bil 12 / 2009 edisi disember103.8.163.254/document/upload/zi9ux1ojo4wysg6x7aiwce2sbxbwyl9m.pdf ·...

16
Bil 12 / 2009 Edisi DISEMBER Bil 12 / 2009 Edisi DISEMBER Lahir Usahawan Peladang Progresif Mee Mat Salleh Penguasaan Ilmu Dan Teknologi Terkini Memajukan Sektor Pertanian Penyampaian Perkhidmatan Berkualiti Pertubuhan Peladang * * * * Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Upload: vuongnguyet

Post on 07-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Bil 12 / 2009 Edisi DISEMBERBil 12 / 2009 Edisi DISEMBER

Lahir Usahawan Peladang ProgresifMee Mat SallehPenguasaan Ilmu Dan Teknologi Terkini Memajukan Sektor PertanianPenyampaian Perkhidmatan Berkualiti Pertubuhan Peladang

***

*

Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

2 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 3

Oleh : Shahzunizam B Zulkafli ( Ibu Pejabat LPP)

LAHIR USAHAWAN PELADANG PROGRESIF

Tag Line “Lahir Peladang Progresif ” adalah dilahirkan melalui sinonim huruf LPP itu

sendiri. Ini berdasarkan kepada peranan Pertubuhan Peladang Kawasan sebagai servis provider yang memberikan perkhidmatan kepada ahli PPK dan seterusnya menjadikan mereka sebagai Peladang Progresif. Tag Line adalah lambang kejayaan Lembaga Pertubuhan Peladang di dalam menjadikan masyarakat Peladang yang berdaya saing. Ini juga melahirkan lebih ramai usahawan peladang yang berjaya dalam bidang pertanian.

Anugerah Pertubuhan Peladang Lahir Usahawan Peladang Progresif telah diperkenalkan pada tahun 2009. Anugerah bertujuan memberi pengiktirafan kepada PPK yang telah banyak melahirkan usahawan-usahawan yang mampu

bersaing didalam industri pertanian yang kian mencabar di dalam melahirkan usahawan yang benar-benar berpotensi. Selaras dengan seruan kerajaan bagi meningkatkan pengeluaran makanan Negara.

PPK telah mengambil inisiatif dengan membantu ahli-ahli mendapatkan kemudahan pinjaman Program Pembangunan Usahawan Peladang (PUP) daripada Lembaga Pertubuhan Peladang. Matlamat utama program ini adalah membantu kerajaan mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) iaitu ke arah menjadikan mereka peladang usahawan moden yang progresif, mampu menguruskan ladang dengan cekap dan berorentasikan pasaran. Ini juga dapat melahirkan

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

peladang yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan, berpengetahuan dan berkemahiran menggunakan teknologi moden dalam proses pengeluaran produk yang berkualiti, kompetitif dan inovatif.

Untuk tahun 2009 yang pertama kalinya, Anugerah ini telah dimenangi oleh Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sri Kerdau, Pahang. PPK Sri Kerdau telah di tubuhkan pada 12 oktober 1974. Diketuai oleh Encik Abd Razak bin Kasim sebagai Pengurus Besar dan dibantu oleh 6 orang kakitangan lantikan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan 4 orang kakitangan PPK.

Projek ini dimulakan pada tahun 1980 di sepanjang Sungai Pahang dan Sungai Semantan. Sebanyak 400 sangkar telah dibina bagi ternakan ikan patin dan tilapia serta 4 buah kolam dan 100 kanvas untuk ternakan ikan keli. Projek ini yang melibatkan 42 orang usahawan. Modal ini

diperolehi daripada peruntukan Usahawan Peladang dan peruntukan Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) yang bermodalkan RM 1 juta lebih yang di salurkan melalui LPP dan pejabat daerah. Selain itu, peruntukan adalah daripada Parlimen Kuala Krau dan Jabatan Perikanan. Bagi memudahkan usahawan untuk mendapat bekalan input, PPK Sri Kerdau juga membekalkan benih dan makanan ikan dengan nilai jualan berjumlah RM 600,000.00 bagi tahun 2008.

Selain daripada ternakan ikan dalam sangkar, PPK Sri Kerdau Juga mempunyai 31 usahawan dibawah bimbingan PPK yang menternak lembu dan kerbau sebanyak 11 orang, ternakan ayam kampong seramai 16 orang, ternakan kambing 2 orang dan itik telur 2 orang. Ini melibatkan modal sebanyak RM 1.5 juta yang diagihkan dari pelbagai sumber. Kesemua usahawan di berikan kursus atau latihan yang bersesuai bagi

2 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 3

4 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 5

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

salai dan pekasam. Kesemua projek ini melibatkan 36 orang usahawan. Nilai jualan produk dan perkhidmatan ini telah mececah RM 800 ribu.

Selain itu, PPK Sri Kerdau juga melahirkan usahawan tanaman yang menjalankan pelbagai projek seperti tanaman pisang, nangka madu, betik, limau nipis, salak, jagung, sayuran dan juga tapak semaian benih nangka madu. Benih nangka ini adalah untuk pasaran tempatan dan PPK diseluruh Malaysia. Dianggarkan lebih 50 hektar tanah telah dibangunkan untuk projek-projek tanaman ini dengan penglibatan 28 orang usahawan.

Kesemua projek-projek yang ada di PPK Sri Kerdau, diusahakan oleh usahawannya sendiri dan dipantau oleh pengurusan PPK Sri Kerdau dan juga daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani. Sehingga tahun

membolehkan mereka meningkatkan pengetahuan di bidang ternakan. Antara kursus yang dihadiri oleh usahawan-usahawan ini ialah kursus ternakan ayam kampong, itik telur dan lembu feedlott bagi memberi pendedahan kepada penternak. PPK juga telah membawa usahawan-usahawan ini melihat dengan lebih dekat lagi projek-projek yang telah berjaya yang di kelolai oleh Pertubuhan Peladang dan pihak swasta.

PPK Sri Kerdau juga berbangga kerana mereka juga mempunyai usahawan Perusahaan Pemprosesan Makanan (IKS) serta perkhidmatan seperti pemasaran, khidmat traktor, lori dan sebagainya. Produk-produk yang dapat di hasilkan oleh usahawan IKS adalah terdiri daripada kerepek pisang/ubi, cili sos. Kueh - mueh, barang-barang kraftangan, telur masin, daging salai, ikan sungai

4 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 5

2009, sebanyak RM 153,000 telah diluluskan bagi membantu usahawan membangunkan projek di PPK Sri Kerdau di bawah program PUP.

Harapan Pengurusan PPK Sri Kerdau adalah untuk melihat usahawan-usahawan ini terus berjaya. Ini adalah berdasarkan kepada potensi yang besar di dalam industri ternakan ikan dalam sangkar khasnya ikan patin. Ikan –ikan ini mendapat permintaan tinggi dari pemborong-pemborong disekitar Negeri Pahang dan juga di negeri-negeri lain. Hanya yang perlu ditingkatkan adalah dari segi pengeluaran untuk pasaran luar. Ini terbukti bahawa Negeri Pahang adalah pengeluar ikan patin

yang bermutu dan popular. Tidak kurang pula daripada industri tanaman nangka madunya yang kian berkembang.

Diatas kegigihan usahawan Pertubuhan Peladang Kawasan Sri Kerdau menjalankan pelbagai projek pertanian, PPK Sri Kerdau telah dipilih sebagai Pemenang Anugerah Pertubuhan Peladang Lahir Usahawan Peladang Progresif 2009 yang telah berlangsung di Ibu Pejabat Lembaga Pertubuhan Peladang, Pusat Bandar Damansara Pada 19 November 2009.

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

6 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 7

Oleh: Safari bin Abd Hamid ( Ibu Pejabat LPP)

Pada masa dahulu mee kuning dianggap salah

satu makanan kegemaran untuk orang cina.

Tanggapan itu telah berubah kerana orang melayu

sudah mula mengemari mee kuning dan mengetahui

cara-cara membuat mee kuning.

Terdapat berbagai jenis mee, diantaranya

Mi telur Asia, juga dikenali sebagai ‘mie telor’

dalam bahasa Indonesia, ‘ba mee’ dalam bahasa

Thai, Spätzle (selatan Jerman), Tăiţei (Romania)

Mi selofan atau mi kaca, bihun dan banyak lagi.

Mee mat salleh adalah salah satu antara

jenama produk yang di keluarkan oleh ahli dan

juga usahawan dari Pertubuhan Peladang kawasan

Labuan Utara. Projek ini diusahakan oleh Encik

Mat Salleh bin Ali yang berasal dari Kampung Bukit

Kuda, Wilayah Persekutuan Labuan. Beliau adalah

salah seorang ahli PPK yang kini memulakan projek

pemprosesan mee kuning Kampung Bukit Kuda.

Projek ini bemula pada bulan Mei 2005 lagi

dibawah pembiayaan Projek Usahawan Peladang

(PUP) sebanyak RM 15,500.00. Bengkel yang di

bina di atas tapak seluas 20 kaki x 30 kaki yang

dijadikan tempat ia menjalankan pemprosesan mee

kuning. Beliau juga mempunyai 2 orang pekerja

yang diambil untuk membantu menjalankan tugas-

tugas dan rutin harian.

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

MEE MAT SALLEH

6 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 7

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

Sebagai ahli PPK Labuan Utara, Encik Mat

Salleh bin Ali amat menitik berat tentang kebersihan

bagi menjalankan projek mee kuning. Beliau

senantiasa mengikut kaedah Good Manufacturing

Practice (GMP) walaupun tidak mempunyai sijil

tersebut. Justeru itu beliau memohon kepada

Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) untuk

memberi kursus yang berkaitan dengan GMP bagi

membolehkan projek ini terus berkembang. Beliau

juga menerima khidmat nasihat daripada LPP,

FAMA, Agro Bank dan Jabatan Pertanian yang

telah banyak membantu terutamanya Pegawai LPP

dan PPK yang senantiasa mengambil berat tentang

projek mee kuning ini.

Bagi mendalami ilmu pemprosesan mee

kuning ini, beliau telah menghadiri beberapa

kursus yang di jalankan oleh PPK, diantaranya ialah

kursus pembungkusan makanan ringan, kursus

bio-teknologi, kursus perakaunan projek dan

kursus pengaktifan unit peladang. Semua ini adalah

untuk projek yang dijalankan bagi mengukuhkan

lagi industri pemprosesan mee kuning.

Kaedah yang digunakan pakai oleh beliau

adalah dengan menggunakan separa moden

dimana sebahagian pemprosesan dilakukan oleh

mesin dan buatan tangan. Tetapi kebanyakkan

pelanggan-pelanggan telah menyatakan bahawa

jika menggunakan buatan tangan rasa lebih lazat

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

dan asli. Walaubagaiman pun beliau berhasrat

untuk menggunakan mesin supaya produktiviti

keluaran mee kuning dapat di tingkatkan dalam

masa terdekat. Beliau akan memastikan kelazatan

mee kuning keluaran syarikatnya tidak terjejas

dengan penggunaan teknologi moden.

Sebagai seorang usahawan mee kuning,

beliau tidak terlepas daripada masalah yang

dihadapi. Diantaranya, beliau kini hanya mampu

membekalkan mee beliau disekitar labuan sahaja.

Oleh itu beliau memohon bantuan daripada LPP

untuk membesarkan bengkel yang sedia ada serta

kuantiti pengeluaran dapat ditingkatkan. Daripada

pembesaran tersebut, beliau juga dapat membantu

anak-anak kampung untuk turut serta bekerja dan

mendalami ilmu pemprosesan Mee kuning.

Dari segi pemasaran pula, PPK telah diberi

tanggungjawab untuk membantu beliau untuk bagi

memasarkan produk beliau terus kepada pengguna.

Pada setiap bulan, purata mee kuning ini dapat

dipasarkan sebanyak 2850 paket dengan jumlah

sebanyak RM 7,125.00.

Berikutan dengan permintaan yang

menggalakan, Encik Mat Salleh bin Ali berharap

dapat memperolehi bantuan serta bimbingan yang

berterusan daripada LPP didalam pemprosesan mee

kuning ini. Semoga mee kuning jenama Mee Mat

Salleh akan menembusi pasaran Sabah, Sarawak

dan Semenanjung Malaysia.

8 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 9

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

Tidak dinafikan zaman semakin maju dengan penguasaan dan penggunaan ilmu serta

teknologi terkini seperti penggunaan komputer, kenderaan elektrik dan bio-teknologi dalam pelbagai bidang ekonomi, sosial dan politik. Bidang pertanian juga semakin bertambah maju dengan pelbagai teknologi serta ilmu baru yang telah mula diterokai.

Teknologi terkini semakin menjadi aspek terpenting dalam sektor pertanian kini. Teknologi telah mengubah potensi pasaran untuk tanaman, ternakan dan perikanan dengan pengeluaran dalam skala yang lebih besar yang bukan sahaja dapat memenuhi keperluan makanan dalam negara tetapi dapat dieksport ke luar negara berbanding

cara tradisional atau sara diri yang hanya untuk keperluan sendiri dan keluarga.

Teknologi yang dihasilkan melalui penelitian dan pengkajian akan dapat membantu para petani dan peladang dalam pengurusan ladang yang lebih baik sekaligus dapat menghasilkan produk yang berkualiti tinggi serta mendapat hasil pulangan yang lumayan. Ini dapat dilakukan dengan cara mengubah pengendalian tanah, tanaman atau penggunaan

Hasil teknologi pertanian bergantung kepada kesesuaian antara informasi teknologi pertanian yang sedia ada dengan pengguna dan informasi yang diterima oleh petani. Pengamalan teknologi moden merupakan antara langkah dan

PENGUASAAN ILMU DAN TEKNOLOGI TERKINI MEMAJUKAN SEKTOR PERTANIAN

Oleh : Raja Muhammad Shafiq B Raja Ahmad (Ibu Pejabat LPP)

8 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 9

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

strategi yang perlu diambil dalam pengendalian tanah, tanaman atau penggunaan bahan-bahan pertanian yang dapat meningkatkan mutu dan kualiti dalam sektor pertanian. Perubahan teknologi akan meningkatkan proses-proses pertanian dan seterusnya meningkatkan pengeluaran hasil pertanian. Pengeluaran hasil pertanian akan bertambah melalui penyebaran dan penguasaan ilmu pertanian yang baik.

Justeru itu ahli peladang perlu mengambil inisiatif untuk meningkatkan ilmu pengetahuan bagi mendalami ilmu pertanian ini. Banyak manfaat yang akan diperolehi sekiranya usaha penyebaran dan perluasan ilmu melalui media cetak dan elektronik dapat dilakukan dengan lebih efisien lagi kerana pertanian mewakili sebahagian besar pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam era ICT atau teknologi maklumat dan komunikasi segala maklumat adalah berada di hujung jari kita sahaja. Oleh itu segala maklumat

terbaru mengenai pertanian mudah diperolehi. Justeru itu para peladang, penternak dan nelayan perlu celik IT supaya mereka mendapat pengetahuan yang terkini dalam pertanian dan dapat menggunakannya untuk proses pemasaran yang lebih cekap serta menguntungkan dengan menggunakan teknologi baru. Pembangunan pertanian adalah satu proses yang dinamik dalam menghasilkan peningkatan yang berterusan.

Dengan adanya ilmu pengetahuan khasnya kepada para peladang, setiap projek yang dijalankan akan mendapat pulangan yang lumayan serta memenuhi keperluan makanan negara. Selaras dengan tema Hari Peladang, Penternak Dan Nelayan Kebangsaan “Pertanian Adalah Perniagaan” yang dapat menjadikan negara kita sebagai pengeluar termoden bagi bahan-bahan makanan untuk keperluan negara dan juga pasaran eksport.

10 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 11

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

10 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 11

Definisi Penyampaian Perkhidmatan Cara organisasi membentuk proses dan prosedur yang akan digunakan untuk memberi perkhidmatan kepada pengguna.

Penyampaian Perkhidmatan Berkualitia) Memberi impak dan misi tercapai.b) Penuhi kehendak pelanggan. c) Pelaksanaan perkhidmatan secara kos yang

efektif.d) Minda dan sikap anggota kakitangan yang

mengejar kecemerlangan.e) Etika yang luhur. f ) Pembangunan tenaga manusia yang

berpengetahuan dan mahir.g) Budaya kerja berasaskan pencapaian prestasi.h) Daya kepimpinan yang kukuh.

Pengertian Konsep Benchmarking‘Benchmarking’ ialah satu proses sistematik

dan berterusan untuk mencari, mempelajari, mengadaptasi dan melaksanakan amalan-amalan terbaik dari dalam organisasi yang sama atau daripada organisasi lain kearah pencapaian prestasi unggul.

‘Benchmarking’ ialah satu amalan merendah diri dengan mengakui bahawa ada orang lain yang lebih baik dalam sesuatu perkara dan bijak untuk mencuba dan mempelajari bagaimana untuk menandingi malah melebihi mereka dalam perkara tersebut.

Faedah-Faedah Benchmarkinga. Menggembirakan ahli peladang dan

pelanggan.b. Matlamat dan objektif yang berkesan dapat

dibentuk.c. Menyediakan ukuran prestasi bagi tujuan

analisa saingan.

PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

BERKUALITI PERTUBUHAN PELADANGOleh : Wan Salahuldin Wan Mohd Rashdi ( PPK Cameron Highlands )

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

d. Kesedaran dan dapat mengenalpasti amalan terbaik organisasi.

e. Mencapai tahap daya saing.f. Menggalak dan merangsang inovasi.g. Meningkatkan Keuntungan organisasi PP.

Faktor-Faktor Kejayaan Benchmarking a. Pengurusan atasan memberi sokongan

penuh.b. Benchmarking merupakan sebahagian

daripada strategi organisasi.c. Merupakan aktiviti berpasukan.d. Ianya dirancang, dikelola dan diuruskan

dengan baik.e. Anda memahami proses anda sendiri.

Objektif Pengukuran Prestasi1) Mengukur prestasi setiap perkhidmatan yang

disampaikan.

2) Mengukur tahap kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan.

3) Mengukur produktiviti sumber manusia dan kewangan dalam menghasilkan perkhidmatan.

Penilaian Prestasi1) Senaraikan sasaran prestasi yang ditetapkan.2) Mengumpul data pencapaian sebenar.3) Membandingkan pencapaian sebenar dan

prestasi.4) Mengira peratus pencapaian dan kenal pasti

jurang perbezaan.5) Analisis prestasi pencapaian setiap

perkhidmatan.6) Analisis jurang dan mengkaji punca.7) Cadangan tindakan dan penambahbaikan.

12 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 13

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

Asas Pengukuran Perkhidmatan Berkualitia) Menilai kualiti penyampaian perkhidmatan

kepada pelanggan.b) Perkhidmatan utama organisasi kepada

pelanggan.c) Mengukur tahap kepuasan pelanggan.d) Sasaran prestasi untuk menghasilkan

perkhidmatan berdasarkan kehendak, ekspektasi dan maklumbalas dari pelanggan.

e) Memenuhi ciri-ciri SMART (Specific, Measurable, Achievable, Realistic and Time bound).

f ) Pemantauan dan tindakan penambahbaikan perlu dijalankan secara berterusan.

g) Prestasi perkhidmatan perlu dinilai secara berkala untuk memastikan organisasi terus relevan dan berkesan.

Pengukuran Prestasi Organisasi a) Pencapaian Visi dan Misi Organisasi.b) Tetapkan Perkhidmatan Teras.c) Tentukan proses-proses utama.

d) Kenalpasti Perkhidmatan yang disampaikan memuaskan hati pelanggan.

e) Wujudkan KPI ‘Key Performance Indicator’ dan tetapkan sasaran prestasi.

f ) Ukur dan nilai prestasi secara berterusan.g) Pantau Tahap Prestasi.h) Penambahbaikan prestasi.i) Dapatkan maklumbalas pelanggan.

Pemantauan Tahap Prestasia) Pengurus memantau pencapaian prestasi

setiap perkhidmatan.b) Penilaian tahap kepuasan hati pelanggan ke

atas perkhidmatan yang dijalankan.c) Masalah, isu, jurang dan sebab-sebab

berlakunya perbezaan.d) Keperluan sumber manusia, kewangan,

peralatan dan kelengkapan yang diperlukan.e) Keupayaan proses menghasilkan dan

menyampaikan perkhidmatan kepada pelanggan.

12 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 13

14 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 15

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

Peningkatan Tahap Prestasia) Peningkatan kecekapan dan keberkesanan

perkhidmatan.b) Menghasilkan inovasi proses penghasilan

perkhidmatan berkualiti.c) Peningkatan kompetensi anggota kakitangan

melalui latihan, kursus dan penempatan sambil belajar.

d) Penyediaan peralatan dan kelengkapan yang sesuai dan mencukupi.

e) Melaksanakan perkhidmatan lebih cepat, cekap dan berkesan.

Tempoh Masa Perkhidmatan Yang Disampaikana) Membuat keputusan dengan tepat pada

masanya ke atas sesuatu urusan pelanggan.b) Membekalkan maklumat dan maklumbalas

yang diperlukan dengan cepat dan tepat.c) Memberi khidmat nasihat dan cepat

responsif kepada kehendak pelanggan.

Layanan Disampaikan Dengan Baika) Sedia melapangkan masa menyelesaikan

masalah atau aduan pelanggan.

b) Mengadakan hubungan baik dan mesra pelanggan.

c) Menjawab panggilan telefon dengan sopan.d) Perkhidmatan kaunter yang berkesan.e) Memberi penghargaan kepada pelanggan

yang mengemukakan cadangan dan penambahbaikan ke atas kualiti perkhidmatan organisasi.

Khidmat Kepakaran dan Kemahirana) Berkeupayaan memberi penerangan dan

penjelasan sesuatu meklumat secara teratur, jelas dan berkesan.

b) Berkemahiran memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada pelanggan.

c) Bersedia berkongsi maklumat dan pengalaman dengan pelanggan.

Konsistensi Dalam Membuat Keputusan dan Tindakan

a) Konsisten dalam membuat keputusan mengenai dasar dan peraturan sesuatu urusan pelanggan.

14 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f 15

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

b) Konsisten dalam memberi maklumbalas pelanggan.

c) Perkhidmatan yang cekap, cepat dan betul.d) Jaminan penerangan maklumat yang mudah

difahami melalui penerbitan, risalah, brosur dan buku panduan.

Penilaian Pengurusan Kualiti PPa) Manual Prosedur Kerja disediakan dan

dikemaskini.b) Fail meja individu lengkap dan kemaskini

bagi setiap anggota.c) Pengurusan rekod dan fail teratur dan

kemaskini.d) Pematuhan kepada peraturan dan undang-

undang PP.e) Imej organisasi yang positif dan berdaya

saing.f ) Pengurusan Sumber Manusia yang

cemerlang dan produktif.g) Penyediakan laporan kewangan yang cekap

dan mengikut jadual.h) Dokumentasi dan aplikasi komputer terkini.i) Pengurusan projek berkualiti dan

menguntungkan.j) Pemasaran Produk pertanian yang cekap dan

berkualiti.k) Penyediaan laporan dan Pengurusan

Pangkalan Data yang baik.l) Persekitaran pejabat yang kemas dan bersih.m) Anugerah penghargaan dan pengiktirafan

yang diterima oleh PP.

Penutup

Faktor penting menentukan kejayaan, pertumbuhan dan ‘survival’ dalam dekad terkini ialah keupayaan untuk meningkat dan mengekalkan daya saing yang tinggi. Oleh itu organisasi PP mestilah mampu mencapai kemajuan dan prestasi yang cemerlang dengan mencari dan mengenalpasti amalan dan proses kerja terbaik. Pengalaman organisasi bertaraf dunia ‘world class organisation’ membuktikan bahawa kemajuan berganda sebahagian besarnya datang dari ‘benchmarking’ kaedah strategik kearah daya saing jangkamasa panjang.

Beri ta Transformasi Pertanian http: / /www.lpp.gov.my

Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari dihttp://www.lpp.gov.my

16 Lahir Peladang Progresi f Lahir Peladang Progresi f PB

Grafik/Illustrator Kamaruzzan bin Hanif

PenaungPuan Hajah Mariam Mas binti Yaacob

PenasihatHaji Arpan Shah bin Haji Satu

Haji Ramli bin Salikan

Ketua PengarangRosly bin Abdul Rahman

Edisi InternetHaninah bte Abd. Rahman

Diterbitkan Oleh:Lembaga Pertubuhan Peladang,

Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara,

50990 Kuala Lumpur.

PenyuntingAzizan bin Hj. Othman

Shahzunizam bin Zulkafli