eksperimen tumbuhan

3
Tajuk: Pengawetan kering tumbuhan yang membiak secara aseksual Objektif: Menyediakan sampel tumbuhan yang membiak secara aseksual dengan menggunakan kaedah pengawetan kering (herbarium) dan menghargai maklumat maklumat biologi yang dapat diperolehi melalui sampel ini. Hipotesis: Tumbuhan yang membiak secara aseksual dapat diawet dengan menggunakan kaedah herbarium. Pengenalan: Pengawetan kering dilakukan untuk melindungi sesuatu daripada pelbagai keadaan seperti untuk melindungi haiwan daripada pupus, mengawet makanan supaya berada dalam keadaan segar dan tahan dalam satu tempoh yang lama, mengawet tumbuhan atau bahagian tumbuhan sebagai bahan rujukan untuk mengenal pasti takson tumbuhan. Kaedah ini juga turut dikenali sebagai herbarium. Bahan bahan dan peralatan : Tumbuhan aseksual Kertas surat khabar Kadbod ( 32 x 48 cm) Pemberat Prosedur : 1. Sampel tumbuhan yang membiak secara aseksual diambil daripada habitat tumbuhan tersebut. Sampel tersebut perlu mempunyai bahagian bahagian tumbuhan yang penting bermula dari daun hingga ke akar. 2. Sampel tumbuhan dibersihkan dan dibuang tanah , debu atau bahan asing yang melekat pada sampel. 3. Tempat untuk menjalankan proses pengawetan kering mestilah kering, bersih dan dalam keadaan suhu bilik. 4. Kepingan kertas surat khabar yang bersih diletakan berhati hati diatas permukaan lantai yang rata. kertas surat khabar dibahagikan kepada dua bahagian serta diletakan dalam kuantiti yang banyak supaya sampel dapat diawet dengan baik. 5. Sampel tumbuhan diletakan pada bahagian tengah surat khabar supaya kedudukan sampel tidak berubah. Pastikan tiada bahan asing dalam surat khabar atau sampel tumbuhan supaya kualiti sampel yang diawet terjaga. 6. Bahagian surat khabar untuk diletakkan di atas sampel tumbuhan dipastikan dalam keadaan bersih dan kering supaya sampel yang diawet tidak rosak atau berkulat. 7. Pemberat seperti batu batan atau buku tebal digunakan untuk diletakkan ke atas sampel yang telah ditutup menggunakan surat khabar. Pemberat berfungsi untuk menghalang sebarang kehadiran cahaya , air dan mengurangkan kadar pertukaran gas diantara sampel tumbuhan dan keadaan persekitarannya.

Upload: tk324

Post on 20-Jan-2016

68 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

biologi spesime kering

TRANSCRIPT

Page 1: eksperimen tumbuhan

Tajuk:

Pengawetan kering tumbuhan yang membiak secara aseksual

Objektif:

Menyediakan sampel tumbuhan yang membiak secara aseksual dengan menggunakan kaedah pengawetan kering (herbarium) dan menghargai maklumat – maklumat biologi yang dapat diperolehi melalui sampel ini.

Hipotesis:

Tumbuhan yang membiak secara aseksual dapat diawet dengan menggunakan kaedah herbarium.

Pengenalan:

Pengawetan kering dilakukan untuk melindungi sesuatu daripada pelbagai keadaan seperti untuk melindungi haiwan daripada pupus, mengawet makanan supaya berada dalam keadaan segar dan tahan dalam satu tempoh yang lama, mengawet tumbuhan atau bahagian tumbuhan sebagai bahan rujukan untuk mengenal pasti takson tumbuhan. Kaedah ini juga turut dikenali sebagai herbarium.

Bahan – bahan dan peralatan :

Tumbuhan aseksual

Kertas surat khabar

Kadbod ( 32 x 48 cm)

Pemberat

Prosedur :

1. Sampel tumbuhan yang membiak secara aseksual diambil daripada habitat tumbuhan tersebut. Sampel tersebut perlu mempunyai bahagian – bahagian tumbuhan yang penting bermula dari daun hingga ke akar.

2. Sampel tumbuhan dibersihkan dan dibuang tanah , debu atau bahan asing yang melekat pada sampel.

3. Tempat untuk menjalankan proses pengawetan kering mestilah kering, bersih dan dalam keadaan suhu bilik.

4. Kepingan kertas surat khabar yang bersih diletakan berhati – hati diatas permukaan lantai yang rata. kertas surat khabar dibahagikan kepada dua bahagian serta diletakan dalam kuantiti yang banyak supaya sampel dapat diawet dengan baik.

5. Sampel tumbuhan diletakan pada bahagian tengah surat khabar supaya kedudukan sampel tidak berubah. Pastikan tiada bahan asing dalam surat khabar atau sampel tumbuhan supaya kualiti sampel yang diawet terjaga.

6. Bahagian surat khabar untuk diletakkan di atas sampel tumbuhan dipastikan dalam keadaan bersih dan kering supaya sampel yang diawet tidak rosak atau berkulat.

7. Pemberat seperti batu batan atau buku tebal digunakan untuk diletakkan ke atas sampel yang telah ditutup menggunakan surat khabar. Pemberat berfungsi untuk menghalang

Page 2: eksperimen tumbuhan

sebarang kehadiran cahaya , air dan mengurangkan kadar pertukaran gas diantara sampel tumbuhan dan keadaan persekitarannya.

8. Sampel dibiarkan selama beberapa hari ataupun dalam satu minggu sehingga sampel betul- betuk dalam keadaan kering. Spesimen yang tidak mempunyai kandungan air yang tinggi dalam bahagian daun atau batang biasanya kering dalam tempoh 5 – 7 hari.

9. Selepas proses pengawetan sudah selesai, sampel dipindahkan daripada surat khabar ke atas kadbod atau kertas keras untuk disertakan dalam folio.

10. Akhir sekali, sampel tumbuhan dilabelkan nama biasa, nama saintifik, dan bahagian tumbuhan dilabelkan daun, akar dan batang. Kemudian kertas keras atau kadbod dilaminat.

Hasil (result ):

Rujuk pada lampiran.

Perbincangan :

Kaedah utama dalam proses pengawetan kering pada tumbuhan ialah proses tekanan. Untuk menghasilkan sampel yang tahan lama dan kering , semasa proses tekanan mestilah menggunakan banyak lapisan kertas surat khabar atau kadbod, kertas keras dan sebagainya. Selepas itu, sampel diletakkan di bahagian tengah lapisan kertas dan ditutupi dengan lapisan kertas ke atasnya. Lapisan kertas ditekan dengan kuat dan ditindan dengan pemberat diatas lapisan kertas yang menutupi sampel tumbuhan. Pemberat terdiri daripada buku tebal , batu ataupun kotak yang berat.selepas ditindan dengan pemberat, sampel mestilah diikat dengan kuat dan kemas dengan menggunakan tali ataupun benang yang kuat. Letakkan di tempat yang panas dan mempunyai suhu bilik yang sesuai ataupun jemur di tengah cahaya matahari dalam masa beberapa hari. Spesimen yang tidak mempunyai kandungan air yang tinggi biasanya kering dalam tempoh 5 – 7 hari. Bagi spesimen yang mempunyai kandungan air yang tinggi perlu menukarkan kertas serap (absorbent paper) beberapa kali dalam seminggu untuk menghasilkan sampel yang kering. Apabila semua air dalam spesimen telah hilang atau disingkirkan proses pengawetan telah siap.

Kemahiran manipulatif:

1. Jangan ambil tumbuhan yang jarang tumbuh , sebagai contoh hanya terdapat sebilangan kecil tumbuhan tesebut di kawasan itu.

2. Elakkan dari mengambil tumbuhan yang rosak, digigit haiwan perosak atau seranggan dan dijangkiti oleh penyakit tumbuhan.

3. Pastikan tumbuhan yan ingin dijadikan sampel mempunyai bahagian – bahagian penting iaitu akar, daun, batang bagi tumbuhan aseksual. Tumbuhan seksual pula harus mempunyai bunga, daun , akar dan batang atau buah jika ada.

4. Pastikan kedua –dua bahagian daun dapat dilihat manakala bagi tumbuhan yang membiak secara seksual, bahagian bunga atau buah dapat dilihat kesemua bahagian yang penting iaitu bahagian depan, belakang, dan sisi.

5. Gunakan kertas yang bebas daripada asid serta mempunyai kualiti yang bagus .(100 % cotton rag is used in the herbarium)

Page 3: eksperimen tumbuhan

Kesimpulan:

Kaedah tekanan dalam proses pengawetan kering boleh dilakukan kepada tumbuhan yang membiak secara seksual dan aseksual.

Rujukan :

Herman, L & D Bridson (1989). The herbarium handbook. Royal Bot. Gard Kew. http: // www. Brit. Org/fileadmin/herbarium/pdfs/BRIT collecting _ preservingplants. pdf/