edisi 2009

12
EDISI 2009 www.moh.gov.my hkulim.moh.gov.my

Upload: nguyentram

Post on 12-Jan-2017

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Edisi 2009

E D I S I 2 0 0 9

www.moh.gov.my

hkulim.moh.gov.my

Page 2: Edisi 2009

PENAUNG

Dr. Asmayani bt. Khalib

PENASIHAT

Dr. Azrinah bt. Azuar

EDITOR

Khamarrudin Tajul Abidin

PENGARANG

Haji Kamal Haji Mohamad Pn. Rohani Mohd Nor Pn. Campu Inu Pn. Rosniza Abdul Hamid Pn. Noorhaslinda Kamis En. Zaiful Zariman Zainol En. Wan Azrin Shah Wan Adnan En. Giritharan Krishnasamy En. Ismail Mat Asik

GRAFIK & REKABENTUK

Pn. Harzie Suhaila Ahmad

JURUGAMBAR

Cik Anis Fariza Che Harun

Assalammualaikum,

Syabas & tahniah kepada anggota kerja Hospital Kulim terutama sekali Jawatankuasa Buletin kerana telah berjaya mengumpulkan aktiviti-aktiviti penting bagi penerbitan Buletin Sinaran Hospital Kulim bagi tahun 2009. Walaupun pelbagai halangan dan rintangan yang telah kita tempuhi seperti Pandemik Influenza A(H1N1), wabak Denggi dan Chikungunya, namun kita tidak patah semangat dan tetap bekerjasama mengembeleng tenaga untuk menerbitkan satu buletin untuk tahun 2009. Tahun ini, Buletin Sinaran tidak akan dicetak seperti tahun-tahun yang lalu tetapi akan dimuatkan ke dalam laman web Hospital Kulim. Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada semua anggota kerja Hospital Kulim untuk membacanya mengikut kelapangan masa masing-masing. Selain daripada itu, orang-orang awam yang melayari laman web Hospital Kulim juga dapat membacanya untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan di Hospital Kulim. Dalam kesibukan menjalankan tugas seharian, saya berharap semua warga kerja tidak melupakan ikrar budaya korporat yang telah kita lafazkan pada awal tahun 2009 iaitu “KAMI SEDIA MEMBANTU”“KAMI SEDIA MEMBANTU”“KAMI SEDIA MEMBANTU”“KAMI SEDIA MEMBANTU”. . . . Adalah harapan saya agar semua anggota kerja Hospital Kulim dapat membudayakan budaya “KAMI SEDIA MEMBANTU” ini. Akhir kata, sumbangan bakti keringat dan usaha demi meningkatkan kualiti dan produktiviti anggota kerja Hospital Kulim adalah sangat dihargai dan saya berharap usaha murni ini diteruskan bagi meningkatkan lagi nama Hospital Kulim di peringkat negeri mahupun kebangsaan. Sekali lagi, tahniah saya ucapkan.

Dari Meja Pengarah

Syukur kepada Tuhan Buletin Sinaran Hospital Kulim Tahun 2009 telah dapat diterbitkan dengan jayanya sebagai wacana pencetus semangat kepada seluruh warga kerja Hospital Kulim untuk terus gigih berusaha menyumbang khidmat bakti kepada masyarakat. Bak kata pepatah, “Yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang” begitulah masih jauh perjalanan dan pelbagai cabaran yang perlu ditempuh untuk mencapai kegemilangan. Kejayaan tidak akan tiba tanpa sebarang usaha. Justeru kita harus sentiasa berusaha dalam mengejar matlamat yang disasarkan pada tahun 2010 ini. Jutaan tahniah dan penghargaan kepada semua ahli Sidang Redaksi dalam merealisasikan penerbitan buletin pada tahun ini. Semoga edisi kali ini dapat memberi aspirasi untuk kita bersama. Editor.

Buletin

1

2

3

4

5-6

7

8

9

10

Sekapur Sirih

Pentadbiran

Takwim Latihan

Gemilang

Sana-Sini

Personaliti

Cergas

Celik Minda

Santai

Tatapan Edisi Ini

Page 3: Edisi 2009

NO NAMA JAWATAN KENAIKAN PANGKAT KE JAWATAN

PENEMPATAN

1 Yanti Binti Mhd Yusof Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41

Pegawai Teknologi Maklumat Gred F44

Dari Jabatan Perkhidmatan Awam ke Hospital Kulim

2 Ramlah Bt. Ismail Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29

Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U32

Dikekalkan di Hospital Kulim

3 Mariam Binti chin Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29

Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U32

Dari Hospital Sungai Petani ke Hospital Kulim

4 Tu Win a/l Endin Sui Pembantu Tadbir Gred N17

Pembantu Tadbir Gred N22

Dikekalkan di Hospital Kulim

5 Santa Devi a/p Govindan Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12

Dikekalkan di Hospital Kulim

6 Hamidah Bibi Bt. Munawar Hussain

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12

Dari Pergigian Kulim ke Hospital Kulim

7 Hawa Bt Ahmad Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12

Dikekalkan di Hospital Kulim

8 Rosina Bt. Md. Saad Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12

Dikekalkan di Hospital Kulim

9 Latipah Bt. Ahmad Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12

Dikekalkan di Hospital Kulim

10 Saadah Bt. Mad Noor Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U3

Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U12

Dari Pejabat Kesihatan Daerah ke Hospital Kulim

11 Munusamy a/l Kondaiah Pemandu Kenderaan Gred R3

Pemandu Kenderaan Gred R6

Dikekalkan di Hosppital

NO NAMA JAWATAN MULA PERKHIDMATAN

TAMAT PERKHIDMATAN

1 Haji Othman Bin Yaacob

Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U36

01.10.1976 29.03.2009

2 Halimah Bt Mahmud Jururawat Gred U32

07.03.1983 15.05.2009

3 Khadijah Bt. Mat Din Jururawat Gred U32

02.05.1976 27.11.2009

4 Mustafa Bin Md Ros Juruteknologi Makmal Perubatan Gred U29

01.07.1975 18.05.2009

5 Loh Kooi See Jururawat Gred U29

01.02.1978 06.05.2009

6 Khalilah Binti Ahmad Jururawat Gred U29

20.01.1984 01.12.2009

7 Mazenah Bt Che Man Jururawat Gred U29

04.11.1978 15.05.2009

8 Norlia Binti Awang Jururawat Gred U29

15.09.1978 07.04.2009

9 Rahmah Binti Ahmad Jururawat Gred U29

02.05.1976 15.05.2009

10 Norlili Binti Asaad Jururawat Gred U29

04.11.1978 08.03.2009

11 Shaharom Bt Ahmad Penolong Jururawat Gred U14

01.11.1971 21.12.2009

“Usaha Itu Tangga Kejayaan”. Itulah yang telah dibuktikan oleh

beberapa warga kerja Hospital Kulim apabila usaha dan perkhidmatan cemerlang yang mereka curahkan telah diiktiraf dan diberikan kenaikan pangkat. Sehubungan itu, pihak Hospital Kulim mengucapkan tahniah diatas kejayaan mereka dan mengharapkan perkhidmatan yang cemerlang diteruskan di tahun mendatang. Tidak lupa juga bagi yang telah bersara, pihak Hospital Kulim merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih di atas segala bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan.

Buletin

Page 4: Edisi 2009

JAN FEB

MAC APR

MEI JUN

JULAI OGOS

SEPT OKT

NOV DIS

25/1/2009

KELAS PENDIDIKAN DARAH TINGGI DAN JANTUNG 31/1/2009

PROGRAM KESIHATAN PAYUDARA

5/3/09

KURSUS MENTORSHIP 15-17/3/09

KURSUS BUDAYA KORPORAT,NILAI MURNI & INTERAKSI BERKESAN

11/5/09

KURSUS TATACARA PENGURUSAN ASET 24/5/09

KEMPEN DERMA ORGAN

4/7/09

BENGKEL THALASSEMIA 15/7/09

BENGKEL NURSING PROCESS

28-30/9/09

KEMPEN CARA HIDUP SIHAT 13/10/09

KURSUS PEMANTAPAN & KEMAHIRAN KEJURURAWATAN

3-4/11/09

KURSUS PENGUKUHAN SOFT SKILL 5/11/09

KURSUS DOKUMENTASI PROSES KEJURURAWATAN

2/2/09

SEMINAR ALATAN PERUBATAN 8/2/09

KURSUS DALAM PERKHIDMATAN

25/3/09

MEDICAL UP-DATE 2 26/3/09

LATIHAN BENCANA

22/5/09

KURSUS PANDEMIK INFLUENZA 2/09 17/6/09

KURSUS PEMANTAPAN KEMAHIRAN JURURAWAT

21/7/09

BASIC ECG FOR PARAMEDIC 2/8/09

SEMINAR JANTUNG HOSPITAL KULIM

14-15/10/09

KURSUS PRE HOSPITAL CARE 25-27/10/09

KURSUS PENGURUSAN LAKTASI

15/2/09

KELAS PENDIDIKAN DIABETES 17/2/09

KURSUS CPR

2/4/09

KURSUS SAJIAN 7/4/09

BENGKEL EPISIOTOMY

24/6/09

SURGICAL UP-DATE

3/8/09

KURSUS CPR KLINIKAL 18/08/09

KURSUS NEEDLE STICK INJURY

28/10/09

KURSUS PENGURUSAN WAD

22/2/09

KELAS PENDIDIKAN DARAH TINGGI DAN JANTUNG 24/2/09

MEDICAL UP-DATE 1

8-9/04/09

KURSUS PENGUKUHAN SOFT SKILL 15/4/09

KURSUS PENGURUSAN WAD

25/2/09

KURSUS ORIENTASI 22/4/09

KURSUS PANDEMIK INFLUENZA 1/09 23/4/09

KURSUS STRESS DI TEMPAT KERJA

28/4/09

KURSUS PENGURUSAN DEMAM DENGGI

Mata adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai kepada manusia. Diabetik Retinopati adalah merupakan salah satu komplikasi Diabetis Mellitus yang mana boleh menyebabkan kebutaan. Kebiasaannya pada peringkat awal ia tidak mempunyai apa-apa tanda. Adalah disarankan pesakit diabetis menjalani pemeriksaan mata sekurang-kurangnya sekali setahun. Hospital Kulim turut menyediakan pemeriksaan saringan Diabetik Retinopati, menggunakan kamera fundus untuk memeriksa mata pesakit. Pesakit akan dipantau secara rutin dan bagi pesakit yang memerlukan rawatan lanjut, mereka akan dirujuk ke Klinik Mata Hospital Sultan Abdul Halim. Mata adalah anugerah Tuhan yang paling bermakna kerana tanpanya maka gelaplah dunia kita. Oleh itu, jagalah mata anda dengan sempurna.

Diabetic Maculopathy

Proliferative

Diabetic Retinopathy

Pendarahan akibat

Diabetik Retinopati

Retina normal

Info SIHAT

Buletin

Page 5: Edisi 2009

Hospital Kulim merupakan salah sebuah hospital yang disegani di Negeri Kedah. Ini telah terbukti apabila Hospital Kulim telah memenangi beberapa anugerah kualiti dan inovasi di peringkat Negeri Kedah bagi tahun 2009. Hospital Kulim juga telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Anugerah Kualiti dan Inovasi Peringkat Negeri Kedah yang telah diadakan pada 16 Julai 2009.

i) Anugerah Terbaik Keseluruhan ii) Anugerah Kualiti Perkhidmatan Kaunter iii) Pengurusan Kewangan

i) Pertandingan Anugerah BMI Unggul ii) Pertandingan Klinikal Audit Bahagian Kepakaran Dan Sokongan

i) Pertandingan Pengurusan Stor Dapur ii) Pertandingan Laman Web

i) Anugerah Kualiti Perkhidmatan Kaunter

i) Pertandingan Laman Web

Tindakan ke arah perlaksanaan Sistem HACCP 1) Pelancaran Manual PRP (Pre Requisite Program) peringkat hospital-hospital Negeri Kedah 2) Proses penilaian dan kemaskini berterusan terhadap Manual PRP 3) Melengkapkan infrastruktur dan peralatan secara berterusan supaya dapat memenuhi keperluan sistem 4) Penerangan kepada pembekal terhadap keperluan sistem. 5) Latihan anggota jabatan secara berterusan

KE ARAH PERLAKSANAAN SISTEM HACCP DI HOSPITAL KULIM

Tujuan Memberi keyakinan bahawa segala langkah kawalan telah diambil bagi memastikan produk makanan yang dihasilkan adalah selamat untuk dimakan HACCP merupakan singkatan

kepada 'Hazard Analysis and Critical Control Point' atau ‘Analisis Bahaya

dan Titik Kawalan Kritikal’. Ia merupakan suatu sistem

pengurusan kualiti makanan yang menilai kemungkinan bahaya

berlaku terhadap sesuatu produk makanan dan mengambil

langkah-langkah kawalan terhadap peringkat-peringkat kritikal

penghasilan/penyediaan makanan

PENCAPAIAN ANUGERAH

KUALITI & INOVASI 2009

Buletin

Page 6: Edisi 2009

Kursus Pengurusan Pandemik Influenza 22 April 2009

Lawatan dari Hospital Queen Elizabeth Sabah 12 Ogos 2009

Kempen Kesedaran Prostat 25 Okt 2009

Hari Bersama Pelanggan 23 Mac 2009

Latihan Bencana 26 Mac 2009

Jamuan Perayaan 1Malaysia 3 Disember 2009

Buletin

Page 7: Edisi 2009

Bengkel Thalassemia 4 Julai 2009

Kempen Derma Darah

5 Julai 2009

Sambutan AidilAdha 29 Nov 2009

Kempen Kesedaran Derma Organ 6 Nov 2009

Kursus Pengurusan Stress

23 April 2009

Buletin

Page 8: Edisi 2009

Tarikh Lahir : 15 Januari 1953 (57 Tahun) Tempat Lahir : Sg. Dua , Butterworth Status : Berkahwin dan mempunyai 5 orang anak Pendidikan : 1. Sultan Yusof English Primary School, Batu Gajah, Perak 2. Sekolah Menengah Sultan Yusof, Batu Gajah, Perak Melanjutkan pelajaran ke Kolej Pembantu Perubatan Seremban, Negeri Sembilan

� Pembantu Perubatan U8 Hospital Pekan, Pahang. � Pembantu Perubatan U8 Hospital Alor Setar, Kedah.

� Pembantu Perubatan U8 Hospital Sik, Kedah. � Bertugas dengan Tabung Haji di Tanah Suci Mekah selama 4 kali (Tahun 1984, 1985, 1987 dan 1988). � Mendapat surat kepujian atas kecemerlangan beliau bertugas di Tanah Suci dari Ex-Director Anti Corruption di Mekah pada Tahun 1989. � Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 1989 dan 1993 � Dinaikkan pangkat ke Penolong Pegawai Perubatan U32 pada tahun 1998.

� Penolong Pegawai Perubatan U32 Hospital Kulim. � Mendapat Pingat Cemerlang Kedah (PCK) dari Sultan Kedah pada 21 Januari 2007. � Mendapat Pingat Pangkuan Negara (PPN) dari Yang Di Pertuan Agong pada 2 Mei 2007. � Dinaikkan pangkat ke Penyelia Hospital Kulim pada 18 Jun 2007.

Jan 1976 - Feb 1986

Pe

rkh

idm

ata

n

Mac 1986 – Jun 2005 Julai 2005 hingga kini

Pro

fil

DR AZRI BIN FIKRY@FICKRY

DR ISMALIZA

BINTI ISMAIL DR DOROTHY D’ANNE

SENDANASAMY

DR NAFISAH BINTI ABDUL HAMID

University of Auckland

05.03.2009

Universitas Brawijaya

821213-07-5304

Universitas Udayana

Universitas Padjadjaran

830912-02-5642

831110-10-5047

820416-10-5724

05.03.2009 05.03.2009

05.03.2009

Buletin

Page 9: Edisi 2009

Kelab Sukan Hospital Kulim Kelab Sukan Hospital Kulim Kelab Sukan Hospital Kulim Kelab Sukan Hospital Kulim telah menganjurkan beberapa aktiviti sukan sepanjang tahun 2009. Di antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Liga Bola Sepak, Liga Bola Tampar, Liga Ping Pong Tertutup, Liga Badminton, Pertandingan Sepak Takraw Tertutup dan Pertandingan Boling Peringkat JKN.

Buletin

Page 10: Edisi 2009

KEBAIKAN (Jika diambil tidak lebih dari 3 cawan/hari) � � � � Meningkatkan kecerdasan minda dan konsentrasi. � � � � Melegakan serangan asma ringan dan sederhana. Ini adalah disebabkan kopi (dan teh) mengandungi Theophylline , sejenis bahan yang bertindak meregangkan otot bronkial. � � � � Boleh mempercepatkan tindakan aspirin bagi melegakan sakit kepala jika diambil bersama secawan kopi. � � � � Menurut satu kajian yang telah dijalankan didapati pengambilan kopi 3 cawan sehari boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit Alzheimer . � � � � Boleh meningkatkan prestasi para atlet jika diambil 1 jam sebelum acara sukan.

KEBURUKAN (Jika minum berlebihan sehari) � � � � Boleh menyebabkan terjadinya ‘ Overdose Theophylline ’ bagi pesakit yang dalam rawatan dengan Theophylline . � � � � Boleh mencetuskan sakit kepala/ migrain jika diambil berlebihan (bagi mereka yang sensitif terhadap kafein). � � � � Menyebabkan insomnia jika di ambil pada lewat petang. � � � � Meransang penghasilan adrenalin yang boleh menyebabkan denyutan jantung menjadi laju atau ‘Arrhythmia’ . Tidak digalakkan pengambilan kopi ke atas mereka yang mempunyai masalah jantung. � � � � Boleh menyebabkan pedih hati (heart burn) disebabkan kafein dalam kopi boleh meningkatkan penghasilan jus gastrik dalam perut. � � � � Boleh menyebabkan tremor dan anxiety .

� � � � Boleh menaikkan tekanan darah (jangka pendek).

� � � � Boleh mengurangkan penyerapan kalsium dengan meningkatkan pembuangan kalsium dalam air kencing dan najis.

Paras kalsium yang rendah di dalam badan boleh meningkatkan risiko mendapat darah tinggi.

Coklat boleh mengurangkan depresi kerana ianya mengandungi Phenyl Ethylamine (PEA) yang boleh meransang penghasilan endorphine , sejenis hormon yang mengawal ‘ mood ’ @ antidepressant semulajadi.

Menurut satu kajian yang telah dijalankan, didapati mereka yang mengambil sarapan pagi lebih berjaya dalam usaha menurunkan berat badan berbanding dengan mereka yang tidak mengambil sarapan pagi.

Bagi anda yang menghidap penyakit Gout , anda tidak digalakkan untuk makan sayur asparagus. Ini adalah disebabkan sayur asparagus mengandungi banyak purin, sejenis bahan yang akan meransang penghasilan asid urik. Paras asid urik yang tinggi boleh menyebabkan pesakit gout mengalami sakit di bahagian sendi.

Buletin

Page 11: Edisi 2009

Sayur-sayuran adalah kaya dengan sumber vitamin dan serat yang sangat diperlukan oleh tubuh kita. Bagi ibu-ibu yang mempunyai anak-anak yang tidak gemar atau tidak makan sayur bolehlah mencuba resepi ini.

Bahan-bahan 300gm daging tanpa lemak 10 -12 batang sawi (termasuk daun) 3 biji cili merah (sedang) yang dibuang isi dalam dan biji ½ inci halia 3 labu bawang merah/1 labu bawang besar (sedang) 2 ulas bawang putih Garam dan gula secukup rasa 2 sudu besar kicap masin 2 sudu besar kicap manis ½ cawan air Sedikit minyak untuk menumis Cara menyediakan bahan Daging dicincang halus dan diperapkan dengan 1 sudu besar kicap masin. Cili, bawang merah, bawang putih dan halia dikisar halus Sayur sawi dihiris halus (2cm)

Cara memasak Panaskan kuali dan masukkan minyak Bila minyak sudah panas, masukkan bahan yang dikisar dan ditumis sehingga wangi (api besar). Masukkan daging yang telah dicincang dan gaulkan sehingga rata Masukkan 1 sudu besar kicap masin dan 2 sudu besar kicap manis dan gaulkan sehingga rata Masukkan air, gaulkan dan tutup masakan dengan tudung kuali dan biarkan selama 3 minit pada api kecil (supaya daging empuk). Boleh tambah air sekiranya terlalu kering. Masukkan sayur dan masak sehingga sayur layu (ikut citarasa). Masukkan garam secukup rasa. Untuk hiasan, bolehlah taburkan hirisan cili dan daun sup/bawang *Enak dimakan bersama roti atau roti pita. Selamat mencuba.

Bahan-bahan ( 1 org ) 1/2 biji bawang besar dihiris 2 ulas bawang putih dihiris 4 keping cendawan dipotong 1 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 1 pinggan nasi putih 1 biji telur Lada sulah dan garam secukup rasa Minyak untuk menumis 100 gm udang atau ayam dipotong dadu Cili api ikut pedas (dipotong halus)

Cara-cara Tumis kedua-dua jenis bawang. Bila sudah garing, masukkan udang/ayam dan gorengkan lagi selama beberapa minit. Masukkan sos tiram dan cendawan. Kacau lagi dan masukkan kicap dan cili api. Masukkan telur, kacau untuk ratakan telur dan masukkan nasi. Lengkapkn rasa dengan lada sulah dan garam. Padamkan api dan hidang segera.

Selamat mencuba.

Sebaik mengambil tempat duduk di ruang menunggu di sebuah klinik, Pemuda A terpandang Pemuda B sedang menangis teresak-esak. Pemuda A segera mendekati Pemuda B. Pemuda A: "Kenapa menangis?" Pemuda B: "Saya datang untuk ujian darah!!!“ Pemuda A: "Awak takut ke?“ Pemuda B: "Bukan itu sebabnya, ketika ujian darah dijalankan mereka terpotong jari saya!" Mendengar penjelasan Pemuda B, Pemuda A pula menangis. Pemuda B: "Eh...ehh....kenapa pula awak menangis?“ Pemuda A: "Saya datang ni untuk ujian air kencing!“

Dalam satu perbicaraan kes bunuh, seorang doktor yang mengesahkan kematian mangsa dipanggil sebagai saksi. Peguam : "Sebelum awak menandatangani surat kematian, adakah awak memeriksa denyutan nadi mangsa?“ Doktor : "Tidak." Peguam : "Denyutan jantungnya, awak periksa?“ Doktor : "Tidak.“ Peguam : "Pernafasannya?“ Doktor : "Tidak." Peguam : "Jadi, ketika menandatangani surat kematian itu, awak tidak pasti lagi lelaki berkenaan masih bernafas atau tidak?“ Doktor : "Saya tandatangani surat itu selepas melihat otak mangsa di atas meja di bilik saya, adakah itu belum cukup untuk pastikan mangsa sudah mati?!!!“

Dam!!!! Pintu pejabat sebuah hospital dihempas. Seorang doktor muda kelam-kabut dan menggelabah masuk untuk berjumpa doktor senior. Doktor senior: “Eh…… kenapa ni??” Doktor muda: (Termengah-mengah memberitahu). “Saya dah buat silap masa isi borang kematian pesakit. Matilah saya macam ni.........” Doktor senior: “Silap macam mana pulak?” Doktor muda: “Saya tertulis nama saya pada ruangan Punca Kematian!!!”

LIHAT OTAKLIHAT OTAKLIHAT OTAKLIHAT OTAK

CUIT SIKITCUIT SIKITCUIT SIKITCUIT SIKIT

DOKTOR MUDADOKTOR MUDADOKTOR MUDADOKTOR MUDA

POTONGPOTONGPOTONGPOTONG

Buletin

Page 12: Edisi 2009

Hakcipta Segala kandungan informasi, teks, imej, grafik, media dan segala yang terpapar dalam Buletin Sinaran Hospital Kulim 2009 adalah terpelihara hakciptanya dan dimiliki sepenuhnya oleh Hospital Kulim kecuali jika diberitahu. Tiada sebarang komponen di dalam buletin ini boleh diubah, disalin, diedar, dipapar, ditulis, disiar, dilesen, dijual atau dikomersialkan walau apa cara sekalipun tanpa terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada pihak Hospital Kulim. Penafian Hospital Kulim tidak bertanggungjawab di atas segala kecederaan, kerosakan mahupun kerugian hasil daripada penggunaan sebarang kandungan informasi yang didapati daripada Buletin Sinaran Hospital Kulim 2009.

HOSPITAL KULIM

Jalan Mahang

09000 Kulim

Kedah Darul Aman

Tel : 04 - 427 2733

Faks: 04 - 490 0760

hkulim.moh.gov.my