka pada stensil sahaja. Setelah proses tersebut memuaskan
seterusnya proses menerap bahan pewarna pada skrin tadi mengikut warna yang
dikehendaki.
Di pertengahan abad ke-19 lagi, stensil mula digunakan pada bahan sutera.
Dalam tahun 1907 teknik percetakan sutera saring telah mula diperkenalkan dan masih
kekal hingga ke hari ini iaitu masih menggunakan pemidang serta sekuji (squeegee).
Terdapat beberapa jenis teknik cetakan tekstil yang biasa digunakan contohnya ‘open
masking’, ‘rotary screen’, ‘copper roller’, ‘flat bed screen’, ‘heat transfer’ dan ‘hand
screen atau silk screen’. (Rujuk lampiran F, G dan H)
Ada sesetengah industri percetakan tekstil yang menggunakan mesin dan masih
ada juga secara manual. Penggunaan mesin selalunya digunakan oleh kilang-kilang
yang memerlukan mereka mengeluarkan produk dalam kuantiti yang banyak dan dalam
masa yang singkat. Walaubagaimanapun, manual masih lagi di praktikkan di institusi
pengajian dan pengeluar kecil. Dengan cara ini lebih memberi kemahiran teknikal dan
boleh lebih memahami setiap proses penghasilan.
3
1.1 Pernyataan masalah
Produk yang terhasil dari penggunaan serbuk glow in the dark masih terhad di
pasaran dan lebih tertumpu kepada kemeja–t dan hiasan dinding serta siling
berbentuk bintang dan meteor.( Rujuk rajah 1)
Penggunaan glow in the dark masih kurang popular di Malaysia dan pengguna
kurang didedahkan dengan produk glow in the dark yang lebih memberi kesan.
Rajah 1 Menunjukkan salah satu produk yang mengeksperimentasikan
serbuk glow in the dark.
4
1.2 Objektif Kajian
Mengenalpasti jenis fabrik dan potensi penggunaan serbuk glow in the dark.
Menganalisa jenis warna, reka corak dan produk yang menjadi pilihan
responden.
Menghasilkan produk yang dieksperimentasikan serbuk glow in the dark melalui
teknik cetakan tekstil.
1.3 Kepentingan Kajian
Penyelidikan ini penting kerana dengan adanya kajian yang lebih mendalam
mengenai penggunaan serbuk glow in the dark ini tidak hanya akan terbatas pada
produk tertentu sahaja. Penggunaan serbuk glow in the dark ini boleh dijadikan satu
nilai tambahan pada sesuatu produk hiasan dalaman untuk menjadikannya lebih
menarik. Malah ia juga sebagai satu alternatif lain untuk menggantikan sistem tanda dan
amaran keluar yang sedia ada.
1.4 Skop Kajian
Skop kajian eksperimentasi serbuk glow in the dark menggunakan teknik
cetakan tekstil ini adalah lebih tertumpu kepada hiasan dalaman bagi sesebuah pusat
peranginan chalet. Ini adalah sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan produk
glow in the dark pada orang ramai kerana mereka boleh melihat bagaimana impak
serbuk glow in the dark setelah diaplikasikan pada sesebuah bilik. Ini boleh memberi
suatu kelainan pada percutian mereka dan mereka tidak merasa bosan dengan hiasan
dalaman yang sama seperti di rumah mereka.
5
1.5 Limitasi Kajian
Limitasi kajian ini adalah sukar mendapatkan serbuk glow in the dark yang
selain dari warna hijau terang. Ini adalah kerana di luar negara mereka telah mempunyai
banyak warna serbuk glow in the dark seperti merah, kuning dan sebagainya. Ketiadaan
sumber untuk mendapatkan semua jenis serbuk glow in the dark menyebabkan warna
yang digunakan adalah terhad. Selain itu, kajian berkenaan glow in the dark banyak
didapati dari sumber internet berbanding buku berkenaan kerana penggunaan serbuk
glow in the dark ini masih belum meluas dan kurang popular di Malaysia.
1.6 Kesimpulan
Pengaplikasian glow in the dark sebagai produk hiasan dalaman yang dapat
membantu dalam memperkenalkan produk berunsurkan glow in the dark kepada orang
ramai. Dengan adanya glow in the dark dan teknik cetakan tekstil dapat menambahkan
lagi kesan pencahayaan yang berlainan pada ruang ketika ketiadaan cahaya dan ia
kelihatan seperti hiasan ketika ada bantuan pencahayaan lain serta lebih memberi nilai
kepada produk tersebut. Produk ini direka khas untuk pusat- pusat peranginan seperti
chalet, yang mana mereka yang mengunjungi tempat tersebut selalunya mahukan
ketenangan dan kelainan suasana bagi mereka merehatkan diri.
6
Metodologi
Penyelidikan
Kaedah Primer
1) Temubual
2) Borang kaji selidik
3) Eksperimen
Kaedah Sekunder
1) Pengumpulan Data
2) Pembacaan
3) Pemerhatian
BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN
2.0 Pengenalan
Bab 2 menerangkan tentang metodologi kajian atau kaedah kajian yang
digunakan dalam kajian ini dan sebagai salah satu cara mendapatkan maklumat atau
mengumpul maklumat bagi lebih memahami berkenaan kajian dan mencari idea-idea
baru. (Rujuk rajah 2)
2.1 Metodologi Penyelidikan
Rajah 2 Kaedah metodologi yang digunakan dalam penyelidikan ini
7
2.2 Kaedah Primer
2.2.1 Temubual
Temubual yang dilakukan adalah secara tidak formal pada pekerja chalet,
pengunjung, pemilik kedai hiasan dalaman serta responden. Temubual yang dilakukan
adalah untuk mendapatkan pandangan berkenaan kajian dan bagi mendapatkan idea-
idea baru.
Kebanyakan pekerja chalet bersetuju dengan pengaplikasian serbuk glow in the
dark pada hiasan dalaman cuma mereka khuatir dengan kos yang patut dikeluarkan dan
impak kepada harga sesebuah chalet meningkat. Mereka berpendapat sesebuah chalet
itu lebih menarik jika mempunyai konsep tertentu. Konsep yang biasa mereka gunakan
mestilah mempunyai unsur ketenangan dan kemas.
Secara rawak, kebanyakan pengunjung amat bersetuju dengan pengaplikasian
serbuk glow in the dark pada hiasan dalaman sesebuah chalet. Mereka berpendapat
penggunaan serbuk glow in the dark akan menjadikan suasana dalam sesebuah bilik
lebih menarik. Selain itu, pemilik galeri hiasan dalaman juga banyak memberi
pendapat dan idea baru bagi jenis produk yang menjadi pilihan terkini dan kriteria yang
lebih menarik pengguna untuk membeli sesuatu produk hiasan dalaman.
Temubual melalui telefon juga telah dilakukan pada salah seorang pekerja ‘Khai
Lien Silk Screen’ iaitu Alice bagi mendapatkan maklumat yang tepat berkenaan cara
atau penggunaan serbuk glow in the dark. Termasuklah bahan campuran dan potensi
serbuk glow in the dark pada permukaan sesuatu fabrik.
8
Segala maklumat yang telah didapati dari temubual secara tidak langsung ini
amat berguna dalam kajian ini dan telah diaplikasikan di dalam eksperimen dan
persampelan.
2.2.2 Pengedaran Borang Kaji Selidik
Borang kaji selidik ini diedarkan bertujuan untuk mendapatkan pandangan orang
ramai berkenaan kajian yang dijalankan. Segala maklumat yang positif dan negatif
digunakan dalam menghasilkan produk ini. Borang kaji selidik ini mengandungi tiga
bahagian iaitu bahagian A, B dan C.
Bahagian A merupakan bahagian maklumat demografi. Pada bahagian ini
penyelidik boleh mengetahui berkenaan diri responden dari segi jantina, umur serta
status perkahwinan. Maklumat tersebut penting untuk mengetahui golongan mana yang
sering mengunjungi pusat peranginan chalet sebagai salah satu tempat pilihan percutian.
Bahagian B pula merupakan maklumat umum/general bagi responden. Bahagian
ini mengutarakan soalan umum berkenaan pengetahuan responden pada penggunaan
serbuk glow in the dark. Selain itu dari bahagian ini juga penyelidik boleh mengetahui
samada cadangan dipersetujui atau tidak untuk dijadikan produk hiasan dalaman dan
seterusnya diaplikasikan pada chalet.
Bahagian C pula merupakan bahagian reka bentuk. Bahagian ini akan
menganalisa dan mengenal pasti jenis dan kriteria produk, reka corak dan warna yang
tertinggi yang menjadi pilihan responden. Ini bertujuan agar produk akhir yang
dihasilkan mempunyai elemen-elemen yang dipilih sendiri responden. Jadi penghasilan
produk adalah berasaskan minat responden sendiri.
9
Data daripada bahagian C dianalisa melalui kaedah pembahagian iaitu kaedah
purata menggunakan kaedah likert scale.
Jadual 1 Menunjukkan kod jawapan bagi kaedah pembahagian
Sangat tidak
setuju
Tidak setuju Tidak pasti/
neutral
Setuju Sangat setuju
1 2 3 4 5
2.2.3 Menghasilkan Eksperimen
Menghasilkan eksperimen dan sampel-sampel tertentu bagi mengetahui kesan
serbuk dan cecair glow in the dark ke atas beberapa jenis fabrik dan material yang baik
untuk diaplikasikan.
2.3 Kaedah Sekunder
2.3.1 Pengumpulan data dan analisis
Setelah proses eksperimentasi dan kaji selidik selesai, segala analisa data dan
maklumat digabungkan bagi mengetahui kriteria produk yang mana akan diaplikasikan
pada rekaan produk akhir dari segi potensi dan impak yang telah didapati.
2.3.2 Melalui Pembacaan
Kajian ini juga menggunakan segala maklumat dari pembacaan seperti dari
majalah, jurnal, buku dan internet. Majalah yang menjadi rujukan adalah seperti
IMPIANA dan Anjung Seri kerana terdapat banyak jenis dan produk hiasan dalaman
10
yang menjadi pilihan terkini dan ia boleh dijadikan sebagai sumber rujukan untuk
mendapatkan idea-idea.
2.3.3 Melalui Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan bagi mengetahui jenis produk glow in the dark yang ada
dipasaran serta sentiasa peka pada kehendaksemasa dan citarasa mereka terhadap
produk hiasan dalaman.
BAB 3 HASIL DAPATAN KAJIAN
3.0 Pengenalan
Bagi mendapatkan maklumat yang tepat dari orang ramai kajian Eksperimentasi
serbuk glow in the dark menggunakan teknik cetakan tekstil ini, telah mengedarkan
sebanyak 50 borang kaji selidik. Borang kaji selidik yang telah diedarkan ini adalah
bertujuan untuk mendapatkan pandangan serta pendapat orang ramai berkenaan reka
corak dan pengaplikasian warna. Pengedaran borang kaji selidik ini telah di bahagikan
kepada dua cara iaitu 30 borang kaji selidik di edarkan di tempat – tempat peranginan
iaitu di Matang dan Santubong dan 20 lagi adalah di sekitar Desa Ilmu dan pelajar
UNIMAS sendiri. Pusat - pusat peranginan yang dimaksudkan adalah ‘Family Park’ dan
‘Wildlife’ di Matang serta ‘Damai Lagoon’ dan Kem Permai di Santubong.
Borang kaji selidik ini diedarkan lebih banyak kepada pusat–pusat peranginan
bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan membantu memberi lebih
banyak informasi berkenaan kajian ini. Golongan yang diedarkan borang kaji selidik ini
adalah pengunjung dan bahagian urusan serta pekerja chalet sendiri.
11
Borang kaji selidik ini dibahagi kepada 3 bahagian iaitu bahagian A adalah
untuk Demografi, bahagian B adalah maklumat responden serta bahagian C adalah
berkenaan reka bentuk. Borang kaji selidik ini dibahagi mengikut bahagian tertentu
adalah bertujuan untuk memudahkan proses menganalisa.
3. 1 Pemerhatian
Pemerhatian dilakukan bagaimana sesebuah pusat peranginan menarik minat
pelanggan mereka melalui hiasan dalaman sesebuah chalet. Bagaimana mereka
memberi ‘mood’ yang tenang dan memberi kepuasan kepada pengguna. Serta membuat
pemerhatian terhadap pengguna apa yang menarik minat dan memberi kesan yang
mendalam terhadap percutian mereka. Konsep yang bagaimana penggguna mahukan,
berdasarkan pemilihan hanya chalet-chalet tertentu sahaja yang mereka kunjungi. Dari
pemilihan tersebut gelagat pengguna boleh diperolehi.
12
Analisa graf kajian Eksperimentasi serbuk glow in the dark menggunakan teknik
cetakan tekstil dalam kategori Demografi
Analisa bagi bahagian a ( Demografi ) – Soalan 1 dan 2
Purata responden mengikut kategori umur yang telah di tetapkan
Jadual 2 di bawah menunjukkan purata bagi umur jantina responden
Umur Purata
17 ke
bawah 0
18 - 25 0.7
26 - 35 0.2
36 ke atas 0.2
Analisa umur keseluruhan responden lelaki dan
perempuan
0
0.70.2
0.2
17 ke bawah
18 - 25
26 - 35
36 ke atas
Rajah 3 Carta pai menunjukkan purata umur responden
Carta pai di atas menerangkan tentang purata umur responden. Lingkungan umur
dikategorikan kepada 17 tahun ke bawah, 18-25 tahun, 25- 35 tahun dan 36 tahun ke
atas. Carta pai tersebut menunjukkan keseluruhan umur bagi responden lelaki dan
responden perempuan. Dalam kajian ini purata umur yang di soal selidik ialah ialah
sebanyak 0.7 dan ia adalah dari kategori umur 18- 25 tahun.