ebook percuma 9 rahsia hidup 24 jam

17

Upload: suhaimi-isa

Post on 29-May-2017

261 views

Category:

Documents


16 download

TRANSCRIPT

Page 1: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam
Page 2: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

„DISCLAIMER‟ DAN NOTIS Semua hak-hak penerbitan ke atas panduan ini adalah hak milik Penerbit serta penulis sepenuhnya. Panduan ini ditulis untuk pembelajaran anda sahaja dan jika anda mengalami kerugian, kami tidak akan bertanggung jawab kerana ia adalah kecuaian anda sendiri. Hakcipta Terpelihara : Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, ilustrasi dan isi kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin sama ada dalam bentuk tulisan atau secara lisan daripada Penerbit. Apa yang terkandung di dalam ebook ini adalah bagi tujuan pembelajaran semata-mata. Tiada jaminan yang segala maklumat adalah tepat dan lengkap. Pengarang serta penerbitnya tidak bertanggungjawab atas apa-apa risiko, kehilangan, liabiliti samada secara peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan ebook ini, secara langsung atau tidak. Edisi Pertama : 2014 Diterbitkan Oleh : Vira Bin Baharuddin Facebook : Vira Baharuddin Page Email : [email protected]

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 3: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

PENULIS ANDA

Vira Baharuddin merupakan seorang penulis bisnes yang mempunyai pengalaman dalam bidang pemasaran perniagaan.

Kerana minat yang mendalam di bidang perniagaan, beliau suka mencuba menceburi pelbagai jenis perniagaan bagi menambah pengalaman diri.

Beliau pernah bekerja sebagai seorang event organizer, direct selling, MLM, fasilitator, perunding kewangan dan banyak lagi yang berkaitan dengan pemasaran perniagaan.

Telah banyak seminar yang beliau telah hadiri, bagi meningkatkan lagi daya ilmu perniagaan beliau. Bermacam buku telah dibeli bagi menjadi rujukan diri.

Kini sudah tiba masanya beliau berkongsi pengalaman beliau bersama semua. Bak kata mentor beliau, misi hidup yang terbaik adalah menambah nilai kehidupan orang lain kepada yang lebih baik.

Diharap cerita pengalaman ini dapat membantu sedikit sebanyak di dalam kehidupan anda.

Like Fan Page : Vira Baharuddin Page

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 4: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

9 RAHSIA

HIDUP

24 JAM

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 5: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

K ita telah diperuntukan masa yang sama bagi

setiap orang. Tidak lebih sesaat, tidak kurang

sesaat pun. Masa yang diberi ialah 24 jam sehari. Berapa

ramaikah diantara kita yang menggunakan masa 24 jam

ini dengan manfaat sepenuhnya?

Tidak ramai yang mampu menguruskan masa 24 jam

dengan baik. Di sini saya ingin kongsikan dengan anda

rahsia perkara-perkara asas yang perlu dilakukan

seharian. Rahsia ini boleh digunakan sebagai panduan

untuk merangka hidup dengan lebih teratur dan

berdisplin. Diharap ia dapat membantu diri kita

dalam melakukan aktiviti-aktiviti seharian ini.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 6: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

#1

BANGUN AWAL PAGI

Indahnya manfaat bagi orang yang suka bangun di

awal pagi. Selain solat subuh, tahukah anda

kebanyakkan orang berjaya akan memulakan kerjanya

di awal pagi.

Ini kerana terdapat banyak kelebihan yang tersirat dan

tersurat berkaitan bangun awal pagi dari segi agama

dan sains.

Dari segi agama. Terdapat beberapa hadith yang

menceritakan betapa pentingnya untuk kita bangun di

awal pagi.

Telah thabit dari Nabi bahawasanya Baginda berdoa

kepada Allah supaya memberkati umatnya yang

berpagi-pagi, sebagaimana yang diriwayatkan oleh

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 7: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

Ashab as-Sunan yang empat dan Ibn Hibban dalam

Sahihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah r.ha yang

sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda

bersabda:

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki

Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan

orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan

rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit

matahari” (Diriwayatkan al-Baihaqi)

Dari segi sains. Hasil kajian biologi Christoph Randler

dari Harvard yang mengatakan orang yang bangun

awal pagi lebih proaktif dari yang lain.

Golongan ini akan lebih ceria dalam melakukan tugasan

seharian serta mereka akan berasa lebih mudah dalam

menyelesaikan masalah yang mendatang.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 8: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

#2

BERSYUKUR HARIAN

Sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang

dan bersyukur juga dengan apa yang kita akan terima

kemudian. Bersyukur bukan terletak kepada kebendaan

sahaja, bersyukur boleh dikaitkan dengan zahir dan

batin diri.

Kita boleh bersyukur kepada Tuhan dengan nafas yang

diberi setiap saat yang membolehkan kita hidup di

dunia ini. Bersyukur dengan kesihatan yang diberi,

dimana tanpa kesihatan yang baik kita dapat meraih

rezeki setiap hari tanpa halangan. Dan banyak lagi

perkara-perkara yang boleh kita bersyukur seharian.

Dengan bersyukur, kita akan lebih tenang dari segi

rohani dan jasmani malah kita akan sentiasa mengingati

kebaikan dan kebesaran Tuhan pinjamkan kepada kita.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 9: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

#3

JADIKAN HARI INI

HARI YANG PENTING

Jika dilihat kebanyakan orang suka membazir masa

seharian mereka dengan membuat perkara-perkara

yang tidak bermanfaat pada diri dan orang lain. Ini ter-

jadi kerana mereka menganggap hari seharian mereka

adalah sama dan tidak penting seperti hari-hari lain.

Tukar tanggapan ini! Bermula hari ini, anggap yang

setiap hari merupakan hari yang penting bagi diri kita

ia umpama seperti harijadi, hari ulangtahun perkahwi-

nan, hari sambutan perayaan dan lain-lain lagi.

Dengan menganggap hari ini hari yang penting, kita

akan mula menghargai setiap masa yang diperuntukan

dalam setiap aktiviti yang di laksanakan seharian. Kita

akan mula bertindak secara proaktif dalam melakukan

tugasan serta akan lebih berdisplin dalam

penggunaan masa.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 10: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

#4

BINA SENARAI SEMAK HARIAN

( CHECKLIST )

Tulis di atas sekeping kertas tentang aktiviti-aktiviti

yang hendak di lakukan hari ini. Senaraikan aktiviti

mengikut kepentingan dahulu dan diikuti dengan yang

kurang penting.

Peruntukan masa bagi setiap aktiviti yang hendak

dilakukan, ini bagi memastikan waktu seharian kita

dapat digunakan dengan bijak.

Dengan menggunakan sistem senarai semak, kita dapat

mengawal aktiviti harian dengan lebih teratur dan pada

waktu yang sama kita mendidik diri menjadi lebih peka

dan berdisplin.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 11: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

#5

DEKLASI HARIAN

Dalam sebulan mempunyai sekurang-kurangnya

30 hari kecuali bulan Febuari. Setiap awal bulan cuba

sediakan deklarasi harian selama 30 hari pada bulan itu.

Deklarasi dapat membantu dalam menaikan semangat

harian diri. Ia juga dapat mendidik pemikiran kita

untuk menjadi lebih yakin dan positif terhadap diri

sendiri. Contoh deklarasi :

.1hb Febuari 2014 : Saya menerima cabaran dengan bijak

2hb Febuari 2014 : Saya kaya dan berjaya

3hb Febuari 2014 : Saya magnet kekayaan

4hb Febuari 2014 : Fast Action Fast Result

5hb Febuari 2014 : Apa yang kita fikir, apa kita cakap

dan apa kita rasa, semuanya adalah doa.

Dan seterusnya.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 12: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

#6

30 MINIT

MENIMBA ILMU

Luangkan masa kita sekurang kurangnya 30 minit

sehari untuk menimba ilmu. Berikan 200% fokus

apabila menimba ilmu disaat ini.

Carilah ilmu yang berkaitan tentang pembanggunan

diri, perniagaan dan pemasaran. Ilmu ini boleh

diperolehi dari segi pembacaan buku, majalah, audio,

video, internet, dan lain-lain lagi.

Dengan hanya 30 minit sehari, kita mampu membina

idea-idea perniagaan yang hebat dan unik bagi mengha-

dapi cabaran dunia perniagaan yang semakin sengit ini.

Sehari 30 minit , ini bermaka sebulan (30 hari) kita telah

peruntukan 900 minit khas untuk menimba ilmu.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 13: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

#7

SEDEKAH HARIAN

( KEBAJIKAN )

Lakukan aktiviti sedekah setiap hari. Amalkannya, kita

pasti akan lebih tenang dan insya-Allah aktiviti seharian

yang dijalankan oleh kita akan lebih diberkati.

Sedekah tidak bermaksud kita kena keluarkan duit,

terdapat pelbagai cara untuk sedekah salah satunya

melalui senyuman yang ikhlas dimana senyuman kita

akan menceriakan hati kepada yang melihatnya dan ini

adalah sedekah.

Lagi banyak kita sedekah lagi banyak malah berlipat

ganda kita akan menerima ganjaran dari sedekah itu.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 14: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

#8

RAIKAN KEJAYAAN ATAU

KEGAGALAN HARIAN

Kehidupan ini mempunyai pasang surutnya. Kita boleh

jadi berjaya dan waktu yang sama kita boleh

jadi gagal juga.

Kebiasaannya kita akan meraikan kejayaan dengan

membeli hadiah, makan mewah dan banyak lagi.

Kerana kejayaan memberikan kegembiraan di hati kita.

Manakala bila kita menempuhi kegagalan, kita akan

bertukar rupa menjadi seorang yang muram dan pasif.

Berubah! Bermula hari ini, jika kita berjaya kita akan

raikannya dengan gemilang dan jika kita gagal kita

perlu raikannya dengan gemilang juga.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 15: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

Ini kerana, dengan kegagalan kita akan mula membina

jalan-jalan proses penyelesaian yang lebih efektif bagi

menyelesaikan masalah yang timbul.

Dengan proses ini, kita tidak perlu menghadapi

kegagalan yang sama di kemudian hari. Ini bukan

kegagalan tetapi ini merupakan proses kejayaan. Bila

sudah berjaya menyelesaikan masalah tersebut, jangan

lupa raikannya sekali lagi.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 16: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

#9

MEMAAFKAN DIRI &

ORANG LAIN

Jangan bersifat dendam dengan orang lain jika mereka

membuat kejahatan terhadap diri kita. Sentiasa

memaafkan mereka, doakan mereka semoga mendapat

hidayah untuk berubah menjadi lebih baik di

kemudian hari.

Dengan perasaan berdendam, kita akan menghadapi

rintangan untuk melakukan kerja seharian dengan

sempurna.

Ia juga akan menjejaskan kesihatan mental dan badan

kita jika ia tidak di bendung dengan serta merta. Jangan

lupa juga memaafkan diri sendiri, ini akan membantu

kita mendapat ketenangan jiwa dan rohani.

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM

Page 17: eBook Percuma 9 Rahsia Hidup 24 Jam

Jika anda merasa maklumat di dalam buku ini berguna untuk

diri anda, tidak keberatan jika saya meminta sedikit

maklumbalas dari anda berkenaannya.

Tuliskan apa yang anda rasa sewaktu membaca buku ini.

Cerita anda akan dapat membantu saya untuk meningkatkan

lagi kualiti ilmu di dalam penulisan buku yang akan datang.

sila emailkan cerita anda ke :

[email protected]

Hakcipta Terpelihara 2014 @ Vira Baharuddin

9 RAHSIA HIDUP 24 JAM