ekosistem hutan hujan tropika

Upload: latharajrajandren

Post on 14-Oct-2015

181 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

biology

TRANSCRIPT

EKOSISTEM

1. Ekosistem didefinisikan sebagai suatu komuniti organisma hidup yang mempunyai saling kaitan erat di antara satu sama lain dan antara organisma dengan alam fizikalnnya.

2. Komponen ekosistem terbahagi kepada dua iaitu biotik dan abiotik.

3. Komponen biotik meliputi manusia, tumbuhan dan haiwan manakala komponen abiotik terdiri daripada cahaya matahari, hujan, udara, mineral dan tanih.

HUTAN HUJAN TROPIKA

4. Ekosistem hutan hujan tropika adalah jenis ekosistem daratan.

5. Ekosistem hutan hujan tropika (hutan dipterokap) merupakan salah satu jenis ekosistem hutan yang paling produktif selain daripada hutan paya bakau.

6. Hutan jenis ini meliputi hampir 28% peratus kawasan hutan dunia dan merupakan ekosistem terkaya dengan spesies tumbuh-tumbuhan semulajadi dan hidupan liar di dunia.

7. Beberapa ciri-ciri hutan hujan tropika tanah pamah telah dikenalpasti dan dirumuskan seperti jadual di bawah:

CIRI-CIRIKETERANGAN

KedudukanBerada dari ketinggian 0m paras laut sehingga ketinggian 300m dari paras laut sekitar garisan Khaltulistiwa.

IklimPanas dan lembab sepanjang tahun dan menerima hujan sepanjang tahun

SuhuTinggi antara 30C hingga 35C

LokasiAfrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia, Asia Selatan, Malaysia dan lain-lain.

Hutan hujan tropika tanah pamah merupakan hutan yang mempunyai banyak komuniti hutan. Oleh itu, haiwan-haiwan yang terdapatdi sini mempunyai corak adaptasi kepada cuaca yang panas dan lembab manaka tumbuhan yang padat di hutan mempunyai adaptasi terhadap kelembapan yang tinggi.

Hutan jenis ini mempunyai hasil-hasil hutanyang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi kerana terdapat pelbagai pokok-pokok seperti meranti, tualang, cengal, belian, pokok-pokok palma, bulu, orkid dan sebagainya. Hutan ini tebal dan padat dan sentiasa malar hijau serta mempunyai pepohon yang berdaun besar dan lebar. Kebanyakan poko berakar banir dan tumbuh secara berlapis-lapis, membentuk sudur yang tebal malah mempunyai tumbuhan bawahan yang kurang berbanding dengan hutan pergunungan. Struktur hutan hujan tropika tanah pamah lazimnya terdiri daripada dua peringkat iaitu pokok-pokok dan tumbuhan renek yang turut berinteraksi dengan lain-lain bentuk tumbuhan.

Flora di Hutan Hujan Tropika Tumbuhan hutan hujan tropika tanah pamah terdiri daripada:

a) Pokok-pokok - Meliputi kanopi, susunan daun, mata daun, banir, bentuk batang dan percabanganb) Pepanjat/Liana - memanjat dan membelit (pepanjat menyangga dengan cara membelit batang menghala ke arah pucuk dan dahan pokok sokongannya seperti mengkudu), sulur-paut (contoh mentimun, labu dll.), organ cangkok (Akar kait) dan duri (Capparis diffusa)c) Belukar/Renek - Berkayu yang tidak mempunyai batang utama untuk menyokong daun. Ia mengeluarkan banyak batang yang bersaiz kecil dan berkongsi dedaun.d) Epifit - Pokok penumpange)Palma - Tumbuhan yang mempunyai batang yang tidak berdahanf) Herba - Tumbuhan yang tidak berkayu, contohnya keladi, orkid, pisang.

Fauna di Hutan Hujan Tropika Tanah Pamah

Hutan hujan tropika tanah pamah juga merupakan ekosistem kepada pelbagai jenis hidupan liar seperti orang utan, badak sumbu, ular-ular, musang , gajah dan sebagainya. Haiwan-haiwan ini menjalankan aktivitinya pada waktu yang berlainan. Haiwan memainkan peranan penting di dalam kitaran hidup tumbuhan danmenjaga keseimbangan serta perkembangan hutan hujan tropika itu sendiri. Haiwan merupakan pemangsa, agen pendebungaan dan juga penyebaran biji benih sekaligus telah merangsang perkembangan spesies tumbuhanhutan hujan tropika di samping membantu kitaran nutrien dan juga menolong mengawal kepadatan spesies di dalam hutan.

Tumbuhan lain bertindak membentuk kompaun sekunder seperti gum, resin dan getah, tanin dan fenol pada daun-daun dan buah-buahnya untuk menghalang haiwan-haiwan daripada memakannya.

KEPENTINGAN HUTAN HUJAN TROPIKA 1. Sumber makanan dan habitat haiwanHutan membekalkan makanan secara langsung atau tidak langsung kepada haiwan yang memakan buah-buahan, bijian, putik bunga, pucuk daun dan bahagian pokok yang lain. Selain itu, ia juga menyediakan satu habitat yang sesuai kepada haiwan. Kemampuan hutan ini menampung kepelbagaian hidupan liar juga menjadi sumber protein utama kepada penduduk dalam negara.

2. Mengawal suhu / agen pembersih udaraHutan hujan tropika tanah pamah secara keseluruhan menjalankan peranan menstabilkan suhu persekitaran dan agen pembersih udara dengan memendapkan gas karbon dioksida yang dikeluarkan oleh haiwan-haiwan semasa bernafas dan juga aktiviti manusia daripada sektor industri, pengangkutan dan pertanian. 3. Penutup bumi dan perlindungan hakisan

Kewujudan hujan juga menjadi agen penutup bumi semulajadi serta melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok berfungsi sebagai pengikat dengan cara mencengkam tanah-tanih dengan akarnya. Kesemua ini dapat memelihara kualiti alam sekitar daripada tercemar di samping mencegah kejadian buruk seperti banjir atau kilat.

4. Kawasan tadahan air

Hutanhujan tanah pamah juga bertindak sebagai kawasan tadahan air dengan menyerap dan menapis air hujan sebelum disalurkan ke sungai-sungai agar bekalan air tidak putus sepanjang tahun.

5. Tempat perlindungan semulajadi orang asli

Orang-orang asli juga menjadikan hutan ini sebagai tempat perlindungan, sumber makanan dan ekonomi mereka.

6. Sumber bahan mentah dan pendapatan negara

Selain itu, hutan hujan tanah pamah ini turut menyumbangkan ke arah ekonomi dan pembangunan luar bandar dengan memulihkan semula tanah terbiar dan mempelbagaikan sistem pengeluaran melalui aktiviti agroforesty. Sumber bahan mentah seperti balak dan produk bukan balak seperti rotan, kayu damar dan lain-lain banyak menjadi kegunaan tempatan dan sebagai bahan eksport jika diurus secara baik.

7. Budaya dan sejarah

Hutan juga merupakan khazanah budaya di mana tradisi serta amalan dan juga kisah silam orang tempatan patut dilindungi.

8. Sumber perubatan

Pokok-pokoknya juga mempunyai nilai-nilai perubatan untuk mengubati penyakit.

MASALAH YANG DIHADAPI

a)Secara semulajadi

Perubahan cuaca dunia- menjadikan fenomena kebakaran akibat kepanasan melampau menyebabkan hutan-hutan boleh terbakar dengan sendirinya dan cepat merebak apabila cuaca kering dan kurang hujan.Kejadian bencana alam- seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi pula menyebabkan pengaliran lava panas, pergerakan jisim dan juga serangan perosak dan penyakit hutan sekaligus memusnahkan sumber makanan kepada haiwan.

b)Aktiviti manusia

1. Pembinaan empangan hidro elektrik- memusnahkan hutan melalui kegiatan penebangan dan pembersihan hutan menyebabkan rantaian makanan hutan hujan tropika musnah.

2. Pembalakan tidak terkawal-menyebabkan kemusnahan spesies flora dan fauna secara besar-besaran, kehilangan habitat, rantaian makanan dan ciri ekologi.

3. Aktiviti pertanian dengan pembukaan tanah baru untuk perladangan misalnya, memusnahkan kawasan hutan dan ekosistemnya.

4. Pembinaan infrastruktur seperti lebuhraya, kabel elektrik, saluran paip dan lain-lain mengakibatkan pemusnahan hutan dan memberi kesan buruk terhadap keplbagaian biologi hutan.

LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA KESEIMBANGAN EKOSISTEM HUTAN HUJAN TROPIKA

a)Perundangan

Menguatkuasakan undang-undang- dengan kawalan pencerobohan hutan simpan, aktiviti rondaan, dan tindakan tegas terhadap aktiviti pembalakan haram. Pihak berkuatkuasa juga perlu mengenakan denda dan hukuman terhadap sesiapa yang melanggar undang-undang yang telah ditetapkan.

b)Langkah pengurusan

1. Mewartakan hutan rezab atau Taman Negara yang juga menjadi Kawasan Perlindungan Hidupan Liar (KPHL).

2. Melaksanakan Sistem Tebangan Memilih (STS)Penebangan hanya dilakukan bagi pokok-pokok yang cukup ukur lilit dan umur sahaja.

3. Penanaman semula hutan atau Projek Perladangan Hutan Kompensatori (CFPP) bertujuan untuk membekalkan bahan kayu industri spesies tertentu untuk memenuhi keperluan tempatan sahaja.

4. Menjalankan Penyelidikan dan pembangunan (R&D) beralih kepada sumber-sumber pengganti seperti penggunaan fiber, simen, aluminium dan sebagainya agar tidak terlalu bergantung kepada hasil hutan.

5. Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar boleh dilakukan oleh badan bukan NGO seperti Persatuan pencinta Aalam Sekitar agar sedar akan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan hutan dan boleh dilaksanakan pada semua peringkat.

KEHIDUPAN DI KAWASAN TUNDRATABURAN KAWASAN1. Sekitar Garisan Artik & Garisan Antartika (66oU & S).2. Hemisfera utara Pulau Greenland Utara benua Amerika Utara (Utara Kanada) Alaska Utara benua Rusia Eropah3. Hemisfera selatan Kawasan Tundra.SIFAT IKLIM1. Mengalami dua musim yang nyata (musim dingin dan musim panas).2. Musim dinginnya panjang (Nov-Mac).3. Musim dinginnya terlampau sejuk dengan suhu antara 18oC-37oC.4. Musim dingin - siangnya pendek & malam panjang.5. Bila matahari berada di Garisan Jadi, kawasan Artik mengalami malam 24 jam.6. Musim panas pendek antara Mei-Julai dengan suhu yang sederhana (bawah 10oC).7. Bila matahari berada di Garisan Saratan, kawasan Artik mengalami siang 24 jam & kawasan utara siang 6 jam.8. Bezantara suhu tinggi (28oC).9. Hujan terlalu sedikit kurang daripada 250mm.10. Paling lebat dalam musim panas.11. Musim dingin hujan turun dalam bentuk salji.TUMBUHAN SEMULAJADI1. Tumbuhan tundra seperti lumut & kulampair.2. Pokok-pokok renek dan bunga artik pada musim panas.3. Rumput keras dan lumut disepanjang tanah pamah pantai.4. Pokok-pokok bantut seperti willow & hirch yang tumbuh di tepi-tepi sungai.5. Rumput paya di kawasan berpaya.6. GURUN1. Gurun panas ialah sebuah kawasan bumi tandus akibat daripada kepanasan melampau dan kekurangan hujan.2. Kawasan Gurun Panas merupakan kawasan yang panas dan kering sepanjang tahun.

Ciri-ciri kawasan Gurun Panas:a) Suhu waktu siang sangat panas manakala suhu waktu malam sangat sejuk.b) Suhu waktu siang: 38C hingga 44Cc) Suhu waktu malam: 10Cd) Hujan jarang turune) Hujan tahunan hanya 250 mm3. Tumbuh-tumbuhan tahan sepanjang kemarau seperti rumput kasar, kaktus dan semak samun4. Pokok kaktus ialah sejenis tumbuhan berdaun kilat, berbulu atau berduri dan berbatang lendair untuk menyimpan air5. Tumbuh-tumbuhan lain termasuk pokok akasia, pokok kurma dan rumput kasar6. Biji benih tumbuh-tumbuhan akan bercambah dengan serta-merta dan mengeluarkan biji benih baru7. Ciri tumbuh-tumbuhan semula jadi tumbuh di gurun panasa) Mempunyai batang berongga dan berlandair untuk menyimpan air untuk jangka masa panjangb) Mempunyai akar yang panjang supaya mudah menyerap air di bawah tanah (akar panjangyang melebihi 30m ke dalam tanah untuk mendapatkan air)c) Daun yang keras, kecil, berbentuk jarum dan berduri untuk mengurangkan kadar kehilangan air melalui perpeluhand) Daun yang berlilin untuk melindungi daun daripada udara kering pada waktu siange) Biji benih yang berkulit tebal, keras dan tahan kemarau memudahkan percambahanf) Akar merebak berhampiran dengan permukaan bumi untuk mengumpul air hujang) Sel lembut menyerap dan menyimpan airh) Sel kulit dapat berkembang atau mengecut mengikut kuantiti airi) Duri tajam melindungi pokok8. Hidupan liar seperti unta, musang fennec, oryx, gazelle, musang kit, tikus jerboa terpaksa menyesuaikan diri dengan air yang sedikit.Ciri-ciri Tumbuhan Semula Jadi Di Kawasan Gurun Sahara Mempunyai batang berongga dan berlendair untuk menyimpan air dalam jangka masa yang panjang. Mempunyai akar yang panjang supaya mudah menyerap air di bawah tanah. Daun yang keras, kecil, berbentuk jarum dan berduri untuk mengurangkan kadar kehilangan air melalui pepeluhan. Bijih benih yang berkulit tebal, keras dan tahan kemarau memudahkan percambahan.

TAIGAAdalah suatu hutan yang didalamnya hanya terdapat satu spesies pohon yang sejenis seerti konifer atau pinus dan sejenisnya. Keberadaan taiga dapat dilihat terutama di kawasan belahan bumi bagian utara seperti Rusia, Siberia Utara, dan Kanada Tengah dan Utara. Pertumbuhan taiga pada musim panas berlangsung selama 3 sampai 6 bulanCiriciri dariBiom Taigaini diantaranya suhu yang mencapai 0F di musim dingin dan mencapai 90F atau lebih pada musim panas. Musim dingin berlangsung sangat panjang dan daerah ini sangat basah kerana penguapannya rendah. Taiga juga terdapat di daerah yang beriklim sedang dengan curah hujan mencapai 35 40 cm setiap tahun. Bila musim dingin datang, tanah yang ada akan berubah menjadi es dan mencapai 2m dibawah permukaan tanah. Taiga sendiri memiliki tanah yang asam.Tumbuhan yang ada di Taiga ini selalu berwarna hijau sepanjang tahun meskipun pada waktu itu adalah musim dingin dengan suhu yang sangat rendah. Seperti yang sudah disinggung sebelumnya bahwa hanya beberapa tumbuhan sahaja yang dapat hidup di taiga ini misalnya konifer dan pinus. Pohon yang ada di hutan konifer ini berbentuk seperti jarum dan juga mempunyai zat lilin yang membuatnya tahan terhadap kekeringan. Tumbuhan konifer itu seperti alder, birch, juniper dan spruce.

HUTAN GUGURBiom hutan gugur merupakan biom yang terletak pada kisaran 30 40 derajat lintang LU/LS. Biom hutan gugur terdapat di daerah beriklim sedang yang terdapat di wilayah Amerika Serikat bagian timur, ujung selatan benua Amerika, Kepulauan Inggris dan Australia.Ciri-ciri bioma hutan gugur adalah sebagai berikut :

1. Curah hujan merata antara 750mm 1.000 mm pertahun2. Pohon-pohon memiliki ciri berdaun lebar, hijau pada musim dingin, rontok pada musim panas dan memiliki tajuk yang rapat.3. Memiliki musim panas yang hangat dan musim dingin yang tidak terlalu dingin.4. Jarak antara pohon satu dengan pohon yang lainnya tidak terlalu rapat/renggang5. Jumlah/jenis tumbuhan yang ada relatif sedikit6. Memiliki 4 musim, iaitu musim panas-gugur-dingin-semiBeberapa jenis tumbuhan utama yang hidup di daerah biom hutan gugur misalnya pohonoak,basswood, dan terna berbunga.Fauna yang terdapat di wilayah bioma hutan gugur misalnyaPanda(hewan endemik wilayah China), serangga, burung, bajing, anjing, rusa,racoon(sejenis musang/luwak).