edu3053 isl m9

Upload: winnie-kho

Post on 11-Mar-2016

232 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Edu3053 Isl m9

TRANSCRIPT

EDU3053 ISL M9 - Cari maklumat tentang langkah-langkah penerbitan dan teknik penggambaran bahan video.Langkah-Langkah Penerbitan Video1) Tetapkan Tujuan dan ObjektifPastikan anda tahu matlamat rancangan anda menghasilkan bahan video. Siapakah kumpulan sasarannya dan bagaimanakah bahan itu akan digunakan dalam pengajaran. Perlu diingat, objektif P & P yang dinyatakan perlu dicapai.

2) Buat Penyelidikan dan Sediakan BahanBahan-bahan yang diperlukan seperti maklumat, gambar dan sebagainya yang anda fikirkan berguna untuk penggambaran dikumpulkan terlebih dahulu.

3) Pilih Bahan-Bahan yang SesuaiBahan yang anda kumpulkan mungkin terlalu banyak. Pilih bahan yang difikirkan benar-benar perlu dan releven.

4) Menulis SkripDi sinilah anda mencurahkan idea anda secara berurutan dan berstruktur.

5) Bersedia Membuat PenggambaranSediakan jadual Penggambaran. Sekiranya anda bekerja dalam pasukan, tetapkan tugasan masing-masing.

6) Sediakan Bahan-Bahan GrafikAnda perlu menyediakan bahan-bahan grafik sebelum penggambaran dimulakan. Jika tidak, hal ini akan mengganggu kelancaran penggambaran.

7) Sediakan Bahan dan PeralatanPastikan bahan dan peralatan bersedia dan berfungsi.

8) Mulakan PenggambaranAnda mungkin akan membuat penggambaran luar dan dalam. Fikirkan kemungkinan-kemungkinan yang akan berlaku dan bersedia dengannya.

9) MenyuntingSetelah membuat rakaman, suntingan perlu dibuat.

10) Membuat Rakaman AudioLangkah ini adalah untuk memasukkan narration, kesan bunyi dan muzik latar.

11) PrebiuRancangan perlu dipratonton oleh sekumpulan kecil dan kemudian perbaiki kesilapan sekiranya ada.

12) Gunakan Dalam PengajaranDi sinilah anda menggunakan klip video yang telah dihasilkan bagi mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran anda. Galakkan perkongsian sumber ini dengan rakan-rakan sejawat yang lain.

13) PenilaianDi sinilah anda perlu menilai bahan video itu dari segi kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran. Jika perlu, buat penambahbaikan bagi memastikan objektif penyediaan bahan tercapai.

Teknik Penggambaran Bahan VideoNO.Jenis-jenis ShotContoh

1. Extreme Long Shot (ELS) Shot sangat jauh, menyajikan bidang pandangn yang sangat luas. Kamera mengambil seluruh pandangan. Objek utama dan objek lainnya nampak sangat kecil dalam hubungannya dengan latar belakang.

2. Long Shot (LS) Shot sangat jauh, menyajikan bidang pandangan yang lebih dekat dibandingkan dengan ELS, objek masih didominasi oelh latar belakang yang lebih luas.

3. Medium Long Shot (MLS) Shot yang menyajikan bidang pandangan yang lebih dekat daripada LS. Objek manusia biasanya ditampilkan dari atas lutut sampai atas kepala

4. MS (Medium Shot) Shot yang menampilkan sebatas pinggang sampai atas kepala.

5. ECU (Extrime Close Up) Shot yang menampilkan detail objek.

6. CU (Close Up) Shot yang menampilkan dari batas bahu sampai atas kepala.

7. MCU (Medium Close Up) Shot yang menampilkan sebatas dada sampai atas kepala.

Disediakan oleh:Lau Kai XinWinnie Kho Jen Nie