laporan tahunan inqka | 2018...berita dan gambar yang telah dimuatkan dalam laporan tahunan inqka...

28
LAPORAN TAHUNAN InQKA | 2018 https://inqka.uitm.edu.my/main https://www.facebook.com/Institute-of-Quality-and-Knowledge-Advancement-Inqka Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 1 22/4/2019 1:33:06 PM

Upload: others

Post on 27-Dec-2019

18 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN TAHUNAN InQKA | 2018

https://inqka.uitm.edu.my/main https://www.facebook.com/Institute-of-Quality-and-Knowledge-Advancement-Inqka

InstitutKualiti danPengembangan Ilmu

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 1 22/4/2019 1:33:06 PM

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 2 22/4/2019 1:33:06 PM

LAPORANTAHUNANINSTITUT KUALITI & PENGEMBANGAN ILMU

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 3 22/4/2019 1:33:06 PM

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 4 22/4/2019 1:33:06 PM

Sida

ng R

edak

si

PenaungYBhg. Profesor Dr. Hajah Roziah Mohd JanorPenolong Naib Canselor InQKA

PenasihatDr. Rasidah HamidKetua Komunikasi dan Pengembangan Ilmu

Pereka GrafikPuan Noor Sazila Md SaripEncik Muhamad Zanjabil Mat Janum

FotoEncik M. Tuah Samsudin

Edaran

Penghargaan

Encik Nik Kamran Nik Kob

Terima kasih diucapkan kepada semua unit yangmemberikan kerjasama menyalurkan sumberberita dan gambar yang telah dimuatkan dalamLaporan Tahunan InQKA 2018

EditorPuan Siti Norul’Ain Mohd AziziPenolong Pendaftar KananPuan Noor Azmah ZuberPenolong Pendaftar

InstitutKualiti danPengembangan Ilmu

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 5 22/4/2019 1:33:06 PM

5

KANDUNGAN

Bab 1 Pendahuluan...................................................................................................................7

Bab 2 Aktiviti Kualiti...................................................................................................................7

Bab 3 Sistem Kualiti Universiti....................................................................................................9

Bab 4 Kecemerlangan Operasi...............................................................................................9

Bab 5 Web Media dan Media Sosial.....................................................................................11 5.1 Pengurusan Laman Web Universiti.............................................................................11 5.2 Media Sosial Rasmi UiTM..............................................................................................11

Bab 6 Penarafan Universiti......................................................................................................13 6.1 Pencapaian Penarafan...............................................................................................13 6.2 14 QS Apple Conference and Exhibition..................................................................14

Bab 7 Jaminan Kualiti Dalaman (IQA).................................................................................15 7.1 Akreditasi Program.......................................................................................................15 7.2 Penilaian Kendiri (COPIA).............................................................................................16

Bab 8 Inovasi dan Kreativiti....................................................................................................17 8.1 Pencapaian Utama KIK UiTM......................................................................................17 8.2 Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM)...................................................................................18 8.3 KIK Peringkat IPTA.........................................................................................................18 8.4 Konvensyen KIK Peringkat Zon UiTM...........................................................................18 8.5 Konvensyen KIK Peringkat UiTM..................................................................................19

Bab 9 Penilaian Kecemerlangan...........................................................................................21 9.1 Keputusan AKNC 2018.................................................................................................22

Bab 10 Penutup..........................................................................................................................25

TH

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 6 22/4/2019 1:33:06 PM

7

BAB 1 PENDAHULUAN

Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) bertanggungjawab ke atas perihal kualiti di Universiti Teknologi MARA. Sebagai pusat pengurusan kualiti, InQKA mengurus serta menjadi pemangkin kepada aktiviti berkaitan kualiti yang dijalankan bukan sahaja di peringkat kampus induk dan fakulti di Shah Alam, waima di peringkat cawangan serta kampus-kampus satelitnya, demi memastikan kepatuhan keseluruhan universiti kepada i) Code of Practice for Institutional Audit (COPIA), ii) Code of Practice for Programme Accreditation (COPPA), iii) ketetapan badan-badan profesional serta iv) keperluan ISO 9001.

Meneruskan legasi jaminan kualiti, InQKA kekal bertindak sebagai penyelaras utama atau sekretariat universiti bagi urusan audit Pensijilan ISO9001:2015 di peringkat korporat oleh badan pensijilan LRQA; menyelaras urusan penganugerahan kualiti di peringkat universiti iaitu Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) dan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), di samping meneruskan lain-lain portfolio berkaitan kualiti. Selepas mendapat status Swaakreditasi pada 2017, tahun 2018 melihat pergerakan yang aktif dijalankan oleh pihak InQKA dalam memastikan setiap proses berkaitan dijayakan. Selaras dengan perubahan tersebut, InQKA kini memberi fokus kepada pengurusan akreditasi program disamping meneruskan fokus kepada beberapa projek Headline KPI universiti yang bertujuan untuk i) menambahbaik proses di peringkat operasi bagi seluruh sistem UiTM melalui projek Operational Excellence (OE), ii) meningkatkan reputasi UiTM menerusi inisiatif Penarafan Universiti (QS dan THE), dan iii) Inisiatif ketampakan UiTM dipentas digitalisasi global menerusi Pemantapan Web Media UiTM.

BAB 2 AKTIVTI KUALITI

Selaras dengan pemantapan tadbir urus UiTM di bawah program Trans4U peranan InQKA sebagai pusat kualiti universiti telah berjaya menguruskan aktiviti-aktiviti yang menjamin tadbir urus kualiti.

Sepanjang tahun 2018 sebanyak 157 aktiviti berbentuk bengkel/ latihan/ taklimat telah diadakan yang telah dimanfaatkan oleh seramai 3,275 orang warga UiTM dari pelbagai peringkat. Program-program yang telah diadakan merentasi kesemua fungsi utama InQKA iaitu sistem kualiti dan kecemerlangan operasi, jaminan kualiti dalaman, inovasi dan kreativiti, penarafan universiti, pengembangan ilmu, pengurusan web media universiti dan kecemerlangan kualiti di jabatan masing-masing.

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 7 22/4/2019 1:33:06 PM

8

Rajah 1: Bilangan Peserta Program Anjuran InQKA

InQKA juga telah menganjurkan Forum Penyatuan Ilmu: Kemajuan Sejagat pada 11 Julai 2018 yang melibatkan 4 orang panel dari bidang Perundangan, Pengurusan, Agama Islam dan Sains & Teknologi iaitu YBhg. Prof. Dato’ Dr. Rahmat Mohamad, YBhg. Prof. Dr. Saadiah Mohamad, YBhg. Prof. Dr. Muhamad Rahimi Osman dan YBhg. Prof. Dr. Ahmad Sazali Hamzah. Forum ini dikendalikan oleh Penolong Naib Canselor InQKA selaku Moderator Forum. Seramai 76 orang peserta telah mengikuti forum tersebut.

Selain dari aktiviti yang melibatkan warga UiTM, InQKA juga semakin dirujuk oleh agensi serta institusi pengajian tinggi lain melalui lawatan penandaarasan. Sepanjang tahun 2018 InQKA telah menerima lawatan penandaarasan seperti yang tertera di Jadual 1.

60

668

218

365

119

109

619

181

7

380

474

45

3

99

34

139.3

2214

65

2921

60 59

20

20

40

60

80

100

120

140

160

0

100

200

300

400

500

600

700

800

JUM

LAH

JAM

LAT

IHAN

JUM

LAH

PESE

RTA

BULAN

BIL. PESERTA JUM. JAM LATIHAN

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 8 22/4/2019 1:33:07 PM

9

Jadual 1: Senarai Lawatan/ Penandaarasan ke InQKA

BAB 3 SISTEM KUALITI UNIVERSITI

Pada 5 April 2018 UiTM telah diaudit oleh LRQA dimana UiTM telah mendapat pensijilan audit ISO 9001:2015 di bawah skop Pengurusan Korporat Universiti Awam.

Pada tahun 2018, InQKA telah giat menjalankan kursus yang berkaitan seperti Kursus Lead Assessor ISO 9001:2015 yang telah dihadiri seramai 13 orang, Kursus Awareness to ISO 9001:2015 dimana program ini telah diadakan 2 siri dan turut dihadiri seramai 110 orang. Kursus Audit Dalam ISO 9001:2015 juga telah diadakan sebanyak 4 siri dengan kehadiran seramai 90 orang peserta. Selaras dengan kursus Audit Dalam kursus SePADU juga telah diadakan sebanyak 2 siri dan kehadirannya seramai 50 orang.

BAB 4 KECEMERLANGAN OPERASI

Projek Kecemerlangan Operasi (OE) telah dimulakan pada bulan Jun 2016. Unit Sistem Kualiti & Kecemerlangan Operasi, InQKA telah diberi mandat untuk merancang, melaksana dan memantau projek yang melibatkan seluruh UiTM. Kesinambungan daripada pelbagai aktiviti utama pada tahun 2016 termasuk pembentukan pasukan pelatih OE di PTJ yang terlibat, pembangunan sistem Online Process Improvement Register (OPIR) serta sesi latihan yang telah diadakan, tahun 2018 menyaksikan PTJ telah mengambil pendekatan ‘DMAIC’ Six Sigma untuk mengenalpasti dan merekod proses untuk penambahbaikan, mengukur prestasi proses semasa, menambahbaik proses, mengukur keberkesanan proses yang ditambahbaik, dan akhir sekali melaksana proses yang ditambahbaik. Sebanyak 257 tambahan proses didaftarkan di dalam OPIR dan 67% proses telah ditambahbaik dengan jayanya oleh PTJ.

Penggunaan sistem OPIR diperluaskan dengan penambahan menu bagi membolehkan PTJ mengemaskini dan memasukkan maklumat penjimatan yang diperolehi setelah penambahbaikan proses dilaksanakan. Bengkel OPIR dilaksanakan pada bulan April 2018 dan seramai 110 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Unit Kualiti dan OE Trainer telah menghadiri bengkel tersebut.

BIL

1.

2.

AKTIVITI

Lawatan Penandaarasan oleh Bahagian Dasar danKecemerlangan Akademik, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Lawatan Penandaarasan oleh Universiti Teknologi Petronas(UTP)

6 Ogos 2018

30 Ogos 2018

TARIKH

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 9 22/4/2019 1:33:07 PM

10

Bagi menilai keberkesanan proses yang ditambahbaik, Bengkel Penilaian Proses Kerja telah diadakan pada 7 September 2018 yang melibatkan seramai empat (4) orang panel penilai. Senarai pendek proses yang menunjukkan kadar penjimatan yang memberangsangkan telah dipilih dan dibawa kepada Naib Canselor UiTM untuk dibuat penilaian akhir dan pemilihan proses yang layak menerima Anugerah Kecemerlangan Operasi 2018 mengikut kategori Akademik, Pentadbiran dan Kewangan.

Penganjuran Simposium Kecemerlangan Operasi pada 15 Oktober 2018 merupakan penghargaan ke atas penglibatan semua pihak sepanjang projek kecemerlangan operasi dijalankan mulai dari Jun 2018. Di samping itu, simposium yang dianjurkan juga merupakan perkongsian ilmu kepada PTJ tentang penambahbaikan proses kerja yang telah dilaksanakan serta membudayakan kecemerlangan operasi di seluruh universiti. Seramai 150 orang peserta telah menghadiri simposium ini yang bakal menjadi acara tahunan UiTM.

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 10 22/4/2019 1:33:07 PM

11

BAB 5 WEB MEDIA DAN MEDIA SOSIAL

Unit Web Media di bawah pengurusan InQKA terus cemerlang melalui pelbagai inisiatif ketampakan UiTM di pentas digitalisasi global.

BAB 5.2 MEDIA SOSIAL RASMI UiTM

Unit Web Media, InQKA juga bertanggungjawab menguruskan media sosial rasmi UiTM. Pada tahun 2018, pengurusan media sosial rasmi UiTM telah dilaksanakan dengan lebih mantap dari tahun sebelumnya melalui segmen sedia ada seperti yang tersenarai di Jadual 2.

BAB 5.1 PENGURUSAN LAMAN WEB UiTM

Unit Web Media sentiasa komited untuk membuat penambahbaikan kepada laman web UiTM bagi memastikan ia sentiasa terkini, relevan dan menjadi gerbang penyebaran maklumat universiti. Sepanjang tahun 2018 Unit Web Media telah menerbitkan 823 berita dan acara di UiTM News Hub. Penambahbaikan juga telah dilaksanakan seperti berikut:

1. Mobile Apps Android telah dilancarkan pada awal 2018 khusus untuk UiTM News Hub. Manakala untuk iOS ianya dijangka siap pada Disember 2018.

2. Manual Penyediaan Elemen dalam Laman Web UiTM (untuk Banner) telah berjaya disediakan.3. Terdapat juga prosidur muat naik artikel / berita ke UiTM News juga telah berjaya disediakan oleh

Unit Web Media.4. Penambahbaikan yang dibuat di dalam media sosial telah menghasilkan pencapaian sangat

memberangsangkan di mana jumlah Likers di media sosial telah meningkat – Twitter dari 7,789 pada Januari 2018 menjadi 18,526 pada Disember 2018 menjadikan peningkatan 237.84%, Facebook pula dari 52,385 likes pada Januari 2018 meningkat kepada 71,656 likes pada Disember 2018 (136.78%) dan seterusnya di Instagram dari 5,590 likes pada Januari 2018 meningkat menjadi 14,349 pada Disember yang mempamerkan peningkatan sebanyak 256.69%.

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 11 22/4/2019 1:33:07 PM

12

Jadual 2: Senarai Segmen Di Media Sosial Rasmi UiTM

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 12 22/4/2019 1:33:07 PM

13

BAB 6 PENARAFAN UNIVERSITI

InQKA merupakan bahagian yang diberi mandat untuk mengurus kompilasi data dari beberapa jabatan penting untuk dikemaskini, dimuat naik, dilapor dan dipantau pencapaian keputusan penarafan universiti oleh badan-badan penarafan. Badan-badan penarafan yang dimaksudkan adalah penarafan QS (QS World University Ranking, QS Asian University Ranking, QS World University Ranking By Subject, QS Star Rating), penarafan Times Higher Education (THE World University Ranking dan THE World University Ranking By Subject), penarafan SETARA.

Penarafan universiti ini juga adalah merupakan salah satu Headline KPI untuk semua universiti seperti yang ditetapkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi, Malaysia. Bagi mencapai tujuan ini, Projek Transformasi UiTM (Trans4U) – Penarafan Universiti telah mensasarkan kedudukan UiTM untuk setiap badan penarafan sehingga tahun 2018. Pihak InQKA juga bertanggungjawab membantu Pusat-pusat Tanggungjawab untuk membina strategi bagi mencapai sasaran tersebut.

BAB 6.1 PENCAPAIAN PENARAFAN

Keputusan QS By Subject bagi tahun 2018 telah menunjukkan UiTM memperolehi 12 subjek disenaraikan berbanding 13 subjek untuk tahun 2017 dan 5 subjek bagi tahun 2016.

Rajah2: Pencapaian Penarafan Universiti

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 13 22/4/2019 1:33:07 PM

14

BAB 6.2 14 QS APPLE CONFERENCE AND EXHIBITION

14 QS Apple Conference and Exhibition (QS-APPLE) anjuran QS Asia telah diadakan di Chung Ang University, Seoul, Korea pada 20 hingga 23 November 2018. Ini merupakan tahun ke-3 UiTM menyertai konferensi berkenaan dengan penyertaan delegasi seramai enam (6) orang. Selain terlibat dengan pameran sepanjang program, UiTM juga telah menghantar penyertaan dalam pertandingan Creative Awards yang dipertandingkan iaitu i) Best International Print Advertisement ii) Most Creative Corporate Institution Video iii) Best International Student Recruitment Brochure iv) Best International Website Page dan v) Most Creative Exhibition Booth.

Pada tahun 2018 UiTM meraih anugerah Perak bagi pertandingan Best International Print Advertisement.

Rajah 3: Delegasi UiTM Menerima Anugerah Perak Bagi Pertandingan Best International Print Adverstisement

TH

TH

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 14 22/4/2019 1:33:08 PM

15

BAB 7 JAMINAN KUALITI DALAMAN (IQA)

Pada tahun 2018 IQA meneruskan lagi proses pengiktirafan yang berkaitan iaitu Akreditasi Sementara, Akreditasi Penuh, Deemed Accreditation dan Semakan Kurikulum. IQA juga menguruskan Audit Penilaian Luar di Fakulti dan Kampus Cawangan UiTM.

BAB 7.1 AKREDITASI PROGRAM

Sepanjang tahun 2018 IQA telah meneruskan aktiviti yang berkaitan akreditasi untuk program-program di dalam UiTM.

Jadual 3: Jadual Penilaian Akreditasi Program UiTM

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 15 22/4/2019 1:33:08 PM

16

BAB 7.2 PENILAIAN KENDIRI (COPIA)

Penilaian Luar (External Review) InQKA kini di berada di kitaran keempat bagi tempoh 2017 - 2019. Di dalam kitaran ini, verifikasi ke atas penemuan ERR2 (External Review Report Cycle 3) dibuat termasuk penemuan ERR2 (External Review Report Cycle 2) yang masih tertangguh. Verifikasi terhadap tindakan yang diambil dikategori mengikut status: Resolved, Unresolved dan Action in Progress. Skop penilaian pula adalah pelaksanaan dan keberkesanan sistem jaminan kualiti pusat akademik dalam memenuhi keperluan COPIA serta pelaksanaan dan penyelenggaraan berterusan serta keberkesanan Sistem Pengurusan Kualiti selaras dengan keperluan ISO9001:2008 seperti yang dinyatakan di dalam manual kualiti pusat akademik.

Sepanjang tahun 2018 sebanyak 17 pusat akademik telah dinilai. Hasil penilaian tersebut mendapati sistem jaminan kualiti di pusat akademik di UiTM masih kekal dan kukuh.

Jadual 4: Jadual Penilaian Luar Kitaran 4 (Tahun 2018)

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 16 22/4/2019 1:33:08 PM

BAB 8 INOVASI DAN KREATIVITI

InQKA bertanggungjawab sebagai koordinator utama atau sekretariat kepada UiTM bagi mengawal selia hal ehwal pengurusan dan pelaksanaan aktiviti inovasi dan kreativiti. Ini termasuk KIK di peringkat universiti, kebangsaan mahupun antarabangsa.

KIK Horizon Baharu telah mula digerakkan di UiTM seiring dengan Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun 2016, “Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif” yang telah dijadikan asas rujukan utama bagi memantapkan pembudayaan inovasi dan kreativiti di UiTM menerusi aktiviti-aktiviti KIK. Garis panduan ini memberi tumpuan kepada penciptaan nilai, penambahan nilai, pengurangan kos, perkhidmatan yang memenuhi aspirasi dan harapan rakyat serta berimpak tinggi seperti mana yang diharapkan oleh Kerajaan Malaysia.

17

BAB 8.1 PENCAPAIAN UTAMA KIK UiTM

Tahun 2018 menyaksikan KIK UiTM menyumbangkan pencapaian yang amat membanggakan. Kejayaan yang diperoleh melibatkan kumpulan IK yang telah diiktiraf di dalam dan luar negara. Pencapaian tersebut adalah seperti yang tersenarai di Jadual 5.

Jadual 5: Pencapaian KIK UiTM diperingkat nasional dan antarabangsa.

KUMPULAN/STAF PENCAPAIANKumpulan ImVative (UiTM Cwg Kelantan Kampus Machang)

Kumpulan Akal(UiTM Cawangan Perlis)

Kumpulan ImVative (UiTM Cwg Kelantan Kampus Machang)

Kumpulan I-Team (PTAR)Kumpulan B-PIT (UiTM Cwg Kedah)Kumpulan EMO (UiTM Cwg Sarawak)

Tempat ke-2 Kategori Pengurusan KIK Universiti Awam di Universiti Malaya

Anugerah Inovasi Terbaik (Kategori Teknikal) KIK Universiti Awam di Universiti Malaya

Platinum Award di Temu Karya Mutu & Produktivitas Nasional XXII (TKMPN) & IQPC 2018, Batam, Indonesia

Gold Award di Temu Karya Mutu & Produktivitas Nasional XXII (TKMPN) & IQPC 2018, Batam, Indonesia

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 17 22/4/2019 1:33:08 PM

18

BAB 8.2 JURNAL INOVASI MALAYSIA (JURIM)

Pada tahun 2018 InQKA telah menerbitkan Jurnal Inovasi Malaysia (JURIM). JURIM adalah sebuah jurnal inovasi yang komited terhadap percambahan ide kreatif dan inovatif melalui projek-projek yang telah dipertandingkan di Konvensyen KIK ataupun mana-mana pertandingan inovasi samada dalam mahupun luar negara. Jurnal ini menerbitkan hasil inovasi bagi bidang sosial, inovasi pengurusan serta inovasi pengajaran dan pembelajaran. Jurnal ini diterbitkan sebanyak dua (2) kali setahun. Pada tahun 2018, dua (2) edisi JURIM telah diterbitkan iaitu Edisi 01, Isu 02 pada Mei 2018 dan Edisi 02, Isu 01 pada November 2018.

BAB 8.3 KIK PERINGKAT IPTA

Sebanyak tiga (3) kumpulan IK telah terpilih untuk mewakili UiTM ke Konvensyen KIK peringkat Universiti Awam 2018. Kumpulan-kumpulan ini merupakan antara kumpulan IK terbaik yang telah berjaya dalam Konvensyen KIK peringkat UiTM tahun 2017. Berikut merupakan pencapaian kumpulan yang bertanding:

Jadual 6: Pencapaian KIK UiTM di Konvensyen KIK Peringkat Universiti Awam 2018

BAB 8.4 KONVENSYEN KIK PERINGKAT ZON UiTM

Projek-projek KIK yang baharu dihasilkan pada tahun 2018 telah dipertandingkan diperingkat Zon.

Jadual 7: Jadual Penganjuran KIK Peringkat Zon UiTM

KUMPULANIM-VATIVECivTEXAKAL

KAMPUSUiTM CAWANGAN KELANTANUiTM CAWANGAN PAHANGUiTM CAWANGAN PERLIS

EMASPERAKPERAK

PENARAFAN

BIL1.2.3.4.5.6.7.

ZONSARAWAKSABAHUTARATIMURSELATANTENGAHPERINGKAT UiTM

28 OGOS 2018 UiTM CWG SARAWAKEN. MOHAMAD FARIZAN JAMIL29 OGOS 2018 UiTM CWG SABAHPN. SAIRAH SAIEN26-27 SEPT 201819-20 SEPT 20181-2 OKT 20183 OKT 201827-29 NOV 2018

UiTM CWG PERLISUiTM CWG PAHANGUiTM CWG JOHORFKAUiTM CWG PULAU PINANG

EN. ZULKIFLI ASWANEN. NIK HAZLAN NIK HASHIMPN. MUNIRAH ZAKARIAPN. SITI NURULHUDA MOHD IMRANDR. AHMAD SUFIAN ABDULLAH

TARIKH PTJPENYELARAS

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 18 22/4/2019 1:33:08 PM

19

BAB 8.5 KONVENSYEN KIK PERINGKAT UiTM

Konvensyen KIK Peringkat UiTM tahun 2018 telah diadakan pada 4 hingga 5 Disember 2018 di Hotel Exora, Pulau Pinang dan dianjurkan oleh UiTM Cawangan Pulau Pinang. Konvensyen ini telah dirasmikan oleh Penolong Naib Canselor, Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA) dan disertai oleh kumpulan-kumpulan IK yang telah berjaya melepasi konvensyen di peringkat Zon (Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah, Sabah dan Sarawak). Penyertaan sebanyak 21 kumpulan dipertandingkan.

Jadual 8: Keputusan Konvensyen KIK Peringkat UiTM

BIL

1.

6.

7.

8.9.

12.

17.

20.

10.

11.

18.

13.

14.

15.

19.

16.

2.

3.

4.

5.

KUMPULAN PTJ

ACRe

AKAR

BEAKER

DIAMOND D4

EZY FSKM JESSELTON

FBM EAST COAST

FITRAH

I-COPQR TEAM

CEREBRO

PA2U

UK5

RISING STARS

SMOKE BUSTERS

TEGUH

CRAGGY

KOLEJEN

NAVIGATOR

TIARAS

NSJ VENTURES

UiTM CWG PERAK

UiTM CWG JOHOR

UiTM CWG PERLIS

UiTM CWG PULAU PINANG

UiTM CWG SABAH

UiTM CWG TERENGGANU

UiTM CWG PAHANGUiTM CWG PAHANG

UiTM CWG PAHANG

UiTM CWG KEDAH

UiTM CWG SABAH

UiTM CWG KELANTAN & PPA MACHANG

PRIMER

PRIMER

PRIMER

PRIMER

PRIMER

PRIMER

HIBRID

PRIMERPRIMER

PRIMER

PRIMER

PRIMER

PRIMER

PRIMER

PRIMER

PRIMER

PRIMER

PRIMER

PRIMER

HIBRID

EMAS

EMAS

EMAS

EMAS

EMAS

EMAS

EMAS

EMASEMAS

PERAK

PERAK

PERAK

EMAS

EMAS

EMAS

PERAK

PERAK

PERAK

PERAK

PERAK

E-VOS (Electronic Validation of Submission)

ComprESs (Comprehensive Examination Slips)

Smart Edutainment

EzySTAT2SPSSMoney Wise Personal Cash Flow Simulation Module (MoneyWise)

Modul Fitrah Suci

Student Registration System (SRS)Manual Kawalan Penggunaan Elektrik

Handmeds Sock

Sistem ePA

Smartreel Reusable Tape

Figure it out! (Game Board Box)

Blue Ribbon Star with Tobacco Free Iniotiatives

e-Rekod (Sistem Perkhidmatan Pengisian & P’hantaran Borang Kolej secara Elektronik)

i-RAS (Revolution on Assessment for Student Monitoring System)Smart College Registration System (SKOre SYSTEM)Sistem Latihan Pengurusan Staf (i-BOYA)

Phlebo - Tourniquet Support

Mobile Filing Management System (dgDocSPACE)

I-TEAS

KATEGORI PENARAFAN PRODUK INOVASI

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM SHAH ALAMFAKULTI PERUBATAN, UiTM KAMPUS SUNGAI BULOH

UNIT PENG. KOLEJ & HEP, UiTM PUNCAK ALAM

UiTM CWG PULAU PINANG

UiTM CWG SARAWAK

UiTM CWG JOHOR

FAKULTI PERUBATAN, UiTM KAMPUS SG. BULOH

UiTM CWG N. SEMBILAN, JOHOR & MPPD

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 19 22/4/2019 1:33:08 PM

20

Seiring dengan pengenalan KIK Horizon Baharu dan penekanan UiTM dalam penglibatan di dalam Revolusi Industri 4.0, maka tema ‘Inovasi Merentas Horizon’ telah diangkat menelusuri Konvensyen KIK kali ini.

Jadual 9: Senarai Penarafan Konvensyen KIK Peringkat UiTM

BIL

1.2.3.

9.10.11.12.

13.

20.

19.

16.

14.

17.

18.

21.

15.

4.5.6.

7.

8.

ANUGERAH PEMENANG

JohanKeduaKetiga

Anugerah Dokumentasi TerbaikAnugerah Persembahan Terbaik

Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif BerpotensiAnugerah Penjimatan Kos TerbaikAnugerah Penjanaan Pendapatan Sebenar TerbaikAnugerah Kumpulan Istiqamah

Anugerah Pembentang Lelaki TerbaikAnugerah Pembentang Wanita Terbaik

Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Sosial

Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi P & P

Anugerah KIK HIBRID Terbaik Bidang Inovasi Pengurusan (Kategori Penciptaan)

Anugerah KIK PRIMER Terbaik Inovasi Pengurusan

Anugerah KIK PRIMER Terbaik Bidang Inovasi Sosial (Kategori Penciptaan)

Anugerah KIK PRIMER Terbaik Bidang Inovasi Pengurusan (Kategori Penciptaan)Anugerah KIK PRIMER Terbaik Bidang Inovasi Pengurusan (Kategori Penambahbaikan)

Anugerah KIK PRIMER Terbaik Bidang Inovasi P & P (Kategori Penciptaan)

Anugerah KIK HIBRID Terbaik Bidang Inovasi Sosial (Kategori Penambahbaikan)

Anugerah Fasilitator Terbaik

BEAKERACRe

AZY FSKM JESSELTONSMOKE BUSTERSNSJ VENTURES

CRAGGY

EN. AZMIL BIN MANPN. SUHAILY MAIZAN BT ABDUL MANAFSMOKE BUSTERS

RISING STAR

NSJ VENTURES

DIAMOND D4

AKAR

BEAKER

I-COP

FBM EAST COAST

FITRAH

EN. AL-BAKRI BIN MOHAMAD@AHMAD

RISING STAR

ACReAKAR

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 20 22/4/2019 1:33:08 PM

BAB 9 PENILAIAN KECEMERLANGAN

Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) telah mula diperkenalkan sejak tahun 1994. Pada awalnya, hanya 12 anugerah sahaja dipertandingkan. Akan tetapi, jumlah anugerah yang dipertandingkan telah berubah dari tahun ke tahun, sesuai dengan tumpuan dan pendekatan kualiti yang dirancang.

Amnya, anugerah kecemerlangan ini diperkenalkan untuk memberi pengiktirafan kepada gerakan kualiti yang menyeluruh khususnya di kalangan warga dan jabatan UiTM sendiri. Ringkasnya, anugerah ini merupakan satu penghargaan kepada jabatan dan warganya yang berusaha kearah kecemerlangan dan membudayakan pengurusan yang berkualiti.

Walau bagaimanapun, memenangi anugerah semata-mata bukan matlamat penganugerahan. Menambahbaik pengurusan dari masa ke semasa dan mengamalkan budaya kualiti menyeluruh akan secara tidak langsung meningkatkan nilai dan kualiti kerja yang berterusan.

Selaras dengan semangat untuk meningkatkan nilai dan kualiti kerja warga universiti secara berterusan, skop pelaporan Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) telah ditambahbaik. Pada tahun 2018, skop pelaporan telah difokuskan kepada bidang tumpuan yang lebih spesifik dan pusat tanggung jawab harus melaporkan aktiviti yang dijalankan dan pencapaian prestasi bagi tahun 2018 mengikut kepada perancangan strategik bagi bidang tumpuan yang dipilih.

Rajah 4: Perubahan Bidang Tumpuan Bagi Pelaporan AKNC 2018

Penambahbaikan AKNC 2018 turut melibatkan pertambahan jumlah anugerah yang dipertandingkan. Selain dari anugerah mengikut Kategori (Fakulti/Cawangan/ Bahagian) yang telah dipertandingkan pada tahun 2017, satu (1) anugerah tambahan telah diperkenalkan di bawah Anugerah Mengikut Bidang Tumpuan.

21

AKNC 2017 AKNC 2018

Mengikut Skop Mengikut Skop1. Pengajaran & Pembelajaran2. Penyelidikan & Penerbitan3. Jaringan Industri4. Jaringan Alumni5. Penyampaian Perkhidmatan6. Inovasi dan Pengkomersilan7. Pembangunan Staf8. Pembangunan Pelajar

1 Pengajaran & Pembelajaran2. Penyelidikan, Penerbitan & Pengkomersilan3. Jaringan Industri & Keusahawanan4. Jaringan Alumni Komuniti & Kesukarelawan5. Penyampaian Perkhidmatan6. Pengurusan & Pembangunan Staf7. Pengurusan & Pembangunan Pelajar8. Pengurusan Kewangan

9. Pengurusan Fasiliti & Teknologi

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 21 22/4/2019 1:33:08 PM

22

BAB 9.1 KEPUTUSAN AKNC 2018

AKNC 2018 telah disertai oleh 44 Pusat Tanggung Jawab (PTJ). Sesi penilaian laporan AKNC telah dilaksanakan secara bersepadu oleh panel penilai yang terlatih pada 1 hingga 4 Oktober 2018. Keputusan penilaian ini kemudiannya dibentangkan kepada Naib Canselor UiTM bagi memutuskan PTJ yang akan ke sesi pembentangan akhir finalis AKNC 2018. Pembentangan akhir finalis AKNC 2018 telah diadakan pada 13 Disember 2018 dengan dipengerusikan oleh Naib Canselor UiTM sendiri. Keputusan AKNC 2018 merupakan keputusan dari kedua-dua penilaian tersebut. Senarai pemenang AKNC 2018 adalah seperti berikut:

ANUGERAH PEMENANG

1. Mengikut Skop Pelaporan

2. Mengikut Kriteria

3. Pemenang Kategori Kampus Negeri

1.1 Pengajaran & Pembelajaran

2.1 Kepimpinan

3.1 Juara

1.2 Penyelidikan, Penerbitan & Pengkomersilan

2.2 Perancangan Strategik

3.2 Naib Juara

1.3 Jaringan Industri & Keusahawanan

2.3 Tumpuan Kepada Pelanggan

3.3 Tempat Ketiga

1.4 Jaringan Alumni, Komuniti & Kesukarelwanan

2.4 Pengukuran, Analisa & Pengurusan Pengetahuan

1.5 Penyampaian Perkhidmatan

2.5 Tumpuan Kepada Sumber Manusia

1.6 Pengurusan & Pembangunan Staf

2.6 Tumpuan Kepada Operasi

1.7 Pengurusan & Pembangunan Pelajar

2.7 Hasil

1.8 Pengurusan Kewangan

1.9 Pengurusan Fasiliti & Teknologi

Fakulti Kejuruteraan Kimia

Fakulti Perakaunan

UiTM Cawangan Pahang

Fakulti Sains Gunaan

UiTM Cawangan Johor

UiTM Cawangan Sarawak

UiTM Cawangan Johor

UiTM Cawangan Johor

UiTM Cawangan Negeri Sembilan

UiTM Cawangan Kelantan

Fakulti Sains Gunaan

Perpustakaan Tun Abdul Razak

Fakulti Perakaunan

Pejabat Pendaftar

UiTM Cawangan Johor

Fakulti Perakaunan

Fakulti Perakaunan

Tiada Pemenang

UiTM Cawangan Selangor

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 22 22/4/2019 1:33:08 PM

Jadual 10: Keputusan AKNC 2018

23

ANUGERAH PEMENANG

4. Pemenang Kategori Fakulti

5. Pemenang Kategori Bahagian/Pusat/Unit

6. Pembentangan Terbaik

7. Pemenang Keseluruhan AKNC 2018

4.1 Juara

5.1 Juara

6.1 Pembentangan Terbaik

7.1 Juara Keseluruhan

4.2 Naib Juara

5.2 Naib Juara

4.3 Tempat Ketiga

5.3 Tempat Ketiga

Fakulti Perakaunan

Perpustakaan Tun Abdul Razak

Pejabat Pendaftar

Fakulti Perakaunan

Fakulti Sains Gunaan

Pejabat Pendaftar

Fakulti Perubatan

Bahagian Hal Ehwal Pelajar

Rajah 5: Pemenang AKNC 2018 Kategori Bahagian/Pusat/Unit

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 23 22/4/2019 1:33:09 PM

24

Rajah 6: Pemenang AKNC 2018 Kategori Kampus Cawangan

Rajah 7: Pemenang AKNC 2018 Kategori Fakulti

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 24 22/4/2019 1:33:09 PM

Rajah 8: Juara Keseluruhan AKNC 2018

BAB 10 PENUTUP

InQKA mempunyai 41 orang staf yang terdiri daripada seorang Penolong Naib Canselor, 4 orang Resident Reviewer, 3 orang Pengarah, 7 orang Ketua, 4 orang Koordinator dan 22 orang Staf Pentadbiran. Semua pengurusan aktiviti yang telah dirancang pada akhir tahun 2017 dilaksanakan dengan berpandukan kepada Kalendar Aktiviti InQKA 2018. Kalendar Aktiviti InQKA merupakan arahan kerja kepada semua staf InQKA dan membolehkan mereka bertindak dengan proaktif dalam memastikan kejayaan sesuatu aktiviti yang dirancang. InQKA telah turut mengamalkan perkongsian Doa Pagi oleh Penolong Naib Canselor InQKA melalui aplikasi WhatsApp yang bertujuan untuk memupuk nilai-nilai murni di kalangan warga InQKA. Ini diperkukuhkan lagi dengan pelaksanaan program-program yang mengukuhkan semangat keserakanan di kalangan warga InQKA seperti program Majlis Berbuka Puasa, Majlis Khatam Al-Quran, Majlis Jamuan Hari Raya, Majlis Sambutan Hari Kelahiran Staf dan Program Perancangan Strategik InQKA.

Secara keseluruhan tahun 2018, InQKA berjaya menguruskan bajet dengan baik (perbelanjaan hampir 100% daripada bajet yang diperuntukan) dalam melaksanakan 157 aktiviti yang dirancang dengan purata tahap kepuasan keseluruhan program anjuran InQKA pada 95%. Kesemua aktiviti InQKA adalah inisiatif yang terbit atau boleh dipetakan kepada sebelas agenda RMK11 UiTM dan teras pada Pelan Perancangan Pendidikan Malaysia (Pengajian Tinggi).

25

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 25 22/4/2019 1:33:09 PM

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 26 22/4/2019 1:33:09 PM

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 27 22/4/2019 1:33:09 PM

Institut Kualiti dan Pembangunan Ilmu (InQKA)Aras 5, Blok A, Bangunan Akademik 2, 40450, Shah Alam, Selangor

Tel: +603 5543 5702 Faks: +603 5543 5721http://inqka.uitm.edu.my/

InstitutKualiti danPengembangan Ilmu

Laporan Tahunan InQKA 2018.indd 28 22/4/2019 1:33:33 PM