edisi 4/5 - bomba · khemah mangsa >membuat perawatan >membawa mangsa ke penamat. dari segi...

8
EDISI 4/5

Upload: others

Post on 01-Feb-2021

27 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • EDISI

    4/5

  • ‘ASPEC CHALLENGE’

    Cabaran pada hari kedua dimulakan dengan pertandingan

    ‘ASPEC CHALLENGE’ (Asas Pertolongan Cemas), Pertandingan

    ini melibatkan 16 kontinjen dan terbahagi kepada kategori

    kadet lelaki dan kadet perempuan.

    Pertandingan ini diadili oleh 9 orang pegawai bomba yang

    diketuai oleh PKPgB Hasmadi Bin Jusoh.

    Dalam pertandingan ini peserta kadet diberi set bahan

    perawatan terdiri daripada ‘gauze’ (kain kasa), kain anduh,

    pengusung (stretcher) dan beg rawatan.

    Peserta kadet akan diberi senario masalah mangsa yang

    diletakkan di dalam khemah, gerak kerja kadet adalah:

    > Lapor > Memeriksa peralatan yang disediakan > Bergerak ke

    khemah mangsa >Membuat perawatan >Membawa mangsa ke

    penamat.

    Dari segi permarkahan kadet akan dinilai dari segi:

    > Ketetapan tempoh masa (13 minit) > Penggunaan peralatan

    yang betul >Arahan > Cara membawa mangsa (gunakan

    pengusung) > Tidak selimutkan mangsa > Tiada komunikasi

    dengan mangsa > Berat mangsa tidak mengikut syarat.

    Pertandingan ini telah berlangsung secara 2 sesi iaitu pagi

    sehingga 12:30 tengahari seterusnya memberi laluan kepada

    peserta kadet untuk menunaikan solat jumaat. Manakala sesi

    petang sehingga selesai pada jam 16:00 petang.

  • Acara kawad operasi berhalangan

    telah dijalankan serentak dengan 2

    sesi iaitu ikatan dan simpulan dan

    ‘aspec challenge’.

    Dalam pertandingan ini, kekuatan

    fizikal dan mental diuji dengan

    keadaan cuaca panas di tengah

    padang bola sepak POLIMAS.

    Kawad ini berisiko dari kawad

    biasa kerana peserta kadet perlu

    melalui halangan yang disediakan

    pihak teknikal seperti benteng

    pasir dan halangan tayar, jarak

    bagi peserta kadet untuk kadet

    untuk membentangkan hos juga

    menguji peserta kadet dimana

    mereka perlu membentangkan

    hos sejauh 400 kaki melalui

    halangan yang disediakan.

    Pelbagai ragam dapat dilihat

    sepanjang acara ini dijalankan.

    Halangan dan jarak acara ini

    Berjaya di atasi oleh ke semua

    peserta kadet dengan bantuan

    sepasukan dari rakan kadet.

    Acara ini mula dipertandingkan

    pada jam 08.00 pagi dan berakhir

    pada jam 12.00 tengahari.

    PERTANDINGAN KAWAD OPERASI BERHALANGAN LELAKI DAN PEREMPUAN

  • Setiap negeri akan diwakili 1 platun dengan keanggotaan seramai 8

    peserta iaitu 4 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Masa

    pertandingan sepenuhnya bagi setiap pasukan adalah 10 minit. Setiap

    peserta hanya dibenarkan membuat satu tugasan bagi Steysen 1 hingga

    Steysen 4. Semua peserta dikehendaki menjawab Kuiz di Steysen 5.

    GERAK KERJA

    Ketua Pasukan melaporkan kepada Ketua Pengadil, seterusnya semua

    peserta dikehendaki bergerak ke stesyen masing-masing. Setiap peserta

    pertandingan akan diberikan kelengkapan tali dan tugasan.

    Pertandingan dilaksanakan dalam 5 stesyen:-

    1. Stesyen 1 – Peralatan

    - Peserta dikehendaki melaksanakan tugasan ikatan membawa

    peralatan.

    2. Stesyen 2 – Sambungan

    - Peserta dikehendaki melaksanakan tugasan penyambungan tali.

    3. Stesyen 3 – Simpulan

    - Peserta dikehendaki melaksanakan tugasan membuat simpulan tali.

    4. Stesyen 4 – Menyelamat

    - Peserta dikehendaki melaksanakan tugasan membuat ikatan

    menyelamat.

    5. Stesyen 5 – Kuiz

    - Semua peserta dikehendaki menjawab lima soalan kuiz.

    Bagi steysen Satu hingga steysen Empat peserta dikehendaki melaksanakan

    tugasan secara serentak (2 peserta setiap stesyen).

    Bagi setiap stesyen, 2 tugasan diberikan secara serentak berdasarkan

    undian.

  • 21 April 2018 – Sesi kedua untuk Pertandingan Kebudayaan bermula pada jam 09.00 malam bertempat di Dewan Sri Mas, POLIMAS, Jitra Kedah. Sebanyak 6 pasukan lagi dari pelbagai negeri turut serta dalam pertandingan ini. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat berpasukan, menunjukkan bakat yang terpendam di kalangan peserta dan melahirkan generasi yang berkebolehan dan kreatif. Seramai 7 orang juri dari Kementerian Pendidikan Malaysia telah dilantik untuk mengadili

    pertandingan ini. Turut menyempurnakan majlis ini adalah Timbalan Pengarah, JBPM Negeri Kedah PKPjB Mohd Zahar Bin Abdullah dan beliau juga menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. Majlis bersurai pada jam 12.00 tengahmalam. Pihak penganjur mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemenang pertandingan Anugerah Khas Malam Gala.

    JBPM Pulau Pinang Juara Pertandingan Kebudayaan

    Malam Gala 1. JBPM Negeri Pulau Pinang 2. JBPM Negeri Kelantan 3. JBPM Negeri Sembilan

    Koreografi Terbaik :

    Kadet Bomba - Aiman Afiq Bin Ismail JBPM Wilayah Persekutuan Labuan

    Ringkasan Koreografi :

    Tarian menggabungkan elemen kaum sarawak melayu zapin dan joget serta penutup tarian malaysia truly asia yang menggambarkan pelbagai kaum, budaya dan bangsa dalam malaysia

    Busana Terbaik :

    JBPM Negeri Kelantan

    Pelakon Terbaik :

    Kadet Bomba - Muhamad Amirul Naim Bin Amiruddin (Penjual Durian) JBPM Negeri Pulau Pinang

    Skrip Terbaik : Cikgu Awaluddin Bin Mohamad JBPM Negeri Pulau Pinang

    Keputusan Penuh Pertandingan Kebudayaan

  • ©Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

    Jalan Tun Razak, 05200 Alor Setar , Kedah Darul Aman

    Peserta kadet lelaki diingatkan tidak melalui jalan pintas bersebelahan khemah kadet wanita berdekatan ‘sick bay’. *Sila gunakan laluan pejalan kaki berbumbung yang telah disediakan. Kesemua guru pengiring dan peserta kadet, jawatankuasa perkhemahan dinasihatkan untuk SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN di kawasan POLIMAS. Makan-minum : Para peserta kadet dikehendaki untuk membasuh pinggan dan gelas selepas menggunakannya. Bilik mandi/tandas: Para peserta kadet hendaklah memastikan tiada sisa makanan ditinggalkan dan sampah perlu dimasukkan ke dalam tong sampah yang disediakan di kawasan sekitar. Larangan Merokok: Dilarang merokok di dalam bangunan POLIMAS

    STATISTIK KES YANG DITERIMA OLEH EMRS - 20 APRIL 2018

    NEGERI JANTINA BIL

    JOHOR PEREMPUAN 5

    NEGERI SEMBILAN LELAKI 1

    KEDAH LELAKI 2

    PAHANG LELAKI 1

    JUMLAH KES KESELURUHAN 9