editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti...

52

Upload: others

Post on 22-Jun-2020

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah
Page 2: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Penasihat:PUAN HJH SITI ZUBAIDAH BINTI ABD. JABAR PPT

TUAN HAJI SUHAIMI BIN KASDON

Editor:TUAN HAJI SHAMSUL BAHRIN BIN HAJI MD. SHUKUR A.M.N, P.J.K

Penolong Editor:PUAN NUR IZZATY BINTI ANUARPUAN SITI FADHLIAH BINTI AB. HADI

Pengarang:PUAN UMI MADIA BT MOHD NASOHAHPUAN NUR ROHIMAH BINTI HAMZAHPUAN NUR SABRINA BINTI BUANGENCIK AZIM BIN AZHARPUAN NOOR AINA BINTI BASIRUNCIK FATEEHA BINTI RAMLI PUAN NOR ASMAWAR BINTI HAMZAHPUAN AINON BINTI KASSIM

Jurufoto:ENCIK RIDZUAN BIN JAMIL@SHAFIIENCIK AMMAR BIN ISHAKPUAN NUR ATIQAH BINTI HAMZAHCIK HANIS ATIKA BINTI CHE AZIZPUAN NUR IZZATI NADIA BINTI MOHAMAD AWIENCIK MUHAMMAD YUSOFF IMRAN BIN AZMANCIK NUR SYAFIQAH BINTI AZHAR

Penerbit: BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI SELANGORTingkat 4, PKNS BizPoint,Jalan Plumbum P7/P, Seksyen 7,40000 Shah Alam.

Tel: +603 5511 1720

Pengurusan & Perundingan:KD Land,Suite 11-2, 2nd Floor,Jalan Cecawi 6/33Kota Damansara,47810 Petaling Jaya,Selangor.Tel: +6013 981 6797/+6010 385 6797

Segala tulisan, ilustrasi dan foto dalam majalah ini adalah hak milik penerbit dan tidak dibenarkan disiarkan kembali tanpa kebenaran bertulis daripada pihak penerbit

www.pknsbizpoint.com

SIDANGREDAKSI

Penerapan budaya keusahawanan merupakan satu agenda penting bagi masyarakat kita terutamanya

pada mereka yang ingin bergelar usahawan. Di negara maju seperti Jepun, sumbangan IKS (Industri Kecil dan Sederhana) negara tersebut melebihi 45% kepada KDNK (Keluaran Negara Kasar) sedangkan IKS kita yang menggaji lebih dari 90% seluruh tenaga kerja negara hanya menyumbang sekitar 35% sahaja kepada KDNK. Oleh itu setiap organisasi perlulah memainkan

editorDari Meja

peranan untuk menerapkan nilai-nilai keusahawanan sebagai sumbangan ke arah memartabatkan keusahawanan negara.

Budaya keusahawanan perlu dipupuk dari sekolah rendah lagi sehinggalah ke peringkat institusi pengajian tinggi supaya apabila mereka ini menceburi bidang keusahawanan kelak, mereka akan lebih bersedia. Justeru, mereka lebih berdaya tahan. Program keusahawanan yang diwujudkan dari sekolah rendah hingga ke institusi pengajian tinggi pula hendaklah tersusun dan mampu menarik minat pelajar untuk meminati keusahawanan seterusnya memilih keusahawanan sebagai kerjaya. Wujudkanlah program-program keusahawanan yang praktikal dan realistik dari segi teori dan amali agar peserta mampu memiliki ilmu yang boleh diamalkan ketika menjadi usahawan satu hari nanti. Tanamkan sikap rajin, mahir berkomunikasi, sentiasa membangun jaringan usahawan, berdisiplin, sabar dan sentiasa menjaga masa, ke dalam jiwa dan sanubari mereka yang mahu menjadi usahawan.

Kepada usahawan muda yang baru berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan, dinasihatkan supaya mereka mempunyai mentor coach sebagai tempat rujukan dan mendapat bimbingan agar hala tuju keusahawanan menjurus kepada matlamat yang ditetapkan.

Dalam konteks ini, PKNS telah pun mempunyai program pembangunan usahawan yang tersusun, berstruktur dan efektif. Syabas kepada pihak PKNS kerana istiqomah selama lebih 20 tahun memupuk dan membangunkan keusahawanan dari sekolah rendah sehingga ke lepasan universiti.

Membudayakan Keusahawanan

632018

BIL

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

02

Page 3: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

03PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

2018Julai-Sept

Takwim AktivitiBPU

AKTIVITI PROGRAMBizClub

BizClub

PROTUNe

PROTUNe

PROTUNe

PPU

GROW

GROW

KLINIK USAHAWAN

KLINIK USAHAWAN

KLINIK USAHAWAN

SKP & VIP

SKP & VIP

USAHAWAN MAHASISWA

SKP & VIP

5U

5U

25 - 28 Julai 2018Promosi Jualan PROTUNe dan PPU Negeri Selangor

6 September 2018‘Meet & Greet Ahli PKNS BizClub29 September 2018Entrepreneur Branding Development 2018

25 - 28 Julai 2018Promosi Jualan Program Tunas Niaga (PROTUNe) & Program Perintis Usahawan

14 September 2018Penghantaran Buku Laporan Syarikat

1 - 3 Ogos 2018Seminar Kerja-kerja Luaran dan Infra (10 Mata CCD CIDB)

9 - 11 Ogos 2018Kursus Pembubaran Dan Penyedian Laporan Syarikat PROTUNe (SESI 3)

27 - 28 Julai 2018Fiesta Jualan Program Perintis Usahawan

24 Julai 2018Kelas GROW; ( Strategi Pelabelan, Pembungkusan Produk dan Penjenamaandan Strategi Kebocoran Tunai dan Kawalan Kecurian Aset)

30 Ogos 2018‘KELAS GROW (Strategi Pengurusan Inventori dan Kawalan Pergerakkan Produk)

25 Julai 2018Kursus Proses Perniagaan & Perakuanan SBS

22 September 2018‘Seminar Bahasa Mandarin

4 Ogos 2018‘Seminar Solusi Baitullah

10 Julai 2018Seminar Kerja-kerja Luaran dan Infra (10 Mata CCD CIDB)

12 September 2018‘Seminar Teknologi Pembinaan Kerja Pemparitan, Pembentungan Serta Anggaran (10 Mata CCD CIDB)

29 September 2018‘Majlis Perasmian Penutup Usahawan Mahasiswa UIA 2018

14 Ogos 2018‘Seminar Pendekatan Sistematik Dalam Penyelesaian Masalah (10 Mata CCD CIDB)

16 - 19 Julai 2018Temuduga Program Pemantapan Usahawan 5U PKNS (Peringkat Saringan Pertama)

4 - 5 September 2018Temuduga Program Pemantapan Usahawan 5U Pkns (Peringkat Saringan Kedua)

24 - 26 Julai 2018Temuduga Program Pemantapan Usahawan 5U PKNS (Peringkat Saringan Pertama)

26 Julai 2018Perasmian Promosi Jualan Program Tunas Niaga (PROTUNe) & Program Perintis Usahawan Oleh Ketua Pegawai Korporat PKNS

18 - 21 September 2018Penghakiman Buku Laporan Syarikat Tunas Niaga

6 - 8 Ogos 2018Kursus Pembubaran Dan Penyedian Laporan Syarikat PROTUNe (Sesi 2)

31 Ogos 2018Pembubaran Syarikat Tunas Niaga (PROTUNe)

Page 4: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

04

BE

RIT

A A

KTI

VIT

IB

PU K

EW

AN

GA

N &

P

ER

AK

AU

NA

N

US

AH

AW

AN

GR

OW

BIS

NE

SLU

AR

NE

GA

RA

PE

RN

IAG

AA

NP

ILIH

AN

PR

OJE

K P

KN

S

US

AH

AW

AN

MA

HA

SIS

WA

BE

RIT

A A

KTI

VIT

I P

RO

TUN

eIN

OVA

SI D

AN

TE

KN

OLO

GI

TIP

PE

RN

IAG

AA

N

Majlis Jaringan Aidilfitri BPU 2018

Di Sebalik Angka Ada Cerita

Pembubaran Syarikat PROTUNe

Inovasi Peribahasa Melayu Interaktif PembelajaranIpem: Peribahasa Melayu Interaktif

Yuslinda Yusof Cekal Jadi Bekal Seorang UsahawaN

Lebarkan Pasaran Ke Peringkat Global

Hidup Perlu Buat Sesuatu, Tidak Boleh Rehat - Masri Hj. Mohamad Hanafiah

Kursus Latihan Pengendalian Makanan

‘HANYU PINYIN’ Alternatif Persefahaman Usahawan

Program Usahawan SMART UIA 2018

Seminar Solusi Menuju Baitullah“Meet & Greet” Jaringan UsahawanMajlis Perpisahan Dan Serah TugasPerkukuhkan Imej Penjenamaan

Mencari Mentor Perniagaan

Komunikasi Dalam PerniagaanKelestarian Budaya KeusahawananKontenku Viral, Follower Bertalu-Talu!Meningkatkan Daya Saing Usahawan

2 Perkara Utama Usahawan Wajib Tahu Sebelum Memulakan Bisnes

Cabaran Usahawan Peranan, Tanggungjawab Dan Tugas Kakitangan Dalam Operasi Syarikat

Program EH-4P

05

05

05

05

05

05

05

07

08

09

09090909

09

09090909

09

09

06

SU

B K

ON

TRA

KTO

RB

UM

IPU

TER

A(S

KB

)

Selesaikan Masalah Penyeliaan ProjekMemperkasakan KemahiranKontraktor

0909

KEWANGAN

manfaatsimpananpembiayaan

PeribahasaMelayu

Interaktif

PeribahasaMelayu

Interaktif

Page 5: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

05PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Perbadanan

Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah disambut meriah pada 3 Julai 2018 bersamaan 25 Syawal 1439H bertempat di PKNS BizClub. Majlis tersebut dihadiri lebih daripada 500 orang tetamu.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan kehadiran tetamu jemputan yang terdiri daripada pihak pengurusan dan pegawai kanan serta anggota PKNS, sub-kontraktor, vendor, rakan niaga BPU serta mantan anggota BPU. Menurut Pengurus BPU, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur, majlis ini bertujuan merapatkan silaturahim dalam kalangan para jemputan.

Di antara tetamu jemputan yang hadir ialah Pengurus Besar Perhubungan Korporat PKNS, Puan Hajah Roziah Binti Ahmad, Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Utara PKNS, Ir. Tuan Haji Mohd

Menurut Pengurus BPU, Tuan Haji Mohd Shamsul Baharin Bin Haji Md. Shukur, majlis ini bertujuan merapatkan silaturahim dalam kalangan para jemputan.

Muhidin Bin Faharuddin, Pengurus Besar Pembangunan Strategik PKNS, Tuan Haji Suhaimi Bin Kasdon serta pegawai-pegawai kanan dan juga anggota-anggota PKNS yang lain.

Terdapat pelbagai juadah dan hidangan yang telah disediakan seperti ketupat, rendang, laksa, serta kuih-muih. Majlis ini bermula dari 11.00 pagi dan tamat pada pukul 3.00 petang.

Berita AktivitiBPU

MAJLISJARINGAN

Aidilfitri

01 - Dari kiri, Pengurus BPU, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur menjamu selera bersama tetamu jemputan iaitu Pengurus Tanah Wilayah Utara, YM Raja Muhamad Bin Raja Harun dan Pengurus Besar Pembangunan Wilayah Utara, Ir. Tuan Haji Mohd Muhidin Bin Faharuddin

02 - Tiga dari kiri, Pengurus Besar Pembangunan Strategik PKNS, Tuan Haji Suhaimi Bin Kasdon bersama tetamu jemputan dan anggota PKNS menikmati juadah yang disediakan

03 - Lima dari kiri, Pengurus Besar Perhubungan Korporat PKNS, Puan Hajah Roziah Binti Ahmad duduk di sisi Pengurus BPU, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur bersama-sama anggota PKNS

01

02

03

Page 6: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU)

dengan kerjasama Kementerian Kewangan Malaysia menganjurkan program EH-4P iaitu singkatan kepada Program Entrepreneur Harapan 4P pada 22 dan 23 Julai di PKNS Biz Point.

Program selama dua hari ini dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada usahawan bumiputera. Rata - rata peserta yang hadir terdiri daripada syarikat mulaan.

Program EH-4P ini dianjurkan untuk melahirkan para usahawan yang berfikiran kritikal, strategik dan inovatif.

Klinik USAHAWAN

Perancangan

PasaranPelanggan

‘Program selama dua hari ini dihadiri oleh 40 orang peserta yang terdiri daripada usahawan bumiputera. Rata-rata peserta yang hadir terdiri daripada syarikat mulaan.

EH-4PCuma Perlu IngatEmpat Perkara (4P)

Persaingan

Faham perniagaansendiri terlebih dahulu

dan arah tujuan

Pastikan industri,saiz dan tawaransebelum bersaing

Kenali siapapelanggan dan

apa yang merekaperlukan

Teliti persaingan,tawaran dan

kumpul pelanggansasaran

STRATEGI

4P

PROGRAM

Program EH-4P adalah untuk menyemarakkan minat dan melatih usahawan Malaysia bagi menghasilkan tawaran nilai dan strategi baru. Antara objektifnya ialah :

Perniagaan dapat dilaksanakan dengan mudah

Perniagaan dan perkhidmatan dapat dimulakan dengan kos rendah

Syarikat dapat dikembangkan dengan cepat

Strategi yang berimpak tinggi

Program selama dua hari ini dikendalikan oleh Cik Romie Ayu Mohd Yusoff dari Nadi-Ayu Technologies Sdn Bhd yang memberi penekanan terhadap pemahaman prinsip, konsep dan aplikasi strategi 4P berteraskan prinsip Strategi Lautan Biru dalam perniagaan.

Peserta yang berminat untuk memajukan bisnes, mereka boleh terus mengikuti program dan akan diberi coaching dan mentoring oleh perunding yang dilantik.

Daripada reaksi dan maklum balas peserta, rata-rata mereka sangat berpuas hati dan mendapat manfaat daripada program ini.

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

06

Tenaga pengajar memberi coaching kepada salah seorang usahawan syarikat pemula.

Page 7: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

07PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

Kursus Latihan Pengendalian Makanan telah dijalankan pada 14 Julai 2018 oleh Bahagian

Pembangunan Usahawan (BPU), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di PKNS BizPoint Seksyen 7, Shah Alam dengan kerjasama Syarikat Mutiara Food Consultancy untuk memberi pendedahan tentang penjagaan kebersihan dalam pengendalian makanan.

Program ini adalah selari dengan Peraturan Kebersihan Makanan (PKM) yang telah diwartakan pada 28 Februari 2009 yang menyatakan bahawa pengendali makanan hendaklah menjalani latihan pengendalian makanan dan mendapat Sijil Latihan Pengendali Makanan daripada institusi yang ditentukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

KURSUS LATIHAN

PENGENDALIAN

Makanan

Seramai 40 orang peserta terdiri daripada pengendali makanan dari Selangor, Negeri Sembilan dan Johor telah hadir. Menurut peserta, mereka merupakan rakan-rakan niaga makanan yang saling berkomunikasi di platform digital, justeru mewarwarkan maklumat tentang program ini sesama mereka.

Klinik USAHAWAN

‘Seramai 40 orang peserta terdiri daripada pengendali makanan dari Selangor, Negeri Sembilan dan Johor telah hadir.

Program ini amat penting bagi memastikan pengendali makanan mematuhi PKM dan mendapat informasi dan pengetahuan yang tepat dalam pembuatan, pengendalian, dan penjualan produk makanan mereka.

Mengikut tenaga pengajar program ini iaitu Puan Roslina binti Jamian, peserta yang hadir ke program ini telah mendapat pendedahan dan kesedaran bagi menjadikan mereka lebih sedar akan tanggungjawab yang perlu dipikul sebagai pengendali makanan.

01 - Para peserta mendaftar kursus02 - Sesi pendedahan penjagaan kebersihan dalam pengendalian makanan03 - Para peserta mendengar taklimat yang disampaikan tenaga pengajar04 - Para peserta menikmati jamuan ringan sambil membina jaringan

03

02

04

01

Page 8: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Klinik USAHAWAN

Hanyu pinyin?. Hanyu ialah bahasa manakala Pinyin merujuk kepada Mandarin. Penguasaan

bahasa mandarin yang dimaksudkan sebenarnya merupakan satu mekanisma untuk para usahawan memperkaya bahasa dan memperlebar urus niaga merentasi sempadan bicara.

Berhubung perkara itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) dengan kerjasama Sifu Mandarin Consulting PLT telah menjayakan Seminar “Suka, Ingat ,Faham dan Ulang” (S.I.F.U) Mandarin pada 22 september bertempat di Bilik Seminar 1, PKNS Bizpoint, Seksyen 7,Shah Alam, Selangor .

Umumnya , seminar yang diadakan ini terbuka untuk semua golongan pekerjaan dan dilihat sebagai medium terbaik untuk para usahawan bagi memahami dan mendalami pelbagai bahasa agar dapat membina persefahaman ketika berurus niaga.

Intipati objektif seminar ialah para peserta dapat mempelajari teknik sebutan nada bahasa Mandarin secara asas kurang daripada tempoh masa dua jam pembelajaran dan sesi pembelajaran secara terus iaitu direct to the point melalui skrip khas . Selain itu juga, boleh memudahkan para peserta mempelajari secara pantas berdasarkan teknik sebutan, skrip dan praktikal serta memastikan para peserta mempraktikkan komunikasi dan perbualan bahasa Mandarin dalam aktiviti seharian.

Tenaga pengajar seminar iaitu Puan Siti Hawa Othman yang terdidik dengan Bahasa mandarin sejak berumur lima tahun berkata, impak memahami dan menguasai bahasa mandarin dapat mencipta suatu persefahaman kukuh antara dua pihak meskipun berbeda kaum dan identiti serta memberi kelebihan kepada para usahawan untuk melebarkan hubungan perniagaan.

Encik Saiful Nizzam Nasir selaku Pengurus Kewangan dan Pemasaran

Sifu Mandarin Consulting PLT yang juga sebagai suami Puan Siti Hawa turut memberitahu bahawa para usahawan dapat mengeratkan hubungan merentasi kaum melalui Bahasa Mandarin dan modul Mandarin yang diterapkan mereka dilengkapi dengan topik dan kaedah asas untuk dipelajari oleh semua golongan.

“Modul ini dibina sendiri oleh kami dengan penggunaan bahasa yang mudah untuk difahami. .Justeru, amat sesuai dengan lidah orang Melayu khususnya,” ujar Encik Saiful.

Jelas sekali, memahami bahasa Mandarin dapat menjalin persefahaman para usahawan untuk berurus niaga dengan pihak yang menggunakan bahasa ini sebagai bahasa utama seterusnya dapat memudahkan interaksi antara satu sama lain dan memangkin kemajuan bisnes bersama .

Seminar selama satu hari yang dihadiri 26 orang ini berakhir pada jam 5 petang dan kesemua peserta diberikan sijil penyertaan seminar tanda penghargaan. Rata-rata peserta memberi maklum balas positif dan mengakui dapat meningkatkan pengetahuan yang akan dipraktikkan secara berterusan dalam kehidupan.

‘HANYU PINYIN’ALTERNATIF PERSEFAHAMAN USAHAWAN

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

06

Tenaga pengajar seminar, Puan Siti Hawa Othman memberi tunjuk ajar kepada para peserta

Puan Siti Hawa meneliti modul pembelajaran Mandarin

Para peserta dibentuk dan dilatih dalam beberapa kumpulan pembelajaran

Antara peserta seminar yang hadir

Sebahagian peserta menterjermah perkataan dengan kaedah teknologi menangkap gambar menggunakan aplikasi google translate

Page 9: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Klinik USAHAWAN

Majlis Perasmian Penutup Program Usahawan SMART UIA 2018 telah diadakan pada

29 September 2018 di Dewan Zabedah Kompleks Azman Hashim UIA Gombak, Selangor, dengan di hadiri oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tuan Haji Shamsul Baharin Bin Md Shukor, Dekan Kuliyah Ekonomi UIAM, Professor Dr. Hasanudden Abd Aziz, berserta pegawai dan anggota BPU PKNS juga kakitangan dan mahasiswa UIAM.

Program SMART Entrepreneur 2018 atau Program SMART Usahawan merupakan pendedahan SMART yang berstruktur di mana para peserta yang terdiri dari mahasiswa menimba ilmu keusahawanan melalui situasi perniagaan sebenar. Program SMART UIA ini, berjalan selama tiga bulan dari Mac 2018 hingga Mei 2018 disertai oleh 19 mahasiswa dimana mereka perlu mempelajari secara teori dan amali kaedah perniagaan dengan menubuh 14 buah syarikat seterusnya bertanding sesama mereka. Dalam jangkamasa tersebut mereka diberi bimbingan oleh usahawan yang berjaya dibidang masing. Di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), program ini dilaksanakan secara intensif dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS, UIA dan konsultan ASL Development Group (M) Sdn Bhd.

Semasa menyampaikan ucapan aluannya, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md Shukur menyatakan

Program Usahawan

07PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

SMART UIA 2018

program ini merupakan di antara program pembudayaan keusahawanan yang dilaksanakan oleh BPU PKNS untuk melahirkan usahawan yang berilmu, berdaya saing dan berjaya tahan. Beliau berharap usahawan hasil program ini menjadi usahawan yang bertanggungjawab yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat. Kata beliau lagi, InsyaAllah segala sumbangan baik kelak dibalas dengan kebaikan dunia akhirat.

Di acara sama, Professor Dr. Hasanudden Abd Aziz, mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada BPU PKNS kerana memberi sokongan kerjasama dan pembiayaan kepada program ini. Beliau berpesan kepada mahasiswa bakal usahawan supaya mencontohi semangat keusahawanan Nabi kita Muhammad AS yang menjadi usahawan berjaya dunia dan akhirat. Katanya, usahawan perlu menerap nilai murni ke dalam diri masing-masing serta mampu memberi sumbangan kepada masyarakat.

Di majlis penutup Program Usahawan SMART UIA 2018, semua peserta menerima sijil masing-masing dan kemuncaknya ialah penyampaian hadiah johan pertandingan berjumlah RM2,000 yang dimenangi oleh Nur Syahida Binti Mohd Pesal. Majlis berakhir dengan para hadirin menjamu selera makan tengahari.

‘Program SMART Usahawan merupakan pendedahan SMART yang berstruktur di mana para peserta yang terdiri dari mahasiswa menimba ilmu keusahawanan melalui situasi perniagaan sebenar

Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Tuan Haji Shamsul Baharin Bin Md Shukor menyampaikan ucapan

Dekan Kuliyah Ekonomi UIAM, Professor Dr. Hasanudden Abd Aziz menyampaikan ucapanalu-aluan

Nur Syahida Binti Mohd Pesal menerima hadiahjohan pertandingan Program Usahawan SMART UIA 2018

Page 10: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi Bahagian Pembangunan

Usahawan (BPU), terus memberi pengukuhan pada pembudayaan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menerusi Promosi Jualan Program Tunas Niaga (PROTUNe) untuk pelajar sekolah menengah dan Program Perintis Usahawan (PPU) bagi murid sekolah rendah.

Promosi jualan PROTUNe dan PPU tahun ini, berjaya mencatat peningkatan jualan berbanding tahun-tahun sebelumnya kepada RM100,320.00 dengan penglibatan 47 sekolah menengah dan enam buah sekolah rendah dari seluruh negeri Selangor.

Program tersebut berlangsung di Kompleks PKNS Shah Alam dari 25 hingga 28 Julai 2018 dan dirasmikan oleh Ketua Pegawai Korporat PKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah Binti Haji Abd Jabar.

Berita AktivitiPROTUNe

‘Promosi jualan PROTUNe dan PPU tahun ini, berjaya mencatat peningkatan jualan berbanding tahun-tahun sebelumnya kepada RM100,320.00 dengan penglibatan 47 sekolah menengah dan enam buah sekolah rendah dari seluruh negeri Selangor.

JUALAN MELEBIHI USAHAWANPROTUNe

& PPURM100,000

Dari kanan, Ketua Pegawai Korporat PKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah Binti Haji Abd. Jabar merasmikan program diiringi Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur, Penolong Pengarah Kanan Unit Kokurikulum Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPNS, Encik Sazali Bin Baharudin dan Pengurus Besar Pembangunan Strategik PKNS, Tuan Haji Suhaimi Bin Kasdon

Puan Hajah Siti Zubaidah meninjau promosi jualan.

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

08

Page 11: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

09PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

“Tujuan program ini diadakan adalah untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah bagi melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing serta berdaya maju di masa hadapan,” kata Ketua Pegawai Korporat PKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah Binti Haji Abd Jabar sewaktu melawat gerai - gerai pameran.

Turut hadir, Pengurus Besar Pembangunan Strategik PKNS, Tuan Haji Suhaimi Bin Kasdon, Pengurus Pembangunan Usahawan Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Md. Shukur dan Penolong Pengarah Kanan Unit Kokurikulum Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Encik Sazali Bin Baharudin.

‘Tujuan program ini diadakan adalah untuk membudayakan keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah bagi melahirkan usahawan yang berdaya tahan, berdaya saing serta berdaya maju di masa hadapan

Berita AktivitiPROTUNe

01 - Usahawan PROTUNe dan PPU berkongsi maklumat produk jualan02 - Puan Hajah Siti Zubaidah melawat gerai jualan peserta cilik PPU03 - Ketua Pegawai Korporat PKNS, Puan Hajah Siti Zubaidah Binti Haji Abd. Jabar diiringi Pengurus Besar Pembangunan Strategik PKNS , Tuan Haji Suhaimi Bin Kasdon dan Pengurus BPU, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur sebaik tiba di majlis04 - Usahawan PPU menerima hadiah dan cenderahati atas persembahan mereka05 - Sesi persembahan para pelajar PPU semasa majlis berlangsung

05

03 04

0201

Page 12: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Menurut Ir. Wan Ibrahim Wan Yusoff, terdapat pelbagai masalah yang dihadapi oleh usahawan setiap kali menjalankan perniagaan. Masalah ini menjadi cabaran dan perlu diselesaikan supaya matlamat serta objektif boleh dicapai seperti yang dirancangkan.

Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) telah

menganjurkan Kursus Penyelesaian Masalah Bersistematik dengan memberi fokus kepada penyeliaan projek pada 14 Ogos 2018 di bilik seminar PKNS BizPoint, Seksyen 7, Shah Alam.

Kursus sehari ini dirasmikan oleh Pengurus Pembangunan Usahawan PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur dan dihadiri oleh 28 orang peserta termasuklah peserta dari kalangan SKB dan VIP PKNS. Kursus ini dikendalikan oleh jurutera berpengalaman, Ir. Wan Ibrahim Wan Yusoff.

Kursus ini bertujuan memberi kesedaran dan menambah pengetahuan terutamanya kepada sub-kontraktor dan vendor dibawah program Sub-Kontraktor Bumiputera (SKB) dan Vendor Inkubator Payong (VIP) PKNS berhubung dengan bagaimana menyelesaikan masalah

penyeliaan projek supaya kerja-kerja menjadi lebih lancar, produktif, menepati jadual dan menguntungkan.

Dalam ucapan aluannya, Tuan Haji Shamsul Bahrin menyatakan komitmen BPU PKNS untuk meningkat kebolehupayaan SKB dan VIP PKNS menerusi program-program seperti ini agar hasil kerja menjadi lebih berkualiti.

Selesaikan MasalahPENYELIAANPROJEK

Komitmen BPU PKNS untuk meningkat k e b o l e h u p a y a a n SKB dan VIP PKNS menerusi program-program seperti ini agar hasil kerja menjadi lebih berkualiti.‘

Sub KontraktorBUMIPUTERA (SKB)

Para peserta mendengar taklimat kursus

Ir. Wan Ibrahim Wan Yusoff memberikan penerangan kepada para peserta

Antara nota penting dalam penyeliaan projek

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

10

Page 13: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

11PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

Antara masalah yang dihadapi di tapak projek ialah kelewatan menyiapkan projek mengikut jadual. Justeru, kita perlulah bijak dan bersistematik dalam menyelesaikan masalah tersebut yang menjadi halangan kelancaran penyiapan projek. Beliau menyarankan lapan langkah berikut dalam menyelesaikan masalah:

Peserta pula dilatih bekerja dalam kumpulan bagi menyelesaikan masalah dengan pelbagai kaedah contohnya melalui Analisis Sebab dan Akibat menggunakan rajah Tulang Ikan atau rajah Ishikawa. Rata-rata peserta berpuas hati dengan kursus ini dan kini lebih sedar untuk melaksanakan tugasan dengan lebih teliti dan berkesan.

Bonus mengikuti kursus ini, syarikat yang mereka wakili mendapat 10 mata CCD CIDB yang boleh membantu syarikat berkenaan menyambung lesen dengan Construction Industry Development Board (CIDB) atau menaik taraf lesen tersebut kepada kelas yang lebih tinggi.

Bonus mengikuti kursus ini, syarikat yang mereka wakili mendapat 10 mata CCD CIDB yang boleh membantu syarikat berkenaan menyambung lesen dengan Construction Industry Development Board (CIDB) atau menaik taraf lesen tersebut kepada kelas yang lebih tinggi.

‘Sub Kontraktor

BUMIPUTERA (SKB)

Perjelaskan Masalah

Sedia Langkah Penyelesaian

Tetapkan Sasaran

Pantau Hasil dan Proses

Pecahkan Masalah

Pilih dan Laksana Pembaikan

Tentukan Punca Sebenar

Seragamkan dan Kongsi Kejayaan

01

05

03

07

02

06

04

08

Rajah Tulang ikan atau rajah Ishikawa

01 - Para peserta dilatih melakukan penyelesaian masalah dalam kumpulan02, 03, 04, 05 - Antara suasana aktiviti yang dijalankan semasa kursus06 - Pengurus BPU, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur menyampaikan ucapan aluan

02

03

01

04

05

06

Page 14: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Kontraktor melaksanakan bisnes dengan tujuan untuk memberi manfaat pada komuniti dan meraih

keuntungan hasil daripada projek yang dikendalikan. Setiap kontraktor juga harus memiliki ilmu dan kemahiran tertentu berkaitan bidang kerja yang mereka ceburi untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran terperinci dalam aspek pembinaan yang dijalankan.

Setiap kontraktor harus melakukan penelitian yang terperinci untuk menentukan pelan dan struktur projek agar projek yang dibina berada dalam keadaan kemas, berfungsi, teguh dan tahan lama dengan penyelenggaraan yang baik.

Justeru, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menerusi Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) dengan kerjasama Kalam Sarjana Consultancy Services (KSCS) telah mengadakan kursus Kemahiran Teknologi Pembinaan Kerja Perparitan dan Pembentungan serta Anggaran khusus untuk Sub-Kontraktor Bumiputera (SKB).

Kursus yang dijalankan selama satu hari ini telah diadakan pada 12 September 2018 bertempat di bilik seminar PKNS Bizpoint, seksyen 7, Shah Alam. Kursus ini disertai oleh 7 orang wakil syarikat bumiputera dan usahawan SKB daripada PKNS.

Sememangnya, hasrat kursus ini dirangka khas supaya para kontraktor mampu mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran di dalam tugas berkaitan kerja perparitan, pembentungan dan anggaran.

Antara objektif utama kursus ini dijalankan ialah supaya para peserta dapat memahami teknologi dan lukisan kerja perparitan dan pembentungan. Selain itu, dapat memastikan para peserta boleh membuat anggaran kerja perparitan dan pembentungan mengikut prosedur yang ditetapkan.

KEMAHIRAN KONTRAKTORMEMPERKASA

Setiap kontraktor harus melakukan penelitian yang terperinci untuk menentukan pelan dan struktur projek agar projek yang dibina berada dalam keadaan kemas, berfungsi, teguh dan tahan lama dengan penyelenggaraan yang baik

Sub KontraktorBUMIPUTERA (SKB)

Kapten (B) Ahmad Puad Bin Ismail memberi penerangan kepada para peserta kursus

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

12

Page 15: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

13PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

Sepanjang kursus diadakan, kesemua peserta didedahkan dengan pelbagai aspek seperti teknologi pembinaan dan pembentungan, kefahaman lukisan perparitan dan pembentungan, menyedia bill of quantities (BQ) serta membuat anggaran kerja perparitan dan pembentungan.

Menerusi kursus ini, para peserta akan memperolehi objektif mutlak

kursus iaitu berupaya tinggi menyerah dokumen tawaran kerja perparitan dan pembentungan dengan lengkap dan terperinci supaya dokumen tawaran dapat diserahkan ke dalam peti tawaran.

Kapten (B) Ahmad Puad Bin Ismail, tenaga pengajar kursus ini yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang pembinaan berkata, seseorang kontraktor terdedah kepada cabaran dan

Menerusi kursus ini, para peserta akan memperolehi objektif mutlak kursus iaitu berupaya tinggi menyerah dokumen tawaran kerja perparitan dan pembentungan dengan lengkap dan terperinci supaya dokumen tawaran dapat diserahkan ke dalam peti tawaran.‘

Sub KontraktorBUMIPUTERA (SKB)

saingan untuk mendapatkan kerja serta bagaimana untuk menguruskan syarikat, kerja dan diri sendiri dengan baik.

Beliau turut menegaskan agar para kontraktor perlu fokus dalam satu-satu bidang kerja yang boleh diketengahkan dan berkeupayaan tinggi untuk dilaksanakan.

“Kita nak ubah kontraktor daripada sekadar nasib, kepada kepakaran tinggi. Jangan jadi general contractor, sebaliknya, jadi lah specialist contractor,” jelas beliau.

Menurut pengalaman peserta kursus, Arni Asyikin antara kontraktor wanita yang hadir menyifatkan kursus ini sememangnya meningkatkan pengetahuan dan memberi pengalaman baru buat dirinya serta beliau turut memuji kredibiliti tenaga pengajar kursus yang cukup berpengalaman dalam bidang kerja pembinaan. Justeru, segala ilmu dan pengalaman yang beliau curahkan dapat dicerap untuk kegunaan bidang kerja para kontraktor .

Di penghujung kursus, kesemua peserta dianugerahkan sijil penyertaan dan memperolehi 10 mata CCD Construction Industry Development Board (CIDB) Malaysia yang membantu setiap syarikat untuk menyambung lesen dengan CIDB.

01 - Antara peserta yang hadir sepanjang kursus

02 - Para peserta dianugerahkan sijil dan memperolehi 10 mata CCD CIDB Malaysia

03 - Leftenan Kolonel (B) Che Abdullah Bin Abdul Wahab memberi penerangan kepada peserta kursus

01

02

03

Page 16: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

KEWANGAN

manfaatsimpananpembiayaan

KEWANGAN & PERAKAUNAN

Usahawan muda yang baru menceburi bidang keusahawanan perlu menerima hakikat bahawa

mereka akan menempuh cabaran getir sebelum mencapai kejayaan. Mengikut pengalaman, banyak syarikat mulaan akan menempuh kegagalan dalam masa lima tahun pertama. Sungguhpun begitu, ramai bakal usahawan dan usahawan muda kurang berminat untuk memperkatakan tentang kegagalan perniagaan kerana bimbang dilabel sebagai pesimistik dan tidak yakin pada kemampuan diri sendiri.

Realitinya, kegagalan ini sememangnya sentiasa melanda syarikat-syarikat baru, syarikat mulaan usahawan muda dan usahawan baru. Apakah punca kegagalan ini? Beberapa faktor kewangan menjurus kepada situasi ini:

Tiga punca diatas bersangkut-paut dengan pengurusan kewangan yang tidak cekap. Kebanyakan usahawan pada peringkat awal perniagaan mereka terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada aspek pengeluaran dan pemasaran sehingga mengabaikan keperluan mengemaskini rekod-rekod perakaunan dan pengurusan. Akan tetapi ketiadaan rekod tersebut akan membantutkan sebarang usaha

untuk memperbaiki aspek-aspek yang perlu kerana usahawan tersebut akan bertindak dan merancang berdasarkan ingatan atau memori yang kurang tepat. Ibarat seorang doktor yang terpaksa merawat seorang pesakit berdasarkan maklumat yang bukan sahaja terhad tetapi tidak tepat, tentunya akan gagal mengubati penyakit bahkan akan meletakkan nyawa pesakit tersebut dalam bahaya. Bantuan doktor pakar ketika pesakit berada dalam keadaan kritikal akibat kesilapan rawatan, mungkin sudah tidak banyak membawa makna lagi.

Oleh itu, para usahawan perlu mengenalpasti langkah dan sistem yang perlu untuk menyimpan dan mengemaskini rekod terutamanya yang berkaitan kewangan. Segala rekod kewangan adalah penzahiran

Kebanyakan usahawan pada peringkat awal perniagaan mereka terpaksa memberikan tumpuan yang lebih kepada aspek pengeluaran dan pemasaran sehingga menggabaikan keperluan mengemaskinikan rekod-rekod perakaunan dan pengurusan. ‘

Rekod perakaunan dan pengurusan yang tidak berkualiti

Terlalu bergantung kepada pinjaman

Pengurusan kewangan yang lemah dan masalah aliran wang tunai

01

03

02

Di Sebalik

Ada CeritaANGKA

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

14

Page 17: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

15PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

KEWANGAN & PERAKAUNAN

semua aktiviti sebenar perniagaan anda yang direkodkan dalam bentuk angka. Semua angka yang anda lihat dalam rekod dan penyata kewangan anda mempunyai cerita disebaliknya. Rekod ini dan cerita disebaliknya membolehkan anda mengkaji kelemahan lalu untuk terus merancang untuk mempertingkatkan dan memperbaiki pengurusan perniagaan dari satu tahun ke tahun yang lain.

Ketiadaan rekod kewangan yang dikemaskini juga menyumbang kepada masalah kecairan. Ini biasa terjadi apabila rekod jualan tidak dikemaskini mengakibatkan bayaran tidak diterima. Sekiranya kegagalan ini bertembung dengan tuntutan-tuntutan bayaran dari pemiutang dan juga pihak lain seperti agensi pelesenan,

percukaian ataupun dari pekerja-pekerja sendiri, maka usahawan tersebut akan menghadapi masalah kecairan iaitu ketidakupayaan untuk menjelaskan tuntutan atau bayaran semasa. Seandainya ketidakupayaan ini berlanjutan selama beberapa bulan ianya akan menjadi serius dan usahawan tersebut boleh muflis. Ramai yang mengambil ringan akan fakta ini tetapi lebih ramai lagi yang telah terhimpit oleh keadaan seperti ini sehingga terpaksa meminjam dari sumber-sumber yang tidak sepatutnya.

Apakah gunanya kesemua rekod kewangan tersebut sekiranya ianya disimpan sekadar sebagai rekod dan fail sahaja. Maka sudah tentu setiap usahawan perlu memperuntukkan masa untuk menganalisa rekod

‘tersebut untuk menentukan langkah-langkah yang perlu diambil serta merta dalam masa terdekat mahupun jangka masa yang lebih panjang.

Langkah seterusnya, para usahawan perlu mengetahui bagaimana untuk menganalisa dan menterjemahkan semua angka tersebut sebagai panduan untuk membuat keputusan. Ianya memerlukan ilmu pengetahuan dan latihan. Maklumat kewangan membolehkan anda membuat keputusan yang sepatutnya dibuat, manakala kemahiran menganalisa rekod kewangan memastikan anda tidak akan membuat kesilapan yang serupa. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat yang anda lihat hari ini adalah manifestasi kepentingan maklumat itu sendiri.

Di pasaran terdapat pelbagai sistem akaun dan kewangan yang boleh dibeli dan diadaptasikan bagi kegunaan perniagaan. Peniaga boleh menggunakan khidmat perunding yang menyediakan khidmat akaun dan kewangan pada kadar yang termampu. Kedua-dua pilihan ini dapat menjanjikan rekod kewangan perniagaan sentiasa dikemaskini. Justeru, memudahkan para usahawan membuat keputusan dan mengambil tindakan bagi kenaikan perniagaan berkenaan. Sehingga kini, telah ramai usahawan berjaya menyimpan serta mengurus rekod kewangan mereka dengan sempurna dengan cara sebegini.

Teruskan kejayaan, maklumat dan informasi kewangan yang dikemaskini boleh membantu usahawan mencapai maklumat perniagaan dengan berkesan.

PENGURUSANALIRAN TUNAI

KADAR PULANGAN

ASET

ANALISIS

MODALPELABURAN

KEWANGAN

PERNIAGAAN

PENGUKURAN

Seandainya ketidakupayaan ini berlanjutan selama beberapa bulan ianya akan menjadi serius dan usahawan tersebut boleh muflis. Ramai yang mengambil ringan akan fakta ini tetapi lebih ramai lagi yang telah terhimpit oleh keadaan seperti ini sehingga terpaksa meminjam dari sumber-sumber yang tidak sepatutnya.

Page 18: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

UsahawanGROW

Graduate Realizing Opportunities Way Forward

Langkah awal ke arah perniagaan yang bermula secara tak langsung tetapi dengan dorongan, tekad dan

azam yang tinggi, ianya menjadi tiket perjalanan perniagaan paling bermakna buat usahawan muda Yuslinda Yusof. Pemilik Arideal Enterprise dan butik pakaian wanita muslimah berkonsep tapak jualan yang diberi nama Kiki Aisyah ini mengakui bahawa sokongan suaminya dan darah perniagaan yang mengalir dari jalur keturunan ibunya bukanlah menjadi titik tolak. Namun, kecekalan hati dan motivasi diri menjadi rencah dan ramuan dalam diari seorang usahawan untuk mara kehadapan.

Sebelum memasuki gerbang perniagaan, Yuslinda merupakan graduan dalam bidang Multimedia Interaktif dari Universiti Kuala Lumpur dan pernah menabur bakti sebagai penjawat swasta dalam bidang teknologi maklumat dari tahun 2009 sehingga 2012. Hala tuju bermulanya sebagai usahawan berjaya itu telah bercambah setelah seringkali hadir membantu suaminya, Faridil Halim seorang peniaga di tapak jualan pakaian sejurus setiap kali selesai urusan kerja di pejabat dan ketika waktu senggang.

“Awalnya, saya berniaga bukanlah dengan minat dan tidak pula secara kebetulan, tetapi melihatkan suami yang berniaga setiap hari di tapak jualan membuatkan saya turut tampil sekadar bantu membantu sahaja dan secara tak langsung sebenarnya,” ujar beliau.

Enggan menoleh ke belakang lagi, Yuslinda terus mara menceburi bidang keusahawanan pada tahun 2012 setelah tamat kontrak kerja di syarikat swasta. Dorongan suaminya yang kaya dengan pengalaman dalam menguruskan perniagaan membuatkan beliau berada di landasan paling tepat untuk terus menceburi bidang keusahawanan.

Ibu kepada empat cahaya mata ini berkata, enam tahun dalam bidang

perniagaan yang diceburi sememangya mempunyai cabaran tertentu, apatah lagi usaha beliau untuk mengembangkan perniagaan berkonsepkan pakaian dan fesyen. Katanya, kekangan mendapatkan modal pinjaman awal, persaingan hebat oleh peniaga lain dan terputus bekalan stok merupakan cabaran permulaan berniaga.

Yuslinda menyedari bahawa dirinya kurang berpengalaman dalam pengurusan seawal perniagaan. Pernah suatu ketika, wang hasil jualan dan barangan jualan dibawa lari oleh salah seorang kakitangannya. Kesal dan sesal dengan kejadian itu, namun beliau tidak cepat melatah, lantas menganggap perkara seperti itu mematangkan dirinya agar berwaspada dan lebih berhati-hati dalam menguruskan perniagaan.

Sebagai usahawan, pulangan ke atas pelaburan yang positif amat penting untuk mencapai hasil jualan yang memberangsangkan. Begitu juga Yuslinda, cabaran besar sehingga timbul lelah dan runsing adalah untuk beliau mengekalkan dan meningkatkan tahap jualan. Beliau tidak lekas melenting jika hasil jualan dan sambutan kurang

CEKAL JADI BEKAL SEORANG USAHAWAN

Sebagai usahawan, pulangan ke atas pelaburan yang positif amat penting untuk mencapai hasil jualan yang memberangsangkan.‘

YuslindaYusof

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

16

Page 19: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

17PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

UsahawanGROW

menggalakkan. Menurut beliau, tiada apa yang lebih bermakna selain cekal hati bersandarkan niat dan hala tuju untuk mencapai matlamat.

Yuslinda akui, setiap permasalahan pasti ada jalan penyelesaiannya dan usah sesekali berputus asa. Pendekatan yang sering digunakan ialah secara berbincang terutama bersama suami yang juga rakan niaga. Sekiranya tidak beroleh solusi berkesan, sesi diskusi dan bertanyakan pandangan daripada rakan jaringan usahawan amat membantu. Dengan cara ini, dapat memberi gambaran bahawasanya setiap usahawan perlukan bimbingan daripada banyak pihak di samping dapat bertukar idea bernas demi memajukan sesebuah perniagaan.

“Sebenarnya, kita perlu yakin dahulu pada diri kita, apa jua hal pun, memang perlu yakin dan Inshaa Allah kita mesti kena bersungguh-sungguh juga,” tegas beliau.

Berbicara mengenai wawasan dan perancangan untuk tahun yang mendatang, beliau mempunyai hasrat yang tinggi untuk dicapai. Biar impian jadi realiti, Yuslinda mahu melebarkan sayap perniagaan dengan menambah bilangan cawangan kedai berkonsep

tapak jualan di pusat beli belah sekitar Selangor. Beliau mahu mengusahakan lebih banyak lagi rangkaian kedai dalam tempoh tiga tahun akan datang dari sekarang.

Memiliki butik sendiri ialah idaman para usahawan pakaian. Yuslinda turut menyatakan perancangannya untuk mengusahakan butik pakaian sendiri di samping memperkukuhkan perniagaan yang dibina di tapak jualan ketika ini. Selain jualan berasaskan pakaian, beliau mahu menghasilkan minyak wangi jenama sendiri untuk dipasarkan dan menambah variasi penawaran produk kepada para pelanggan.

“Cekal Hati”. Itulah perkataan

pertama yang keluar dari mulut Yuslinda apabila ditanya mengenai pesanan untuk para usahawan yang baru memulakan perniagaan agar berjaya dalam apa jua perniagaan yang dijalankan.

“Modal adalah nombor dua dan yang paling penting ialah kita perlu cekalkan hati kita. Tiada gunanya modal beratus ribu jika kita berbelah bahagi untuk mula berniaga. Apa yang penting ialah cekalkan hati dan kekal bermotivasi.

“Äpabila kita cekalkan diri dan tekad untuk memulakan bisnes, baru kita akan rasa lebih bersemangat, fokus dan ada hala tuju. Sekiranya kita asyik memikirkan modal sahaja, sampai bila -bila pun kita tidak akan mula berniaga,” jelas Yuslinda.

Menurut usahawan wanita

berstatus ibu ini, untuk menjadi usahawan dan menceburi bidang perniagaan, kita perlu bersiap sedia memberi komitmen sepenuhnya, fokus dan bukan sekadar hangat hangat tahi ayam.

“Hendak berniaga ini perlu 200 peratus komitmen sebab kita yang menentukan hala tuju dan perlu fokus serta tidak boleh bersikap sambil lewa.Kita juga perlu kerja kuat, tepati masa dan tepati janji terhadap pelanggan walau bagaimana cara sekalipun,” tambah Yuslinda.

Pemasaran produk yang berkesan memberi impak kepada jualan dan ianya amat diakui oleh Yuslinda. Justeru, beliau yang bersikap ramah dan gemar mendekati pelanggan secara dekat memberitahu sekiranya kita ingin mendapatkan pelanggan tetap, kita harus berinteraksi dengan baik bersama para pelanggan dan sentiasa memberikan cadangan yang sesuai berdasarkan apa yang pelanggan mahukan.

Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya. Begitulah yang boleh diungkapkan apabila sebagai seorang usahawan yang sudah lama menguruskan perniagaan, beliau bijak mengendali pelanggan secara bersemuka dan mudah mengagak kehendak pelanggan. Yuslinda cukup mengerti berkenaan pakaian dan fesyen muslimah masa kini .

Beliau sejujurnya menyukai pendekatan secara luar talian (offline) kerana kepetahan dan kebiasaan beliau berbual dengan orang ramai. Yuslinda mengakui dirinya lebih selesa berhadapan dengan pelanggan untuk urusan jual beli dalam usaha menarik minat pelanggan mendapatkan produk

Sebenarnya, kita perlu yakin dahulu pada diri kita, apa jua hal pun, memang perlu yakin dan Inshaa Allah kita mesti kena bersungguh-sungguh juga‘

01,02,03 - Jenis-jenis pakaian yang dijual oleh Yuslinda.

01

02 03

Page 20: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

yang ditawarkan. Beliau juga kerap melakukan promosi dan diskaun barangan untuk menarik minat para pelanggan mendapatkan barang jualannya dengan harga yang berpatutan di samping kualiti yang terjamin.

Seiring perkembangan teknologi, Yuslinda tidak terlepas untuk memasarkan produk jualan secara atas talian (online). Pemasaran secara atas talian ini sudah menjadi keperluan bagi seorang usahawan untuk meluaskan pasaran. Untuk tujuan itu, beliau menggunakan laman sosial Facebook dan menggunakan aplikasi Facebook Ads bagi memasarkan produk dan meningkatkan tahap jualan. Beliau juga mempunyai data senarai pelanggan yang mudah dicapai bagi tujuan promosi di media sosial.

Sebagai peserta usahawan GROW pada tahun 2012, Yuslinda mengakui bahawa beliau beroleh manfaat besar bertepatan dengan objektif program. Umum mengetahui bahawa program Usahawan Siswazah PKNS (GROW) menekankan asuhan dan bimbingan usahawan bumiputera serta meneroka peluang berdasarkan aspek pembelajaran melalui pengalaman usahawan.

Justeru, ilmu dan bimbingan oleh mentor dan rakan jaringan usahawan dalam program mengajar beliau untuk lebih mendalami ilmu pengurusan perniagaan, pengurusan masa dan meningkatkan motivasi diri agar sentiasa positif dalam mendepani dunia perniagaan.

Menurut Yuslinda, sememangnya program usahawan GROW amat berkesan untuk para usahawan yang baru memulakan perniagaan. Ramai rakan usahawan dan tenaga pengajar yang akan mencurahkan segala ilmu dan tunjuk ajar serta sentiasa membantu memotivasikan setiap peserta program agar lebih positif dalam kehidupan.

Beliau juga seorang yang tidak lokek akan tip dan pengalaman berguna. Di penghujung bicara, beliau sempat memberitahu bahawa dalam dunia perniagaan, pengurusan dan motivasi diri amat penting. Sekiranya kita tidak bermotivasi, sukar untuk kita maju ke hadapan. Jelas beliau, bimbingan dari senior yang boleh dijadikan mentor dan tip serta nasihat daripada rakan jaringan usahawan amat diperlukan untuk perkembangan dan kemajuan perniagaan seorang usahawan.

UsahawanGROW

04, 05, 06 - Antara koleksi pakaian muslimah yang terdapat di kedai Yuslinda

06

0405

Nama : YUSLINDA YUSOFUmur : 34 tahunNo Telefon : 019-2871310Nama syarikat : Arideal EnterpriseNama kedai : Kiki AisyahTapak jualan semasa : Aras 1, Giant Hypermarket Klang Sentral, N0.2 Persiaran Klang Sentral 4, Taman Klang Sentral Bukit Raja Meru, 41050 Klang Selangor.Facebook : Kiki Aisyah

INFO RINGKAS

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

18

Page 21: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Berita AktivitiBPU

Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS dengan kerjasama Akademi Mutawwif Training &

Consulting (AMTC) telah menganjurkan Seminar Solusi Menuju Baitullah pada 4 Ogos 2018 di PKNS Biz Point, Shah Alam. AMTC adalah sebuah syarikat di bawah program 5U PKNS dan bergerak aktif untuk menggalakkan umat Islam menunaikan Haji dan Umrah menerusi program latihannya.

Seminar selama sehari ini telah dihadiri oleh 110 orang peserta yang terdiri daripada individu yang ingin mendapat pengetahuan lebih mendalam tentang bagaimana menjana pendapatan serta pahala melalui usaha menggalakkan kaum muslimin dan muslimat menunaikan umrah. Usaha ini boleh dilakukan secara peserta itu sendiri menjadi mutawif atau pun membantu mempromosikan program umrah yang diusahakan oleh pelbagai syarikat umrah yang berdaftar. Cara seperti

ini membolehkan individu berkenaan memperolehi bayaran komisyen sebagai ajen jualan ‘pakej umrah’ dan seterusnya berpeluang menunaikan umrah secara percuma. Kejayaan ini telah terbukti dicapai oleh beberapa peserta yang pernah mengikuti program yang sama sebelum ini. Peserta juga berpeluang menjadi mutawwif dengan mengikuti kursus lanjutan dengan modul lengkap anjuran syarikat AMTC ini.

Seperti yang dimaklumkan dalam seminar ini, seramai 300,000 orang umat islam menunaikan Umrah setiap tahun dan 90 peratus umat Islam di negara kita belum lagi menunaikan umrah. Maklumat ini menunjukkan bisnes umrah ini menguntungkan dunia dan akhirat.

Di akhir seminar, ramai yang berminat dan mengisi borang untuk mengikuti kursus lanjutan sebagai mutawwif.

Seminar Solusi Menuju BAITULLAH

Sesi perkongsian pengalaman oleh tenaga pengajar Reaksi berpuas hati oleh para peserta yang hadir dalam seminar

Pengasas Akademi Mutawwif Training & Consultancy , Tuan Haji Abdullah Bin Abdul Rahman Shah memberikan penerangan

Pengurus BPU, Tuan Haji Shamsul menyampaikan ucapan perasmian seminar

19PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

Page 22: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) PKNS, sedar bahawa jaringan usahawan

amatlah penting dalam membangun dan memperkukuhkan sesebuah perniagaan. Atas kesedaran ini, BPU PKNS telah pun menganjur perjumpaan jaringan usahawan “Meet and Greet” dalam kalangan ahli-ahli PKNS BizClub pada 6 September 2018 di PKNS BizClub, Shah Alam.

Pengurus BPU PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur, semasa menyampaikan ucapan alu- aluannya, beliau berhasrat menjadikan ruang di PKNS BizClub lebih mesra perniagaan dengan itu mampu memberi lebih banyak peluang perniagaan kepada ahlinya. Bagi tujuan tersebut, BizClub akan diubahsuai menjadikannya lebih terbuka dan mudah diakses berbanding sekarang. Produk-produk usahawan juga akan dipamerkan di sini dan pelanggan boleh melihatnya secara lebih dekat dan jika berminat boleh menghubungi usahawan ahli BizClub berkenaan.

Menurut beliau lagi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, YB Puan Rodziah Binti Ismail yang bertanggungjawab membangunkan keusahawanan, juga memuji usaha PKNS membangunkan keusahawanan secara tersusun dan menyarankan BPU PKNS dan Unit Pembangunan

Ekonomi Negeri (UPEN) berkerjasama untuk menjayakan program-program keusahawanan. Pengurus BPU PKNS juga mengingatkan usahawan yang hadir bahawa BPU PKNS hanya dapat menyediakan program dan kemudahan membangunkan usahawan, namun, usahawan sendiri perlulah berusaha keras memajukan bisnes masing-masing.

Di sesi tersebut, peserta juga diberi peluang memberi cadangan bagaimana menjadikan BizClub ini lebih efektif membantu ahli-ahlinya. Terdapat beberapa ahli yang hadir, memberi pendapat masing-masing dan segala cadangan ini akan dipertimbangkan oleh BPU PKNS untuk dilaksanakan.

Keseluruhannya, ahli BizClub yang hadir sangat berpuas hati dengan inisiatif BPU PKNS mengadakan sesi jaringan seperti ini dan mengharapkan ianya diteruskan secara berkala.

“MEET & GREET”

JARINGAN USAHAWAN

Berita AktivitiBPU

Para peserta memberi tumpuan penuh terhadap penerangan yang disampaikan oleh Pengurus BPU, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur

Pengurus BPU, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur duduk di tengah-tengah bersama para usahawan

Pengurus BPU , Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur menyampaikan ucapan aluan

Para peserta berpeluang memberi pandangan ketika sesi program berlangsung

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

20

Page 23: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

21PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

Datang dan pergi sudah menjadi lumrah dalam tempoh pengurusan dan pentadbiran. Yang patah

tumbuh, yang hilang berganti. Jasa dan bakti, sentiasa dikenang dan dihayati. Begitulah ungkapan gambaran suasana Majlis Perpisahan dan Serah Tugas yang dijalankan bagi meraikan hari perpisahan mantan Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Encik Mohd Hilmi Bin Muda di PKNS Bizpoint, Seksyen 7, Shah Alam pada penghujung bulan Julai yang lalu.

Yang diraikan, Encik Mohd Hilmi telah berkhidmat dan menyemai bakti di BPU selama tempoh lapan tahun. Perjalanan beliau di BPU PKNS bermula sejak 2010 dan berakhir pada penghujung Julai 2018 untuk menyambung semula khidmat di unit baharu iaitu di Bahagian Pembangunan Sukan PKNS.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Encik Mohd Hilmi yang telah memberikan komitmen sepenuhnya untuk memimpin dan mengurus tadbir dengan penuh dedikasi. Selamat maju jaya dalam melaksanakan tugas dan amanah yang dipikul dalam bahagian pentadbiran baharu yang bakal diterajui.

MAJLIS PERPISAHAN DAN SERAH TUGAS

Berita AktivitiBPU

Posisi selaku pengurus BPU telah diisi oleh Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur bermula pada 2 Julai 2018. Seluruh warga BPU menerima kehadiran beliau dengan tangan terbuka dan bersedia bekerjasama demi kebaikan dan kemajuan bersama.

Di penghujung majlis, Encik Mohd Hilmi telah menerima cenderahati dari pihak BPU PKNS sebagai simbolik penghargaan jasa dan khidmat bakti serta sebagai kenang-kenangan sepanjang tempoh perkhidmatannya.

01 - Pengurus BPU, Tuan Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur menyampaikan cenderahati kepada Encik Mohd Hilmi Bin Muda02 - Encik Mohd Hilmi Bin Muda menyampaikan ucapan

01

02

‘Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat Encik Mohd Hilmi yang telah memberikan komitmen sepenuhnya untuk memimpin dan mengurus tadbir dengan penuh dedikasi.

Page 24: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Berita AktivitiBPU

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

20

Jenama setiap perniagaan yang dijalankan oleh setiap usahawan perlu diperkenal dan diperkukuhkan

dalam usaha memperluaskan pasaran. Nama, simbol dan tema sesebuah perniagaan wajar mempunyai identiti tersendiri dan relevan agar pengguna dapat mengenali sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan berkesan. Penjenamaan dalam dunia perniagaan perlu dititiberatkan oleh para usahawan supaya jenama sesuatu perniagaan mempunyai kredibiliti , berhubung kait dengan produk dan perkhidmatan serta kukuh dalam pasaran.

Bertepatan untuk menambah baik imej penjenamaan, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) melalui Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU) dengan kerjasama Carl Academy telah menjalankan seminar Entrepreneur Branding Development pada 29 September 2018 bertempat di PKNS BizClub, PKNS Bizpoint , Seksyen 7, Shah Alam.

Seminar disampaikan oleh Usahawan berjaya iaitu pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif

PERKUKUHKAN PENJENAMAAN

IMEJNama, simbol dan tema sesebuah perniagaan wajar mempunyai identiti tersendiri dan relevan agar pengguna dapat mengenali sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan dengan berkesan. ‘

Suasana ketika seminar Entrepreneur Branding Development bermula.

Carl berkongsi ilmu dan pengalaman bersama sekumpulan usahawan muda

Page 25: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Berita AktivitiBPU

21PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

Butik Bella Ammara , Khalif Shamsuddin atau lebih dikenali sebagai Carl. Seminar selama satu hari ini bertujuan untuk melonjakkan penjenamaan perniagaan oleh para usahawan dan menambah baik jenama sedia ada untuk kekal bertahan dalam pasaran jangka panjang.

Intipati seminar yang ditekankan oleh Carl ialah melalui pendedahan konsep dan strategi dalam membangunkan jenama. Antara objektif utama seminar ini ialah agar usahawan dapat :

Carl memperincikan setiap butiran teknik dan strategi utama untuk menaikkan jenama dalam usaha membantu memperluas pasaran sedia ada. Tip penjenamaan untuk pemasaran dan penerokaan pasaran disampaikan dengan jelas seterusnya dapat dipraktikkan oleh setiap usahawan .

Beliau yang mempunyai rakan

niaga iaitu isterinya, Ketua Pegawai Operasi Bella Ammara ,Belle Alyahya juga ada memberikan analogi

Susah bagi orang yang tidak tahu akan caranya dan senang bagi orang yang tahu akan caranya. Untuk berniaga, perkara paling penting ialah penjenamaan, jika jenama tak jelas dan tak diketahui umum dengan mudah, amat sukar untuk memperluas pasaran .Itulah pentingnya branding!‘

bahawa sesebuah perniagaan yang dibina perlu mengikut konsep ‘Raja, permaisuri dan rakyat jelata’ bagi menstrukturkan kestabilan dalam sesuatu pengurusan dan sesebuah perniagaan perlu memenuhi kehendak pengguna sebagaimana dikaitkan dengan kepekaan ketua berkredibiliti dan pembantu dalam syarikat yang dapat menjalin kerjasama erat untuk membangunkan sesebuah sistem perniagaan yang efektif.

Beliau turut memaklumkan peri pentingnya ilmu dalam dunia perniagaan dan kehidupan serta menekankan kesemua usahawan agar memperkukuh jenama masing-masing agar jenama yang dibina diketahui umum secara meluas.“Susah bagi orang yang tidak

Antara peserta seminar yang berpuas hati dan memuji usaha sama PKNS Bizclub dan Carl Academy

Ketua Pengarah Eksekutif Bella Ammara , Carl Shamsudin memberi tunjuk ajar kepada para peserta seminar

Para peserta seminar khusyuk mendengar tip dan motivasi perniagaan yang disampaikan

Mengekalkan jenama perniagaan dalam pasaran jangka panjang

Menggunakan logo, tagline dan tema pada jenama dengan jelas dan mudah difahami

Meningkatkan kepercayaan tinggi para pengguna terhadap jenama

Mempunyai analisa khusus sebab musabab pengguna perlukan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan

Memastikan perniagaan dapat menarik minat tinggi para pengguna dengan teknik pengiklanan yang berimpak tinggi

Memastikan penjenamaan yang dibina berdasarkan tabiat semasa para pengguna

1

3

5

2

6

4

tahu akan caranya dan senang bagi orang yang tahu akan caranya. Untuk berniaga, perkara paling penting ialah penjenamaan ,jika jenama tak jelas dan tak diketahui umum dengan mudah, amat sukar untuk memperluas pasaran .Itulah pentingnya branding! ”tegas beliau.

Rata – rata peserta berpuas hati dengan impak seminar yang disampaikan untuk mereka meningkatkan ilmu dan memperbaiki kelemahan dalam perniagaan. Mereka juga memaklumkan bahawasanya penting sesuatu jenama itu diperluas dan diperkukuhkan untuk mendapatkan kepercayaan orang ramai terhadap produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Justeru, dapat memacu kemajuan perniagaan.

Page 26: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Perjalanan kehidupan Masri Hj. Mohamad Hanafiah, sebagai seorang usahawan nampak

sempurna. Berbeza daripada kebanyakan orang, Masri, 54, sudah diperkenalkan dengan dunia keusahawanan sejak kecil lagi oleh arwah bapanya, seorang pengusaha kelapa kering di Bagan Datuk, Perak.

Sejak di bangku sekolah rendah lagi, Masri telah didedahkan dengan dunia perniagaan berkat daripada panduan bapanya yang sememangnya mahu Masri bergelar seorang usahawan satu hari nanti.

“Bapa saya tahu karakter dan minat setiap orang anaknya dan sejak kecil lagi kami 11 beradik telah dibentuk berdasarkan potensi diri masing-masing.

“Macam saya, dibawa ke ladang dan jumpa tauke adalah perkara biasa. Bapa ajar semuanya tentang bisnes, termasuk pengiraan menggunakan sempoa,” katanya mengimbau kembali bagaimana didikan perniagaan yang telah diturunkan oleh arwah ayahnya.

Walaupun didedahkan dengan dunia perniagaan pada usia yang masih mentah, Masri yang fasih berbahasa Mandarin tidak pernah menyesal malah rasa bersyukur kerana dorongan semangat daripada orang tuanya telah membentuk dirinya pada hari ini.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, tidak hairanlah beliau dikelilingi rakan-rakan berbangsa Cina dan serba sedikit Masri mencontohi budaya bisnes orang Cina.

“Semasa kecil, saya lihat kawan-kawan saya patuh pada apa yang bapa mereka suruh. Kalau suruh baca buku, dia baca buku. Kalau suruh tolong jaga kedai, mereka buat. Jadi, saya contohi prinsip ini,” katanya.

Berbekalkan pengalamannya membantu perniagaan menjual pakaian yang diusahakan oleh isteri dan kakak iparnya bermula pada tahun 1987 di Kompleks PKNS Shah Alam, Masri membuka sebuah kedai pakaian di lokasi yang sama sepuluh tahun selepas itu.

Hidup Perlu Buat Sesuatu, Tidak Boleh Rehat -

PerniagaanPILIHAN

MASRI HJ. MOHAMAD HANAFIAH

Semasa kecil, saya lihat kawan-kawan saya patuh pada apa yang bapa mereka suruh. Kalau suruh baca buku, dia baca buku. Kalau suruh tolong jaga kedai, mereka buat. Jadi, saya contohi prinsip ini

Usahawan berjaya, Masri Haji Mohamad Hanafiah ketika ditemubual

01

03

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

22

Page 27: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

23PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

PerniagaanPILIHAN

Masih menguruskan kedua-dua buah kedai, Masri mengakui bisnes menjual pakaian juga ada cabarannya yang tersendiri.

“Cabaran memang besar. Kita perlu tahu buat pemilihan sesuai dengan cita rasa dan kehendak semasa kerana mereka (pelanggan) sentiasa hendak yang baharu. Modal yang diperlukan juga tinggi. Walaupun begitu, kita perlu pandai memastikan stok barangan sentiasa ada meskipun terpaksa sediakan dalam kuantiti yang sedikit dahulu,” katanya.

Menurut Masri, menjual pakaian

tidak harus berdasarkan minat sendiri terhadap fesyen tetapi perlu peka dengan kehendak pelanggan.

“Bagaimana kita hendak tahu apa yang pelanggan inginkan? Caranya jika 30 peratus pelanggan mahukan satu-satu fesyen misalnya baju kurung moden maknanya peniaga perlu sediakan, jangan kita pula syok sendiri. Semuanya perlu ikut kehendak pelanggan,” ujarnya yang turut menjual kelengkapan haji dan umrah.

Beliau bersyukur kerana mampu bertahan dalam bisnes yang diusahakan. Apa yang penting kata Masri ialah jangan cepat kelabu mata apabila bisnes yang diusahakan mendatangkan untung dengan memenuhi nafsu dan kehendak diri.

“Dalam syarikat ini, memang ada yang ditugaskan menjaga akaun. Saya sendiri pun ada ‘simple’ akaun untuk mencatat duit keluar masuk. Ini penting agar kita tahu pergerakan wang syarikat,” katanya memberitahu bisnes pakaian boleh mendatangkan keuntungan lumayan khasnya pada musim perayaan sehingga tiga kali ganda daripada kebiasaan.

Bagi Masri, di samping lima rukun Islam yang harus dipegang, beliau mempunyai lima lagi prinsip yang baginya harus dipegang untuk terus kekal dalam perniagaan.

“Dulu kita fikir kenapa kita susah meniaga. Dengan pengalaman yang dilalui sepanjang berniaga ini, lima prinsip ini saya pegang iaitu perlu jujur pada diri sendiri, pastikan bayaran kedai diselesaikan, pastikan pembekal dibayar, begitu juga bayaran kepada diri sendiri dan kepada pekerja.

“Hendak berniaga perlu ada jati diri. Kalau perniagaan kita perlahan, kita kena selalu salahkan diri, apa sikap kita. Kita usahakan cari produk dari banyak pembekal untuk memajukan perniagaan kita. Walau apa pun perniagaan yang diusahakan, syaitan itu ibarat sejengkal dengan kita. Justeru, kita perlu berhati-hati, takut akan tergelincir,” katanya.

Menurut Masri lagi, bagi peniaga Islam, mereka harus jujur dan benar-benar menggambarkan diri mereka sebagai seorang Islam.

“Kalau kita mengaku kita Islam, kita harus jujur apa yang kita buat, bagaimana pakaian kita, tutur kata kita, cara kita mestilah cukup sebagai orang Islam. Kalau hendak berjaya, kita perlu berusaha bersungguh-sunguh. Dalam hidup, kita kena buat sesuatu, tidak boleh rehat,” tambahnya lagi.

Ditanya perancangan masa hadapan, Masri yang pernah bercita-cita menjadi seorang penulis berkata beliau ada memasang angan-angan untuk membuka perniagaan masakan Cina. Pernah memulakan kerjaya bermula dari bawah dalam bidang penyajian makanan sebelum bergelar pengurus di sebuah syarikat terkenal sekitar 1980-an dahulu, Masri memang meminati perniagaan berasaskan penyediaan makanan.

“Saya menyimpan impian hendak membuka restoran yang betul-betul menyediakan masakan orang Cina dengan rasa dan cara penyediaan yang original. Insya-Allah, jika ada modal saya harap ia dapat direalisasikan,” katanya yang pernah diberi peluang menyajikan makanan buat bekas Raja Kemboja, Norodom Sihanouk.

Jujur pada diri sendiri

Pastikan pembekal dibayar

Bayaran kepada pekerja

Pastikan bayaran kedai diselesaikan

Bayaran kepada diri sendiri

5 PRINSIP UNTUK KEKAL DALAM PERNIAGAAN

01,02,03,04,05 - Antara busana yang terdapat dalam butik pakaian Sofea Fashion

02

04

05

Nama : MASRI B. HJ. MUHAMADUmur : 54 TAHUNNo Telefon : 03 - 5519 3669Nama kedai : SOFEA FASHIONAlamat Kedai : Lot 01-153 C, Tingkat 1, Kompleks PKNS, 4000 Shah Alam.Cawangan : Lot 01-137 & 139, Tingkat 1, Kompleks PKNS, 4000 Shah Alam. Email : [email protected]

INFO RINGKAS

Page 28: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Sebanyak 49 buah syarikat PROTUNe dari 49 buah Sekolah Menengah seluruh Selangor

ditubuhkan di awal Febuari 2018 telah menjalani kursus pembubaran syarikat secara berperingkat di Intekma Resort Shah Alam.

Di peringkat pertama dari 1 hingga 3 Ogos 2018 melibatkan 17 buah sekolah, di peringkat kedua dari 6 hingga 8 Ogos 2018, 17 buah sekolah dan di peringkat ketiga melibatkan 15 buah sekolah. Setiap sekolah diwakili oleh lima murid yang menjadi ahli lembaga pengurusan serta seorang guru pembimbing. Umumnya, kesemua syarikat PROTUNe semasa pembubaran dikehendaki menyedia dan membentangkan laporan berakhir 31 Ogos 2018,

Berita AktivitiPROTUNe

Hala tuju dan prestasi syarikat secara keseluruhan oleh Pengurus Besar

Mentadbir guna tenaga manusia secara berkesan untuk mencapai matlamat syarikat oleh Pengurus Pentadbiran

Mengurus pengeluaran produk secara efektif oleh Pengurus Pengeluaran

Mengurus pencapaian pemasaran oleh Pengurus Pemasaran

LAPORAN PRESTASI SYARIKAT

MERANGKUMI

Pencapaian Kewangan oleh Pengurus Kewangan

01

05

03

02

04

PROTUNeSYARIKATPEMBUBARAN

Kesemua syarikat PROTUNe melaporkan prestasi syarikat masing-masing merangkumi:

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

24

Page 29: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

25PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

Berita AktivitiPROTUNe

Selama dua hari tiga malam, peserta dibimbing oleh Tuan Haji Yaakob, Tuan Haji Ahmad Jailani serta konsultan yang dilantik bagi menyediakan laporan oleh Ahli Lembaga Pengurusan. Umumnya eksesais pembubaran syarikat ini merupakan usaha pembudayaan keusahawanan kerana proses inilah juga yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat perniagaan sebenar semasa menjalani bisnes masing-masing.

Menurut Pengurus Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur dalam ucapan penutup, pengalaman sebegini menjadi bekalan berguna kepada murid-murid yang terlibat apabila hendak menjalankan perniagaan masing-masing kelak.

‘Pembubaran syarikat ini merupakan usaha p e m b u d a y a a n keusahawanan kerana proses inilah juga yang perlu dilakukan oleh syarikat-syarikat perniagaan sebenar semasa menjalani bisnes masing-masing.

01 - Pengurus BPU, Tuan Haji Shamsul Bahrin Bin Haji Md. Shukur menyampaikan ucapan ketika majlis penutup sesi ketiga02 - Syarikat pemenang persembahan terbaik sesi ketiga menerima hadiah dan cenderahati03 - Penolong Pengurus BPU, Puan Nur Izzaty Binti Anuar turut memberi ucapan di majlis penutup sesi kedua04, 05 - Para pelajar daripada Syarikat PROTUNe membentangkan laporan prestasi syarikat masing-masing06, 07 - Antara suasana para pelajar dan pihak terlibat yang hadir ketika kursus

06 07

0504

02 03

01

Page 30: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

TipPERNIAGAAN

Istilah mentor di definisikan sebagai seseorang yang menjadi penyelia atau penasihat kepada seseorang yang

lain. Mentor ini kebiasaannya seseorang yang berpengalaman dalam sesuatu bidang yang diceburinya.

Tidak dapat dinafikan, untuk seseorang usahawan itu maju dalam perniagaannya, dia mestilah mempunyai seorang mentor. Individu yang hendak dijadikan mentor itu mestilah seseorang yang mempunyai pengalaman yang banyak dan lama dalam dunia perniagaan.

Jika seseorang usahawan itu tidak mempunyai mentor, maka dia akan mudah gagal dalam perniagaan. Hal ini kerana, dia tidak mempunyai seseorang yang boleh memberi nasihat dan tunjuk ajar ketika sesuatu berlaku kepada perniagaannya.

Antara punca ramai usahawan kecundang dalam dunia perniagaan hari ini adalah kerana dia tidak mempunyai mentor. Dia hanya menjalankan perniagaannya tanpa bimbingan. Sudahlah dia tidak banyak ilmu dalam berniaga, dia turut tidak mempunyai mentor pula.

Kehadiran seseorang mentor dalam hidup seseorang usahawan adalah sesuatu yang sangat penting. Antara peranan mentor kepada seseorang usahawan ialah :

Usahawan sama ada suka ataupun tidak mesti mencari mentornya sendiri dalam bidang perniagaan. Walau bagaimanapun, untuk mencari seorang mentor itu bukanlah sesuatu yang mudah. Bukan semua usahawan sanggup menjadi mentor kepada usahawan yang lain. Bukan semua usahawan juga sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman yang dia ada dengan usahawan yang lain.

Bagi mengatasi masalah ini, diberikan beberapa tip untuk mencari

mentor dalam perniagaan. Antara tip-tip tersebut ialah :

MENCARI

PERNIAGAANMENTOR

Berkongsi pengalaman secara langsung

Membuka jaringan (networking) perniagaan yang lebih luas

Berkongsi jalan mudah untuk berjaya dalam perniagaan

Membantu untuk kekal lama dalam perniagaan

Mengenal pasti usahawan yang mahu dijadikan mentor

Membina hubungan yang baik dengan usahawan tersebut

Kongsi ilmu yang dirasakan usahawan tersebut kurang mahir

Pilih usahawan yang serasi dengan jiwa

Selalu mengambil hati usahawan tersebut

Selalu bertemu dengan usahawan tersebut

‘Antara punca ramai usahawan kecundang dalam dunia perniagaan hari ini adalah kerana dia tidak mempunyai mentor.

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

26

Page 31: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

27PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

TipPERNIAGAAN

Walaupun seseorang usahawan itu amat memerlukan mentor, tetapi bukan semua orang boleh dijadikan mentor. Jika seseorang usahawan itu silap memilih mentor, pastilah perniagaannya tidak akan berjaya. Terdapat beberapa ciri untuk membolehkan seseorang individu itu boleh dijadikan mentor dalam perniagaan. Antara ciri tersebut ialah: ‘

Seseorang usahawan yang berjaya usahlah kedekut ilmu jika ada usahawan lain yang mahu menjadikan anda sebagai mentor. Kongsilah ilmu dan pengalaman yang anda ada untuk membantu usahawan tersebut dalam perniagaan.

Mestilah seorang usahawan yang berjaya

Mestilah seorang yang lama menceburi bidang perniagaan

Mestilah seorang yang bijak menyusun strategi perniagaan

-Mestilah seorang yang hebat tetapi merendah diri (humble)

Mestilah seorang yang pakar dalam pemasaran

Mestilah seorang yang jujur

Mestilah seorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam perniagaan

Seseorang usahawan yang berjaya usahlah kedekut ilmu jika ada usahawan lain yang mahu menjadikan anda sebagai mentor. Kongsilah ilmu dan pengalaman yang anda ada untuk membantu usahawan tersebut dalam perniagaan. Percayalah, anda tidak akan menjadi rugi dengan berbuat demikian.

Salah satu sebab untuk seseorang usahawan itu bertahan lama dalam perniagaannya adalah dengan mencari seorang mentor. Tanpa mentor, sukar untuk mana-mana usahawan mencapai kejayaan. Usahawan perlu mencari mentor perniagaannya dengan segera sekiranya benar dia mahu maju dalam perniagaannya.

Page 32: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

TipPERNIAGAAN

Dalam banyak-banyak epal, epal yang mana satu anda ingat?

Atau epal yang mana yang mudah anda tunjuk kepada saya?

Atau epal yang mana satu anda boleh bayangkan kedudukan epal itu terletak dimana selepas gambar ini hilang?

Tentulah jawapannya epal yang berwarna merah!

Inilah yang dipanggil keunikan, atau dalam erti kata lain nilai atau value. Dalam Business Model Canvas “BMC”, ada blok bernama Value Proposition (VP). Ianya menerangkan tentang keunikan yang perlu kita ada dalam bisnes. Dalam VP ini menerangkan dua ciri yang membantu untuk menyebabkan perniagaan atau produk anda unik.

Kita ini manusia dilahirkan unik, tetapi bila kita berbisnes, kita sibuk nak tiru orang lain sebiji-sebiji dengan harapan kita juga boleh buat jualan sepertinya.

Orang jual nasi lemak, kita juga sibuk jual nasi lemak. Jual nasi lemak tak salah, tapi apa bezanya nasi lemak kita berbanding nasi lemak orang lain. Apa yang menyebabkan dalam 10 gerai nasi lemak yang lebih kurang sama, orang terus berhenti dan beli di kedai kita? Sudah tentu value itu memainkan

Usahawan Wajib Tahu Sebelum Memulakan Bisnes

PERKARA UTAMA2

Bila unik, orang mudah ingat produk kita

Bila ada keunikan orang mudah cari kita

peranannya.

Baru-baru ini, saya menjalankan satu program komunikasi di salah sebuah jabatan kerajaan. Salah seorang peserta saya ada menjual rempeyek sebagai bisnes sampingan untuk menambah pendapatan.

Bila saya mengetahui perihal itu, saya menyuruhnya membawa rempeyek untuk saya membelinya pada esok hari. Keesokan harinya, beliau membawa tester dan saya dapat juga

‘Kita ini manusia dilahirkan unik, tetapi bila kita berbisnes, kita sibuk nak tiru orang lain sebiji-sebiji dengan harapan kita juga boleh buat jualan sepertinya.

KEUNIKAN PRODUK01

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

28

Page 33: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

29PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

TipPERNIAGAAN

MITOS MEMANCING

Siapa kata kita boleh memancing semua ikan dalam satu kawasan? Siapa kata joran yang kita gunakan sesuai untuk memancing semua jenis ikan? Siapa kata kita boleh memancing semua ikan dengan menggunakan joran sahaja? Siapa kata memancing ikan perlu menggunakan alatan yang mahal untuk mendapatkan banyak ikan? Tip memancing ikan, ketahui apa yang nak dipancing, di mana lubuk ikan tersebut dan apa alat yang sesuai untuk memancing ikan tersebut.

Jadinya, apa kaitannya dengan

BISNES? Siapa kata kita boleh jual produk kita untuk semua orang? Siapa kata kita boleh menjual kepada semua orang dengan menggunakan satu cara pemasaran sahaja? Siapa kata kita boleh menarik pelbagai segmen pelanggan dengan satu cara pemasaran sahaja? Siapa kata membuat pemasaran perlu kos yang tinggi untuk mendapatkan ramai pelanggan?

KENALI SEGMEN PELANGGAN

Tip Evolusi Usahawan Superb

02

merasai rempeyek itu. Rasanya amat sedap! Nipis! Rangup! lemaknya serasi di dalam mulut! Tetapi …semasa saya ingin melakukan pembelian, secara tiba-tiba abang rempeyek itu berkata “ala, tuan orang kampung, rasanya mesti tidak sama. Yang kampung punya buat, tak boleh lawan”. Tapi ok la sebab rempeyek ini di buat nipis.” Saya terfikir kenapa perlu rendahkan produk sendiri dan cerita kelebihan produk orang lain semasa mempromosikan produk kita? Adakah disebabkan orang Melayu kita yang tinggi budi bahasanya, maka dah terbiasa memberi respon sebegitu?

Tip Evolusi Usahawan Superb

Apabila melakukan jualan, usah merendahkan produk sendiri, usah banding-bandingkan dgn produk orang lain. FOKUS pada Unique Selling Proposition (USP) atau nilai yg ada pada produk kita.

Tahu siapa segmen pelanggan kita, di mana saluran yang betul untuk kita sampaikan maklumat tentang adanya bisnes kita dan apa pemasaran yang sesuai untuk menarik segmen pelanggan tersebut.

Page 34: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

TipPERNIAGAAN

Komunikasi adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan. Apa sahaja yang kita ingin lakukan

di dunia ini perlulah melalui komunikasi. Membeli makanan, meminta sesuatu, belajar, bekerja dan sebagainya amat memerlukan komunikasi. Tanpa komunikasi, pasti banyak perkara di dunia ini tidak dapat berjalan dengan sempurna.

Komunikasi bermaksud sebarang pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara tertutup atau terbuka melalui medium bahasa bertujuan untuk mencapai matlamat tertentu.

Seperti yang telah dinyatakan di atas tadi, apa sahaja yang kita ingin lakukan di dunia ini mestilah melalui komunikasi. Begitu jugalah dengan berniaga. Dalam perniagaan, komunikasi adalah sesuatu yang sangat penting. Oleh sebab itulah, seseorang usahawan itu perlu mahir berkomunikasi jika dia mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya.

Mengapa usahawan perlu mahir berkomunikasi? Antara sebab usahawan perlu mahir berkomunikasi adalah :

Tiada siapa dapat menafikan bahawa pemasaran merupakan nadi kepada sesebuah perniagaan. Pemasaran sememangnya tidak dapat lari daripada menggunakan komunikasi. Sebab itulah, seseorang usahawan itu perlu mahir berkomunikasi supaya dapat melakukan pemasaran yang berkesan.

KOMUNIKASIDALAM PERNIAGAAN

Membantu perniagaan mencapai objektif yang dikehendaki

Membina hubungan yang baik dengan pekerja, pembekal dan pelanggan

Membantu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam perniagaan

Membantu perniagaan mencapai keuntungan yang banyak

‘Komunikasi bermaksud sebarang pertukaran idea, pendapat, maklumat, perhubungan dan sebagainya yang mempunyai tujuan dan dipersembahkan secara tertutup atau terbuka melalui medium bahasa bertujuan untuk mencapai matlamat tertentu.

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

30

Page 35: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Usahawan yang berjaya mestilah seseorang yang tidak malu dan mahir berkomunikasi. Usahawan yang dapat berkomunikasi dengan baik bukan sahaja akan kelihatan berwibawa, malah pelanggan akan memandang tinggi kepadanya. Pelanggan pasti tidak akan berasa ragu untuk membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan olehnya.

Bagi mana-mana usahawan yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi, wajarlah mereka memasuki kelas yang boleh membantu mereka untuk berkomunikasi dengan baik. Mereka juga boleh belajar daripada mentor perniagaan mereka mengenai cara-cara untuk berkomunikasi dengan berkesan.

Semua usahawan yang berjaya seperti Donald Trump, Bill Gates, Mark Zuckerberg dan ramai lagi ialah orang yang dapat berkomunikasi dengan efektif. Apa sahaja yang dikatakan oleh mereka bukan sahaja menjadi nilai berita, malah menjadi panduan untuk orang lain juga.

Terdapat banyak kelebihan jika seseorang usahawan itu mahir berkomunikasi. Antara kelebihan tersebut ialah :

Sudah terang lagi bersuluh bahawa komunikasi merupakan sesuatu yang sangat penting untuk dikuasai oleh seseorang usahawan. Jika mereka gagal berkomunikasi dengan baik, pastilah perniagaan mereka tidak akan berjaya. Semua usahawan mesti belajar untuk berkomunikasi secara berkesan dengan sesiapa sahaja bagi memastikan urusan perniagaannya berjalan dengan sempurna.

31PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

TipPERNIAGAAN

Terdapat lima cara usahawan boleh berkomunikasi dalam membuat pemasaran terhadap produk dan perkhidmatan mereka. Cara-cara tersebut ialah :

Walau bagaimanapun, setiap komunikasi yang berlaku dalam sesebuah perniagaan tidaklah semua dapat berjalan dengan lancar. Terdapat pelbagai halangan yang akan mengganggu sesuatu komunikasi itu berjalan dengan baik. Antara halangan tersebut ialah :

Telah dinyatakan bahawa usahawan mesti mahir berkomunikasi. Namun begitu menjadi tanda tanya, dengan siapa pula seseorang usahawan itu perlu berkomunikasi? Di bawah disenaraikan pihak-pihak yang perlu usahawan berkomunikasi dengan baik bagi memastikan perniagaannya berjalan dengan sempurna. Pihak-pihak tersebut ialah :

Pelanggan mempunyai prasangka buruk terhadap usahawan

Usahawan beremosi semasa melayan pelanggan

Bahasa tubuh (body language) yang tidak betul semasa melayan pelanggan

Usahawan tidak menjalinkan hubungan yang baik dengan pelanggan

Bahasa yang digunakan tidak sesuai semasa melayan pelanggan

Pengiklanan

Perhubungan awam

Pemasaran langsung (direct marketing)

Promosi jualan

Jurujual berkumpulan

Komunikasi dengan pekerja

Komunikasi dengan kerajaan

Komunikasi dengan pembekal

Komunikasi dengan rakan kongsi

Komunikasi dengan pelanggan

Komunikasi dengan masyarakat

Komunikasi dengan pesaing

Komunikasi dengan institusi kewangan

Memudahkan urusan perniagaan

Menjana keuntungan yang banyak

Mudah mengawal dan mengurus perniagaan

Meluaskan pemasaran

Mengelakkan kerugian

Memudahkan aktiviti promosi

Page 36: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

TipPERNIAGAAN

Keusahawanan sememangnya bukanlah suatu bidang yang asing pada masa kini. Sejak

zaman kegemilangan Islam dahulu lagi, masyarakat sudah mengamalkan budaya keusahawanan. Keusahawanan juga telah menempuh evolusi, sehingga kini berkembang maju menjadi sofistikated dan global. Konsep keusahawanan sememangnya melibatkan aktiviti perniagaan oleh individu atau usahawan yang mempunyai kredibiliti tersendiri bagi memajukan perniagaannya.

Aktiviti keusahawanan bukan sahaja dapat menjamin kelangsungan rezeki di dunia malah di akhirat. Walau bagaimanapun, garis panduan yang utama dalam urusan perniagaan ini adalah mengelakkan daripada melakukan perbuatan yang dimurkai Allah dengan menggunakan perniagaan sebagai medium untuk melakukan penipuan dengan mengaut keuntungan

secara melampau (melebihi keuntungan yang sepatutnya).

Allah SWT juga berfirman dalam Surah Al-Baqarah ayat 275 yang bermaksud:

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: “Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba”. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya

terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya.

Ayat tersebut menerangkan tentang bahana riba dalam bidang keusahawanan. Ini kerana, setiap perkara yang dilakukan haruslah berpaksikan sesuatu ketetapan. Ayat tersebut jelas menunjukkan bahawa Allah SWT telah mengharamkan riba. Oleh yang demikian, setiap masyarakat yang mahu atau sedang berkecimpung dalam dunia keusahawanan ini haruslah memastikan bahawa perniagaan yang dijalankan bebas daripada unsur riba.

Budaya amalan keusahawanan sememangnya harus dipupuk dalam diri setiap lapisan masyarakat bermula daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa. Bahkan, para usahawan sendiri perlu sentiasa menaik taraf kualiti kerja

KELESTARIANBUDAYA KEUSAHAWANAN

‘Budaya keusahawanan sememangnya harus dipupuk dalam diri setiap lapisan masyarakat bermula daripada kanak-kanak sehingga orang dewasa.Bahkan, para usahawan sendiri perlu sentiasa menaik taraf kualiti kerja agar hasil yang dimiliki juga bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat.

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

32

Page 37: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

33PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

TipPERNIAGAAN

agar hasil yang dimiliki juga bermanfaat untuk kehidupan dunia dan akhirat. Masyarakat pada hari ini melabelkan aktiviti keusahawanan sebagai suatu pekerjaan yang sangat berisiko. Risiko yang dimaksudkan termasuklah dari segi kerugian, modal yang tidak mencukupi, sukar mendapatkan pelanggan dan elemen-elemen lain yang berkait dengan aktiviti keusahawanan ini.

Walaupun terdapat banyak risiko yang perlu dihadapi oleh para usahawan serta bakal usahawan, namun masih terdapat beberapa buah agensi di Malaysia yang menyediakan bantuan serta kemudahan bagi memastikan budaya keusahawanan ini bertambah baik dan berterusan. Antaranya ialah:

Persoalannya, bagaimanakah budaya keusahawanan dapat terus disemai dalam diri masyarakat abad ke-21? Kelangsungan budaya keusahawanan dapat dipupuk dalam diri masyarakat era globalisasi kini dengan:

Bagi memastikan kelangsungan budaya keusahawanan dalam diri, seseorang individu atau usahawan itu mestilah mempunyai ciri-ciri seperti:

Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Pusat Pembangunan Usahawan (MEDEC)

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)

Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM)

Small and Medium Enterprise Corporation (SME CORPS)

Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK)

Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA)

Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA)

Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN)

Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC)

Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN)

Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI)

1

3

7

5

11

9

2

4

10

12

8

6

Mempunyai motivasi diri yang tinggi

Mempunyai matlamat yang jelas

Mampu berkomunikasi secara berkesan

Kebolehan mengetuai sesuatu organisasi

Daya kreativiti yang tinggi

Berkebolehan mewujudkan hubungan yang baik sesama manusia

Mampu mengendalikan risiko dengan teliti

Berkebolehan untuk merancang

Terdedah kepada asas keupayaan pengurusan yang betul

Keupayaan mental yang baik

Kebolehan memasarkan sesuatu produk

1

3

7

11

5

9

2

6

10

4

8

Memberi pendedahan ilmu keusahawanan dalam kalangan pelajar di sekolah

Membuka peluang kepada para siswazah untuk berniaga bagi memperkukuh kemahiran keusahawanan

Pendokumentasian ilmu tentang keusahawanan dalam bentuk bacaan yang dicetak dan media elektronik serta mengaitkannya dengan latar belakang sejarah, kebudayaan dan cara hidup masyarakat zaman kini

Menganjurkan seminar atau sesi perkongsian secara terbuka untuk masyarakat yang baru sahaja ingin menceburi bidang keusahawanan

Budaya keusahawanan ini sememangnya perlu sentiasa dipupuk dalam diri masyarakat yang mahukan kemajuan dalam hidup. Pelbagai alternatif telah disediakan oleh agensi yang bertanggungjawab. Pendidikan dan pendokumentasian tentang bidang keusahawanan perlu sentiasa dilakukan agar masyarakat cakna akan pentingnya budaya keusahawanan ini serta tidak berasa gentar untuk memulakan perniagaan mereka sendiri. Bak kata pepatah, belakang parang kalau diasah, nescaya tajam juga. Walaupun seseorang individu itu tiada ilmu keusahawanan, namun sekiranya diberi latihan dan panduan yang betul serta tekun dalam melaksanakan tugas, pasti akan berjaya.

Page 38: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

TipPERNIAGAAN

Penulisan konten kepada pemasaran konten!

Bagaimana nak memastikan penulisan anda menjadi viral dan secara tidak langsung meningkatkan jenama anda dalam pasaran?

Coach Ejul seorang business coach, hendak berkongsi beberapa tip yang kita boleh gunakan dalam pemasaran konten.

1.TUJUAN MENULIS

Perlu tahu apa tujuan dan matlamat menulis.

Tujuan - Kenapa nak tulis?Matlamat - Di hujungnya apa yang

anda nak dapat dari penulisan anda?Kalau hidup ada matlamat, penulisan juga ada matlamat.

Contoh tujuan : Beri kesedaran kepada potensi sasaran pelanggan

Matlamat : Menambah ‘follower’

2. SIAPA YANG AKAN BACA KONTEN ANDA?

Bila dah jelas dengan tujuan dan matlamat menulis, kita mesti tahu siapa yang akan baca konten anda. Sasaran pembaca perlulah jelas sejelas-jelasnya. Biasanya Coach Ejul akan pecahkan

kepada empat bahagian iaitu Lokasi, Demografi, Psikografi dan Tingkah Laku. Sekiranya sasaran tidak jelas barang kali kita menulis untuk makhluk selain dari manusia.

Lokasi : Kawasan, bandar, negeri. Sekiranya bisnes lokal, lokasi bergantung kepada beberapa perkara, antaranya kita kena tahu tahap pendapatan sasaran pelanggan kita. Kalau kita nak jual pada golongan berpendapatan sederhana, kita perlu tahu orang seperti ini akan tinggal di kawasan mana.

Demografi : Umur, jantina, saiz famili, pekerjaan, agama, bangsa dan warganegara

Psikografi : Gaya hidup, Sosial Kelas - Berpendapatan rendah,

sederhana dan tinggi.

Tingkah Laku : Sikap, pengetahuan, peminat jenama.

3. PILIH KONTEN YANG TEPAT DAN BERSESUAIAN

Konten yang menarik adalah konten yang beremosi. Bila orang baca boleh tersenyum atau marah atau gembira atau kecewa atau apa saja perasaan yang boleh ditimbulkan. Walaupun anda bukan jenis yang sangat pandai menulis.

Menulis adalah bakat, bakat datang bukan sekadar dari anugerah tapi atas latihan yang berterusan dan tidak henti-henti. Membawang pun bakat juga.

4. BUAT PERANCANGAN ‘POSTING’

Konten yang menarik bermula dengan tajuk yang ‘catchy’! Sebelum menulis sesuatu, perlu tahu apa tema yang nak disampaikan, tujuan dan matlamat perlu diletakkan dalam perancangan agar penulisan tidak lari dari objektif yang ingin dicapai. Kumpul maklumat yang bersesuaian.

FOLLOWER BERTALU-TALU!

KONTENKU VIRAL,

Lokasi

SASARAN PEMBACA

Psikografi

Demografi

Tingkah Laku

1

3

2

4

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

34

Page 39: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

35PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

TipPERNIAGAAN

5. BUKTI YANG KUKUH

Tidak perlu sehingga mentaliti maklumat yang banyak baru boleh dimulakan. Cukup dengan beberapa maklumat penting beserta bukti yang ada kredibiliti.

Dalam media sosial, orang mudah menghentam. Kita tak buat salah, kita buat pun salah. Apapun setiap apa yang ditulis perlu bersebab dan ada bukti yang menyokong. Sekiranya kena hentam

sekali pun kita tetap berpegang pada bukti yang menyokong kita. Jangan main hentam kromo tulis dengan perasaan. Kelak posting kita ‘makan diri’.

Apa pun dalam kaedah pemasaran, tidak ada istilah pemasaran baik atau jahat. Selagi ada orang berkata tentang anda dalam keadaan yang teruk, ianya tetap memberi publisiti kepada anda. Yang penting kita tahu bagaimana mengurus diri dan persekitaran.

6. TUMPANG ‘TRENDING’

Kena rajin ‘update’ tentang apa yang sedang trending. Bila sesuatu perkara tengah trending, cariannya amatlah tinggi. Untuk mudah dijumpai, gunakanlah perkataan dan hashtag trending dalam penulisan. Kaitkan dengan penulisan sedia ada. Apa pun jangan sampai terlalu mengikut trending sampai lupa adat resam kita.

‘Dalam media sosial, orang mudah menghentam. Kita tak buat salah, kita buat pun salah. Apapun setiap apa yang ditulis perlu bersebab dan ada bukti atau dalil yang menyokong. Sekiranya kena hentam sekali pun kita tetap berpegang pada bukti yang menyokong kita. Jangan main hentam kromo tulis dengan perasaan. Kelak posting kita ‘makan diri’

Page 40: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

TipPERNIAGAAN

PENGENALAN

Usahawan merupakan seseorang yang mempunyai sikap, nilai, pengetahuan dan kemahiran bagi

membolehkan seseorang itu mencari dan merebut peluang yang ada dengan strategi untuk memajukan ekonomi dan menjana keuntungan.

Menyedari kepentingan aktiviti

keushawanan, kerajaan Malaysia telah memberi tumpuan kepada pembangunan dan aktiviti keusahawanan dengan melibatkan pelbagai kementerian dan institusi untuk membantu para usahawan yang memerlukan sokongan dari segi kewangan mahupun nasihat. Pelbagai institusi terlibat dalam membangunankan aktiviti keusahawan seperti Kementerian Pembangunan Usahawan, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan sebagainya.

DAYA SAING

Peranan sesebuah institusi menggerakkan pembangunan ekonomi adalah sangat penting dan saling berkait rapat dalam melahirkan usahawan yang berdaya saing. Dengan adanya peranan institusi yang memainkan peranan dengan teratur dan sistematik, ia mampu meningkatkan pengetahuan

dan kepakaran serta membuka peluang kepada masyarakat. Justeru, bagi melahirkan seorang usahawan yang berdaya saing dan proaktif, peranan institusi adalah perlu dalam memberi bantuan dari segi kewangan, nasihat dan bimbingan. Di samping itu, usahawan juga perlu mempunyai sikap untuk terus maju kehadapan dan bukan hanya mengharapkan bantuan semata-mata kerana mereka perlu bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar. Oleh itu, seorang usahawan yang ingin berjaya seharusnya mempunyai daya saing yang tinggi, kreatif, inovatif serta mempunyai

semangat dalam memajukan perniagaan dengan menghasilkan barangan atau perkhidmatan yang memenuhi kehendak pelanggan dan pasaran masa kini. Konsep persaingan bukanlah memusuhi lawan dengan melakukan sesuatu yang tidak sihat, malah ia adalah proses penambahbaikan memajukan diri dan memperbaiki kegagalan ke arah yang lebih baik.

MODAL INSAN

Usahawan yang berjaya dan cemerlang perlu memiliki ilmu, bakat, keyakinan yang tinggi dan cekal dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang. Pembangunan modal insan merupakan satu proses yang melahirkan usahawan yang berilmu, berbakat, berkeyakinan, dan mempunyai nilai murni yang tinggi. Modal insan boleh diklasifasikan sebagai pelaburan yang berupaya meningkatkan pendapatan individu, keluarga, mengatasi masalah kemiskinan dan sekaligus mempengaruhi prestasi individu. Pembentukan modal insan memberi kesan positif kepada masyarakat dari segi ilmu pengetahuan yang meluas tentang sesuatu perkara. Dalam era globalisasi, pengetahuan dan kemahiran seseorang boleh mempengaruhi kedudukan daya saing pekerja dan ekonomi sesebuah negara.

MENINGKATKAN

USAHAWANDAYA SAING

‘usahawan juga perlu mempunyai sikap untuk terus maju kehadapan dan bukan hanya mengharapkan bantuan semata- mata kerana mereka perlu bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

36

Page 41: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

37PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

TipPERNIAGAAN

Untuk menjadi usahawan, seseorang itu perlu melakukan pelaburan yang secukupnya bagi penyediaan awal menghadapi cabaran dan daya saing hingga ke peringkat global. Pembangunan modal insan itu bermula daripada pengalaman, pendidikan, latihan yang diterima dan penglibatan keluarga di samping penerapan nilai murni agama. Aspek pendidikan dan latihan memainkan peranan penting bagi melonjak potensi seseorang individu. Ini bagi memberikan pendedahan kepada individu tersebut bagi meningkatkan daya pemikiran, kreativiti dan kemahiran seseorang. Jangan kedekut membelanjakan wang bagi tujuan pendidikan dan latihan kerana ini dianggap sebagai pelaburan masa hadapan dan menyumbang kepada pembangunan insan sekaligus mampu meningkatkan produktiviti individu. Ini jelas terbukti dengan pendidikan formal dan latihan semasa berkerja mampu meningkatkan kualiti seseorang untuk menjadi usahawan yang berjaya sekaligus mampu mencipta kejayaan dengan kemahiran dan ilmu yang dimiliki. Sokongan daripada keluarga terdekat adalah penting dalam menyumbang kepada peningkatan prestasi seseorang usahawan dalam perusahaan yang diusahakan. Oleh itu, penekanan terhadap aspek modal insan sangat penting kerana kejayaan seseorang itu bukan hanya berlandaskan bakat semata-mata, tetapi penerapan ilmu pengetahuan yang berterusan untuk berjaya.

KESIMPULAN

Secara kesimpulanya terdapat dua faktor utama dalam melahirkan usahawan yang berjaya. Pertama ialah daya saing dan diikuti modal insan. Sebagai seorang usahawan, seseorang itu perlu sentiasa membuka minda untuk menerima pembaharuan demi meningkatkan prestasi dan mutu perniagaan yang dijalankan. Sementara itu, untuk bergelar sebagai

seorang usahawan seseorang itu perlu berusaha secara berterusan bagi meningkatkan kecekapan, produktiviti dan kualiti khususnya dalam sektor pengurusan. Jika seorang usahawan mampu menguruskan perusahaan mereka dengan cekap dan sistematik, ini akan memberi kelebihan bersaing dan memberi peluang untuk bertahan kekal dalam pasaran dan terus menjadi seorang usahawan yang berjaya.

‘Sokongan daripada keluarga terdekat adalah penting dalam menyumbang kepada peningkatan prestasi seseorang usahawan dalam perusahaan yang diusahakan

Page 42: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

TipPERNIAGAAN

Di dalam operasi perniagaan kecil dan sederhana, kakitangan biasanya terlibat dengan aktiviti

pelaksanaan. Kakitangan diajar apakah tindakan yang perlu dilakukan setiap hari. Dalam satu tempoh masa yang tidak begitu lama, kakitangan akan cekap melaksanakan apa yang mereka perlu lakukan.

Kebiasaannya, kakitangan tidak memahami tiga unsur penting mereka dalam syarikat iaitu: - Peranan, tanggungjawab dan tugas mereka.

Untuk memahami tiga unsur penting itu, mari kita ingatkan cerita Melayu yang biasa kita tontoni. Setiap cerita biasanya ada tiga kategori pelakon - hero, heroin dan antagonis. Ketiga tiga kategori ini kita panggil peranan.

Watak seorang hero biasanya mempunyai tanggungjawab menjaga keselamatan watak pelakon heroin dari watak antagonis. Watak antagonis ini bertanggungjawab memporak perandakan suasana baik yang melibatkan watak pelakon heroin.Porak peranda sebenarnya tidak dapat dilaksanakan tetapi ianya adalah hasil tindakan atau perlakuan yang dilakukan

oleh watak jahat seperti mencuri, membakar, merosakan harta dan lain lain seumpamanya. Perlakuan seperti ini lah yang dipanggil sebagai tugas.

Kebiasaannya pengusaha akan menerangkan “tugas-tugas” kepada kakitangannya tanpa menyatakan dengan jelas apakah tanggungjawab mereka. Perincian peranan biasanya tidak dikongsikan dengan kakitangan. Kakitangan seharusnya dimaklumkan ketiga-tiga unsur tadi dengan terperinci supaya mereka boleh menjadi kakitangan yang cemerlang kerana mereka dapat menerapkan semua

aspirasi pengusaha.

Peranan - membantu pencapaian aspirasi majikan dan sekaligus mencapai aspirasi mereka sendiri. Bermakna kakitangan sememangnya bermula dengan mengetahuai aspirasi mereka sebagai kakitangan didalam syarikat.

Tanggungjawab - bertanggung jawab supaya urusan yang dipertanggungjawabkan itu terlaksana dengan sebaik mungkin dari segi kecekapan dan kualiti dalam jangka masa yang ditetapkan.

Peranan, Tanggungjawab Dan Tugas Kakitangan Dalam Operasi Syarikat

CABARAN USAHAWAN

‘Kebiasaannya pengusaha akan menerangkan “tugas-tugas” kepada kakitangannya tanpa menyatakan dengan jelas apakah tanggung jawab mereka. Perincian peranan biasanya tidak dikongsikan dengan kakitangan. Kakitangan seharusnya dimaklumkan ketiga-tiga unsur tadi dengan terperinci supaya mereka boleh menjadi kakitangan yang cemerlang kerana mereka dapat menerapkan semua aspirasi pengusaha

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

38

Page 43: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

39PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

TipPERNIAGAAN

Tugas - melakukan apa sahaja yang diperlukan bagi tujuan pencapaian matlamat syarikat.

Kita ambil satu contoh bagi memahami ketiga-tiga unsur diatas. Kalau kita tanyakan pemandu kepada ketua jabatan, “apakah tugas anda?” kebiasaan jawapan adalah “bawak kereta bos”. Tanyakan soalan kedua; “apakah tanggungjawab anda?” kemungkinan besar jawapan beliau sama dengan soalan pertama. Sekiranya kita tanya “apakah peranan anda?” Berkemungkinan beliau terpinga-pinga kerana tidak pernah soalan sedemikian ditanyakan kepadanya.

Apakah peranan pemandu ketua jabatan?

Memberi sokongan kepada kejayaan ketua jabatan dalam melaksanakan peranan, tanggungjawab dan tugas-tugas sebagai ketua jabatan.

Apakah tanggungjawab pemandu ketua jabatan?

Pemandu perlu menentukan ketua jabatan sampai ke destinasi

nya dengan selamat dan pada waktu yang telah ditentukan. Pemandu perlu menentukan kenderaan rasmi ketua jabatan berfungsi dengan baik dan menentukan beliau sebagai pemandu mempunyai kecekapan dan kualiti diri yang sepatutnya.

Apakah tugas pemandu ketua jabatan?

Melaksanakan semua aturan penyelanggaraan kenderaan seperti menghantar kenderaan untuk servis mengikut jadual, membersih kenderaan luar dan dalam, mengisi minyak secukupnya, memeriksa tekanan tayar dan mengisi angin sekiranya tidak mencukupi dan keperluan keperluan lain.

Pengusaha yang bijak semestinya mempunyai senarai seperti diatas bagi setiap kakitangan dalam syarikat dan berkongsi maklumat dengan kakitangan. Berbincang sehingga mereka memahami kesemuanya. Mereka perlu dipantau sehingga mereka menjiwai peranan, tanggungjawab dan tugas tugas mereka.

Pengusaha perlu juga berbincang dengan kakitangan apakah aspirasi mereka bertugas di syarikat tersebut. Pengusaha sepatutnya cuba sedaya upaya bekerjasama untuk kejayaan aspirasi mereka. Dengan suasana begini, kakitangan akan merasai yang mereka dihormati dan sudah tentu mereka akan bekerja dengan penuh dedikasi serta meningkatkan prestasi mereka dari masa ke semasa tanpa kita perlu memantau secara terperinci. Biasa nya KPI yang telah dibincangkan dan dipersetujui akan dapat dicapai dengan mudah.

Sesi perbincangan yang berterusan mengikut jadual yang dipersetujui perlu diadakan bagi mendapat maklum balas dari kakitangan. Galakan mereka menganalisa tugas, tanggungjawab dan peranan secara berterusan dan memberi maklum balas kepada pengusaha. Mereka akan berasa gembira sekiranya idea dan pemikiran mereka digunakan dan sudah pasti mereka akan melaksanakan idea dan pemikiran mereka dengan penuh dedikasi kerana itu idea mereka. Sebagai pengusaha, kita seharusnya mengetahui bila dan dimana untuk memantau pergerakan mereka.

‘Sesi perbincangan yang berterusan mengikut jadual yang dipersetujui perlu diadakan bagi mendapat maklum balas dari kakitangan

PERANAN

TUGAS KAKITANGAN

TANGGUNG JAWAB

3 UNSUR PENTING DALAM SYARIKAT

Page 44: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

38

AHLINO1.

5.

9.

13.

17.

23.

27.

33.

7.

11.

15.

21.

19.

25.

31.

29.

3.

2.

4.

8.

12.

16.

22.

26.

32.

6.

10.

14.

20.

18.

24.

30.

28.

34.

NAMAZukahida Bt Kasim

Ashaari At Tamimi

Mohd Esa Bin Ab Aziz

Nurzailin Bt Zainudin

Zamila Binti Abdullah

Abdullah Jamadi Bin Abdul Rahim

Amirrudin bin Rahmat (Suhaila)

Mohd Salim Yusoff

Ashaari At Tamimi

Siti Nurhanis

Nor Asmawar Binti Hamzah

Nur Syafiqah Amira Binti Sohaimi

Mohammad Tarmizi Bin Misnadar

Ahmad Benny Bin Ramli

Ashraf Bin Amir

Nur Syafiqah Binti Roslan

Mohd Salleh Esa

Nurdiana Bt Idris

Kamariah Binti Atan

Mohd Faisal Haji Abas

Rahana Mohd Dahari

Nurliyana Binti Mohd Faudzi

Noryati Binti Masran

Alfieya-Hanuum Binti Kamal Ridzwa

Zubaidah Binti Zakaria

Norashiqien Ishak

Saadiah Jamal

Walizawati Binti Abdul Adzani

Mazaliza Che Mustaffa

Dayang Suriati Binti Robidin

Mohd Ezwan Bin Masdar

Wan Rusmawati Binti Wan Mohamed

Zarina Bnti Abdullah

Faten Nurhidayah Binti Mohamad Jepperi

NAMA SYARIKATKolam Emas Sdn Bhd

Dsara Tamimi Enterprise

Kausar Wealth Management

Fleur By Lin Activ

Millia Collection

Hibrak Resources Sdn Bhd

ABS Mahligai Enterprise

KD Land Sdn Bhd

Kausar Wealth Management

One Light International Sdn Bhd

Mawar Sdn Bhd

CIMB Wealth Advisor

Mz Consulting & Management Services

Arab Kuasa Resources

Dlasha Resources

Embun Utama Design / Babyworld Enterprise

Fly Gshock Biz

Usahawan

Famous Creative (M) Sdn Bhd

Insdos Solution Sdn Bhd

Nuansa Media Planner

Liza & Fauzi Enterprise

Rikna Maya Enterprise

Nafieya Marketing

Xarasdexandra

Kausar Wealth Management

Kausar Wealth Management

Abaya.co

Flexible Online Sdn Bhd

Melova Store

Minda Profesional Sdn Bhd

One Global IP Sdn Bhd

Nynadanial Couture

Izicare Trading

JENIS PERNIAGAANBakery

Fnb

Consultant Wasiat

Pewangi Kereta

Pakaian Muslimah

Consultancy / Training

Takaful, Wasiah Hibah & Unit Trust

Event Organizer

Consultant Wasiat

Financial Consultant

Barangan Preloved

Unit Trust, ASB, PRS

Cosmetic

Electrical & Mechanical Contractor

Pakaian Wanita

Tudung & Aksesori

Aksesori / Jam

Pakaian Muslimah, Kosmetik

Pakaian Wanita

IT Services

Media Planner/Pr Agensi

Tupperware & Sandwich

Pakaian Batik

Retailer (Shampoo Santan Bidara)

Perfume

Consultant Wasiat

Consultant Wasiat

Jubah Arab Wanita

Pakaian Wanita

Clothing / Pants

Training / Consultant

Consultation & Registration Trademark

Naelofar Hijab

Retailer (Madu Kelulut)

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

BizClub

Page 45: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

39PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

NO35.

41.

51.

57.

63.

39.

49.

55.

61.

67.

45.

37.

47.

53.

59.

65.

43.

36.

42.

38.

48.

54.

60.

66.

44.

40.

50.

56.

62.

68.

46.

52.

58.

64.

NAMASuriyani Ismail

Noorlizawati Binti Mohd Akil

Md. Razali Bin Abd Gani

Emirah Syafirah Binti Yaccob

Hasnoor Hanian Binti Baharum

Rahmah Binti Othman

Maslina Binti Musa

Budi Bin Sukandar

Norliza Hayati Binti Ahmad Shairuzi

Noraini Binti Mohd Johan

Fatimah Hanim Binti Mohamad

Yusnita Binti Mohd Jajuli

Abdul Rahman Bin Muhammad Firdaus

Muhammad Kamal Bin Hussein Kamal

Wan Mohd Ridzuan Bin Wan Dagang

Roslan Bin Mohd Jonoh

Azliza Binti Zulkapli

Nur Amirah Binti Shaiful Baharin

Azariah Binti Khalif

Mohamad Helmi Bin Zulkafli

Mohd Nor Bin Hamzah

Shahrul Anwar Bin Shaiful Baharin

Yuszaidi Bin Md. Kussin

Jamilah Binti Kalil

Azliati Binti Azmi

Norazlin Binti Suratman

Ahmad Redzuan Bin Abd Rahman

Radziah Binti Ibrahim

Wan Mohd Nasaruddin Bin Haji Wan Ahmad

Rosila Binti Mohd Rosidi

Siti Hajar Binti Abdullah

Noriza Binti Mokhti

Sharifah Zulaiha Binti Abdullah

Nur Farah Nadwah Binti Zolkepili

NAMA SYARIKATSuri Ratu

Ad Media Bizz Services

Imafarnis Resources

Emdeur Beaute Sdn Bhd

Icon FutureHome Sdn Bhd

Rahmah & Co.

Ahb Two Enterprise

Al-Kauthar Resources Sdn Bhd

Joly Ann Aiskrim

Mama Rose Food Industries

Sesuci Bakery

Bermula Training & Consultant

Kamal & Kamal Pest Control Sdn Bhd

Xziz Biotech Sdn Bhd

Mr Smart Printing Sdn Bhd

Marveleez Colors Plt

Kingdom Of Colours

Ak Strategy Solution

Sewaris Marketing Consultant & Services

Best Treat Reality

Ira N Mom Delight

Sidracare Trading

El Husna

Persendirian

Synsis Global Sdn Bhd

Wealth Management

Muzarra Travel & Services Sdn Bhd

Fash Gold Trading

Dhuha Tensai Resources

Kausar Wealth Management

Rizatrade Resources Sdn Bhd

Manjoi Gadget

FYD Helwa Empire

JENIS PERNIAGAANMinyak Wangi & Pakaian

Service (Advertising)

Tudung Jenama Imafarnis Collections

Cosmetic & Detergent

Pakej Keselamatan Rumah

Law FirmSeller

Guru

Jam Tangan, Dinding dan Permainan

Barangan Haji/Umrah One Stop Centre

Homemade Ice Cream

Tudung & Aksesori

Food & Baverage (Sambal, Serunding)

Trading Gold

Pest Control

Membekal Barangan Kesihatan

Servis Percetakan

Beauty Product

Retailer (Pakaian & Aksesori)

Event Service

Event Organizer & Watch

Registered Estate

Aksesori Pakaian

Produk Bidara (Syampo, Minyak Wangi)

Pakaian Wanita

Freelance

Construction & Interior Design

Kausar Wealth Management

Travel Agency

Barangan Perak & Permata

Founder Japanese Pizza

Pusaka & Hibah

Agriculture Product

Aksesori Telefon

Produk IKS (Kerepek)

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

-

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

-

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

[email protected]

Page 46: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

PeribahasaMelayu

Interaktif

PeribahasaMelayu

Interaktif

KAMUS

PERIBAHASA

Inovasi danTEKNOLOGI

Teknologi menyediakan pelbagai kemudahan tanpa sempadan terutamanya

dalam sektor pendidikan. Pada masa kini, perkembangan teknologi menjadikan penyampaian ilmu lebih meluas berbanding dengan kaedah pembelajaran yang tradisional iaitu secara formal berpandukan buku dan latihan di dalam kelas. Pembelajaran yang berbentuk interaktif atau disampaikan dengan menggunakan teknologi dapat menarik perhatian dan menambahkan kefahaman para pelajar. Media interaktif adalah sebuah gabungan teks elektronik, grafik, imej bergerak serta bunyi kepada situasi pengkomputeran sebagai satu integrasi media digital yang membolehkan pengguna untuk berinteraksi dengan data atau input yang disediakan.

Beberapa negara besar dan ternama seperti China dan Denmark menggunakan teknologi dalam pendidikan dan negara China menggunakan teknologi hampir dalam semua bidang kurikulum. Penggunaan teknologi yang kian pesat ini khususnya bahan pembelajaran berbentuk

INOVASI

Peribahasa Melayu Interaktif

PEMBELAJARAN iPeM:

media interaktif dapat membantu mempertingkat kualiti pembelajaran para pelajar. Oleh yang demikian, satu usaha untuk mengetengahkan keistimewaan warisan Melayu iaitu peribahasa dalam bentuk media interaktif telah dilakukan oleh beberapa orang pensyarah dan pelajar tahun kedua Akademi Pengajian Bahasa, UiTM Shah Alam.

Projek iPeM (Peribahasa Melayu Interaktif) memfokuskan kepada reka bentuk perisian multimedia sebagai medium pembelajaran berpandukan komputer yang sesuai dengan golongan pengguna sasaran iaitu golongan pelajar pra-universiti, para pelajar pra-siswazah dan pelajar-pelajar asing yang berminat untuk mempelajari dan

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

40

Page 47: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

Inovasi danTEKNOLOGI

41PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

memahami peribahasa Melayu. Projek iPeM ini merupakan satu inisiatif dalam melestarikan peribahasa Melayu melalui pendokumentasian secara multimedia. Projek ini merupakan satu usaha yang sejajar dengan hasrat kerajaan dalam memelihara dan memulihara nilai warisan dan budaya Melayu yang terkandung dalam peribahasa. Ia berpotensi untuk dikomersialkan menerusi aplikasi atas talian bagi memastikan kelestarian peribahasa ini untuk generasi muda akan datang.

Terdapat empat objektif utama perlaksanaan projek iPeM: Peribahasa Melayu Interaktif ini, antaranya:

Peribahasa ialah satu manifestasi budaya yang dicipta dan disampaikan secara kreatif. Peribahasa merujuk kepada ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu seperti bidalan, pepatah, perumpamaan dan simpulan bahasa. Peribahasa bersifat figuratif serta memiliki makna tersirat yang sukar untuk difahami

Pada 9 Ogos 2018, satu pertandingan inovasi iaitu Second Language Invention, Innovation and Design (LIID) 2018 anjuran Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi Mara Shah Alam Selangor telah diadakan di Hotel Concorde, Shah Alam. Projek iPeM telah menyertai pertandingan ini dan dinobatkan sebagai projek inovasi kelima terbaik dan menerima pingat EMAS.

Mengetahui definisi dan konsep peribahasa Melayu

Membezakan penggunaan peribahasa Melayu mengikut konteks situasiMendokumentasikan peribahasa Melayu secara multimedia dan bersifat interaktif

Memahami maksud sebenar peribahasa Melayu

i

iii

iv

ii

Mengandungi definisi dan konsep peribahasa Melayu.

Memaparkan jenis-jenis peribahasa yang dipilih secara rawak yang bertemakan kasih sayang. Pembaharuan pada reka bentuk pembelajaran yang ditonjolkan adalah dengan memaparkan video pendek berdurasi dua hingga empat minit yang berkisarkan peribahasa yang dipilih.

Memuatkan beberapa kuiz berdasarkan seperti contoh-contoh peribahasa yang dinyatakan dalam video pendek. Projek iPeM dalam bentuk media interaktif dan audio visual ini juga akan lebih menarik minat pengguna untuk mengingati dan mempelajari peribahasa Melayu secara efektif dan komprehensif.

TOPIK 1

TOPIK 2

TOPIK 3

oleh pengguna bahasa. Kesukaran ini juga seiring dengan perubahan masa yang menyebabkan peribahasa sering dilupakan dan jarang digunakan sewaktu berkomunikasi.

Pendokumentasian dan pendedahan tentang peribahasa Melayu ini telah didokumenkan dalam bentuk kamus, cakera padat dan laman sesawang. Namun begitu, era globalisasi pada masa kini sedikit sebanyak telah memisahkan keinginan seseorang individu terutamanya generasi muda untuk menelaah bahan bacaan yang berbentuk bacaan dan bahan yang sukar untuk dikendalikan.

Reka bentuk pembelajaran iPeM ini menggunakan perisian Microsoft Office Powerpoint yang memuatkan pembelajaran berbentuk interaktif (pembelajaran dua hala). Dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

Antara ahli kumpulan projek iPeM: Peribahasa Melayu Interaktif

Page 48: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

BisnesLUAR NEGARA

Kita selalu bertanya apakah produk yang hendak dijual dan di mana pasaran yang perlu disasarkan

serta bagaimana meningkatkan keuntungan. Inilah persoalan yang kerap bermain di fikiran usahawan, kerana usahawan yang ingin berjaya serta mahu berkembang maju perlu sentiasa mencabar diri sendiri dan tidak berpuas hati dengan pencapaian sedia ada, perlu sentiasa mencari peluang untuk mencapai matlamat dan kejayaan.

Sebaiknya berkecimpunglah di dalam bidang yang kita minati dan berkebolehan serta mempunyai pasaran. Perlu diingatkan, usahawan perlu menyelesaikan masalah pelanggan dengan cara menjual produk dan perkhidmatan yang boleh memenuhi cita rasa pelanggan. Amalkan konsep Business Model Canvas serta Strategi Lautan Biru, InsyaAllah perniagaan yang kita kendalikan akan berjaya.

Usahawan perlu sentiasa mencari serta meningkatkan ilmu keusahawanan, carilah mentor. Setelah berjaya di pasaran tempatan usahawan perlulah pula melebarkan pasaran ke peringkat yang lebih tinggi, lagi mencabar.

LEBARKAN PASARANKE PERINGKAT GLOBAL

‘Perlu diingatkan, usahawan perlu menyelesaikan masalah pelanggan dengan cara menjual produk dan perkhidmatan yang boleh memenuhi cita rasa pelanggan. Amalkan konsep Business Model Canvas serta Strategi Lautan Biru, InsyaAllah perniagaan yang kita kendalikan akan berjaya

PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

42

Page 49: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah

BisnesLUAR NEGARA

43PKNS

BIZPOINT Julai - Sept 2018

Pasaran dalam negeri dengan penduduk sekitar 32 juta orang agak terhad kuasa beli berbanding dengan penduduk dunia berjumlah hampir 5 billion orang, tentunya besar sekali potensi pasarannya. Penduduk beragama Islam sahaja di dunia berjumlah 1.7 billion dan terus berkembang dan dikatakan akan menjadi penduduk teramai mengatasi agama-agama lain sedikit masa lagi. Lebih dekat dengan kita ialah pasaran ASEAN atau Association of South East Asian Nation menggabungkan negara kita Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Myanmar, Kemboja, Laos, Vietnam, Filipina dan negara Brunei Darul Salam, dengan jumlah penduduk sekitar 650 juta orang.

Sebagai usahawan masa kini yang berpendidikan, tentunya mempunyai kebolehan menganalisis pasaran yang disebutkan dari sudut geografi, demografik, psikografik, serta dari sudut-sudut lain. Sekiranya, usahawan memerlukan bantuan tentang pasaran luar negara, bolehlah berhubung dangan Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Begitu berpotensi sekali pasaran luar negara atau pasaran global. Jadi, apa yang harus usahawan lakukan, adalah bertindak, bersedia menembusi pasaran luar negara yang begitu berpotensi. Usahawan perlu bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan,

umpama kita ingin berperang, perlu ada strategi.

Dari segi kewangan, kita perlu mempunyai sokongan kewangan yang cukup dan kukuh kerana kebiasaannya pesanan pasaran luar negara adalah dalam kuantiti yang banyak dan berkontena. Sokongan dari bank import/eksport atau EXIM Bank adalah perlu untuk membiayai modal pasaran eksport contohnya, membeli bahan-bahan mentah. Sekiranya kita hendak mengeksport bahan makanan kita perlu memiliki sijil Health Analysis Critical Control Point (HACCP) kerana ia nya merupakan syarat yang ditetapkan oleh pasaran antarabangsa. Dengan adanya sijil HACCP membuktikan produk kita disahkan selamat untuk dimakan dan dengan itu lebih mudah diterima oleh pasaran luar negara. Begitu juga dengan sijil Halal Jakim yang diiktiraf di semua negara terutamanya negara Islam. Negara Jepun juga telah menunjukkan minat untuk mendapatkan sijil Halal Jakim terutamanya menjelang Sukan Olimpik yang disertai oleh banyak negara Islam disamping hasrat menarik pelancong Islam ke negara tersebut.

Banyak aspek yang perlu dipertimbangkan oleh usahawan sekiranya hendak mengembangkan pasaran ke pasaran global yang begitu berpotensi termasuklah kawalan kualiti produk yang konsisten terutamanya bagi pasaran Jepun, Amerika dan Eropah.Sungguh banyak persediaan mental dan fizikal yang perlu dihadapi oleh usahawan global, namun cabaran ini mempunyai pulangan keuntungan yang lumayan.

Page 50: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah
Page 51: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah
Page 52: editor · 2020-06-11 · shukur a.m.n, p.j.k penolong editor: puan nur izzaty binti anuar puan siti fadhliah binti ab. hadi pengarang: puan umi madia bt mohd nasohah puan nur rohimah