ebook menyingkap rahsia pelaburan emas

71
Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________ 1/71 Daripada Siri Emas-Emas Yang Hilang Tajuk: Menyingkap Rahsia Menyingkap Rahsia Menyingkap Rahsia Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas: Pelaburan Emas: Pelaburan Emas: Pelaburan Emas: Teknik Teknik Teknik Teknik-Teknik Menjana K Teknik Menjana K Teknik Menjana K Teknik Menjana Kekayaa ekayaa ekayaa ekayaan n n n Dengan Dengan Dengan Dengan Emas DIBONGKARKAN mas DIBONGKARKAN mas DIBONGKARKAN mas DIBONGKARKAN (versi (versi (versi (versi 1.1 .1 .1 .10)

Upload: haiqal-aziz

Post on 25-Nov-2015

253 views

Category:

Documents


35 download

DESCRIPTION

pelaburan emas

TRANSCRIPT

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    1/71

    Daripada Siri

    Emas-Emas Yang Hilang

    Tajuk: Menyingkap Rahsia Menyingkap Rahsia Menyingkap Rahsia Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas: Pelaburan Emas: Pelaburan Emas: Pelaburan Emas:

    TeknikTeknikTeknikTeknik----Teknik Menjana KTeknik Menjana KTeknik Menjana KTeknik Menjana Kekayaaekayaaekayaaekayaan n n n Dengan Dengan Dengan Dengan

    EEEEmas DIBONGKARKANmas DIBONGKARKANmas DIBONGKARKANmas DIBONGKARKAN

    (versi (versi (versi (versi 1111.1.1.1.10000))))

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    2/71

    Pendahuluan. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Pertama sekali saya ingin rakamkan jutaan terima kasih kepada team rahsiaemas.com iaitu saudara Jamaluddin Bahari dan juga saudara Abd. Hafiz Ab Wasa di atas kerjasama yang diberikan kepada saya.

    Sokongan dan bantuan mereka berdua amat besar nilainya dalam menjayakan penulisan e-book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas teknik-teknik menjana kekayaan dengan emas DIBONGKARKAN.

    Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pembeli e-book ini. Anda telah mengambil langkah yang bijak untuk menambahkan ilmu berkenaan pelaburan emas. Pelaburan terhadap ilmu adalah jalan pertama ke arah kejayaan. Ini adalah pelaburan yang sangat berbaloi kerana anda sekarang akan mengetahui rahsia pelaburan emas.

    Setiap pembeli akan diberikan keahlian emas (gold membership) di blog jutawanemas.com. Keahlian ini akan sah untuk tempoh 6 bulan. Di dalam tempoh ini anda akan mendapat bimbingan daripada saya. Saya juga akan menyiapkan ruangan khusus untuk ahli-ahli berkomunikasi dan bertanya soalan kepada saya mengenai pelaburan emas.

    Sepanjang tempoh 6 bulan ini juga anda akan mendapat update e-book ini secara percuma. Ini kerana banyak maklumat-maklumat lain yang akan dimasukkan ke dalam e-book ini sehingga ia menjadi sangat komprehensif.

    Anda juga akan mendapat artikel-artikel berkenaan pelaburan emas daripada masa ke semasa. Selain itu, saya akan membimbing anda dan akan menjawab segala persoalan anda berkenaan pelaburan emas.

    Sangat seronok rasanya apabila dapat berkongsi ilmu dengan orang yang serius mahu belajar tentang pelaburan emas.

    Saya berharap agar ilmu yang anda perolehi di sini akan memberikan manfaat dan mampu mengubah hidup anda.

    SYUKOR HASHIM Admin Jutawanemas.com e-mail: [email protected] 24 Ogos 2009

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    3/71

    Isi kandungan:

    Pendahuluan................................................................................................m/s 2 Topik 1: Mengapa anda perlu menyimpan emas........................................m/s 5

    - Emas ialah kekayaan yang sebenarnya ......................................................m/s 5 - Kajian kes: Wang kertas bukan penyimpan kekayaan yang terbaik..........m/s 6 - Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang ...................m/s 8 - Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang ...........................m/s 10 - Emas adalah aset yang terunggul..............................................................m/s 11 - Emas tidak boleh dimanipulasikan...........................................................m/s 12

    Topik 2: Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia?..................m/s 14 - Pelaburan emas secara fizikal ..................................................................m/s 14 - Institusi yang menjual emas pelaburan ....................................................m/s 15 - Maybank syiling Kijang Emas..............................................................m/s 15 - Emas fizikal UOB Bank ..........................................................................m/s 18

    - Public Fine Gold International Sdn. Bhd / Public Dinar Sdn. Bhd..........m/s 23 - Pelaburan emas melalui Dinar Emas ...................................................... m/s 28

    - Dinar emas Public dinar Sdn Bhd.............................................................m/s 28 - Dinar Emas Kelantan .............................................................................. m/s 31

    - Membeli emas fizikal di kedai emas ...................................................... m/s 33 - Jongkong emas Poh Kong Bunga Raya ...................................................m/s 35 - Kajian kes: Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas..............m/s 36 - Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ...................................... m/s 40 - Public Bank GIA .....................................................................................m/s 41 - Maybank Gold Saving Passbook Account (GSPA).................................m/s 43 - Faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum membeli emas ...............m/s 45

    Topik 3: Memilih emas fizikal atau akaun simpanan emas?....................m/s 46 Topik 4: Harga emas di Malaysia............................................................m/s 47 Topik 5: Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas? ......m/s 48

    - Siapkan minda anda terlebih dahulu.........................................................m/s 48

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    4/71

    - Teknik 1: Beli emas fizikal dan pegang selama mungkin sebagai aset....m/s 49 - Teknik 2: Beli emas ketika harga rendah dan jual ketika harga tinggi.... m/s 50 - Teknik 3: Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal...m/s 51 - Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun Public Bank GIA ...........m/s 56 - Tip: Memaksimumkan keuntungan pelaburan GIA anda........................m/s 57 - Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (teknik pajak) .... m/s 61 - Teknik 6: Melabur sambil berniaga emas ................................................m/s 64

    Topik 6: Bacaan tambahan mengenai pelaburan emas............................m/s 67 - Membeli buku-buku pelaburan emas di www.amazon.com....................m/s 67

    Topik 7: skim pelaburan emas..................................................................m/s 69

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    5/71

    Topik 1: Mengapa anda perlu menyimpan emas?

    Sebelum anda mengetahui cara-cara BAGAIMANA membuat keuntungan dengan emas, adalah penting bagi anda mengetahui sebab MENGAPA anda perlu menyimpan emas.

    Ini kerana, faktor MENGAPA adalah sangat penting untuk diketahui terlebih dahulu.

    Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas maka adalah mudah bagi anda menyingkap rahsia pelaburan emas.

    MENGAPA anda perlu menyimpan emas?

    1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya 2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang. 3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang 4. Aset yang terunggul 5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

    1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.

    Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang.

    Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:

    1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.

    2. Emas tidak boleh dibinasakan. 3. Tahan lasak. 4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa

    menjejaskan nilainya. 5. Ia sukar diperoleh.

    Pada zaman silam, emas menjadi simbol kekayaan dan kekuasaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya dan berkuasa. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya.

    Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    6/71

    dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.

    Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

    KAJIAN KES: WANG KERTAS BUKAN PENYIMPAN KEKAYAAN YANG TERBAIK.

    Wang kertas boleh dibinasakan dengan mudah.

    Apabila memberikan seminar berkenaan pelaburan emas, saya selalu memberikan contoh berikut.

    Cuba anda pegang wang kertas RM50 seperti ini..

    Ia hanyalah sekeping kertas yang dicetak nilainya RM50. Sesiapa yang memiliki wang kertas ini adalah orang yang memiliki kekayaan sebanyak RM50.

    Soalan: Boleh tak anda musnahkan kekayaan RM50 itu menjadi RM 0?

    Jawapan.. Boleh.. senang sangat.

    Kekayaan di dalam bentuk wang kertas boleh dimusnahkan dengan cara:

    1. Koyak sampai lumat 2. Gunting 3. Bakar

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    7/71

    Dalam kehidupan seharian kita, pernah tak anda terbaca kisah orang yang menyimpan wang mengalami kerugian kerana wang kertas yang disimpan terbakar? Kalau tidak pernah maka saya ingin berkongsi laporan akhbar ini dengan anda.

    Laporan akhbar Harian Metro 22/8/2009

    Daripada kisah di atas, kita dapati kekayaan dalam bentuk wang kertas sangat mudah dibinasakan.

    Lain pula ceritanya dengan emas. Nilainya tidak boleh dibinasakan. Ia tidak akan terbakar, tidak reput dan tidak akan pudar warnanya. Dari segi fizikal emas memang boleh dirosakkan (dicalarkan, diguris, bengkok dan kemek) namun nilai emas tidak boleh dibinasakan.

    Oleh sebab itulah emas menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    8/71

    Sesiapa yang menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas tidak perlu risau risiko kehilangan kekayaan.

    Jika emas anda menjadi debu sekali pun ia tetap bernilai.

    Sebab itulah emas adalah kekayaan yang sebenarnya.

    Gambar 1 : Di dalam bentuk debu sekalipun emas tetap berharga

    2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

    Untuk pengetahuan anda, rekod harga emas boleh dilihat daripada laman web www.kitco.com dan juga di http://www.lbma.org.uk/stats/goldfixg

    Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Jika anda menyimpan emas sejak beberapa tahun lepas maka secara automatik anda akan memperoleh keuntungan daripada kenaikan harga emas.

    Jika anda membuat analisis harga emas, anda akan mendapati purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun.

    Sewaktu nak kahwin pada tahun 2001, saya membeli barang kemas 916 pada harga RM50 segram. Pada hari ini (22/8/2009) harga emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    9/71

    Gambar 2: Sejarah harga emas daripada tahun 2000 - 2009

    Harga emas pada 14 Ogos 2000 = USD 275.45/Oz Harga emas pada 14 Ogos 2009 = USD 953.50/Oz

    Ini adalah kenaikan 246% di dalam jangka masa 9 tahun (purata 27% setahun)

    KAJIAN KES: KENAIKAN HARGA EMAS:

    Harga syiling Kijang Emas di Malaysia.

    Kijang Emas adalah salah satu syiling emas yang boleh dibeli di Malaysia. Ia dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia dan diedarkan oleh Maybank.

    Harga untuk 1 Ounce syiling Kijang Emas pada 16 Ogos 2001 ialah RM1114.000 dan pada 16 Ogos 2009 harganya mencecah RM 3,561

    Ini adalah kenaikan sebanyak 219.65% dalam masa 8 tahun. atau purata kenaikan harga 27.45% setahun!!

    Sumber: Bank Negara Malaysia: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    10/71

    3. Nilai wang kertas jatuh di dalam jangka masa panjang

    Selain daripada mudah dibinasakan, wang kertas merupakan penyimpan nilai yang lemah. Ini kerana nilainya sentiasa turun dalam jangka masa panjang. Kita akan dapati kuasa beli wang kertas akan berkurangan.

    Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket.

    Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum.

    Bagaimana dengan sekarang tahun 2009?

    Rata-rata ibu-bapa yang saya tanya memberikan wang poket RM2 RM3 untuk membeli makanan dan minuman. Dengan kata lain ibu-bapa zaman sekarang terpaksa membayar 10 kali ganda untuk membeli barang yang sama.

    Ini menunjukkan kuasa beli wang kertas akan merosot di dalam jangka masa yang panjang.

    Jika kita buat graf perbandingan di antara nilai emas dan nilai wang kertas ( dalam kes ini USD) maka hasilnya adalah seperti berikut:

    Daripada graf di atas kita dapat lihat:

    Nilai emas semakin meningkat Nilai wang kertas semakin menurun

    Jadi sebagai pembaca yang bijak anda perlu memilih untuk menyimpan emas.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    11/71

    4. Emas adalah aset yang terunggul.

    Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas.

    Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

    Ketika perang Vietnam sekitar 1970-an, beribu-ribu orang pelarian daripada Vietnam Selatan telah lari meninggalkan kampung halaman mereka. Mereka terpaksa meninggalkan seluruh harga benda seperti rumah, tanah, kebun dan ternakan mereka.

    Harta yang mereka bawa semasa melarikan diri ialah emas bukannya mata wang Vietnam. Ini kerana mereka sedar bahawa hanya emas yang diiktiraf bernilai di mana sahaja. Ia boleh ditukarkan kepada wang kertas di negara persinggahan mereka.

    Gambar 3: Emas Kim-Thanh- antara yang dibawa pelarian Vietnam

    Degan menyimpan emas, pelarian Vietnam ini boleh memulakan hidup baru mereka dengan mudah di negara persinggahan mereka.

    Bayangkan jika mereka membawa wang kertas Vietnam Selatan? Apa yang akan berlaku? Sudah pasti mereka tidak dapat menukarnya kerana wang kertas Vietnam Selatan tidak akan diterima di negara lain.

    Oleh sebab itu anda perlu menyimpan emas.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    12/71

    5. Emas tidak boleh dimanipulasikan.

    Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.

    Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat.

    Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

    Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:

    1. Kerajaan Perancis tahun 1715 2. Republik Weimer Jerman - 1922-1923 3. Hungary 1945-1946 4. Chile 1971-1981 5. Peru 1988-1991 6. Angola 1991 1999 7. Yugoslavia 1992-1995 8. Belarus 1994-2002 9. Kerajaan Mexico pada tahun 1994 10. Kerajaan Argentina pada tahun 2001 11. Zimbabwe 2000-2009

    Anda boleh membaca kisah kegagalan yang kertas di sini:

    http://www.mint.com/blog/finance-core/hyperinflation-the-story-of-9-failed-currencies/

    Di dalam blog jutawanemas.com saya ada menulis artikel mengenai hyperinflasi di Zimbabwe. Rakyat Zimbabwe akhirnya terpaksa mendulang emas untuk membeli barangan keperluan. Anda boleh membaca kisah tersebut di sini.

    http://jutawanemas.com/v1/news/dalam-apa-jua-situasi-ekonomi-dan-politik-menyimpan-emas-menguntungkan-anda/

    Sesiapa yang menyimpan wang kertas akan mendapati kekayaan mereka lesap begitu sahaja.

    Ini kerana wang kertas yang disimpan menjadi tidak bernilai. Ia hanyalah kertas.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    13/71

    Gambar 4 : Hyper inflasi di Zimbabwe

    Gambar 5 : 100 Billion Zimbabwe Dollar boleh membeli 3 biji telur sahaja.

    Namun tidak pernah berlaku di dalam sejarah manusia kegagalan emas dan perak sebagai wang malah sejarah membuktikan bahawa kesemua tamadun terkemuka dunia menggunakan emas dan perak sebagai mata wang mereka. Ini kerana emas dan perak diterima dengan baik oleh seluruh manusia sehinggalah ke hari ini..

    KESIMPULAN:

    Saya berharap topik ini akan membuka minda anda MENGAPA pentingnya anda menyimpan emas. Dengan mengetahui faktor MENGAPA anda perlu menyimpan emas anda sedikit sebanyak memahami bahawa emas bukan sekadar satu pelaburan tetapi juga merupakan kekayaan yang sebenarnya.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    14/71

    Topik 2: Bagaimana membuat pelaburan emas di Malaysia? Terdapat 2 cara membuat pelaburan emas di Malaysia iaitu

    1. Pelaburan secara emas fizikal 2. Pelaburan emas dengan membuka akaun simpanan emas

    Pelaburan emas secara fizikal.

    Pelaburan emas secara fizikal boleh dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

    1. Syiling emas 2. Jongkong emas 3. Barang kemas

    Daripada 3 kategori emas fizikal ini, cuma syiling emas dan jongkong emas boleh dikategorikan sebagai emas pelaburan. Ini kerana syiling emas dan jongkong emas sememangnya dibuat khusus untuk tujuan pelaburan.

    Sebagai emas pelaburan, syiling emas dan jongkong emas memiliki kelebihan seperti berikut:

    1. Mudah dibawa 2. Mempunyai saiz, bentuk dan berat yang standard. 3. Mudah ditunaikan. 4. Mempunyai perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (dipanggil spread) 5. Boleh digadaikan.

    Barang kemas bukanlah pelaburan emas yang baik kerana harganya yang tinggi disebabkan kos upah membuat barang kemas tersebut. Selain itu susut nilai bagi barang kemas adalah tinggi (25 % - 40%)

    Jika anda hendak memaksimumkan keuntungan daripada pelaburan emas, jangan membeli barang kemas.

    Tapi kalau nak memberikan hadiah kepada orang tersayang maka barang kemas adalah hadiah yang paling baik.

    Tips: Jika anda hendak membeli barang kemas sebagai hadiah, beli barang kemas dengan ketulenan 916 dan tidak mempunyai batu permata. Ini kerana yang bernilai adalah emas bukannya batu permata tersebut.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    15/71

    Institusi yang menjual emas pelaburan. Di Malaysia, terdapat 6 institusi yang menjual emas fizikal untuk pelaburan iaitu:

    1. Maybank - Syiling Kijang Emas 2. UOB Bank Syiling Emas dan Jongkong Emas 3. Public Fine Gold International Sdn. Bhd. Gold syiling dan jongkong emas 4. Public Dinar Dinar emas 5. Dinar Emas Kelantan Dinar emas 6. Kedai emas Poh Kong, Habib Jewel dan sebagainya jongkong emas

    Untuk memberikan kefahaman yang lebih, saya akan menganalisis setiap institusi satu persatu.

    Maybank - Syiling Kijang Emas.

    Salah satu daripada emas pelaburan terbaik di Malaysia ialah syiling Kijang Emas.

    Kijang Emas adalah wang syiling emas rasmi Malaysia dan dikeluarkan oleh Royal Mint of Malaysia. Ia telah dilancarkan pada 17 Julai 2001 dan diedarkan oleh Maybank.

    Ianya dikeluarkan di dalam 3 saiz iaitu 1 Oz, 1/2 Oz dan 1/4 Oz. serta mempunyai ketulenan 24K (999.9)

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    16/71

    BAGAIMANA MEMBELI SYILING KIJANG EMAS?

    Syiling Kijang Emas boleh dibeli di Maybank cawangan tertentu sahaja. Lihat jadual di bawah:

    Memandangkan stok Kijang Emas adalah terhad maka anda perlu menelefon Maybank tersebut untuk pastikan ada stok. Jika ada stok anda hanya perlu membawa wang yang mencukupi ke Maybank untuk membeli Kijang Emas.

    HARGA SYILING KIJANG EMAS.

    Harga syiling Kijang Emas boleh dipantau melalui laman web Bank Negara. Ia akan diupdate setiap hari. Lihat di sini: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    17/71

    KELEBIHAN KIJANG EMAS.

    1. Boleh dibeli di Maybank di seluruh Malaysia 2. Mempunyai spread yang rendah (3.1% - 6.6%) 3. Kualiti emas 24k (999.9) 4. Boleh beli guna kad kredit (Maybank sahaja) 5. Harga yang rendah 6. Boleh digadaikan kalau nak guna cash

    p/s: Spread bermaksud perbezaan di antara harga belian dan jualan.

    KELEMAHAN KIJANG EMAS.

    1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan Kijang Emas kerana ia sangat laris. 2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak Maybank tidak akan

    menerima kembali syiling berkenaan. 3. Boleh dibeli pad waktu banking hour Maybank sahaja. 4. Tak boleh booking kat Maybank. Kena datang cepat-cepat beli kalau ada stok. 5. Kena bayar cash. Cuma kad kredit Maybank yang boleh guna kalau nak beli pakai

    kad kredit.

    Bagi saya Syiling Kijang emas merupakan salah satu emas pelaburan yang terbaik di Malaysia.

    Saya sendiri ada memiliki syiling Kijang Emas ini.

    Gambar 6 : Syiling Kijang Emas di dalam bekasnya.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    18/71

    Emas fizikal United Overseas Bank (UOB Bank)

    Selain daripada Maybank, UOB Bank turut menjual syiling emas dan jongkong emas bagi tujuan pelaburan.

    Antara syiling emas terkenal yang dijual UOB Bank ialah:

    1. Canadian Gold Maple 2. Australian Kangaroo 3. Singapore Gold Lion.

    Anda boleh membaca maklumat berkenaan produk emas UOB Bank di sini: http://www1.uob.com.my/webpages/b_treasury_gold.htm

    Gambar 7 : Laman web UOB Bank berkenaan produk emas fizikal.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    19/71

    SYILING EMAS YANG DIJUAL OLEH UOB BANK.

    Gambar 8 : Syiling Emas Canada Gold Maple

    Gambar 9 : Syiling Emas Australian Kangaroo

    Gambar 10 : Syiling Emas Singapore Gold Lion

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    20/71

    Untuk kategori gold bar pula UOB Bank menjual 2 jenis gold bar:

    1. PAMP Suisse 2. Kinebar

    Gambar 11 : Jongkong Emas PAMP Suisse Lady Fortuna

    Gambar 12 : Gold Bar Kinebar

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    21/71

    HARGA EMAS UOB BANK

    Harga emas UOB adalah di antara harga emas fizikal yang termurah di Malaysia. Harga emas yang dijual pula akan berubah mengikut harga emas dunia.

    Anda perlu merujuk website UOB Bank untuk mengetahui harga harian.

    Ini linknya http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

    BAGAIMANA MEMBELI EMAS PELABURAN DI UOB BANK?

    Berdasarkan perbualan telefon antara saya dan staf UOB, saya dimaklumkan bahawa kebanyakan emas fizikal ini dijual di cawangan utama UOB di Menara UOB Jalan Raja laut, Kuala Lumpur.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    22/71

    Cawangan lain ada juga menjual tetapi biasanya syiling yang kecil (kurang dari 1 Oz). Anda dinasihatkan agar telefon dulu dan booking emas tersebut sebelum pergi membelinya.

    Ini kerana permintaan terhadap gold bar dan syiling emas adalah tinggi dan UOB selalu kehabisan stok. Setiap pembelian emas dari UOB Bank akan diberi sijil pembelian.

    Waktu urus niaga ialah dari jam 9.00 pagi sehingga 4 petang.

    KELEBIHAN EMAS FIZIKAL UOB

    1. Syiling Emas yang dijual adalah syiling emas pelaburan terkemuka dunia. 2. Mempunyai spread yang rendah (2.5% - 19.6%) 3. Kualiti emas 24k (999.9) 4. Harga yang rendah 5. Boleh digadaikan kalau nak guna cash

    KELEMAHAN.

    1. Masalah stok. Agak sukar mendapatkan syiling Emas UOB kerana ia sangat laris.

    2. Tidak boleh terguris, calar, bengkok atau patah. Jika tidak UOB tidak akan menerima kembali syiling berkenaan.

    3. Sijil pembelian emas UOB juga tidak boleh hilang. Kalau hilang maka UOB tidak akan menerima semula syiling emas berkenaan.

    4. Boleh dibeli pada waktu banking hour UOB sahaja.

    ULASAN

    Bagi saya Syiling emas yang dijual oleh UOB Bank merupakan salah satu emas pelaburan yang terbaik di Malaysia. Ini kerana spread nya yang kecil. Emas yang dijual pula adalah bertaraf antarabangsa.

    Namun, bagi memaksimumkan keuntungan anda kena beli syiling emas yang beratnya 1Oz. Semakin kecil berat syiling/gold bar maka semakin besar spreadnya.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    23/71

    Public Fine Gold International Sdn Bhd / Public Dinar Sdn Bhd.

    Selain daripada Maybank dan UOB Bank, terdapat sebuah syarikat tempatan yang mengeluarkan sendiri emas pelaburan dan dijual pada harga pasaran antarabangsa.

    Nama syarikat ini ialah Public Fine Gold International Sdn. Bhd. (Public Gold)

    Syarikat ini beralamat di Penang. Ini adalah alamatnya:

    Public Fine Gold International Sdn Bhd (818840-U) 12E Ground Floor, Jalan Rumbia, 11900 Bukit Jambul, Penang. www.publicgold.com.my Tel : 04-644 9999

    Untuk pengetahuan anda, Public Gold tidak ada kena mengena dengan Public Bank.

    Gambar 13 : Pejabat Public Gold di Penang

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    24/71

    Apa yang menarik ialah syarikat ini mempunyai kilangnya sendiri dan mengeluarkan jongkong emas bertaraf antarabangsa. Ini kerana setiap emas yang dihasilkan mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh Certified Assayer

    EMAS YANG DIJUAL OLEH PUBLIC GOLD.

    Public Gold menjual jongkong emas yang beratnya 20 gram, 50 gram, 100 gram dan juga 1 kilogram. Untuk syiling emas Public Gold menjual syiling 50 gram.

    Gambar 14 : Jongkong emas 20gram dan 50 gram Public Gold

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    25/71

    Gambar 15 : Gold bar 100 gram Public Gold

    Gambar 16 : Syiling Emas 50 gram Public Gold

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    26/71

    HARGA EMAS PUBLIC GOLD.

    Apa yang menarik mengenai Public Gold ialah harga emasnya berubah setiap 20 minit mengikut harga emas antarabangsa.

    Dengan kata lain pembeli boleh melihat sendiri harga emas secara live di laman web Public Gold di www.publicgold.com.my dan membeli emas tersebut daripada agen Public Gold.

    BAGAIMANA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.

    Terdapat 2 cara membeli emas Public Gold:

    1. Menghubungi agen Public Gold yang berhampiran anda 2. Membeli terus daripada Public Gold.

    Jika anda ingin membeli emas daripada agen Public Gold anda boleh melihat senarai agen di seluruh Malaysia di sini:

    http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/

    Jika anda ingin membeli terus daripada Public Gold maka anda boleh menelefon pejabat Public Gold di talian Tel : 04-644 9999.

    Kos penghantaran untuk 20 gram ialah RM10, 50 gram ialah RM20 dan 100 gram ialah RM30.

    Untuk mengetahui dengan lebih lanjut cara-cara order dan membuat bayaran anda boleh membaca di sini.

    http://www.publicgold.com.my/content/view/39/69/lang,english/

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    27/71

    KELEBIHAN MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD.

    1. Stok sentiasa ada. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB yang menghadapi masalah mendapatkan stok emas. Ini merupakan satu kelebihan yang sangat baik kerana pelabur boleh membeli emas ketika harga murah.

    2. Harga yang dijual adalah kompetitif

    3. Jongkong emas yang dijual mempunyai kualiti 24k (999.0)

    4. Spread yang kecil (antara 5% - 6%)

    5. Mempunyai agen di seluruh Malaysia. Jadi mudah untuk membeli produk Public Gold.

    6. Public Gold memberi jaminan akan membeli kembali emas mereka walaupun ada kesan calar, guris, bengkok dan patah asalkan berat tetap sama semasa timbangan. Ini sangat penting jika anda selalu menggadaikan emas anda di Ar-rahn.

    7. Emas Public Gold boleh digadaikan.

    8. Boleh beli menggunakan kad kredit (tambah 3%) tapi kena pergi office kat Penang.

    9. Public Gold menawarkan peluang menjadi agen kepada produk mereka. Jadi bagi sesiapa yang berminat membuat business menjual emas pelaburan maka anda boleh menjadi agen Public Gold.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    28/71

    Pelaburan emas melalui Dinar Emas.

    Selain membeli syiling emas dan jongkong emas, salah satu daripada emas pelaburan yang boleh dibeli di Malaysia ialah dinar emas.

    1 dinar merujuk kepada syiling emas 22 Karat (emas 916) yang beratnya 4.25 gram.

    Terdapat 2 jenis dinar emas yang dijual di Malaysia iaitu:

    1. Dinar Emas Public Dinar Sdn. Bhd. (anak syarikat Public Gold) 2. Dinar Emas Kelantan

    Dinar emas Public Dinar Sdn. Bhd.

    Public Dinar anak syarikat Public Gold menjual emas pelaburan di dalam bentuk dinar.

    Untuk pengetahuan anda semua, dinar emas Public Dinar dikeluarkan di dalam 3 nilai iaitu:

    - 1 dinar - 5 dinar - 10 dinar.

    Anda boleh melawati laman web syarikat di www.publicdinar.com

    SPESIFIKASI DINAR EMAS PUBLIC DINAR.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    29/71

    SIJIL KETULENAN.

    Bagi setiap pembelian dinar emas Public Dinar, anda akan mendapat sijil ketulenan.

    HARGA JUALAN PUBLIC DINAR

    Harga dinar emas Public Dinar dijual mengikut harga emas pasaran antarabangsa. Jadi harganya akan berubah-ubah.

    Anda boleh melihat harga belian dan jualan dinar ini di laman web http://publicdinar.com/

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    30/71

    Jika anda ingin membeli dinar emas Public Dinar maka anda boleh melihat senarai agen di seluruh Malaysia di sini:

    http://jutawanemas.com/v1/forum/peluang-peluang-pelaburan-emas-di-malaysia/jutawanemas-trading-dealer-public-gold-di-melaka/

    KEBAIKAN DINAR EMAS PUBLIC DINAR:

    1. Harga yang rendah baik untuk mereka yang baru nak memulakan pelaburan emas. 2. Spread yang rendah (5% - 6%) 3. Boleh digadaikan di Ar-rahn 4. Design yang cantik 5. Mudah dibeli melalui agen Public Gold.

    Gambar 17 : Gambar jarak dekat dinar emas Public Dinar

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    31/71

    Dinar Emas Kelantan.

    Dinar emas Kelantan telah dilancarkan pada 20 September 2006. Laman web Dinar Emas Kelantan ialah http://www.dinarkel.com/

    Ini adalah gambar dinar emas Kelantan.

    Gambar 18 : Dinar Emas Kelantan (laminate)

    Gambar 19: Dinar Emas Kelantan (tak laminate)

    Ia terdapat di dalam 2 bentuk iaitu yang di laminate dan juga yang tidak di laminate. Jika anda tanya saya yang mana satu patut dipilih maka saya cadangkan anda beli yang tak di laminate. Sebabnya senang nak gadai.

    Saiz dinar emas Kelantan yang dijual adalah 2 Dinar, 1 Dinar, 1/2 Dinar dan 1/4 Dinar

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    32/71

    BAGAIMANA MEMBELI DINAR EMAS KELANTAN?

    Jika anda berminat untuk membeli Dinar Emas Kelantan, anda boleh mendapatkannya di kedai Ar-Rahn di sekitar Kelantan.

    Untuk lokasi kedai Ar-Rahn, sila rujuk http://www.dinarkel.com/wtb.html

    Bagi mereka yang tinggal di kawasan KL dan Selangor, anda boleh mendapatkan dinar emas kelantan di Ar-Rahn berikut.

    Ar-Rahn Kajang No. 10 Jalan Raja Harun 43000 Kajang Selangor Tel: 03-87361517 Fax: 03-87367552

    Ar-Rahn Raja Laut No. 44G, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Tel : 03-26933433 Fax : 03-26933431

    Ar-Rahn Rawang No. 49, Jalan Maxwell, 48000 Rawang, Selangor. Tel : 03-60928441 Fax : 03-60928429

    HARGA DINAR EMAS KELANTAN.

    Harga belian dan jualan dinar emas Kelantan boleh dilihat di laman web http://www.dinarkel.com/ .

    Tengok kat penjuru kiri, bawah sikit, ada jadual seperti di bawah:

    Harga yang dipaparkan adalah harga belian dan jualan.

    Selling = harga dinar yang dijual kepada pelanggan Buying = harga belian daripada pelanggan

    KEBAIKAN:

    1. Harga yang rendah baik untuk mereka yang baru nak bermula 2. Boleh digadaikan di Ar-rahn

    KELEMAHAN:

    1. Spread dinar emas Kelantan agak tinggi iaitu 9% 2. Tidak semua negeri mempunyai Ar-rahn dinar emas Kelantan

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    33/71

    Membeli emas fizikal di kedai emas.

    Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa kedai emas yang menjual jongkong emas. Antaranya ialah Habib Jewel, Poh Kong dan beberapa jenis kedai emas lagi.

    Tetapi saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas. Ini kerana harga yang dijual adalah lebih tinggi dan susut nilai apabila anda menjual semula jongkong emas tersebut boleh menjangkau antara 10% - 25%.

    Terdapat 2 jenis jongkong emas yang popular dan boleh anda beli daripada kedai emas iaitu:

    1. PAMP Suisse 2. Poh Kong Bunga Raya

    JONGKONG EMAS PAMP SUISSE

    PAMP ini adalah singkatan bagi (Produits Artistiques Mtaux Prcieux) (artistic, precious metals products).

    PAMP yang berpangkalan di Switzerland merupakan salah sebuah syarikat yang terkemuka dunia dalam menulenkan logam berharga dan mengeluarkan produk-produk daripada logam-logam berharga seperti perak, emas, platinum dan paladium.

    Laman web syarikat ini ialah http://pamp.com/main.htm

    Emas keluaran PAMP ini diiktiraf mutu, kualiti dan ketulenannya di seluruh dunia. Kesemua gold bar PAMP mempunyai nombor siri dan juga sijil ketulenan.

    Di Malaysia, terdapat 2 bentuk gold bar PAMP yang dijual iaitu Lady Fortuna dan juga jongkong dengan sijil berwarna merah jambu.

    Jongkong emas PAMP Suisse boleh dibeli di Habib Jewel dan sesetengah kedai emas,

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    34/71

    Gambar 20 : PAMP Suisse dengan sijil merah jambu.

    Gambar 21 : PAMP Suisse Lady Fortuna

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    35/71

    JONGKONG EMAS POH KONG BUNGA RAYA.

    Kedai Emas Poh Kong ada menjual jongkong emas keluaran mereka sendiri.

    Ia dinamakan jongkong emas Bunga Raya. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan melawati laman web syarikat berkenaan di: http://pohkong.com.my/collections/bunga_raya/bunga_raya.asp

    Gambar 22 : Jongkong Emas Poh Kong Bunga Raya

    KEBAIKAN

    1. Anda boleh beli menggunakan kad kredit 2. Mungkin lokasi kedai emas lebih berhampiran tempat tinggal anda.

    KEBURUKAN

    1. Harga emas yang dijual adalah tinggi 2. Kadang-kadang ada kos workmanship 3. Spread yang sangat tinggi (10% - 25%) 4. Jongkong Emas Lady Fortuna dan Poh Kong Bunga Raya diletakkan di dalam

    bekas plastik yang tidak boleh dibuka. Jadi susah kalau nak gadaikan. Kalau buka juga maka kedai emas akan tolak tinggi sewaktu anda nak jual semula.

    Memandangkan harga emas yang tinggi dan susut nilai juga terlalu tinggi, saya tidak menggalakkan anda membeli jongkong emas daripada kedai emas untuk tujuan pelaburan.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    36/71

    Kajian kes: Keburukan membeli jongkong emas di kedai emas. Berdasarkan kajian saya, membeli emas kat kedai emas bukanlah cara terbaik untuk membuat pelaburan emas. Ia mempunyai banyak kelemahan.

    Antaranya:

    1. Harga emas di kedai emas adalah lebih tinggi berbanding harga emas fizikal bank. Ini kerana harga kedai emas biasanya berdasarkan kepada harga Federation of Goldsmiths And Jewellers Association Of Malaysia (FGJAM) (BM = Persekutuan Tukang Emas dan Persatuan Jauhari Malaysia)

    http://www.fgjam.org.my/

    2. Perbezaan harga belian dan jualan yang tinggi (spread)

    3. Jika jongkong emas itu dibalut plastik (contohnya jongkong emas Poh Kong Bunga Raya dan PAMP Suisse Lady Fortuna, maka anda tak boleh buka pembalut plastik tersebut. Jika anda membuka juga pembalut plastik tersebut maka gold bar tersebut akan dikira emas terpakai (harga boleh dipotong sehingga 25%- sangat tinggi)

    KISAH PAMP SUISSE LADY FORTUNA YANG DIBUKA.

    Untuk pengetahuan anda semua, saya ada membeli emas PAMP Suisse Lady Fortuna daripada kedai Emas Poh Win Melaka.

    Gambar 23 : Kedai Emas Poh Win di Melaka

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    37/71

    Gambar 24 : Gold Bar PAMP Suisse saya

    Untuk pengetahuan anda semua, saya telah membuka plastik emas PAMP Suisse Lady Fortuna saya.

    Gambar 25 : Kena buka pakai pisau sebab plastiknya keras

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    38/71

    Gambar 26 : Bukan seketul tetapi ketiga-tiganya saya buka.

    Sebabnya saya nak pergi gadai kat Ar-Rahnu Bank Rakyat, dapat duit then invest balik dengan membeli lebih banyak emas.

    Kemudian, untuk melihat sejauh mana potongan harga yang dikenakan kedai emas, saya pergi balik kat Kedai Emas Poh Win sekitar Melaka dan bertanya kepada mereka 2 soalan:

    1. Adakah mereka akan terima PAMP Suisse Lady Fortuna yang dibuka? 2. Kalau terima, berapa % akan ditolak dari harga semasa?

    Kedai Emas Poh Win #1 (lokasi dirahsiakan)

    Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?"saya tanya.. Of course kami akan beli balik, normal rate 13% tapi kena tambah lagi 5%, jawab jurujual Poh Win I see jadi you all akan tolak 18% la Yes, kalau tak buka plastik tolak 13%, kalau buka plastik tolak 18% jawabnya lagi

    Pergh bukak plastik saja kena potong 18%

    Kedai Emas Poh Win #2 (lokasi dirahsiakan)

    Saya tiba ke kedai Poh Win yang kedua, nak tanya soalan yang sama

    Kalau saya bukak cover plastik PAMP Suisse nie.. you all akan beli balik tak?"saya tanya.. Of course kami akan beli balik, tapi kena tolak 25%, jawab jurujual Poh Win Aiya! apasal banyak sangat saya tanya. Terkejut beruk dibuatnya Ooo kalau bukak plastik kita kira used gold jawab sales girl

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    39/71

    Pergh kedai nie lagi teruk gold bar tu dikira used gold.

    Lepas tu kena tolak 25% dari harga semasa.

    Rasa menyesal beli emas kat diorang nie.

    KES GOLD BAR POH KONG BUNGA RAYA.

    Isnin 16/3/2009 Saya pergi ke Kedai Emas Poh Kong kat Jusco Seremban, nak beli gelang kat isteri jadi waktu isteri dok tengah pilih gelang, saya tanya sales girl pasal gold bar Bunga Raya.

    Gold bar yang saya tengok ialah Bunga Raya yang beratnya 20gram (harga RM2600)

    Gold bar nie kalau jual balik berapa kena potong? saya bertanya Oh.. ini potong dalam 11.5% encik.. jawab sales girl tersebut sambil menunjukkan buku nota harga belian dan jualan gold bar. Kalau saya buka plastik nie macam mana.. u all akan ambil balik tak? saya tanya lagi.. Oooo.. kalau buka plastik nie kita kira used gold.. akan tolak 25% jawab dia

    Hati kecil saya berkata .. Buka plastik pembalut yang tak bernilai tu boleh menyebabkan susut nilai emas daripada 11.5% kepada 25%

    Memang sangat merugikan beli emas kat kedai emas ini.

    Jadi, bagi mereka yang nak beli jongkong emas dari kedai emas, hati-hatilah

    Kalau tak boleh buka plastik cover emas tu.. maknanya anda tak boleh nak gadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Sebab Ar-Rahnu akan test emas anda. Memang kena buka cover plastik tu

    Namun, kalau dibuka plastik cover tu, diorang kira sebagai emas terpakai.

    Bertambah lagi potongan yang dikenakan.

    KESIMPULAN

    Membeli jongkong emas daripada kedai emas adalah merugikan.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    40/71

    Pelaburan emas melalui akaun simpanan emas

    Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.

    Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu

    1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA) 2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)

    Gambar: Buku akaun simpanan emas Maybank dan Public Bank

    Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan.

    Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    41/71

    AKAUN PUBLIC BANK GIA.

    Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana cawangan Public Bank di seluruh Malaysia.

    Untuk mengetahui Public Bank yang berhampiran tempat anda, sila lawati http://www.pbebank.com/en/en_content/info/branches.html

    Anda juga boleh membeli dan menjual emas sepanjang waktu beroperasi Public bank.

    Kos membuka akaun simpanan GIA adalah kecil. Anda cuma perlu membeli minimum 20 gram emas sahaja sebagai permulaan. Jika nak tambah pelaburan emas anda, minima ialah 5 gram dan dalam gandaan 1 gram.

    Selain itu spread cuma RM4 gram. Memang murah berbanding Maybank GSPA (perbezaan antara RM5.50 ++ /gram)

    MELIHAT HARGA EMAS GIA

    Sebagai pelabur, anda tentu nak tengok perkembangan harga emas betul tak? Naik ker? turun ker? Jadi anda boleh tengok perkembangan harga emas Public Bank GIA kat sini:

    http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

    Gambar: Harga emas harian Public bank GIA

    Selling Price = Harga emas yang dijual oleh bank kepada pelabur Buying Price = Harga belian semula bank daripada pelabur .

    Salah satu kelebihan akaun simpanan GIA ialah anda tak perlu simpan emas fizikal. Nilai emas yang dibeli akan direkodkan ke dalam buku simpanan anda. Tak perlu takut hilang emas.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    42/71

    Saya sendiri telah membuka akaun Public Bank GIA di Public Bank Ayer Keroh.

    Jadi saya ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang akaun Public Bank GIA ini secara terperinci.

    First sekali, untuk membuka akaun Public Bank GIA, anda MESTI mempunyai akaun simpanan (saving) dengan Public Bank. Jika belum ada, maka anda akan diminta membuka akaun simpanan terlebih dahulu. Pegawai Public Bank akan uruskan untuk anda.

    Terdapat 2 jenis akaun simpanan yang boleh anda pilih iaitu:

    1. Akaun simpanan biasa (Basic- deposit RM20) http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/deposits/b_savings.html

    2. Akaun simpanan Al-Wadiah-i (deposit RM250) http://www.publicislamicbank.com.my/pibb/en/en_content/personal/wadiah_saving.html

    Selepas buka salah satu daripada akaun simpanan di atas, baru boleh buka GIA.

    Kalau anda dah ada akaun simpanan Public Bank, maka anda boleh terus membuka akaun GIA.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    43/71

    MAYBANK GOLD SAVING PASSBOOK ACCOUNT (GSPA)

    Maybank juga menawarkan akaun simpanan pelaburan emas. Sama seperti GIA, GSPA ini hanya melibatkan pembelian emas melalui buku. Namun GSPA menawarkan kemudahan

    mengeluarkan emas fizikal di dalam bentuk 10gram, 20 gram dan 50 gram di cawangan tertentu.

    Jika anda berminat membuka akaun simpanan GSPA, anda boleh pergi ke mana-mana

    cawangan Maybank untuk membukanya.

    SYARAT-SYARAT MEMBUKA AKAUN:

    1. Pelaburan minimum ialah 5 gram 2. Boleh buka akaun individu atau kongsi sehingga 4 orang

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    44/71

    HARGA EMAS MAYBANK GSPA

    Harga emas GSPA boleh di pantau di laman web Maybank2u.com http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

    KOMEN SAYA:

    1. Dari segi spread, Public Bank GIA adalah lebih rendah berbanding Maybank GSPA.

    2. GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan dalam bentuk jongkong emas sedangkan Public Bank GIA tidak menawarkan pengeluaran di dalam bentuk

    emas fizikal.

    3. Kelemahan yang ketara untuk pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ialah anda tidak mendapat emas fizikal. Jadi anda tidak boleh memajak emas sekiranya memerlukan wang. Selain itu anda juga tidak boleh menjual emas jika belum mendapat keuntungan, jika tidak anda akan rugi jika menjual pada harga lebih rendah daripada harga belian.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    45/71

    FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MEMBELI EMAS PELABURAN.

    Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:

    1. Harga emas tersebut semakin murah harganya maka semakin baik.

    2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik.

    3. Ketulenan emas sebaiknya beli emas 999.9 atau 916

    4. Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.

    5. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread)

    6. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.

    7. Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana kedua-dua bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar. Anda boleh membaca kisah Kijang Emas yang tercalar di sini: http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/kisah-kijang-emas-yang-tercalar/

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    46/71

    Topik 3: Memilih emas fizikal atau akaun simpanan emas?

    Sekarang anda telah mengetahui bahawa terdapat 2 jenis emas pelaburan yang boleh dibeli iaitu emas fizikal dan akaun simpanan emas.

    Persoalannya, yang mana satu sesuai dengan anda? Emas fizikal atau akaun simpanan emas?

    Jawapan saya.

    BELI EMAS FIZIKAL.

    Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas. Ini kerana anda boleh menggadaikan emas fizikal dan memperoleh wang jika memerlukan. Jadi, walaupun harga emas jatuh anda tidak akan mengalami kerugian.

    Berbeza dengan akaun simpanan emas. Anda akan mengalami kerugian jika menjual pada harga yang rendah daripada harga belian. Anda perlu menunggu sehingga harga naik sebelum mendapat keuntungan.

    Emas fizikal boleh dijual pada bila-bila masa kepada sesiapa yang ingin membelinya walaupun ketika cuti atau waktu malam sedangkan untuk akaun simpanan emas anda cuma boleh menjualnya di bank ketika waktu perbankan.

    Jika anda menghadapi masalah untuk menyimpan emas fizikal atau takut risiko kehilangan emas fizikal maka barulah saya cadangkan anda melabur di dalam akaun simpanan emas.

    Gambar 27 : Beli emas fizikal. Ia jauh lebih baik daripada akaun simpanan emas.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    47/71

    Topik 4: Harga emas di Malaysia.

    Untuk pengetahuan anda semua harga emas adalah tidak sama di antara satu institusi dengan satu institusi yang lain. Dengan kata lain harga emas adalah bebas ditentukan oleh penjualnya. Sebagai pelabur yang bijak, adalah penting bagi anda untuk membeli emas pelaburan yang hampir dengan harga emas pasaran antarabangsa. Ini bagi meminimumkan kos membeli emas pelaburan berkenaan.

    Harga emas antarabangsa di dalam RM boleh dilihat di sini:

    http://goldprice.org/gold-price-malaysia.html

    Kemudian anda boleh bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh institusi lain

    Berikut saya senaraikan kompilasi harga-harga emas di yang dijual di Malaysia

    1. Harga Harian Syiling Kijang Emas http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=141

    2. Harga Harian Emas Public Bank Gold Investment Account (GIA) http://www.pbebank.com/en/en_content/personal/rates/goldinvest.html

    3. Harga Emas Public Fine Gold (Public Gold) http://publicgold.com.my/

    4. Harga Emas Public Dinar (Public Dinar) http://publicdinar.com/

    5. Harga Dinar Emas Kelantan http://www.dinarkel.com/

    6. Harga Emas UOB Bank Gold Products http://www1.uob.com.my/jsp/finance/fin_gold.jsp?func=gold

    7. Federation of Goldsmiths And Jewellers Associations Of Malaysia (FGJAM) http://www.fgjam.org.my/

    8. Harga Harian Emas Maybank Gold Saving http://www.maybank2u.com.my/mbb_info/m2u/public/treasuryRates.do?chCatId=/mbb/Personal/INV-Investment&programId=INV03-Gold&cntTypeId=0&cntKey=INV03.03

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    48/71

    Topik 5: Bagaimana menjana keuntungan dengan pelaburan emas?

    Saya pasti ramai yang ingin mengetahui rahsia menjana pendapatan dengan emas.

    Jadi di sini saya ingin berkongsi cara-cara membuat keuntungan dengan emas. Tapi anda perlu siapkan minda anda terlebih dahulu.

    Siapkan minda anda terlebih dahulu. Sebelum saya mengajar anda teknik-teknik membuat untung melalui emas, saya berharap anda dapat menyediakan mental anda terlebih dahulu.

    1. Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur tetapi kena tahu tempoh masa yang perlu dibuat bagi pelaburan ini. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun.

    2. Sifat harga emas adalah turun naik tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan bergerak naik.

    3. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena berniaga emas + membuat pelaburan emas.

    4. Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas yang menawarkan pulangan lumayan. Ini kerana risiko adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah bungkus dan ramai yang telah kerugian besar.

    5. Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca dan bertanya. Jika anda menghadapi masalah anda boleh menghubungi saya.

    Teknik-teknik menjana keuntungan dengan emas.

    1. Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset. 2. Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi 3. Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal 4. Menjana keuntungan dengan akaun simpanan GIA 5. Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak) 6. Melabur sambil berniaga emas.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    49/71

    Teknik 1 : Beli emas fizikal dan pegang selama yang mungkin sebagai aset.

    Teknik ini lebih menjurus kepada membeli emas sebagai aset. Anda beli emas fizikal dan peganglah ia selama yang mungkin contohnya 20 30 tahun. Emas ini akan menjadi sumber tunai/pinjaman anda. Anda tidak terfikir langsung untuk menjual emas ini.

    Bagaimana membuat keuntungan dengan cara ini?

    Dengan andaian harga emas naik 27% setahun di dalam jangka masa panjang anda akan nampak keuntungan apabila anda pergi memajak emas ini di Ar-Rahnu.

    Ini kerana, semakin tinggi nilai emas anda maka semakin banyak wang yang anda boleh pinjam di Ar-Rahnu. Semakin banyak wang yang anda boleh pinjam maka semakin banyak perkara yang boleh anda lakukan.

    SEBAGAI CONTOH,

    Anda membeli 100 gram emas pada tahun 2009 dengan harga RM11 400.

    Maka nilai pinjaman daripada Ar-Rahnu (andaian: Bank Rakyat) pada tahun 2009 ialah: 65% x RM11400 = pinjaman RM7410

    Pada tahun 2013, dengan andaian harga emas anda naik 108% Maka nilai emas naik menjadi RM23 712 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM23 712 = RM15 412.80

    Pada tahun 2017, dengan andaian harga emas anda naik 216% menjadi RM36 024 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM36 024= RM23 415.60

    Pada tahun 2021, dengan andaian harga emas anda naik 324% menjadi RM48 336 maka nilai pinjaman Ar-Rahnu 65% x RM48 336= RM31 418.40

    Kita boleh lihat di sini, emas yang dibeli pada tahun 2009 dengan harga RM11 400 boleh memberikan pinjaman bernilai RM31 418.40 setelah 12 tahun

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    50/71

    Saya sendiri membuat teknik ini. Anda nak tengok emasnya? Ini dia:

    Gambar 28 : Gold bar yang saya beli dan akan pegang untuk tempoh 20 tahun

    Saya membeli gold bar PAMP Suisse Lady Fortuna 3 keping. 2 keping x 1 Ounce dan sekeping 50 gram.

    Dengan tenik ini anda tidak perlu risau langsung sama ada harga emas akan naik atau turun. Anda cuma perlu ada emas yang disimpan sebagai aset di masa hadapan.

    Teknik 2: Beli emas fizikal ketika harga rendah dan jual apabila harga tinggi

    Saya telah menulis tentang teknik ini di sini: http://jutawanemas.com/v1/gold-article/keuntungan-lumayan-melalui-jual-beli-emas-part-1/

    Ini adalah kaedah yang termudah sekali. Beli ketika harga rendah dan jual pada harga tinggi.

    Emas yang sesuai digunakan ialah emas fizikal seperti Syiling Kijang Emas, Dinar Emas, syiling emas dari UOB Bank dan Public Gold gold bar.

    Lebih rendah spread emas tersebut maka lebih cepat anda mendapat keuntungan.

    Anda beli emas fizikal ini kemudian simpan elok-elok.

    Apabila harga naik melepasi target keuntungan anda maka anda boleh jual balik dan memperoleh keuntungan.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    51/71

    Memandangkan emas yang dibeli adalah emas fizikal, anda boleh memajaknya di Ar-Rahnu kalau nak pakai duit. Jadi tak perlu risau modal terbeku. Itu sebabnya saya amat menggalakkan anda membeli emas fizikal.

    Contoh bagi Kijang Emas:

    p/s: Harga Kijang Emas pada 21/8/2009 ialah RM3388 (belian)

    Berdasarkan kepada jadual di atas, anda dapati harga Kijang Emas memang naik. Tapi untuk membuat untung, anda sendiri yang tentukan

    Kebaikan:

    1. Anda berkemungkinan boleh menjual dengan harga yang lebih tinggi dari harga pasaran kepada orang yang berminat nak beli emas fizikal anda. So boleh tambah untung lagi

    Teknik 3 : Buat pinjaman semaksimum mungkin dan beli emas fizikal

    Saya ada menulis teknik ini di sini: http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/buat-loan-bank-untuk-beli-emas-untung-ke/

    Berdasarkan analisa saya membuat pinjaman dan membeli emas fizikal memang menguntungkan. Ini kerana pinjaman untuk membeli emas fizikal adalah pinjaman yang baik.

    Pinjaman yang baik ialah pinjaman yang menyebabkan anda menjadi bertambah kaya Pinjaman yang buruk ialah pinjaman yang menyebabkan anda bertambah miskin

    Ok, berbalik pada cerita buat pinjaman untuk membeli emas.

    Di sini adalah analisis saya berdasarkan data yang sebenar..

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    52/71

    KAJIAN KES:

    Pada Mei 2002 jika anda buat personal loan Bank Rakyat sebanyak RM10 000 untuk tempoh 5 tahun maka anda perlu bayar RM227 sebulan bermula Jun 2002 sehingga April 2007. Jadi jumlah bayaran kepada bank selama 5 tahun ialah RM13 620.00

    Jika RM10 000 semuanya anda beli syiling Kijang Emas 1 Oz (2 Mei 2002) maka anda dapat beli 8 Keping Kijang Emas 1 Oz

    Bila loan anda dah selesai bayar pada April 2007, nilai Kijang Emas 1 Oz itu menjadi RM2351 (2/4/2007).

    Dengan kata lain, setelah 5 tahun Kijang Emas anda sebanyak 8 keping itu berharga RM2351 x 8 = RM18 808!

    Kalau anda jual semua syiling Kijang Emas tersebut pada 2/4/2007, maka keuntungan bersih anda ialah RM5188.00

    Anda akan untung 51.88% .

    Katakan anda tak nak jual Kijang Emas tersebut dan masih memegang sehingga hari ini (23/7/2008 tarikh artikel ini ditulis) berapa untung nya?

    Ini pengiraannya:

    Harga Kijang Emas pada 22/7/2008 ialah RM3208.00 seunit Jadi RM3208.00 x 8 keping = RM25,664.00!!

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    53/71

    .

    Keuntungan bersih anda ialah RM12,044!! dalam masa 6 tahun (bersamaan 120%). Purata pulangan ialah 20% setahun. Hebat betul keuntungan daripada emas ini ye.

    MENGAPA SAYA YAKIN TERHADAP TEKNIK INI?

    Berdasarkan kepada pembacaan yang intensif dan kajian yang menyeluruh , kesemua pakar pelaburan memberitahu bahawa sekarang zaman kenaikan emas.

    Sistem kewangan berasaskan kredit telah mengalami masalah. Dengan kata lain harga emas memang berpotensi tinggi meningkat naik.

    Kita pun tahu krisis ekonomi telah melanda Amerika Syarikat dan akhirnya merebak ke seluruh dunia.

    Gambar 29 : Buku-buku bacaan dan kajian saya berkenaan emas dan sistem kewangan

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    54/71

    Gambar 30 : Kebanyakan penulis buku pelaburan meramalkan harga emas akan naik

    Dengan situasi ekonomi yang tidak menentu, kita sudah dapat lihat harga emas telah naik sehingga mencecah USD1000 / Oz.

    Ini adalah kenaikan harga yang sukar dibayangkan memandangkan harga emas pada tahun 1970-an hanyalah USD35/Oz.

    Jadi dalam tempoh 40 tahun, harga emas mencanak naik daripada USD35 / Oz kepada USD 1000 / OZ (sekarang ini harga emas sekitar USD953 USD / Oz)

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    55/71

    BAGAIMANA DENGAN SAYA? ADAKAH SAYA MEMBUAT TEKNIK INI?

    Saya memang membuat teknik ini. Bagi saya, ilmu yang baik + tindakan yang betul akan mendatangkan keuntungan yang besar.

    Saya bukan sekadar membeli emas fizikal sebagai pelaburan tetapi sebagai perniagaan.

    Daripada duduk termenung menunggu kenaikan harga emas, lebih baik saya tambah income dengan menjual emas.

    Emas yang saya jual ialah emas Public Gold. Mula-mula saya start dengan RM30 000, kemudian tambah lagi kepada RM50 000 dan akhirnya mencecah RM110 000.

    Kesemua ini saya beli emas. Memang untung sebab selain daripada menikmati kenaikan harga emas, saya juga mendapat pendapatan sampingan daripada menjual emas.

    Ini dinamakan melabur sambil berniaga :) hehehe...

    Gambar 31 : Surat loan Bank Rakyat - semua invest di dalam emas.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    56/71

    Teknik 4: Menjana keuntungan dengan akaun Public Bank GIA

    Selain daripada menjana keuntungan melalui emas fizikal, akaun simpanan emas Public Bank GIA juga boleh membantu anda menjana keuntungan

    Public Bank menjual emas mengikut pergerakan harga emas dunia (spot gold + exchange rate bank + untung bank).

    Anda boleh membuat keuntungan yang menarik melalui kaedah Ini.

    Caranya ialah membeli emas apabila harga turun dan menjual kembali apabila harga emas naik.

    Memandangkan perbezaan harga belian dan jualan yang rendah (RM4) maka anda boleh mendapat keuntungan lumayan jika harga emas naik melebihi RM4.

    hehehe.. mari kita lihat contoh sebenar:

    Pada 12/9/2008 harga jualan emas Public Bank ialah RM85.99/gram

    Pada 19/9/2008 harga emas naik menjadi RM92.71/gram

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    57/71

    Ini adalah keuntungan RM6.72/gram (7.81%) dalam masa seminggu!

    Katakan anda membeli 302 gram emas, dan anda jual balik 300 gram pada 19/9/2008 (kena simpan min 2 gram dalam akaun) maka

    anda akan untung RM6.72 x 300 = RM2016.00!!

    Kemudian, nak dijadikan cerita, harga emas terus naik daripada 19/9/2008 Setelah 2 minggu (26/9/2008) harganya mencecah RM96.27

    Ini adalah keuntungan RM10.28/gram (11.95%) selepas 2 minggu!!!

    Dalam tempoh 2 minggu sahaja 300 gram emas yang anda beli kat Public Bank akan memberikan keuntungan sebanyak RM3084.00 (RM10.28 x 300 gram = RM3084)

    Kalah dividen setahun ASB betul tak?

    Tip: Memaksimumkan keuntungan pelaburan GIA anda.

    Anda juga boleh membaca artikel ini di blog Jutawanemas di sini: http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/tips-memaksimakan-keuntungan-pelaburan-emas-gia-anda/

    Tip ini jika dilakukan dengan betul akan menambahkan keuntungan anda.

    SIFAT HARGA EMAS.

    Untuk berjaya di dalam pelaburan emas , kita kena tahu bahawa emas ini termasuk dalam kategori komoditi. Sifat komoditi ialah harganya akan berubah-ubah mengikut trend sama ada harga menaik atau harganya menurun.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    58/71

    Mari kita lihat graf harga emas di bawah. Nampak tak? harga emas naik kemudian turun. lepas tu naik balik lepas tu turun kemudian harga naik balik

    gambar: harga pasaran emas yang menaik dan menurun

    Daripada sifat naik turun harga emas ini kita boleh buat untung. Anda cuma perlu baca dan fahami artikel ini, lepas tu mulakan langkah membeli emas anda dan membuat keuntungan

    BEBERAPA ISTILAH PENTING.

    Untuk memahami kaedah ini dengan lebih lanjut, anda perlu tahu beberapa istilah iaitu support dan resistance.

    Support bermaksud halangan untuk harga turun dengan lebih rendah. Resistance bermaksud halangan untuk harga naik dengan lebih tinggi.

    Bagaimana mengetahui sama ada trend harga menaik atau menurun?

    Jawapan, anda boleh melawat blog saudara Hafiz di http://pampsuisse.blogspot.com/ .

    Beliau aktif membuat analisis teknikal harga emas. Kalau tak faham anda boleh bertanya beliau di ruangan sembang-sembang emas blog jutawanemas.com

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    59/71

    MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN BILA TREND HARGA MENAIK.

    Situasi: katakan anda telah membeli emas GIA pada 23/10/2008 sebanyak 202 gram.

    Harga emas Public Bank GIA ketika itu ialah RM84.99/gram.

    Jadi, jumlah modal anda ialah RM17,167.98

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    60/71

    Kemudian, pada 25/11/2008, harga GIA ialah RM93.02/gram. Anda telah untung sebanyak RM8.03/gram!

    Jumlah keuntungan keseluruhan anda pula ialah RM1622.06!! (selepas sebulan je) (Pengiraan: RM8.03/gram x 202 gram)

    Jadi, anda bercadang nak jual semula emas anda nie. Jadi berapa banyak nak jual balik? nak jual semua ke?

    Jawapan: Memandangkan harga masih lagi dalam trend menaik, anda tak perlu menjual semua emas GIA anda. Anda cuma jual nilai keuntungan sahaja.

    Dalam kes ini, keuntungan ialah RM1622.06 . Jadi anda kena jual sebanyak:

    RM1622.06/RM93.02 = 17.43 gram

    Memandangkan anda kena jual dalam gandaan 1 gram, maka anda cuma perlu menjual 17 gram sahaja dan membawa pulang RM1581.34.

    Baki yang tinggal dalam akaun GIA anda sekarang ialah 185 gram. Jadi, bila harga terus menaik lagi, maka anda akan berpeluang mengaut keuntungan lagi dengan cara yang sama.

    MEMAKSIMAKAN KEUNTUNGAN BILA TREND HARGA MENURUN.

    Situasi: Katakan anda telah membeli emas GIA pada harga rendah. Kemudian harga telah meningkat.. dan meningkat sehingga mencapai harga resistance.

    Sekarang, harga emas dijangkakan dalam trend menurun.

    Gambar: Trend harga menurun

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    61/71

    Apa nak buat?

    Jawapan: Jual semua emas GIA anda. Tinggalkan baki 2 gram je.

    Keuntungan daripada jualan anda ambil, modal pula anda simpan.

    Kemudian tunggu aje sehingga harga turun dan turun. sehingga harga emas mencapai support line. Ini kerana, selepas harga mencapai support line, maka trend menaik akan bermula kembali.

    Penantian suatu penyeksaan, tapi apabila harga target dah sampai.. maka kita start beli balik emas GIA.

    Jadi anda cuma perlu mengulangi proses-proses di atas. InsyaAllah anda boleh dapat banyak keuntungan daripada pelaburan emas anda.

    TEKNIK MEMBELI EMAS GIA KETIKA HARGA NAK NAIK.

    Sewaktu masa membeli tiba, terdapat 2 teknik membeli.

    1. Teknik cost averaging: beli sikit-sikit mengikut perubahan harga. 2. Teknik beli semua: semua modal tu terus beli emas. Tak payah tunggu.

    Yang mana satu terbaik? erm kena ikut style anda juga. Tepuk dada tanya selera

    Teknik 5: Membuat keuntungan dengan emas fizikal (menggunakan teknik pajak) Baiklah, sekarang saya ingin berkongsi teknik menjana keuntungan dengan menggunakan emas fizikal.

    Teknik ini utk pemegang emas fizikal ajer, GIA dan Maybank GSPA tak boleh.

    Sesiapa yang dah beli emas fizikal, tahniah! teknik ini untuk anda.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    62/71

    Bagi yang tak ada emas fizikal @ buat pelaburan dengan akaun GIA atau Maybank Gold Saving passbook, teknik ini anda tak boleh buat

    Untuk pengetahuan anda semua, saya sering kali menerima soalan seperti berikut

    En. Syukor, sesuai ker saya beli emas sekarang nie? Nampak harga emas tengah mahal nie? (soalan yang ditanya ketika harga emas di dalam trend menaik)

    Jawapan standard yang saya akan berikan ialah:

    Kalau anda nak beli GIA, tunggu dulu sebab harga tengah tinggi. Tapi kalau nak beli emas fizikal, then beli ajer.. tak payah tunggu-tunggu

    Apakah rahsia di sebalik jawapan saya ini? Kenapa kalau emas GIA saya suruh hold dulu dan tunggu harga murah?

    Tapi kalau nak beli emas fizikal saya suruh beli ajer?

    JAWAPANNYA.

    Emas fizikal ini banyak keistimewaannya.

    Setiap kali anda membeli emas fizikal, anda telah membuat pelaburan yang sangat tepat dan terbaik.

    Jadi, walaupun anda beli emas fizikal pada harga tinggi, anda tetap untung kerana ia boleh dipajak. Akaun simpanan emas seperti GIA dan Maybank GSPA (beli emas atas kertas) cuma boleh untung dengan beli harga murah, jual harga tinggi.

    Pajak memang tak boleh.

    Tapi emas fizikal nie beli murah ker.. mahal ker.. memang boleh buat untung.

    Bagaimana caranya? Di sini saya ingin ajar 2 teknik membuat keuntungan menggunakan emas fizikal.

    Teknik 1: Pajak emas fizikal dan masuk GIA

    Teknik 2: Pajak emas dan beli lagi emas fizikal kemudian pajak, kemudian beli emas fizikal lagi.

    Kalau anda faham betul-betul, saya gerenti anda akan buat keuntungan.

    Banyak atau sikit keuntungan bergantung kepada modal anda dan entry point anda. Kalau modal kecil, untung pun kecil. Kalau modal besar, untung pun besar.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    63/71

    Selain itu, ia juga bergantung kepada setinggi mana harga emas akan naik.

    Gambar 32 : Sebagai contoh, harga emas meningkat 26% dalam masa kurang 2 bulan

    TEKNIK 1: PAJAK EMAS FIZIKAL DAN MASUK GIA

    1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu 2. Hasil duit pajakan semuanya digunakan untuk membeli emas GIA Public Bank 3. Bila harga dah naik, jual emas GIA dan tebus balik emas di Ar-Rahnu 4. Kira keuntungan

    TEKNIK 2 :PAJAK EMAS DAN BELI LAGI EMAS FIZIKAL KEMUDIAN PAJAK, KEMUDIAN BELI EMAS FIZIKAL LAGI.

    1. Ketika harga emas rendah, pajakkan emas anda di Ar-Rahnu (dapat 65% pinjaman) 2. Beli lagi emas fizikal dengan duit 65% tersebut. 3. Pajak semula emas fizikal tersebut dan dapat lagi 65% pinjaman 4. Beli lagi emas fizikal dengan 65% pinjaman tersebut. Boleh ulang-ulang proses nie. No problem kalau modal anda besar. 5. Bila harga emas naik, jual emas fizikal tersebut pada harga tinggi 6. Tebus balik semua emas yang dipajak kat Ar-Rahnu 7. Kira keuntungan anda

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    64/71

    Teknik 6 : Melabur sambil berniaga emas.

    Baiklah, saya ingin berkongsi satu rahsia dengan anda. Teknik ini memang mendatangkan pulangan yang lumayan. Anda bukan sahaja mendapat keuntungan tak kira sama ada apabila harga emas naik ataupun turun. Kedua-dua situasi pun anda akan untung.

    Caranya ialah dengan melabur sambil berniaga emas.

    Berdasarkan kepada analisis saya, inilah teknik yang sangat hebat kerana membolehkan anda menjana pendapatan tidak kira sama ada harga emas sedang naik atau turun. Jika anda membeli emas pelaburan dan menunggu harga naik, maka keuntungan anda ditentukan oleh pasaran emas sahaja. Jika pasaran naik banyak maka untung pun banyak, jika pasaran jatuh maka anda kena tunggu lagi.. pergh.. ini adalah waiting game.

    Salah satu cara melabur sambil berniaga emas ialah dengan menjadi agen Public Gold.

    Dengan menjadi agen Public Gold, anda bukan sahaja boleh membuat pelaburan emas fizikal untuk diri sendiri namun anda turut berpeluang menjual emas pelaburan yang sangat berkualiti, murah harganya dan dapat menjana pendapatan sampingan.

    Sewaktu saya mula menulis blog jutawanemas.com pada bulan Jun 2008, saya tidak mengenali Public Gold lagi. Saya cuma mengenali Kijang Emas, Syiling Emas UOB Bank, Dinar Emas Kelantan dan juga PAMP Suisse.

    Namun pihak Public Gold telah menghubungi saya dan memberitahu bahawa mereka merupakan pengeluar emas pelaburan yang menjual emas pelaburan pada harga antarabangsa. Saya begitu teruja mendengar cerita tersebut. Akhirnya saya pun pergi ke pejabat Public Gold di Bukit Jambul, Pulau Pinang, dalam bulan September 2008.

    Anda boleh baca kisah tersebut di sini: http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/membeli-dan-menjual-emas-fizikal-melalui-syarikat-public-fine-gold-international-sdn-bhd/

    Kemudian Public Gold telah menawarkan peluang untuk mereka yang berminat menjadi agen dengan modal RM30 000 sahaja. Modal itu semuanya digunakan untuk membeli emas pada harga semasa. Memang tak rugi.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    65/71

    Gambar 33 : Pejabat Assay Office - tempat ketulenan emas Public Gold diuji

    Gambar 34 : Produk Public Gold iaitu Jongkong Emas dan Dinar Emas.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    66/71

    Faktor yang menarik perhatian saya ialah:

    1. Harga emas Public Gold jauh lebih murah berbanding kedai emas. Ia juga mengikut pergerakan harga emas antarabangsa.

    2. Public Gold langsung tidak menghadapi masalah ketiadaan stok seperti Kijang Emas dan syiling emas UOB. Apabila harga emas rendah pelanggan tetap boleh membeli emas dengan Public Gold. Ini kerana Public Gold mempunyai kilang emas mereka sendiri. Ini barulah penjual emas pelaburan yang sebenar.

    3. Public Gold memberi jaminan akan membeli balik emas mereka walaupun plastiknya dibuka, calar, kemek, guris, bengkok, kemek dan patah asalkan beratnya masih lagi sama. Ini adalah jaminan daripada pengerusi Public Gold sendiri, Mr. Ng.

    4. Tidak seperti Kijang Emas dan UOB Bank yang tidak menerima kembali syiling emas mereka sekiranya bercalar. Emas Public Gold memang memberikan ketenangan fikiran kepada pembelinya. Kita tak perlu risau.

    Sebagai penyelidik tentang pelaburan emas, saya boleh katakan bahawa Public Gold menawarkan peluang keemasan yang genuine kepada mereka yang berminat dengan pelaburan emas.

    Komisen yang ditawarkan oleh Public Gold ialah 1.5% daripada nilai jualan. Jika anda telah berjaya membina rangkaian pelanggan maka anda sendiri boleh membeli dan menjual emas milik pelanggan anda. Ini membolehkan anda mendapat komisen sehingga 5% - 6%.

    Dengan kata lain peluang menjana pendapatan tambahan melalui aktiviti menjual beli emas Public Gold adalah sangat lumayan bagi mereka yang nampak peluang ini.

    Inilah peluang yang unik, bila mana emas bukan sekadar menjadi pelaburan tetapi juga merupakan peluang perniagaan.

    Jika anda berminat menjadi agen Public Gold, anda boleh membaca artikel-artikel berikut di dalam blog jutawanemas.com

    1. http://jutawanemas.com/v1/public-gold/peluang-keemasan-untuk-anda-menjadi-agen-public-gold/

    2. http://jutawanemas.com/v1/pelaburan-emas/nak-buat-business-emas-baca-tips-ini/

    Jika anda ada sebarang soalan berkenaan menjadi agen Public Gold, anda boleh menghubungi saya. InsyaAllah saya akan cuba menjawabnya.

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    67/71

    Topik 6 : Bacaan tambahan mengenai pelaburan emas.

    Jika anda betul-betul berminat mendapatkan bacaan tambahan mengenai emas, maka anda boleh mendapatkannya di website www.amazon.com

    Ini kerana bahan-bahan bacaan mengenai pelaburan emas sangat berkurangan di Malaysia. Saya sendiri pun mengalami kesukaran untuk mendapatkan bahan-bahan rujukan mengenai pelaburan emas di kedai buku tempatan. Justeru, kebanyakan buku saya tempah di Amazon.com

    Untuk membeli buku daripada Amazon.com anda perlukan kad kredit. Jika tiada masalah anda boleh mendapat buku daripada Amazon.com di dalam tempoh 2-3 minggu.

    Cara mencari buku pelaburan emas di Amazon.com.

    Gambar 35 : Pilih search books - taipkan gold investment

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    68/71

    Gambar 36 : Anda boleh lihat keputusan carian.

    Gambar 37 : Klik add to shopping cart

    Selepas itu anda boleh checkout dan membuat bayaran dengan menggunakan kad kredit. Mudah ajer

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    69/71

    Topik 7 : Skim pelaburan emas.

    Di Malaysia anda boleh menjumpai syarikat-syarikat yang menawarkan pulangan jika anda menyertai skim pelaburan emas mereka. Persoalannya, adakah skim-skim pelaburan emas ini boleh dipercayai?

    Justeru saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 perkara:

    Apakah itu:

    1. Pelaburan emas. 2. Menyertai skim pelaburan emas 3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan.

    Dengan memahami perkara ini, anda akan mengetahui pelaburan emas yang sebenarnya. Selain itu anda akan memahami apakah perbezaan di antara ketiga-tiga perkara di atas.

    Pelaburan emas.

    Pelaburan emas yang sebenarnya ialah apabila anda membeli emas pelaburan. Emas ini anda gunakan sebagai penyimpan nilai kekayaan anda. Biasanya pelaburan emas adalah untuk jangka masa sederhana dan panjang. Apabila harga emas ini meningkat, maka anda jual untuk mendapat keuntungan.

    Bagi saya, ini adalah pelaburan emas yang paling selamat dan tak memeningkan kepala. Anda tak perlu risau ditipu sebagaimana jika anda menyertai skim pelaburan emas.

    Skim Pelaburan Emas.

    Di Malaysia, memang ada syarikat-syarikat yang menawarkan skim pelaburan emas. Ramai yang terkeliru antara pelaburan emas dan menyertai skim pelaburan emas.

    Pelabur menyertai skim-skim pelaburan ini bukanlah atas sebab emas, tetapi kerana dijanjikan pulangan lumayan. Tanpa pulangan lumayan, skim ini akan gagal menarik perhatian pelabur.

    Untuk pengetahuan anda, saya sendiri pernah menyertai skim pelaburan/penyimpanan emas. Namun di sini bukan tujuan saya nak menggalakkan anda menyertai skim pelaburan emas, tetapi lebih kepada memberi panduan sebelum menyertai mana-mana skim pelaburan emas nie.

    Jika anda berminat untuk menyertai skim pelaburan emas, di sini saya ada sedikit panduan untuk anda:

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    70/71

    Panduan sebelum menyertai skim pelaburan emas.

    1.Semak maklumat pendaftaran syarikat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Pastikan aktiviti syarikat adalah berkaitan aktiviti membeli dan menjual emas. anda boleh membeli profil syarikat di laman web SSM http://www.ssm.com.my/ Biasanya, ini adalah perkara pertama yang saya akan lakukan.

    2. Berapa harga emas yang dijual? Adakah harga semasa dunia atau lebih tinggi? Tidak ada gunanya anda membayar harga yang tinggi semata-mata mahukan pulangan bulanan

    3. Buat pengiraan kos penyertaan. Ada syarikat yang akan kenakan kos-kos sampingan kepada pelabur. Kos-kos ini perlu diambil kira kerana ia akan mengurangkan keuntungan pelabur.

    4. Pastikan bila anda membeli emas, anda mendapat emas waktu itu juga. Kadang-kadang ada syarikat yang tidak memberikan emas dengan alasan tiada stok lagi dan lain-lain, tetapi tetap memberikan pulangan kepada pelabur. Ini adalah salah! Kalau syarikat tersebut ada rekod buat begini, JANGAN SERTAI!

    5. Jika program berkenaan memerlukan anda menyerah balik emas anda kepada syarikat untuk didagangkan, JANGAN SERTAI! Ini adalah risiko yang sangat tinggi.

    6. Exit cost setelah tamat kontrak, adakah syarikat membeli balik emas anda? Berapa kos ditolak? Kira kos ini kerana ia akan mengurangkan keuntungan anda.

    7. Cuba kira kerugian anda dalam worst case senario Contohnya kalau syarikat cabut lari. Kalau syarikat tu ada agen, minta agen tu cerita dan kira. Jangan cerita profit aje, kira rugi sekali. Jadi anda boleh tahu risiko awal-awal.

    8. Ada kontrak tak? kalau ada kontrak, senang nak refer kalau ada apa-apa masalah di masa hadapan. Kalau janji mulut sahaja then JANGAN SERTAI. Tetapi ingat kontrak cuma panduan, bukan penyelamat. Kalau syarikat nak menipu, dia akan tipu juga.

    9. Kalau anda takut risiko, jangan sesekali joint skim pelaburan emas yang ada risiko. Nanti tak tidur lena lah jawabnya

    Faktor risiko.

    Menyertai skim pelaburan emas mempunyai kebaikan dan keburukan risiko tersendiri.

    Contohnya kebaikan ialah pulangan yang ditawarkan lebih tinggi berbanding kaedah pertama. Kalau syarikat bertahan lama, maka memang pelabur boleh buat duit. Tapi

  • Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas v1.10 _________________________________________________________________________

    71/71

    sebelum anda seronok membayangkan keuntungan saya nak beritahu bahawa skim pelaburan emas ada risikonya.

    Pelabur boleh rugi kalau syarikat cabut lari atau syarikat tak bayar atau syarikat menghadapi tindakan pihak berkuasa. Apatah lagi kalau anda buat pinjaman peribadi untuk menyertai program-program pelaburan emas.

    Anda boleh rugi besar

    3. Skim cepat kaya yang menggunakan emas.

    Ok, I sekali, skim cepat kaya yang menggunakan emas sebagai umpan. Ini perlu dielakkan sama sekali. Bagaimana nak tahu? senang jer.. ini ciri-cirinya: .

    1. Syarikat/agen akan menumpukan penerangan kepada PULANGAN YANG LUMAYAN. Bagaimana boleh buat duit berbanding bercerita pasal emas.

    2. Pendaftaran syarikat tidak di SSM tidak menunjukkan syarikat terlibat dengan aktiviti jual beli emas.

    3. Harga emas yang dijual adalah tinggi, tapi anda sertai sebab pulangan lumayan yang dijanjikan.

    4. Jika anda cari pelabur lain, anda dapat komisen. Lebih ramai, lebih income.

    5. Pulangan yang dijanjikan amat tinggi dan tidak munasabah.

    6. Kalau nak dapat pulangan lebih tinggi, emas perlu diserahkan kepada syarikat semula untuk didagangkan. Kalau begini, better lari jauh-jauh.

    Kesimpulan:

    Sebelum anda rasa teruja dan mahu menyertai skim pelaburan emas. Cuba senaraikan faktor-faktor kenapa anda perlu mengelakkan skim-skim ini terlebih dahulu. Cari aspek negatif syarikat terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak menjumpai aspek negatif barulah anda boleh consider untuk join skim pelaburan emas ini.

    Ok, setakat ini dahulu e-book menyingkap rahsia pelaburan emas: teknik-teknik menjana kekayaan dengan emas DIBONGKARKAN.. Semoga anda akan mendapat manfaat daripada e-book ini.

    Sekian wassalam.